♡assalamualaikum

currently updating First.

Monday, October 6, 2014

Aqib dan Dhuha 3

Dhuha mengesat matanya perlahan-lahan. Tangannya menggapai handphone yang berdenting tak sudah di atas nightstand. Skrin iPhone hitam itu di sentuh dan cahaya yang memancar menyakitkan matanya. Apa ni.. pukul 4.32 pagi! Dia mengeluh. Makhluk mana tak reti tidur ni?

Handphone di genggaman itu diabaikan dan dia pusing menghadap Aqib di sebelah.

Ding! Handphone dia berdenting lagi. Ya Tuhan stress betul! Dhuha menukar posisi meniarap dan mula membuka lock screen. Ini kalau office yang email ke message ke memang nak dengar amukan kat pejabat hari isnin ni nanti! Matanya yang kuyu itu dibesarkan sedikit untuk membaca notification. Oh Whatsapp rupanya. Eh, Kadeen? Automatik mamai dia hilang. Dia membaca ayat yang dihantar Kadeen itu satu persatu sambil membetulkan duduk di atas katil.

"Awak!" Cemas suaranya memanggil Aqib di sebelah. Senyap. "Awak bangun jap.. tengok ni."

"Hmm?" Aqib menjawab tanpa membuka mata. Nikmatnya tidur.

"Kadeen cakap, Sarah nak putus dengan dia! Macam mana ni.. memanglah saya tak suka Sarah tu sebab dia mengada, tapi takdelah sampai kena jadi macam ni.. kesian Kadeen!"

Aqib cuba untuk memproses ayat isterinya itu di dalam otak. Aircon ni pun punyalah sejuk.. dia menarik comforter lebih rapat ke dada.

Dhuha memang dah cemas. Nak cakap apa dekat Kadeen ni? Dia ni serius ke main-main ni? "Awak.. macam mana ni.."

Aqib cuba untuk bagi jawapan yang sesuai mungkin dengan keadaan dia yang separuh sedar. Separuh? Rasanya suku sedar. "Ala diorang tu kan selalu gaduh, lagipun awak kan memang menyampah dah dengan diorang.."

Dhuha menggaru dahinya yang tidak gatal. Itulah masalahnya! Dia rasa bersalah gila sebab selalu berasa macamtu! Selalu sangat mengharapkan diorang tu putus! Tapi bila dah jadi macam ni dia pulak rasa macam orang jahat.

Dhuha meluruskan kaki dan rebah ke atas katil. Lengannya diangkat menutup muka. Eii masalah la Kadeen ni!

Perlahan dia rasa ada orang menarik turun lengannya dari muka. Handphone yang digenggam juga diambil oleh orang sebelah. "Jangan risau. Semua akan jadi okay nanti."

"Tapi kita kena buat apa sekarang ni?"

"Nanti bila dah bangun, saya fikir kita nak pergi tenangkan Kadeen dulu ke, atau pergi belasah si Sarah tu dulu." Aqib menjawab dengan ngantuk yang masih maksimum.

Dhuha tersenyum. Apa lah nak pergi belasah si Sarah tu pulak. "Okay."

"Okay."

"Terima kasih." Dhuha mengucapkan perlahan.

"Sebab?" Aqib masih menjawab dengan mata terpejam.

"Jadi kaunselor saya pukul empat setengah pagi." Dhuha senyum lagi.

"Saya kan full package untuk awak. Your husband, your best friend, your finance consultant, your driver, your counselor pukul empat setengah pagi.."

Dhuha tersengih. Ni kalau bukan pagi buta ni dia mesti dah tergelak sakan. "Overlah."

"I seriously need sleep. Saya touch down Malaysia pukul satu setengah pagi tadi, Puan Dhuha. Boleh tak Puan Dhuha sambung sesi kaunseling esok? Bukan saya taknak layan tapi saya macam nak K.O dah ni."

Dhuha sengih lagi. Dia pun mengantuk gila sebenarnya. "Okay! Karang awak bangun pagi je saya dah siap sediakan breakfast ok? Sleep tight. Thank you."


Dan selepas itu Aqib memang dah tak dengar apa-apa. Pengsan.

****

Aqib menuang coffee bean ke dalam grinder. Portafilter ditadah di bawah grinder, menunggu serbuk kopi jatuh. Dia mengangkat tamper dan memampatkan serbuk kopi sebelum melekatkan portafilter pada coffee machine. Button espresso ditekan dan setitik demi setitik kopi pekat keluar memenuhi cawan putih di atas tray.

 'Karang awak bangun pagi je saya dah siapkan breakfast ok'. Aqib tersengih panjang. Banyaklah dia punya breakfast. Breakfast dalam mimpi ke Dhuha?

Cawan putih berisi espresso diangkat daripada tray dan pantas dia menambah air panas sehingga paras telinga cawan. Okay perfect black coffee done.

"Awak kenapa tak kejut.." Dhuha menjenguk ke dapur dengan mata yang masih kuyu.

Aqib sengih lebar dengan cawan kopi masih di tangan kiri. "Ada la orang tu kan awal pagi tadi punyalah berjanji kat husband dia nak buat breakfast. KONON lah kan."

"Awak kan merangkap alarm clock." Dhuha bercekak pinggang.

"Ala takpelah. Bagi can tidur lebih sebab awak kan tak sembahyang." Aqib menghirup kopi panas sesaat. "Dan bukan saya mengharap pun awak buat breakfast time cuti." Hahaha. Dia gelak mengusik.

Dhuha meraup rambutnya kebelakang. Aku lah kan dengan mamat ni, memang bersabar je. "Black coffee je?" Dia menjenguk ke dalam cawan Aqib.

"Nak latte sila grind coffee bean sendiri." Aqib berlalu dari dapur selamba.

Dhuha mengecilkan mata. "Hubby.."

"Not working." Aqib mencapai remote tv sambil duduk di ruang tamu.

"Honey.."

"Huh huh" Aqib menggelengkan kepala tanda taktik Dhuha tidak berkesan.

"Alah!" Dhuha membentak fed up. "Yelah taknak breakfast la!" Pantas dia berpusing menghadap tangga. Merajuk. Nak sambung tidur.

Aqib sengih geli hati. Alahai perangai tu comel sangat. "Meh la sini.." dia menarik tangan Dhuha perlahan ke arah sofa di hadapan tv. "Apa kata sekali-sekala minum black coffee saya. Kita share la."

"Takmau. Pahit."

"Pahit-pahit kopi, pahit lagi kehidupan." Hahaha Aqib melepaskan tawa besar. Dia sebenarnya mengajuk status whatsapp Kadeen yang baru dibaca tadi. Kelakar.

"Awak baca tak apa yang dia hantar kat saya?" Dhuha tiba-tiba teringat hal awal pagi tadi. Amendelah Kadeen tu pagi-pagi buta mengadu putus cinta. Tapi, dia risau juga.

Aqib menggeleng. Cawan kopi dijauhkan dari bibirnya. "Saya tak usik pun handphone awak. Battery ada lagi?"

"Ada kot." Dhuha merebahkan kepala ke bahu Aqib. Cepat-cepat dia menekup mulut bila dia menguap besar. Melampau kau Dhuha mengantuk lagi ke siang-siang ni?

"Takpe nanti saya check." Ini memang salah satu tugas utama Aqib sebagai peneman hidup dan mati Dhuha. Check battery handphone dan check kuasa powerbank. Tolong chargekan handphone apabila battery habis dan tolong chargekan powerbank isterinya yang 5 biji tu. Ya, 5 biji powerbank sebab Dhuha memang malas ya ampun nak charge handphone sendiri. Telco Dhuha pun dah ditukar pakai bil jadi tak payah ada alasan tiada kredit lagi. Pertama kali dia ditemukan dengan Dhuha adalah sebab handphone Dhuha tak ada kredit, jadinya dia taknak kes tu berulang lagi. Naya.

"Jom jumpa Kadeen."

Aqib menukar siaran tv daripada channel AXN ke Arena. Apalah tayang The Voice aje AXN ni. "Hurm. Call lah dia."

"Eei apalah Sarah tu! Bengang betul saya! Dulu masalahnya dia jealous dengan saya. Ni saya dah kahwin, entah dengan siapa pulak dia nak jealous. Eei sabar je perangai. Senget betul!"

Aqib sekadar mengangguk-angguk mendengar bebelan Dhuha. Dia dah biasa dah dengar si Sarah tu free je kena 'senget' dengan Dhuha. Dah lali telinga.

"Cuba jadi teman wanita yang memahami sikit. Kadeen tu kerja, mana boleh pilih nak kerja dengan lelaki sahaja. Logik la sikit." Dhuha mencapai cawan kopi di tangan Aqib. "Sikit."

Aqib menarik cawan itu ke arahnya. "Jangan, nanti pahit." Rambut Dhuha diusap perlahan. "Apa kata awak pergi mandi siap-siap dulu karang kita pergi jumpa Kadeen. Ok?"

"Kejap lagi?" Dhuha bertanya dengan kening berkerut. "Kata penat, jetlag la apela.. ala takpe Kadeen boleh tunggu."

"Kadeen memang boleh tunggu, habistu awak yang susah hati ni saya boleh duduk tengok je ke tak buat apa?"

Dhuha memandang Aqib sejenak sebelum tersenyum lebar. "Sayang awak. Kejap saya pergi mandi."

Aqib memerhati Dhuha yang laju berlari menaiki anak tangga ke bilik atas. Dia membawa cawan kopi yang kosong ke singki. Peti ais dibuka dan dia tersenyum melihat sekotak susu full cream yang masih belum berusik. Pantas dia menyukat kandungan susu untuk membancuh secawan latte. Dhuha, Dhuha.

******

"Takpe ke korang datang jumpa aku hari ahad macamni? Tak kacau ke?" Kadeen melemparkan senyum sambil bersalam dengan Aqib.

"Pergi hantar ayat meluruhkan hati pukul empat setengah pagi siapa suruh!" Dhuha menjawab.

Kadeen menggaru kepala yang tidak gatal. "Sorry la.. aku stuck kot. Frust, marah, stress semua ada. Aku pun main hantar je kat kau. Sorry la, aku still ingat kau dah jadi bini orang, tapi tu lah. Sebab dulu aku selalu cerita kat kau kot, dah terbiasa."

Dhuha membesarkan matanya. "Kau ni kot ye pun tunggulah siang! Hah dah tu macam mana sekarang ni? Dah okay? Apa puncanya? Dia buat hal ke kau buat hal? Mesti dia kan?"

"Dhuha.." Aqib menegur disebelahnya.

"Eh Dhuha tudung kau tak elok, baik kau pergi toilet." Kadeen tiba-tiba membuat ayat seakan menghalau Dhuha.

"Eh ye ke? Apasal tak cakap dari tadi! Awak saya pergi toilet jap tau." Dhuha terus meninggalkan cafe Dome itu dan meluru ke tandas berhampiran.

Senyap.

Kadeen tak tahu bagaimana nak mula.

Aqib pun tak tahu apa yang harus dia kata. Dia bukan pakar hal cinta! Dia cuma pakar hal Dhuha dan hal dia sendiri.

"Sorry Aqib. Aku tak ada niat nak kacau korang." Kadeen mula membuka ayat.

"Tak apa. Dhuha ambil berat pasal korang sebenarnya. Walaupun mulut dia selalu komplen itu ini, tapi percayalah dalam hati dia sebenarnya mendoakan korang jugak. Jadi apabila Dhuha dah ambil berat macamtu, aku pun mesti terambil berat sekali." Aqib menjawab tenang.

"Macam mana kau tahu Dhuha is the one, Aqib?"

Aqib merenung hadapan cafe itu sejenak. Macam mana nak jawab soalan itu supaya Kadeen faham? Sebab dia rasa hanya dia seorang sahaja yang faham perasaan dia terhadap Dhuha. "Aku rasa, tak ada skema jawapan untuk itu. Sebab tak semestinya apa yang aku rasa terhadap Dhuha, kau kena rasa terhadap Sarah. Perempuan ni tak boleh kita tengok secara general Kadeen, diorang ni individual. Aku ada ciri yang aku rasa Dhuha is the one for me, dan kau pun mungkin ada ciri kau sendiri pada Sarah."

"Apa ciri Dhuha yang buat kau rasa she is the one? Aku kenal dia lama Aqib, dan dia ada sangat banyak flaw."

"Tak fair kalau kita kira flaw dia je. Bagi aku, kalau aku nak kelebihan Dhuha, aku kena terima kelemahan dia jugak. Contoh kalau aku nak Dhuha yang berperangai comel teman aku setiap hari for the rest of my life, aku jugak kena terima yang Dhuha bukan morning person. Kalau aku nak Dhuha yang ambil berat pasal aku, risaukan kesihatan dan keselamatan aku siang malam, aku kena terima yang dia benci charge handphone. Kalau aku suka dia masakkan lauk Negeri Sembilan, aku kena terima yang dia tak suka buat dessert. Kau tau, benda-benda kecik macamni yang kadang-kadang aku rasa penting. Penting untuk relationship, penting untuk future. Yang buat aku rasa, aku memang nak Dhuha sahaja. Apabila kau dah boleh terima semua kelemahan dia tu, benda tu dah tak jadi kelemahan, benda tu jadi normal things je."

Kadeen memandang muka Aqib dihadapannya seperti mahu menghadiahkan trofi. Dia kagum "kau memang baik, Aqib."

"Point dia bukan baik atau tak baik, cuma kau nak put in effort or not. Tak ada benda senang dalam hidup ni. Nak happy, kena berusaha. Tu je."

Kadeen senyum lebar mendengar ayat itu. "Untung Dhuha."

Aqib tergelak kecil. "Taklah. Untung aku dapat Dhuha. Serius. Aku tak baik mana pun."

Kerusi di sebelah Aqib tiba-tiba ditarik. "Ha saya ada terlepas apa-apa tak? Kadeen dah start cerita punca ke?"

Kadeen dan Aqib tergelak. "Baru nak mula la ni. Tunggu kau."

*****

Sebaik sahaja Dhuha masuk ke dalam kereta, dia menurunkan cermin di atas penghadang cahaya dahulu. Tengok tudung, senget ke tidak. Dia sebenarnya baru sahaja berhijab. Bukan sebab kahwin, bukan sebab Aqib. Sebabnya adalah untuk agama. Kesilapan dia yang alpa. Dan apabila tersedar, dia membuat orang disekeliling gembira juga. Terutama Aqib.

Dulu Aqib tak pernah memaksa atau mengutuk dia. Membandingkan dia dengan perempuan berhijab jauh sekali. Cuma kadangkala terkeluar juga hint ala-ala comel seperti 'muka awak ni kalau letak kat billboard Fareeda tu, mau orang berkhemah depan kedai. Bukan setakat beratur tau, berkhemah 3 hari 3 malam.' Takpun hint kecil macam 'mahal gila curl iron ni. Ni kalau beli shawl ni boleh beli 10 helai campur kaler.'

Dan sejak berhijab jugalah dua jadi vain. Sekejap-sekejap nak tengok cermin. Waktu bersiap sebelum keluar tak payah ceritalah. Lenguh otot lengan ni asyik memusing shawl. Nasib baik Aqib memang bersabar aje menunggu dia.

"Dah cantik dah." Aqib memandang dengan senyuman mengusik.

"Sekejap lah.. depan ni macam tak kemas ni."

"Pakai seatbelt dululah, nak gerak ni."

"Pakaikan?" Comel je Dhuha meminta tolong.

"Mengada."

"Eleh tapi sayang. Sampai puji-puji dekat Kadeen."

Aqib mengerutkan dahi. "Bila pulak?"

"Saya ada sixth sense tau tak." Dhuha teringat text ringkas yang baru diterima dari Kadeen tadi. 'Husband kau adalah the best husband in the world. Kalau kau tak bersyukur jugak silalah pelangkung kepala sendiri.' Dan setelah dapat text tu dia malas nak tanya apa yang Kadeen maksudkan, dia agak-agak sahaja apa yang berlaku.

"Iye sangatlah sixth sense. Itu Kadeen ada bagitahu apa-apa lah tu." Aqib menukar gear 'P' ke 'D' dan mula menyusur keluar dari petak parking.

"Terima kasih." Dhuha menutur perlahan.

"Sebab?"

"Sayang."

Aqib tersenyum lebar lagi. Alahai Dhuha.







Thursday, April 3, 2014

ADVIDHAQ [36]

Ad terasa sejuk menyucuk-nyucuk lengannya. Baru tersedar dia hanya memakai muscle tank hitam. Penghawa dingin kereta diperlahankan sedikit. Apa aku nak buat ni. Keluar tadi tahu ambil kunci kereta je, telefon dengan wallet apa semua tak bawak. Bagus, pandai Adha.

Dia tak terasa nak bercerita keadaannya dengan kawan-kawan terdekat. Erti kawan-kawan terdekat tu maknanya Aree,Rai,Haq dan Vid lah. Karang sakan kena gelak je karang. Dengan kawan kerja lagilah taknak cerita. Dia tak tahu kenapa, dia langsung takde kawan sehidup semati kat tempat kerja. Mungkin dia pandang kerjanya tu semata-mata career. Lapor diri, bertanya khabar, terbang dan balik. Waktu latihan pun begitu. Tengok jadual, masuk simulator, berborak gelak-gelak sikit, mengulas buletin utama dan liga bolasepak, lepastu balik. Tak pernah dibuatnya bertanya pasal soal hati ni. Menyakat sikit-sikit macam 'kapten, empat puluh dah bila nak kahwin?' tu adalah. Tapi memang setakat itu saja. Dan orang lain pun memang tak kisah sebab tahu dia memang suka menyakat dan tahu tukar jadi mode serius dalam cockpit sahaja (tapi ada orang menegur yang dia dalam cockpit pun senyum semedang, entah kenapa).

Dia nampak cahaya meriah orang di kedai makan kiri dan kanan. Tapi dia nak menyinggah pun duit tak bawak. Dia memandu sahaja tanpa arah tuju tapi sedar-sedar dia dah berada di tempat letak kereta di hadapan flat 5 tingkat. Apsal pulak stering aku bawak ke sini?

Keretanya diparkir betul-betul di hadapan tangga.


Mungkin, mungkin sebab dia senang berkawan dengan salah seorang penghuni flat ni. Mungkin, sebab selama dia menyakat Jaja, perempuan itu tak pernah menggedik. Mungkin, dia selesa sebab Jaja berperangai macam Aree dan Rai. Mungkinlah.

Lampu hadapan kereta yang masih terpasang itu menyuluh ke arah balkoni tangga. Ada seorang perempuan memakai pashmina hitam sedang menghadap komputer riba. Dua, tiga saat, komputer riba itu diletakkan di anak tangga sebelah dan perempuan itu menggeliat membetulkan sendi lengan.

Ad tarik senyum. Elok sahaja perempuan itu memandang straight kehadapan, dia membuka lampu di siling kereta. Pap. Dia tahu sekarang perempuan itu nampak dia. Senyum lagi. Saja nakal.

******

Jaja bersila di kerusi meja makan menghadap komputer riba kesayangan. Dah berapa kali dah dia connect dan disconnect broadband, tapi talian internet tak juga bersambung. Saja tau broadband ni kasi orang bengang. Dia memandang Nana yang berbaring di sofa khusyuk menonton tv. Selalu tak heran kat tv tu, asyik main game je dalam bilik.

Harini Nana pelik sikit. Sebab dia nampak terlampau rilex. Sejak sampai rumah dekat pukul 8 malam tadi, tak ada sekali pun Nana jerit-jerit panggil nama dia. Selalunya sikit-sikit Jaja.

“Jaja, lampu bilik aiyaq tamau nyala!”
“Jaja, aku kalah lagi! Sikit ja lagi nak naik level!”
“Jaja, tengok peti aih ni sat macam tak sejuk ja?”

Jaja tu, Jaja ni. Semua Jaja. Tapi harini dia senyap, mode silent terus. “Selama ni, kau mengikuti ke drama Grey’s Anatomy tu Nana?” Dia menegur.

“Tak. Aku tak faham kenapa diorang kalut berlari-lari dalam hospital daripada tadi.” Nana menjawab perlahan. Juga dalam nada tenang. “hang buat kerja ka?”

“Aah. Tapi broadband tamau connect. Bencinya. Kita pasang Unifi nak nanti?” Jaja mengomel sambil menarik keluar device broadband itu sekali lagi.

“Try dekat luar la, kot dalam rumah tak sampai kot.”

Leceh betul. “Selalunya boleh je..” Tak boleh jadi ni. Dia nak kena email fail saiz besar pulak tu. Karang sampai ke sudah tak boleh nak send. Lama-lama dia give up. Kalau dah boleh connect pun tapi tak boleh loading gmail, tak guna jugak. Dia masuk ke bilik dan mengambil pashmina hitam dalam almari. Pijama Hello Kitty lengan panjang itu dibiarkan. Yakin, tak ada siapa nak mengorat dekat tangga luar tu.

“Nana, aku duduk kat tangga kejap tau.” Dia bercakap di pintu.

Nana sekadar mengangguk-angguk. Ini betul la aneh budak Nana ni.

Komputer riba yang dipasang kuasa bateri itu dipangku. Ha! Boleh jalan pulak internet ni. Mengada-ngada mintak bawak berjalan! Cepat-cepat dia menghantar email rekaan mukasurat untuk ruang iklan itu ke email ketuanya. Esok pagi ketuanya itu dah nak kena present, jadi dia cuba untuk menghantar malam ni juga supaya ketuanya sempat buat preparation.

Selepas menghantar email, dia pergi meninjau-ninjau online shop pula. Internet tengah baik ni, baiklah gunakan peluang. Kalau tak, satu gambar pun 2-3 minit nak loading! Selepas lebih kurang setengah jam ‘window shopping’, Jaja meletakkan komputer riba disebelah. Menghadap komputer atas riba ni buat orang sakit tengkuk! Dia perasan ada lampu kereta menyuluh betul-betul dekat tempat dia duduk, tapi dia buat tak endah saja. Nasib baik pakai spec maka taklah menyilaukan mata sangat. Yang peliknya, lepas beberapa saat pun, lampu kereta tu tak dimatikan. Dia merenung kereta tu adalah dah dalam 5 minit, taktau kenapa. Macam magnet. Tiba-tiba keadaan di dalam kereta yang gelap itu bertukar cerah. Dan dia nampak dengan jelas siapa pemandunya. Oh.

*****

Ad mematikan lampu kereta sebelum mematikan enjin. Kunci kereta dibiarkan tergantung di penyucuh. Sambil dia buka pintu kereta dan keluar, dia nampak perempuan itu merapati balkoni tangga.

“Buat apa kat sini?” Jaja menjerit dari aras 2.

“Saja.” Ad menjawab sambil berdiri di bawah.

“Dah malam kot. Saja?” Jaja bertanya lagi. Pashmina yang dililit ala kadar itu di tarik ke bahu.

Ad tersenyum. “Awak nak semua orang terjaga ke jerit macamtu? Turunlah.”

“Orang pakai baju tidur nih!”

“Comey dah. Turunlah sekejap!” Ad mengusik.

Jaja mengerutkan dahi. “Buat apa?”

“Turunlah!”

Jaja cepat-cepat shut down komputer ribanya dan di kepit di lengan. Satu-satu anak tangga dituruni. Dia teringat, dia dengan Adha tak pernah bertukar nombor telefon atau sebarang sumber untuk berkomunikasi (kecuali email lah, itupun bukan antara dia dan Ad, tetapi alter-ego dia dengan seorang angau bernama Adha). Jadi apabila selalu terserempak dan terjumpa ni, nak kira macam ada jodoh ke macam mana ni Jaja? Dia bertanya diri sendiri. Haha. Saja gatal.

“Turun tangga je pun sambil sengih-sengih ke?” Ad menegurnya sambil bersandar di pintu kereta.

“Orang punya sukalah.”

Ad menarik pintu kereta di bahagian pemandu dan mempersilakan Jaja duduk. “Duduklah dalam. Nak ajak borak.”

Jaja menurut sahaja. Dia duduk di kerusi itu dengan kaki terjuntai keluar. Badannya dihadapkan kearah Ad yang sedang berdiri memeluk tubuh lebih kurang 1 meter didepan dia.

“Buat apa duduk kat tangga malam-malam?”

“Broadband buat hal. Kat dalam rumah tak boleh connect. Dia saja nak saya tengok bulan bintang dengan dia baru boleh connect.”

Ad tergelak. “Jadilah tu. Ada teman buat stargazing.”

Jaja menghamburkan tawa. “Yelah, dengan kerja pun boleh dating siap ber-stargazing eh?”

“Saya selalu je. Bukan setakat stargazing, sunrise, sunset semua pun tengok masa kerja. Berskandal dengan sistem dan mesin. Try lah.”

“Kan? Seronok macamtu. Girlfriend pun tak marah sebab skandal dengan benda tak hidup.”

Ad mencebik. “Kalau berskandal dengan benda hidup pun, tak ada girlfriend yang nak marah.”


Jaja ketawa lagi. Dengan sedikit bunga-bunga di hati. 


Tuesday, April 1, 2014

ADVIDHAQ [35]

Haq mengeluarkan drawing tube hitam dari boot kereta. "sebenarnya bukan apa pun ni.. sketches je.."

"okay... nak tengok?"

"Memanglah untuk you tengok pun." Haq tarik senyum. "Tapi mungkin kena cakap 'avada kedavra' atau 'alohomora' baru dia boleh terbuka kot?"

Mira menggeleng. "Apa pulak 'avada kedavra' bukan untuk bunuh orang ke? Ini tengok Harry Potter main forward-rewind-forward-rewind ni.."

"Tak apa. I have my own spells. Tengok je lah nanti."

"Boleh cepat takkk.." Mira mendesak. Ini kira hadiah pertama yang diterima, maka perasaan tu macam gembira dan teruja lebih.

"Okay,okay."


Haq membasahkan bibir sebelum bercerita. "Ini kira.. your office kot.. your future office maybe? Entah. I always have this picture yang mana you akan ada satu office besar untuk diri sendiri dan khazanah purba slash futuristic fashion you tu."

Mira bercekak pinggang. "Bukan purbalah! Antik tahu?" dan dia masih tersengih-sengih melihat lakaran kasar itu. Macam mana Haq boleh tahu dia dia suka paparan cermin tingkap yang luas? Macam mana Haq boleh tahu dia suka bentuk cube? This is perfect! "Macam mana you tahu apa i suka.."

"Tak expect pun you suka. Tapi kalau apa yang i lakar you suka, tu boleh bawa maksud satu benda je." Dia sengih nakal.

"Apa dia? Tu mesti nak kata 'taste kita sama' takpun 'this is fate'. Ayat umpan kasanova."

Haq mengerutkan kening. "Eh, actually, i cuma nak cakap yang i ni mesti pandai gila boleh imagine benda you suka. Yang you perasan lebih ingat kita ni takdir kenapa?"

Eiii bencinya!! "I sebenarnya macam nak merajuk tapi sebab you dah rasuah dengan sketch ni kan, i rasa kena berbudi dengan you lah selama beberapa hari ni."

"Lah, beberapa hari je?"

"Aah, you layak untuk dilayan baik-baik untuk beberapa hari je." Jemarinya pantas menggulung lukisan itu dan dimasukkan ke dalam tube hitam tadi. "Eh benda ni bentuk macam botol air budak sekolah lah."

"Itu satu penghinaan terhadap arkitek tahu tak!!"

Mira tersenyum puas. Cakaplah barangan fesyen aku purba lagi!

"Dahla tak cakap terima kasih."

Mira tergelak. "Terima kasihlahhhh"

Haq mencebik. "Kasih tak diterima."

Mira menggantung tali tube di bahu."Kalau tak diterima, kasih tu boleh offer kat orang lain.."

"Masuk kereta cepat! Ada hati pulak nak offer kat orang lain. Tiba-tiba you macam nakal eh harini?" Haq membukakan pintu bahagian penumpang. Wajah Mira yang masih ketawa itu dipandang sinis. Nak kena dia ni sikit hari lagi.

******
Zahirul Haq
-hoiiii aku dah setapak ke gerbang perkahwinan!

Adha
- ..

Zahirul Haq
-Bagilah tahniah ke apa ke

Adha
-setakat untuk buat kawan-kawan dengki memang tak payah tahu?

Zahirul Haq
-Ala bagilah satu tahniah. Satu je weh

Adha
-Pergi hantar anak orang baik-baik lepastu berambus dari situ lepastu balik rumah!

Zahirul Haq
-Ad tak cool! Ad tak sporting! Vid kenapa tak masuk group ni!

Syahid
-Vid driving.. ni Nana taip. Dia cakap 'tahniah Haq' tapi nada dia lebih ke macam ni 'hem. k. hem. tahniah.'

Haq merenung handphone dekat dalam 10 saat. Ini dah kenapa time-time balik kerja tiba-tiba Nana ada sekali dalam kereta.. ah sudah. Cepat-cepat dia menekan pedal minyak apabila lampu bertukar hijau.

*******

Ad meletakkan handphone di tepi. Letak saja. Tak baling, tak hempas. Duit ni, duit. Kalau setakat dengki pada kawan-kawan jangan sampai menggadai diri mahupun duit. Haih. Prinsip jenis apa tu Ad?

Anak teruna bujang yang kelihatan seperti paus yang terdampar di atas permaidani kelabu itu memandang kipas siling yang berputar laju. Dia cuma memakai baju tanpa lengan dan seluar tiga suku, tapi memang langsung tak sejuk. Mungkin sebab badannya terasa warm. Sebab apa? Sebab hati sedang hangat bercinta ke Adha? Dia menepuk dahi sendiri. 'Yelah sangat ni bercinta sorang-sorang namanya.'

Pintu utama di kuak dan muka Haq yang seakan dilimpahi cahaya bulan itu masuk ke dalam.

"Aku macam stress" Adha meniarap dengan muka disembam ke atas permaidani.

"Sebab?" Haq menjawab sepatah.

"Aku rasa macam gila pun ada."

"Sebab?"

"Aku suka dengan penulis Haq! Ya Allah kenapalahhh!"

"Maka?"

"Ya Allah yang kau pun bengap sangat ni kenapaaaaa!"

Haha. Haq ketawa. "Cakap dengan aku buat apa. Fakta yang aku dah tau. Kau nak aku jawab apa? 'Adha sayang, selamat berjuang demi cintamu!' macamtu?"

Te-ka-nan. Tekanan aku macamni. Ad terus angkat kunci kereta dari atas meja dan terus keluar dari rumah. Seluar tiga suku pun, tiga sukulah!

Monday, March 31, 2014

ADVIDHAQ [34]

Nana masuk ke dalam kereta putih itu dan duduk pegun. Pegun sehingga tak ada bunyi hembusan nafas pun yang keluar dari hidungnya.

"Kenapa?" Vid memandang sekilas. Tangannya cekap memusing stering mengikut anak panah 'KELUAR' dari basement parking itu.

Nana menggeleng. Jarinya bermain dengan tali pinggang keledar.

"Culture shock?"

Nana menelan air liur. "Ini lebih dari kejutan budaya." matanya memandang keluar tingkap.

Vid menarik senyum. "Reti pun segan."

Tangan Nana menarik-narik seatbelt di bahu. Ini dah terbalik. Vid yang selama ni memang kayu boleh pulak mengusik dia, dan dia sekarang tak terkata apa. Air liur ditelan untuk kali ke berapa pun tak tahu.

"Jadi.." Nana bersuara perlahan.

"Jadi?" Vid memotong. Pas parking kereta disentuh. Elok kereta itu melungsur keluar dari bawah tanah, langit jingga menyambut mata. 'dah nak senja, kira awal lah aku balik tak gelap lagi'.

Ala.. lemah la kena main sambung-sambung ayat ni.. faham-fahamlah. Nana mengerutkan dahi. Nak cakap apeni.. "Erm, hantar saya balik kan?"

"Taknak makan?"

Geleng. Makan macam mana Vid, awak boleh expect saya boleh menelan makanan ke sekarang ni?

"Betul?"

Angguk.

"Tak lapar?"

"Ish banyak tanya la pulak.." Nana mendengus resah.

Vid mengeluarkan handphone dari kocek seluar dan menyentuh skrin untuk unlock. "Banyak tanya salah.. tak bercakap salah.."

Nana akhirnya membuka tali pinggang keledar yang mengikat badannya di kerusi. Dia dah tak boleh tenang dah ni. Vid ni buat confession pastu tak bagi kesimpulan. Confuse lah tahu??

"Nak lompat keluar ke?"

Tak. Nak cekik awak. Nana sekadar menjawab di dalam hati.

"Bercakap taknak.. makan taknak.. pakai seatbelt taknak.."

"Saya tengah dalam kejutan ni.. tunggu terkejut saya reda dulu nanti saya cakap."

"Saya tak ada niat nak buat kejutan." Vid membalas lemah. Sumpah! Dia sebenarnya bukan nak bagitahu tadi tapi dah kebetulan, maka dah terbagitahu.

"Awak ni, bagilah amaran ke.. hint ke.."

"Tak reti."

Nana memeluk tubuh. "Dah tua pun tak reti." Nana seolah-olah bercakap dengan cermin kereta.

"Kat sebelah ni. Tak payah pandang cermin sangat." Vid menegur.

Nana menarik nafas kuat. Rasanya kekuatannya dah ada untuk bertanya. "So.. kita ni.. jadi ke?". Malu gila bakhang tanya macamni.

"Aah."

Nana makin bingung. Apa yang 'aah' nya? "Cakap la betul-betul.."

"Ha la." Vid memutar stering untuk belok ke kiri.

Duk! "aww!" Nana menggosok pelipis kiri yang terhantuk cermin.

"Suruh pakai seatbelt takmau, degil."Vid memandangnya tepat.

"Kita sekarang tengah cakap perkara serius tau Mohd Syahid!" Ini karang mahu aku hilang sabar ni karang. Mamat ni pun lah.. bagilah conclusion tepat sikit!

"Ha lah. Kita. Jadilah." Vid menutur sepatah-sepatah.

Nana rasa nak tarik rambut! Sabar Farhana, sabar. Bukan ke kau dah tau mamat ni begini? Kau nak apa lagi? Dia bersandar di head rest dan menutup matanya dengan lengan. Tak pernah terfikir nak dapat confirmation pasal relationship boleh stress begini rupa. "Syahid pleaselah.."

"Please apa Farhana..."

Takkan tu pun nak explain juga. Nangis!

"By the way nak panggil Farhana ke Nana ke apa lepasni?"

Nana mengangkat lengannya dari muka. "Kenapa nak tukar ganti nama diri pulak?"

"Bukan selalu... orang dah official... panggil nama lain?" Vid menggigit bibir. Susahnya lah aku nak buat move! Satu move kecik je pun!

"Siapa yang official?" Nana bertanya gaya innocent.

Vid senyum. Sajalah kan dia ni kan. Dah terang lagikan bersuluh torchlight, lagi nak tanya. "Yelah. Bulilah saya yang kayu ni."

Nana tergelak. Boleh jadi tak betul dah aku ni. Tadi beriya stress lepastu nak tergelak pulak. "Cepatlah cakap siapa yang official.."

"Dah dah la tu.." Vid membetulkan spec dari batang hidung.

"Cepatlah cakap.."

"Tak payah la banyak kali.."

"Cakap la sekaliiiii je."

"No."

"Yes lah.."

"No dear, no."

Nana tergelak kecil. Macam dah ada hobi baru, buli boyfriend sendiri.



 
Blog Template by Delicious Design Studio