♡assalamualaikum

currently updating First.

Tuesday, January 18, 2011

kadang-kadang aku sinis juga (ini bukan novel)

[entry ini sungguh dipenuhi dengan elemen-elemen tidak penting dan sususan penceritaan huru-hara. nanti bila dah hujung kata menyesal baca jangan salahkan orang tak ingatkan.]

tiba-tiba janggal apabila screen laptop tayang kotak untuk tulis entry baru sebab dah lama tak ber-blog. aku bukan lagi blogger. apatah lagi blogger tegar. memang tidaklah. blogger popular? memang haramjadah langsung tidaklah.

semua tak terjaga. blog terbiar, chatbox penuh dengan nama matsalleh entah magic datang dari mana promote link sendiri dan bisnesman.

aku juga dah lama tak baca novel online. sungguh la sangat lama. blog siapa yang tengah hangat sekarang ye? novel apa yang tengah ramai follow ye? (jawablah kalau senang).

secara jujurnya, aku dah tak reti karang cerita. aku cuba bersila depan laptop, buka otak luas-luas dan biarkan idea mengarut datang, tapi tiada hasil. LANGSUNG TIADA.

sedih. kecewa. tutup ms word. terus ber-youtube.

duduk dalam kelas law cuba untuk berangan supaya aku tak lena, tapi tak berhasil juga.

duduk dalam bas perjalanan balik ke rumah hanya termenung takpun tidur. takpun membebel dalam hati apabila orang yang duduk dekat seat belakang pakai selendang ada loceng dihujung dok bunyi kaching-kaching-kaching. tolong jangan pakai yang itu. tolong jangan. kalau terserempak dengan aku, kalau nasib baik mungkin aku jeling sahaja. nasib tak baik, mungkin waktu itu aku mood tak elok, mungkin aku sound sahaja dengan kasar. tampar? oh tak aku tak sentuh orang yang aku tak kenal.

aku kalau naik kenderaan awam, aku tak suka orang tak berhemah dan orang berlebih-lebihan. aku sebagai orang awam berhak rasa kurang senang kan? itu tak dikira jaga tepi kain orang kan?

pernah sekali aku nampak orang pakai hairband serius saiz BESAR gila dalam lrt dan aku mula berkata dalam hati "kau pikir kau Blair Waldorf?" maksud aku besar disini memang betul-betul besar. oh dan aku jumpa ini sebelum trend orang di Malaysia tiru macam Korea lagi. belum, masa ni belum tersebar lagi. belum wujud lagi orang pakai ribbon atas selendang.

orang kata, penulis selalu peka dengan sekeliling. observant gila. jadi apabila dia dah tenung orang dan sekeliling, dia dapat idealah. aku tak macamtu. aku jalan menonong. aku buat semua benda menonong. kalau tanya aku 'eh kau ingat tak lagi dia tu masa matriks dulu selalu makan kat kafe dengan awek dia?'. jawapan aku 'tak. tak pernah perasan pun.' aku memandu dari petaling jaya ke kuala lumpur, aku tak ingat macam mana aku boleh sampai. yang dekat pun aku tak ingat, apatah lagi dari johor ke kuala lumpur. macam magic eh eh dah sampai rumah.

aku cuma peka apabila aku rasa tak senang. contoh macam selendang loceng dan hairband gedabak dalam lrt.

ah ni nanti ada yang tak senang hati dengan aku bila aku cakap pasal fesyen ni. aku bukan benci, aku cuma kurang senang pada waktu itu. mungkin malang sebab waktu tu aku penat dan kau berfesyen macam-macam terus buat aku rasa annoying. cuba kalau kau tak macamtu mesti aku tak pernah tau pun kau wujud.

baiklah kembali pada perkara asal, aku nak cakap pasal observe kan tadi. ha aku rasa sebab perangai aku yang terlalu menonong ni la aku takde idea nak menulis dah kot. memang la aku sibuk tapi bila waktu aku senggang pun aku dah tak boleh menulis dah.

kita dah tak reti lah awak :'( *manja*

HAHA SEPAK AKU SEKARANG TOLONGLAH

dok komplen orang annoying sekarang aku yang berperangai bukan-bukan. haha. takdelah aku cuma nak sampaikan yang aku betul-betul dah kurang skill. nak kata takde skill langsung tipulah sekarang boleh je menaip kan.

dah abaikan ekspresi manja fake itu. itu cuma novel.

kadang-kadang aku pun terasa nak on ym dan kita berborak-borak seronok. tapi yang selalunya jadi ialah perbualan mesti berbaur peribadi dan terus jadi bosan dan suram. cuba keluarkan topik macam 'eh cucur kau tengok tak dream high episod 5 dorang nyanyi lagu sonyushidae lawak gila kan taecyon?'. tak pun, 'kau tak rasa nak tercabut jantung ke tengok grey's anatomy haritu torres preg mark's child doooo!'. tak pun, 'aku dah ulang baca Breaking Dawn tujuh belas kali, kau berapa kali ha?'. takpun, 'semalam aku mimpi makan meatball ikea. pernah makan situ tak? lepastu harini aku mimpi makan nasi ayam penyet pulak. kau tau tak kat mana sedap?'

kan seronok kalau macamtu.
nama apa? nak facebook? nak nombor telefon? tinggal kat mana? -_-'' terus terbantut perbualan.


em dahla tu je nak bebel. kering idea sudah. tengok, buat entry tak penting pun takde idea. dan aku juga tidak ramah tamah. kalau tukarkan entry ni jadi perbualan, mungkin makan masa seminggu juga baru habis sebab aku bukan talkative orangnya.

maafkan saya, saya tak sambung novel.
maafkan saya, semuanya ditinggalkan sekerat jalan.
maafkan saya, awak semua kurang senang. saya faham.
maafkan saya, kalau saya buat sesuatu yang tidak elok.

kalau tanya bila nak sambung semula saya akan jawab tak tahu.

sorry *nada tegas, bukan comel*
 
Blog Template by Delicious Design Studio