♡assalamualaikum

currently updating First.

Monday, March 9, 2015

ADVIDHAQ [38]

Raihana duduk di meja untuk dua orang itu sambil menongkat dagu. Siapalah yang patut jadi mangsa teman aku sarapan harini.. ha! Dia terus mencapai handphone dari dalam beg tangan.

Ad memandang handphone yang bergetar kuat dari atas nighstand. Tuala lembab yang digunakan untuk mengelap kepala dicampak ke katil. Dia memandang nama pemanggil lantas tersenyum. “Ye Rai. Nak apa?”

Rai mencebik. “Cuba jawab panggilan dengan berhemah, Adha.”

Haha. “Ha assalamulaiakum. Membebel je.”

“Waalaikumussalam. Kau tak kerja eh?”

“Tak. Off harini. Kenapa?”

Rai sengih lebar. “Teman aku breakfast? Aku sorang ni. Sedih je.”

Time macamnilah baru nak ingat aku kan! Time Vid dengan Haq tengah kerja pastu pilihan yang tinggal aku je, kan? Rai teruk!” Ad buat nada jauh hati.

“Ala rindu kau lah. Lama tak jumpa. Dahla kau sorang je tak cakap lagi tahniah kat aku sebab pregnant. Jomlah breakfastttttt!”

Ad memandang sekilas jam tangannya di sebelah bantal. 8.30 pagi. Bolehlah. “Yelah. Aku belanja sekali. Kau kat mana ni?”

“Harrords.” Rai menjawab dengan selamba.

Celakanya. Perabih duit aku.

*******

Sebiji Camry putih lancar menuju ke kotak parkir yang kosong. Enjin kereta dimatikan dan Vid keluar dari tempat pemandu, kemas berkemeja. Dia mengunci kereta dan meletakkan kunci ke dalam kocek seluar. Jarinya tersentuh skrin telefon bimbit yang juga berada dalam kocek seluarnya.

Dia terfikir, nak call Nana tak? Jam tangan dikerling sekilas. Pukul lapan lebih tak pagi sangat ke? Telefon bimbit hitam itu ditimbang-timbang dengan tangan sementara menunggu lif terbuka. Nak tunggu tengahari sikit ke baru nak call? Ke boleh je call terus, acah-acah cakap good morning je? Vid membetulkan letak cermin matanya di tangkai hidung. Susahnya lahai bercinta!

Pintu lif terbuka dan dia masuk ke dalam. Okey Vid, dalam lif tak bolehla telefon, sebab takde line. Jadi kita boleh gunakan masa dalam lif ni untuk berfikir. Dia mengetuk-ngetuk skrin handphone ke dagunya sambil bersandar pada dinding lif. Hmm susah jugak. Nak buat keputusan nak call ke tak pun kau tak boleh nak buat Vid, patut pun Haq panggil kau kayu.

Dia memeluk tubuh sambil matanya memandang tajam pada pintu lif yang tertutup rapat itu. Okey, kalau tingkat seterusnya ni ada orang masuk lif, kita call. Dia berfikir. Okey, on! Matanya
ditumpukan pula pada skrin yang menunjukkan laluan tingkat lif bergerak. Sampai di tingkat seterusnya, laju aje skrin itu menunjukkan nombor seterusnya. Cis! Tak berhenti pulak.

Vid rasa gelisah berdiri di dalam lif itu seorang diri. Hmmph. Nafas kasar dihembuskan. Tak puas hati. Apsal tak berhenti pulak? Selalu hari-hari tu kalau boleh semua tingkat lif ni nak berhenti. Kau ni dah tak betul ni Vid, yang kau suruh lif yang fikirkan untuk kau tu dah kenapa? Dia memejamkan matanya beberapa saat. Betullah aku ni dah tak betul. Sebenarnya nak sangat call dia kan? Call ajela.

Okay! Macamni, sampai je dekat office, terus call Nana. Cakap good morning je tak jadi apa kan? Vid menggenggam handphone di tangan, berpuas hati dengan keputusan yang dah di buat.

Ding! Pintu lif terbuka dan matanya menyapa beberapa rakan sepejabat yang sedang lalu lalang di hadapan meja masing-masing. Masih pagi, tak ramai yang dah berteleku buat kerja. Okey Vid, dah sampai pejabat ni, nak call terus ke macam mana ni? Dia duduk di kerusinya dan meletakkan handphone di atas keyboard. Call? Tak call? Call?

“Syahid!”

Hmm? Vid memusingkan kepala mencari suara yang menegurnya. Oh si Anuar meja sebelah rupanya. “Apa?”

“Selalunya cool je kenapa harini tak cool?”

“Mana ada. Sama je.”

Anuar menggeleng kepala sambil tersengih. “Kau masuk je semua orang pandang sebab muka kau tak pernah keruh macamni. First time kot.”

Vid tak menjawab dan membalas ayat Anuar itu dengan gelengan sahaja. Apa la yang nak pening sangat Vid? Dia mengangkat handphone di atas keyboard itu dan terus mencari nama Nana.

***

Jaja meletakkan mug berisi nescafe panas di atas meja makan. Sepinggan nugget tempura yang baru lepas digoreng itu juga diletakkan perlahan-lahan. Dia senyum sambil memandang sarapannya yang dah serupa minum petang itu. Bahagianya! Dah lama tak ambil cuti dan harini dia nak menikmati hari cuti dengan sepuas-puasnya! Tiba-tiba bunyi deringan telefon kedengaran.

“Nana! Telefon kau bunyi tu!” Jaja menjerit dari depan pintu bilik Nana. Nana pun off-day harini.

“Macam mana handphone aku boleh ada kat depan? Ambikkan sat.” Nana membuka pintu biliknya sambil sebelah tangan menyikat rambut.

Jaja mencapai nugget dengan tangan kanan sebelum berlalu ke sofa. Aik? Berkerut keningnya melihat nama pemanggil yang terpapar. “Kenapa jejaka idaman kau telefon pagi-pagi ni?”

Ha! Biar betul! Pantas Nana meletakkan sikat dan berkejar ke hadapan. Handphone di tangan Nana itu di ambil kasar. Betul lah dia!

“Nana, aku tanya ni. Kenapa dia call kau pagi-pagi ni? Korang dah ada apa-apa ke?” Jaja bercekak pinggang.

“Cop. Bagi aku angkat ni sat pastu aku explain. Boleh? Please?” Muka kesian. Dan dia terus berlari ke bilik.

“Nanaaaaaaaa! Sampainya hati kauuuuuu!”

*****

Vid menghentak-hentak kepala ballpen ke atas meja. Kenapa lama sangat dia nak angkat ni? Tu la, dah kata sekarang ni pagi sangat! Tapi tak sabar nak jugak call! Kan!

“Asalamualaikum.” Suara Nana menyapa telinga.

Vid menelan liur. Tiba-tiba lah pulak angkat. “Waalaikumussalam.”

“Ada apa ni?” Lembut Nana bertanya.

Good morning.”

Nana senyum lebar. “Morning.”

Senyap.

Nana tunggu beberapa saat sebelum berkata. “Tu je?”

“Haah.”

“Takkan tu je..”

Vid berdehem. “Tu jela.”

Nana mengurut dadanya supaya bersabar dan dikurniakan kesabaran setebal kerak bumi ketika ini. “Okey. Bye.”

“Jap.” Pantas Vid memotong.

“Apa lagi?”

Ballpen yang menjadi mangsa ketuk oleh Vid tadi diletakkan ke dalam planner. Kemudian dia tarik keluar. Kemudian dia masukkan balik. Dia tarik keluar balik.. dan dimasukkan semula.

Nana berkira-kira nak menjerit namun digagahkan hatinya supaya bersabar sikit lagi. “Vid.. nak cakap apa lagi ni..”

Vid menggigit bibirnya. Sungguhla dia mati kata. Tapi dia taknak tamatkan panggilan lagi. Perasaan jenis apela macamni, dia sendiri tak faham.

“Syahid.. Vid.. Abang.. awak nak cakap apa dengan saya ni? Saya tau tiga je nama panggilan awak dan semua saya dah sebut, saya tak tau nak panggil nama apa lagi nak suruh awak respon.”

Ah sudah. Rasanya tadi masa jawab telefon macam ceria je suara Nana tapi sekarang dah macam merajuk . Vid rasa nak marah diri sendiri. Payahnya! “Na.”

“Hmm.”

Kenapala aku ni suka buat orang hilang sabar? Vid bertanya diri sendiri. “Sorry.”

“Sebab apa?”

“Buat awak waiting saya nak bercakap.”

“Tak apa. Faham. Awak kan camtu.” Lepas ni dia rasa kena lekat reminder besar-besar kat dinding bahawasanya Vid akan mengambil masa lama walaupun untuk membalas sepatah perkataan. Dan harap-haraplah dia takkan lupa reminder tu.

“Na.”

“Ye saya.”

I.. I just..” Vid meliarkan matanya ke sekeliling untuk meyakinkan dirinya yang tiada siapa yang tengah curi dengar. “I just want to say good morning.

“Okey. Awak dah cakap good morning dah pun mula-mula tadi.”

And..”

And?”

“Er tu je.”

Nana tiba-tiba rasa nak senyum. Itu je lah pun? Yang dari tadi gagap-gagap sebenarnya tu je? Nasib baik tak jadi nak marah. “Okey. Saya tak marah pun jadi awak tak payah minta maaf. Dan lain kali kalau awak nak call untuk setakat cakap good morning je pun saya tak kisah. Saya tunggu, kalau awak susah nak cakap. Okey? By the way, take care tau. Bye.”

Wait.”

Yes?”

I just want to say good morning.. and.. I nak check on you juga..”

Nana melebarkan senyumannya. “Saya okey. Saya okey sangat-sangat. Harini saya off-day, Jaja pun ambil cuti. So, saya okey.”

“Okey.”

“Okey.”

Saat itu barulah Vid rasa dia boleh senyum. “Okey. Bye.”

Bye.”

Vid meletakkan handphone itu ke atas meja dengan perasaan tenang. Baru nak tenang ye Vid? Memang dah tak betullah kepala ni.

ADVIDHAQ [37]

“Iye ke tak ada girlfriend?” Jaja bertanya dengan nada mengusik.

Ad mencebik lagi. “Tak laku.”

“Alahai sedihnya.” Jangan sedih Adha, Aksara ada sini.

“Kan?”

“Carilah.”

Ad mendongak kepala memandang langit. “Dah cari. Tak jumpa.”

Jaja senyum lagi. Macam dalam mimpi je boleh bercakap dengan Ad benda-benda gini. “Usahalah lagi.” Usahalah sikit lagi sebab saya ada depan awak.

“Ada ke senyum. Ingat saya main-main ye?” Dia menjelingkan mata ke arah perempuan yang dok tersengih-sengih dari tadi.

“Awak kan selalu main-main. Tak payah serius sangatlah, tak sesuai.”

Ad menunjukkan muka cemberut lagi. Pout.

“Sebab ni ke lari dari rumah malam-malam macam ni? Sebab nak cari girlfriend tapi tak jumpa?”

Ad memandang tepat ke dalam mata Jaja. “Ayat ‘nak cari girlfriend’ tu gila underestimate tahu? I’m searching for a person who took away my heart. Kot. Or a person who took away my sanity sebab boleh cakap ayat macamni.”

And I’m waiting for you too. Jaja senyum lagi. “Kena berusahalah. Buat scene lari dari rumah macam ni pun bukan boleh jumpa dia, jumpa bahaya adalah. Karang tak pasal-pasal kemalangan ke, kena rompak ke.  Kalau jadi apa-apa, awak dah tak boleh cari dia and then you make her waiting for you too long.”

Ad tersenyum sedikit. “She’s waiting for me ke masalahnya?”

Jaja mengjungkit bahu. “Siapa tahu. Kan?”Of course I’m waiting! What were you thinking!

“Susahlah..”

“Apa yang susah..”

Ad menukar posisi dari berpeluk tubuh, dia berdiri tegak dengan tangan di dalam kocek seluar. “Dia.. jauh..” ayatnya terhenti sekejap. Tak pasti untuk mengambil risiko menghabiskan ayat kemudian kena gelak. “Janji jangan gelak dulu.”

Jaja mengangkat tangan tanda berjanji. “Okay tak gelak!”

“Tak tahulah nak kategorikan crush ke.. jatuh hati ke.. suka ke.. sayang ke. Tak pasti. Langsung.”

Semua orang pun tak pernah pasti, Adha. Jaja menjawab dengan suara hati kecilnya.

“Tapi, dia.. ada attraction, yang buat saya jadi macam ‘Adha, kau suka gila kat dia!’ like that. Tak boleh nak handle benda ni, langsung tak boleh berkompromi dengan rasa macamni. Dia buat saya tak ada pilihan selain daripada suka dia. Gaya macam ‘suka’ tu adalah benda senang. Padahal payah. Lepastu dia buat saya hidup sehari-hari dengan satu pilihan je iaitu : suka dia. Cuba bagi options macam soalan objektif A)Boleh suka sikit-sikit sahaja, B)Suka tapi boleh kadang-kadang lupakan, C)Tak suka pun takpe. Ini tak! Memang dia bagi satu pilihan je dengan kewujudan dia tu. Lepastu..”

“Ad, you’re rambling..”

“… dia tak bagi langsung saya peluang untuk grow the feeling inside. Stuck. Suka. Noktah. Sebab whenever I wanna make a move, or whenever I wanna put some effort, tak ada jalan untuk teruskan. I don’t even know her. Cuma tahu her existence je. Kadang-kadang saya rasa gila dan tak patut! Ada ke..”

“Ad, take a breath.”

“…suka dekat orang yang tak kenal macam tu? Perangai apa tu? I’m not complaining yang oh finally I like someone, no. No complaint at all. Cuma bengang sebab tak ada jalan keluar. Jangan kata jalan keluar, jalan nak gerak seinci pun tak ada. Yang paling bengang, saya tak kenal diri sendiri dah. Kalau nak ambik hati orang, cuba ambik je dengan berhemah dan jangan mencelarukan kehidupan mangsa tersebut. This crime, I tell you Jaja, patut dibicarakan dekat mahkamah tertinggi.”

“Okay…”

“Lepastu dipenjarakan.”

“Okay..”

“kena penjara tu pulak mungkin penjara seumur hidup.”

“Okay… tapi kesianlah dia macamtu..”

“Oh kesian dia yang buat macamni? Habistu saya? Yang terkontang-kanting ni? Tak payah kesian? Ha? Ada rupa macam saya buat amal ‘oh ambiklah my normal life away saya tak hairan. Ambiklah, ambiklah. I’m giving my heart for charity’ macamtu?”

“Ad, awak buat saya risau dah ni.”

“You should! Or she should!”

“Awak ni scary lah bila sesekali serius macamni..” Jaja dah tak berani untuk memandang muka Ad. Baik dia pandang tar atas jalan.

“Sekarang cuba awak bagitahu saya, apa saya kena buat sekarang?” Ad bertanya serius.

“Ad, pernah perasan tak awak nampak adorable gila?” Jaja dengan selamba membuat ayat penyata yang paling jujur.

“Ja, ‘Ad’, ‘adorable’ dan ‘gila’ tak boleh letak satu ayat.”

“bukan ‘adorable’ comel tu, ‘adorable’ yang bawa maksud menawan hati tu.”

Ad meraup mukanya dengan tapak tangan. Tindakan menyembunyikan senyum.  “Awak tukar topik benda yang kita tengah cakap la Ja!”

Jaja senyum lagi. “Okay tarik balik ayat yang saya cakap bukan ‘adorable’ comel tu sebab tiba-tiba awak nampak comel pulak.”

Ad tergelak terbahak-bahak. “Fine lah kalau ni caranya awak nak buat saya senang hati dan tak terfikir benda tadi dah, fine, awak berjaya. Tahniah.”


Giliran Jaja pula tergelak besar.

Friday, March 6, 2015

First [9]

Jeff menalakan matanya ke hadapan. Orang ramai berpusu-pusu keluar daripada perut keretapi ketiga yang sudah melintasi mereka. Dah yang ketiga pun, mereka masih tak bercakap apa-apa. Dia sebenarnya berat hati. Berat hati nak meninggalkan Chi yang masih terkapai-kapai di sebelahnya ini.

“Chi?”

“Hmm.”

Jeff menggosok-gosok tapak tangannya. “Aku tak kata lah ni last kita jumpa.. tapi aku pun tak janji lepas ni kita akan jumpa lagi.”

“Hmm.”

“Kau taknak cakap jugak ke?”

“Cakap apa?” Chi mendengus perlahan.

Problem kau tu?”

Chi senyum sesaat. “Sebab tu ke kita tak balik-balik ni?”

“Aku ni jenis memikir, Chi. Aku jadi sakit kepala kalau kau tak cerita habis.”

Chi menyadar pada tiang empat segi di tengah-tegah platform. Di atasnya tergantung kipas besar yang berpusing kiri kanan menghembus udara. Dia memandang ke kiri. Susuk tubuh Jeff yang sedang berpeluk tubuh itu dipandang lama. “Aku bukan taknak cakap..”

“Dahtu?”

“Hal ni melibatkan orang lain la Jeff. Aku takut. Kalau ni masalah aku je takpe.”

Jeff menyandarkan bahu kanannya ke tiang, berkongsi tempat bersandar dengan Chi. “Kalau lepas ni kau stress macam mana? Macam mana kau nak belajar? Macam mana kau nak hidup?”

Chi tergelak sedikit. “Yang kau susah hati sangat ni kenapa?” Dahla aku ni macam dah tersuka kat kau, Chi berkata sendiri.

Jeff menelan air liur. Dia pun tak tahu kenapa. Selama ni dia ingat cukup-cukuplah dengan hal kakak dia yang dia kena fikir, ini hal budak perempuan yang baru dia kenal pun dia nak tolong fikirkan jugak. “Aku pernah cakap aku ada kakak kan?”

Chi mengangguk. Walaupun dia tak faham kenapa tiba-tiba Jeff tukar topik. “Kakak kau yang tak matang tu kan? Yang kau selalu risau pasal dia? Sebab dia macam budak-budak?”

“Aah. Kak Ana. Dia ada sorang kawan baik, nama dia Wawa.”

Chi mengangguk lagi. Ni dah kenapa bercerita pasal orang lain pulak ni?

"Diorang tu selalu berborak dua orang. Apa-apa yang jadi, mesti nak bercerita. Walaupun benda kecik macam jumpa semut dalam sandwich. Bila-bila Kak Wawa call dia, dia mesti teringat hal tu pastu cakap ‘Wa tadi ada semut jahat masuk dalam roti aku tau tak?’.”

Chi tergelak. Apa la benda macam tu pun nak cerita ke..

“Tapi aku tak rasa pelik pun. Sebab diorang bestfriend. Selalunya benda yang merepek-repek tu la yang boleh buat orang jadi kawan rapat. Dan aku selalu rasa diorang need each other. Kan kalau kita tengok romantic comedy, heroin selalu ada kawan baik dia. Kira penting jugak la watak kawan baik ni dalam kehidupan.”

Chi mengangguk faham. Dia rasa macam dah dapat tangkap apa yang Jeff cuba sampaikan. “Tapi aku tak ada, kan?”

“Hmm.” Jeff mengiyakan. “Maka kau pun tak ada tempat nak bercerita.”

Betul. Sebab sejak awal tahun dia dah mengenepikan semua orang yang pernah rapat dengannya. Kawan sekelas, jiran, cikgu-cikgu, dan abangnya sendiri. “Aku teruk ke Jeff?”

Jeff mengangkat bahu. “Entah. Macam mana aku nak bagitahu kalau aku tak kenal kau sangat pun?”

“Aku rasa aku dah buat ramai orang susah hati. Abang aku, cikgu-cikgu, kawan-kawan lama aku pun mesti dah malas nak berbaik dengan aku sebab aku asyik jauhkan diri je..”

“Kenapa kau buat macamtu kalau kau tahu diorang susah hati?”

“Sebab aku simpan masalah besar.. aku takut aku tercakap kat diorang semua.. aku takut.”

Jeff menghela nafas berat. Budak enam belas tahun disebelahnya itu dipandang dengan rasa kasihan. “Cakaplah degan aku. At least kau dah kurangkan sorang manusia yang susah hati disebabkan kau.”

Chi menunduk memandang Keds biru bertali putih yang cantik tersarung di kakinya. Kalaulah aku boleh jadi sepasang kasut yang duduk diam-diam dalam rak kasut je kan senang. “Kau.. takpe ke nak dengar?” Dia bertanya ragu-ragu.

Jeff mengangguk sungguh-sungguh.

Hmmph. Chi menghembus nafas. Dia menggigit bibir bawah. Cakap jela kot. “Kakak ipar aku ada orang lain.”

Senyap.

Tiba-tiba bunyi bingar kedengaran apabila keretapi melintas di hadapan mereka. Keretapi itu berhenti sebelum membuka pintu dan menurunkan penumpang. Dah keretapi keempat yang datang, Chi mengira dalam hati.

“Kau nampak?” Jeff bertanya.

“Aah."

“Kat mana?”

“Kat rumah.” Dia menjawab sambil menundukkan kepala.

Jeff menggeleng. Patutlah pun Chi jadi macamni. Kalau dia pun, stress rasanya. “Korang duduk serumah?”

“Aah.”

“Dengan siapa lagi?”

“Tak ada siapa. Ayah aku baru meninggal setahun lepas. Parents aku dah.. separate before tu lagi.”

“Abang kau tak tau la ni?”

Chi menggeleng.

“Siapa lagi tau?”

“Aku sorang je.”

Jeff menggeleng lagi. Susah macamni sebab mereka bertiga duduk serumah dan yang menanggung rasa amarah tu Chi seorang.

“Abang aku ingat aku just.. rebel.. sebab mak ayah aku berpisah lepastu ayah aku meninggal pulak. Padahal aku dah done dah dengan benda tu sebenarnya. Aku dah cukup redha dah.” Chi meraup rambut yang berjuntai ke dahi ke belakang. “Aku taktau la Jeff.. abang aku baik. Walaupun kitorang takdelah rapat mana tapi aku tau dia baik. Dia nak bertanggungjawab jaga aku. Aku kalau boleh taknak dia tahu sebab dia cepat-cepat nak kahwin pun kononnya sebab nak ada orang jaga aku kat rumah tu. Orang perempuan yang boleh memahami aku dalam waktu aku remaja ni. Konon jelah tapinya, sebab perempuan yang dia pilih tu pun tak baik mana.”

Jeff senyap membiarkan Chi bercerita.

“Aku taktau nak buat apa la Jeff. Aku memang tak boleh tengok muka dia. Sebab tu asalkan ada peluang je, aku keluar. Aku tau abang aku risau gila tapi aku taktau nak buat macam mana dah.”

“Chi..”

“Aku kadang-kadang penat fikir, apa yang aku patut buat. Tapi last-last aku diam je. Itu je cara dia sebab aku tak jumpa solution. Aku terfikir nak lari rumah tapi gila la pulak aku rasa. Aku nak lari pergi mana?”

“Jangan macamtu Chi..”

“Habistu?” Chi memandang Jeff dengan muka yang penuh berharap. Meminta supaya dia ada jalan keluar.

Jeff berfikir sejenak. “Aku tolong kau, okay?”

“Tolong? Tolong macam mana?”

“Kau tunggu sikit masa lagi, boleh? Kau tahan sikit je lagi. Aku janji aku tolong. Tapi kau tak boleh buat benda bukan-bukan.”

Chi mengerutkan dahi. “Benda bukan-bukan apa?”

“Lari rumah tu bukan benda bukan-bukan ke Chi?” Jeff rasa dia dah masuk mood nak marah orang. Biar sebesar mana pun masalah tu, lari dari rumah adalah bukan penyelesaiannya. “Tu kerja gila kau tau tak?”

“Habistu aku dah memang tak boleh nak tinggal situ..”

“Aku kan dah janji nak tolong. Tapi kau mesti janji dengan aku kau kena tahan sikit lagi.”

“Kau nak tolong aku macam mana Jeff? Cuba bagitau..”

“Aku tak boleh bagitau lagi sebab aku ada idea je tapi tak ada sumber. Janji dengan aku Chi. Boleh kan?”

Chi memandang muka Jeff dengan rasa kelat. “Janji apa..”

“Janji jangan lari dari rumah.”

“Okay janji.”

“Janji jangan buat benda bukan-bukan.”

“Okay janji.”

“Janji jangan cari gaduh kat sekolah.”

“Okay..”

Jeff mengetap bibir tanda tak puas hati. “Cakaplah janji.”

“Ya janji.” Chi membuat muka murung. Jeff ni jenis mendesak jugak.

“Tunggu aku call tau?”

“Yelah.”

Kepala keretapi datang menjengah dari sebelah kanan, mematikan drama sebabak mereka di hadapan tiang itu.

“Jom.” Jeff mengajak.

Chi Cuma mengikut langkah Jeff masuk ke dalam. Tiada tempat duduk kosong. Berdiri lagi.

“Chi?” Jeff yang beridiri di hadapannya menegur tiba-tiba.

“Hmm?”

By the way, aku tahu nama kau dari Hazri. Dia tu adik kawan aku. Dia cakap kau selalu cari gaduh.”

Chi menarik sengih. Apa aku pulak yang kena! “Menipu je dia tu.”

Jeff senyum sekilas. “Baru boleh senyum ke? Dah rasa senang hati sikit?”

“Senang hati pasal apa pulak?”

Jeff senyum lagi. “Yelah, kan aku dah cakap. Kalau bagitahu apa yang tersimpan kat dalam tu dengan orang, baru rasa lega sikit kan?”

Chi menyambut soalan itu dengan senyum sahaja. Kalau aku bagitau semua yang aku simpan kat hati ni, mau kau lari nanti Jeff.

“Tengok, sengih sorang-sorang. Petanda senang hati la tu.”

Chi tergelak sedikit. Dia mendengar pengumuman stesen berikutnya daripada pembesar suara. “Aku dah nak turun ni.”

“Tunggu aku call.” Jeff berpesan untuk sekian kalinya.

“Ya. Ya. Tahu lah.”

Keretapi itu berhenti berhampiran platform.

“Eh Jeff?”

“Apa?”

“Kantoi tengok romantic comedy!” Cepat-cepat Chi berlari keluar daripada tempatnya berdiri.

Jeff tergelak sambil memegang dahinya. Sempat lagi tu!

Wednesday, February 25, 2015

First [8]

"Mana kau tau nama aku Suci?"

Jeff sengih nakal. "Adalah.."

"Serius la Jeff.."

"Adalah!"

Chi mengetap bibir geram. "Tak payah buat muka acah-acah troublemaker macamtu kat sini."

Hahahaha. Jeff menghamburkan gelak besar. Seronoknya bahan orang. "Sebenarnya.."

"Sebenarnya apa?" Chi memotong ayat Jeff pantas.

Jeff memusing-musingkan pen dengan tangan kiri. "Aku nak cakap pun.. takut kau tak percaya.."

"Ala cakap jela."

"Betul.. nanti kau tak percaya.."

"Cakap jela!" Chi dah mula hilang sabar.

Jeff mengetuk-ngetuk pen di atas meja. "Aku sebenarnya.. hmm.."

"Aku sebenarnya.. aku sebenarnya! Cakaplah cepat!"

Jeff menahan gelak dengan mengetap bibirnya kuat. "Aku sebenarnya.. time traveller."

Pakkk! Dan-dan tu juga Chi menendang kerusi Jeff ke belakang! Aku lah kan mamat ni!

Jeff tergelak berdekah-dekah. "Muka kau lawak gila Chi!" Hahaha. Gelak lagi.

Chi yang tadi rasa ringan je nak menumbuk orang di hadapannya kembali tersengih. Nak monyok pun dah susah sekarang ni apetah lagi nak marah. Senang hati ya Chi kau sekarang?

"Hahahaha.. aku patut snap muka kau tadi kot! Adoila!" Jeff berkata dengan gelak yang masih bersisa.

Chi ikut tergelak sama. "Aku pun ada benda nak bagitau.."

"Apa?" Jeff mengangkat kening.

"I'm actually a female alpha of a werewolf pack."

Jeff memproses ayat itu sesaat dua di dalam kepalanya sebelum tergelak besar. Hahahahaha.

Yelah sangat tiba-tiba ada serigala jadian.

Chi menghamburkan tawanya sehingga merembeskan airmata. Terus dia terlupa pasal misteri Jeff yang tahu namanya secara tiba-tiba.

*********

Jeff menyedut air teh aisnya dari plastik yang dipegang di tangan kiri. Dia menjeling sekilas jam di dinding kedai mamak itu. Enam setengah petang dah. Dia dah pun habis shift kerja di kedai telefon tu dan dalam perjalanan nak balik. Menuju ke rumah, eh silap, menuju ke katil dalam biliknya di dalam rumah, baru betul.

Dia memandang Chi yang elok berjalan seiring dengannya di sebelah. Waktu dia balik, barulah Chi nak balik sama. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. "Eh Chi, lupa nak gitau."

"Apa?"

"Sebenarnya minggu ni last aku jaga kedai ni. Pasni dah berhenti kerja."

Chi mengerutkan dahi. Dia memang tak dapat menyembunyikan perasaan kesalnya. "Lah kenapa?"

"Nak STPM dah kot akhir tahun ni. Sekarang pun dah bulan enam."

Chi memegang kejap tali beg sandangnya. "Oh.. kau dah Tingkatan 6 atas dah ke.."

"Aah." Jeff membalas sepatah.

Chi merenung Jeff yang leka menaip keyboard di telefon bimbit. "Habistu.. lepasni.. dah.. tak jumpa?"

Jeff masih leka dengan telefon bimbit. Pertanyaan Chi dibiarkan tidak berjawab.

Sebal. Itu yang Chi rasa sekarang. "Jeff?"

"Oh ye? Apa tadi?" Dia memandang Chi sekilas. Cuba untuk mengingat soalan Chi tadi.

"Takde apa lah." Diam.

"Oh aah!" Jeff tiba-tiba kembali teringat. "Lepasni tak boleh jumpa kat sini."

Oh. Chi mengangguk faham. Okay..

"Chi?" Jeff menghulurkan telefon bimbitnya.

"Hmm?" Tak faham.

"Number?"

Chi tersenyap sekejap. "Nak.. buat apa?"

"Nak jual."

Chi menggelengkan kepala sambil senyum. Dia mencapai telefon itu dari atas tapak tangan Jeff. Ada-ada je. Chi menyimpan nombornya di contacts dan telefon itu diserah kembali pada tuannya.

Mereka berdua melangkah memanjat anak tangga menuju ke platform lrt. Jeff menukar posisinya berjalan di sebelah kanan bahu Chi dan membiarkan Chi melangkah memegang handrail di sebelah kirinya.

Chi dah lama sedar benda ni. Jeff memang akan berjalan di laluan yang ramai orang sementara dia akan dibiarkan selamat berjalan di sebelah dalam. Masa kat kedai pun sama. Jeff akan suruh dia duduk di kerusi pusing di belakang kaunter yang sebelah dalam, manakala kerusinya di sebelah pintu masuk. Kalau dalam train pun dia akan berdiri bersandar di dinsing dan Jeff akan berdiri di hadapan dia. Mesti. Tak pernah pun berdiri di sebelah atau di dibiarkan berdiri sorang-sorang.

Dan satu lagi benda dia bet, Jeff sebenarnya tak perasan pun semua perlakuannya ni. Tindakan bersahaja, kot. Cuma dia je yang terlebih observant, menganalisa semua benda.

Chi diam sepanjang menunggu ketibaan train. Dia cuba nak terima hakikat ini adalah perjumpaan terakhir. Cuba nak menyerap masuk waktu yang seketika ini di dalam sebahagian memorinya bersama Jeff. Walaupun hanya tinggal seminit dua. Dia tak mahu seminit dua ni dibiarkan berlalu.

Bunyi train yang hampir tiba kedengaran kuat. Chi menyorot pandangan ke atas rail di sebelah kanan. Dia nampak kepala keretapi berwarna putih menghampiri platform mereka.

This is it. Chi menarik nafas berat.

Keretapi tersebut berhenti di hadapan mereka. Sesaat, pintu keretapi itu terbuka menjemput penumpang masuk ke dalam. Chi menghayun langkah berat sebelum terasa beg sandangnya di tarik dari belakang.

Chi menoleh ke belakang dan melihat tangan Jeff yang masih menarik beg sandangnya. Matanya merenung mata Jeff seolah-olah bertanya kenapa.

"Kejap."

"Pintu dah nak tutup kot."

"There's always a second train, kan?"

Senyap.

Ketika itu Chi mula menghadam beberapa perkara penting. Satu, bukan dia seorang je yang sayangkan 'seminit dua' mereka yang tinggal ini. Dua, Jeff boleh dapat anugerah dekan sebagai penelaah manusia bernama Chi terhebat, sebab boleh faham perasaannya yang memang memerlukan beberapa minit lagi sebelum dia betul-betul bersedia untuk berpisah. Dan ketiga juga yang terkahir, damn, macam mana nak mengaku ni but damn Jeff, aku rasa kau betul lah first love aku.










Thursday, February 12, 2015

mengumpat aku eh?

Hahaha aku baru search nama sendiri kat twitter

Baru sedar ramainya mengumpat aku sejak 2011

Hahahahaha ngoknye.

Hahaha tu lah lain kali nak cakap pasal aku, kita direct je borak kat sini okay.

Yelah tau ramai bengang aku tak sambung AdVidHaq, tak sambung Kamu Indah, private blog tiba-tiba pastu tak invite, abai blog abai readers yadayadayada

Yelah yelah aku salah.

Ni nak sambung balik la ni.

Mohon khabarkan pada kawan2 anda, kot diorang masih marah dan tak puas hati.

Hahaha by the way aku terhiburlah.

Lagi2 umpatan dari bloggers yang aku kenal i sawwww youuuuu

Haha tu je bye.

Blogger jahat,
Cucuratap

Wednesday, February 11, 2015

First [7]

Jeff menongkat dagu sambil melihat budak perempuan yang masih tersenyum-senyum di hadapannya. "Kau kenapa sengih-sengih tak habis lagi ni Chi?"

"Entah. Sebab best kot. Kan aku dah pernah cakap sekolah dengan rumah aku boring."

Jeff membalas senyum. "Masa aku form 4 Chi, aku rasa pergi sekolah best gila. Masa form 4 bukan macam ada banyak aktiviti ke? Sebab kira honeymoon year takde stress apa."

Chi menggeleng. "Aku rasa honeymoon year aku form 3."

"Sebab?"

Chi menelan buah tembikai yang dikulum di dalam mulut sebelum menjawab. "Sebab masa tu abang aku tak kahwin lagi kot."

Senyap. Jeff berkira-kira dalam kepala. Nak tanya ke taknak.. nak tanya ke taknak. Tapi dalam hati nak sangat tahu ni! Takut kalau tanya karang, macam tak sedap pulak main tanya hal peribadi orang.

"Aku tak suka bini abang aku." Selamba Chi menutur kata.

Jeff mengetuk-ngetuk jari di atas meja. Oh.. macamtu rupanya. Dia menahan rasa mulut dia yang gatal nak bertanya. Sabar Jeff, dia nak bukak cerita tu. Grr sabar.

"Dia tu, masalah la. Aku tak suka. Daripada aku elok-elok tak ada masalah, dia pergi wujudkan. Walaupun, technically, seriously, macam tak berkait dengan aku pun masalah tu. Tapi yelah, entah macam mana, aku yang menanggung sakit kepala sebab dia. Eeh bencilah."

Jeff menggenggam tangannya di atas peha. Aku sungguh la tak boleh sabar dengan orang yang bercerita tak jelas ni. Apa yang masalah? Kenapa? Apa puncanya? Kenapa benci dia? Dia dah buat apa? Habistu kalau bukan masalah kau, kenapa nak kena fikir pulak? Bertalu-talu soalan keluar daripada mindanya. Kalaulah dia dengan Chi ni dah kenal bertahun, dah lama dia hamburkan je soalan semua tu. Tapi tu lah.. baru kenal.. dan Chi pun nampak fragile jadi dia being considerate.

Chi mengetap bibir. Beg plastik berisi sisa tembikai dan asam di campak ke dalam tong sampah dari tempat duduknya macam nak skor mata bola keranjang. Cantiklah, 3-point.

Jeff menanggalkan snapback dari atas kepala dan di letak perlahan ke atas beg di sebelah. Dia memandang Chi yang nampak dah distracted daripada masalahnya, boleh main baling-baling sampah pulak tengah-tengah aku serius mendengar ni. Jeff membasahkan bibirnya sebelum bertanya berhati-hati. "Chi?"

"Hmm?"

Jeff bermain-main dengan batang pen yang terselit di antara jarinya. "Kau cakap dulu.. kau.. takde adik-beradik?"

Chi mengalih pandangan daripada tong sampah ke muka Jeff yang duduk di sebelahnya. "Oh. Dia abang lain mak. Aku memang selalu cakap kat orang aku takde adik-beradik pun."

Oh.. Jeff mengangguk perlahan. Lagi Chi? Sambunglah sebelum aku ter-explode dengan rasa ingin tahu.

Chi dan Jeff duduk bersebelahan menghadap orang ramai yang lalu-lalang di hadapan kedai kecil itu. Dari pagi, Pasar Seni memang tak pernah lengang. "Sini memang tak pernah lengang eh Jeff?" Chi bertanya sambil memerhati.

Jeff memusingkan kerusi pusingnya menghadap Chi di sebelah. Sebelah kaki menongkat ke lantai manakala satu kaki lagi dia letakkan di atas palang di bawah kerusi pusing Chi. Dia menjilat bibirnya sekali lagi sebelum dia was-was mengeluarkan kata. "Chi.."

Chi masih menongkat dagu memandang orang lalu-lalang. "Apa dia..."

"Cakaplah.."Perlahan suaranya memujuk. Dahla aku ni jenis memikir, si Chi ni macam nak buat cerita berepisod pulak. Cerita taknak kasi habis.

"Cakap apa..."

Jeff mengangkat lengannya dan berpeluk tubuh. Pandangannya jatuh pada sisi kanan muka Chi yang masih tekun merenung orang ramai. "Kita ni Chi, manusia yang tak kuat. Semua orang sama je, semua orang tak kuat bila sampai breaking point dia."

Jeff berhenti sejenak sambil memerhati reaksi muka budak di hadapannya. Chi masih diam.

"Apabila kadang-kadang tu kita rasa tak tahan sangat, kita boleh mintak tolong orang. Tolong dengar, tolong faham, tolong.. tolong kongsi rasa susah tu. Sebabnya, macam aku cakap tadi, kita tak kuat. Sebelum kita jatuh sebab tak larat, baik kita sambut huluran tangan orang. Jatuh sorang-sorang sakit Chi. Jangan rasa kau bebankan orang, sebab mungkin satu hari nanti orang yang hulurkan tangan tu yang perlukan bantuan kau."

Chi mengetap bibir. Jangan buat scene kat sini, Chi. Jangan nak buat panas-panas mata kat sini.

"Memang confuse kan? Aku nampak Chi.. aku nampak kenapa kau tak faham kenapa masalah orang lain jadi masalah kau."

Saat itu Chi berpaling mukanya memandang anak mata Jeff. "Kenapa?"

"Kau jenis pemerhati. Kan?"

Chi merenung anak mata Jeff dalam-dalam. "Jarang ada orang yang faham aku...."

"Aku tau aku rare."Jeff memotong ayat Chi dengan sengih sekilas.

Hahaha. Tergelak juga mereka berdua selepas lebih kurang setengah jam menjadi manusia serius.

Chi mengelap matanya yang berair dengan hujung lengan baju-T. Boleh pulak buat kelakar tiba-tiba Jeff ni. "Takpelah."

"Apa yang 'takpelah'?" Jeff menjawab dengan gelak yang masih bersisa.

Chi menggeleng sambil meraup rambutnya ke belakang. "Entah aku dah lupa." Ketawa lagi.

Jeff menyambung tawanya tiba-tiba "Kita ni kena serang virus gelak ke? Apsal kau gelak lagi ni?"

"Kau lah start! Buat lawak selingan!"

Hahaha. "Lawak selingan kau kata! Eeh." Jeff menolak hujung pennya ke dahi Chi.

"Sakittt." Dia menggosok-gosok dahinya sambil ketawa.

"Tengok tu sakit pun gelak lagi!"

Chi menggeleng kepala. Dah lama tak gelak macamni. Gelak yang tidak bersebab ni memang rasa carefree.

Jeff hanya melihat sahaja gelagat Chi yang ketawa panjang itu dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Budak ni betullah dah kronik. "Aku tengah menghulurkan tangan tanda nak membantu ni Chi.. serius la.."

"Bantu siapa? Aku?"

"Yelah."

Chi senyum mengusik. "Nanti-nantilah aku sambut huluran kau tu."

Jeff mengetap bibir geram. Buat mainlah, aku betul-betul kot.

"Tapi serius la Jeff, kau tanya tadi macam too careful.. kenapa?"

Jeff berfikir seketika sebelum menjawab. "Sebab taknak harm kau kot."

Chi mencebik. Tu nak main-main lagi la tu.

Jeff sengih nakal. "Yela.. taknaklah cause any harm.. kot-kot ada rezeki aku dapat jadi first love kau ke kan? Priceless kot. Aku patut berkawan dengan budak form 4 dari dulu la aku rasa."

Ceh!"Jangan pandang rendah sangat la dengan budak umur enam belas zaman sekarang, entah-entah boyfriend aku dah berderet."

Jeff sengih lagi. "Aku tak tau la budak umur enam belas yang lain but i'm sure i know you too well now, Chi. Or should i call you Suci?"

Automatik Chi rasa seperti kena renjatan elektrik sebab terkejut yang amat sangat. Mana dia tahu?




Monday, February 9, 2015

First [6]

Jeff masih terbayang gambar sekilas yang dipandang di dalam kelas tadi. Dia memang pantang sikit kalau tengok, pastu lupa padahal dia tahu. Macam satu perasaan tak puas hati. Serius la aku kenal dia tu.. tapi siapa.. tolonglah ingat, tolonglah!

"Apsal Jeff?" Naim yang berjalan di sebelahnya menegur.

Jeff hanya menggeleng. Takkan nak mengaku dok teringat gambar budak perempuan kot! Tu mintak nak kena bahan setahun namanya.

Haikal yang juga sedang berjalan balik dari sekolah bersama-sama mereka naik hairan. Pelik jugak ni Jeff tiba-tiba senyap apahal. "Lapar ke? Nak makan?"

"Aku nak!"Rafi menjawab pantas.

Naim tergelak. "Dasar perut tak pernah kenyang!"

Jeff masih diam walaupun kawan-kawan dia tengah riuh bersembang pasal makanan. Ni la masalah aku. Kalau tengah fikirkan something. mesti nak kasi selesai jugak! Kalau tak, selagi tu tak puas hati!

Mereka berempat yang masih berpakaian uniform sekolah masuk ke kedai mamak. Walaupun masing-masing dah tanggalkan tie, name tag dah di pin ke beg sekolah, rambut dah tak pacak macam pagi-pagi.

Kata Naim, mengikut kata bapak dia, dekat Britain kalaupun sekolah tu wajib beruniform tapi apabila dah masuk sixth form, dah tak payah pakai uniform dah. Sixth form tu kira macam macam diorang sekarang ni la, group nak ambik STPM. Beza dia sixth form kat sana boleh start awal lagi dari umur 16. Naim boleh start bercerita topik ni apabila masing-masing dah tak larat nak gosok baju sekolah. Bayangkanlah, dari tujuh tahun sampai sembilan belas tahun pakai uniform, tak ke bosan? Tapi siapa suruh sambung Tingkatan Enam kan, ada je kawan-kawan lain dah bergaya pergi kelas diploma pakai baju warna-warni.

Haikal menyinsing lengan baju kemeja sehingga ke atas siku. "Weh Naim, tadi tu, yang gambar tu, gambar siapa?"

"Gambar mana?" Naim menyedut air teh aisnya.

"Ala tadi tu, yang tergendala sebab cikgu masuk tu.."

Jeff menopang dagu. Nasib baik si Haikal ni ringan mulut nak bertanya, sebab dia sejak tadi rasa sesak otak dah memikir. "Haah siapa tu?"

Rafi menendang kaki Jeff di bawah meja. "Aku dah agak dah! Ni yang kau dok senyap je dari tadi sebab memikir benda ni la kan? Sebab kau macam cam budak tu tapi tak dapat brain dia siapa? Betul tak aku teka? Betul kan?"

Haikal dan Naim pun tergelak sama. "Adoila Jeff! Masalah betul kau ni! Aku ingat masalah math je yang kau tak puas hati kalau tak dapat! Ni masalah budak perempuan pun nak memikir macamtu sekali." Naim mengusik.

Jeff memegang kepalanya. Aku agak dah diorang ni mesti nak kenakan orang punya. "Korang dah tau aku ni jenis memikir kan? Nak buat macam mana."

Naim mengeluarkan handphone dari kocek seluar. "Ni ha. Twitter adik aku ni. Dia pergi upload gambar budak kelas yang suka sangat carik gaduh dengan dia."

"Macam pelik je ayat tu. Tak ke adik kau tu yang suka carik gaduh dengan orang? Macam betul je orang yang carik gaduh dengan dia."Rafi mengomen.

"Kan! Hazri memang setan." Naim gelak. Dah nama pun abang kandung yang duduk sebumbung namun tidur tak sekatil, memang kenal sangat la perangai adik dia yang sorang tu.

Haikal menolak bahu Naim kasar. "Kau pun setan gak! Kalau tak, takdela bapak kau hantar sekolah asing-asing. Mau menangis pengetua dapat korang dua orang satu sekolah."

Jeff menolak gelas milo aisnya ke tepi. "Weh bak phone tu jap."

Naim pass handphone pada Jeff. "Cute gak budak ni. Tengok."

Haikal mencebik. "Kau apa yang tak cute? Muka aney tu pun cute kan?"

Jeff buat tak kisah dengan perbualan kawan-kawannya di sebelah. Gambar yang terpapar pada aplikasi Twitter itu di tenung. Gambar tu memanglah ditangkap dari sisi je, tapi dia boleh kenal profail budak perempuan tu. Serius la kenapa slow pulak otak aku hari ni. Dia memejamkan mata sambil mengetuk-ngetuk skrin handphone ke dahi. "Weh pening aku!"

Naim menghulurkan tangan. "Bak la sini aku tanya Hazri siapa nama dia. Karang meleleh darah dari kepala kau karang, memikir tak habis-habis."

Jeff menggeleng kepalanya perlahan. Dah kenapa kepala aku nak berdarah pulak! "Kau tanya jap. Tanya dia sekarang. Aku tak puas hati ni."

Naim mendail nombor adiknya. Kat sekolah lagi ke budak ni? Ala lantaklah dia tau Hazri ni bukan jenis skema nak sorok panggilan telefon kat sekolah. Nama je ketua tingkatan. Hak tui.

"Weh Aji. Aku ni. Tanya sikit." Naim memulakan intro. Dia memang ber aku-kau je dengan adik dia ni.

"Aku tengah tak buat apa pun ni. Apahal?" Hazri menjawab telefon selamba sambil membuat salinan fotostat. Tadi cikgu dia tiba-tiba mintak tolong buat salinan fotostat sijil-sijil persatuan kimia. Dia pun yang tengah malas nak belajar, iye kan aje. Bilik fotostat tu pun tengah kosong tak ada orang lain. Seronok la dia guna handphone kat sekolah.

"Yang kau upload gambar budak kelas kau tadi tu, nama dia apa?"

"Gambar yang mana? Kat mana? Kau ni tanya soalan tak habis la bang."

"Yang baru tadi la! Berapa banyak pulak gambar classmate yang kau upload dalam sehari ni Aji?"

"Oh budak perempuan suka carik gaduh tu ke? Nama dia Suci. Tapi dia tak sesuci nama dia la."

Naim tergelak. "Ngok. Okaylah. Tu je."

"Kau tanya ni sebab dia macam cun kan? Tak guna! Tak payah nak suka budak kelas aku!"

Naim hanya membiarkan kata-kata adiknya tak berjawab dan terus mematikan talian. "Nama budak tu Suci. Dah ingat dah kau kenal dia kat mana?"

Jeff menggaru dahi yang tak gatal. "Mana datang pulak budak nama Suci ni.. nama pelik-pelik gini susah kot nak lupa tapi apsal aku tak dapat ingat?"

"Ada la tu. Kot pernah datang dalam mimpi." Haikal mengusik.

Eh ye ke? Jeff masih memikir. Dia menghalakan pandangan ke langit. Rail lrt yang panjang melintasi jalan raya di hadapan kedai mamak ini di pandang lama. Sesaat, dua saat, satu gerabak lrt menyusur laju. Eh kejap.. kejap..

"Weh cop siapa nama dia tadi?" Takkanlah..

Naim menyudahkan kunyahan mee goreng mamaknya sebelum menjawab. "Suci."

Chi! Kan? Gambar di handphone itu dilihat sekali lagi. Betul lah! Ya Allah apa ke lembab aku ni! Padahal dah pernah lepak seharian kot! "Aku dah ingat!"

"Siapa? Sedara?" Rafi bertanya.

"Tak." Jeff menggeleng laju. Dia memandang Naim. "Suruh Hazri delete gambar ni before lagi ramai orang retweet." Dia bukan tak kenal kawan-kawan si Hazri. Budak-budak nakal je diorang semua tu.

"Apsal?" Naim bertanya hairan.

"Suruh dia delete. Budak ni budak baik. Suruh dia delete sekarang. Karang entah pape jadi kat dia." Jeff menyuruh tegas.

Naim pantas menghantar text kepada adiknya walaupun dia pelik kenapa Jeff tiba-tiba menggelabah. Kata bukan sedara? Habistu? Kawan? Kawan mana? Kawan baru kenal? Kalau baru kenal kenapa nak risau lebih?

********

Jeff memandang kiri dan kanan. Tak ada.

Dia melihat jam tangan sekilas, patut dah sampai. Tolonglah.. tolonglah jangan jadi apa-apa. Dia dok risau dalam 2-3 hari ni kot-kot Chi ni dah kena apa-apa dekat sekolah. Punyalah dia tidur awal tiap-tiap hari supaya hari sabtu cepat sampai. Dahtu kalau kau sanggup tunggu 2-3 hari, kenapa harini kau macam tak boleh tunggu 2-3 minit Jeff? Otaknya memikir. Kejap lagi dia sampai tu, kejap lagi. Takde apa tu, takde apa. Dia menenangkan diri sendiri.

"Boo!"

Seorang makhluk pendek berambur hitam panjang melompat di hadapannya. "Oi Chi! Gila ke!" Sikit lagi dia nak rebah ke lantai, terkejut punya pasal.

Chi mencebik. "Itu pun nak terkejut. Macam orang tua."

"Yelah! Bukan kau hari-hari jalan monyok sambil tengok buku ke? Harini terkejutkan orang dah kenapa?" Jeff rasa nak baling beg galasnya ke kepala Chi.

Chi ketawa sedikit. "Mood aku baik harini. Aku tak sabar tunggu hari sabtu nak jumpa kau tau tak? And harini aku tak terlepas train. Aku memang sengaja naik train berhenti kat sini." Senyum lagi.

Jeff menelan air liur. Adoila budak sorang ni. "Kau okey?" Dia teringat tujuan asalnya nak cepat-cepat jumpa Chi.

Chi mengerutkan kening. "Okey. Kenapa?"

"Semalam? Dua hari lepas? Tiga hari lepas? Kau okey?" Jeff bertanya lagi dengan nada ambil berat.

Chi makin pelik. "Kenapa ni? Kenapa tanya? Kenapa dengan aku sejak 2-3 hari lepas?"

Jeff menguatkan genggaman tangan pada beg galasnya. "Aaaaa.. saja tanya nak tau."

"Cakaplah kenapa!"

"Tak ada.. kau okey tak? Serius ni."

Chi mengangguk dengan teragak-agak. "Okey.. kot?" Rasanya tak ada apa-apa benda buruk yang boleh menjadikan keadaan dia sampai tahap 'tak okey' dalam beberapa harini.

Jeff membetulkan kedudukan snapback di kepalanya. "Okey ke tidak ni.. kenapa ada kot?"

"Aku okey! Hidup lagi ni kan! Depan kau ni." Chi membentak. Apa yang tak okey nya? Tak faham betul mamat ni.

Jeff menarik nafas lega. Betullah rentak jantungnya dah kembali berbunyi rentak normal berbanding 2-3 hari lepas. Baru kini dia sedar yang dia sebenarnya dalam kerisauan. Nasib baik tak jadi apa-apa! "Fuh. Baguslah kau okey."

Chi menyebak rambut hitamnya yang lebat itu ke belakang bahu. "Memanglah aku okey. Aku ingat aku je yang berperangai pelik sejak seminggu tak jumpa kau ni. Rupanya kau pun sama."

Jeff memeluk tubuh sambil memeriksa kedatangan lrt. Belum sampai lagi. "Kau berperangai pelik apa?"

Chi pun ikut memeluk tubuh. "Kau yang cakap tadi kan? Aku happy. Tak monyok harini." Kau lah penyebabnya, tak sabar nak jumpa kau sebab tu aku happy. Chi senyum lagi. Dia merasakan hanya Jeff je orang yang tak membosankan yang sedang wujud dalam hidup dia sekarang.

Jeff tarik senyum sambil memandang Chi sekilas. "Kalau rindu cakap rindu Chi."

"Baik kau diam sebelum kena tolak masuk dalam rail lrt, Jeff." Senyum lagi.










Thursday, February 5, 2015

First [5]

"Weh."

Terasa mejanya digoncang-goncang.

"Weh! Tak dengar ke?"

Terasa mejanya digoncang-goncang lagi. Chi mengangkat muka dari kertas kajang di atas meja. "Apa?" Nak je dia tolak ketua tingkatan dia tu sampai tersungkur bawah kerusi. Mulut tu bising je!

"Cikgu Hani panggil."

Ish, ini yang dia malas ni. "Kenapa?"

"Tanya aku pulak! Mana aku pernah kena panggil dengan kaunselor. Budak bermasalah macam kau yelah."

Chi mengetap bibir. Karang ada yang betul-betul tersungkur bawah kerusi ni karang. "Hurm."

"Oi! Sekaranglah!"

Taulah! Chi menjerit di dalam hati. Terus dia mencampak pen ke dalam bekas pensil dan menolak kerusi ke belakang. "Nak pergi la ni!"

Budak lelaki itu mendengus kasar. "Bapak kau tak ajar cakap baik-baik eh?"

Chi menghentikan langkahnya sebelum keluar daripada pintu belakang kelas. "Tak! Dia tak sempat nak mengajar aku dari dalam kubur!" Pantas dia meninggalkan budak lelaki yang memang suka cari gaduh itu. Sungguh la dia tak faham daripada awal tahun sampai sekarang, kenapa si Hazri tu yang orang dok undi jadi ketua tingkatan. Dengan aku yang tak pernah buat dosa kat dia pun asyik nak cari gaduh. Menyakitkan hati betul.

Tangan yang sedikit berpeluh itu dikesat dengan kain biru sekolah yang dipakai. Dia mengemaskan sedikit ikatan rambut dengan menjadikan kaca papan kenyataan sebagai cermin. Okay. Ready. Dia mengetuk pintu bilik kaunselor dua kali.

"Suci Nadhrah? Masuk."

Perlahan Chi menutup pintu di belakangnya dan melabuhkan punggung di atas kerusi hijau di hadapan meja kaunselor sekolahnya.

"Sihat?"

Angguk.

"Sejak keluar hospital, Suci takde jumpa saya pun kan?" Cikgu Hani senyum memandang anak murid di hadapannya.

Chi mengangguk. "Aah. Sibuk nak exam pertengahan tahun kot."

Cikgu Hani memandang anak mata Suci dalam-dalam. Anak murid berusia 16 tahun itu tampak bermasalah benar. Daripada laporan cikgu-cikgu lain, Suci jadi muram apabila ayahnya meninggal tahun lepas. Itu biasa. Emosi yang terganggu selepas pemergian ahli keluarga, itu memang biasa. Tapi yang menghairankan sekarang ni, Suci selalu tak datang sekolah sebab sakit, keputusannya merudum jatuh, dia dah tak bertegur sapa dengan kawan-kawan, selalu marah-marah dan yang paling teruk, dia dah pandai bergaduh pulak.

Takkan sebab arwah ayahnya, Cikgu Hani fikir. Takkan. Sebab semasa ayahnya meningal tu, walaupun Suci sedih, tapi dia masih okey. Okey dalam erti kata masih pergi sekolah, belajar, dan bercakap dengan kawan-kawan (dengan nada normal). Dia dah berjumpa dan duduk berbincang dengan Suci 3 minggu lepas, sebelum dia dimasukkan ke wad. Demam panas sampai kena masuk air. Apa dah jadi dengan budak ni sebenarnya?

"Kan cikgu ada pesan, Suci boleh jumpa cikgu bila-bila masa je. Kalau Suci sibuk masa kelas, boleh jumpa cikgu lepas waktu sekolah. Takpun masa waktu ko-kurikulum kalau malas nak join, Suci boleh datang sini borak-borak dengan cikgu."

Chi buat muka endah tak endah. Nak borak-borak dengan saya ke atau cikgu nak korek-korek masalah saya? Ni yang aku malas nak terjebak dengan kaunseling ni. Kalau pergi sekali mesti dia nak suruh datang lagi. Bukan membantu pun kalau kaunselor asyik tanya soalan dengan muka suspicious dia tu! Come on lahhhh.

"Suci?" Cikgu Hani menegur setelah perasaan yang Suci masih diam.

Suci membetulkan duduk dan menarik-narik baju kurungnya. "Saya macam.. takde masa sangatlah sekarang ni cikgu.. saya tak pergi sekolah berapa hari dah minggu lepas. Banyak nak catch up. Minggu depan nak exam. Lepas sekolah pun saya study. Weekend pun saya study. Waktu ko-kurikulum tak boleh ponteng sebab nanti kehadiran saya tak cukup, tak dapat good mark." Engkau kalau bagi alasan memang lancar kan Chi? Otaknya memuji diri sendiri.

Cikgu Hani menutup buku lejar yang terbentang di atas meja. "Hurm kalau macamtu takpelah. Cikgu just tanya-tanya je kesihatan Suci. Nampak dah okey ni, baguslah." Senyum lagi.

Chi rasa nak tergelak dalam hati. Kaunselor rupa gini pun ada ke? Dah terang lagikan bersuluh, lagi nak menyorok. Dia tau Cikgu Hani cuma nak jalankan tugas sebagai kaunselor bergaji di sekolah ni. Puncanya dah ramai sangat cikgu matapelajaran yang komplen, sampai pengetua suruh dia datang sesi kaunseling. Sekali dapat, kaunselor yang buat kerja nak taknak je. Orang taknak cerita, terus tutup buku. Orang tipu bagi alasan macam-macam (yang ketara sangat nampak macam alasan tak kukuh) pun dia mengangguk. Lepas tu nak rekod masalah orang dalam buku tu, eh taknak ah! Memang sampai ke sudah la dia taknak datang sesi kaunseling macamni lagi.

Sejak dua menjak ni, Chi dah tanam dan kambus padat-padat satu ayat azimat di kepalanya :

Kalau tu masalah kau, jaga sendiri. Kalau masalah tu masalah aku, biar aku yang tanggung.

Bunyi memang macam bukan ayat quote orang putih yang hebat, tapi dia dah berpegang dengan kata-kata itu. Dan azam dia, biarlah dia pegang kata-kata tu sampai dia mati esok-esok. Sebab dia rasa sekarang ni, dia macam menanggung masalah orang lain, bukan masalah dia. Complicatednya hidup!

*******

Naim mengeluarkan iPhone dari dalam kocek seluar sekolah. "Weh kau tengok ni!!"

Jeff memandang sekilas. Budak-budak sekarang, pergi sekolah pun nak bawak telefon canggih. Padahal bagi alasan kat cikgu nak bawak handphone sebab nak hubungi mak ayah je. Pui la.

Haikal yang duduk di kerusi sebelah Jeff memanjangkan leher ke tempat duduk sebelah tingkap. "Kenapa? Kenapa?"

"Cun kot." Naim membalas.

Dan-dan tu juga mereka menyerbu tempat duduk Naim. Termasuk la si Jeff yang konon tak berminat tadi.

"Sape ni? Sape ni?" Rafi mengambil handphone itu dari tangan Naim.

"Sabar la gila!" Naim merampas kembali handphonenya. "Budak sekolah Jalan 16."

"Nik Haikal! Rafiuddin! Naim! Jaffan! Dah kenapa berkerumun kat situ!"Tiba-tiba satu jeritan bergema. Alamak cikgu Bahasa Melayu dah masuk dah. Masak!

Perlahan-lahan mereka bergerak ke tempat duduk masing-masing. Naim memandang Rafi yang terkulat-kulat di tempat duduknya. Tu lah kau bising!

"Jaffan padam whiteboard".

Jeff bangun dari kerusi dengan tak rela. Apsal aku pulak! Aku patut tak join tadi! Bukan nampak sangat pun gambar tu. Tapi sumpah, masa sekilas dia terpandang tu, serius macam kenal. Tapi takkanlah. Tak kot. Mana dia ada kenal budak perempuan sekolah lain.

Friday, January 30, 2015

First [4]

"Kak." Jeff menegur kakaknya yang sedang bermain handphone di atas katil. "Buat apa tu?"

"Buat kuih." Ana Suria menjawab selamba.

"Kelakar sangatlah tu." Jeff menutup pintu bilik Kak Ana di belakangnya. Terus dia melabuhkan punggung di atas katil kakak kesayangan.

Ana menggolekkan badannya ke kiri sedikit untuk memberi ruang pada adiknya. "Nak apa ni? Sibuk je kat bilik orang."

"Tak pergi dating ke?"

"Gila ke pergi dating pukul 11 malam. Kalau tak ayah yang tembak akak, mak yang capai pistol dulu."

Haha. Jeff tergelak. "Kak, orang nak cerita ni.."

"Ye saya nak cerita apa adikku sayang?" Ana menyengih panjang. Nak mengusik si adik.

Jeff memandang muka kakaknya yang berbaring di sebelah. "Jeff ada jumpa sorang budak perempuan ni.. dah 2-3 minggu jugak la jumpa.."

"Oh my God! Oh my God! Jeff! Adakah akhirnya adik akak ini dah berpunya? Oh my God!" Ana terus bangun dan duduk bersila di hadapan Jeff dengan muka teruja. Bukan senang Jeff ni nak serius woi!

"Eh bukanlah! Dengarlah orang nak cerita dulu!" Jeff menepis tangan kakaknya yang excited semacam. "Dia tu.. pelik. Dia budak lagi. Baru enam belas. Tapi dia boleh berjalan merayau sorang-sorang. Lepastu monyok je, tak senyum."

Ana berfikir sejenak. "Jeff suka dia ke?"

Adoi! Ke situ pulak! "Tu bukan point dia lah kak!"

"Habistuuuu.. yang concern sangat ni kenapa? Semua orang ada problem lah. Kalau kita nak tolong fikirkan masalah semua orang, otak kita boleh pecah tau."

Jeff menggeleng kepala. Betullah kakak dia ni berfikiran simple sungguh. Kenapalah aku pi bercerita dengan dia?

"Tengok tu, muka risau lebih." Ana menuding jari ke dahi Jeff. "Jeff dah berkawanlah dengan budak tu maknanya? Nama dia apa? Dia duduk mana? Satu sekolah ke?"

Jeff terdiam. Nama dia Chi. Nama penuh tak tahu. Duduk mana tak tahu. Sekolah mana pun tak tahu. "Entah.."

Ana menggaru dahinya yang tidak gatal. "Biar betul ni Jeff.. Jeff betul jumpa orang ke bukan orang ni.."

Ah sudah. Takkan aku ada kawan yang tinggal kat dunia lain pulak. "Orang pergi tidur dulu lah."

"Pulak! Eh Jeff! Cerita tak habis lagilah!"

Jeff bangun dari katil dan membuka pintu bilik kakaknya selamba. Kak Ana yang menjerit memanggilnya dibiarkan sahaja. Betul jugak apa yang Kak Ana kata. Dia tak kenal pun Chi tu, tak tahu orang mana, duduk mana, sekolah mana, yang aku fikir masalah dia sampai ke pukul sebelas lebih ni dah kenapa? Ah payah!

**********

"Suci, baru balik?"

Pertanyaan itu dijawab dengan satu anggukan.

"Tadi pergi mana?" Lembut suara serak basah itu bertanya.

"Jalan." Chi menggantung kunci rumah di penyangkut sebelah pintu. Pintu masuk dua daun pintu kayu besar itu yang menyambutnya balik setiap hari. Muka abangnya yang sedang duduk di atas lantai itu dipandang sekilas. Dia tahu, abangnya menunggu dia balik.

Syauqi melihat jam didinding sekilas. "Dah malam sangat, Suci"

"Suci naik atas dulu." Perlahan dia melangkah ke anak tangga.

"Eh Suci, baru balik? Dah makan?" Kakak iparnya tiba-tiba muncul di tangga.

Suci merenung muka kakak iparnya lama sebelum menjawab. "Em." Nak diikutkan hati, tak ingin dia menghadap muka bini abangnya yang satu itu. Jangan kata seminit, sesaat pun dia tak mahu. Kalaulah dia dah dewasa dan boleh pindah hidup sendiri, malam ni jugak dia keluar dari rumah.

"Kalau Suci lapar, akak panaskan lauk. Tadi akak masak tau." Fatin cuba memaniskan muka.

"Taknak. Tepilah." Sepantas mungkin dia cuba melintasi tubuh Fatin yang masih berdiri di anak tangga.

"Suci?" Abangnya menegur perlahan perangai adiknya yang dingin itu. "Suci!"

Chi dengar panggilan itu. Dua kali abangnya memanggil kuat dari bawah tapi dia saja membiarkan bagai angin lalu. Peduli apa dia. Kalau setakat nak suruh dia makan masakan Fatin dan menghadap lagi muka perempuan tu tak payahlah.Terima kasih. Biar dia kebuluruan sepanjang malam pun dia lagi sanggup.

Dia menghempas beg galas ke atas katil. Membazir masa betul memikirkan pasal perempuan tu. Bukan masalah kau pun, Chi. Lantaklah diorang kat bawah tu. Otaknya berfikir. Baik pergi mandi lepastu gosok uniform sekolah. Pergi sekolah seminggu lepastu hujung minggu depan boleh jumpa Jeff lagi. Tiba-tiba dia senyum lebar. Jumpa Jeff lagi.







Thursday, January 29, 2015

First [3]

Chi memandang hadapan dengan lelah nafas turun naik. Orang ramai sedang berpusu-pusu melintas dari arah bertentangan. Dia menggerakkan kaki lebih laju supaya tidak tertinggal di belakang Jeff. Dia tidak perlu menoleh kesebelah, dia tahu Jeff masih sedang melintas bersama-sama. Di waktu yang beberapa saat ini, waktu sekarang ini, dia rasa seperti diberi perhatian. Mungkinlah tindakan meneman dia melintas itu tak bermaksud benda besar, malah mungkin tak bermaksud apa-apa pun tapi sebagai orang yang selalu dipinggirkan sepertia dia ni, perhatian sekecil itu pun dia boleh tersentuh.

Ah, dasar fikiran budak enam belas tahun. "Ugh."

Jeff mendengar dengusan kecil itu. "kenapa?"

Chi mengangkat lengan dan memeluk tubuhnya sebelum mendengus sekali lagi. "Aku tak suka jadi budak enam belas tahun."

"Kenapa tak suka?" Jeff mengerutkan kening. "Lagipun kau baru je jadi enam belas tahun, macam mana boleh rasa tak suka pulak?"

Chi menggigit bibir bawah sambil menyelak rambut ke hadapan bahu. "Aku banyak baca, diorang tulis, semasa umur enam belas tahunlah perasaan jadi banyak tak stabil. Sebab macam transition remaja nak ke dewasa."

"Ye ke? Takdelah. Aku tak rasa macamtu pun masa aku enam belas." Jeff melangkah perlahan ke arah kedai telefon bimbit yang perlu dia jaga sepanjang hari sabtu ini. Dia menelek jam tangan, oh belum pun pukul sembilan lagi. Boleh jalan perlahan lagi.

Ke aku yang fikir lebih? Chi menggelengkan kepalanya.

"Kau fikir lebih la tu. Tu lah, banyak membaca sangat."

Dia ni boleh baca fikirang orang ke? Chi memandang profil Jeff dari tepi.

Jeff berhenti di hadapan kedai kecik yang masih bertutup dengan shutter. Poket seluar kanan diseluk dan segugus kunci yang diwarnakan pangkalnya dengan warna-warni dikeluarkan. "Tepi sikit."

Chi menarik kakinya kebelakang apabila Jeff duduk mencangkung di hadapan shutter. Mangga dibuka dan shutter itu ditarik ke atas. Bunyi bising shutter besi itu menarik perhatian penjual beberapa gerai dihadapan.

"Jeff! Selamat pagi!" Tegur seorang abang berbangsa asing (Chi meneka) yang sedang sibuk mengemas gerainya.

"Selamat pagi bang! Awal harini sampai?" Jeff menjawab dengan senyuman.

"Biasa aja!" Soalan Jeff disambut dengan gelak tawa.

Chi masih berdiri di tepi kedai kecil itu. Jeff meletakkan kunci dan beg ke atas kerusi pusing di belakang rak cermin. Beberapa A4 standee yang memaparkan poster-poster dan promosi jualan di susun di atas rak kaca.

"Kau bercakap ke dengan diorang-diorang ni?" Chi bertanya dengan suara perlahan.

"Diorang-diorang mana?" Lancar tangan Jeff mengelap rak kaca yang berisi sim card dan kad top-up dengan tuala putih.

"Macam tadi.. abang yang tengah kemas gerai apam balik tu?"

"Kalau aku boleh bercakap dengan kau, kenapa aku tak boleh bercakap dengan diorang pulak?"

Chi memerhati sekeliling dengan perasaan was-was. "Bahaya bercakap dengan orang tak kenal ni.."

"Chi." Jeff menegur sepatah. "Aku dengan kau, kita kenal sangat ke?"

Chi menggeleng.

Jeff melemparkan senyum. "Dahtu?"

Chi diam sejenak. Yelah kita tak kenal tapi aku bercakap dengan kau jugak. Fine. Aku bias dengan warga asing. Dia menyimpulkan pertanyaan Jeff di dalam kepala.

Jeff senyum lebar. Itu diam je dengan dahi berkerut tu tengah berfikir lagi la tu!

"Murah sangat senyuman kau ni. Asyik senyum je."

Jeff ketawa mengusik. "Kenapa? Nak beli? Senyum kenalah murah, mana boleh mahal-mahal."

"Kenapa?" Chi bertanya ingin tahu.

"Nanti tak lawa. Macam kau. Muka lawa tapi senyum taknak. Mana tahu terjumpa jodoh tengah-tengah jalan, lepastu melepas sebab kau tak senyum."

Chi tergelak kecil. "Kau ni banyak sangat teori tak logik. Aku kalau senyum pun tak lawa jugak. Sama je."

"Ha! Tu nak pancing aku suruh cakap kau lawalah tu! Perempuan ni memanglah, kena gasak cakap lawa-lawa-lawa-lawa sepuluh kali depan muka baru puas hati kot."

"Mana ada!"

Jeff menangkap denial Chi yang terang-terangan itu dengan senyuman sinisnya. "Ada! Kakak aku selalu macamtu! Aku tahulah!"

Chi mencebik.

"Kau ni kan Chi, grumpy, moody, demotivated, self confidence tahap bawah kosong, senyum taknak, jalan sorang-sorang. Kau ni kenapa sebenarnya?" Jeff melabuhkan punggung di atas kerusi pusing. Chi masih berdiri bersandar lengan pada dinding konkrit kedainya.

Chi memandang terus ke mata Jeff. Walaupun Jeff sedang duduk, paras mata mereka masih sama memandangkan ketinggian Chi yang tak berapa nak boleh dibangakan ini. "Aku tak ada masalah. Kalau ada pun.. bukan masalah aku. Eh, tak.. maksudnya.. benda tu masalah orang lain, so.. kira bulan masalah aku. Ha, macamtu lah."

Jeff menongkat dagu. "Mak dengan kakak aku selalu cakap aku ni handsome."

Chi mula tak faham. Jadi? Apa kena mengenanya dengan dia?

"Apabila orang handsome macam aku ni bertanya soalan kat perempuan, biasanyalah, most of the time, perempuan tu akan jawab." Sengih.

That naughty grin.

"Jadi.. apa kata kau cakap je dengan aku Chi. Apahal dengan kau ni sebenanrnya?"

Tergelak juga Chi akhirnya. "Taknak. Kau tak handsome."

***********

Ya Allah nikmatnya makan tembikai sejuk tengahari buta ni! Chi mengunyah tembikai merah dari dalam plastik di tangan kirinya. Matahari sedang memancar tegak elok di Pasar Seni.

Jeff tersenyum melihat gelagat budak kecik itu. Ya, budak kecik. Budak kecik yang tak padan kecik suka cakap benda-benda yang orang dewasa je cakap. Chi mungkin kelihatan macam budak bermasalah yang asyik monyok, tapi kalau dah budak-budak tu, memang tak boleh buang tabiat childish. Macam sekarang ni dia dok cucuk tembikai dengan lidi banyak-banyak lepastu try masuk dalam mulut berapa yang muat. Memang macam budak umur enam belas, atau kalau nak cakap dua belas pun boleh.

Apa yang membuatkan budak senaif dan secomel ni jadi dewasa begitu cepat? Sayang, sayang sebab masa remaja tak boleh diputar balik. Sayang, kalau nanti dia dah dewasa dia menyesal merayau sorang-sorang tanpa kawan. Sayangnya, tak menghargai nilai masa yang berlalu dengan pantas.

"Kau taknak balik? Makan tengahari kat rumah ke?" Jeff bertanya selamba.

Chi menggeleng. Dia sibuk mengaut serbuk asam yang berkumpul di bawah plastik berisi tembikainya.

"Habistu? Nak duduk sini sampai petang?"

Chi mengangguk. Ish asam ni pun susahnya nak ambik.

"Nak buat apa kat sini sampai petang?"

Chi mengangkat bahu. "Entah. Aku suka duduk dengan kau."

"Panas kat sini.. dengan ramai orangnya.. tak selesa.."Jeff membetulkan kedudukan kipas duduk itu betul-betul menghala ke muka Chi. Habis berterbangan rambutnya ditiup angin kipas.

"Jeff janganlah.." Habis konsentrasi dia nak makan buah tembikai bila rambut bersepah kat depan muka.

Jeff senyum nakal. Buat lagi sekalilah macamni.

"Jeff janganlah!" Kan! Dah kena marah!

Terhambur gelak besar Jeff. "Sebab kau nak sangat duduk sini kan, biar aku buli kau."

"Eeh.. penatlah macamni.. kat sekolah kena buli, kat rumah kena buli, kat luar pun kena buli.. taknaklah.." Chi merintih perlahan.

Tiba-tiba Jeff terasa bersalah. Sepatutnya dia tak perlu berasa apa-apa sebab halakan kipas depan muka orang memang bahan dia nak berjenaka dengan orang. Kak Ana pun kadang-kadang kejar dia sekeliling rumah bila dia buat macamtu time Kak Ana nak sarung tudung. Kenapa boleh rasa bersalah dan simpati pulak tiba-tiba ni? "Sorry?"

"Tak apa. Dah biasa."

Damn. Perasaan bersalah tu datang bertimpa-timpa lagi.

 
Blog Template by Delicious Design Studio