♡assalamualaikum

currently updating First.

Monday, March 9, 2015

ADVIDHAQ [37]

“Iye ke tak ada girlfriend?” Jaja bertanya dengan nada mengusik.

Ad mencebik lagi. “Tak laku.”

“Alahai sedihnya.” Jangan sedih Adha, Aksara ada sini.

“Kan?”

“Carilah.”

Ad mendongak kepala memandang langit. “Dah cari. Tak jumpa.”

Jaja senyum lagi. Macam dalam mimpi je boleh bercakap dengan Ad benda-benda gini. “Usahalah lagi.” Usahalah sikit lagi sebab saya ada depan awak.

“Ada ke senyum. Ingat saya main-main ye?” Dia menjelingkan mata ke arah perempuan yang dok tersengih-sengih dari tadi.

“Awak kan selalu main-main. Tak payah serius sangatlah, tak sesuai.”

Ad menunjukkan muka cemberut lagi. Pout.

“Sebab ni ke lari dari rumah malam-malam macam ni? Sebab nak cari girlfriend tapi tak jumpa?”

Ad memandang tepat ke dalam mata Jaja. “Ayat ‘nak cari girlfriend’ tu gila underestimate tahu? I’m searching for a person who took away my heart. Kot. Or a person who took away my sanity sebab boleh cakap ayat macamni.”

And I’m waiting for you too. Jaja senyum lagi. “Kena berusahalah. Buat scene lari dari rumah macam ni pun bukan boleh jumpa dia, jumpa bahaya adalah. Karang tak pasal-pasal kemalangan ke, kena rompak ke.  Kalau jadi apa-apa, awak dah tak boleh cari dia and then you make her waiting for you too long.”

Ad tersenyum sedikit. “She’s waiting for me ke masalahnya?”

Jaja mengjungkit bahu. “Siapa tahu. Kan?”Of course I’m waiting! What were you thinking!

“Susahlah..”

“Apa yang susah..”

Ad menukar posisi dari berpeluk tubuh, dia berdiri tegak dengan tangan di dalam kocek seluar. “Dia.. jauh..” ayatnya terhenti sekejap. Tak pasti untuk mengambil risiko menghabiskan ayat kemudian kena gelak. “Janji jangan gelak dulu.”

Jaja mengangkat tangan tanda berjanji. “Okay tak gelak!”

“Tak tahulah nak kategorikan crush ke.. jatuh hati ke.. suka ke.. sayang ke. Tak pasti. Langsung.”

Semua orang pun tak pernah pasti, Adha. Jaja menjawab dengan suara hati kecilnya.

“Tapi, dia.. ada attraction, yang buat saya jadi macam ‘Adha, kau suka gila kat dia!’ like that. Tak boleh nak handle benda ni, langsung tak boleh berkompromi dengan rasa macamni. Dia buat saya tak ada pilihan selain daripada suka dia. Gaya macam ‘suka’ tu adalah benda senang. Padahal payah. Lepastu dia buat saya hidup sehari-hari dengan satu pilihan je iaitu : suka dia. Cuba bagi options macam soalan objektif A)Boleh suka sikit-sikit sahaja, B)Suka tapi boleh kadang-kadang lupakan, C)Tak suka pun takpe. Ini tak! Memang dia bagi satu pilihan je dengan kewujudan dia tu. Lepastu..”

“Ad, you’re rambling..”

“… dia tak bagi langsung saya peluang untuk grow the feeling inside. Stuck. Suka. Noktah. Sebab whenever I wanna make a move, or whenever I wanna put some effort, tak ada jalan untuk teruskan. I don’t even know her. Cuma tahu her existence je. Kadang-kadang saya rasa gila dan tak patut! Ada ke..”

“Ad, take a breath.”

“…suka dekat orang yang tak kenal macam tu? Perangai apa tu? I’m not complaining yang oh finally I like someone, no. No complaint at all. Cuma bengang sebab tak ada jalan keluar. Jangan kata jalan keluar, jalan nak gerak seinci pun tak ada. Yang paling bengang, saya tak kenal diri sendiri dah. Kalau nak ambik hati orang, cuba ambik je dengan berhemah dan jangan mencelarukan kehidupan mangsa tersebut. This crime, I tell you Jaja, patut dibicarakan dekat mahkamah tertinggi.”

“Okay…”

“Lepastu dipenjarakan.”

“Okay..”

“kena penjara tu pulak mungkin penjara seumur hidup.”

“Okay… tapi kesianlah dia macamtu..”

“Oh kesian dia yang buat macamni? Habistu saya? Yang terkontang-kanting ni? Tak payah kesian? Ha? Ada rupa macam saya buat amal ‘oh ambiklah my normal life away saya tak hairan. Ambiklah, ambiklah. I’m giving my heart for charity’ macamtu?”

“Ad, awak buat saya risau dah ni.”

“You should! Or she should!”

“Awak ni scary lah bila sesekali serius macamni..” Jaja dah tak berani untuk memandang muka Ad. Baik dia pandang tar atas jalan.

“Sekarang cuba awak bagitahu saya, apa saya kena buat sekarang?” Ad bertanya serius.

“Ad, pernah perasan tak awak nampak adorable gila?” Jaja dengan selamba membuat ayat penyata yang paling jujur.

“Ja, ‘Ad’, ‘adorable’ dan ‘gila’ tak boleh letak satu ayat.”

“bukan ‘adorable’ comel tu, ‘adorable’ yang bawa maksud menawan hati tu.”

Ad meraup mukanya dengan tapak tangan. Tindakan menyembunyikan senyum.  “Awak tukar topik benda yang kita tengah cakap la Ja!”

Jaja senyum lagi. “Okay tarik balik ayat yang saya cakap bukan ‘adorable’ comel tu sebab tiba-tiba awak nampak comel pulak.”

Ad tergelak terbahak-bahak. “Fine lah kalau ni caranya awak nak buat saya senang hati dan tak terfikir benda tadi dah, fine, awak berjaya. Tahniah.”


Giliran Jaja pula tergelak besar.

33 comments:

~ZYX~ said...

Sweet la jaja n ad.....cepat la ngaku yg aksara tu jaja....

Anonymous said...

alahaii...sukaaa

MaY_LiN said...

waaaa...skit lg ad..
jaja nk accept tuh

Anonymous said...

nak lagi nak lagi nak lagi. please please please please please..................

izzahmdshah said...

masa baca previous entry, ingatkan kecomelan Ad dah pergi dekat Vid, rupa2 nya Ad still paling comel ;-)

Anonymous said...

ahaaaaa...(^_^)....

-nim-

Anonymous said...

pelease sambung cepat

Anonymous said...

sweetttt sangaaattt...
xhilang senyum..
the best la cik cucur..
rasa asyik nk baca je..aish..hehe..

fuhh said...

terus lupa assignment.bhahahaaha

Hanna said...

Seriously, ad comel... *cair dh skrin ni*

lela said...

wah dia dah kembali.... cik cucur tq...tq...tq... n milion tq....

Anonymous said...

Sukaaaaa...
Thanks for the comeback!
Dah lama x senyum sorg2 time baca cerpen..
Love it so much..
Thanks again..

notie said...

Alahaiiii Ad... comelnya.. *sambil sengeh memanjang*....

miinachi said...

Comelllll sangat. Ja tlg la tlg ad cari tht 'girl'.... he is madly in love with herrrrr.... aawwwww

miinachi said...

Ccoommeeellll sngt.. ja tlg la ad cari tht 'girl'.. he is madly in love with her....

Anonymous said...

comeback la lama sikittt.. hahaha.. best2!!

farah said...

Aaaaa dari td dok senyum depan laptop. Nasib roommate tak kata gila je. Haha tq cucur for le comeback! New entry please! Hahaha. Aduh melt ngalahkan Olaf dlm frozen je ni bca pasal jaja dgn ad ni.

jaja said...

da senyum sorang2 da nih..tggu citer nih samapi sy da ad anak 1..hehehe

nana_ said...

Sweet gila tiga-tiga. Cool! Keep up the good work!

A.N.Shakirah said...

alahai..comey2 belaka.haha. best sngt :) tertunggu-tunggu smbngan cite ni.hehe. thanks.

Anonymous said...

Sila sambung buat novel bole tak,cik cucur. Sangat sangat berharap klau ada novel ni. Keep it up and well done.

Anonymous said...

hai, cucur. kenapa comel sangat ad+jaja, kenapa sweet sangat vid+nana kenapa cute sangat haq+mira ni. asyik dok sengih je memanjang bila baca ni. klau bole keluarkan la novel.

jaeshinn said...

baca lagi sekali because i misss thisss ;)

fatinsyahirahazman said...

okayy..skrg housemates sy dh ckp sy ni x betol sbb duk gelak2 dpn laptop..ni sume ad & jaja punyer pasal la sweet sgt!!

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Sambungan plisss??? Suke giler kut citer ni. Cant wait for it>.< btw,youre a great writer. Ily

Unknown said...

Good

Anonymous said...

agak - agak bila nak sambung kak atap? dah mengharap dah ni~,~

jaeshinn said...

baca lagi because i miss ad.

Anonymous said...

One word....comel..sambung please..dh byk kli ulang2 bca.tiap2 hari buka blog ni nk tgk ada update ke x

Anonymous said...

Sambung pleaseee. Dah ketagih dah ni. Heeeee

Unknown said...

owh...please cik cucur... nak menangis dah ni tunggu the sweetest of this story....

ada said...

best..

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio