♡assalamualaikum

currently updating First.

Monday, April 29, 2013

First [1]

Chi memandang luar pintu lutsinar LRT itu dengan pandangan kosong. Sisi kepalanya disandarkan pada dinding bersebelahan pintu. Berdiri dengan posisi ini dan di tempat ini adalah rutin setiap hujung minggu. Cuma pakaian mungkin lain, tetapi rona warna gelap tidak berubah.

Baju T lengan panjang berwarna biru gelap kontra dengan kulitnya yang pucat. Rambut separas dada dibiarkan lurus dan tidak teratur.

Sebuah buku berada di tangan kiri. Ini adalah prop. Sebagaimana orang lain berpura-pura scroll timeline di Twitter untuk nampak sibuk, begitu juga dia berpura-pura membaca Are You Afraid Of The Dark - Sidney Sheldon itu. Dia dah baca lebih 50 kali, dia rasa. Semua orang tahu Sidney Sheldon menulis untuk thrill dan untuk buat manusia yang malas mennggerakkan otak mereka ketika membaca. Kalau dah baca 50 kali, apa lagi yang thrill-nya? Tak ada apa. Cuma naskhah paperback ringan untuk dibawa ke mana-mana.

Pintu automatik terbuka dan dia tersentak. Manusia masuk berpusu-pusu. Dia menghela nafas berat dan meraup rambut ke belakang. Sambil memejam mata dia merungut dalam hati. 'Chi, kau terlepas stesen lagi'. Dia tak perlu tengok papan tanda, dia tahu ini KL Sentral. Sepatutnya dia turun di Pasar Seni. Shit.

Cepat-cepat dia keluar dan berjalan ke platform sebelah untuk patah balik ke Pasar Seni. 'Berjalan' dalam erti kata lain adalah 'turun tangga, berjalan ke tangga sebelah, naik tangga, dan sampai ke platform seberang'. Leceh. Menyusahkan diri sendiri.

****

Jeff menarik senyum lebar sambil memandang platform seberang. Budak tu terlepas stesen lagi. Dia berdiri menyandar pada tiang belakang platform. Sekejap lagi budak tu akan muncul kat sebelah, dia fikir.

Tepat. Budak itu muncul di sebelahnya dengan wajah pucat dan termengah-mengah.

"Kau terlepas stesen lagi." Jeff menegur.

Chi mengerutkan dahi. "Hah?"

"Kau terlepas stesen Pasar Seni lagi. Again and again."

"Care much?"

"Pelupa much?"

Chi mula rasa bengang. Tak, dia tak cool orangnya. Let an observant stranger talk to her like that? Nope. 

Jeff dah perhati budak tu sejak empat bulan lepas. Setiap hari sabtu dan ahad, budak itu akan terlepas satu stesen, dan akan patah balik untuk turun ke Pasar Seni. Macam mana Jeff boleh tahu? Sebab dia memang akan naik dari stesen KL Sentral ini dan turun ke Pasar Seni jugak setiap hari minggu. Jeff tarik sengih lagi.

Chi sekadar menjeling orang di sebelahnya. That smirk.

Gerabak LRT sampai dan meniup rambut kedua-dua rambut manusia yang berdiri bersebelahan itu. Pintu terbuka, dan kedua-dua mereka berpisah memasuki dua pintu berbeza.

Itu sahaja.

*****

Hari ahad, keesokan harinya.

Jeff memandang jam di pergelangan tangan, 8.05 pagi. Dia mengagak, sekejap lagi mesti budak tu muncul di platform ni.

8.06 pagi. Chi melihat angka di paparan skrin telefon bimbit sambil menaiki tangga. Sungguh la menyusahkan diri. Membazir 2 minit masa dan 2 minit tenaga.

"Lagi?"

Chi cuba mengawal nafas yang termengah-mengah. Penat. Menyusahkan diri. "Lain kali, cop kerusi untuk aku?"

"Okay." Jeff mengangguk.

Gerabak LRT sampai. Kali ini, kedua-dua mereka memasuki pintu yang sama. Jeff duduk di kerusi kosong, dan Chi berdiri di tepi pintu. Seperti biasa.

****

"Kenapa kau macam grumpy..moody..mystery-thriller mood.. with that kononnya mystery investigation  fiction book?" Jeff bertanya selepas Chi selamat melabuhkan punggung disebelahnya. Ya, dia cop tempat duduk di platform minggu ni macam yang dijanjikan minggu lepas.

"Orang macam aku memang macamni."

"Macam mana?"

"Jenis manusia yang tak memberikan good first impression."Chi menyelak helaian buku di tangan. Buku yang sama.

"Tapikan.. beauty lies in the eyes of beho.."

"Don't" Chi memotong. "I'm not a self-conscious sweet sixteen teenager, okay? I know what's fact. Kalau dah tak cantik, memang tak cantik. Lagipun, siapa cakap pasal beauty?"

"Orang menilai first impression berdasarkan appearance lah. Nama kau apa?" Jeff bertanya selamba.

"Chi."

"Aku Jeff. Aku memang jenis orang yang memperkenalkan diri sendiri. Jenis yang memberikan good first impression pun jugak."

Chi mengalih pandangan dari buku di tangan. "Langsung tak, Jeff."

Jeff menghamburkan gelak. Hanya morning person saja yang boleh gelak besar pagi-pagi ni. Dan sebenarnya, dia tak termasuk golongan itu pun.

Gerabak LRT sampai. Masing-masing mengangkat beg galas yang diletakkan di sebelah.

"Chi."

Chi berhenti dari berjalan. "Hurm?"

"Esok aku cop tempat lagi."

"Okay." Dia berlalu masuk ke dalam gerabak dengan senyum kecil.

****

"Hey, Jeff." Chi meletakkan beg dan buku sebelum dia duduk.

"Kau nak buku lain tak? You know, boring gila menghadap buku yang sama walaupun sekadar untuk berlakon."

"Tak apa. Terima kasih."

"Kau buat apa pergi Central Market pagi-pagi?"

Chi mencebikkan bibir. "Tak ada apa. Jalan-jalan." Dia mengambil buku di sebelah dan mula mencari-cari mukasurat mana dia patut buka dan tenung.

"Dengan aku tak payah nak selak buku sangatlah, Chi."

"Nasiblah.."

"By the way, tak ada orang saja-saja berjalan dekat Central Market pukul 8.00 pagi." Jeff menyatakan fakta.

"Saja. Boring duduk rumah. Boring pergi sekolah. Subject form four semua entah apa-apa."

Jeff ketawa. "Oh.. kaulah the self-conscious sweet sixteen teenager bla bla bla yang tak memberikan good impression tu. Hahaha."

Chi menghembus nafas kuat. "Whatever, Jeff."

"Aku jaga kedai handphone dekat-dekat dengan Central Market."

"Tak tanya pun."

"Orang yang ada imej good first impression macam aku memang tak suka buat orang curious. Sebelum orang tertanya-tanya aku dah bagitahu." Smirk.

"Kau dah kerja? Tak sekolah ke?" Chi sekadar bertanya.

"Weekend je. Aku ambik STPM tahun ni." Jeff menjawab sambil melihat LRT berlalu pergi. "Chi."

"Apa?"

"Kita terlepas train."

Chi senyum kecil. "Tak apa, there's always second train."

"Aku dah jadi macam kau."Jeff ketawa lagi.








p/s: something boring. dont expect much. thanks for reading btw :)



25 comments:

kam said...

Tak, tak boring lah cik cucur.
Niceeeeeee!
Sila lah rajin sambung oke? ;)
Cant wait.

*banggasekejapsebabkomenfirst*

Shima Awang said...

Nice... dah lama x baca cucuratap punyer cerita... hope x tunggu lama ya...

Moonchild said...

sweet sgt...
still sweet mcm dulu...
sweetsixteen...LoL...

Pitak said...

babe, kau tau tak berapa lama aku tunggu?
rindunya weh hahahahaha.
terima kasih untuk entry ni :D

Tia Kirana said...

Comel sangat...
U make me smile as usual....

MizaEija said...

^____^

Anonymous said...

chumell je nama chi.. ;)

~acu~

Anonymous said...

Cik Cucurrrr.

welcome backkk!

rindu giler nak baca blog ni.

:)

ajeje said...

sweet as usual....
really miss your story :)

haikadove said...

comel ! rinduuuu nk baca ur story ;D

Anonymous said...

nice...bersemangat tgu entri strusnya..cayok2!

Mahirararara said...

manis :) hikhik lagi cik cucur rindu !

tikahmodjaika said...

nice :)

kak tyea said...

Nice try... suka baca, santai jer... :-)

Anonymous said...

lama tak ada cita dari cucuratap.

iniakuyangpunyahati said...

wahhhh hapy sgt2 bler bkak ad story baru.. perkenalan yg sweet.... yeah "there's always second train"..

harap advidhaq ad smbgn.. just nk tw akhir kisah ad & jaja..(sory klu bgi cik cucur saya x patot ckp mcm 2)

tq cik cucur..

MaY_LiN said...

alololo
chi ni..memang nak jadi plakon ye..
caya la jeff

yon said...

welcome back! miss ur story... ^_^
request---> sambung balit adviqhaq boleh x?

adawiyahMS said...

Femes gitu cik cucur.....!

nae nematoda said...

nice and simple :)
tapi still buat sy ternanti-nanti akan next entry , oh sy suka both characters :) LOL

Unknown said...

Cite cik cucur bace ulang kali pon x puas. Nk jd silent reader pn x mmpu, mst tgn gatal gk nk komen. Heee..

sugar2 kapas strawberry said...

I think u should htr your karya dekat jemari seni.
karya awak best2.. :))

sugar2 kapas strawberry said...

btw..i miss your story!!!! :))))

RinsyaRyc said...

so COOL. Tak boring langsung.

Anonymous said...

ehh ini jeff adik ana dalam istana kann? kihkihkih.

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio