♡assalamualaikum

currently updating First.

Thursday, April 3, 2014

ADVIDHAQ [36]

Ad terasa sejuk menyucuk-nyucuk lengannya. Baru tersedar dia hanya memakai muscle tank hitam. Penghawa dingin kereta diperlahankan sedikit. Apa aku nak buat ni. Keluar tadi tahu ambil kunci kereta je, telefon dengan wallet apa semua tak bawak. Bagus, pandai Adha.

Dia tak terasa nak bercerita keadaannya dengan kawan-kawan terdekat. Erti kawan-kawan terdekat tu maknanya Aree,Rai,Haq dan Vid lah. Karang sakan kena gelak je karang. Dengan kawan kerja lagilah taknak cerita. Dia tak tahu kenapa, dia langsung takde kawan sehidup semati kat tempat kerja. Mungkin dia pandang kerjanya tu semata-mata career. Lapor diri, bertanya khabar, terbang dan balik. Waktu latihan pun begitu. Tengok jadual, masuk simulator, berborak gelak-gelak sikit, mengulas buletin utama dan liga bolasepak, lepastu balik. Tak pernah dibuatnya bertanya pasal soal hati ni. Menyakat sikit-sikit macam 'kapten, empat puluh dah bila nak kahwin?' tu adalah. Tapi memang setakat itu saja. Dan orang lain pun memang tak kisah sebab tahu dia memang suka menyakat dan tahu tukar jadi mode serius dalam cockpit sahaja (tapi ada orang menegur yang dia dalam cockpit pun senyum semedang, entah kenapa).

Dia nampak cahaya meriah orang di kedai makan kiri dan kanan. Tapi dia nak menyinggah pun duit tak bawak. Dia memandu sahaja tanpa arah tuju tapi sedar-sedar dia dah berada di tempat letak kereta di hadapan flat 5 tingkat. Apsal pulak stering aku bawak ke sini?

Keretanya diparkir betul-betul di hadapan tangga.


Mungkin, mungkin sebab dia senang berkawan dengan salah seorang penghuni flat ni. Mungkin, sebab selama dia menyakat Jaja, perempuan itu tak pernah menggedik. Mungkin, dia selesa sebab Jaja berperangai macam Aree dan Rai. Mungkinlah.

Lampu hadapan kereta yang masih terpasang itu menyuluh ke arah balkoni tangga. Ada seorang perempuan memakai pashmina hitam sedang menghadap komputer riba. Dua, tiga saat, komputer riba itu diletakkan di anak tangga sebelah dan perempuan itu menggeliat membetulkan sendi lengan.

Ad tarik senyum. Elok sahaja perempuan itu memandang straight kehadapan, dia membuka lampu di siling kereta. Pap. Dia tahu sekarang perempuan itu nampak dia. Senyum lagi. Saja nakal.

******

Jaja bersila di kerusi meja makan menghadap komputer riba kesayangan. Dah berapa kali dah dia connect dan disconnect broadband, tapi talian internet tak juga bersambung. Saja tau broadband ni kasi orang bengang. Dia memandang Nana yang berbaring di sofa khusyuk menonton tv. Selalu tak heran kat tv tu, asyik main game je dalam bilik.

Harini Nana pelik sikit. Sebab dia nampak terlampau rilex. Sejak sampai rumah dekat pukul 8 malam tadi, tak ada sekali pun Nana jerit-jerit panggil nama dia. Selalunya sikit-sikit Jaja.

“Jaja, lampu bilik aiyaq tamau nyala!”
“Jaja, aku kalah lagi! Sikit ja lagi nak naik level!”
“Jaja, tengok peti aih ni sat macam tak sejuk ja?”

Jaja tu, Jaja ni. Semua Jaja. Tapi harini dia senyap, mode silent terus. “Selama ni, kau mengikuti ke drama Grey’s Anatomy tu Nana?” Dia menegur.

“Tak. Aku tak faham kenapa diorang kalut berlari-lari dalam hospital daripada tadi.” Nana menjawab perlahan. Juga dalam nada tenang. “hang buat kerja ka?”

“Aah. Tapi broadband tamau connect. Bencinya. Kita pasang Unifi nak nanti?” Jaja mengomel sambil menarik keluar device broadband itu sekali lagi.

“Try dekat luar la, kot dalam rumah tak sampai kot.”

Leceh betul. “Selalunya boleh je..” Tak boleh jadi ni. Dia nak kena email fail saiz besar pulak tu. Karang sampai ke sudah tak boleh nak send. Lama-lama dia give up. Kalau dah boleh connect pun tapi tak boleh loading gmail, tak guna jugak. Dia masuk ke bilik dan mengambil pashmina hitam dalam almari. Pijama Hello Kitty lengan panjang itu dibiarkan. Yakin, tak ada siapa nak mengorat dekat tangga luar tu.

“Nana, aku duduk kat tangga kejap tau.” Dia bercakap di pintu.

Nana sekadar mengangguk-angguk. Ini betul la aneh budak Nana ni.

Komputer riba yang dipasang kuasa bateri itu dipangku. Ha! Boleh jalan pulak internet ni. Mengada-ngada mintak bawak berjalan! Cepat-cepat dia menghantar email rekaan mukasurat untuk ruang iklan itu ke email ketuanya. Esok pagi ketuanya itu dah nak kena present, jadi dia cuba untuk menghantar malam ni juga supaya ketuanya sempat buat preparation.

Selepas menghantar email, dia pergi meninjau-ninjau online shop pula. Internet tengah baik ni, baiklah gunakan peluang. Kalau tak, satu gambar pun 2-3 minit nak loading! Selepas lebih kurang setengah jam ‘window shopping’, Jaja meletakkan komputer riba disebelah. Menghadap komputer atas riba ni buat orang sakit tengkuk! Dia perasan ada lampu kereta menyuluh betul-betul dekat tempat dia duduk, tapi dia buat tak endah saja. Nasib baik pakai spec maka taklah menyilaukan mata sangat. Yang peliknya, lepas beberapa saat pun, lampu kereta tu tak dimatikan. Dia merenung kereta tu adalah dah dalam 5 minit, taktau kenapa. Macam magnet. Tiba-tiba keadaan di dalam kereta yang gelap itu bertukar cerah. Dan dia nampak dengan jelas siapa pemandunya. Oh.

*****

Ad mematikan lampu kereta sebelum mematikan enjin. Kunci kereta dibiarkan tergantung di penyucuh. Sambil dia buka pintu kereta dan keluar, dia nampak perempuan itu merapati balkoni tangga.

“Buat apa kat sini?” Jaja menjerit dari aras 2.

“Saja.” Ad menjawab sambil berdiri di bawah.

“Dah malam kot. Saja?” Jaja bertanya lagi. Pashmina yang dililit ala kadar itu di tarik ke bahu.

Ad tersenyum. “Awak nak semua orang terjaga ke jerit macamtu? Turunlah.”

“Orang pakai baju tidur nih!”

“Comey dah. Turunlah sekejap!” Ad mengusik.

Jaja mengerutkan dahi. “Buat apa?”

“Turunlah!”

Jaja cepat-cepat shut down komputer ribanya dan di kepit di lengan. Satu-satu anak tangga dituruni. Dia teringat, dia dengan Adha tak pernah bertukar nombor telefon atau sebarang sumber untuk berkomunikasi (kecuali email lah, itupun bukan antara dia dan Ad, tetapi alter-ego dia dengan seorang angau bernama Adha). Jadi apabila selalu terserempak dan terjumpa ni, nak kira macam ada jodoh ke macam mana ni Jaja? Dia bertanya diri sendiri. Haha. Saja gatal.

“Turun tangga je pun sambil sengih-sengih ke?” Ad menegurnya sambil bersandar di pintu kereta.

“Orang punya sukalah.”

Ad menarik pintu kereta di bahagian pemandu dan mempersilakan Jaja duduk. “Duduklah dalam. Nak ajak borak.”

Jaja menurut sahaja. Dia duduk di kerusi itu dengan kaki terjuntai keluar. Badannya dihadapkan kearah Ad yang sedang berdiri memeluk tubuh lebih kurang 1 meter didepan dia.

“Buat apa duduk kat tangga malam-malam?”

“Broadband buat hal. Kat dalam rumah tak boleh connect. Dia saja nak saya tengok bulan bintang dengan dia baru boleh connect.”

Ad tergelak. “Jadilah tu. Ada teman buat stargazing.”

Jaja menghamburkan tawa. “Yelah, dengan kerja pun boleh dating siap ber-stargazing eh?”

“Saya selalu je. Bukan setakat stargazing, sunrise, sunset semua pun tengok masa kerja. Berskandal dengan sistem dan mesin. Try lah.”

“Kan? Seronok macamtu. Girlfriend pun tak marah sebab skandal dengan benda tak hidup.”

Ad mencebik. “Kalau berskandal dengan benda hidup pun, tak ada girlfriend yang nak marah.”


Jaja ketawa lagi. Dengan sedikit bunga-bunga di hati. 


Tuesday, April 1, 2014

ADVIDHAQ [35]

Haq mengeluarkan drawing tube hitam dari boot kereta. "sebenarnya bukan apa pun ni.. sketches je.."

"okay... nak tengok?"

"Memanglah untuk you tengok pun." Haq tarik senyum. "Tapi mungkin kena cakap 'avada kedavra' atau 'alohomora' baru dia boleh terbuka kot?"

Mira menggeleng. "Apa pulak 'avada kedavra' bukan untuk bunuh orang ke? Ini tengok Harry Potter main forward-rewind-forward-rewind ni.."

"Tak apa. I have my own spells. Tengok je lah nanti."

"Boleh cepat takkk.." Mira mendesak. Ini kira hadiah pertama yang diterima, maka perasaan tu macam gembira dan teruja lebih.

"Okay,okay."


Haq membasahkan bibir sebelum bercerita. "Ini kira.. your office kot.. your future office maybe? Entah. I always have this picture yang mana you akan ada satu office besar untuk diri sendiri dan khazanah purba slash futuristic fashion you tu."

Mira bercekak pinggang. "Bukan purbalah! Antik tahu?" dan dia masih tersengih-sengih melihat lakaran kasar itu. Macam mana Haq boleh tahu dia dia suka paparan cermin tingkap yang luas? Macam mana Haq boleh tahu dia suka bentuk cube? This is perfect! "Macam mana you tahu apa i suka.."

"Tak expect pun you suka. Tapi kalau apa yang i lakar you suka, tu boleh bawa maksud satu benda je." Dia sengih nakal.

"Apa dia? Tu mesti nak kata 'taste kita sama' takpun 'this is fate'. Ayat umpan kasanova."

Haq mengerutkan kening. "Eh, actually, i cuma nak cakap yang i ni mesti pandai gila boleh imagine benda you suka. Yang you perasan lebih ingat kita ni takdir kenapa?"

Eiii bencinya!! "I sebenarnya macam nak merajuk tapi sebab you dah rasuah dengan sketch ni kan, i rasa kena berbudi dengan you lah selama beberapa hari ni."

"Lah, beberapa hari je?"

"Aah, you layak untuk dilayan baik-baik untuk beberapa hari je." Jemarinya pantas menggulung lukisan itu dan dimasukkan ke dalam tube hitam tadi. "Eh benda ni bentuk macam botol air budak sekolah lah."

"Itu satu penghinaan terhadap arkitek tahu tak!!"

Mira tersenyum puas. Cakaplah barangan fesyen aku purba lagi!

"Dahla tak cakap terima kasih."

Mira tergelak. "Terima kasihlahhhh"

Haq mencebik. "Kasih tak diterima."

Mira menggantung tali tube di bahu."Kalau tak diterima, kasih tu boleh offer kat orang lain.."

"Masuk kereta cepat! Ada hati pulak nak offer kat orang lain. Tiba-tiba you macam nakal eh harini?" Haq membukakan pintu bahagian penumpang. Wajah Mira yang masih ketawa itu dipandang sinis. Nak kena dia ni sikit hari lagi.

******
Zahirul Haq
-hoiiii aku dah setapak ke gerbang perkahwinan!

Adha
- ..

Zahirul Haq
-Bagilah tahniah ke apa ke

Adha
-setakat untuk buat kawan-kawan dengki memang tak payah tahu?

Zahirul Haq
-Ala bagilah satu tahniah. Satu je weh

Adha
-Pergi hantar anak orang baik-baik lepastu berambus dari situ lepastu balik rumah!

Zahirul Haq
-Ad tak cool! Ad tak sporting! Vid kenapa tak masuk group ni!

Syahid
-Vid driving.. ni Nana taip. Dia cakap 'tahniah Haq' tapi nada dia lebih ke macam ni 'hem. k. hem. tahniah.'

Haq merenung handphone dekat dalam 10 saat. Ini dah kenapa time-time balik kerja tiba-tiba Nana ada sekali dalam kereta.. ah sudah. Cepat-cepat dia menekan pedal minyak apabila lampu bertukar hijau.

*******

Ad meletakkan handphone di tepi. Letak saja. Tak baling, tak hempas. Duit ni, duit. Kalau setakat dengki pada kawan-kawan jangan sampai menggadai diri mahupun duit. Haih. Prinsip jenis apa tu Ad?

Anak teruna bujang yang kelihatan seperti paus yang terdampar di atas permaidani kelabu itu memandang kipas siling yang berputar laju. Dia cuma memakai baju tanpa lengan dan seluar tiga suku, tapi memang langsung tak sejuk. Mungkin sebab badannya terasa warm. Sebab apa? Sebab hati sedang hangat bercinta ke Adha? Dia menepuk dahi sendiri. 'Yelah sangat ni bercinta sorang-sorang namanya.'

Pintu utama di kuak dan muka Haq yang seakan dilimpahi cahaya bulan itu masuk ke dalam.

"Aku macam stress" Adha meniarap dengan muka disembam ke atas permaidani.

"Sebab?" Haq menjawab sepatah.

"Aku rasa macam gila pun ada."

"Sebab?"

"Aku suka dengan penulis Haq! Ya Allah kenapalahhh!"

"Maka?"

"Ya Allah yang kau pun bengap sangat ni kenapaaaaa!"

Haha. Haq ketawa. "Cakap dengan aku buat apa. Fakta yang aku dah tau. Kau nak aku jawab apa? 'Adha sayang, selamat berjuang demi cintamu!' macamtu?"

Te-ka-nan. Tekanan aku macamni. Ad terus angkat kunci kereta dari atas meja dan terus keluar dari rumah. Seluar tiga suku pun, tiga sukulah!
 
Blog Template by Delicious Design Studio