♡assalamualaikum

currently updating First.

Wednesday, April 13, 2011

ADVIDHAQ [32]

Jaja bersila di atas kerusi meja makan sambil menopangkan kepalanya dengan lengan. Komputer riba yang terpasang di depan mata direnung tanpa henti. Kalau matanya ada laser, mesti dah tembus terus ke rumah seberang.

“Jaja…” Nana memanggil perlahan.

“hmm.”

“lapar tak?”

“hmm.”

“nak pergi keluar supper tak?”

“malas.” Jaja menjawab sepatah.

“tapi aku lapar..” Nana merengek lagi.

“sekejap.” Jaja terus bangun dari kerusi dengan langkah longlai masuk kebiliknya.

Nana mengerutkan dahinya. Kenapa dengan Jaja? Macam takde mood je. Nana bangun dari sofa dan menuju ke meja makan. Berniat nak guna komputer riba Jaja sekejap. Sepanjang dia pindah ke KL ni, cuma beberapa kali je dia ada guna komputer. Pelik, dia tak gila internet macam orang lain. Mungkin sebab PSP dah rampas majoriti masa terluang yang dia ada. Pffh.

Microsoft Word terbentang dihadapannya. Jarinya baru nak klik ‘minimize’ tapi matanya dah menangkap huruf-huruf tu dulu.

Pernah suatu ketika aku terfikir

Kalau Tuhan makbulkan apa yang aku ingin

Aku akan

Dapat dia

Dapat cinta dia

Dapat sayang dia

Dapat kahwin dia

Dapat teman dia

Dapat sentuh dia

Dapat….dia

Aku juga akan

Dapat bahagia

Dapat gembira

Dapat kesenangan

Dapat ketenangan

Dia yang aku tahu

Sama dengan dia yang aku mahu

Dia itu

Bagai dia yang aku perlu

Melopong. Tiga saat. Lima saat.

Takkan.. takkan. Jaja pereka grafik, bukan penulis sajak. Jaja cool, tak jiwang. “Jaja.. kau ada pakwe ke?”

“hurm?” Jaja menjawab dari dalam bilik.

Nana menggigit bibir. Ish takkanlah Jaja bercinta tak bagitahu dia. Cepat-cepat dia bangun dari kerusi. Buat-buat macam tak pernah baca.

“kau tanya apa tadi?” Jaja keluar dari bilik siap bertudung.

“takde apa. Eh dah siap? Tunggu aku siap pulak!” dia berjalan pantas ke bilik. Baik dia tak payah tanya apa-apa buat sementara waktu ni. Tapi ada dua baris ayat yang buat fikiran dia berputar-putar tanpa henti.

Dia yang aku tahu

Sama dengan dia yang aku mahu

Nana mengeluh. Dia tak puas hati sebab tak dapat tangkap ayat tu. Dia tak faham. Itulah orang tua-tua suruh baca antologi sasterawan Negara, yang dia asyik baca manual ‘how to improve your game skills’.

******

“Kenapa kita selalu TERserempak?” Ad mengecikkan matanya yang sudah tersedia kecik.

“sebab kita selalu TERpergi tempat yang sama?” Jaja membetulkan tali beg sandang dibahu.

Nana yang berdiri di antara dua orang manusia itu galak memerhati. Ok, lain macam. Mata Jaja macam kena tabur dengan gold dust. Bersinar-sinar kalah bintang dekat langit. Mata Adha pulak… err ok tak nampak sebab kalau dia senyum macam takde bebola mata langsung.

“Nana! Aku dah tau dah!” Adha menjerit tiba-tiba. Gamat mapley tu sekejap.

“tau apa?”

“kau dengan Vid!”

Nana buat muka malas layan. “mana ada aku dengan dia!”

“tipuuuuuu.” Ad gelak besar lagi.

“lepas birthday anak Aree tu aku dah takde jumpa dia langsung ok?” Nana menegaskan.

“iye keeeeeee” Ad galak mengusik.

Nana membulatkan matanya sambil menggigit bibir. Orang cakap betul-betul ni taknak percaya pulak.

Ad rasa seronok gila dapat usik Nana sebab dia tahu, Nana bukan menyampah pun. Entah-entah dalam hati Nana dok melompat kegembiraan sebab dia sebut-sebut nama Vid.

Ad menyakat Nana tak berhenti walaupun masa tengah kunyah makanan. Dari ekor mata Nana dapat tengok reaksi muka Jaja macam tak senang. Ah. Sudah. Pulak dah.

Nana tak bodoh. Dia tau reaksi muka tu. Reaksi muka macam, bila belon bibit-bibit cinta berterbangan dekat udara lepastu ada orang cucuk-cucuk belon cinta bentuk hati yang tengah berterbangan dekat sekeliling dia dengan jarum. Lebih kurang macamtulah perumpamannya.

Dan sekarang ni, dia ialah pemegang jarum yang melenyapkan semua belon-belon cinta tu. Ish! Sepatutnya, dia ialah tukang tiup belon-belon cinta yang terapung dekat sekeliling Jaja supaya belon tu sampai dekat Ad.

Semua salah Ad! Sebab dia yang wujudkan suasana sakat-sakat mesra ni dulu. Kiranya kalau berbalik kepada perumpamaan tadi, watak Ad ialah tukang meletupkan belon cinta. Dia cuma pegang jarum yang tajam, tapi Ad yang buat tindakan memecahkan belon-belon cinta Jaja.

Ahhhhhh apeni aku dah gilaaaaaaa! “ish ish ish!” Jaja menyucuk-nyucuk garpu diatas roti canainya.

“Nana kau kenapa?” Jaja bertanya hairan.

“ntah kau kenapa? Roti canai ada macam muka Vid?” Ad pula menambah.

Nana menongkat dagu dengan muka serius. “korang tau tak, zaman sekarang ni, tak kisah lelaki ke perempuan ke, bila dalam hal cinta semua orang kena bertindak pantas.”

Jaja dan Ad terdiam bila Nana bersyarah tiba-tiba. Tak tahu hujung pangkal tiba-tiba masuk topik cinta.

“lagi-lagi perempuan. Sebab, zaman sekarang perempuan lagi banyak dari lelaki. Dan lelaki yang sikit tu pulak bukan semuanya berguna. Jadi, apabila seseorang perempuan tu dah jumpa seorang lelaki yang dia suka dan baik pulak tu, dia haruslah mengambil langkah seterusnya. Bukan duduk saja macam tunggu durian gugur.”

“tak semua perempuan agresif macam kau.” Ad menyelit.

“sebab semua perempuan tak agresif macam akulah aku cakap macamni. Memendam tu macam ibarat simpan makanan sampai basi kau tau?”

Ad mengherotkan bibirnya. “boleh simpan makanan lama-lama jadi tapai apa?”

Jaja memeluk tubuh. Dia rasa dia patut dengar semua dengan jelas dan simpan dalam memori baik-baik.

“kalau nak jadikan peratus, tapai tu cuma 5% daripada jumlah makanan yang kalau simpan lama-lama boleh makan. Makanan lain semua dah basi. Kira kalau orang pemendam perasaan ni, cuma 5% jela yang akhirnya akan berjaya dapat orang yang dia suka. Lagi 95% semua dah ke laut. Yela cuba fikir logik, kalau kita simpan sorang-sorang takde orang tau, macam mana nak bersama? Betul tak?”

Ad menggaru kepala. “banyak betul perumpaan kau ni Nana. Mendalam sangat ni.”

Nana mengangkat garpunya dan digoyang-goyangkan di depan muka Ad. “kadang-kadang manusia ni lagi senang nak terima perumpamaan dari terima mesej straight forward.”

Ad menyandar di kerusi. “kau ni.. macam nak tujukan kat seseorang je…”

Nana sengih. “takdelah…..” dia menjeling Jaja sekilas. “aku bercakap secara general.”

67 comments:

Cik Nina said...

owg 1st yg komen!!!!!!
yeye...akhirnye tmt sudah penantian selama ni!!!!!
thanx!!!!!!

Miss Kira said...

nana!!! apa lg..brainwash la jaja..
hehehehe
ad..jgn lampi sgt na..

nak viddddddddddddd..rindu sama dia..
ngeh ngeh ngeh..

btw..welcome back cik cucur..=)

amal said...

woohoo~ finallyyy !! betul ! perempuan kene bertindak pantas ;)

tia kirana said...

Welcome back cik cucur!!

Teruja betul bila tgk ada update...

go cik cucur go!!!^_^

izzaty azimi said...

i love u la cik cucur!
x sia-sia tunggu selama ni.. ambik la mase lame mane pon cik cucur, peminat anda akan setia menanti! hehehe

ADVIDHAQ terbaek!!!!

cArBOnAtE S0Da said...

bila da lost this story so nmpaknya, kne recall blik la eps yg lepas2..:)

*yana* said...

wah..lama tunggu..
nsb baik sy x lupa jln citer ni..(^-^)
advidhaq mmg best..

pilot vs said...

tq cucur....luv u....finally ade jugak...hahahha...rindu vid...

srikandi said...

cik cucur...akhirnya...hahaha

umi kalsom said...

nampak je entry ADVIDHAQ, terus tersenyum lebar...
hehehe...

eyie said...

hujan di bumi gersang! akhirnya kluar jugak entry. Thanks (^_^)

Snow_Queen said...

yeay~~~akhirya stelah berabad ade gak en3..tq cik cucur weee~~~

non0t said...

yeayyyyyyyyy...tq cik cucur..
komen dlu x bce lg.,.hehe
pnantian berakhir :)))

Nisa said...

yeaahhh..hepy killer!!!!

Anonymous said...

ya allah at last,welcome back adik cucur ya lamenya akak tunggu n3 ni.suke sangat.

zura asyfar addy rifqhiey said...

mmg da lost cik cucur..btw best giler tgk ade entry baru...smbung2..hehe

Unknown said...

arghhhhhhhhhhhh!! dh bace few times ni!! tp masey lg cair mleleh2...ehehehe..swit sgguh la dorang2 ni..tegnkiu cikcucur..ternyata walopon tlh lame mnyepi..msh x ilang skil swit 2..ehehee

Bulanhijau said...

Hehehe. Jaaa, takkan tak terasa kot ?
Hah, apa lagi. Pegi lah bagi tahu Ad cepattt
xD

haikadove said...

ad is back !! woaaaa~ excited. tak baca lg nie, comment dulu~ hahaha :DD

chinta berdhuri said...

i lap u cik cucur! x sia2 panjat atap ni,akhernye de gak entry baru..windu mereka2 ni... ^_^

MaSin said...

nak Haq!!! haha.. sambung2.. sy tunggu

keSENGALan teserlah.. said...

Jaaaaaa.. jangan pendam-pendam.
tgk nana. perghh. advanced gitu.

ttbe teringat cara nana nak pikat vid.
hahaha.

IniCikGadis said...

selamat kembali cik cucur! Suka nana, tetiba buat syarahan. Mana Vid? rindu gila nie kat vid!

ღpanda_onchairღ said...

haha . kak cucurr ! !
thxx utk n3 advidhaq nihhh ! hahaha
terujaaa ~

haikadove said...

hahaa baik jee nana bagi ayat tersirat kan.
go jaja !! :DD

dyanzjha said...

ahhhhhhhhhhhhhhhhh.............suke2
next n3 plezzzzzzz
:)

Anonymous said...

terima kasih cik cucur...
terima kasih cik cucur...
terima kasih cik cucur...

melting habis bila dpt jmp lg ngn advidhaq~

cik cucur deabakkk!!!!
ADVIDHAQ deabakkk!!!
kipidup cik cucur...readers snggup tnguuu~~~

Anonymous said...

good job nana...ngeh3...akhirnya...cik cucur kembali...cepat sambong yer cik cucur...

••♥shidaradzali♥•• said...

cimun3003 said...

aaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!

mulut, berenti la senyum..pipi dah lenguh!

confirm pasni de orang kata gile dok senyum sorang2!

kommawo cucur! arigato gozaimas!

Shima Awang said...

cucur.. lamanya tunggu.. akhirnya dapat ada jugak kisah advidhaq ni... lepas ni rajin2 tau update n3 yee...:)

Aliaa Aisyah Mohamad Amin said...

asl mcm ak je plh last komen nih...huhu..

AT LAST.....cik cucur publish gak new n3..
hihi..suke..suke..=)

windu gak ngn viddd..!!

zue isma said...

akhirnya ada jugak sambungan..hehehe...

Anonymous said...

cik cucur... poster advidhaq versi heroin xde ke?jaja,nana n sape sorg lg ek?? lupe da lame sgt cite t'gantung...aish, kena bca dr awl blik ni~

Anonymous said...

happy giler... cik cucur dah kembali!!

yonna said...

terbaik.. stelah skian lm n those dissertation da slamat masuk bakul valuation! thanks ya

aisyah said...

Ahaaaaaaaaa... Rindunyer!!!!

Anonymous said...

waaaaaaaaa.... wlcome back cik cucur!!
hahaha... nice... i like~~

farah said...

*MELT* rinduu gila dgn ADVIDHAQ . alaaa kesiannya Jaja, tk tau nk express feeling dia. haha go cik cucur !

DianaTakyuddin said...

ahhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....happyyyyyyy!!

farah said...

i've post something on my blog, do hit it :)
keep all the gud work!

IVORYGINGER said...

Yoo. ada pun sambungan. thanks ya cik writer. Keep up writing. next episode plz. he... ;D

faathah said...

jaja,go tell AD.
you deserve him.
aish.aku pulak lebih2.

cucur,it was a worth long-time waiting for this post.~

Ze_Mhis said...

.............






AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!
Okeh aku suka tak tipu punya. Walau da berjanggut tunggu,tapi puas ati bl dapat baca new entry.

lela said...

dah datang!!!dah datang!!! dia dah datang dengan new n3 wahahahaha....!!!!!! welcome back cik cucur............. tak sia2 pernantian aku ini wahahahha...

Anonymous said...

oleh sbb dh trlampau lama menunggu,saya jd blur. hahahha...btw, it was nice. want to hear more!!!

syaida farhana khaled said...

wah !
mekasih sesangat sambung citer ni !
x sabar sudaa nak tau ending cmne..
heheh
:)

Anonymous said...

aq rs mcm nk mlompat je bila nmpak post baru ni...huwaaaaa,tharu.
sukakaryacucur

iezamaniey ahmad said...

agak2 la kan.. bile nak publish entry ni.. x sabaw da ni..hehe.. :D x sabaw nak baca kisah 3 sahabat.... hehe.. :p

Anonymous said...

thanx cucur!!! =)

Anonymous said...

da habis exam ke kak cucur?

Anonymous said...

thanks cik cucur...
love advidhaq...
love vid more...
huhu

~exarra~

Mrs Adri said...

cik cucur!!!thanks..=)

deesroad said...

wahahaha... aku hepiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

misZsNak (eja asNiza) said...

hahahha...akhirnye...ade lg smbgn cte ni..xsabarnye nk bace lg..huhu..newey..thank cik cucur...wee~

Iman Najjwa said...

hehe...sye budak baru dlm dunia blog..amat2 mngu ketibaan story baru cucuratap..hehe,,best2..suke3..hehehe...keep going...!

miz.nZz said...

pehhhhhhhhhhhhhhhhh.................. lama gila beru dapat baca,,,, rindu gler kat addddddd..........
haq n vid gak.....

go go cucur atap......

rusy said...

lame nyer bru ada n3 bru.ape per p0n trskn p0st n3 bru....

farah azali said...

bila nak update baruu? HAHHA padahal tgh exam, tak sedar2 .

miss nina said...

nana bijak. jaja , digest betul2 apa yg nana bgtau ok :) masa utk bertindak

Aida Shahiera said...

ble nak msk yg bru ni?best la :D

Anonymous said...

rindu la ADVIDHAQ.....

_NIM_

Anonymous said...

cik cucur!!!
xnk smbung dh ke..?
ttggu-tggu ni..
haha

Amira Aleze Sah said...

ala dh hbs ke cite die??? nak tau ape jd ngan jaja n ad lak... smbg la lg cucuratap....

Anonymous said...

cepatttt laaa sambunggg sukeeeee sgt sgt sgt sgt sgt sgt....!!!~~

Anonymous said...

Salam, adik cucur atap, cepatla sambung ye.. release tension kat ofis ni.. suka cerita2 cinta adik..rimatik tapi tak melebih2 mcm sesetengah novel cinta...siap peluk2 bagai..cerita u nice n terjaga =)

Anonymous said...

rinduuuuuu

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio