♡assalamualaikum

currently updating First.

Wednesday, April 13, 2011

ADVIDHAQ [32]

Jaja bersila di atas kerusi meja makan sambil menopangkan kepalanya dengan lengan. Komputer riba yang terpasang di depan mata direnung tanpa henti. Kalau matanya ada laser, mesti dah tembus terus ke rumah seberang.

“Jaja…” Nana memanggil perlahan.

“hmm.”

“lapar tak?”

“hmm.”

“nak pergi keluar supper tak?”

“malas.” Jaja menjawab sepatah.

“tapi aku lapar..” Nana merengek lagi.

“sekejap.” Jaja terus bangun dari kerusi dengan langkah longlai masuk kebiliknya.

Nana mengerutkan dahinya. Kenapa dengan Jaja? Macam takde mood je. Nana bangun dari sofa dan menuju ke meja makan. Berniat nak guna komputer riba Jaja sekejap. Sepanjang dia pindah ke KL ni, cuma beberapa kali je dia ada guna komputer. Pelik, dia tak gila internet macam orang lain. Mungkin sebab PSP dah rampas majoriti masa terluang yang dia ada. Pffh.

Microsoft Word terbentang dihadapannya. Jarinya baru nak klik ‘minimize’ tapi matanya dah menangkap huruf-huruf tu dulu.

Pernah suatu ketika aku terfikir

Kalau Tuhan makbulkan apa yang aku ingin

Aku akan

Dapat dia

Dapat cinta dia

Dapat sayang dia

Dapat kahwin dia

Dapat teman dia

Dapat sentuh dia

Dapat….dia

Aku juga akan

Dapat bahagia

Dapat gembira

Dapat kesenangan

Dapat ketenangan

Dia yang aku tahu

Sama dengan dia yang aku mahu

Dia itu

Bagai dia yang aku perlu

Melopong. Tiga saat. Lima saat.

Takkan.. takkan. Jaja pereka grafik, bukan penulis sajak. Jaja cool, tak jiwang. “Jaja.. kau ada pakwe ke?”

“hurm?” Jaja menjawab dari dalam bilik.

Nana menggigit bibir. Ish takkanlah Jaja bercinta tak bagitahu dia. Cepat-cepat dia bangun dari kerusi. Buat-buat macam tak pernah baca.

“kau tanya apa tadi?” Jaja keluar dari bilik siap bertudung.

“takde apa. Eh dah siap? Tunggu aku siap pulak!” dia berjalan pantas ke bilik. Baik dia tak payah tanya apa-apa buat sementara waktu ni. Tapi ada dua baris ayat yang buat fikiran dia berputar-putar tanpa henti.

Dia yang aku tahu

Sama dengan dia yang aku mahu

Nana mengeluh. Dia tak puas hati sebab tak dapat tangkap ayat tu. Dia tak faham. Itulah orang tua-tua suruh baca antologi sasterawan Negara, yang dia asyik baca manual ‘how to improve your game skills’.

******

“Kenapa kita selalu TERserempak?” Ad mengecikkan matanya yang sudah tersedia kecik.

“sebab kita selalu TERpergi tempat yang sama?” Jaja membetulkan tali beg sandang dibahu.

Nana yang berdiri di antara dua orang manusia itu galak memerhati. Ok, lain macam. Mata Jaja macam kena tabur dengan gold dust. Bersinar-sinar kalah bintang dekat langit. Mata Adha pulak… err ok tak nampak sebab kalau dia senyum macam takde bebola mata langsung.

“Nana! Aku dah tau dah!” Adha menjerit tiba-tiba. Gamat mapley tu sekejap.

“tau apa?”

“kau dengan Vid!”

Nana buat muka malas layan. “mana ada aku dengan dia!”

“tipuuuuuu.” Ad gelak besar lagi.

“lepas birthday anak Aree tu aku dah takde jumpa dia langsung ok?” Nana menegaskan.

“iye keeeeeee” Ad galak mengusik.

Nana membulatkan matanya sambil menggigit bibir. Orang cakap betul-betul ni taknak percaya pulak.

Ad rasa seronok gila dapat usik Nana sebab dia tahu, Nana bukan menyampah pun. Entah-entah dalam hati Nana dok melompat kegembiraan sebab dia sebut-sebut nama Vid.

Ad menyakat Nana tak berhenti walaupun masa tengah kunyah makanan. Dari ekor mata Nana dapat tengok reaksi muka Jaja macam tak senang. Ah. Sudah. Pulak dah.

Nana tak bodoh. Dia tau reaksi muka tu. Reaksi muka macam, bila belon bibit-bibit cinta berterbangan dekat udara lepastu ada orang cucuk-cucuk belon cinta bentuk hati yang tengah berterbangan dekat sekeliling dia dengan jarum. Lebih kurang macamtulah perumpamannya.

Dan sekarang ni, dia ialah pemegang jarum yang melenyapkan semua belon-belon cinta tu. Ish! Sepatutnya, dia ialah tukang tiup belon-belon cinta yang terapung dekat sekeliling Jaja supaya belon tu sampai dekat Ad.

Semua salah Ad! Sebab dia yang wujudkan suasana sakat-sakat mesra ni dulu. Kiranya kalau berbalik kepada perumpamaan tadi, watak Ad ialah tukang meletupkan belon cinta. Dia cuma pegang jarum yang tajam, tapi Ad yang buat tindakan memecahkan belon-belon cinta Jaja.

Ahhhhhh apeni aku dah gilaaaaaaa! “ish ish ish!” Jaja menyucuk-nyucuk garpu diatas roti canainya.

“Nana kau kenapa?” Jaja bertanya hairan.

“ntah kau kenapa? Roti canai ada macam muka Vid?” Ad pula menambah.

Nana menongkat dagu dengan muka serius. “korang tau tak, zaman sekarang ni, tak kisah lelaki ke perempuan ke, bila dalam hal cinta semua orang kena bertindak pantas.”

Jaja dan Ad terdiam bila Nana bersyarah tiba-tiba. Tak tahu hujung pangkal tiba-tiba masuk topik cinta.

“lagi-lagi perempuan. Sebab, zaman sekarang perempuan lagi banyak dari lelaki. Dan lelaki yang sikit tu pulak bukan semuanya berguna. Jadi, apabila seseorang perempuan tu dah jumpa seorang lelaki yang dia suka dan baik pulak tu, dia haruslah mengambil langkah seterusnya. Bukan duduk saja macam tunggu durian gugur.”

“tak semua perempuan agresif macam kau.” Ad menyelit.

“sebab semua perempuan tak agresif macam akulah aku cakap macamni. Memendam tu macam ibarat simpan makanan sampai basi kau tau?”

Ad mengherotkan bibirnya. “boleh simpan makanan lama-lama jadi tapai apa?”

Jaja memeluk tubuh. Dia rasa dia patut dengar semua dengan jelas dan simpan dalam memori baik-baik.

“kalau nak jadikan peratus, tapai tu cuma 5% daripada jumlah makanan yang kalau simpan lama-lama boleh makan. Makanan lain semua dah basi. Kira kalau orang pemendam perasaan ni, cuma 5% jela yang akhirnya akan berjaya dapat orang yang dia suka. Lagi 95% semua dah ke laut. Yela cuba fikir logik, kalau kita simpan sorang-sorang takde orang tau, macam mana nak bersama? Betul tak?”

Ad menggaru kepala. “banyak betul perumpaan kau ni Nana. Mendalam sangat ni.”

Nana mengangkat garpunya dan digoyang-goyangkan di depan muka Ad. “kadang-kadang manusia ni lagi senang nak terima perumpamaan dari terima mesej straight forward.”

Ad menyandar di kerusi. “kau ni.. macam nak tujukan kat seseorang je…”

Nana sengih. “takdelah…..” dia menjeling Jaja sekilas. “aku bercakap secara general.”

Tuesday, April 12, 2011

update pantas

final draft thesis- dah hantar

project- 3 stages all completed


not much things to do dah lepasni (please la tiada kesibukan lagi -_-) kecuali :

1) viva for thesis
2) presentation for law
3) 2 final exam paper (ow yeah 2 paper je jangan dengki)


oleh itu,
SILA BERHARAP DIRI INI AKAN RAJIN MENAIP SEMULA
(sebab dah janji taknak buat cerita tergantung tapi semangat tak datang2)


ok dah. nak habiskan update dengan pantas sebab nak berfoya-foya. bwahaha. padahal sebenarnya belum merdeka lagi.


oh ye. hai awak follower baru :) selamat datang ke blog yang suram ini. diharap awak tidak berharap untuk cerita terbaru sebab mungkin awak akan kecewa. sob T_T


dan haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii awak awak sekalian yang setia :) terima kasih. ye terima kasih sahaja. u know me well that i cant put my feelings into words and i'm bad in expressing things that i wanna say kan kan? cewah. bye.




 
Blog Template by Delicious Design Studio