♡assalamualaikum

currently updating First.

Thursday, April 3, 2014

ADVIDHAQ [36]

Ad terasa sejuk menyucuk-nyucuk lengannya. Baru tersedar dia hanya memakai muscle tank hitam. Penghawa dingin kereta diperlahankan sedikit. Apa aku nak buat ni. Keluar tadi tahu ambil kunci kereta je, telefon dengan wallet apa semua tak bawak. Bagus, pandai Adha.

Dia tak terasa nak bercerita keadaannya dengan kawan-kawan terdekat. Erti kawan-kawan terdekat tu maknanya Aree,Rai,Haq dan Vid lah. Karang sakan kena gelak je karang. Dengan kawan kerja lagilah taknak cerita. Dia tak tahu kenapa, dia langsung takde kawan sehidup semati kat tempat kerja. Mungkin dia pandang kerjanya tu semata-mata career. Lapor diri, bertanya khabar, terbang dan balik. Waktu latihan pun begitu. Tengok jadual, masuk simulator, berborak gelak-gelak sikit, mengulas buletin utama dan liga bolasepak, lepastu balik. Tak pernah dibuatnya bertanya pasal soal hati ni. Menyakat sikit-sikit macam 'kapten, empat puluh dah bila nak kahwin?' tu adalah. Tapi memang setakat itu saja. Dan orang lain pun memang tak kisah sebab tahu dia memang suka menyakat dan tahu tukar jadi mode serius dalam cockpit sahaja (tapi ada orang menegur yang dia dalam cockpit pun senyum semedang, entah kenapa).

Dia nampak cahaya meriah orang di kedai makan kiri dan kanan. Tapi dia nak menyinggah pun duit tak bawak. Dia memandu sahaja tanpa arah tuju tapi sedar-sedar dia dah berada di tempat letak kereta di hadapan flat 5 tingkat. Apsal pulak stering aku bawak ke sini?

Keretanya diparkir betul-betul di hadapan tangga.


Mungkin, mungkin sebab dia senang berkawan dengan salah seorang penghuni flat ni. Mungkin, sebab selama dia menyakat Jaja, perempuan itu tak pernah menggedik. Mungkin, dia selesa sebab Jaja berperangai macam Aree dan Rai. Mungkinlah.

Lampu hadapan kereta yang masih terpasang itu menyuluh ke arah balkoni tangga. Ada seorang perempuan memakai pashmina hitam sedang menghadap komputer riba. Dua, tiga saat, komputer riba itu diletakkan di anak tangga sebelah dan perempuan itu menggeliat membetulkan sendi lengan.

Ad tarik senyum. Elok sahaja perempuan itu memandang straight kehadapan, dia membuka lampu di siling kereta. Pap. Dia tahu sekarang perempuan itu nampak dia. Senyum lagi. Saja nakal.

******

Jaja bersila di kerusi meja makan menghadap komputer riba kesayangan. Dah berapa kali dah dia connect dan disconnect broadband, tapi talian internet tak juga bersambung. Saja tau broadband ni kasi orang bengang. Dia memandang Nana yang berbaring di sofa khusyuk menonton tv. Selalu tak heran kat tv tu, asyik main game je dalam bilik.

Harini Nana pelik sikit. Sebab dia nampak terlampau rilex. Sejak sampai rumah dekat pukul 8 malam tadi, tak ada sekali pun Nana jerit-jerit panggil nama dia. Selalunya sikit-sikit Jaja.

“Jaja, lampu bilik aiyaq tamau nyala!”
“Jaja, aku kalah lagi! Sikit ja lagi nak naik level!”
“Jaja, tengok peti aih ni sat macam tak sejuk ja?”

Jaja tu, Jaja ni. Semua Jaja. Tapi harini dia senyap, mode silent terus. “Selama ni, kau mengikuti ke drama Grey’s Anatomy tu Nana?” Dia menegur.

“Tak. Aku tak faham kenapa diorang kalut berlari-lari dalam hospital daripada tadi.” Nana menjawab perlahan. Juga dalam nada tenang. “hang buat kerja ka?”

“Aah. Tapi broadband tamau connect. Bencinya. Kita pasang Unifi nak nanti?” Jaja mengomel sambil menarik keluar device broadband itu sekali lagi.

“Try dekat luar la, kot dalam rumah tak sampai kot.”

Leceh betul. “Selalunya boleh je..” Tak boleh jadi ni. Dia nak kena email fail saiz besar pulak tu. Karang sampai ke sudah tak boleh nak send. Lama-lama dia give up. Kalau dah boleh connect pun tapi tak boleh loading gmail, tak guna jugak. Dia masuk ke bilik dan mengambil pashmina hitam dalam almari. Pijama Hello Kitty lengan panjang itu dibiarkan. Yakin, tak ada siapa nak mengorat dekat tangga luar tu.

“Nana, aku duduk kat tangga kejap tau.” Dia bercakap di pintu.

Nana sekadar mengangguk-angguk. Ini betul la aneh budak Nana ni.

Komputer riba yang dipasang kuasa bateri itu dipangku. Ha! Boleh jalan pulak internet ni. Mengada-ngada mintak bawak berjalan! Cepat-cepat dia menghantar email rekaan mukasurat untuk ruang iklan itu ke email ketuanya. Esok pagi ketuanya itu dah nak kena present, jadi dia cuba untuk menghantar malam ni juga supaya ketuanya sempat buat preparation.

Selepas menghantar email, dia pergi meninjau-ninjau online shop pula. Internet tengah baik ni, baiklah gunakan peluang. Kalau tak, satu gambar pun 2-3 minit nak loading! Selepas lebih kurang setengah jam ‘window shopping’, Jaja meletakkan komputer riba disebelah. Menghadap komputer atas riba ni buat orang sakit tengkuk! Dia perasan ada lampu kereta menyuluh betul-betul dekat tempat dia duduk, tapi dia buat tak endah saja. Nasib baik pakai spec maka taklah menyilaukan mata sangat. Yang peliknya, lepas beberapa saat pun, lampu kereta tu tak dimatikan. Dia merenung kereta tu adalah dah dalam 5 minit, taktau kenapa. Macam magnet. Tiba-tiba keadaan di dalam kereta yang gelap itu bertukar cerah. Dan dia nampak dengan jelas siapa pemandunya. Oh.

*****

Ad mematikan lampu kereta sebelum mematikan enjin. Kunci kereta dibiarkan tergantung di penyucuh. Sambil dia buka pintu kereta dan keluar, dia nampak perempuan itu merapati balkoni tangga.

“Buat apa kat sini?” Jaja menjerit dari aras 2.

“Saja.” Ad menjawab sambil berdiri di bawah.

“Dah malam kot. Saja?” Jaja bertanya lagi. Pashmina yang dililit ala kadar itu di tarik ke bahu.

Ad tersenyum. “Awak nak semua orang terjaga ke jerit macamtu? Turunlah.”

“Orang pakai baju tidur nih!”

“Comey dah. Turunlah sekejap!” Ad mengusik.

Jaja mengerutkan dahi. “Buat apa?”

“Turunlah!”

Jaja cepat-cepat shut down komputer ribanya dan di kepit di lengan. Satu-satu anak tangga dituruni. Dia teringat, dia dengan Adha tak pernah bertukar nombor telefon atau sebarang sumber untuk berkomunikasi (kecuali email lah, itupun bukan antara dia dan Ad, tetapi alter-ego dia dengan seorang angau bernama Adha). Jadi apabila selalu terserempak dan terjumpa ni, nak kira macam ada jodoh ke macam mana ni Jaja? Dia bertanya diri sendiri. Haha. Saja gatal.

“Turun tangga je pun sambil sengih-sengih ke?” Ad menegurnya sambil bersandar di pintu kereta.

“Orang punya sukalah.”

Ad menarik pintu kereta di bahagian pemandu dan mempersilakan Jaja duduk. “Duduklah dalam. Nak ajak borak.”

Jaja menurut sahaja. Dia duduk di kerusi itu dengan kaki terjuntai keluar. Badannya dihadapkan kearah Ad yang sedang berdiri memeluk tubuh lebih kurang 1 meter didepan dia.

“Buat apa duduk kat tangga malam-malam?”

“Broadband buat hal. Kat dalam rumah tak boleh connect. Dia saja nak saya tengok bulan bintang dengan dia baru boleh connect.”

Ad tergelak. “Jadilah tu. Ada teman buat stargazing.”

Jaja menghamburkan tawa. “Yelah, dengan kerja pun boleh dating siap ber-stargazing eh?”

“Saya selalu je. Bukan setakat stargazing, sunrise, sunset semua pun tengok masa kerja. Berskandal dengan sistem dan mesin. Try lah.”

“Kan? Seronok macamtu. Girlfriend pun tak marah sebab skandal dengan benda tak hidup.”

Ad mencebik. “Kalau berskandal dengan benda hidup pun, tak ada girlfriend yang nak marah.”


Jaja ketawa lagi. Dengan sedikit bunga-bunga di hati. 


19 comments:

zatie said...

Awwhhh *senyum taknak habis*

Anonymous said...

suka lagi !....=)

-nim-..(^_^)

Anonymous said...

nak lagi nak lagi nak lagiiiiiiiiiiii.....

Anonymous said...

Nak lagiiiiii

notie said...

wah.... sengeh sampai sudah ni.... alolo sweetnya..... nak lagi

hanim nurain (fritze) said...

big smile. yeayy~

Anonymous said...

Good, cucur dah rajin update...yeayyy. jgn nnti sepi takde khabar lgi... T_T sedih kami. Huhu

Anonymous said...

aiyakkk...sengih je baca n3 nie...please..nak lagiii

Anonymous said...

best gilerr!!! next please hahaha

Anonymous said...

dah bace berape kali pun x ingat..still best..
nak lg..lg..dan lg..

Anonymous said...

ouch..berbunga2..sengih tak dapat tutup mulut dah ni..hehe

Anonymous said...

rasa nk komen dulu sebelum baca, blh gitu..haha..
mmg sweet la..

Anonymous said...

Salam...cucuratap xd fb ke? hehe..lama dh tgu nvl ni...dh bertahun...moga dpt truskan karya ini...

A.N.Shakirah said...

owh..sweetnye dorang nih.. :)

fatinsyahirahazman said...

sy dh habis buat marathon baca blog awak dr 1st story smpai yg latest.. u r the best la!!!pless buat smbungan cite ni :)

azida said...

Bila nk smbg n3 ni??

aenzaara said...

cucur...missing this story so much... bila dah update

Anonymous said...

Cik penulis yang berbakat lagi mahir berkarya yang mampu membuatkan weekend seorang medic student bertukar macam budak sastera, please please tolong sambung dah tak tahan nak baca sampai habis sebelum menghadap muka patient esok pretty pleaseee

I ♥ U Bakery House said...

Cik cucur yg disayangi,

Kot ada setitis pun cerita advidhaq ini dihati, tolonglah sambung lagi.

Tidak tahan rasanya menahan gelora dijiwa menanti penghujung cerita ini.

Dah ulang baca sampai lost count dah haaa.

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio