♡assalamualaikum

currently updating First.

Monday, May 17, 2010

Kamu Indah yang dah tak indah -_-'

Reza memberhentikan keretanya dihadapan sebuah rumah teres dua tingkat. Dup..dap. berdebar-debar ni. Kereta ni saja park betul-betul depan pagar, yela kalau kena halau kejap lagi cepat sikit dia boleh cabut.
Ehem! Ehem! Testing suara. “Assalamualaikum.”
Takde jawapan.
“Assalamualaikum.” Lagi sekali salam diberi.
Pintu rumah tiba-tiba dibuka luas. Seorang lelaki 50-an keluar dengan t-shirt dan kain pelekat. Encik Kahar.
Gulp. Reza telan air liur. “Assalamualaikum arr..” Ayah? Ke pakcik? “Ayah.”
“kau nak apa datang sini?” kasar pertanyaan itu.
“nak jumpa ayah dengan ibu.” Reza mengukir senyum. Kasi tenang diri la kononnya.
“ayah dengan ibu kau tak tinggal sini. Pergi balik.” Lelaki tua itu terus berpaling kebelakang.
“ayah! Ayah! Reza nak cakap sekejap je, yah.” Beria-ria Reza menggoncang pagar besi separas bahunya itu. ish! Bukak la pagar ni!
Wajah seorang perempuan tua pula terjengah dari muka pintu. “Reza! Awak kenapa tak kasi dia masuk?”
Lelaki tua itu buat tak endah dan terus masuk ke dalam rumah.
Ah sudah!! Reza meraup rambutnya kebelakang. Macam mana nak cakap kalau macam ni?
“masuk Reza, masuk. Biarkan ayah tu.”perempuan itu membukakan pagar untuknya.
“ibu, Reza nak cakap sikit pasal..”
“eh, masukla dalam rumah dulu.” perempuan tua itu memintas.
Reza mengintai keadaan dalam rumah. Takpelah, karang berasap lagi bekas ayah mertua dia. “takpelah bu. Kita cakap kat luar pun takpe je.”
“kalau macamtu Reza duduk dulu, ibu buatkan air.”
“ehh.. takpe. Takpe bu. Ibu duduklah sini.” Reza menunjukkan kerusi taman dihadapannya. Sempat dia menjeling kedalam rumah lagi sekali. Ayah masih duduk senyap diruang tamu.
“Reza nak cakap apa?” lembut Puan Hamisah itu bertanya.
“hmm. Julia.. Julia ada balik sini?”
Perempuan itu menggeleng sayu.
“dia ada telefon?”
“sekali. Masa mula-mula kamu bercerai. Dia kata nak pergi jauh tenangkan fikiran.”
Reza merapatkan tangannya keatas meja taman yang cantik berukir. Macam mana nak susun mukadimah ni? tak reti. Sungguh dia tak reti.
“ibu dengan ayah marah Reza?”
Bekas ibu mertuanya melihat ruang tamu didalam rumah. “ayah macamtula.. ibu.. ibu entah. Ibu taktau nak cakap marah ke apa. Julia hilang, Reza hilang. Ibu jadi kabur.”
“Reza mintak maaf bu. Reza.. tak tau nak buat apa masa tu.”
“apa yang jadi Reza?”
Hah! Nafasnya tersekat tiba-tiba. Soalan yang buat dia terjerut tak boleh bernafas. Tapi dah agak, apa lagi yang akan ditanya selain sebab? Kan?
“kamu bergaduh teruk sangat ke?”
“tak, bu. Kami berpisah cara baik.”
“kalau tak gaduh, macam mana boleh berpisah pulak?” perempuan tua itu makin bingung.
Reza memandang muka perempuan dihadapannya. Sayu. Sedih. Mengharap. “Reza.. Reza bukan taknak cakap kenapa, bu. Reza rasa, baik Julia yang terangkan sendiri bila dia dah muncul nanti. Lagipun, tak patut kalau Reza yang bercakap sorang-sorang. Ini masalah kami dua orang.”
Hmmph. Keluhan berat keluar dari mulut Puan Hamisah. Dah seorang muncul, tapi taknak cakap jugak. Entah apa-apa ntah alasan diorang ni. Sengaja nak buat main kahwin-kahwin ke? macam budak-budak tak cukup umur? Padahal masing-masing dah besar, tinggi macam galah. Haish. Tak faham!
“Reza nak mintak maaf bu. Betul-betul mintak maaf. Reza bukan suka-suka nak buat anak ibu macam tu. Langsung takde niat. Betul. Masa Reza datang cakap dengan ayah yang Reza nak jaga dia, memang betul-betul Reza nak jaga dia. Reza pun tak sangka jadi macam ni.”
“takpelah kalau macamtu. Dah takde jodoh. Tapi ibu harap sangat yang masalah kamu ni boleh selesai selain daripada berpisah.”
“Reza mintak maaf bu.”
“Ibu faham, ibu faham.”
Keadaan sunyi sepi. Reza dah mati akal nak bercakap apa lagi. Aib Julia perlu ditutup, dan kebenaran dia perlu ditegakkan. Ha, macam mana? Dia dah taktau nak buat ayat selamat macam mana lagi dah. Silap sikit, nanti habis terbongkar semua.
Takkan dia nak cakap dengan ibu yang anaknya tak normal? Tu memang saja nak buat orang tua dapat heart attack la tu namanya. Ibu dah la sebaik-baik perempuan yang dia kenal. Takkan nak tambah kecewa dia lagi pada anak sendiri? Tak. Tak sanggup. Kalau ye pun ibu tau benda betul, bukan dari mulut dia.
Nasib baik ibu faham. Tak tekan dia sangat. Tapi Encik Kahar yang dekat dalam tu yang buat dia jadi kecut. “ibu, agak-agak, ayah nak tak cakap dengan Reza sekejap?”
Humph. “ayah tengah panas tu Reza. Takpelah, nanti ibu cuba cakap dengan dia baik-baik. Kalau dia mau dengar la. Kalau tak, terpaksa la Reza mengadap marah dia nanti.”
Reza kesal. Dia tahu, ayah memang sayang sangat dekat Julia. Masa dia mula-mula nak dekat Julia dulu pun, macam-macam janji dia tabur dekat ayah. Tapi tu lah, bukan dia yang mungkir janji.
“takpelah bu. Terima kasih nak dengar apa Reza cakap. Nanti bila-bila, Reza datang lagi jenguk ibu dengan ayah.”
“yelah. Kalau Reza ada jumpa Julia kat mana-mana, tolong pesan ibu dengan ayah nak dia balik.”
“InsyaAllah. Reza balik dulu. Assalamualaikum.”

****
“awak ni kenapa buat Reza macam tu? dia datang baik-baik je nak bercakap.” Puan Hamisah terus menyerang suaminya bila Reza dah berlalu dengan keretanya.
“saya tak suka dia.”
“kenapa pulak nak tak suka dia? dulu kan awak kata Reza tu bagus, baik.”
“tu dulu. sekarang awak tak nampak ke apa dia dah buat dekat kita? Anak kita? Keluarga kita?”
“tak baik hukum dia macam tu. kita taktau lagi siapa salah siapa betul.”
“hah! Apa yang dia dah cakap dekat awak yang buat awak jadi baik sangat ni?”
“dia tak cakap apa. Dia kata, tunggu Julia sendiri bagitau. Dia datang nak mintak maaf.”
“macam tu la manusia. Senang je. Kalau dah salah, mintak maaf. Lepastu, bila-bila boleh buat salah lagi.”
“suka hati awaklah. Gaya awak bercakap tu, macamla awak tu bukan manusia, tak pernah mintak maaf bila buat salah.” Puan Hamisah terus bangun meninggalkan ruang tamu itu. Buat habis air liur je cakap dengan orang yang tengah marah ni.
*****
Indah memandang siling atas. Kosong. Cuma ada papan lapis. Kipas berdiri disebelah cuma dipasang dengan angka 2. Tapi dia dah rasa cukup sejuk.
Patut ke tak aku balik KL?
Pilihan pertama, tak payah balik. Dua bulan lepas, aku punyala nekad tinggalkan rumah terus pergi Puduraya. Takkan la senang-senang je nak patah balik KL? Baik tak payah lari dari awal macam tu. Aku bahagia tinggal sini. Dekat sini aku jadi ‘Norsiah’, dekat sini aku jadi ‘Indah’. Hmm. Rasa nak tergelak sendiri. Norsiah yang konon-kononnya bini Reza. Free-free je aku menikah!
Dekat sini aku pergi surau pagi-pagi buta, kenal tali air, boleh jalan dekat bendang sorang-sorang, masak setiap hari daripada sarapan ke makan malam, pakai kain batik sambil tengok filem klasik.. haih. Memang sedepa la kalau nak senarai semua benda baru yang aku dah buat. Tapi dalam banyak-banyak, cuba teka apa yang aku paling suka? Benda yang aku hargai, yang aku rasa seronok, yang buat otak aku lega setiap kali. Dapat tangkap apa dia? Nek Ngah dengan Reza la. Apa lagi.
Nek Ngah macam orang tua paling cool yang aku pernah jumpa. Ya betul, dia memang klasik gila. Peribahasa yang dia guna dalam ayat dia hari-hari macam dah boleh binding buat buku. Tapi tak terasa pun menyampah dengan semua tu. Suka lagi ada.
Tapi sekarang dah sunyi sikit. Reza dah tak ada. Dah takde orang yang buat dia dengan Nek Ngah terjerit-jerit sakan kena sakat. Dah takde orang yang buat kerja gila main teng-teng lewat petang, atau buat kuiz teka ulam sebelum dinner. Eleh, berlagak je mamat tu. Entah-entah dia pun tak hafal nama ulam. Saja la tu, buat modal nak pekena orang.
Pilhan kedua pulak, balik KL. Ya! Balik! Keputusan nak balik ke tidak ni bukan boleh buat main-main macam nak jawab soalan objektif subjek Sejarah. Kalau mata pensil tu jatuh dekat bulatan ‘A’, ha, ‘A’ la jawapan yang kita tanda. Senang takpayah fikir-fikir. Untung nasib betul. Kalau tak, salah la. Ala, satu jawapan tak kena yang lain belum tentu tak kena jugak kan?
Sekarang tak boleh macam tu. Kena fikir betul-betul. Apa kesan kalau balik KL nanti? Satu, kena balik kolej balik. Dua, kena mengadap mummy dengan daddy. Tiga, kena tekan dengan semua orang. Mesti semua nak tanya, ‘Erinne, mana kau lesap 2 bulan?’. Oh! Nama! Dah tentu dia kena jadi Erinne balik. Erinne yang pakai jeans, bukan kain batik. Erinne yang rambutnya di blow setiap hari, bukan berikat satu macam ekor kuda. Erinne yang akan berkepit dengan Bee dan Amoi, tak kira matahari terik atau bulan mengambang.
Apa khabar budak dua orang tu eh? happy ke aku takde? Macam mana la Amoi yang lembik tu nak hidup? Hmm. Takpe. Bee kan ada dengan dia. Bee ada, sure dia boleh hidup punyala. Zack pun ada.
Tiba-tiba Indah menggeleng kepalanya.
Heh. Apala aku ni. Perasan je diorang tu tak boleh hidup aku tak ada. Nak risau lebih pulak.
Balik ke… Tak balik?
Ugh. Otak aku stuck!!
Nak tinggalkan Bagan Serai, sayang. Tapi kalau stay lama lagi, aku sunyi.
Reza…
Aku terasa sangat bila Reza tak ada. Rasa macam masa mula-mula aku nak lari dulu.. masa aku rasa ada benda yang hilang. Missing piece…
Eh!
Indah menggaru-garu dahinya macam tengah fikir masalah Negara. Biar betul..biar benar? Dia rasa macam tak percaya dengan apa yang otak dia sendiri baru terfikir.
Missing piece aku….. Reza????
Indah terus menegakkan badannya. Aku lari.. aku jumpa Reza. Aku happy.. lepas aku jumpa Reza. Aku sedih.. bila Reza balik. Aku sunyi.. bila Reza dah tak ada.
Reza ajar aku praktikal sembahyang hari pertama aku jejak sini. Reza panggil aku Iris hari terakhir sebelum dia balik.
Iris.. kekuatan dan harapan.
Aku.. kan? Reza maksudkan aku la Iris dia, kan?
Dulu, Reza pernah cakap, yang dia pun rasa macam ‘tak cukup’. He’s missing something, yet he doesn’t know what it is.
Eh..sekejap..sekejap… rasa macam ada sesuatu yang ajaib pulak yang menerjah otaknya.
Indah rasa nak menepuk-nepuk dahinya kuat-kuat. Lembab! Lampi! Banyak sangat makan kepala ikan ke hape?!
“Indah! Kau tu missing piece dia jugak la!!” tak sedar dia bercakap kuat. Ahh!! Tak kisah la nak cakap dia perasan macam masuk bakul angkat sendiri ke hape, tapi memang itu yang dia rasa.
Nek Ngah berlari-lari anak menuju ke bilik Indah. Mengigau ke? Dia menyelak langsir yang menutup daun pintu yang terbuka. Kelihatan Indah tengah tercengang-cengang duduk diatas katil.
“Indah? Kenapa ni?”
Indah mengalih pandang pada Nek Ngah yang bererut-kerut di muka pintu. Hmm. Serius! Nekad!
“Indah nak balik KL, Nek Ngah. Boleh kan?”
Nek Ngah tersenyap seketika sebelum menarik sengih. Indah…Indah.











baiklah tujuannya aku mengepost entry ini adalah aku fedup dengan cara penulisan aku dan jalan cerita aku untuk Kamu Indah. dalam kepala otak aku cuma ada dua benda, BUAT BALIK SEMULA DARI BAB 1 atau BERENTI JELAH. no sambung-sambung, no edit-edit.

aku perlukan komen, aku perlukan kritikan sebab aku rasa sungguh loser. (-_-)'

aku rasa sampai ke tua aku takkan ada manuskrip. oh oh oh~

oh jgn campur adukkan ni dengan ADVIDHAQ ye, ADVIDHAQ lain.

42 comments:

saadiah~~ said...

aaaa...serius,rindu giler kot kat reza n indah..
eh ccuratap,jgn rrr berenti..sambung jer rrr.ok what from 1st episod smpi skrg..
kalo dicetak cite nih, sy snggup tunggu..seriously..tp please, jgn wat cite nih tergantung k..

ZErni ZeRn said...

berusahaaaa...
jgn fed up...
i like this entry...
truskannn..plzz..
tp btter abeskan advidhaq dlu..
x de serabut nnti..=)))\
chaiy0o0o0kkkkkkkkk

Anonymous said...

salam...
xpe la klu xde idea nk wat cite indah tu...
smbung advidhaq dulu la...
hehehe...
lama dah tunggu advidhaq...:)

Anonymous said...

plz smbg jer dis story. ive been waiting long enough lah...............plz ... nak reza ngan indah.....

hanis501

Anonymous said...

Kwn sy pernah cakap 'selesaikan apa yg dah kita mulakan'. u r not a loser, buktinya ramai yg sk karya awk..kan?kan?kan?..hehe.. buat slow2,siapkan cite satu2..lgpun deorg termasuk sy tgh enjoy layan advidhaq. mana tau dh siap advihaq dtg idea yg mencurah2..kan? smuanya kt tgn kite...hehe..juz my opinion..

Miss Kira said...

ala.. jgn la mulakan balek..
Kira rsa ok aja cita ni..

lgpun dah rindu sgt dgn indah..
tq ya sbb post entry bru..

:)

Cik Ulat Buku said...

cucur, pe kata lupakan pasal manuskrip. tulis macam biasa. untuk diri you and share dengan readers. bila dah settle kamu indah, and then tengok balik cerita tu, yang mana boleh tambah-tambah la, yang mana perlu baiki, cik cucur baiki, and then hantar as manuskrip.

maybe 'manuskrip', 'novel' dan 'pasaran yang lebih besar' serta 'apa kata orang nanti?' buat cik cucur pressure dan tak dapat menulis macam biasa. sebab macam ada something yang control kita.

so just be yourself. just let it be normal ;)

RATU BULAN NOVELIS said...

cik cucuratap,

apa kata peram dulu... maybe skg tak de idea. InsyAllah idea itu akan datang nanti tp jgnlah peram sampai setahun... hehe

nak tulis manuskrip mmg bukannye senang, kene kuat semangat. saya ambik masa dua tahun tuk benar2 bersedia tulis manuskrip lengkap.

awak ada cerita yang unik. gaya tulisan yang unik. jgn sia-siakan bakat tu. so, jgn berhenti menulis cerita tu. kalau rasa nak rombak dari bab satu, mulakan dari awal.

jgn putus asa ya ^_^

DianaTakyuddin said...

no berenti r...kalu rse nk wat dr bab 1 pon ok jer...hihi

maybe, lme x smbg tu yg rse cm ssh nk smbg kot..btw, jgn r jauh sgt dr line asl klau nk wat dr bab1 blik...
gambare cucuratap!!!!

pAngGiL aKu i-cAh said...

best2..dah lama xde entry ni..rinduuu ngan indah, reza, n nek ngah..hahahhaha

pAngGiL aKu i-cAh said...

best...hahaha rindu gler ngan indah,reza n nek ngah..hehehe

Hasmunirah said...

jgn la stop... citer ni best aper..

Aly said...

sambung la cucur..
sambung dgn bab2 yg baru antara reza n indah ^_^
kisah diorg yg nak bercinta..malu tp mahu xD

Anonymous said...

salam...
sape kat cni yg knl pmilik blog ni...
http://geemus.blogspot.com/
klu knl minta tlg pmilik blog ni invite sy
kat blog dia...
austrinus_piscis@yahoo.com
tma ksh...

Zierwa Zainal said...

rndu ngan reza n indah ni..huhu

aisyah said...

hai2 cik cucur...
xtau nk ckp pe tp i like sume ur story kat cni..
mayb u just rse pressure nk siapkn 'kamu indah' sbb ade yg da risik2 nk jdkn novel...but i guess u shud take 1 step at a tym...klu u rse xde idea nk wat cte ni, just restkn kejap dlm pc...sbb cte ni feel dia lain sket, more serious dr yg len...ske bce the other side of urs...hehe...finiss ape yg bole...klu ade rezeki kamu indah jd novel, sure kteorg lari2 gi beli...hahaha...keh bebel da panjang...all da best!

MaY_LiN said...

sis..
follow ur heart

aira said...

do watever u feel da best..yg pnting jgn stop..u continue..i'll read it..u start from 1..i'll wait..u nk buku kn..i'll buy..haha..yg pnting..do not stop..sbb..sy sgt suke reza..haha

~ZYX~ said...

jgn berenti la cik cucur...sambung je..cite ni best...

Anonymous said...

salam cucur.
hai...jujurnya saya sgt suke semua crita yg awak tulis.x de satu pun karya awk yg ade dlm blog ni yg sy x baca.sy happy baca.sy enjoy hasil karya awak.so kenapa awk nk give up?? teruskn menulis kamu indah and advidhaq also.take time.buat satu2 dulu.yg penting jgn stop ye cucur.mekacih sgt2. =)

aFaiSh said...

tQ~ 4 new n3 =)

shijuka said...

kedepan cik bunge cucuratap,,

same here. err cik ulat tu betul kot. sbb dlm kepala dah ade peekataan manuskrip tu. kite lebih nk fikir ape market ckp n bile mase nk siap. instead bnd yg ptt keluar. so gua best suggest kite take up bdk2 underground dulu2 mcm butter,7colar,koffin,the official bla blaa as a benchmark. they got their songs written with out being realised what's the market gonna say. jual ep sepah2 entah sape2 je nk beli kan. die tatau market, tp very much honest dgn the mood bile main lagu dorg sndiri.

u got ur things there. so put aside perkataan manuskrip tu, n get set go. btw gua pun dulu beria2 nk mula lgkh, bile diterima gua pulak stuck. tapi lu untung, dah ade empayar kat sini. they are waiting for u to come up dgn ur thing. unlike me, kire mcm band baru nk cari fans. dan band baru nk cari rhyme utk lagu ni. but once im done with the songs, gua pretty much nk ppl kat lua tu enjoy the moment they go flip the muka surat. sama mcm gua enjoy rewind2 kaset2 dulu tu.

maka, all the best ya :DD

shijuka said...

err..hehehh gua cakap banyak ke? delete saje then

Anonymous said...

cik cucur, jangan berhentikan cerita neh. buat balik dari bab1 pun dah kira okey..
dont give up, cik cucur!

Unknown said...

waaaa...akirnye ada n3 kamu indah! dh la pnjg..wah! epinye sy! hehehe...dorg stil lg swit! (^.^)

em..cik cucur..jgn la stop kamu indah ni..=( & x yah la pk sgt psl manuskrip 2..mgkin sbb pk psl manuskrip 2 buat cik cucur jd x de mood nk mnulis..jgn la d stop cite ni eh? kalu rse x de mood nk smbung n rse buat dr awl lg bek..proceed jela g2..asalkn jgn stop sbb sy percaye..ramai yg ske cite ni.n cite2 len cik cucur..huhuhu...


all de best 2 u & i'll b waiting 4 de new n3..x kire la cite pe pom..sume sy ske! (^_^)

keSENGALan teserlah.. said...

aku taw nothing about this manuskrip or whatsover..
but cite kau oke..
cara penulisan kau unik..
cara sendiri..
idea pun best..

cume maybe kau tgh stuck sbb gaya kamu indah agak berat berbanding cite cite kau yg lain yg agak santai..

tp aku rasa boleh je kau nk wat cite kamu indah cite yg santai..
jgn berat2 sngat sbb tuh bukan cucuratap.!

just buat kamu indah macam kau buat cite2 yg lain.jgn pikir berat..nnt mmg takkan terkeluar hapee pun..

kau CUCURATAP yg cite cite nye sgt sempoi,make everybody smile,make our day..

Marlina Salleh said...

eh2.
xyah la brenti..penat2 dh wt skerat..
just slow n steady..
habeskan advidhaq dulu pon xpa..
ok??
just jgn brenti ja..
plishhhh
:)))

iejay Zakaria said...

oh adikku,

i know your feeling... kalau tak larat, put aside la dulu kamu indah... buat apa yg rasa senang nak dibuat dan jangan stress-stress na... one day the dream will come true, cuma kena kasi kuatkan semangat dan tekadkan hati... jangan main je lebih... eclipse tu lambat lagi start tayangannya... hahaha..

BTW org dah propose the general idea utk compile the story to the kakak editor and dia kata ok je.. nampak unik... jadi proceed la cepat2... kitakan nak pencen dah... hahaha...plus org tak sabar nak minta signiture cucuratap ni...

faizah said...

I just want to say .... keep up the good work!!!Keep moving forward! I like all your ceritas here, very the good, in fact the best!

syima said...

cik cucur..huhu
sambung la..
jln cerita kamu indah tu cukup indah...
rasa cam tgk filem lak dlm otak ni..
cuma maybe ada missing piece,
but please..don't stop..
you really have it in there

zarith said...

cucur cantek... no tensi2 la...
slow2.. mybe skang ko rasa fedup sbb stress kot.. keep it up..grab ur dream lorh.. slow2 pn tape.. yg pnting jgn give-up.. chayok2...

Unknown said...

go go cik cucur..
u can do it..
slow n steady ok?

chaiyok2!

Nor Syazatie said...

sye ske crita nie.. jgan benti wat cter nie.. advidhaq pown sye ske.. janagn wat cter tergantung... x ksah lah nak smbong mnew2 lu.. tp jgan wat tergantung je...
** sye ske sngat citer nyh...!!!!***

TAN-te said...

akhirnya.... sambung gak citer ni

Anonymous said...

salam...
byk2 cite...cite ni paling best...
kalu boleh abiskan cepat cite ni...
pastu tulis balik dr chapter 1...

kamu indah - cite tentang perubahan paradigma...sebab tu cite ni best...
bukan cinta biasa..

Farah Shamsudin said...

hurm,, cik cucur..
cuba hold dulu cite Kamu Indah,
nnti bila ada idea, bru smbung..
xyah buat balik dri awal,, sbb mmg da best da..
ok, All The Best.

Anonymous said...

saya tunggu sambungannya ya cik cucur...

moonchild said...

cik cucur...
jangan benti...sambung jer..best giler cite nih dr awal sampai skrg..xyah wat manuskrip la...wat cam bese jer...sume cite2 awak mmg best giler2..lagi best2 dr byk novelist len yg berada di pasaran..slalu novelist best 1/2 novel jer..pastu sure hampeh...tp awak tak...awak nye sume best tahap gaban...sy asyik senyum2 jer depan pc nih...huhu

miss nina said...

cik cucur,


kamu boleh teruskan menulis atau berhenti, semuanya terpulang kepada kamu.meminjam kata2 hikmah:if you put your mind to it you can accomplish it

jangan paksa diri kamu. apapun, harapan pembaca merupakan dorongan untuk kamu terus berkarya.

bak kata moonchild, bila baca hasil penulisan awak, terasa agak rugi jika tidak habiskannya sehingga episod terakhir :)

munn ;) said...

hye , takyah stop la. cter nh superb jeh~ move on je

umi kalsom said...

kehadapan cik cucur =)

awak sgt berbakat, bakat kurniaan ILAHI, InsyaALLAH...
usaha dan terus berusaha, supaya awak pun rasa puas dan org lain pun puas.
semuanya terpulang pada kehendak diri sendiri..

tapi, apa-apa pun, no tension2 juz be c00l..=)

sYaFaRiNa said...

Cik Cucuratap,

Saya dah ikuti e-novel ni dari 2009.
it was the sweetest masterpiece..
bukan senang nak menulis...
kami sebagai pembaca hanya boleh memberi pandangan dan dorongan sahaja.
Teruskan berkarya, we will always wait for it.

Ikhlas dari
reena

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio