♡assalamualaikum

currently updating First.

Thursday, May 2, 2013

First [2]

"Jeff, kau ada adik? Kakak? Abang?" Chi bertanya sambil memandang buku di atas sila.

"Kakak. Seorang. Ana, kakak paling menggelabah di dunia." Jeff menjawab sambil tersenyum.

Chi mengangguk. "Best?"

Jeff mengalih pandangan dari platform kosong ke muka orang disebelahnya. "Best apa?"

"Ada adik-beradik?"

"Kau tak ada?"

Chi menggeleng. Dia mengangkat pandangan dari buku dan memandang kosong dihadapannya. "Aku seorang."

"Humph." Jeff menghela nafas berat. "Biasa je. Kadang-kadang seronok sebab ada teman bergaduh. Kadang-kadang rasa beban, sebab aku selalu risau pasal dia."

Chi mengangkat tangannya ke belakang leher. Warm. "Untunglah." Dia menggosok-gosok tapak tangannya lagi di belakang leher. Warm, very comfortable.

"Untung aku ada teman, atau untung dia sebab aku selalu risaukan dia?"

"Dua-dua." Chi menjawab perlahan. "Kenapa aku rasa tak sejuk sangat macam selalu eh?" Dia menukar topik.

"Kau demam ke?"

"Aku rasa tak."

"Oh. It's me then."

Chi mengerutkan kening. "Kau kenapa?"

"I'm giving the warm vibe."Smirk.

Chi terus menutup bukunya dan memandang Jeff dengan muka serius.

"Come on lah Chi, aku buat lawak kot. Layan ah." Hahaha.

"No. Aku rasa kau betul." Chi berkata dengan serius.

Jeff terus berhenti ketawa. This is strange. Mereka pegun selama beberapa saat sambil memandang wajah masing-masing.

Tiba-tiba bunyi bising gerabak LRT mengejutkan mereka.

Jeff mengangkat beg dan berkata, "Come, dah sampai."

Ini adalah sangat janggal.

*****

Entah kenapa tapi hari ini LRT memang sangat penuh. Jeff yang selalunya dapat tempat duduk, harini dia terpaksa berdiri juga. Chi yang biasanya berdiri di tepi pintu juga hanya dapat memandang tempat 'khas'nya dari jauh.

"Penuh." Chi mendengar Jeff mengeluh. Dia mendongak sedikit untuk melihat muka Jeff yang berkerut seribu. "Tak apa, satu stesen je."

Jeff membalas senyum. "Sini sikit."

******

"Nak ikut aku tak?" Jeff berkata sebaik mereka turun dari stesen.

"Pergi mana?" Chi bertanya sambil menyikat rambut dengan jari.

"Adalah. Ikut je. Daripada kau saja jalan-jalan tak ada arah tuju tu."

"Kau orang baik kan?"

Jeff mengangkat kening "Dah sebulan bercakap dengan aku baru harini nak tanya ke?"

Chi menghembus nafas berat. Dia ni, saja je. "Bolehlah."

"Jom."

Jeff berjalan mendahului Chi yang masih jauh di belakang. Budak perempuan ni, berjalan mengalahkan heroin video klip.

"Cepatlah, nak melintas!" Jeff menjerit dari bahu jalan.

"Pergi jela dulu!" Chi buat muka annoyed.

"Tak boleh! Cepatlah!"

Chi cepat-cepat berlari ke arah Jeff yang asyik melambai ke arahnya. "Kenapa tak melintas je dulu!"

"Habistu? Kau nak melintas seorang?"Jeff memandang Chi yang termengah-mengah disebelahnya.

Chi melihat anak mata Jeff dalam-dalam. Sesaat, dua saat, dia rasa dibekukan sebentar.

"Kau ni dah kenapa?"

Chi cepat-cepat menggelengkan kepalanya. "Nothing."

This is strange.










18 comments:

Mahirararara said...

Hah Chi dah rasa rasa la tu dengan Jeff HAHA kemain aura Jeff ni warm vibe.

Anonymous said...

ait Chi..dah mula dah feel tu. hehhe..

kak tyea said...

cute jer... :)

nae nematoda said...

ayok ayok , chi dh rasa lain dah...ke Jeff pun ada rasa lain , tapi dia buat-buat biasa je ? hehe
btw , so cute both of them ..LOL

MaY_LiN said...

amboi jeff..
bak model video klip ya..
sangkut gak ni

iniakuyangpunyahati said...

chi??? rase selesa?? selamat?? jeff?? amik berat?? menjaga?? terbiasa?? ker ada rase?? ngeeee
tq cik cucur..

Anonymous said...

Ni jeff adik ana suria ke? Yang cite istana tu? Actually baru jek habis marathon istana tu yang mcm familiar. Huhu. Nice story btw.

Unknown said...

Jeff adik ana?? Ooh.! I like cite sangkut paut gni.! Hahaha

~daLucky0ne~ said...

hoyeahhhh...
cik cucur mmg x mngecewakn =)

RinsyaRyc said...

this is strange. dah mula rasa syg kat Chi dan Jeff.

Anonymous said...

sis...lama x post..hope u remember me :) - uyon-

tni said...

Menarik

Anonymous said...

Thnks...muahhhhhh cik cucur!finally..lama xjenguk...ingt dh retire..ops!(please jgn).. i miss ur karya like org gilak!

Unknown said...

menarik...nk lg yer dek writer...

Anonymous said...

this is strange. tak sabar tunggu sambungan.. :)

Tengkubutang said...

Follower ke : 2203
Hai.. Salam Kenal..
done follow.. jom follow blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

kasutKIRI said...

Cik cucur!!please update lagi. Tak sabar nak baca lagi
- peminat setia cik cucur. hahahaha

Anonymous said...

jeff adik ana istana?!

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio