♡assalamualaikum

currently updating First.

Monday, May 24, 2010

ADVIDHAQ [30]

“Abang, pergi panggil adik-adik kat luar tu! suruh masuk!” Cik Jah mengarah sambil meggoyang-goyangkan sudip ditangan.

Dia meninggalkan siri animasi Transfomers itu sebentar. Dengan seluar pendek tidur itu, dia bergerak dari pintu rumah teres itu. Kelihatan 3 orang budak perempuan sedang bersila di atas jalan tar.

“Syuda, Pika, bangun. Kotorlah.” Dia menarik tangan kedua-dua adiknya.

“Alah, orang tengah masak ni!” Syuhada, adik yang paling suka melawan.

Dia pandang di atas tar, selonggok bunga kertas bermacam-macam warna dah hancur. “tak boleh duduk atas jalan, kotor.”

“Abang ni, sibuk jelah…” Syafiqah membantah perlahan. “kesian Nana..”

Dia masih tak melepaskan kedua-dua tangan adiknya. Syuda di sebelah kanan, Pika disebelah kiri.

“Abang, kita tak main habis lagilah!” budak yang masih bersila itu bersuara kuat. “orang nak masak, kacau! Manede kotor. Kita tak main tanah.” Mentang-mentang keluarga orang tu panggil dia ‘Abang’, dia pun ikut sekali guna nama panggilan itu.

“jom.” dia buat taktau dengan budak perempuan itu dan terus menarik tangan adik-adiknya.

“taknak balik! Taknak balik!” Syuda membentak kasar.

“dah nak senja.”

Tiba-tiba terasa bajunya ditarik dari belakang. Dia pusing, memandang Nana yang selekeh dengan rambut terburai.

“Abang taknak bawak kita balik jugak ke?” selamba Nana meminta.

“pergilah balik.”

“ala nak Abang pegang tangan macam Syuda dengan Pika.”

“diamlah.”

“ala,ala,ala,ala… nak jugak! Nak jugak!”

“eeh! pergilah!”

“Abang!”

“Farhanaconda!”

Budak perempuan itu terus berdiri kaku.


Vid membawa tangan menindih dahinya. Dia tersenyum dengan siling diatas kepala. Farhana, macam-macam.

******

Jaja sengih meleret. Nana kelihatan khusyuk dengan PSP di tangan. Pintu bilik yang dah terkuak sedikit itu ditolak luas.

Nana memandangnya dengan jelingan sepintas.

Jaja sengih lagi. Punggungnya dilabuhkan di atas lantai berhadapan dengan tilam tanpa katil milik Nana.

“Na..” Jaja menegur perlahan dengan senyum nakal.

“apa?” mata masih pada skrin. Tekken Dark Resurrection diberi perhatian sepenuhnya.

“aku nak tau cerita kau dengan Vid! Sekarang! Sekarang!”

Ugh! Nana mendengus. Karang aku kasi tendangan maut macam Hwoarang karang naya je Jaja ni. kot ye pun berlapik la sikit.

“ala letak jelah PSP tu kat tepi. Kalau muka Jin Kazama pun dah jadik macam Vid, baik kau pandang aku. Cepat-cepat cerita cepat!”

Jaja ni aku karate macam Marshall Law baru tau. Wataaaaa!!!

“cepatlah!” Jaja merampas PSP itu.

“taknaklah malu!”

Hahahaha. Jaja tergelak besar. “sejak bila pandai malu?”

“tak boleh ke kau kasi aku ketenangan sikit Ja?”

“tak boleh! Macam mana kau kenal mak dia? macam mana kau boleh tak perasan Vid tu orang yang kau kenal?”

“bekas jiran. Sebelah rumah.”

“gilaaaaaaaaaaaa lah jodohhhhhhhh”

Pap! Nana menampar pipi Jaja. “diam.”

Heeeee. “kau nak malu apa sangat? orait lah tu. mak mertua dah kenal.”

“Jaja!”

“ok. ok. aku behave.” Jaja menekup mulutnya.

“malu gila. malu gila. malu gila……! tau tak, masa kecik-kecik dulu aku suka dia jugak! Dah besar-besar ni aku suka dia jugak! Dahla aku yang suka dia, bukan dia yang suka aku! maunya tak malu! Arrrrrrrr.. mana nak tanam muka aku ni..”

Jaja tergelak besar. Nana, dari kecik lagi dah suka orang, determined habis.

“malunya aku! dahla dulu aku yang macam terhegeh-hegeh kat dia. ye la kan, aku kecik lagi, mana la tau malu, tau segan. masa tu aku darjah satu, dia darjah lima. Nasib baik lepastu dia blah masuk asrama, aku blah balik Penang. Kau tau, masa tu aku gila hentak-hentak kaki taknak pindah. 3 hari 3 malam aku mengamuk kat ayah aku. Sampai sanggup nak tinggal dengan Cik Jah je, taknak ikut mak bapak sendiri. Ugh.. bodohnya…”

“lepastu ayah dengan mak kau ikat kau dengan tali ke nak pindah Penang tu?”

“tak. Mamat tu la pujuk aku. Dia kata tak baik tinggal mak ayah, nanti Tuhan marah.”

“oh. oh. Memang lelaki budiman.”

“kan? Lepastu macam dah besar sikit, aku dah tak ingat dah la benda-benda merepek ni.”

“aah lepastu bila dah besar banyak, jejak-jejak kaki kat KL je terus sambung balik benda merepek masa kecik tu.” seronok Jaja mengenakan kawannya.

“janganla Ja! Aku malu.” Nana terus menutup mukanya dengan bantal. Apa dah takde lelaki lain ke kat Malaysia ni? balik-balik orang itu jugak yang aku melekat. Duh, payah.

*******

“kau rugi BESAR punya!” Haq terus melulu mendekati Ad di ruang tamu.

“oh ada benda menarik ke?” Ad bertanya selamba. Dia memang dah tak dapat pergi majlis tadi sebab ada kerja.

“ok. Meh aku bagitau benda yang menarik mengikut ranking. Nombor lima, Aree mengamuk aku kasi hadiah scale ruler kat anak dia.” Haq terbayang tadi bila dia bagi Aree hadiah tak berbalut itu. Scale ruler Faber-Castel dengan sarung PVC hitam. Sikit lagi berdarah mata dia bila Aree baling scale ruler itu ke arahnya. Haha mengamuk sakan.

Scale ruler? “apeke bijak kau nih! Apa budak setahun nak buat dengan benda tu?”

Haha. “ok, ok. perkara keempat, Rai pregnant.”

“iye?” Ad riak tak percaya. “the vogie the vast mom-to-be lah dia.”

“ketiga, aku datang dengan Mira.”

“dia dah tau kau nak kahwin dengan dia?”

“belum. Nantilah. Ok, perkara kedua, Vid datang bawak Nana dengan Jaja. Gila lah, Vid buat move!”

“agak gila jugak la. aku dah excited dengan benda yang menarik ranking pertama.”

Hehe. “kau ingat Farhanaconda? Kawan Vid masa kecik-kecik? Yang dia pernah cerita tu?”

“aaaaaaa.” Ad menelengkan kepala ke kiri. “ingat kot. Kenapa?”

“oh. dia tulah Nana.”

“serious?”

“deadly serious.” Haq mengangguk.

“gila lahhhhh. Kawan-kawan aku nak kahwin dah! Masing-masing dah jumpa jodoh.” Ad tersenyum meleret.

“kau punya Aksara?”

“dia dah balas e-mail aku dah. Dah kawan dah.”

“iye?”

“aah. Balas-balas e-mail sudah, gelak-gelak sudah, senyum-senyum sorang sudah.”

“gila angau.” Haq meninggalkan Ad seorang di ruang tamu. Boleh jadi gila duduk lama-lama dengan orang gila angau ni.

*****

Bila mana dada terasa melantun-lantun,
Aku tau jantung itu duduk selamat di dalam sangkar tulang rusuk.
Aku tau aku masih hidup dengan sihat,
Berdiri di atas bumi dengan selamat.
Syukur ya Tuhan.
Bila mana aku tahu aku masih ada degupan,
Aku tahu di mana aku sekarang
Di alam nyata, bukan sedang terapung entah ke mana.
Walaupun serasa itulah keadaannya
Dia bawa aku terbang tanpa enjin, tanpa belanja
Dia beri aku bahagia tanpa jumpa, tanpa suara
Dia cuma berikan aku ayat-ayatnya dengan percuma
Tanpa mukadimah, tanpa bunga, tanpa lengkap tatabahasanya, tanpa sempurna
Cukup itu
Aku boleh suka, boleh bahagia, dengan semua ‘tanpa’
Mengapa?
Maaf, aku tidak tahu
Percayalah, setiap kali dada aku melantun kuat begitu sekali
Setiap kali itu aku bertanya pada diri sendiri.
Tidak jumpa
Tidak tahu
Tiba-tiba aku risau.
Jantung itu boleh luruhkan? Boleh jatuhkah? Boleh terkeluar dari sangkar rusukkah?
Oh. aku seram dengan diri sendiri.


Jaja menarik tangkai cermin matanya dan diletak diatas meja. Mata terasa letih. Dia merenung MSword dengan latar putih itu lagi sekali.

Apa jari aku dah buat tadi?

Dia menggeleng, tak percaya. Betul seram. Apa yang ditaip pun tak sedar.. otak kau kemana sebenarnya Jaja?

Friday, May 21, 2010

ADVIDHAQ [29]

Jaja berdiri dekat dengan meja hidangan. Dilihat semua orang sedang bergembira, bergelak ketawa. Tiba-tiba dia senyum sendiri. Dia pun sedang gembira juga. Kadang-kadang diawangan, kadang-kadang baru turun menjejak tanah bumi.

Handphone di poket seluar dikeluarkan. Nokia hitan itu di-slide keatas. Yahoo! Mail menunjukkan tanda offline. Ibu jarinya menekan ‘select’. Folder yang berisi e-mail messages itu menyenaraikan mesej e-mail yang di-check sejak semalam. Mesej pertama dibuka.

Saya ada satu carpet terbang. Sure I can save you. Bila awak dah melayang-layang kena tiup angin, saya boleh grab tangan awak then letak atas carpet. I’m less gatal than Superman kan? Dia grab pinggang orang untuk bawak orang terbang. Wherever you are, awan ke, laut ke, banjaran ke, I’ll come to save you with my flying carpet. Lagipun I don’t care about krypton. Ah of course, with some dose of ‘rasa hati yang ikhlas’.

Jaja senyum meleret. What is ‘rasa hati yang ikhlas’ la Ad? Masih itu juga hatinya bertanya walaupun dah ulang baca e-mail tu.. errr.. 8 kali?

“sengih…sengih..”

Jaja menoleh pada gerangan yang menegur. Matanya menyapa Haq yang elok bersandarkan pada dinding di sebelahnya.

Handphone di-slide kebawah dan disimpan ke dalam poket seluar. “sedekah.”

“sedekah dengan skrin mati buat apa?” Haq makin galak mengusik.

“suka hati.” Jaja bercekak pinggang sambil memasukkan secubit cupcake ke dalam mulut.

“sedih tak Ad takde?”

Mulut Jaja terasa kembung dengan angin yang melantun keluar dari saluran tekak. Mulut ditekup. Mau terbang serpihan kek dalam mulut dia macam dandelion kena tiup karang. Lekas-lekas dia menelan. “huk!” dia melepaskan batuk sekali. Nasib sedak yang boleh dikawal. “oh, dia takde eh? tak perasan pulak.”

Haq mencebik. “orang sibuk nak naik pangkat.”

“ow.” Jaja meneguk air dari gelas plastik. Dia perasan mata Haq yang melekat di wajahnya tak berkelip. “apsal?”

“aku tak faham apa yang Ad tak nampak dekat kau.”

“adakah aku gorgeous gila tahap itu?”

“loyar buruk!” spontan Haq menyentuhkan bucu gelasnya ke kepala Jaja.

“eyyy!”

“sorry, aku dah biasa ketuk kepala Rai dengan Aree. Sorry. Sorry.”

“nahhh. Benda kecik.” Jaja tergelak perlahan.

“boleh buat lagi la kan?”

“Haq!!” terjerit Jaja dibuatnya.

Tanpa sedar ada mata yang melihat dari sofa di hujung ruang tamu. Mira rasa tak sedap perut tiba-tiba. Makan banyak sangat atau side effect dari tindakan matanya yang melihat aksi ramah-mesra-manja? Gila. Dia meletakkan pinggan kertas berisi Ayamas drumet ke meja depan. The first option, confirm.

******

Terasa bergegar rumah itu tiba-tiba. Vid yang sedang menuang air masak di dapur berasa hairan.

“apsal kat depan tu?” Haq yang sedang mengorek ais dalam fridge bertanya. Gila buat macam rumah sendiri.

“sama ada mak aku dah sampai….”

“….atau memang mak kau dah betul-betul sampai?” Haq memotong ayat Vid. Yakin. Dia menjengah kepalanya ke depan. “Cik Jahhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” langsung dia berdesup menghilang.

Vid geleng kepala. Air masak di minum perlahan.

*****

“Ya Allah Farhana!!!!!!!!!!!! Bertuah! Kat sini dia!!!” erat Cik Jah menggenggam bahu anak dara di hadapannya.

“Cik Jah!!!! Macam mana boleh sampai kat sini?????????”

Nah! Kecoh jadiknya!

“ni ha Arissa ni kawan Abang! Ya Allah senyap-senyap je dia kerja KL ye? Langsung haram tak singgah ke rumah!” Cik Jah melepuk lengan Nana perlahan.

Nana sengih lebar. “Tak sempat la Cik. Kita kerja setiap hari.”

“lahhhh dah jumpa Abang la ni kiranya?? Alahai buat susah je Cik Jah memikir nak kasi jumpa!”

Ha? “Mana la kita kenal lagi muka Abang, Cik. Ala lagipun buat apa je nak jumpa dia? baik kita jumpa Cik Jah!” Nana masih tak habis dengan sisa tawanya. Gembira campur terkejut jumpa Cik Jah dekat tengah-tengah birthday anak orang ni.

“alah awak tu dekat KL takde sedara-mara. Kot ada Abang, boleh tengok-tengokkan.” Cik Jah tarik sengih panjang. Manis budak ni, fikirnya. Ramah masih macam dulu. Ini yang dia suka, macam anak sendiri. “meh-meh Cik Jah kasi jumpa. Kita ni dah bukak majlis sendiri pulak dah.” Kejap Cik Jah memegang pergelangan Nana, menariknya ke dalam.

“Arissa!!! Mananya mama Adni ni??” lantang suara Cik Jah sebaik sahaja dia masuk ke runag tamu.

Kecoh!

“sini Cik Jah!” Aree mengesat peluhnya ke sisi blouse. Dari tadi ke sana ke mari melayan tetamu.

“assalamualaikum..” Cik Jah menarik Aree ke dalam pelukannya. Kedua-dua pipi ditemukan.

“waalaikumsalam. Pakcik mana Cik Jah?”

“ada tu dekat laman. Ah!” Cik Jah menyentuh pelipisnya seolah terlupa sesuatu. Nana disebelah ditarik. “ini dulu jiran lama Cik Jah. Kawan kamu ye Arissa?”

Nana dan Aree sama-sama gelak. “ini mula-mula kawan anak teruna Cik Jah tu la. Aree pun baru kenal.”

Nana terdiam.

Cik Jah muka tak faham. “eh katanya tadi kamu tak kenal Abang, Farhana?”

Eh.. eh. Kejap. Kejap. Kejap. Nana rasa otaknya seakan cramp. Tak dapat nak berfikir. Ha? ha? apakah? Siapa? Siapa?

“Ya Allah!!!!!!!!!!!!!!!” jeritan Haq menarik perhatian semua orang. “engkau! Engkau!” rasa nak gugur jantung ke lantai bila mendengar tutur kara Cik Jah sebentar tadi. Terus ligat otaknya me-rewind segala kisah dahulu kala yang Vid pernah cerita.

“kamu ni kenapa ni Zarul?” Cik Jah bercekak pinggang. Dah la kepala aku dah pening, dia tambahkan lagi dengan jeritan tiba-tiba.

Haq menghalakan jari telunjuknya pada Nana. “ini… ini… Ya Allah.. Ya Tuhan…”

“apa ni? apa ni?” Rai yang entah muncul dari mana mencelah.

“dia ni!” Haq merapati Nana.

“kenapa dengan dia?” Cik Jah, Aree dan Rai seakan sepakat bersuara serentak.

“Vid!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Haq menjerit lantang. “Vid!!! Kau punya Farhanaconda!!!!!”

Nana terasa kepalanya ringan. Mahu rebah ke lantai sekarang juga. Jaja, mana kau?

*******

Vid masih di dapur. Buat tak tau je dengan hingar-bingar di depan. Gelas yang diguna, dibasuh di singki. Ketika itulah rasa nak retak gelas di tangan bila namanya dijerit kuat.

“Vid!!! Kau punya Farhanaconda!!!!!!”

Sekali lagi jeritan itu didengar. Ah dah sudah mak ni datang ber-escort pulak ke?

Dia menyambung basuhan gelasnya. Buat tak tau saja. Tak penting.

Elok sahaja gelas itu diletak pada rak pengering, terasa lengannya diseret kasar. “ehhh!!!” Vid menoleh. Mak dia. “ehhh mak, mak, tak payahla tarik Abang macamni…”

Cik Jah tak peduli. Dibawanya Vid ke ruang tamu. Semua orang statik sahaja di tempat masing-masing. Pelik.

Vid dihempas ke atas sofa. Terduduk dia disitu. “kenapa?” selamba dia bertanya pada muka-muka yang mengelilinginya.

Aree, Rai, Jaja, Haq memeluk tubuh. Ok, dah macam conference apa je.

Vid pandang ke sebelah. Rupa-rupanya ada makhluk lain di sofa berangkai dua ni. Dilihat Nana bermuka ketat. Lengannya ditongkat pada lengan sofa dan tapak tangan mendarat di atas dahi. Dah macam muka bermasalah pulak dia ni.

“Nana ni kenapa?” Vid dengan muka selambanya bertanya pada Aree yang berdiri di tepinya.
Diam.

“kenapa ni mak?”

Cik Jah memejam mata beberapa saat. Ya Allah anakku. “Abang!!”

“iye?”

“betul ni Abang tak kenal Farhana ni?” Cik Jah melontar soalan lagi sekali.

“eh kenal. Kawan Abang la ni.” jujur. Betul lah kan? Tapi apsal muka semua orang macam tak dapat terima?

“Abang, pandang dia sekarang.” Cik Jah mengarah.

Vid menurut. Kepalanya dikalih ke kanan.

Nana dah rasa nak demam. Malu! Malu! Malu! Tak ke malu berkilo-kilo kalau kau dari kecik sampai ke besar mengejar orang yang sama? Ahhhhhhhhh!!! Malu! Mana nak tau kan? Takkan nak buat kesimpulan yang Syahid jiran masa kecik adalah Syahid si engineer kerja dekat tower KLCC? Gila. Betul-betul gila. Gila.. insane.. crazy.. insanely crazy.. eh ada ke?

“ha? tak kenal? Muka dia tak macam Farhana anak Makcik Naimah?” Cik Jah menyoal lagi.

“owwhhh.” Mulut Vid membentuk ‘o’.

Haq meraup mukanya. “Ya Allah, aku yang sakit hati tengok reaction kau Vid.”

“habistu?” Vid bertanya lagi.

“aku dah kira macam nak bersiap-sedia nak call ambulance kot-kot kau terkejut sampai tak boleh bernafas.” Aree menjawab.

“takpun paling kurang kau cakapla macam ni, ‘lahhhh yeke????? OMG!’..” Rai berkata siap buat lakonan sekali.

Vid terdiam. Terkejut, memanglah terkejut. Tapi.. “kau dramatik sangat, Rai.”

Jaja menggeleng-geleng. Betullah, dia ni memang sangat kayu.

Cik Jah sekadar senyap. Tak tahu nak komen apa tentang anak sulung dia sorang ni. “Farhana? Kamu okey ke?”

“okey, Cik. Okey.” Dia mengangguk perlahan. Dia memandang Vid sekilas. Kebetulan, mata redup itu juga memandangnya. Boleh jadi gila aku macamni! Dia bangun dari sofa tersebut sambil mengheret tangan Jaja ke tepi. “jom balik. Jom balik sebelum aku commit suicide.”

Monday, May 17, 2010

ADVIDHAQ [28]

“elok-elokla pegang kotak tu. Tergolek nanti.” Haq memandang Mira disebelah yang sedang memegang kotak besar berisi cupcakes.

“elok-elokla ni.” Mira mengerutkan kening. Pintu kereta ditutup dengan sebelah tangan. “hadiah awak dah beli ke?”

Pap! Haq menepuk dahinya. “Allah! Lupa!”

Mira menggeleng-geleng. “kan dah ingatkan dah kelmarin..”

“aduh..” Haq menekan-nekan atas topi besbol nya. “semalam pergi site..lepastu lupa! Kalau cupcake awak tu wakil saya punya hadiah sekali tak boleh ke?”

“nanti mesti kawan awak kata awak kedekut. Ini birthday first anak dia tau.” Mira sekadar memesan 30 biji cupcake itu di kedai bakery bila Haq ajak dia pergi birthday party anak kawan dia sejak minggu lepas.

Haq menukar gear. Handbreak diturunkan. “apa nak bagi eh…” dia memikir-mikir. Dalam kereta aku ni ada apa? Tiba-tiba dia tarik sengih. “ha! tak payah belilah..”

“awak nak bagi apa?”

“adelah.”

******

Nana terkocoh-kocoh menyarung kasut sementara tangan kanan memegang Tupperware. “cepatla Ja! Ish macam mana boleh lupa ni!”

“isk sabar!” Jaja pula baru menyarung stoking sebelah. Terhenjut-henjut dia bergerak ke pintu.

“kunci pintu cepat.” Bila Vid hantar mesej ajak dia pergi birthday party, laju je jari reply ‘ok’. Tapi bila dah sampai harinya, terbabas buat taik mata!

Jaja mengambil kunci pintu dari dinding. Cekap dia memulas anak kunci ke dalam lubangnya. “done!” Lidah kasut Conversenya ditarik-tarik.

Nana berlari ke arah tangga. Agak-agak aku nak melungsur ikut pemegang tangga ni senonoh tak? Isk.

Jaja mengepin tudung pada bahunya. Gila tak menyempat! Dua-dua bajet hari cuti kan, bangun nak time-time matahari tegak atas kepala jek.

Pak! Serentak pintu depan dan pintu belakang Camry putih itu dibuka. “sorry Vid!” dah macam budak tadika dah cakap sorry serentak ni.

Vid cuma tarik sengih. Tangannya direhatkan atas stering. “dah? Ada benda tingal?”

Nana menggeleng.

“kita gerak eh? oh by the way, good to see you today.”

Beberapa saat, handphone di dalam handbag Nana berbunyi menandakan mesej masuk. Jaja?

Dia boleh tunggu kita sejam dan masih cool- 10 markah
Dia cakap good to see you today- 90 markah
Total – 100%. Aku cadangkan kau pergi masuk meminang dia sekarang.


Nana melipat tengkuknya memandang bahagian penumpang belakang. GI-LA. bibirnya digerakkan tanpa suara.

Jaja tergelak. Cepat-cepat dia menekup mulut bila tersedar yang perbualan ini hanya untuk 2 daripada 3 orang manusia dalam kereta ni.

“saya nak singgah Jusco. Tak beli hadiah lagi.” Vid berkata perlahan.

Nana berpaling ke sebelah. Dia melihat rambut Vid yang menyentuh dahi dan atas telinga, jatuh kepada cermin mata half-frame coklat gelap, kemudian melarat pada button baseball t-shirt berwarna cinnamon. Oh. Oh.

“Na?” Vid menegur bila soalannya tak dilayan.

Jaja yang duduk dibelakang rasa nak memanjangkan tangan menghentak dahi Nana ke dashboard. Hoi tak reti nak cover la budak nih!

“ala tak kisah je. Kan awak yang bawak kereta.” Nana menyengih. Dang!! Berpijaklah di atas bumi yang nyata, Nana.

*****

“ni?” Vid menunjukkan set kereta Tamiya.

“budak setahun tak pandai pasang-pasang benda ni lagi la.” Nana menjawab.

“ni?” replika bola ragbi sebesar tapak tangan diangkat.

“perempuan tak main ragbi. Belilah set masak-masak!”

Vid geleng. “bersepah.”

Nana mengangkat patung Elmo yang boleh bercakap. “ni!”

“macam Chucky.”

“apa pulak macam Chucky-nya! Takdelah! ni ha, boleh joget-joget lagi benda ni. Macam seronok hape. Boleh buat kawan jugak benda ni. Lagipun ni mainan Sesame Street, mesti tahan lama. Lepastu benda ni besar, takde komponen kecik-kecik, budak tak masuk kot mulut. Lepastu kalau sepah kat lantai, benda ni besar.. takkan tersepak punya. Pastu kan dia banyak bulu-bulu ni.. takdelah kalau jatuh kat tangan ke, kat kaki ke terus lebam. Buat jadi bolster time nak tidur pun boleh jugak. Plus bonus, Elmo comel, semua orang kenal Elmo. Boleh buat hiasan rumah. Tapi taktaula saya kalau awak tak pernah tengok Sesame Street.”

Hahahahahaha! Jaja tergelak kuat di belakang mereka berdua.

Vid dan Nana memandang Jaja serentak.

“errr.. takde apa. Takde apa.” Jaja menggerakkan tapak tangannya ke kiri dan ke kanan. Rolling on floor laughing aku dibuatnya. Tengok muka Vid kena ambush dengan Nana tadi, macam budak taktau dia buat silap apa pastu kena bebel dengan opah. Terpinga-pinga. Dol, kelakarlah.

“ok.” Vid terus mengambil patung Elmo itu dari atas rak dan bergerak ke kaunter bayaran. Lepas bayar dia terus pergi ke kaunter untuk membalut hadiah. Rasa jari macam cramp sekejap bila nak tulis kad untuk dilekat atas kotak hadiah. Apa ke dia nama penuh anak Aree ni?

Nana dan Jaja masih setia menemani disebelah.

Vid mengeluarkan handphone dari dalam poket. “Haq, pekedia nama anak Aree ni?” Vid terus bertanya bila talian disambungkan.

“ha-ha. Kelakarnya soalan. Aku pun taktau la.” Haq gelak berdekah-dekah.

“rasa-rasa Ad tau tak? Dia terbang ke?”

“entah katil dia tak kemas maknanya dia kat Subang la kot. Kau macam harap je dia nak ingat. Pergila tanya Rai.”

“nanti Rai kecoh.”

“ha tanya la mak dia sendiri.”

Vid mematikan talian. Dia mendail nombor Aree pula. “Aree, anak kau nama penuh apa?”

“eeeeeeeeeeeehhhhhhhhhhhhhh teruknya kauuuuuuuuuuuuu!!!!!! Takde perasaan betul tanya aku macamtuuuuuuu!!!!!!”

Vid berkerut kening. Lah, tak boleh ke?

****

Rumah Aree dah meriah dengan manusia apabila Vid, Nana dan Jaja sampai.

“ingatkan sesat.”Haq mengejek.

“pergi singgah beli ni ha.” Vid menunjukkan kotak berbalut dengan kertas berwarna pink ditangan.

“oh, girlish-nya?” Haq menegur warna pembalut hadiah itu.

“diorang tu.” Vid menunjuk Nana dan Jaja di satu sudut.

Vid bersalam pula dengan tetamu lelaki yang lain. Ada muka yang tak dikenali, tapi ada juga muka yang dah lama tak jumpa macam Luth.

“abang kau dah ada baby?” Vid bertanya pada Haq bila ternampak Luth yang sibuk mendukung bayi ber-skirt kuning air.

“kau ni memang la tak bermasyarakat. Aku dah 7 bulan jadi ‘ayah Haq’ kot. Comel tak anak buah aku? Hasya.”

“oh.” Vid mengeluarkan nada tak berperasaannya. “aku nak pergi bagi hadiah la. Tadi Aree dah mengamuk aku tak ingat nama penuh anak dia.”

“Adni binti Adzrel Iskandar.” Selamba Haq menjawab.

“tadi kata taktau?”

“aku baru nampak tadi tengok nama dia atas kek. Haha.”

*****

Rai dan Aree berdiri tegak di satu sudut. Khusyuk mereka merenung sesuatu.

“itu ke? betul ke?” Aree bertanya.

Rai menjongket bahu. “entah. Taktau. Tu orang bawah aku tu.” matanya masih tak melepaskan apa yang dilihat dihadapan mata dari tadi.

Aree tarik sengih. “kalau ye ok jugak kan?”

Senyap. Mereka berdua leka memerhatikan Mira yang dari tadi mengagah-agah Hasya di atas permaidani.

“aku taktaula dia tu..nampak macam baik.. tapi..” Rai tak menghabiskan ayatnya. Kalau baik kenapa nak curik idea magazine orang lain?

“apa dia ni? gossip eh?” Nisrin tiba-tiba mencelah dengan piring buah ditangan. Mengintai apetah diorang ni.

Aree menarik lengan Nisrin. “tengok tu, Nisrin.”

“anak Nisrin lah. Kenapa?” muka tak faham.

Rai menarik nafas. “perempuan tu. Haq bawak dia datang.”

Oh.. Nisrin menyumbat oren Sunkist ke mulut. “my sister-in-law ke tu kiranya?”

Rai dan Aree dua-dua menjongket bahu tanda tak tahu. Haq tu, bukan dia nak cerita! Bikin saspen je.

******

Mira tergelak-gelak mengagah bayi dihadapannya. Comel. Semua orang kerumun birthday girl, biar dia je yang kerumun baby sorang ni.

“satu-satu, saya sayang Allah. Dua-dua, saya sayang Rasul. Tiga-tiga, sayang ibu ayah. Satu dua tiga, sayang semuanya…” Mira melagukan lagu itu dengan suara ceria.

Hasya tergelak-gelak suka.

“kalau empat-empat sayang siapa?” satu suara tiba-tiba mencelah. Haq selamba mengangkat Hasya dari atas permaidani.

“err..entah.” Mira menjawab.

“sayang ayah Haq la kan? Kan?” Haq seakan-akan bercakap dengan Hasya dalam dukungannya. Padahal nak pancing orang kat sebelah ni ha.

Mira mencebik. “ye sangat la tu.”

Kamu Indah yang dah tak indah -_-'

Reza memberhentikan keretanya dihadapan sebuah rumah teres dua tingkat. Dup..dap. berdebar-debar ni. Kereta ni saja park betul-betul depan pagar, yela kalau kena halau kejap lagi cepat sikit dia boleh cabut.
Ehem! Ehem! Testing suara. “Assalamualaikum.”
Takde jawapan.
“Assalamualaikum.” Lagi sekali salam diberi.
Pintu rumah tiba-tiba dibuka luas. Seorang lelaki 50-an keluar dengan t-shirt dan kain pelekat. Encik Kahar.
Gulp. Reza telan air liur. “Assalamualaikum arr..” Ayah? Ke pakcik? “Ayah.”
“kau nak apa datang sini?” kasar pertanyaan itu.
“nak jumpa ayah dengan ibu.” Reza mengukir senyum. Kasi tenang diri la kononnya.
“ayah dengan ibu kau tak tinggal sini. Pergi balik.” Lelaki tua itu terus berpaling kebelakang.
“ayah! Ayah! Reza nak cakap sekejap je, yah.” Beria-ria Reza menggoncang pagar besi separas bahunya itu. ish! Bukak la pagar ni!
Wajah seorang perempuan tua pula terjengah dari muka pintu. “Reza! Awak kenapa tak kasi dia masuk?”
Lelaki tua itu buat tak endah dan terus masuk ke dalam rumah.
Ah sudah!! Reza meraup rambutnya kebelakang. Macam mana nak cakap kalau macam ni?
“masuk Reza, masuk. Biarkan ayah tu.”perempuan itu membukakan pagar untuknya.
“ibu, Reza nak cakap sikit pasal..”
“eh, masukla dalam rumah dulu.” perempuan tua itu memintas.
Reza mengintai keadaan dalam rumah. Takpelah, karang berasap lagi bekas ayah mertua dia. “takpelah bu. Kita cakap kat luar pun takpe je.”
“kalau macamtu Reza duduk dulu, ibu buatkan air.”
“ehh.. takpe. Takpe bu. Ibu duduklah sini.” Reza menunjukkan kerusi taman dihadapannya. Sempat dia menjeling kedalam rumah lagi sekali. Ayah masih duduk senyap diruang tamu.
“Reza nak cakap apa?” lembut Puan Hamisah itu bertanya.
“hmm. Julia.. Julia ada balik sini?”
Perempuan itu menggeleng sayu.
“dia ada telefon?”
“sekali. Masa mula-mula kamu bercerai. Dia kata nak pergi jauh tenangkan fikiran.”
Reza merapatkan tangannya keatas meja taman yang cantik berukir. Macam mana nak susun mukadimah ni? tak reti. Sungguh dia tak reti.
“ibu dengan ayah marah Reza?”
Bekas ibu mertuanya melihat ruang tamu didalam rumah. “ayah macamtula.. ibu.. ibu entah. Ibu taktau nak cakap marah ke apa. Julia hilang, Reza hilang. Ibu jadi kabur.”
“Reza mintak maaf bu. Reza.. tak tau nak buat apa masa tu.”
“apa yang jadi Reza?”
Hah! Nafasnya tersekat tiba-tiba. Soalan yang buat dia terjerut tak boleh bernafas. Tapi dah agak, apa lagi yang akan ditanya selain sebab? Kan?
“kamu bergaduh teruk sangat ke?”
“tak, bu. Kami berpisah cara baik.”
“kalau tak gaduh, macam mana boleh berpisah pulak?” perempuan tua itu makin bingung.
Reza memandang muka perempuan dihadapannya. Sayu. Sedih. Mengharap. “Reza.. Reza bukan taknak cakap kenapa, bu. Reza rasa, baik Julia yang terangkan sendiri bila dia dah muncul nanti. Lagipun, tak patut kalau Reza yang bercakap sorang-sorang. Ini masalah kami dua orang.”
Hmmph. Keluhan berat keluar dari mulut Puan Hamisah. Dah seorang muncul, tapi taknak cakap jugak. Entah apa-apa ntah alasan diorang ni. Sengaja nak buat main kahwin-kahwin ke? macam budak-budak tak cukup umur? Padahal masing-masing dah besar, tinggi macam galah. Haish. Tak faham!
“Reza nak mintak maaf bu. Betul-betul mintak maaf. Reza bukan suka-suka nak buat anak ibu macam tu. Langsung takde niat. Betul. Masa Reza datang cakap dengan ayah yang Reza nak jaga dia, memang betul-betul Reza nak jaga dia. Reza pun tak sangka jadi macam ni.”
“takpelah kalau macamtu. Dah takde jodoh. Tapi ibu harap sangat yang masalah kamu ni boleh selesai selain daripada berpisah.”
“Reza mintak maaf bu.”
“Ibu faham, ibu faham.”
Keadaan sunyi sepi. Reza dah mati akal nak bercakap apa lagi. Aib Julia perlu ditutup, dan kebenaran dia perlu ditegakkan. Ha, macam mana? Dia dah taktau nak buat ayat selamat macam mana lagi dah. Silap sikit, nanti habis terbongkar semua.
Takkan dia nak cakap dengan ibu yang anaknya tak normal? Tu memang saja nak buat orang tua dapat heart attack la tu namanya. Ibu dah la sebaik-baik perempuan yang dia kenal. Takkan nak tambah kecewa dia lagi pada anak sendiri? Tak. Tak sanggup. Kalau ye pun ibu tau benda betul, bukan dari mulut dia.
Nasib baik ibu faham. Tak tekan dia sangat. Tapi Encik Kahar yang dekat dalam tu yang buat dia jadi kecut. “ibu, agak-agak, ayah nak tak cakap dengan Reza sekejap?”
Humph. “ayah tengah panas tu Reza. Takpelah, nanti ibu cuba cakap dengan dia baik-baik. Kalau dia mau dengar la. Kalau tak, terpaksa la Reza mengadap marah dia nanti.”
Reza kesal. Dia tahu, ayah memang sayang sangat dekat Julia. Masa dia mula-mula nak dekat Julia dulu pun, macam-macam janji dia tabur dekat ayah. Tapi tu lah, bukan dia yang mungkir janji.
“takpelah bu. Terima kasih nak dengar apa Reza cakap. Nanti bila-bila, Reza datang lagi jenguk ibu dengan ayah.”
“yelah. Kalau Reza ada jumpa Julia kat mana-mana, tolong pesan ibu dengan ayah nak dia balik.”
“InsyaAllah. Reza balik dulu. Assalamualaikum.”

****
“awak ni kenapa buat Reza macam tu? dia datang baik-baik je nak bercakap.” Puan Hamisah terus menyerang suaminya bila Reza dah berlalu dengan keretanya.
“saya tak suka dia.”
“kenapa pulak nak tak suka dia? dulu kan awak kata Reza tu bagus, baik.”
“tu dulu. sekarang awak tak nampak ke apa dia dah buat dekat kita? Anak kita? Keluarga kita?”
“tak baik hukum dia macam tu. kita taktau lagi siapa salah siapa betul.”
“hah! Apa yang dia dah cakap dekat awak yang buat awak jadi baik sangat ni?”
“dia tak cakap apa. Dia kata, tunggu Julia sendiri bagitau. Dia datang nak mintak maaf.”
“macam tu la manusia. Senang je. Kalau dah salah, mintak maaf. Lepastu, bila-bila boleh buat salah lagi.”
“suka hati awaklah. Gaya awak bercakap tu, macamla awak tu bukan manusia, tak pernah mintak maaf bila buat salah.” Puan Hamisah terus bangun meninggalkan ruang tamu itu. Buat habis air liur je cakap dengan orang yang tengah marah ni.
*****
Indah memandang siling atas. Kosong. Cuma ada papan lapis. Kipas berdiri disebelah cuma dipasang dengan angka 2. Tapi dia dah rasa cukup sejuk.
Patut ke tak aku balik KL?
Pilihan pertama, tak payah balik. Dua bulan lepas, aku punyala nekad tinggalkan rumah terus pergi Puduraya. Takkan la senang-senang je nak patah balik KL? Baik tak payah lari dari awal macam tu. Aku bahagia tinggal sini. Dekat sini aku jadi ‘Norsiah’, dekat sini aku jadi ‘Indah’. Hmm. Rasa nak tergelak sendiri. Norsiah yang konon-kononnya bini Reza. Free-free je aku menikah!
Dekat sini aku pergi surau pagi-pagi buta, kenal tali air, boleh jalan dekat bendang sorang-sorang, masak setiap hari daripada sarapan ke makan malam, pakai kain batik sambil tengok filem klasik.. haih. Memang sedepa la kalau nak senarai semua benda baru yang aku dah buat. Tapi dalam banyak-banyak, cuba teka apa yang aku paling suka? Benda yang aku hargai, yang aku rasa seronok, yang buat otak aku lega setiap kali. Dapat tangkap apa dia? Nek Ngah dengan Reza la. Apa lagi.
Nek Ngah macam orang tua paling cool yang aku pernah jumpa. Ya betul, dia memang klasik gila. Peribahasa yang dia guna dalam ayat dia hari-hari macam dah boleh binding buat buku. Tapi tak terasa pun menyampah dengan semua tu. Suka lagi ada.
Tapi sekarang dah sunyi sikit. Reza dah tak ada. Dah takde orang yang buat dia dengan Nek Ngah terjerit-jerit sakan kena sakat. Dah takde orang yang buat kerja gila main teng-teng lewat petang, atau buat kuiz teka ulam sebelum dinner. Eleh, berlagak je mamat tu. Entah-entah dia pun tak hafal nama ulam. Saja la tu, buat modal nak pekena orang.
Pilhan kedua pulak, balik KL. Ya! Balik! Keputusan nak balik ke tidak ni bukan boleh buat main-main macam nak jawab soalan objektif subjek Sejarah. Kalau mata pensil tu jatuh dekat bulatan ‘A’, ha, ‘A’ la jawapan yang kita tanda. Senang takpayah fikir-fikir. Untung nasib betul. Kalau tak, salah la. Ala, satu jawapan tak kena yang lain belum tentu tak kena jugak kan?
Sekarang tak boleh macam tu. Kena fikir betul-betul. Apa kesan kalau balik KL nanti? Satu, kena balik kolej balik. Dua, kena mengadap mummy dengan daddy. Tiga, kena tekan dengan semua orang. Mesti semua nak tanya, ‘Erinne, mana kau lesap 2 bulan?’. Oh! Nama! Dah tentu dia kena jadi Erinne balik. Erinne yang pakai jeans, bukan kain batik. Erinne yang rambutnya di blow setiap hari, bukan berikat satu macam ekor kuda. Erinne yang akan berkepit dengan Bee dan Amoi, tak kira matahari terik atau bulan mengambang.
Apa khabar budak dua orang tu eh? happy ke aku takde? Macam mana la Amoi yang lembik tu nak hidup? Hmm. Takpe. Bee kan ada dengan dia. Bee ada, sure dia boleh hidup punyala. Zack pun ada.
Tiba-tiba Indah menggeleng kepalanya.
Heh. Apala aku ni. Perasan je diorang tu tak boleh hidup aku tak ada. Nak risau lebih pulak.
Balik ke… Tak balik?
Ugh. Otak aku stuck!!
Nak tinggalkan Bagan Serai, sayang. Tapi kalau stay lama lagi, aku sunyi.
Reza…
Aku terasa sangat bila Reza tak ada. Rasa macam masa mula-mula aku nak lari dulu.. masa aku rasa ada benda yang hilang. Missing piece…
Eh!
Indah menggaru-garu dahinya macam tengah fikir masalah Negara. Biar betul..biar benar? Dia rasa macam tak percaya dengan apa yang otak dia sendiri baru terfikir.
Missing piece aku….. Reza????
Indah terus menegakkan badannya. Aku lari.. aku jumpa Reza. Aku happy.. lepas aku jumpa Reza. Aku sedih.. bila Reza balik. Aku sunyi.. bila Reza dah tak ada.
Reza ajar aku praktikal sembahyang hari pertama aku jejak sini. Reza panggil aku Iris hari terakhir sebelum dia balik.
Iris.. kekuatan dan harapan.
Aku.. kan? Reza maksudkan aku la Iris dia, kan?
Dulu, Reza pernah cakap, yang dia pun rasa macam ‘tak cukup’. He’s missing something, yet he doesn’t know what it is.
Eh..sekejap..sekejap… rasa macam ada sesuatu yang ajaib pulak yang menerjah otaknya.
Indah rasa nak menepuk-nepuk dahinya kuat-kuat. Lembab! Lampi! Banyak sangat makan kepala ikan ke hape?!
“Indah! Kau tu missing piece dia jugak la!!” tak sedar dia bercakap kuat. Ahh!! Tak kisah la nak cakap dia perasan macam masuk bakul angkat sendiri ke hape, tapi memang itu yang dia rasa.
Nek Ngah berlari-lari anak menuju ke bilik Indah. Mengigau ke? Dia menyelak langsir yang menutup daun pintu yang terbuka. Kelihatan Indah tengah tercengang-cengang duduk diatas katil.
“Indah? Kenapa ni?”
Indah mengalih pandang pada Nek Ngah yang bererut-kerut di muka pintu. Hmm. Serius! Nekad!
“Indah nak balik KL, Nek Ngah. Boleh kan?”
Nek Ngah tersenyap seketika sebelum menarik sengih. Indah…Indah.











baiklah tujuannya aku mengepost entry ini adalah aku fedup dengan cara penulisan aku dan jalan cerita aku untuk Kamu Indah. dalam kepala otak aku cuma ada dua benda, BUAT BALIK SEMULA DARI BAB 1 atau BERENTI JELAH. no sambung-sambung, no edit-edit.

aku perlukan komen, aku perlukan kritikan sebab aku rasa sungguh loser. (-_-)'

aku rasa sampai ke tua aku takkan ada manuskrip. oh oh oh~

oh jgn campur adukkan ni dengan ADVIDHAQ ye, ADVIDHAQ lain.

Monday, May 10, 2010

ADVIDHAQ [27]

Vid keluar dari pejabatnya di tower two untuk keluar makan tengahari. Teringat semalam Haq ada cakap, Aree ajak pergi rumah dia. Celebrate birthday Adni. Aree ni nak jugak Cik Jah tu datang. Vid mengeluarkan Samsung dari dalam poket.

“Assalamualaikum mak. Abang ni.”

“waalaikumsalam. Ye mak tau la ni abang. Dah nombor abang yang keluar. Abang ni kerja dekat kapal minyak ke, syarikat minyak ni abang? Kenapa dah lama tak jumpa mak? Asik-asik telefon. Telefon tak sama dengan jumpa depan mata tau abang.” Dah mula dah Cik Jah ni bersyarah.

Vid tarik sengih. “ok la tu dari orang lain tu, telefon pun tak.”

“abang sihat ke abang?”

“Alhamdulillah sihat mak.” Kan ke macam terbalik? Sepatutnya dia tanya khabar orang tua dulu, tapi kalau dengan Cik Jah ni memang akan jadi macam ni setiap kali call. Dia akan bertanya tanpa sempat kita nak mencelah.

“Syuhada dengan Syafiqah balik sini hujung minggu haritu. Kata diorang, abang dah lupa adik-adik.”

Vid tergelak. Pandai-pandai je.

“bila mak cakap, gelak. Mak tegur, senyum. Mak membebel pun, ketawa. Mak nak dengar suara abang bercakap susah betul.”

“mak rindu suara abang ye?”

“yela suara abang tu kan mahal.”

Vid tergelak lagi. Nada macam merajuk je Cik Jah? “nanti abang pergila jumpa anak-anak perempuan kesayangan mak tu. Baru dua minggu lepas rasanya abang bawak diorang pergi makan. Pandai-pandai je report dekat mak.”

“ha ni mak nak kasitau nih!” excitednya Cik Jah boleh dengar satu Banting. “anak Makcik Naimah ada dekat KL tau sekarang.”

Vid mengerutkan dahi. “Makcik Naimah mana?”

“alah! Jiran kita dulu-dulu tu. Rupa-rupanya dia pindah dekat Kepala Batas. Anak perempuan dia, Farhana tu katanya dah kerja dekat KL. Pandai anak dia, lulusan luar negara tau. Mesti kerja bagus-bagus.”

Vid senyum lagi. Mak ni la, kalau interview orang, segala kerja kat mana, lulusan apa, semua nak tanya.

“mak saja lah bagitau kot-kot abang ada terserempak ke…”

Vid menggeleng. “abang mana kenal muka dia mak. Kalau terserempak pun tak perasan agaknya.”

“lah iye ke? Syafiqah kenal. Tanya la adik abang tu.”

Vid sengih. Memang la dulu adik dia ada tunjuk gambar Farhanaconda tu dalam handphone, tapi kalau kamera 1.8 mega pixel apa yang nampak? “yang mak ni yeye kenapa? Abang tak cakap pun abang nak pergi jumpa dia.”

“sebab….” Cik Jah tersengih seorang diri mengadap dinding rumah. “naluri keibuan mak berkata, abang dengan Farhana tu macam…”

“aaaa. Dah-dah. Mak ni….”

“mak tak cakap habis lagilah, abang.”

Vid mencebik. Alah tau sangat mak nak cakap apa. Dia boleh habiskan ayat tu sendiri. “sebenarnya, abang telefon mak ni sebab Aree ajak pergi birthday anak dia weekend ni.”

“lah ye ke? dekat mana?”

“rumah dia. Mak nak pergi sendiri dengan ayah ke, nak abang ambik?”

Cik Jah membiarkan soalan itu berlalu. “abang, kalau mak bagi nombor telefon Farhana, abang nak datang dengan dia tak?”

“eh mak ni!”

“mak tak faham la abang ni. Rasa-rasa mak ada dua je anak dara, tapi sekarang terasa ada tiga orang pulak.”

“mak, abang ni lelaki sejati lagi mak. Takde terjejas mana-mana pun.”

Cik Jah sengih panjang. Alah, dia saja mengusik. “ni nasib ayah abang keluar, kalau tak mesti dia pun membebel panjang kat abang sebab lama tak balik.” Cik Jah mengungkit kembali topik awal-awal tadi.

Vid buat muka. Dengan ayahnya si pensyarah pencen tu nanti lagila panas telinga. “ok lah mak. Abang nak pergi makan tengahari ni.”

“kalau dah kahwin kan best ada orang tolong masak, tolong hidang..”

“mak….” Mencerun nada Vid mendengar ayat itu.

“yelah. Yelah. Nanti mak datang dengan ayah la. Agak-agak lepas zuhur ke, mak bertolak la. assalamualaikum.”

“waalaikumsalam.”

*****

“awat hang takmau balik sini Na? hang takdak cuti ka?” Makcik Naimah membebel dengan nada tak puas hati.

Nana mengadap hidangan makan tengaharinya dengan muka cemberut. Soalan ni yang malas nak layan ni. “Penang tu bukan sekangkang kegha mak..”

“hang gheja pa sebenaqnya kat sana Nana?”

Nana menggaru kepala tak gatal. Yee mee digulung-gulung diatas hot plate. Taktau nak jawab apa. Kalau jawab kerja pembantu jualan dekat Vincci karang, sah-sah hidup dia tak aman lepasni. Mesti mak desak-desak suruh dia pergi carik kerja lain. “gheja la..”

“tu ja jawapan hang. Kalau suruh cakap menda lain, amboi mulut laju bukan main dok bercakap. Tanya pasai gheja ja, mulala terkemut-kemut.”

Eeh mak ni.. garang semacam la. “Nana bukan gheja tak baguih..”

“bertaun-taun hang dok ulang alik pi mai pi mai MSU-Malaysia,kalau tak gheja baguih mak tatau nak habaq pa dah.”

“mak simpan ja dalam kepala. Buang tenaga mak tau dak cakap banyak-banyak ni.”

“Cik Jah pesan, ada masa satgi pi la jenguk dia.”

“InsyaAllah..”

“assalamualaikum.hang jaga diri Na.”

“ya mak. insyaAllah. Waalaikumsalam.”

Nana memandang handphone mati ditangan. Eei. Sikit lagi nak kantoi. Taktau la kerja gila tak gila mintak kerja dekat KLCC ni sebab Mohd Syahid tu. eeei.. pening kepala aku.

“Nana. kan?” seorang lelaki berdiri berdekatan mejanya.

Nana mengangkat muka dari hot plate. Owkeyy.. adakah jodoh kita bertemu disini? “Vid.”

“sorang?”

“aah.”

Vid mengangguk. Oh takpelah macam tu, dia saja menegur je pun.

“lunch?” Nana bertanya.

“aah.”Vid serba tak kena. Sejak dia tahu yang Nana ada hati kat dia, dia rasa semacam.

Nana diam sahaja. Sebenarnya, dia tak habis fikir lagi pasal pertanyaan maknya sebentar tadi.

“having problem?”

Nana memandang Vid yang masih berdiri. Ah~ kenapa buat gaya gentleman itu pada masa yang tak kena? “nothing.”

Vid terus menarik kerusi dihadapannya. “taknak cakap?”

Betulla kata Haq. Vid ni boleh bukak kaunter pertolongan. Takpun, tulis je kat dahi, sesiapa nak pertolongan sila daftar diri di sini. “not a great idea.”

“even for my ears?”

“you should eat something.”

“you should tell me something.”

Nana membesarkan mata. “Yee mee? Teppanyaki? Nasi campur?”

“you.”

“hah!??”

Err. “I mean, your story.”

“emmm..” Nana mengetap bibir. Kepalanya diteleng ke kiri, kemudian ke kanan. “aaaaaaa…”

“emmm aaaaaaa” Vid mengajuk.

“errrrrr…” Nana menunduk. Takkan la nak cakap ‘mak saya taktau saya kerja apa kat KL ni. saya serba salah’.

“ada orang sakitkan hati awak ke?”

Nana terdiam. Apeke jauh perginya?

Vid tarik muka serius bila Nana diam sahaja. “eh seriously someone hurts you?”

“eh.” Nana menggeleng-geleng. “tak. Takde. Takde.” Nana mengelap mulutnya. “saya masuk kerja dululah.”

“Na?”

“em?”

“kita keluar?”

Adakah…adakah… adakah Mohd Syahid baru ajak aku pergi date? A date? Dengan Vid?

“boleh?” Vid menebalkan muka. Kot-kot la kena reject, memang aku tanam kepala dalam tanah.


“boleh…. Kot?”

Vid senyap merenung meja. kemudian kepalanya diangkat perlahan memandang Nana tak lepas. “entah kenapa…. Saya rasa macam dah kenal awak lama.”

Nana senyum. “something goes wrong here. Awak cakap banyak harini.”

“Na? nombor phone?”

Nana menunjukkan riak tak percaya. Seriously eh? Vid dah terminum air jampi kemende ni?

******

Nana masih terbaring disofa. Habis kemek tudung yang dipakai baru kejap tadi.

Jaja membetulkan kaca matanya. “Na?”

“hmm.”

“macam ni je gaya kau?”

“macam ni apanya…” malas.

“eh Nana! kau nak pergi keluar dengan Vid ni tau! Akhirnya! Finally!”

“tau…” dia mengiring ke kanan.

“yang kau serupa takde perasaan ni kenapa?” Jaja bertanya pelik. Dulu kemain nampak Vid pakai baju apa pun excited melampau. Macam nak retak dinding dok bercerita.

“mak aku….”

“kenapa dengan mak kau?”

“aku tak sedap hati la…. nanti-nanti mesti nak kene bagitau jugak aku kerja apa..”

“aku dah kata dah suruh carik kerja lain kau yang taknak..”

“agak-agak tempat kau nak pakai orang tak?”

“gila! mana pulak nak sumbat orang biotech kat GAYA tu?”Jaja menjegilkan mata. Agak-agak la sikit permintaan tu.

Handphone diatas meja makan berdering. Jaja yang dari tadi mengadap laptop dimeja makan menjeling handphone yang berkedip-kedip itu. “Na, telefon kau ni. Vid kot.”

Nana masih kaku tak bergerak dari sofa. Malasnya nak gerakkkkkkkkkkkkkk~

Jaja mencapai handphone itu dengan perasaan geram. Ugh! “waalaikumsalam. Jaja ni. hmm. Ok. ok. kejap lagi dia turun.” Pap! Handphone itu di-slide kebawah. “Nana!”

Nana bangun dari sofa dengan gaya terpaksa. “mak… mak…mak..” dia merengek kecil.

Jaja melangkah merapati Nana. Belakang t-shirt Nana ditarik-tarik. Muncung tudung rakannya dibetul-betulkan. Pipi Nana ditepuk-tepuk. “dah sudah. pergi-pergi. Shooh. Shooh. Pukul 8.45 dah. Makan malam lambat-lambat nanti gemuk.”

“aku tak sedap hati la…” Nana merengek lagi. “mak aku….”

“esok-esok la kau carik kerja. Sekarang pergi makan dulu.”Jaja menghulurkan handphone Nana ditangannya. “makan nanti jangan tak ingat baca doa pulak tau.”

“kau ganti aku tak boleh ke?” Nana mengedip-kedipkan matanya.

“shooooh!” Jaja menolak bahu Nana ke pintu. “bye bye. Assalamualaikum. Take care.” Cepat-cepat Jaja menutup pintu rumahnya.

“Jaja! Ja! Jahat!” Nana seakan-akan bercakap dengan pintu. Isk.

*****

Vid mengetuk-ngetuk stering didalam kereta. Sekejap-sekejap dia menyinsing lengan long sleeve t-shirtnya yang melurut kebawah. Kepala otaknya melayang sementara menunggu Nana turun.

Aku ni.. nak kata heartless, takdelah. Cuma macam apa yang Ad cakap, aku ni tak reti bagi reaksi dekat muka. Mungkin, kawalan perasaan aku terlebih. Kadang-kadang, terasa bangang juga. Apahal la aku ni kayu sangat?

Senang jadi macam Haq dan Ad. Jumpa orang yang disukai, balik rumah, boleh cerita dengan member. ‘aku sangkut dengan minah ni-nak buat bini-blablablabla’. Bukan macam dia, entah apa yang dia rasa dalam hati pun dia tak pernah nak sure. Macam mana nak bagitau kat orang sedangkan diri sendiri pun tak tahu?

Dan dia pun tak pandai nak main trick-trick perempuan ni. Tak pandai nak manis-manis, nak lembut lidah. Tak pandai nak bergelak ketawa, full sense of humor. Tak pandai nak kasi pandangan mata redup bagi perempuan cair. Lagikan nak buat surprise-surprise.

Tak apa ke kalau ikut cara sendiri?

Dan ketika itu juga Nana mengetuk cermin keretanya. Jari pantas membuka lock kereta membenarkan Nana masuk ke dalam.

Vid masih tak menggerakkan gear. Dibiarkan kereta itu pegun disitu sebentar.

“kenapa?” Nana bertanya. Risau. Lain macam je?

“Na.” Vid menarik nafas. Ok, takde mukadimah. Tak pandai. Jalan ajela, Vid. “here.” Setangkai bunga lily putih bertangkai hijau panjang disuakan pada Nana.

Oh.

“happy belated birthday.” Belated untuk nak dekat sebulan lepas still ‘belated’ kan?

Nana memandang riak muka Vid yang tenang tak berkocak itu. Sungguh, his calmness torture my eyes, my voice cord, my heart…. and going deeper, my soul.






*msu- michigan state university

Wednesday, May 5, 2010

ADVIDHAQ [26]

Jaja dah berpeluh-peluh di pintu. Tangan meggelatar dahsyat sampai satu anak kunci pun tak boleh nak dipulas.

Pak! Pintu terbukak dari dalam. Nana terjengul dengan tshirt lengan pendek dan seluar track. “kenapa kau ni?” Nana bertanya ingin tahu.

Jaja menggeleng dan terus masuk kedalam rumah. Bahu Nana pun dia langgar je.

Nana terpinga-pinga ditinggalkan dihadapan pintu. Apsal budak nih?

Bum! kedengaran pintu bilik Jaja dihempas kuat. Nana bergerak ke pintu bilik Jaja. “Ja, nanti lepas kau asar keluar tau! Aku beli pisang goreng dengan segala keledek goreng ni! Ja! Dengar tak!”

“yeye. Dengar. Dengar. Lagi sejam aku keluar.” Jaja menjerit dari dalam bilik.

Sejam? Nana bercekak pinggang. “kau buat apa sejam?”

“takde apa! Nanti aku keluar! Kau makan la dulu!”

Nana menjongket bahu. Sukahatilah.

Jaja membuka lipatan laptopnya. Tak sempat dah nak bukak tudung nak salin baju ke hape. Dia menunggu komputer itu loading. Apahal lama sangat pulak ni. isk! Skrin windows terpapar untuk memasukkan password. 2 kali Jaja memasukkkan passwordnya. Jari dah bergerak tak betul. Terketar-ketar macam orang kena Parkinson. Dia connect talian internet. Yahoo! Mail di-log in.

Agak-agak ada lagi ke email tu dalam trash? Dia tak ingat bila tarikh dia delete email-email si pujangga kelas sastera itu.

Ha! nasib yang last ni masih ada dalam peti trash.

Lalu angin tak terbang
Lalu awan tak tersekat
Lalu laut tak tenggelam
Lalu banjaran tak jatuh
Balik-balik, awak jugak saya carik.


Angin.. awan.. laut… banjaran…. Ya Tuhan.

Jaja memegang dahinya. Matanya dipejam sebentar. ‘Adha’. Hatinya berbisik.

Allahuakbar. Allah maha besar. Depan mata je, Adha. Tanpa sedar dia menarik senyum. Entah kenapa bibirnya meleret begitu. Dia tak pasti.

*****

Vid duduk tegak diatas sofa. Rancangan apa yang ditayangkan di tv didepannya dia tak ambik kisah. Hati dah tak sabar nak berhadapan dengan Haq. Mananya Haq ni. Lepas hantar Nana tadi, terus dia menuju ke rumah budak dua orang ni tapi satu batang hidung pun dia tak nampak. Last-last dia melepak buat macam rumah sendiri. Haq ni pergi bawak anak orang berjalan takkan dah lewat petang gini taknak balik? Ad ni pulak rasanya dah 4 hari takdek takkan terbang sampai seminggu?

“Haq mana kau!!!” Ad terus merempuh masuk bila tengok pintu tak berkunci.

Vid tenang sahaja melihatnya dari sofa. “dia tak balik lagi.”

Ad membuka kasut kulitnya. “ey mamat ni. aku rasa macam nak bakar hidup-hidup je!” Ad masuk dengan perasaan geram.

“adeke dia main pass-pass anak orang suruh aku hantar? Dahla aku gila penat nyawa pun macam tinggal separuh je tadi!” Ad terus merebahkan dirinya diatas lantai berhadapan tv.

“kau kena jugak ke?” Vid yang bersila diatas sofa menjenguk kawannya dibawah.

Ad mengerutkan kening. “kau pun???????”

Vid mengangguk.

“haih! Jap lagi kita belasah Haq. Tunggu la kau.”

Vid tarik sengih. Remote astro ditangan diketuk pada dahi Ad dibawah. “macam budak-budak!”

“eh betul la! aku cakap aku betul penat, dia buat main! Last-last aku terpaksa memalukan diri tidur sejam dalam kereta. Jatuh saham aku.”

“nak malu apanya?”

“yela macam lembik je. patut aku kena tunjuk tough sikit.”

Chait! “mestilah dia faham.”

Ad tersenyum. Teringat gelagat Jaja tadi.

“pashmina ni boleh ambik terus tak?” Ad menyakat bila dia terjaga dari tidur.

“tak boleh. Nak beli sendiri la.”

“ok. ambiklah balik.” Ad saja memancing. Dia masih baring di seat dan pashmina itu masih diatas badannya. “ambiklah balik.”

Jaja buat muka. Saja je nak kenakan orang. “lipatlah sendiri. Pastu bak sini.”

“taknak. Awak nak balik, awak ambiklah sendiri.”

“Ad! Cepatlah. Main-main ar dia ni.”

“manede main-main. Oh.. selimutkan orang berani, nak ambik balik segan-segan pulak.”

“Adha!”


“ha senyum sorang-sorang!” Vid menyergah.

Ala Vid ni potong la. “manede senyum sorang-sorang. Aku senyum dengan kau la.”

Ceh! Macam la dia taktau. Vid kembali menyandar pada sofa. Malas nak layan Ad.

“Vid, tadi Haq hantar anak siapa dekat kau?”

Vid menukar posisi. Dia baring diatas sofa panjang itu. “entah anak siapa entah.”

“tak kenal langsung?”

Vid menggeleng. “tak. Baru je kenal.” Dia baring berbantalkan lengan.

“nama siapa?” Ad menyibuk.

“Farhana. Nana. katanya housemate kawan girlfriend Haq.”

Nana?????????? “kawan Jaja?!” Ad terus duduk tegak.

“dia ada sebut jugak nama housemate dia tu tadi. Yelah tu kawan Jaja. Kenal pulak kau?”

“aku tersekat dengan budak tu lah tadi.”

“dan sejak bila pulak Haq ada girlfriend?” Vid sungguh-sungguh bertanya.

“entah dia tu. satgi kau tanya la dia sendiri. Eeei! Aku alergik betul la dengar nama Haq tu. eei!” Ad lepas geram.

Vid ketawa sendiri. Habislah kau Haq balik nanti.. ni ha ada budak kecik mengamuk.

“Assalamualai….”

“Haq!!!!!!!!!!!!!!” Vid dan Ad menjerit serentak.

“….kum.” Haq menghabiskan salamnya. Dia menutup pintu rumah dengan sengih panjang tak sudah.

Ad tarik muka bengang. Senyum-senyum pulak. Buat muka tak bersalah.

“amacam rakan-rakan ku sekalian? Ada seronok hari ini?”

Pap! Vid memukul belakang kepala Haq dengan remote Astro. Pantas pula Ad mencapai remote tv dan mendaratkannya didahi Haq.

“Oi. Oi. Sakit ah!”

“eii! Eeei!” Ad mengacah-acah nak mengetuk lagi dahi kawannya itu. bengang.

“eh apa ketuk-ketuk? Patut cakap macam ni ‘Haq kawanku sayang, terima kasih banyak-banyak’.”

“terima kasih otak kau.” Vid tarik sengih.

Hahahaha! Haq tergelak galak. Seronok la pulak! “ala, saja tolong kawan-kawan. Kawan-kawan happy, aku pun senang hati.” Haq menyengih lagi.

“kalau kau nak kenakan Ad tu, ok la. yang aku ni kau macam tak faham-faham pulak aku ni macam mana.” Vid menggeleng-gelengkan kepalanya. Skill perhubungan awam fail. Boleh cakap laju pun pasal pembentangan projek je. Part nak bersosial nak bertanya soal peribadi, maaf. Tu bukan dia. Salah stesen.

“eh Nana tu ok apa. Mulut dia macam popcorn. Pop! Pop! Meletup-letup. Haha.” Haq tergelak lagi. “lagi-lagi kalau keluar ‘utagha’ dia tu, pehh. Thumbs up.”

“dia thumbs up la,aku thumbs down.” Vid mengangkat lengannya ke dahi.

“eh tapi kan Nana tu macam….” Ad tak menghabiskan ayatnya.

“apa?” Haq dan Vid bertanya serentak.

“dia suka kau kan?” Ad memberitahu selamba.

“aaaaaaaaaa. Mana pulak kau tau ni! ala baru aku nak buat gempak dengan Vid.” Haq menaikkan suaranya.

“kan ke aku kawan dengan Jaja housemate dia tu.”

“memanglah Nana suka Vid. Yang bunga rose kuning banyak-banyak tu dia la yang selit kat wiper kereta kau.” Haq menepuk bahu Vid.

“gila lah!!! Vid kau ada secret admirer. Eh umur kau berapa? 17 eh? hahaha.” Ad pula galak mengejek.

Vid senyap sahaja. Masih tak percaya. Habis tu Nana tadi buat-buat tak kenal tu, berlakonlah?

“eh tadi Nita kau hantar balik jugak?” Haq bertanya.

Vid menggeleng. “tak aku tinggal je.”

“bagus! Aku tak berkenan minah tu.”

“siapa Nita?” Ad yang tak tahu hujung pangkal bertanya.

Haq buat muka. “ni kawan kau sorang ni. Tolong tumpangkan orang pandai, padahal sedar diri tu skill perhubungan awam fail.”

Vid memandang Haq. Sukahati je mengata aku depan-depan.

“apsal minah tu?” Ad bertanya lagi. Rasa ingin tahu memuncak. Haq ni bukan senang-senang dia nak menyampah kat orang.

“aku tak suka dia buat Mira macam kuli dia. Perasan. Aku rasa, dia jugakla yang buat Rai tu marah-marah dekat Mira sampai sekarang.”

“siapa pulak Mira??” Ad dan Vid bertanya serentak.

Errr. “dia macam boleh kata aku punya…. Future wife?” selamba Haq memberitahu.

“HAH!!!!!!!!!” Ad terkejut besar. Tak pernah dengar tiba-tiba nak buat bini ke?

“eh kau ni kecoh je. Tengok Vid, cool je.” Haq memalingkan mukanya pada Vid. Riak takde perasaan.

“ahh! Vid tu lain cerita dia memang dilahirkan tak reti bagi reaksi kat muka.”

“oi.oi. aku hidup lagi kat sini. Tak pekak, tak mati lagi.” Vid mengingatkan Ad yang selamba mengatanya.

Haha. Haq sengih. “so, Nana tu kau nak buat macam mana?”

Vid buat muka selamba. “entah. Tengoklah nanti.”

“Vid.” Ad memanggil namanya. “boleh tak macam, sekali dalam seumur hidup, kau macam berperasaan sikit? Cuba kau jadi manusia. Macam aku ni, penuh perasaan didada.”

Vid sengih meleret. “ada-ada je kau.”

“betul, Vid.” Haq mula menyelit. “aku memang simpati lah kat Nana tu entah mata dia rosak ke, otak dia weng ke, boleh pulak suka dekat kau yang separuh manusia separuh kayu ni. Appreciate lah. She put some effort for you, you know.”

Vid senyum lagi. Takde ayat nak melawan. “kau pulak Ad, Jaja macam mana?”

“oh no, thanks. Aku dah ada Aksara. Terima kasih ye Tuan Haq, saya tak perlukan orang lain.” Dengan bangganya Ad menjawab dia dah ada orang dalam hati.

“Aksara tu ‘maya’ kau tau? Jaja ni dah elok depan mata.” Haq mengeluarkan hujahnya. Sampai bila nak berangan?

“takmau. Nak Aksara sorang je. Orang lain takmau.”

Vid dan Haq gelak serentak. Perangai budak-budak Ad ni, entah bila nak berubah.

“cakap pasal buah hati pengarang jantung Cik Aksara aku tu, aku nak pergi cek email lah. Bye bye.” As terus bangun menuju ke bilik tidurnya.

“yeye je cik. Satgi puan.”

“Haq, aku dengar!” Ad menjerit dari dalam bilik.

*****

Ad melipat sejadah dilantai. Diletakkan sahaja diatas katil. Rambut yang masih basah itu dikirai-kirai. Ditala jam diatas meja, pukul 7.50. Kejap lagi nak dinner, sempat lagi nak bukak email ni. Tadi masuk-masuk bilik terus asar lepastu bum! tidur. Tak sedar apa. Kalau mak aku tau ni, mampus kene bebel ‘Adha tidurla lepas asar tu! jadi gila nanti mak taktau!’. Takpe, tak 40 hari berturut-turut takpe. Huh, dasar degil.

29 unread emails.

Ugh ni email merapu-rapu lah ni banyak sangat ni. Dia scroll page itu kebawah. Mencari-cari penghantar email yang dikenali sahaja.

AKSARA

Biar benar????????????????????????????????

Fuh! Fuh! Ad meniup-niup jarinya. Nak bukak ke taknak? Eh mengada. Bukak ajelah.

Saya pula dah diterbangkan oleh angin,
Dah tersekat dalam awan,
Dah tenggelam dalam laut,
Dah jatuh atas banjaran….
Macam mana?


Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!
Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!

Nak print out! Nak lekat depan katil!

Tuk! Tuk!
Ad mengalih kepalanya pada pintu.

“jom-jom. Makan.” Suara Haq kedengaran dari luar pintu.

“kejap!” jarinya laju menghentak keyboard.

Senang je, saya kan ada.

Gatal sangat ke ayat aku ni? ahhh. Nasib! Butang send ditekan. Thank you, Aksara.

Tuesday, May 4, 2010

ADVIDHAQ [25]

“alamak!” Haq menepuk dahinya.

“kenapa?” Mira berkerut kening.

“Vid!” jarinya cekap mencari contact Vid dalam handphone. Sebelah tangan masih pada stering. Ni kalau ada polis ni mau terbang duit. Sia-sia je kena bayar saman. Panggilan tak bersambut. Tengah dekat tempat orang ramai kot sampai tak dengar. handphone itu dihulur pada Mira. “tolong taipkan mesej sekejap.”

Mira menyambut huluran itu. “nak taip apa?”

“kata… ‘aku ada emergency. Pergi Teppanyaki, ada kawan aku kat situ. Perempuan. Nanti tolong hantar dia balik’.”

Mira tarik sengih. “awak ni tak baik tau.”

“eh apa pulak tak baik! Takkan nak Nana duduk situ sorang-sorang? Balik sorang-sorang?” dia tau, Vid tu kalau mintak tolong tak pernah tak tolong punya.

“eleh saya tau la awak da plan dah!”laju jarinya menaip patah-patah perkataan itu. “jadi cupid, pandai. Diri sendiri tak buat macamtu pulak.”

Haq memandang sebelah. “eh pernah ke saya kata saya takdek girlfriend?”

Mira tersenyap. Betul jugak.

Haq rasa geli hati. Ha tersenyap kau. Amacam cik adik, ada frust?

*****

Vid masuk kedalam restoran jepun itu. Mencari-cari mana satu kawan Haq.

Nana ternganga. Hah! Hah! Tu dia! tu dia! apa aku nak buat ni! apa aku nak cakap ni! nak buat muka macam mana? Nak buat apa ni???????????

Vid mengecikkan matanya. Rabun tu dah memang rabun. Yang si Haq ni pun main cakap je ‘kawan aku’. Cuba bagitau yang mana satu. Ni tak. Dia meninjau lagi. Mencari orang yang tengah duduk sorang-sorang. Ha, yang tu kot.

Nana menggenggam tangan dibawah meja. Dia datang… dia datang dah… dia mai dah…

“assalamualaikum.”

Waalaikumsalam. Nana menjawab dalam hati. Nak jawab kut mulut tak terkeluaq.

“kawan Haq?” pendek Vid bertanya.

“aah. Kawan Haq. Duduklah. Dah makan?” haram betul senyap barang sesaat dua je mulut aku ni. tak boleh nak buat apa, dilahirkan mulut cakap banyak camni.

Vid senyum. Kerusi didepan Nana ditarik.

Aiyo.. janganlah main senyum-senyum.

Vid memanggil waiter. Chicken and beef teppanyaki set dipesan. “air?” dia bertanya Nana.

Nana tak perasan, gelas dihadapannya dah licin. Ais pun tak tinggal. “ice lemon tea.”

“dua.” Vid memberi pesanan.

Aiyo.. janganlah sama-sama macamni. Nana dah rasa seperti penghidap tachycardia. Heart beat rasa dah laju semacam.

Senyap. Meja itu senyap. Vid nampak selesa dengan keadaan itu, tapi Nana pulak macam mati kutu.

Aaaaaaaa.. Jaja… Jaja.. kenapa kau takde pulak time-time gini.. lemah la.. lemah lutut lemah sendi duduk depan-depan macamni. Nak tunggu dia bercakap dulu macam tunggu buaya bertanduk. “err.. kawan Haq?” eceh tanya soalan yang dah tau jawapan.

“aah.” Vid menjawab sepatah dan mengangguk.

Apa lagi? Nana memerah otaknya. “nama?” oh Nana innocent sungguh gaya kau.

“Syahid. Vid.”

“oh..” Nana mengangguk buat-buat baru tau. Tanya la aku pulak.. tanya la.. tanya la..

“awak?”

Kembang kuncup hati aku. “nama saya Farhana. Panggil Nana. Saya housemate kepada kawan girlfriend Haq. Jadi Haq pun kawan sayalah.” Panjang lebar Nana bercakap.

Housemate kepada kawan girlfriend Haq? Tak faham. Lagi-lagi part girlfriend Haq. Takpelah, abaikan. Nanti-nanti boleh tanya Haq.

Nana memusing-musingkan straw. Lah, itu jek yang dia tanya? Oi kalah anak dara mamat depan aku nih. Takpe, mysterious gitu.

Pesanan makanan Vid sampai ke meja. “makan dulu eh? kejap lagi saya hantar awak balik.”

Takpe, makan lama-lama pun tak apa. Tak hantar saya balik pun tak apa. Haha. Nana mereka ayat gatal dalam otak. Kalau dia dengar ni,mati aku. kena reject terus.

Haq tak selesa dia sedap makan, walhal orang kat depannya tak buat apa. Paling-paling pun kalau lepak dengan Ad dengan Haq, dorang akan memekak gila-gila walaupun setakat teman dia makan.

Nana rasa ringan je mulutnya nak bercerita itu-ini. Tapi bila depan orang yang disukai nih, teragak-agak nak bercakap takut karang dia kata aku ni syok sendiri pulak. Isk, masalah.

“Haq emergency apa?” Vid membuka mulut.

“emergency apanya. Dia kata nak bawak Jaja dengan Mira jalan-jalan.”

Ha? Vid blur. Namun mukanya masih tak beriak apa-apa. Tenang sahaja. “oh.”menipu aku je Haq ni.

“Haq tu, jahat kan? Maksud saya, bukanlah jahat macam pergi merompak ke, mencuri ke, tapi dia macam suka usik orang.” Nana dah mula rancak bercerita bila teringatkan Haq. “awak tau, dia boleh kenakan saya depan dua orang kawan saya tadi. Tak patut betul. Dahla memang jujur tak cover punya.”

Vid tarik sengih. Haq, memang lah macamtu. Membahan orang punya kuat.

“ada je modal dia nak kenakan orang. Last-last, housemate saya tu pun kena bahan sekali. Haish. Macam mana la Mira boleh nak pergi dating dengan dia. Mesti hari-hari Mira tu kena usik dengan dia kan?”

Vid mengangguk sambil menyembunyikan gelak disebalik genggaman tangannya. Kelakar. Bukan cerita tu yang kelakar sangat, tapi gaya bercerita orang yang didepannya sekarang. Walaupun dia tak kenal watak-watak yang diceritakan (Mira? Tak kenal langsung) tapi dia boleh tergelak.

Mohd Syahid, baik awak berhenti gelak sembunyi-sembunyi seperti itu, atau saya akan rebah kelantai restoran ini lagi beberapa saat. Nana menahan debar. Jangan pengsan Na, jangan pengsan.

“Haq dari dulu macam tu.” miso soup disudu kemulut.

Vid, masa bilakah anda tidak nampak comel? Oh no. Oh no. Nana, kembalilah ke alam nyata. “em, mesti awak dengan Ad pun selalu kena dengan dia kan? Dia kata korang dari zaman sekolah. Boleh bayangkanlah, Haq tu mesti kerja dia keluar masuk bilik HEM je.”

Vid menggeleng. “dia tak pernah kantoi.”

“iye?” Nana buat nada terkejut. “bijak betul otak dia.”

“dia bawak handphone dari form2 sampai form5, tak pernah kantoi dengan pengawas sekalipun.”

“iye? Eeh nakal betul. Budak-budak bijak ni orang kata memang nakal sikit. Sebab diorang ni aggresif, so otak pun selalu bergerak berfikir benda-benda yang mustahil.”

Vid tergelak. Terhibur dengan kata-kata Nana.

Nana juga sama tergelak. Gelak sebab tengok Vid gelak. Dang! Kepala dah tak betul.

“awak ni kelakar.”

Awak ni comel, tenang pulak tu. Nana membalas dalam hati. Nak mati ke nak cakap dengan mulut?

“awak umur berapa?”Vid bertanya lagi.

Aik? tanya umur. Heeeeeeeeee. “tahun ni 25.”

“sebaya adik saya. Perangai dia pun macam awak. Awak ni sebijik macam Syafiqah.”

Adik??? Tsk. Tsk. Jaja, kau tengok Vid ni, adik dikatanya aku. “mana Jaja ni.. nak Jaja.. nak Jaja..” tanpa sedar dia merengek perlahan.

“nak apa?” Vid bertanya. Mulutnya dikesat dengan tisu. Alhamdulillah~

Nana, cuba jangan jadi budak-budak depan orang yang disukai. “aaaa. Takde apa. Risau dekat housemate saya tu, entah mana ntah Haq bawak dia. ha! nak tau tak, housemate saya tu kenal Ad. Adha kawan awak tu.”

“iye eh?”

“iye. Diorang macam kawan la jugak. Selalu je terserempak. Macam tak logik jugak ter-ter terserempak ni. Tapi dia kata Ad baik.”

“Ad memang baik tapi dia kasar sikit. Die memang cepat baik dengan orang, dengan semua orang pun dia boleh tegur.”

“ha itulah. Kalau nak ikut Jaja, dia manede cakap dengan orang tak kenal. Dengan saya pun dia selalu marah kalau cakap dengan orang tak kenal. Mesti Ad tu yang tegur dia dulu kan? Satu kepala la tu, Jaja tu pun garang. Ad kasar. Boleh, boleh masuk.” Nana mengangguk-angguk sambil mendongak siling. Membayangkan kesesuaian Ad dan Jaja.

Hahahaha! Vid tergelak-gelak. Tak bergema, tapi cukup kuat bagi Nana. Gelak itu berlarutan lama tak berhenti.

Nana melopong. Vid, kenapa mesti awak gelak charming begitu sekali? Tanpa sedar dagunya makin kebawah dan kebawah, macam kepalanya nak rebah keatas meja. Dan…. Auch! Straw tercucuk hampir dengan hidungnya. Nasib tak masuk lubang hidung. Buat malu je.

Vid masih tersengih panjang, sisa tawanya masih ada. Boleh pulak dia macam nak menjodoh-jodohkan orang. Tak dapat bayang Jaja tu macam mana sebenarnya, sampai Nana kata boleh masuk dengan Ad tu.

Ok, ok. Tenang, tenang. Dia cuma ketawa je Nana, bukan pose gaya model pun. Ah, menggelabah la aku ni! Tiba-tiba aku rasa tachycardia dah sembuh, tapi terkena bradycardia pulak dah. Heart rate drops jadi 50 beat per minute. Gila slow kalah siput. Gila ah jangan aku terkena cardiac arrest pulak lepas ni.

Ngeee. Nana rasa nak mengetuk kepalanya. Bercakap dengan diri sendiri pun guna gila saintifik punya ayat ke Na? Eeh! helpless. Apabila berhadapan dengan orang yang disukai, semuanya spontaneous, nak control semua tak menjadik!

“kita balik?” Vid mengajak.

“ha? takkan nak balik dah?” muka mengharap.

“huh?”

Adoi Nana!!!!!!!!!!!!!!!!! yang terlepas dekat mulut tu kenapa! “kita balik. Kita balik.” Sengih busuk.

*****

Ad memberhentikan Cherokee dihadapan bangunan rumah pangsa. Matanya diatala pada flat 5 tingkat itu. “sini?”

“yup.” Jaja menanggalkan seatbelt. Bersedia untuk membuka pintu dan melompat keluar daripada Jeep ini.

“Ja.”

Panggilan Ad membuatkan dia tak jadi nak melompat keluar. “em?”

“awak kerja dekat GAYA kan?”

“aah. Kenapa?” memang dia yang bagitau Ad haritu yang dia kerja sebagai graphic designer di syraikat penerbitan majalah itu.

Ad memeluk stering. “in case… I say in case… kalaulah.. awak kenal Aksara, cakap dekat dia saya suka dia.”

Jaja disebelahnya terkebil-kebil.

“saya tau tak ada orang kenal dia… tapi, saya cakap ‘kalau’. Dan saya sangat berharap kalau ada orang sampaikan apa yang saya cakap tadi dekat dia.” Ad mematikan enjin. Kunci ditarik dari tempat cucuh. Dia menarik nafas berat. Permintaan tak logik eh? “come, saya hantar sampai rumah.”

Jaja terpaku. Punggungnya seakan melekat di seat itu.

Bakk! Ad menutup pintu selepas turun dari tempat duduknya. “jomlah. Apahal cramp dekat situ?”

“ha. ha. nak turun la ni.” Jaja bingung.

Mereka naik ketingkat dua. Senyap sahaja, baik Ad mahupun Jaja.

“ok.” Jaja stop di hadapan pintu bernombor 8.

“ok. take care.”

Jaja senyum. “sure.”

Ad membalas senyum. “Ja, jangan cair dengan saya tau. Saya Aksara punya.” Haha. Ayat itu diakahiri dengan gelak kecil Ad. Merepek je aku ni dari tadi. “ok. assalamualaikum.”

“waalaikumsalam.” Ad berpusing kebelakang dan berjalan terus ke arah tangga.

Jaja kalut mengeluarkan kunci dari beg. Berkali-kali kunci itu dicucuh pada tombol pintu. Asik-asik salah anak kunci. 2-3 kali juga gugusan kunci itu jatuh kelantai. Tangan dah menggigil. Dalam kepala otak cuma teringat nak rempuh bilik, ambik laptop dan buka peti email. Cepatlah pintu ni terbukak. Tolong, tolonglah cepat.
 
Blog Template by Delicious Design Studio