♡assalamualaikum

currently updating First.

Monday, April 26, 2010

ADVIDHAQ [22]

Mira duduk sahaja didalam kereta. langsung tak bertanya nak menuju kemana. Kereta tiba-tiba naik ke flyover untuk parking. Dia berpaling kekiri. Dia kenal bangunan itu. “Sunway pyramid? Jauhnya nak lari dari Nita.”

Haq tarik sengih. Jauh tak jauh, janji aura bossy si Nita tu hilang.

“nak shopping ke?” Mira bertanya lagi.

Haq menggeleng. “tak reti lah. Perempuan suka la.”

Mira senyum lebar.

Haq menjeling sebelah. “suka la tu.”

“my expertise.” Dia senyum lagi. “awak kerja apa eh?”

“nampak macam?” Haq selesai park keretanya.

Mira melangkah keluar. Dia memandang Haq yang berseluar paras lutut itu. “err.. hint?”

“I can draw..”

“artist ke!!” nada excited.

Haq tarik sengih. “belum habis ayat la. Lukis pakai pembaris and set square boleh la. And autocad. Haha.”

Mira mencebik.

“apsal? Berharap nak kahwin dengan artist ke?”

Mira menjongket bahu. “sort of. Nak carik kan ke?”

“baik saya offer diri sendiri.”

Mira menganga. “hopefully saya salah dengar.”

***

Mereka melewati kedai-kedai pakain yang berderet kiri kanan.

“so expert, boleh saya nak uji awak expert ke tak?” Haq sengih mengusik.

“my pleasure.”

“what I’m wearing now?” Haq berdiri tegak dihadapan Mira.

“Black plain round neck Giordano t-shirt. Onitsuka Tiger shoes with grey socks. Quarter pants taktau what brand..”

“memanglah taktau sebab uptown mari.”

Chait! “eei I’m fashion expert la.. memanglah yang tu tak boleh nak teka.”

“kalau seluar uptown bukan fesyen ke?”

“takdelah.. tapi cara awak tanya macam saya boleh teka seluar tu beli dari kedai.”

“eh.. beli kat kedai la ni!”

“architect tak minat high fashion eh?”

Haq menggeleng. “don’t care.”

“Prada sneakers or Gucci loafer?”

“don’t care.”

Mira sengih seronok. “Dunhill belt or Burberry wallet?”

“don’t care.”

“Zegna blazer or Armani tux?”

“lagilah don’t care. Ingat arkitek design duit lepastu print boleh guna kat kedai ke?”

Haha. Mira tergelak. Dia tau, saja je nak menguji.

“saya tak berapa nak kisah sebenarnya apa saya nak pakai. Even Ad pernah gelakkan saya sebab pakai Adidas running shoes pergi makan.”

“sekejap.” Mira mengangkat kedua-dua tapak tangannya keatas. “you!” dia memetik jari.
Haq berkerut kening. “kenapa?”

“awak yang kan one of three guys yang buat bising dekat tempat makan haritu!” Mira teringat kembali insiden dia dengan 3 budak lelaki memekak tengah-tengah dia buat discussion. Rasanya dia pernah menegur dalam hati bila ada salah sorang yang pakai running shoes pergi bersantai.

Haq tergelak kuat. “yah. Itu bukan tempat makan la, tu mapley! Baru nak perasan ke? saya dah lama tau awak perempuan yang pakai kasut tumit yang kalau hentak sikit boleh berlubang lantai tu.”

“ohhhh… mengata!”

Hahahaha!

*****

Nana dan Jaja senyum lebar keluar dari pusat permainan video. Dari tingkat atas, mereka turun kebawah.

“ok la Na, aku memang serah senjata la kalau lawan Wartran Troopers dengan kau.” Jaja tergelak.

“tu la. belum main Rambo lagi.”

“aku tak boleh la. Macam menggelabah kena tembak. Nak reload pun tak ingat!” Jaja tergelak lagi. Game-game ni bukan part dia. Membazir token je bak kata Nana.

“tu la, aku dah warning dah takpayah main, baik kasi aku main sorang.”

Jaja mencebik. Matanya ditala kedepan. “macam kenal….”

“Mira!” Nana dah menegur dulu.

Mira tersenyum. Disebelahnya ada seorang lelaki. “Nana! Syaza! Ni, Haq.”

“ehem-ehem ke?” Nana bertanya straight.

“ha?” Haq blur.

“lunch sekali nak?” Nana ramah mengajak.

Mira memandang Haq, meminta persetujuan.

“sure.” Haq mengangguk. Ni mesti satgi aku tertinggal keretapi. Perempuan kalau makan sama-sama, bukan luak pun makanan tu. Karang bercakap pasal artis la.. baju la.. cerita jiwang la..

****

“harini tak kerja?” Jaja bertanya. Dia tau kalau team majalah biasa hari minggu pun buat kerja.

“sebenarnya kerja.. “ tapi ada orang ajak balik. Dia menyambung dalam hati.

“oww.. tuang kerja pergi dating eh?” Nana mengusik.

“aah dating.” Haq menjawab sambil senyum. “awak tak pergi dating ke?”

Mira dah tergelak-gelak. Percaya la cakap mamat ni.

“ni, dating dengan Jaja.” Nana menunjuk Jaja disebelahnya.

Mira menongkat dagunya dengan lengan. Meja masih kosong, hidangan tak sampai lagi. “apsal tak ajak… siapa your crush tu?”

“Syahid.” Nana menjawab sepatah.

Uhuk! Uhuk! Haq yang sedang menyedut air tersedak. “sorry.” Takpasal-pasal. Perasan member aku sorang je nama Syahid.

“oh macam betul la yang kita assume haritu, budak floor awak tu memang girlfriend dia.” Jaja selamba bercerita.

Haq memasang telinga. Walaupun diorang bertiga buat dia macam tak wujud dekat meja ni, tapi dia masih boleh dengar. Tak salah kan?

“iye?” Mira membesarkan mata. “Nana, awak okey ke?”

Nana senyum hambar. Dah habiskan duit Jaja RM20 beli token takkan nak kata tak okey lagi. Karang kena hempuk dengan Jaja. “okey je. takpe.”

“entah betul ke tak. Entah-entah sibling ke.. cousin ke.. cam tak yang mana satu?” Mira bertanya. Kot-kot lah dia boleh tolong.

Nana memandang Jaja.

“err. Rambut pendek.. pendek macam boy cut tu, fringe. Lepastu highlight-highlight sikit. Tinggi.” Jaja member description.

Uhuk! Uhuk! Sekali lagi Haq tersedak. Bila aku sedut air je, salah timing. Apahal Nita yang terlintas dekat kepala bila dengar ayat Jaja tadi?

“macam Nita! Macam Nita kan Haq?” Mira kalih pada Haq disebelah.

Haq memusing-musingkan gelasnya. “awak…” dia memandang Nana. “mana kenal Vid? Or Syahid.. apa-apa jelah.”

Mira, Nana dan Jaja melopong.

“Syahid tu Vid!”

“Vid tu Syahid!”

“Ya Allah, sama!!”

Kecoh restoran itu sebentar dengan suara 3 orang perempuan.

Haq yang tak tahu hujung pangkal cuma membuat muka straight. Memanglah sama. Apada.

****

“sejak bila pulak Vid tu ber-girlfriend?” Haq bertanya lagi bila excited mereka bertiga telah reda.

Nana yang baru tau didepannya sekarang ialah kawan Vid, rasa segan tiba-tiba. “teka je.”

Jaja menyiku Nana sedikit. Ni la masanya nak bercerita, nak tanya betul-betul. Baru la dapat bukti sahih.

“em. Haritu jumpa.. eh bukan. Terserempak. Nampak la dia dengan perempuan tu.” Nana menerangkan.

“Nita tu?” Haq buat muka.

“ye lah kot. Taktau nama.”

“Nita la tu.” Haq menggeleng-geleng.

“kenapa?” Jaja bertanya bingung. Nampak gaya Haq macam tak suka je.

“tak suka.” Terus-terang Haq mengaku. “sebab Nita tu la saya ajak Mira balik tadi. Banyak perangai.”

“patutlah Vid ada kat sana. Dah kenal rupanya.” Mira menyelit.

Nana tersentak. Betul lah diorang dua orang tu.

“Vid tu..” Haq meletakkan lengannya atas meja. “dia tu cepat kesian. Nita mintak tolong katanya. Entah macam mana diorang boleh contact each other pun tatau la. Tapi tipu la kalau Nita tu girlfriend dia. Vid tu bukan ada perasaan pun.”

Meja itu senyap sebentar.masing-masing sedang membentuk teori sendiri didalam kepala pasal hubungan Vid dan Nita.

“stone takde perasaan macamtu pun ada secret admirer. Good taste huh Nana?” Haq mengusik.

“Haq, gelas ni kalau baling macam calar jugak la dahi.” Nana mengugut.

Jaja, Mira dah Haq dah tergelak.

44 comments:

FateN said...

hoyehhhhhhhhhhhhhhhhh. suka suka suka!! nak lagi!! heeeee

Unknown said...

aneeza_y..
cepat2 bce
(:

Snow_Queen said...

sweetnyerrrr haq..huhuhuh...

aisya said...

best :)

aisyah said...

hilang tension beb!thanx cik cucur...hehe

Anonymous said...

sweettt...nak lg...

keSENGALan teserlah.. said...

suke suke suke..
hahaha..
haq dah jmpe dgn 3 org wanita nieh..
ad mana???
ad sayang..kuar laa cepat..!!

pasnieh nk jaja n ad lak..
kot2 la kau nk wat ad terserempak ngn dorang berempat kat mall nieh..HAHA..
nak lagiii..

MaY_LiN said...

huhuhu...
ketahuan suda

I ♥ U Bakery House said...

i loiikkeee.. :D
stone xde perasaan.. muahahahaha

Anonymous said...

husna..tgh baca la nih...haha..cepat jea ek komen....ei..x adil...tp best...suka2..sambung lagi..haha..tiap2 jam ada entry pun sy setuju...haha

~aneeza_y~

Anonymous said...

Yeay2...rase mcm nk melompat-lompat je bace, over-excited sket,hehe..thanx cucur..

tp nk lg..bleh? ;p

-mira_himura-

Unknown said...

sambung lagi..
xsaba dh ni..
hehehe :P

Bulanhijau said...

ohhh yeahhhhh..
thank God Vid tak suka Nita tu
heeeee.. ;)))

DianaTakyuddin said...

sukerrrrrrr!!!!!!!!!!!

Hilma said...

hohoho..sweet nya..hikhikhik..=P

Dandelions said...

sukeeee!! thanks writer

ting tong said...

o0o0yeeahh....
lg3...
lalalalalala~~

hazaryu said...

wah2...best2..

Unknown said...

oooh!1 sgt2 ske!! akirnye girls 3 org ni jmpe gk haq..nnt mst makin rapat! sy sgguh ske! ehehehe..mao lg...

~ZYX~ said...

suke...suke...slalu2 la post entry...
part yg nk wat ad dtg tserempak tu pon ok gak...

haikadove said...

hahaa besh besh! lpas 2 entry tension, yg nie tergelak-gelak je bace ;D

NJ said...

hilg ckit tension study bile bce cite ni..
hahaha..
sweeettttt...
nak lg..nk lg...

Anonymous said...

suker....,nk lagi n lagi....heheheheh....xsbr nk tggu nx en3....

Anonymous said...

haaa...apa kata buat tiga2 sekawan tu jumpa soulmate masing masing.ad ngan jaja,vid ngan nana,mira ngan haq.buatlah ad terserempak kat mall pastu nita meggedik minta vid bawa dia gi mall tuh,pastu diorang terserempak pastu jaja ajak makan sama2.pastu nita takdak idea nak borak apa becouse vid,haq,n ad ramah borak ngan nana,mira n jaja.pastu nita minta vid hantar dia balik.pastu haq ajak pusing2 mall dulu pastu ad dengan segala hormatnya memberi nita duit untuk membayar tambang teksi sebab haq tak bagi vid hantar nita balik pastu nita tolak duit tu,and then haq tanya nak ikut ke tak,kalau nak ikut pun haq takbagi ,kalau tak ikut lagibagus,haq kata menyemak je nita ada ngan dorang,pastu vid tetap nak hantar jugak n then haq ugut kata kalau tetap nak hanter bukan kawan dia ngan ad lagi pastu vi mengalah.huhhh,.......panat dah lah...bye

aira said...

cun laa poster cik cucur..thumbs up laa..ofcoz laa had plng smart..ahaha..suke laa haq..cool je..vid pn suke gk..ala2 heartless..cam ne laa die ngn nana yg bnyk ckp tue nnti..huhu..ad ngn jaja msti lwk..cpt2 smbung..xsaba gk nk tau ape jd kamu indah..

Mimi Nurisya said...

best2...dh kenal dh pun dorang....
huhu...arini sbenanye last exam killer paper, td rasa cam nk nagis but bila bc n3 ni nk gelak giler2 plak...

sambung lg ye cik cucur...

manggis said...

huaaaaaaaa...
haha.. pic2 advidhaq tu sgt comey.
yg kiri sekali tu vid, tgh tu haq and kanan skali ad. kan!
hoho
haq jahat.. vid tu kalo stone n heartless, tadenye die na tlg nita. huhu. vid comeyy

Salmiza said...

wahwahwahwahhhh............

cun..

best la kalau hari2 ada update..

keep it up cucur.

atiQah said...

sambung...sambung..sambung..dan sambung....
great job cik cucur....senyum sorg2 bc cite ni...

TAN-te said...

alahai comelnye!!!!! bagus haq!!!! satu kenyataan yg amat berterus terang!!!!! x ske nita!!!!!

Anonymous said...

dlm 3-3 tu...aku plg ska haq...
gaya cam easy going...
vid tu cam hensem yg diam la...
ad .. bleh la...but not my taste
gaya cam wujud ja
muahahahaha

faathah said...

sye sangt gembira..
mcm nk lompat2 jer
haha
nk seme2 enam org jumpe skali..
heh..missing ad la :)

Anonymous said...

like....:)

~daLucky0ne~ said...

alolo...
comeinye...
tengs cucur...
nngah tensen exam ni smpat lg pnjat cni...
~ngeeee
jgn la wat dorg jmpe sume skali gus...
nt cpat lak abes cte ;D

nursya said...

wow...
haq da jd geng si mira, nana ngn jaja la plak..
ok la tu..
senang nana nk dpt info pasal vid...

Anonymous said...

besh sesangat!!! x sabar nk tgu ending..weeee~~

nunaaz said...

bes la cite ni..
sempoi jer..
poster utk heroin pulak mane?heee~

Miss Kira said...

hahahaha... 2 thumbs up for haq... :)

syima said...

wahai cik cucuratap

suka la awak buat org gelak sorang2 dlm opis...mau bdk2 ni kata gila nnti...

sambung! sambung! plisss!!!

Che Sue said...

ketinggalan ketepi.. but neway citer nih mmg seronok n santai jer..
tahniah to cik cucuratap!
akak enjoy sis :D
tak buat marathon ker tuk citer nih?
akak tggu tau! hahaha...

miz.nZz said...

control smile.... control smile...... ngeeeeeeeeee
bos da baget kte mereng jer nie..... hehehe

ifuirafu_yusuri said...

like dis n3..hehe..Haq ni baik nyer..bleh wt calon la..hahaha..n gud job to writer sbb pandai olah citer ni jd difrent novel yg penah i baca..suka la bila writer hbungkn watak each other..maknanya dunia ni kecik je la kan..hehehe

notie said...

alahaiiii manis bagai tertelan gula le dik cucuq.... tapi gbr tu pasai apa Ad serabai cam tu. Pemandu kapal atas langit tu mesti smart le kang buat malu orng MAS je tau. Lain le kalau pemandu ketapi ke bas ke Opss Rapid kl pun hensem dgn baju seragamnya.

Yeh yeh.... ke3nya dah leh masyukkkk geng yahooooo yebedabedu

waniey said...

alah bst nye..
bgus2 haq dh makin baik dgn mira...
nana pn dh tau kebenaran psal nita n vid so xlh sdih2 lg...
minx2 lpas ni haq tlg nana n vid...
skrg tgl jaja n ad je.....

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio