♡assalamualaikum

currently updating First.

Monday, July 25, 2011

Aqib dan Dhuha 2

"Kenapa tengok saya macam tu?" Aqib bertanya hairan. Kekasih hatinya yang satu ini dari tadi merenung dia macam analisis soalan sejarah. Serius.

Dhuha menjungkit bahu.

"Cakaplah." Aqib bertanya sambil menguyah gula-gula getah. Matanya masih fokus pada handphone merangkap kekasih keduanya.

Dhuha menongkat kepala dengan lengan. Akibatnya tangan baju kurung kirinya melurut sampai ke siku.

"Angkat lengan baju tu. Dah pakai baju kurung elok-elok, nampak lengan. Kalau pakai kemeja dah elok-elok lengan panjang, lipat sampai siku. Suka sangat."

Dhuha mengalih posisi. Kepalanya diletakkan di atas meja.

"Nur Dhuha.." Aqib meletakkan handphone dan memandang Dhuha tajam.

Dhuha memandang Aqib di hadapannya. "Saya lapar..." suara lemah.

"Orang puasa mana boleh cakap lapar."

"Dahtu!" Dhuha menegakkan badannya. "Janganlah kunyah chewinggum depan saya!"

Aqib tergelak. "Lah. Chewinggum pun terkesan ke?" Gelak lagi.

"Yelah. Dahla, tak nak cakap dengan awak. Habis tenaga saya."

Aqib tarik senyum. Dia mengangkat tangan kiri melihat jam. "Sekejap lagi."

Restoran itu dah mula dipenuhi orang.

Dhuha menakup muka di atas meja. "Kenapa mesti semua orang makan dekat kiri kanan depan belakang saya.."

"Saya tak makan." Aqib memeluk tubuh. Orang lain mesti sangka dia tengah bawa adik bongsunya keluar makan malam lepastu menu kegemaran adiknya takde jadi terus merajuk taknak makan sampai telangkupkan kepala atas meja. Padahal...

"Buang gula-gula getah perisa mint kegemaran saya dalam mulut awak tu boleh tak?"

Haha. "Tu la dah suntuk baru nak puasa, kan dah terima padahnya."

"Padahnya ialah boyfriend saya tak kesian kat saya." Dhuha membuat kesimpulan.

Aqib senyum lagi. Rasanya, dia tak pernah tak senyum setiap kali berasa dengan Dhuha. "Banyak kerja tak harini?"

Dhuha angguk.

"Penat?"

Angguk lagi.

Pelayan restoran thai tiba di tepi meja. Dia baru nak letak makanan atas meja tapi Aqib cepat memintas.

"Aaa boleh hantar sekejap lagi tak? Takpun  letak dekat kaunter dulu nanti saya ambik."

Pekerja itu mengangguk. "Oh adik abang puasa ke? Boleh. Boleh. Nanti saya hantarkan lepas azan."

Dhuha mengetap bibir. Rasa nak marah tapi tak boleh sebab puasa nanti habis pahala. Tak nampak ke muka ni muka wanita berkerjaya yang penat setelah mengerah keringat dari pagi ke petang. "Saya rasa nak buat rambut gaya kerinting kembang yang pendek macam Oprah."

"So? Akan nampak macam orang kulit hitam yang kaya lepastu jadi tycoon la? Lepastu awak akan buat rancangan tv untuk menasihati orang. Dan tetamu pertama awak mesti Kadeen dengan Sarah." Aqib saja mengusik walaupun dia tahu Dhuha saja cakap macamtu sebab nak nampak macam wanita dewasa sikit.

Dhuha kekal kaku. "Saya rasa macam nak tergelak dengan lawak awak, tapi bibir saya kering dan perut saya pedih jadi tak boleh nak ketawa."

Aqib senyum lagi. "Pergi tandas sekejap."

"Ala saja je nak tinggal saya masa nak dekat berbuka."

"Nak buang chewinggum la!"

*******

Dah dua hari.

Kalau ditukarkan kepada jam, dah 48 jam.

Kalau tukar kepada saat, 172800 saat. Banyak tu. Banyak sangat. Lama saaaaaaangat.

Dhuha menongkat dagu dengan Blackberry kesayangan. Dengan harapan dagu boleh berlekuk, kononnya. Aqib mana awak ni telefon lah!

Menunggu itu satu penyiksaan, tau?

"Kak Dhuha." Syikin, receptionist yang muda 5 tahun daripanya menegur.

"Em?" tak ada mood. Lagi-lagi bila mendengar orang yang lebih tinggi 10cm daripanya padahal tak habis belajar universiti lagi menegurnya tiba-tiba.

"Ada orang carik." takut-takut Syikin memberitahu.

"Cakap akak kerja luar."

"Tapi.. dah cakap dah akak ada kat dalam." Syikin menggaru belakang kepala.

"Ish! Kenapa tak telefon meja akak dulu?"

"Dah. Kak Dhuha tak angkat."

Dhuha melepaskan nafas berat. Jujur sangat manusia ni kadang-kadang pun susah juga. Dia menurunkan sila dari kerusi dan melangkah malas ke depan.

Hah! Aqib berdiri di depan pintu kaca dengan berpakain pejabat kemas. Dhuha terdiam sebentar.

"Hai. Assalamualaikum." Aqib senyum. Sebenarnya, kebetulan dia ada di Shah Alam harini. Ingatkan nak telefon dulu tapi tak surprise lah kan.

Dhuha mengerutkan kening. Aqib ni betul-betul lah... nak kena..

"Kenapa kerut kening macamtu?" Aqib mendekati Dhuha.

Dhuha menelan air liur sebelum menjawab. "Rasa nak menangis. Nak tahan airmata."

Cepat-cepat Aqib membukakan pintu kaca pejabat itu dan membawa Dhuha keluar. "Lah kenapa pulak ni?"

"Taktau." Keningnya masih berkerut.

"Hah?" Aqib bercekak pinggang. Dia pun turut sama berkerut kening sebab tak faham.

Dhuha mengangkat tangan ke atas dahi, melindung cahaya matahari terik. "Ada apa ni? Harini baru nak datang carik orang."

"Outstation. Pergi Melaka 2 hari." Aqib menerangkan ringkas.

"Kenapa tak bagitau?"

"Takkan itu pun nak bagitau." Aqib melonggarkan tali heler yang terjerut kemas. Butang atas kolar dibuka. Panas sangat tengahari ni lepastu ditambah pulak panas orang dekat depan.

Dhuha mengetap bibir. Lagilah rasa nak menangis. Kelihatan kawan-kawan sepejabatnya berpusu-pusu keluar dari pintu. Oh, dah masuk waktu makan tengahari dah. "Saya nak masuk dulu."

"Nanti sekejap.."

Tak sempat Aqib nak menahan, Dhuha dengan sepantas kilatnya dah masuk ke dalam. Laju, sampai Aqib rasa sesaat pun belum lepas lagi. Kau lambat Aqib, Lambat. Dia berkata pada diri sendiri.

******

Dhuha meletakkan punggungnya pada kerusi. Kening berkerut lagi. Tak tahan.

"Woi diet?" Kadeen mengusik sambil melintas di depan meja Dhuha.

"Kadeen, jap."

"Kenapa?"

Dhuha memandang Kadeen dengan muka merah. "Aku rasa macam nak menangis."

"Eh??!" Pelik. Kadeen terus menarik kerusi beroda di depan meja Dhuha yang tak berorang. "Hah, nangislah."

Dhuha melepaskan airmatanya yang banyak dan laju macam air terjun Niagara. "Aku dah kata dah! Aku dah kata dah ada boyfriend ni leceh tapi dia kata tak! Dia nak jugak lepastu buat aku jadi serabut menangis serabai macam budak-budak tak pandai pakai celak!"

Kadeen senyap. Dia menunggu Dhuha habis mengelap airmata dengan tisu.

Dhuha menarik nafas dan menyambung. "Tengok sekarang ni aku pun tak faham kenapa aku nak menangis sakan. Ah bencilah!" Dia terus menekup muka ke atas meja. Nasib baik pejabat tengah kosong kalau tak mesti dah ada orang telefon ustaz sebab nak ubatkan orang histeria.

Dari ruang masuk, Aqib melihat sahaja aksi menangis paling hebat itu. Kenapa? Apa salah dia? Apa yang dia dah buat? Kenapa nak menangis dengan Kadeen?

"Kau ni betul ke, tak betul ni Dhuha? Sebelum kau mengongoi-ngongoi lagi teruk baik kau cakap kau ni kenapa sebenarnya." Kadeen bertanya.

Dhuha yang masih menekup kepala dia atas meja hanya menggeleng. Betul, dia pun tak tau kenapa.

Masalah. Kadeen menggeleng. Kalau dah tuan punya badan taktau, habistu aku nak buat apa? Dia memusingkan kerusi beroda itu ke kiri dan ke kanan. Hah! Itu dia hero kita. Matanya tertancap pada Aqib yang elok menyandarkan sisi badannya pada dinding. Senyap-senyap dia meninggalkan Dhuha yang gila di mejanya.

Kadeen menepuk bahu Kadeen. "Pergilah. Dhuha tu bila dia bermasalah, memang serabut sikit."

'Serabut banyak' Aqib menjawab dalam hati. "Ok. Thanks Kadeen." Mereka berjabat tangan dan Kadeen terus berlalu.

Dhuha masih merungut-merungut dengan kepala telangkup. "Benci tau bila kita tak tau kenapa kita tiba-tiba menangis lepastu stress!"

"Cuba ingat balik semalam ke, dua hari lepas ke, apa yang jadi?" Aqib selamba duduk di depan Dhuha dan bertanya seolah-olah dia Kadeen.

"Hah! Dua hari lepas! Dua hari lepas dia last contact aku lepastu hilang. Lepastu boleh pulak tanya kenapa kena bagitau dia pergi mana!" Dhuha menumbuk meja perlahan.

"Penat tunggu dia?" Aqib bertanya lagi.

"Penatlah. Aku charge handphone hari-hari.. which is not me! Tapi takde hasil pun!"

"Kenapa tak carik dia dulu?"

"Mana boleh aku kan perempuan. Dia lah kena carik aku." Dhuha mengangkat mukanya perlahan-lahan.

Gulp.

"Hai." Aqib melambai tangan.

Dhuha mengelap baki airmata. Bencinya kenapa dia pulak ada kat sini? "Kadeen mana?"

"Kenapa pulak nak carik Kadeen padahal orang yang awak tunggu-tunggu ada kat depan mata?" Aqib mengusik.

Dhuha memalingkan muka. "Diamlah. Saya taknak menangis depan awak. Pergilah balik."

"Saya tak carik awak, sorry. Saya tak bagitau saya pergi mana, sorry."

Dhuha diam.

"Lain kali saya bagitau la."

"Ok." Sepatah Dhuha menjawab.

"Lagipun dua hari je.."

"Dua hari je? Dua hari lama tau." Dhuha memeluk tubuh.

"Awak ni mengada-ngada jugak eh."

Dhuha membesarkan mata. "Awak ingat saya suka ke macamni? Menangis macam orang mati laki. Bukan saya yang nak! Mana saya nak tau saya nak menangis tiba-tiba!"

Aqib senyum. "Kita kahwin la. Awak boleh tengok saya hari-hari."

"Aah lepastu hari-hari gaduh. Saya dah kata dah taknak jadi macam Kadeen-Sarah."

Aqib tergelak. "Ni mana datang Kadeen-Sarah pulak tiba-tiba? Diorang tak kahwin-kahwin lagi tengok kita dah cakap pasal kahwin dah. Awak dah 26 tau? 26 tahun pun masih nak menangis mengadu-ngadu dengan Kadeen lagi. Sebab tu lah Sarah cakap awak nak ambik boyfriend dia."

"Habis tu awak nak saya mengadu-ngadu menangis dekat siapa?"

Aqib senyum sambil menjungkit bahu. "Entah. Lupa awak kan akan hidup tua dan mati sorang-sorang."

"Semua orang tak kesiankan saya."

"Firstly, saya dah cakap dah saya nak teman awak sampai mati. Boleh tak awak save elok-elok ayat saya tu dalam kepala. Secondly, saya dah cakap sorry dan lain kali saya bagitaulah saya pergi mana. Ok?"

Dhuha mengangguk kecil. "Kay."

"Alright?"

Dhuha mengangguk lagi. "Alright."

"Settled?"

"Setteled." Dhuha bangun dari kerusinya.

"Hah nak pergi mana pulak tu?"

"Makan. Laparlah. Menangis guna banyak tenaga."
Aqib senyum. "Jom."

"Memang nak pergi dengan awak pun. Awak bayar semua." Dhuha menjawab selamba. Balas dendam.

Aqib senyum lagi. Senyum tak sudah-sudah.





p/s: gatal nak menyambung cerita. haha. tapi pendek je :p

Monday, July 11, 2011

Aqib dan Dhuha

"aku tak tahan.. cepatlah.. nak pergi tandas.." Dhuha merengek di tempat duduk sebelah pemandu. "cepatlahh.. cepatlahhhh" dia dah tak senang duduk.

"sekejaplah." Kadeen menjawab sambil memusing stering ke kanan.

"jauh lagi ke?" Dhuha bertanya sambil menghentak-hentak kaki. Apa ke jauh sangat Bukit Jalil Golf Club ni.

"nak sampai dah. Kau ni pun sebelum jalan tak nak membuang dulu!" Kadeen menaikkan suaranya.

"sebelum jalan tak rasalah! Dah jalan baru terasa nak pergi tandas!" Dhuha menjawab geram. "kau la ni suruh aku ikut. Kalau tak sekarang ni mesti aku dah pergi tandas dekat rumah dengan senang-lenangnya."

"ala mintak tolong sekali pun tak boleh. Kata kawan dunia akhirat. Disebabkan tandas, aku dipersalahkan. Sedih." Kadeen saja mengada-ngada.

"Ha tu stesen minyak!" Dhuha menjerit apabila nampak Shell dan Petronas di sebelah kirinya. "berhenti!"

Kadeen tak berhenti. Kakinya makin laju menekan minyak. "nak sampai dah. Ni simpang last ni."

"Kadeeeeeeeennnnnnnnnn!" Dhuha rasa macam nak terbang keluar dari kereta.

******

Kadeen memberhentikan Honda City hitam itu betul-betul di hadapan lobi. "ha pergi pergi! sibuk!"

Dhuha membuka pintu kereta dengan pantas. Mungkin lepas ni dia patut bagi gelaran 'penahan pundi kencing paling berjaya' dekat diri sendiri.

Ah sudah tandas mana tandas! Dhuha menggerakkan kaki ke tangga sebelah kanan lobi dan terus nampak tanda 'TANDAS' dengan anak panah ke sebelah kanan. Dia menolak pintu kayu yang berat sungguh rasanya dan apa yang terjamu depan mata sangat mengecewakan. Dia bukan terus nampak tandas tapi court badminton dan squash. Ha nak nangis!

Dia menegur orang yang memakai uniform hijau di hadapannya. "excuse me, tandas mana?"

"belakang." sepatah orang tu menjawab.

Dhuha bermarathon pantas ke pintu kayu belakang sekali. Mungkin orang tengah main squash rasa dia salah tempat nak berjogging. Dhuha cuba tolak pintu kayu tu tapi tak boleh. Dia mendongak tengok ada selak dan mangga di atas pintu. Apakah?

"nak pergi mana?"

"hah?" Dhuha menoleh ke kiri dan nampak seorang lelaki sedang menahan pintu kaca gelanggang squash. "oh. tandas. Tandas kat mana tandas?" masa-masa macamni memang dah tak boleh bercakap dengan nada tenang.

"Ow. Sini."

Lelaki itu terus keluar dari pintu kaca itu dan melambai tangan tanda suruh ikut dia.

Lah rupanya tandas tersorok dekat sebelah dinding pintu berselak ni! Pekerja baju hijau tadi pun tak cakap betul-betul! Dia terus tolak pintu tandas dan tinggalkan lelaki tadi tanpa terima kasih apa pun.

******

Aqib tersenyum di depan pintu tandas perempuan itu. Dia melabuhkan punggung di bangku berdekatan sambil mengibas-ngibas t-shirt yang dah berbau peluh.

Dia menoleh ke arah tandas apabila nampak perempuan tadi keluar sambil menyikat rambut dengan jari. "dah lega dah?" dia menegur.

"Ha dah." perempuan tadi menjawab dengan muka polos.

Aqib bangun dari bangku dan ikut berjalan di sebelah perempuan itu.

"kenapa ikut ni?" perempuan itu bertanya hairan.

"nak tunjuk pintu keluar la. Karang tak jumpa pulak kan susah." Aqib menjawab jujur. Perempuan yang hanya separas bahunya itu nampak confuse. Dia nak tolong je tak payah la buat muka macamtu. Ceh.

******

Dhuha buat muka tak faham. Perlu ke? dah tentu-tentu dia akan keluar ikut pintu yang dia masuk. Bunyi handphone yang berdering kuat dari dalam handbag mengalih perhatiannya. "Ha Kadeen. Kejap. Kejap. Nak keluar dah." Dia mematikan talian dan terus mendongak ke arah lelaki yang *agak* budiman itu. "terima kasih eh. Takpe tau keluar. Bye." Dhuha terus berjalan laju.

"hegeh-hegeh." Kadeen mengejek bila Dhuha merapatinya.

"ugh dah kira cepat la ni. Mana girlfriend kau?"

"kat bawah. Tempat bowling. Aku bawak dia keluar dari tempat bowling tu lepastu kau cakap dengan dia tau!" Kadeen mengingatkan.

"eeh. Tiba-tiba rasa seram sejuk pulak." Dhuha mengurut lengannya.

"jangan macamni Dhuha. Kau kena jadi hero aku sekarang ni. World saviour!"

"engkau kalau tak kahwin jugak dengan Sarah tu aku tak taula Kadeen. Cepat panggil dia. Kau nak aku tunggu kat mana?"

"ikut aku turun bawah."

******

"Betul sayang.. tak tipu! Kitorang kawan je. Kawan baik pulak tu mana boleh buat boyfriend-girlfriend."

Sarah tarik muka masam. Tak percaya apa yang Kadeen cakap. "habistu kenapa ada orang telefon saya bagitau terjumpa korang tengah pegang tangan?"

Nak tersembul mata Dhuha. Tipu gila. Euw. "betul la Sarah kitorang...."

"Apa yang betul?!!" Sarah memotong.

Ish! "Kitorang takde apa-apa. Orang yang mengadu tu tersilap nampak kot. Kitorang kan kerja satu tempat. Entah-entah orang tu nampak kitorang tengah passing document ke, apa ke."

"takkan passing document terpegang tangan sekali?"

Kadeen pening kepala. "maksudnya tak peganglah. Dhuha kata mungkin orang tu salah nampak. Tak teringin la nak pegang-pegang tangan Dhuha ni. Tangan awak pun tak pegang takkan nak pegang tangan Dhuha pulak."

Gadis yang bertudung merah jambu itu nampak makin tak percaya. "Sarah bukan nak marah-marah Kak Dhuha tapi kawan Sarah sendiri yang nampak. Macam mana Sarah nak percaya? Kak Dhuha takde boyfriend maybe Kak Dhuha tak faham apa Sarah rasa."

Nah aku pulak kena. Dhuha rasa terpukul dengan ayat Sarah. Apa pulak kena-mengena aku takde boyfriend dengan dia? "Sarah, the point is, Sarah kena percaya Kadeen. Kitorang dah berkawan for ages sebelum Sarah kenal Kadeen lagi. Kalau Kak Dhuha nak pegang tangan Kadeen, dari dulu dah pegang dah. Nak peluk ke, nak apa ke, dari dulu-dulu dah buat dah."

Sarah menjeling. "Mana la tau, baru sekarang Kak Dhuha suka dekat Kadeen."

"Hoh!" Unbelievable. Dhuha menyebak rambutnya. "Sarah, Sarah ni tak matang tau."

"janganlah marah dia pulak." Kadeen menyelit.

Dhuha buat tak kisah. "Kak Dhuha mungkin tak nampak sebaik Sarah tapi Kak Dhuha tak jahat macam tu sekali tau. Kak Dhuha orang pertama yang cakap tahniah dekat Kadeen masa dia jumpa Sarah dulu. Sekarang ni baik Sarah mintak maaf dekat Kadeen sebab dah banyak susahkan dia nak pujuk-pujuk Sarah macam ni."

"Dhuha.." Kadeen memberi amaran.

"Kak Dhuha tak fahamlah.." Sarah bersuara sambil menunduk.

"ha yelah Kak Dhuha tak faham sebab takde boyfriend. I'll never get married and die alone." Dhuha menjawab sarkastik.

"Awak sekarang ikut saya boleh? Saya terangkan satu hari suntuk pun takpe." Kadeen mengajak Sarah. Baik dia bawak lari Sarah sebelum hal ni meleret-leret jadi teruk lagi.

'aku macam mana?' Dhuha membentuk mulutnya dengan ayat itu tanpa suara.

'balik sendiri la' Kadeen berbisik juga.

humph. "Sarah, apa-apa pun Kak Dhuha minta maaf la kalau Sarah terasa." Dhuha bersuara sebelum mereka pergi meninggalkan dia terkontang-kanting sorang-sorang dekat situ.

Dengan dungunya, Dhuha berdiri bercekak pinggang di lobi dengan Blackberry di tangan kiri. Tahukah anda di golf club tak ada teksi mahupun bas? Dia baru terfikir nak telefon teksi tapi baru sedar dia takde nombor telefon teksi pun. Dia nak bertanya kawan-kawan dia tapi suara operator talian kata dia tak cukup kredit.

Great.

Dahla tak ada boyfriend, kena tinggal dengan kawan pulak. Betul lah aku takkan kahwin kemudian tua dan mati sorang-sorang.

Perfect. Menyedihkan.

******

"Dik."

"Dik."

Dua kali dia mendengar orang memanggil 'adik'. Dhuha tak rasa macam dia jadi dia biarkan saja panggilan itu walaupun memang dia seorang je yang berdiri mengalahkan tiang bendera kat sini.

"adik baju kuning." Aqib menegur kali ketiga.

Ah. Toleh ajelah mungkin ada orang cedera parah nak mintak tolong. "Ya?"

"Macam dah lama berdiri. Tunggu siapa?" Aqib berjalan mendekatinya.

Oh dia ni. 'Adik' dipanggilnya aku. "Entah." nada kecewa. Aku pun taktau tengah tunggu apa. Mungkin tunggu hujan kad topap turun dari langit.

"Nak balik? Nak tumpang?" Aqib mengajak ikhlas.

Dhuha menggeleng. "Takpelah."

"Saya tak jahat. Ada nampak macam orang jahat ke?"

Dhuha teringat perbualan yang ada bunga-bunga nak bertengkar dengan Sarah tadi. Kenapa Sarah taknak percaya? Kenapa orang suka serkap jarang pasal seseorang tu nampak jahat atau tak?

"Nak telefon teksi lagi lambat. Lagi lah bahaya. Kalau takut sangat, awak pegang la handphone dengan wallet saya. Agak-agak saya nak buat benda tak senonoh awak turunkan tingkap lepastu campak handphone saya keluar."

"kenapa handphone?" Dhuha bertanya tak faham.

"sebab saya sayang handphone saya."

"Oh." Dhuha mengangguk. Pelik. Sekarang nak ikut ke taknak? Dah buntu dah ni. "Boleh la. Tapi rumah kat Shah Alam. Turunkan dekat taxi stand pun takpe."

Aqib senyum sambil menghulurkan handphone dan dompetnya. "Jom."

Dhuha mengetap bibir sambil berjalan ke arah kereta. Ini namanya berani mati. Bahaya.. bahaya.

Dhuha duduk di tempat duduk penumpang hadapan Vios putih itu dengan rasa ragu-ragu. Dia dah berkira-kira nak patah balik ke lobi masa lelaki yang masih tak tahu nama tu masukkan raket squash dan beg baju ke dalam boot.

"awak.. siapa nama?" Dhuha bertanya sebaik saja lelaki berbaju-T putih itu masuk ke dalam kereta.

"Aqib." Dia mencucuh kunci kereta sambil berkerut kening menahan panas matahari.

"Aqib, sebelum jalan boleh saya pinjam handphone sekejap? Nak telefon kawan."

Aqib memandang Blackberry hitam di tangan kiri Dhuha.

"Oh yang ni takde kredit." Dhuha menjawab perlahan.

Aqib senyum sambil melaraskan air-cond. "Gunalah."

Dhuha senyap. Dia tau senyuman sinis macamtu. Dia macam nak cakap 'handphone mahal-mahal sekali takde kredit apa gunanya'. Dia terus mendail nombor Kadeen.

Aqib menjeling orang sebelahnya sambil berpeluk tubuh.

"Kadeen aku ni, Dhuha. Aku pinjam telefon orang ni, aku takde kredit. Aku tumpang orang ni balik. Kau kena tebus balik apa kau buat dekat aku harini, Kadeen. Aku tak kira kalau tak.." Dhuha terlupa ada orang di sebelahnya. Tak boleh keluarkan perkataan kasar ye Dhuha. Ingat sikit. "lepasni aku taknak dah pergi mana-mana naik kereta kau baik aku drive sendiri je lagi baik. Aku tumpang orang tak kenal ni, kalau jadi apa-apa kau tanggung ye." Dhuha mematikan talian. "dah, terima kasih." Dhuha bagi balik telefon bimbit itu pada orang sebelah.

"peganglah dulu. Nanti kot nak campak keluar ke." Aqib terus menukar gear reverse dan keluar dari kotak parking.

"takdelah rasa insecure macam tu sekali.." Dhuha bersuara perlahan.

Aqib menyembunyikan senyum. Dia melepasi guard golf club tersebut. "Pakai seatbelt, Dhuha."

******

"Tadi saya terdengar dan ternampak sebenarnya." Aqib memecahkan suasana sunyi dalam kereta.

"Apa benda?" Dhuha bertanya.

"Drama awak dengan kawan-kawan awak lah."

"Oh." Taktau nak bagi respon apa.

"Tu yang sampai kena tinggal tu kan." Aqib memandang orang sebelah sekilas. "Awak pun yang pergi kacau boyfriend orang buat apa.."

Dhuha tersentap. "Aqib, awak kalau nak curik dengar biar curik dengar elok-elok sikit eh."

"Saya tak curik dengar lah. Saya cakap terr-dengar."

Dhuha menanggalkan seatbelt yang dia rasa macam mengawal pergerakan dia. Terus dia memusingkan badannya menghadap pemandu di sebelah kanan. Dia menyelitkan rambut ke belakang telinga sebelum mula bercakap. "Saya tak bersalah ok. Saya cuba nak explain the whole truth things tapi dia asyik-asyik 'Kak Dhuha tak faham', 'Kak Dhuha tak rasa', 'Kak Dhuha takde boyfriend', 'Kak Dhuha bla bla bla'...."

"Dia jealous la tu." Aqib meneka.

"Yela tapi bertempat la. Logik ke nak jealous dengan saya? Kawan sendiri. Kawan dah lama pulak tu."

"Dia rasa terancam lah kot sebab awak lagi rapat dengan boyfriend dia."

Dhuha terus menghadap depan. "Awak pun sama. Semua nak salahkan saya. Yelah saya jahat. Saya tak faham sebab saya takde boyfriend. Saya takkan faham sampai bila-bila sebab sampai bila-bila pun saya takkan jumpa orang nak kahwin dengan saya dan akan hidup membujang sampai ke tua kemudian mati sorang-sorang. Nasib baik awak ni stranger kalau tak saya dah marah awak dan suruh awak keluar dari kereta ni lepastu saya drive balik rumah tinggalkan awak kat tepi jalan sorang-sorang macam apa yang Kadeen buat dekat saya tadi."

"Tapi ni kereta saya."

"Nasiblah." Dhuha menyandarkan kepala pada tingkap kereta. Mengenangkan nasibnya yang malang sungguh hari ini. Sepatutnya dia tolak pelawaan Kadeen untuk menghabiskan hari sabtu yang indah untuk tidur ini dengan menerangkan situasi yang tak seserius mana pun sebenarnya. Manusia dan gosip mereka. Letih.

"Pakai seatbelt, Dhuha." Aqib bersuara sambil membuka laci didepan Dhuha.

"Tak nak."

Aqib mencari-cari benda di dalam laci sambil fokus memandu. "Carikkan kad Touch n' Go sekejap." Dari jauh dah nampak bumbung tol tapi kad tak jumpa-jumpa.

"Tak nak."

"Perangai awak ni, gaya macam dah hari-hari naik kereta saya selama 10 tahun." Aqib gelak perlahan. "You should behave like an adult when you said someone not matured enough to handle a relationship earlier."

Dhuha ternampak kad Touch n' Go yang dicari diatas lantai tempatnya. "And you should act like a stranger and not eavesdropping." Dia tunduk mencapai kad itu. "Nah Touch n' Go awak." Dia menghulur.

"Thank you. Wear your seatbelt, ke nak saya tarikkan?"

"Saya kan orang dewasa yang matang. Boleh buat sendiri." Dhuha menarik seatbelt pantas.

Aqib sembunyikan senyum. Itu adalah sangat sarkastik.

Kereta Vios putih itu melepas tol dan Aqib menyambung lagi hujahnya. "Anyway, siapa kata awak takkan kahwin dan mati sorang-sorang?"

"Saya kan jahat, kacau boyfriend orang. Siapa nak dekat saya? Muka pun tak nampak baik macam muka Sarah. Pendek pulak tu sampai orang boleh panggil 'adik'."

"Sedihnya." Aqib memberi komen sepatah.

"Memang. Awak ada girlfriend yang tak pernah kacau boyfriend orang, bermuka baik dan tinggi lampai kan?"

Aqib gelak. "Saya pun takde girlfriend. Saya rasa saya pun takkan kahwin sampai bila-bila lepastu mati sorang-soranng."

"Baguslah. Sekurang-kurangnya saya tak rasa saya sorang je yang malang."

Aqib senyum lagi. "Saya teman awak lah kalau kita dua-dua hidup tua sorang-sorang."

Dhuha tarik senyum. "Great idea. Kita patut mendaftar dekat rumah orang tua-tua dari sekarang."

"Dhuha."

"Hmm?" Dhuha mengeluarkan getah rambut dari beg tangan. Dia mengetap getah rambut itu dengan bibir sambil dia menyisir rambut separas dadanya untuk diikat satu.

"Secara jujurnya awak macam suka dekat Kadeen tu ke tidak?" Aqib bertanya ingin tahu.

"Hak. Huat he hak huke hiye?" Dhuha menjawab dengan bibir yang diketap.

"Hah?"

Dhuha mengambil getah rambut dibibirnya dan diikat pada rambut. "Tak. Buat apa nak suka dia?"

"Mana lah tau. Saja tanya."

******

Hari Isnin menjelang tiba dan Dhuha masuk ke pejabat dengan muka rosak. Siapa suka untuk mulakan kerja hari Isnin? Dia memang tak tergolong.

"Dhuha, marah aku lagi tak?"

Muncul pulak dia ni. Dhuha memandang Kadeen dengan serius. "Taklah marah sangat. Kau dengan Sarah dah ok?"

"Bolehla."

Pfft. "Bolehla je? Penat je mengorbankan hari Sabtu aku." Dhuha terus mengalihkan matanya pada fail di atas meja.

"Berbaloi apa sebab boleh jumpa Aqib."

Zapp. Renjatan elektrik berlaku. "Mana kau kenal Aqib?"

"Dia telefon aku semalam. Dia cakap nama dia Aqib."

"Buat apa dia telefon kau?" Cemas.

"Mintak nombor telefon perempuan nama Dhuha. Lepastu tanya nama penuh Dhuha, aku jawablah Nur Dhuha binti Aziz Muhammad. Lepastu dia cakap terima kasih, aku jawab sama-sama. Lepastu habis."

Masa itu juga Dhuha menyelongkar beg tangan hobo dia yang macam poket Doraemon itu. Penuh barang.

"Ha cepat carik handphone kot-kot dia dah berkenan dekat kau. Lepasni jangan buat ayat takkan kahwin dan mati sorang-sorang dengan aku lagi." Kadeen mengusik.

*****

Puas dia berpusing satu pejabat bertanya siapa ada charger Blackberry. Lepas dah topap takde bateri pulak. Dia dah tau bateri dah habis sejak malam sabtu tapi malas nak charge sebab dia tak ke mana- mana pun. Dia patut heret public phone je senang. Akhirnya jumpa jugak seorang yang pakai charger sama.

Dhuha terus duduk ditempatnya dan cucuk charger itu ke handphone. Ya tahniah ada misscall dan mesej. Eh kenapa mesti ucap tahniah pulak?

Dia check mesej dahulu.

+ Nur Dhuha kenapa mesti nak tutup telefon time macamni ataupun handphone takde bateri?

Dhuha terus membalas,

- Takde bateri sorry.

Sesaat, terus ada mesej baru masuk.

+ Pejabat kat mana?

- Dekat2 dengan rumah je. 15 minit macamtu.

+ Tak tanya pun dekat dengan rumah ke tak.

- Bye-bye Akib/Akip/Arkib/Aqib. Taknak cakap dengan awak dah.

+ Hahaha.

Dhuha meletakkan handphone ke dalam laci dan taknak tengok dah.

*****

Waktu rehat tengahari itu Aqib terus mendail nombor telefon Dhuha yang dari semalam tak berangkat. "Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

"Dah baik dengan Kadeen?" Aqib bertanya sambil menyandar di kerusi pejabatnya.

"Oh Aqib. Dah. Alah tak gaduh pun sebenarnya kan." Dhuha mengepit handphone di leher sambil berjalan membawa mug air panas dan biskut di tangan.

"Habistu tak marah dia tinggalkan kat golf club tu?"

"Aqib kejap eh. Nak letak mug dengan biskut." Dhuha menyambung balik perbualannya selepas selesai. "Alah takpelah dia nak pergi pujuk girlfriend dia lagipun. Dah lepas dah. Kadeen memang macamtu."

"Kenapa tak keluar lunch?"

"Diet."

"Sungguh?"

"Tak. Malas." Dhuha tergelak.

"Agak dah."

"Kenapa telefon ni?"

Aqib menegakkan badan. "Saja tanya pasal Kadeen. Kadeen sekarang kawan baik saya."

Dhuha mencebik. "Ok."

"Malam ni nak jumpa tak?" Aqib mengajak. Berani saja.

"Oh nak tahu perkembangan Kadeen-Sarah lagi? Saya mintakkan nombor telefon Sarah nak?" Dhuha memerli.

"Bye-bye Dhuha. Taknak cakap dengan awak dah. Jumpa malam ni depan rumah." Klik. Talian terus dimatikan.

Dhuha tercengang lepas talian mati. What is happening here?

*******

"Kadeen ejek saya. Dia kata saya nak keluar dengan orang yang akan teman saya sampai tua supaya saya tak mati sorang-sorang nanti." Dhuha bersuara sambil menunggu pesanan makanan sampai.

"Awak ni menarik la." Aqib memuji.

"Saya tau. Ramai orang cakap saya menarik pakai baju kurung yang dah dibawa sehari suntuk ke tempat kerja."

Aqib senyum lagi. "Bukan menarik yang tu lah. Lagipun siapa suruh tak tukar baju."

"Saya baru je sampai bila awak sampai tadi."

"Kenapa awak banyak cakap sangat depan orang yang baru kenal?"

Dhuha menjungkit bahu. "Entah. Dengan awak je kot. Kenapa makanan lambat ni, laparlah."

"Kadeen tau awak jumpa saya ni?"

"Aah. Saya bagitau. Menyesal, sebab sekarang dia galak mengejek."

"Bagus apa ada orang nak teman awak sampai tua. Saya nak je teman awak."

Dhuha mendengus. "Lecehla. Nanti bila ada boyfriend asyik gaduh-gaduh macam Kadeen dengan Sarah."

"Tak semestinya nanti jadi macam Kadeen-Sarah. Boleh je jadi Aqib-Dhuha."

"Yang awak beriya buat teori Aqib-Dhuha ni kenapa?" Dhuha menongkat kepala dengan lengan.

"Macam menariklah. Nak cuba?"

"Cuba apa?"

"Aplikasi teori Aqib-Dhuha?"

Dhuha merenung Aqib lama. Biar benar aku ni.

Pelayan menghantar makanan di hadapan mereka. Dhuha terus menarik pinggan nasi papriknya. "Nantilah fikir dulu."

Aqib menarik pinggan Dhuha ke arahnya. "Tak boleh. Fikir sekarang. Cuba jangan malas sangat."

Dhuha memeluk tubuh. "Lapar ni. Takde tenaga nak berfikir." Padahal dia macam gelisah tak tau nak cakap macam mana. Gila apa dengan orang yang baru kenal dua hari.

"Fikir sekarang." Aqib bertegas.

"Ha bolehlah."

"Bolehla je?"

"Dahtu? Takkan nak jawab tak boleh? Sekarang ni bakal peneman hidup awak sampai ke tua supaya tak mati keseorangan tengah lapar. Boleh bagi balik pinggan saya tak?"

Aqib senyum. "Nah. Susah sangat nak cakap padahal dah tau dah."

"Diam Aqib. Saya taknak cakap dengan awak." Dhuha menjawab sambil senyum juga.




*cerita ringkas je. harap-harap memuaskanlah kalau tak terbaik pun :)
 
Blog Template by Delicious Design Studio