♡assalamualaikum

currently updating First.

Thursday, April 29, 2010

ADVIDHAQ [24]

“jalan-jalan pergi mana?” Jaja bertanya pelik.

Haq menggigit straw. “adelah.” Sengih meleret.

Mira disebelah dah rasa lain macam. Haq nak bawak perempuan yang dia baru kenal pergi mana pulak ni? suka-suka hati.

Haq sengih sendiri. Bijak jugak otak aku ni rupanya bab-bab gini. Patut masa sekolah dulu Arel percaya kat aku jadi mastermind buat scene proposal dia. Dia terpandang Nana yang sedang mengelap mulut dengan tisu. Ah-hah.. dia mengeluarkan handphone dari poket.

“kau kat mana?” Haq bertanya sepatah.

Vid dihujung talian sana dah terperanjat. Tak ada mukadimah tiba-tiba je tanya soalan. “baru nak zohor ni.”

“aaa.. dah makan?” Haq bertanya lagi.

“nak makan la ni pasni.”

“haa.. nanti kau datang Sunway tau!”

Vid berkerut kening. “jauhnya?”

“datang la. makan dekat sini tau.”

Vid mengangguk. “ok.”

Haq senyum lebar apabila talian dimatikan. “seronok betul harini.” Dia tergelak sorang.

Mira, Jaja dan Nana dah tak faham. Kenapa pulak Haq ni.

“Mira, kita pergi somewhere dulu baru kita balik ok?”

Mira mengangguk sahaja. Dah datang dengan Haq,balik pun dengan dia lah.

“Ja, jomlah ikut.” Haq mengajak lagi sekali.

“pelik-pelik je. nak pergi mana? Kitorang nak balik dah ni.” Jaja menjawab.

“ehh.. Nana tak boleh balik! Nana kena tunggu sini!” Haq menjawab pantas.

“nak buatpe pulak nak tercongok kat sini?” Nana menaikkan suaranya.

Haq sengih mengusik. “sekejap lagi,ada orang nak datang jumpa.”

“haaaa?” Mira, Nana dan Jaja menganga besar. Tak faham.

“macam ni la. Lepas zohor, Jaja ikut aku, Nana tunggu sini. Mira dengan saya kan?” Haq mengalih pandang pada Mira.

Jaja dan Nana saling berpandangan. Boleh pakai ke cakap Haq ni?

Haq menilik jam ditangan kiri. “ada hal penting ni. Carik surau jom.” dia berdiri.

Mira ikut bangun dari kerusi.

“ha tu kenapa taknak bangun pulak? Tak sembahyang eh?” Haq mengagak.

“nak bangun la ni.” Jaja ikut bangun.

Nana dah muka gusar. Dia cuti. Haq menyedari keadaan itu. Serentak dia menarik sengih. “Nana, tunggu sini. Jangan bangun tau!”

“eeh! taknaklah! Nak ikut korang jalan-jalan!” Nana membetulkan tali beg dibahu.

Eeh degil. Haq menghampiri Nana. “duduk, aku cakap duduk.” Dia mendekatkan mukanya pada Nana. “sekejap lagi Vid datang sini.” Dia berbisik perlahan.

Haa??????????????????? Tanpa sedar Nana terduduk dikerusi dibelakangnya. Nasib ada kerusi kalau tak duduk kat lantai la jawabnya.

“ok? orait? Setel?” Haq bertanya selamba. Terus dia berpaling pada Jaja dan Mira. “jom.”

Jaja menggaru kepala yang tak gatal. Nak pulak Nana ni ikut cakap Haq? “kau cakap apa kat dia?”

Haq menyeluk tangannya dalam saku seluar. Dompet dikeluarkan dan terus menghala ke kaunter.

Mira tak puas hati Haq tak menjawab. “awak cakap apa dekat Nana?” baca jampi ke hape sampai budak tu terduduk senyap terus.

Haq mengeluarkan not-not 50 ringgit. Dia senyum pada penjaga kaunter restoran. Sengih yang lain macam sampai budak kaunter tu expect dia kene ngurat.

“takde apa. Sebut nama Vid je.”

Mira dan Jaja saling berpandangan. Patutlah pun!

****

Jaja duduk memeluk tubuh di seat belakang kereta. “Haq, baik cakap kita nak pergi mana.”

“jangan risau, aku baik. Takde muka jual orang pun.” Haq tergelak.

“betul-betul la. Mira, nak pergi mana ni?” Jaja membentak.

Mira sekadar menjongket bahu. Dia pun taktau apa.

Kereta memasuki kawasan Sepang. Jaja gelisah melihat tingkap disebelahnya. Ah sudah! “Haq!!!” dia da dapat pick up. Dia bukannya blur sangat.

“shush. Kok ye pun excited janganlah jerit.” Haq senyum lagi. Dalam hatinya seronok mengenakan orang.

Jaja terus terdiam. Geram. Taknak cakap apa-apa dah dengan Haq. Rasa kena main hidup-hidup.

****

Dari jauh Haq dah nampak bayang Ad yang tengah bersandar dengan pilot hat menutupi muka. Tak nampak muka pun dia tau itu Adha. Kesian pulak.

“oi.” Haq menegur.

Diam takde reaksi.

“Ad.” Haq menepuk atas pilot hat perlahan. Tepuk kuat-kuat nanti rosak pulak muka anak orang nanti.

Ad membuka mata. Terjaga dari tidur-tidur ayamnya. Bukak-bukak je mata, dah nampak susuk tubuh Haq yang berdiri dihadapannya. “ha. Baru nak datang. Ingat esok baru sampai. Esok-esok kalau kau mintak tolong, aku taknak tolong. Taknak tunjuk muka pun kat kau.”

Haq senyum. Membebel. Tu entah dah habis mamai ke belum lagi tu. “Ad.” Haq menegur sambil memuncungkan mulutnya kesebelah.

“apa?” Ad tak faham.

Haq memalingkan mukanya lagi sekali kekanan. “hmmph.” Bahasa isyarat yang menyuruh Ad tengok siapa yang berdiri disebelah kanannya sekarang.

Ad mengalih pandangan matanya.

HUH!!??

Jaja menunjukkan giginya sebaris. “manja.” Dia mengejek.

Mira dan Haq serentak tergelak. Ad, Ad.

“ni kau penat lagi ke? aku nak balik la. Hantar anak orang ni.” Haq menunjuk pada Mira. “kau boleh tak hantarkan anak orang yang ni?” dia tunjuk pada Jaja pula.

Ad diam merenung Haq. Nak kena mamat ni. Main redah je bawak anak dara orang kat aku lepastu suruh hantar. Takkan nak cakap tak boleh? “hmm.”

“bye Jaja.” Mira melambai pada Jaja.

Haq tersenyum sorang. Kalau nak diikutkan, macam kerja bodoh juga datang sini semata-mata nak kenakan orang. Habis duit minyak je. Tapi takpe, demi kebahagiaan kawan-kawan, kira halal lah. Berapa sen je pun. “Mira, come.”

*****

Jaja berdiri dihadapan beg tarik hitam Ad. Ad masih duduk dikerusi itu merenungnya. Apa nak cakap ni? janggal pulak tiba-tiba.

Ad bingung. Rasa-rasa macam dah jaga dari tidur, tapi kenapa otak macam tak boleh berfikir? Apa nak cakap dulu? ‘apa khabar?’ atau ‘macam mana boleh datang dengan mamat bertuah tu?’.

“erm..” Jaja bersuara. “saya…” dia bercekak pinggang. Sebelah tangan menarik-narik tali beg sandang. Sangkut-sangkut pulak ayat. “sorry.”

“kenapa sorry?”

“awak..” tangannya dihalakan pada Ad “penat. Tapi…” dia menggaru kepala tak gatal. “saya.. tak reti drive pun. Nak tolong, tapi, sorry.” Jaja sendiri tak faham kenapa mesti Haq buat lawak tak kelakar drop dia disini kemudian suruh Ad hantar. Kerja gila. Takde faedah.

Ad sengih. “wak, janganlah sweet sangat.”

Jaja mendengus. Ceh! Tu yang dia jawab. “sweet tak boleh control.” Tangannya memegang tangkai beg tarik Ad. “jom.”

Ad tergelak. Pilot hat nya disarungkan diatas kepala Jaja. “cepat tarik cepat.” Ad mengangkat blazernya keatas lengan dan berdiri disebelah Jaja.

Jaja menanggalkan pilot hat itu dari atas kepalanya. Dia menjengket sedikit dan meletakkannya diatas kepala Ad. “janganlah sweet sangat awak.”

Ad menarik hat itu dari kepala dan dikepat diketiak. “sweet tak boleh control.”

Mereka berdua berlalu dari ruang legar airport itu ke tempat letak kereta.

*****

Ad menghidupkan enjin Jeep Cherokee-nya. Dia memandang Jaja yang sedang meletakkan begnya ditempat duduk belakang. “awak nak balik cepat ke?”

“kenapa?” Jaja bertanya. Dia masuk ketempat disebelah pemandu.

“erm…” Ad berkira-kira didalam otaknya.

Jaja menarik seatbelt. “nak gerak pergi mana ni?”

“mak saya pesan, kalau ada dengan anak dara orang, kena pergi tempat ramai orang.” Ad terus reverse kereta keluar dari kotak parking itu.

“mak awak tak pesan ke, tak boleh bawa anak dara orang sukahati?"

“oh mak saya kata, kalau saya takpe, kalau lelaki lain tak boleh.” Ad tarik sengih.

“apsal pulak?”

“mak saya kata lagi, kalau orang nama Jaja je boleh bawak pergi mana-mana saya suka.”

“nampak sangat tipu!”

Hahaha! Ad tergelak kuat.

*****

Cherokee hitam itu memasuki kawasan parking dihadapan LCCT. Ad mengangkat handbreak.

“sini?” Jaja bertanya.

“sini ramai orang. Pernah sampai sini?”

Jaja menggeleng. Nak pergi airport apekehalnya, mana pernah naik kapalterbang pun.

“sini tempat Air Asia turun naik.” Ad menerangkan.

Jaja memandang Ad. Tak pernah lagi dia tengok pilot pakai uniform depan mata. Kesian tengok Ad, mesti dia nak rest sekejap kalau tak tadi mesti dah pecut hantar dia balik.

Bunyi pesawat membuatkan kepalanya memandang keluar tingkap. Wah.. kapalterbang berlepas. “macam mana kapalterbang boleh terbang?” innocent.

Ad merehatkan lengannya diatas stering sambil matanya menjenguk ke langit. “sebab nama dia kapal ‘terbang’.”

Jaja membuat muka. “serius la.”

Ad tarik sengih. “pernah dengar aerodynamic forces?” dia memandang muka Jaja.

“saya bukan budak sains la.” Jaja menjawab. Dia dulu SPM aliran sastera.

“ada empat aerodynamic forces.” Ad menunjukkan empat jarinya. “drag, thrust, lift,gravity.”

“belakang, depan, atas, bawah?” Jaja meneka.

“pandai.”

“habistu kepak kapalterbang tu buat apa pulak?” Jaja bertanya seakan budak kecil. “jawapan jangan saintifik sangat nanti saya tak faham.”

Ad senyum lebar. “basically it’s about air pressure.” Tangannya dipanjangkan ke arah dashboard. Sehelai tisu ditarik dari kotak. “pegang ni.”

Jaja mengambil tisu empat segi tersebut.

“pegang elok-elok, lepastu tiup kuat-kuat.”

Jaja mencuba. Fuh! Tak jadi apa pun?

Ad tergelak. “mana nak jadi gitu. Tiup kuat-kuat.”

Jaja mencuba sekali lagi. Fuhhhhhhhhhh! Tisu itu ternaik keatas. Hahaha. Jaja tergelak riang. Macam baru dapat discover benda paling menarik didunia.

Ad sengih. Jadi cikgu fizik la pulak aku harini. Matanya terasa berat. Tadi, berlaku system failure dalam cockpit. Dahla capten tak sihat, mau tak cuak. Nasib dah train, pilot tak boleh menggelabah. Dengan penerbangan yang makan masa berbelas jam, campur cuak dalam dada, nyawa orang yang nak kena jaga.. bila siap landing memang tak ingat apa selain daripada nak rehat.

“nak baring…” Ad berkata perlahan.

Hah? Jaja membulatkan matanya. Apa cakap benda bukan-bukan ni?

Ad tahan gelak bila tengok rupa Jaja macamtu. Dia menurunkan seat pemandu itu kebelakang. “saya nak baring kat sini la, bukan dekat awak. Sekejap je, satu jam sharp saya bangun.” Ad set alarm handphonenya.

Jaja sengih. Segan. Entah apa-apa yang kau fikir tadi Jaja? Dia melihat Ad meletakkan handphone nya diatas dashboard. Lagi satu sifat pilot yang dia tahu selain pandai fizik ialah, sangat punctual.

“taknak mati enjin ke? aircond lagi.. habis minyak.” Jaja menegur.

“takpe. Kereta ni bukan selalu enjin dia bergerak pun.” Ad dah menutup mukanya dengan lengan.

Jaja memandang Ad disebelah. Di kepalanya terlintas sesuatu. Segera dia membongkar beg sandangnya. Sehelai pashmina belang-belang purple-oren dikeluarkan. Dikibas-kibas diudara dan dibentangkan diatas orang sebelah. Melintang? Ke, menegak? Berkali-kali kedudukan pashmina itu ditukar.

Ad tarik sengih disebalik lengannya. Pandai main selimut-selimut orang pulak. “Ja, jangan sweet sangat.”

Ingatkan dah selamat lena dah! “sweet tak boleh control.” Dia membuang pandang ke luar tingkap. Tak putus-putus orang berlegar di ruang berlepas dan ruang ketibaan.

Ad sengih lagi. Pashmina ditarik ke muka.

Tuesday, April 27, 2010

ADVIDHAQ [23]

“actually, macam mana dapat nama ‘Vid’ tu?”Nana bertanya.

Haq sengih. “hai, banyak tanya nampak?”

“malaslah cakap dengan kau ni.” Nana menjeling.

Jaja dan Mira tergelak.

“malas pulak, nak jawab la ni.” Haq masih sengih. “dulu masa ice-breaking time form 1, lepas kenalkan nama semua, cikgu tanya sorang-sorang. Macam nak tengok diorang ingat ke tidak nama classmate. Then, cikgu tanya la sorang Indian ni, apa nama Vid? Lepastu dengan confident nya budak tu jawab, ‘Mohd Syavid’. Lepas-lepas tu memang si Ad dok ulang-ulang Syavid dalam kelas. Melekat la.”

Jaja rasa kebas tiba-tiba. Ad pulak dah. Kan ke Ad tu kawan Vid? Mestilah dia kawan Haq sekali! Isk! Lambat lah kau ni Jaja!

“kitorang member dari sekolah. Vid, Ad, Rai, Aree. Ni kalau Ad tau la pasal Vid dengan Nita ni, memang masak la Vid kena perli. Ad tu pedas sikit.” Haq bercakap panjang lebar. Nasi disuap ke mulut.

“ow.. dari sekolah. Puan Rai tu memang garang ke dari zaman sekolah?” Mira pula bertanya perihal bosnya.

“em.” Haq berjeda. “dia ok, tapi kalau sekali dia marah memang lama la.”

“eh Ad tu nama dia Adha eh?” Nana pula meneka. Tiba-tiba dia teringat borang soal jawab palsu yang Jaja buat dulu-dulu.

“aih, semua korang kenal?” Haq menaikkan keningnya sebelah. Pelik!

“eh takdelah kenal. Tapi taula sebab pernah nampak dengan Vid.” Nana muka merah. Tu la! cakap banyak lagi. Kan dah terlepas. Macam mana pulak nak cover ni..

Haq menyedut straw. Something wrong somewhere budak ni. “kau stalk Vid eh?”

“ey!” Nana menaikan suaranya sedikit. “manede!”

Haq mengecikkan matanya. “Nana….” meleret dia menyebut nama Nana.

Nana muka selamba.

“Nana……” Haq menggoyang-goyangkan sudunya diudara.

“mende?”

“Nana……” Haq tarik sengih nakal.

“apa dia!” Nana tak tahan.

“yellow roses……”

Nana diam. Mira juga diam tak faham apa. Jaja memandang muka Nana. Habislah kau Na, kantoi busuk.

Hahahaha! Haq gelak meriah bila tengok Nana yang dah gelisah. Lama jugak gelak dia berlarutan. Tak boleh nak berhenti.

Nana geram. “Mira, pakwe hang ni agak-agak tghingin nak hidup lama ka dak lagi?” utagha dia dah keluaq dah!

Hahaha! Makin galak Haq ketawa.

Pipi Mira dah merah. “bukan pakwe lah!”

“bukan pakwe, marka.” Haq menjungkitkan keningnya. Saja nak mengusik Nana.

Jaja dan Mira tergelak.

“Haq, aku hantok kepala hang kat dinding satgi!” terbakar rasa bila Haq dari tadi dok mengejek dia.

“awat tak hantok kat cermin keta?” Haq menjawab dalam loghat utagha juga. Dia tak reti pun, mengajuk je!

“kot nak ghasa bulih jugak!”

“amboi chek… garang.”

“jangan dok sebut lagi pasai rose kuning tu. kang ada yang mati tercekik tangkai bunga satgi.”

Haq tergelak lagi. Nana ni betul la.Gila determined nak kat Vid sampai sanggup kasi bunga! “Hindustan betoi hang no. kuch kuch hota hai.”

“bukan kuch kuch hota hai la.” Mira menyampuk tiba-tiba. “tapi Mohabbatein.”

“tengok Hindustan jugak?” Nana bertanya.

“mestilah! Rose kuning sebab symbol of friendship kan?come on la, siapa tak tengok Mohabbatein!” Mira menjawab girang.

Errr. Jaja menggaru kepala tak gatal. “tak tengok pun?”

“geng!” Haq mengangkat tangan. “lagipun silap besar la Na, Vid tak suka kuning.”

“whatever.” Nana dah malas nak fikir. Perkara dah lepas. Vid pun dah melepas.

Meja jadi senyap seketika. Suasana janggal.

Jaja menggosok-gosok tangannya dibawah meja. Rasa macam nak tanya.. tapi, macam.. tak kena. Nak tanya? Ke, takyah?

“Jaja kenapa tak makan?” Mira yang menyedari keadaan Jaja menegur. Apsal macam serba tak kena je.

“aaaaa..” Jaja melihat muka Haq. Karang aku kena bahan macam Nana jugak. Haq ni bukan boleh dapat bahan sikit, mula la nak mengusik. “takde ape lah.”

Haq sengih. “apsal? Minat dekat Ad pulak? Ambiklah.. ambiklah semua.” Haq sekadar membuat lawak. Langsung tak tahu menahu yang Ad dan Jaja pernah berjumpa.

Jaja menelan air liur. Pandai pulak dia ni. Sebenarnya nak tanya, Ad mana? Kerja ke? cuti ke? tapi baik tak payah tanya la. Karang masak aku kena soal macam-macam.

“eh, Jaja memang dah kenal Ad la!”

Semua mata berpaling pada Jaja. Jaja mengurut dada. Nana, kau memang celupar.

***

Vid memutar-mutar tangkai cermin mata dengan jari. Lapar lah dol. Time makan dah ni.

Dia berdiri dan melambai tangan pada Nita. Nita mendekati Vid dengan muka bersinar-sinar.

“saya nak pergi makan.”

“oh. kejap. Saya ambik handbag.”

Vid berkerut dahi. “oh saya nak pergi sorang. Awak makan la dengan crew awak.”

Nita ternganga. “habistu pukul berapa awak nak datang sini balik?”

“kenapa nak datang sini balik?” muka selamba.

Nita rasa menggelegak dalam dada. “saya nak balik macam mana?”

“entah.” Sepatah Vid menjawab. “assalamualaikum.” Dia memakai cermin mata dan terus berlalu dari situ.

Nita berdiri kaku disitu 2-3 saat. Bingung.

*****

Ad menekan-nekan punat handphonenya. Apahal telefon semua orang tak angkat ni? tolonglah… tolonglah ambik aku kat airport ni… tak larat.. tak larat nak drive… penat.. mengantuk… sakit badan… tolong..tolong…

Haq ni pergi site ke hari sabtu gini sampai telefon bunyi tak dengar? duh. Masalah la orang yang kerja dekat site ni. Pekak semacam. Telinga dah tersumbat dengan bunyi drop hammer, orang ketuk paku, entah apa-apa bunyi bising entah lagi. Tapi setau aku sabtu site cuti. Ke buat overtime dia ni. arghhhh! Tekanan! Tekanan! Nak balik!

Bidadari lalu disebelah kiri kanan. Eh silap. Bidadari kepala otak, pramugari la. Ni la bahana penat sangat. Cakap pun merapu. Lainlah Aksara, tu barula bidadari.

Aaaaaaaaa! Apa tiba-tiba Aksara pulak ni!

Tu pun lagi satu menambahkan tekanan dekat kepala. Jual mahal gila sampai tak terbeli.

Ad mendail pula nombor telefon Vid. Boleh pulak tak angkat jugakkkk! Pilot hat yang tergantung diatas tangkai beg tarik diangkat menutupi muka. Karang aku tidur kat airport ni karang…

Ad bersandar dikerusi. Airport lengang. Badannya disandar malas. Matanya terpejam disebalik pilot hat yang menutupi muka.

Zrrr. Handphone didalam poket bergegar. Ditarik keluar. Haq. Pandai pun call balik!

“assalamualaikum. Asal?” Haq bertanya.

“ambik aku. Penat. Tak larat. Mengantuk.”

“co-pilot pun penat?” Haq mengusik.

“woi cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Ayat biar berlapik sikit. Capten aku sakit la.”

“heleh gaya bawak kapal terbang kena tekan clutch semua. Kan ke auto?” Haq tau bila kapalterbang dah berlepas, pilot turn on autopilot atau orang panggil automatic flight control system(AFCS).

“eh eh jangan cakap banyak boleh? Tolonglaaaaaaa..”

Haq tergelak. Muka Jaja dihadapannya dipandang lama. “kejap lagi aku datang.”

“terima kasih! Cepat-cepat!”

“tidur la dulu. Esok aku sampai.”

“cepatlah!!” Ad menjerit.

Haq mematikan talian. “Jaja nak pergi jalan-jalan tak?”

Jaja yang taktau apa benda dah pelik. Nak pergi mana?

Monday, April 26, 2010

ADVIDHAQ [22]

Mira duduk sahaja didalam kereta. langsung tak bertanya nak menuju kemana. Kereta tiba-tiba naik ke flyover untuk parking. Dia berpaling kekiri. Dia kenal bangunan itu. “Sunway pyramid? Jauhnya nak lari dari Nita.”

Haq tarik sengih. Jauh tak jauh, janji aura bossy si Nita tu hilang.

“nak shopping ke?” Mira bertanya lagi.

Haq menggeleng. “tak reti lah. Perempuan suka la.”

Mira senyum lebar.

Haq menjeling sebelah. “suka la tu.”

“my expertise.” Dia senyum lagi. “awak kerja apa eh?”

“nampak macam?” Haq selesai park keretanya.

Mira melangkah keluar. Dia memandang Haq yang berseluar paras lutut itu. “err.. hint?”

“I can draw..”

“artist ke!!” nada excited.

Haq tarik sengih. “belum habis ayat la. Lukis pakai pembaris and set square boleh la. And autocad. Haha.”

Mira mencebik.

“apsal? Berharap nak kahwin dengan artist ke?”

Mira menjongket bahu. “sort of. Nak carik kan ke?”

“baik saya offer diri sendiri.”

Mira menganga. “hopefully saya salah dengar.”

***

Mereka melewati kedai-kedai pakain yang berderet kiri kanan.

“so expert, boleh saya nak uji awak expert ke tak?” Haq sengih mengusik.

“my pleasure.”

“what I’m wearing now?” Haq berdiri tegak dihadapan Mira.

“Black plain round neck Giordano t-shirt. Onitsuka Tiger shoes with grey socks. Quarter pants taktau what brand..”

“memanglah taktau sebab uptown mari.”

Chait! “eei I’m fashion expert la.. memanglah yang tu tak boleh nak teka.”

“kalau seluar uptown bukan fesyen ke?”

“takdelah.. tapi cara awak tanya macam saya boleh teka seluar tu beli dari kedai.”

“eh.. beli kat kedai la ni!”

“architect tak minat high fashion eh?”

Haq menggeleng. “don’t care.”

“Prada sneakers or Gucci loafer?”

“don’t care.”

Mira sengih seronok. “Dunhill belt or Burberry wallet?”

“don’t care.”

“Zegna blazer or Armani tux?”

“lagilah don’t care. Ingat arkitek design duit lepastu print boleh guna kat kedai ke?”

Haha. Mira tergelak. Dia tau, saja je nak menguji.

“saya tak berapa nak kisah sebenarnya apa saya nak pakai. Even Ad pernah gelakkan saya sebab pakai Adidas running shoes pergi makan.”

“sekejap.” Mira mengangkat kedua-dua tapak tangannya keatas. “you!” dia memetik jari.
Haq berkerut kening. “kenapa?”

“awak yang kan one of three guys yang buat bising dekat tempat makan haritu!” Mira teringat kembali insiden dia dengan 3 budak lelaki memekak tengah-tengah dia buat discussion. Rasanya dia pernah menegur dalam hati bila ada salah sorang yang pakai running shoes pergi bersantai.

Haq tergelak kuat. “yah. Itu bukan tempat makan la, tu mapley! Baru nak perasan ke? saya dah lama tau awak perempuan yang pakai kasut tumit yang kalau hentak sikit boleh berlubang lantai tu.”

“ohhhh… mengata!”

Hahahaha!

*****

Nana dan Jaja senyum lebar keluar dari pusat permainan video. Dari tingkat atas, mereka turun kebawah.

“ok la Na, aku memang serah senjata la kalau lawan Wartran Troopers dengan kau.” Jaja tergelak.

“tu la. belum main Rambo lagi.”

“aku tak boleh la. Macam menggelabah kena tembak. Nak reload pun tak ingat!” Jaja tergelak lagi. Game-game ni bukan part dia. Membazir token je bak kata Nana.

“tu la, aku dah warning dah takpayah main, baik kasi aku main sorang.”

Jaja mencebik. Matanya ditala kedepan. “macam kenal….”

“Mira!” Nana dah menegur dulu.

Mira tersenyum. Disebelahnya ada seorang lelaki. “Nana! Syaza! Ni, Haq.”

“ehem-ehem ke?” Nana bertanya straight.

“ha?” Haq blur.

“lunch sekali nak?” Nana ramah mengajak.

Mira memandang Haq, meminta persetujuan.

“sure.” Haq mengangguk. Ni mesti satgi aku tertinggal keretapi. Perempuan kalau makan sama-sama, bukan luak pun makanan tu. Karang bercakap pasal artis la.. baju la.. cerita jiwang la..

****

“harini tak kerja?” Jaja bertanya. Dia tau kalau team majalah biasa hari minggu pun buat kerja.

“sebenarnya kerja.. “ tapi ada orang ajak balik. Dia menyambung dalam hati.

“oww.. tuang kerja pergi dating eh?” Nana mengusik.

“aah dating.” Haq menjawab sambil senyum. “awak tak pergi dating ke?”

Mira dah tergelak-gelak. Percaya la cakap mamat ni.

“ni, dating dengan Jaja.” Nana menunjuk Jaja disebelahnya.

Mira menongkat dagunya dengan lengan. Meja masih kosong, hidangan tak sampai lagi. “apsal tak ajak… siapa your crush tu?”

“Syahid.” Nana menjawab sepatah.

Uhuk! Uhuk! Haq yang sedang menyedut air tersedak. “sorry.” Takpasal-pasal. Perasan member aku sorang je nama Syahid.

“oh macam betul la yang kita assume haritu, budak floor awak tu memang girlfriend dia.” Jaja selamba bercerita.

Haq memasang telinga. Walaupun diorang bertiga buat dia macam tak wujud dekat meja ni, tapi dia masih boleh dengar. Tak salah kan?

“iye?” Mira membesarkan mata. “Nana, awak okey ke?”

Nana senyum hambar. Dah habiskan duit Jaja RM20 beli token takkan nak kata tak okey lagi. Karang kena hempuk dengan Jaja. “okey je. takpe.”

“entah betul ke tak. Entah-entah sibling ke.. cousin ke.. cam tak yang mana satu?” Mira bertanya. Kot-kot lah dia boleh tolong.

Nana memandang Jaja.

“err. Rambut pendek.. pendek macam boy cut tu, fringe. Lepastu highlight-highlight sikit. Tinggi.” Jaja member description.

Uhuk! Uhuk! Sekali lagi Haq tersedak. Bila aku sedut air je, salah timing. Apahal Nita yang terlintas dekat kepala bila dengar ayat Jaja tadi?

“macam Nita! Macam Nita kan Haq?” Mira kalih pada Haq disebelah.

Haq memusing-musingkan gelasnya. “awak…” dia memandang Nana. “mana kenal Vid? Or Syahid.. apa-apa jelah.”

Mira, Nana dan Jaja melopong.

“Syahid tu Vid!”

“Vid tu Syahid!”

“Ya Allah, sama!!”

Kecoh restoran itu sebentar dengan suara 3 orang perempuan.

Haq yang tak tahu hujung pangkal cuma membuat muka straight. Memanglah sama. Apada.

****

“sejak bila pulak Vid tu ber-girlfriend?” Haq bertanya lagi bila excited mereka bertiga telah reda.

Nana yang baru tau didepannya sekarang ialah kawan Vid, rasa segan tiba-tiba. “teka je.”

Jaja menyiku Nana sedikit. Ni la masanya nak bercerita, nak tanya betul-betul. Baru la dapat bukti sahih.

“em. Haritu jumpa.. eh bukan. Terserempak. Nampak la dia dengan perempuan tu.” Nana menerangkan.

“Nita tu?” Haq buat muka.

“ye lah kot. Taktau nama.”

“Nita la tu.” Haq menggeleng-geleng.

“kenapa?” Jaja bertanya bingung. Nampak gaya Haq macam tak suka je.

“tak suka.” Terus-terang Haq mengaku. “sebab Nita tu la saya ajak Mira balik tadi. Banyak perangai.”

“patutlah Vid ada kat sana. Dah kenal rupanya.” Mira menyelit.

Nana tersentak. Betul lah diorang dua orang tu.

“Vid tu..” Haq meletakkan lengannya atas meja. “dia tu cepat kesian. Nita mintak tolong katanya. Entah macam mana diorang boleh contact each other pun tatau la. Tapi tipu la kalau Nita tu girlfriend dia. Vid tu bukan ada perasaan pun.”

Meja itu senyap sebentar.masing-masing sedang membentuk teori sendiri didalam kepala pasal hubungan Vid dan Nita.

“stone takde perasaan macamtu pun ada secret admirer. Good taste huh Nana?” Haq mengusik.

“Haq, gelas ni kalau baling macam calar jugak la dahi.” Nana mengugut.

Jaja, Mira dah Haq dah tergelak.

Sunday, April 25, 2010

ADVIDHAQ [21]

“awak pergi kat kereta dulu, nanti saya datang.” Haq menyerahkan kunci keretanya pada Mira. Matanya masih tak lepas pada Vid.

Mira sekadar angguk.

“jangan angkat dulu tau, tunggu saya datang.” Haq menunduk sedikit, memandang Mira yang separas bahunya.

Mira mengangguk lagi sekali dan terus berlalu.

Haq berjalan dengan senyap dan menyusup ke belakang Vid tanpa dia sedari. Pap! Tangannya menepuk bahu Vid dari belakang.

“woih!” Vid berpaling kebelakang.

“buatpe?” Haq betanya.

“buatpe?” Vid memulangkan soalan pada Haq.

“aku tanya kau dulu.”

Vid memalingkan mukanya kekiri. “tu.”

Haq mengekor pandangan Vid. Apsal dengan minah tak-pandai-angkat-barang-sendiri tu? “Nita?”

“kau kenal?” besar mata Vid disebalik shades gelapnya.

Haq geleng. “kau kenal pulak?”

“dia mintak tolong.” Ringkas jawapan Vid.

“kau ni..” Haq muka serius. “asal orang mintak tolong je, nak tolong. Ey.” Dia menggeleng-geleng.

“kenal haritu. Office Rai. 2-3 days, dia mintak tolong pick up kat balai. Kereta kena tahan, harini dia ada job, aku tolongla hantar.”

“apahal pulak kereta kena tahan! Setahu aku kalau ada dadah je kena tahan!” Haq muka terkejut.

Vid menjungkit bahu. “entah tak tanya.”

“tu la kau! tolong orang pandai padahal dah tau diri tu tak reti nak bermesra alam, nak jugak. Benda-benda penting macamni pun tak tanya. Semua kalau boleh angkut je masuk dalam kereta tu.”

Vid senyap. Haq dan turn on dia punya gaya ‘orang tua’. Tadah jela telinga. Kan dah kata, dia ni sense ambil berat terlebih.

“dahtu? Kau jadi driver dia la pulak dok melangut tunggu dia habis kerja?” Haq bertanya lagi.

Vid mengangkat sebelah bahu. “entah. Ye la kot.”

“ek eh boleh pulak kot-kot..” Haq membetulkan cap diatas kepala. Panas terik! “pinjam Police kau ni kejap.” Dia menarik sunglasses yang tersarung di muka Vid selamba.

“oi!”

Haq meninggalkan Vid disitu. Haih. Dahla bercakap pun tak reti, rabun pulak tu. Selamba Haq mengata didalam hati. Geram.

***

Photoshoot sudah 15minit bermula.

“Mira tolong, the blue necklace?”

“not that one Mira, another one dalam kotak besar tu.”

“Mira boleh tolong tak bagi sandal lain dekat model tu?”

“Mira, where’s the gold bangle? You tak bawak ke?”

“models please change your scarf. Go to.. where’s my assistant?Mira!!”

“Mira can you please hold this one kejap.”

Haq duduk dikerusi lipat itu dengan muka tegang. Ape kemendenya si Nita ni? dok mengarah-arah orang je kerja. Tahun bila la pulak Mira tu diisytihar jadi assistant dia. Perasan. Pangkat Mira tak turun lagi la woi.

Nita berdiri disebelah photographer yang sibuk menangkap aksi model dihadapan kandang kuda belang. “add the eyeshadow please? Cair dah.”

Berkejar make-up artist bersama palet eyeshadow ditangan.

“I taknak you. Hand it to Mira.” Nita memberi arahan kepada make-up artist tadi.

Automatik Haq berdiri tegak macam punggung kena bakar. Over dah ni, makcik.

Mira berlari anak dari tempat aksesori ke arah set fotografi.

“kejap.” Haq menahan jalan Mira dengan lengannya.

Mira berkerut kening. Tak faham. “kenapa?”

“jom balik.”

“tapi kan..”

“Mira kena tolong I, dia tak boleh balik lagi.” Suara Nita memotong.

Haq menarik nafas. Sabar. “cik, cik apa tadi nama?”

“Nita.” Nita meninggikan dagunya.

“ha Cik Nita, Mira came here to help, not to assist you.” Tenang Haq mengeluarkan kata. “dia datang dengan rela hati, jadi dia juga boleh balik dengan suka hati.”

“help dengan assist tak sama ke encik?” Nita bertanya sinis.

“orang yang memerlukan pertolongan, tak bossy around cik. She’s not even your assistant, saja nak bagi tau kalau tak sedarlah kan.”

Nita terdiam.

“balik jom, Mira. Vid, ciao” Haq mengangkat tangan pada Vid.

Vid mengangkat tangan kembali tanpa senyum. Haq tengah panas.

Haq masih berdiri tegak disitu. Menunggu kalau-kalau Vid pun nak ciao sama. Tapi lepas 2-3 saat tengok Vid takde ura-ura nak blah pun, dia terus berpaling kebelakang. Mira disebelahnya masih terpinga-pinga. Handbag Mira diangkat dan dihulur pada Mira. “jomlah.”

“habis barang-barang kita bawak tadi siapa nak bawak balik?”

“memang menipu kalau van prop tu tak muat.” Haq menjawab selamba.

Nita yang mendengar terasa telinganya berdesing.

****

“ha, kenapa?” Haq memandang kiri. Aku bawak kereta, dia tenung macam aku tengah menunggang gajah.

Mira mengiring badannya kekanan. Kedua-dua tangannya dilapik dibawah kepala. Senyap.

Haq memandang lagi kekiri sekilas. “kenapa?”

“Nita is the only one yang bercakap dengan saya dalam office.”

“so I make the thing worst lah ni?” Haq mengagak.

Mira senyap tak menjawab. Mata masih memandang Haq yang tenang memandu.

“dia tu fake lah.” Haq melontarkan tanggapannya. “kalau handbag awak tadi panjang macam T-square, dah lama dah mendarat atas kepala dia.”

“I don’t care. What I care is my job. Dia nak fake ke, pretend ke, hypocrite ke..” Mira menegakkan kembali badannya kedepan. “lantak dia.”

Haq menggosok-gosok tangan kanannya pada stering. Agak-agak nak hentak stering tak?

“saya tahu..” Mira menyambung percakapannya. “Nita tu perangai dia lain macam sikit.”

“ni dah dua tiga macam dah ni..” Haq mencelah.

“I don’t have option.”

“you do.”

Mira memandang kanan. “susah la cakap dengan awak ni.”

“bukan ada kesan pun awak dengar ke tak cakap dia. Yang awak nak kena dengar cakap Rai, your editor slash your boss. And that ‘animal’ theme, macam entah apa-apa. Idea tak fresh. Vogue dengan Marie Claire dah buat berzaman dah kot benda tu. Then dia nak buat photoshoot set tu macam dia punya sorang. Bossy around sana-sini or bossy with you, specifically. Main order je. Padahal nampak sangat yang dia suruh tu bukan bidang kerja awak. Stylist mana ada pergi lari-lari bawak eyeshadow nak tempek dekat models. And jangan lupa dia address you as her assistant. What the heck?” krekkkkkkkk! Haq mengangkat handbreak kasar. Nasib tak langgar lampu merah.

Mira tersenyap. Mana tak terdiam kalau terasa diri macam kena tembak-tembak dengan perkataan yang keluar macam peluru.

Suasana dalam kereta itu sunyi sebentar.

“em.” Mira mencari modal nak bersuara. Tiba-tiba dia tarik senyum. “you know Vogue? And Marie Claire?”

Haq tergelak. Kantoi.





*Police ialah jenama sunglasses
*T-square ialah pembaris bentuk T panjang yg arkitek/eng guna untuk drawing.

Saturday, April 24, 2010

ADVIDHAQ [20]



Haq menutup pintu CRVnya. Baru selesai park. Kunci kereta dilambung-lambung dengan tangan kanan. Harini santai sahaja dengan bermuda dan t-shirt kelabu kosong. Hari sabtu, buatpe nak pakai slack dengan kemeja. Inipun dia singgah pejabat sekejap je nak ambil external hard disk yang tertinggal. Kalau tak, takdenye nak mengadap pejabat. Eceh gaya bercakap macamla duduk pejabat sangat padahal selalu turun site.

Dia terhenti berjalan bila ternampak sebiji mini cooper biru dengan pintu terbuka. Macam kenal. Bibirnya menarik sengih panjang.

Seorang perempuan yang leka memasukkan barang kedalam kereta tak sedar Haq merapatinya.

“assalamualaikum.”

“duh!” Mira menggosok atas kepalanya. Terkejut sangat sampai terhantuk. Kereta ni dahla rendah.

Haq memandang perempuan yang memakai maxi biru dihadapannya. Tergelak.

image by yahoo! search


“waalaikumsalam.” Mira berdiri tegak. “lain kali jangan la sergah macamtu.”

Haq buat muka tak bersalah. “manede sergah. Orang bagi salam la.”

“yela tapi tiba-tiba macamtu..” Mira masih menggosok atas kepalanya. Dahla pakai klip, mau tak sakit berlanggar dengan bumbung kereta.

“sakit ke?” Haq bertanya. “kalau pakai tudung mesti ada protection sikit.”

“apa dia?” Mira tak dapat menangkap ayat yang akhir sekali.

Haq gelisah. Sukahati kau je ye Haq? Ingat Mira ni siapa nak cakap cenggitu? “takde ape. Cantik-cantik ni nak pergi mana?”

Mira mencebik. Tiba-tiba je memuji. “nak bawak barang-barang ni semua pergi tempat photoshoot.”

“awak takde penolong ke? stylist memang angkut benda-benda ni?” kepala Haq menjenguk kedalam tenpat duduk kereta. Mak ai, sendat mampat!

Mira senyum hambar. Stylist apenye, sekarang macam dah takde kerja, jadi kuli jela. “stylist dah ada dekat sana, saya tolong bawak barang je. Sikit-sikit yang tertinggal ni, macam aksesori.. bukan banyak pun.”

Tak banyak? Berkotak-kotak ni aksesori je?

“ada lagi ke kat dalam?” Haq menghalakan jarinya kedalam pejabat GAYA dihadapan mereka.

“ada.. kena buat second round la. Kereta cenonet, macamni la.” Mira tergelak sedikit.

Haq berfikir sejenak. Kalau aku offer nak tolong agak-agak macam lelaki gatal tak? Agak-agak dia ingat aku nak mengurat dia ke hape ke? “kalau bawak naik 4-wheel-drive ni.. mesti sekali angkut je kan?”

Mira mengecilkan matanya. Dapat menterjemah ayat offer daripada Haq tadi.“oh, kenapa? Ada kenal siapa-siapa ada 4-wheel-drive nak kasi pinjam?”

Haq memandang jam di tangan kiri. “aaaaaa… ada..ada. Tapi dia tu banyak songeh sikit. Kalau pakai orang tengah ni tak jalan. Dia nak mesti orang tu sendiri je mintak tolong dekat dia.”

Mira tak dapat tahan sengih. “susah la macamtu.”

“eh tak susah la. lagi-lagi kalau yang mintak tolong tu perempuan. Mintak tolong baik-baik.. cakap lembut-lembut kan, sure melting sampai lantai punya.”

Haha. Terlepas jugak gelak Mira. “thanks la Haq. Awak pergila office awak tu buat kerja. Saya dah biasa la.” Mira berpaling semula pada pintu keretanya yang terbuka.

“eh..” Haq menahan Mira daripada menutup pintu keretanya. Dia berdiri disebalik daun pintu kereta. Kalau Mira slam pintu ni kuat-kuat tadi, memang leper badan jadiknya. “awak betul taknak ni? Tuan CRV hujung tu free. Confirm. Dia tak kisah punya.”

“baiknya hati tuan dia ye?”

“eh baik sangat. Besar hati dia nak menolong. Hati dia sebesar space dalam CRV dia.”

Mira mendongak ke langit. Dia melindung atas mata dengan tapak tangan. Matahari pun dah tegak atas kepala. Dah berapa lama la tersangkut dengan Haq ni dari tadi agaknya? “saya takut lambat ni. Nanti, Nita saya punya stylist tu marah pulak nanti.”

Ala. Haq mengeluh didalam hati. “ok, last offer. Saya hantar, saya tunggu, saya bawak awak balik. Amacam?”

Mira berkerut kening. “photoshoot tu lama.. takpayahla..”

“alaaaa..”

Mira tergelak. “apa ala-ala? Kerja awak nak tinggal macamtu je ke? awak datang hari minggu ni sebab nak buat kerja kan?”

“siapa kata? Saya nak ambik barang tertinggal.”

Mira menggeleng-geleng. Tak mau. Gila apa. Dah la kawan Puan Rai ni. Kawan bos aku nak buli suruh bawak barang pulak.

“ala taknak jugak ke?” Haq memancing lagi sekali.

“taknak. Dahla tadi kata dah last offer kan.”

Haq mengangkat kedua tapak tangannya. “ok, ni paling last offer.”

Mira menunggu apa lagi Haq nak cuba cakap.

“please?” Haq meredupkan pandangannya. Ni dah kira umpan last dah ni. Dah taktau apa lagi dah nak letak kat mata kail.

Mira mengalah. “ok tapi kena mintak awak tolong drive la sebab saya tak biasa bawak kereta besar-besar.”

Haq tergelak. “siapa pulak yang suruh awak bawak? Ingat tuan dia dah tak sayang kereta sangat ke?”

Mira menggeleng-geleng kepala. banyak modal betul.

“nah.” Dia menyerahkan kunci kereta pada Mira. “awak letak barang dulu dalam kereta. saya pergi ambik barang sekejap. Jap lagi saya datang balik.”

Haq berlari-lari anak ke arah lot pejabatnya. Oi tak pernah dibuat mengayat anak dara orang tengah panas terik. Lencun peluh pun sanggup.

Haq teringat kembali ayat-ayatnya tadi. Patutlah abang aku kalau nak pujuk Nisrin pun mintak nasihat kat aku. Pancing baik punya. Boleh tukar nama jadi Haqasanova.

****

“kenderaan prop je yang boleh bawak masuk..” Mira dan Haq bersandar disebelah kereta.

“photoshoot kat sini? Serius?” Haq menanggalkan cap hitam dikepala. Rambutnya dikirai-kirai. Basah peluh.

Mira turut sama memandang huruf-huruf besar ‘ZOO NEGARA’ itu. Betul la. “awak tunggu kat sini la eh? saya masuk dalam.”

“eh. ada pulak.” Tangan Haq laju mengangkat salah satu daripada kotak dari perut keretanya. “dekat mana?”

Mira turut mengangkat satu kotak. “savannah walk.”

Mereka berjalan melepasi orang ramai. Hari cuti, hari orang bawak anak-anak berjalan. Tapi aku dok teman anak orang bekerja. Haq tergelak dalam hati.

“kenapa senyum-senyum?” Mira menegur.

“tengok orang, kelakar.”

“apa yang kelakar?”

“takdelah orang bawak anak kecik, saya bawak orang besar.” Haq menjawab jujur. “awak kerja macam mana sekarang?”

Mira menayang senyum. “biasalah. Ha tu, nampak tu orang ramai-ramai tu?” dia menunjukkan satu kawasan yang dipenuhi orang.

Haq mengangguk. Penuh dengan orang, wardrobe, lighting props.. ek eh? matanya tertancap pada seseorang.

“Nita, I lambat ke?” Mira menegur seseorang yang membelakanginya.

“eh taklah! Tengah prepare. Thank God ada you. Kalau tak siapa nak bawak barang banyak-banyak ni.” Nita menjawab laju.

Haq disebelah rasa ringan je mulut nak menjawab, ‘bawak sendirilah’.

“Haq, letak sini dululah.nak ambik barang lagi ni.” Mira mengarah.

“saya ikut.” Haq menjawab sambil matanya tak lepas dari wajah seseorang. Apahal pulak mamat tu ada kat sini.

Mira mengesat peluh dengan tisu. “jom.”

“eh nampak tak tu?” Haq bercekak pinggang sambil menghalakan pandangannya pada seorang lelaki tak jauh dari Nita.

Mira berkerut kening. “macam…. Kawan awak. Vid?” Mira pun turut pelik.

Haq mengecilkan matanya. Dia buat apa kat sini??

Friday, April 23, 2010

ADVIDHAQ [19]

Jaja baru meletakkan mangkuk sup sayur diatas meja makan. Tapak tangannya dikesat pada t-shirt yang dipakai. Fuuhhh..panas! “Nana!!” dia melaung sambil memandang pintu bilik Nana yang tertutup rapat.

Diam.

“Nana!!”

Diam lagi. Jaja bergerak ke pintu bilik Nana. Diketuk pintu bilik itu perlahan. “Nana!”

Langsung takde reaksi.

“Far-ha-na!!”

“Kick me out! Kick me out!” Nana menjerit melagukan Fake Tales of San Francisco- Arctic Monkeys yang tersumbat didalam telinga. Sebenarnya dengar je suara Jaja yang berteriak dari tadi tapi malas nak menyahut. Kepalanya digoyang kiri kanan mengikut beat lagu sambil jarinya cekap meng-handle PSP. “kick me out! Kick me out!” dia melagukan verse itu sekali lagi.

“Nana! I kick you out betul-betul nanti!” Jaja menggertak dari luar.

Nana menarik keluar earphone dari lubang telinga. Dari baring, dia duduk tegak. Mainannya di-pause sebentar. “ada apa?”

“makan!” Jaja menjawab.

“takmau. Makanlah dulu.”

Jaja menggaru dahinya. “Nana keluar! Makan!”

“busy la.” Nana baring kembali. Mainannya disambung semula.

Jaja bercekak pinggang. Masalah betul perempuan ni. “Nana kau buat apa tu sebenarnya?”

“tengah berperang kat Altavilla.”

Sah! Tengah main Call of Duty la tu. “Nana, keluar makan dulu!”

“tengah middle of war ni. Nantilah.”

“Nana, esok pagi karang PSP tu aku campak jatuh bawah.”

Eeei! Geram betul dapat housemate macam mak tiri gini! Nana menggerakkan ibu jari kanannya ke ‘power’. Alat mainan itu berhenti terus. Mp3 dimatikan. Dia bergerak ke pintu. Tombol dipulas kasar. “hmm?”

Jaja memandang kawan dihadapannya serius. “makan.”

Leceh betul. Nana membuat muka. Dia menarik kerusi dimeja makan. Pinggan kosong diambil. Mulutnya senyap saja.

“apahal pulak ni?”

“taknak cakap.” Nana menarik muncung panjang. Orang dah dengar cakap dia keluar makan ni dah cukup baik.

Jaja tarik sengih. Buat perangai mengada. Nak kena dia ni. “cakaplah.” Dia menyiku Nana perlahan.

“ish. Apa ni.” Nana mengerutkan dahi.

“bunga rose kuning habis eh hari ni? ke, Syahid cuti?” Jaja meneka. Apa lagi yang boleh buat Nana moody?

Nana menadah tangan membaca doa makan. “amin.. dah. Aku nak makan.”

Jaja memandang tajam. “kalau kau cerita dekat aku, esok kita pergi arcade Sunway main Wartran Troopers, token aku belanja.”

Suapan Nana terhenti seketika. “kejap lagi aku bukak cerita.”

Laju aje!

*******

Jaja duduk disofa dua tempat duduk itu. Tv tak dipasang. Slot ni memang khas untuk mendengar cerita Nana sahaja. Dia mengring ke kiri, memandang Nana. “cepatlah cerita.”

Nana melambung-lambung remote tv. “hurm. Tadi nampak Syahid. Dekat tempat parking.”

“oh, macam mana boleh nampak? Kau datang lambat?”

Nana menggeleng. “dia yang balik awal.”

“laaaaaa.” Jaja menghembus nafas. “sebab tu je ke?”

“dia dengan..” Nana menggaru kepalanya yang tak gatal. Payah nak cerita. “dengan girlfriend dia kot.”

Jaja melongo. Menunggu Nana menyambung cerita.

“diorang macam..” remote itu diketuk-ketuk atas peha. “macam betul kapel la. tak tipu.”

Sunyi beberapa saat.

Nana menyambung ceritanya lagi, “Syahid macam…” berat betul ayat nak keluar dari mulut. “macam.. care betul la. Sebab… sebab suruh perempuan tu tunggu dalam kereta dia, jaga kereta dia.”

Jaja senyap. Lengannya ditongkat pada kepala sofa.

“lepastu.. emm..” Nana menggaru batang hidung. “diorang pun.. blah.” Hmmph. “sekian.”

Mata Jaja kuyu. “takpelah Na, entah-entah diorang takde apa pun.”

“agaknya.” Nana mengangguk. Tapi dalam hatinya berkata, mana boleh takde apa-apa kalau dah macamtu rupanya. “takpelah kan, selama ni pun aku macam buat kerja waras tak waras je..”

Jaja tergelak. “apa pulak tak warasnya, kau bukan pergi kejar dia dengan parang ke hape. Kejar dengan bunga tu..”

Nana tarik sengih. “pandailah kau.”

Jaja tersengih jugak. “cun tak perempuan tu? boleh compete kau tak?” dia cuba melawak.

Nana mencebik. “dak. Pakai baju meghah ang-ang. Besaq cam bapak ghanduk!”

Jaja menekup mulut menahan tawa. “Oi! Oi! Tu mengutuk dah tu! dosa tau!”

Nana tergelak kuat. “main-main jelah! Baju merah tu betul la tapi takla besar. Cun je. Tinggi. Pandai make-up.”

Jaja mengerutkan kening. “eh.. rambut dia pendek? Highlight-highlight sikit?”

Nana mengangguk laju.

“hurm. Betul girlfriend dia la tu yang haritu kat office aku tu..”

Kedua-dua mereka tersenyap memandang kipas yang berputar diatas kepala.

“takpelah. Bukan ada apa pun benda ni kan?” Nana cuba menyedapkan hati sendiri.

Jaja mengiyakan. “tapi kalau kau nak tau lebih, nanti aku tanya Mira. Tu satu floor dengan dia.”

“takyah la. Mira pun tengah susah sekarang. Kesian dekat dia. kes dia tak settle lagi kan?” Nana bertanya berbau concern. Betul dia kesian dekat Mira sejak diorang berjumpa dekat klcc haritu.

“remain macam tu jela. Team GAYA dah pilih theme lain untuk issue bumper 3rd anniversary, so kes dia tolak tepi macamtu je. Taktau la pulak sekarang dia kerja macam mana. Aku rasa mesti kena neglect punyelah dengan editor.” Jaja mengagak.

“Mira tu lagi susah dari aku, lagi kesian daripada aku kan?” Nana bertanya jujur.

Jaja mengangguk.

“kadang-kadang kena pandang benda macamni, baru kita boleh bersyukur. Kalau tak mesti nak ingat hidup kita je yang paling kesian, paling susah dalan dunia ni.”

Jaja menarik sengih. Nana, kalau bab buat ayat motivasi untuk diri sendiri, first class.

****

Aree memandang jam didinding rumahnya. 10 malam. Mesti diorang semua dah rilek-rilek dekat rumah. Sebelah tangannya mendukung Adni sementara sebelah lagi mencapai handphone.


“assalamualaikum!”

Haq tersengih panjang. “waalaikumsalam. Oi..lama hilang?”

Aree tergelak. “manede aku hilang. Korang tu yang asik kerja je.”

Haq tergelak. Nak deny apa lagi, dah betul la tu.

“eh ni nak ajak korang ni.”

“pergi mana? Pergi mana?” excited.

“birthday anak aku la. buat kecik-kecik je. doa-doa sikit, makan-makan sikit.”

“lahh.. yeke?”

“iyelah uncle! Uncle ni lupa ke birthday Adni! Dah setahun dah tau!”

Haq menepuk dahinya. Setahun dah? “cepatnya.. ok-ok. insyaAllah. Bila?”

“minggu depan hari sabtu.”

“lah lambat lagi! Lagi seminggu!” Haq mengira hari didalam otak. Harini baru jumaat, maknanya kena tunggu sabtu lagi sekali.

“saja lah nak kasitau awal-awal! Korang ni kan hartawan berjaya dok kumpul harta je.” perli pedas.

“heh. Ok lah. Tapi aku rasa Ad takde la. dia sejak-sejak nak naik pangkat ni busy lebih. Kalau tak terbang pun dia kat MAS. Entah apa dia buat pun taktau.”

Aree muram seketika. “susah la dia ni. takpelah. Nanti ajak Vid sekali tau. Suruh dia ajak Cik Jah mak dia sekali. Cik Jah kan suka datang majlis-majlis gini. Kau pun ajak la family kau.”

“iyelah. Tengoklah nanti.”

“nak bawak bakal bini ke…” Aree mengusik.

“pandailah kau! dah-dah pergi jaga anak. Bergayut kemain lama.”

Aree tarik sengih. “ni usik sikit dah tak boleh ni ada la ni eh? weh,bawak tau!”

“manede lah!”

Panggilan itu berakhir dengan gelak ketawa dari talian sebelah sana. Haq mencebik. Siapa bakal bini yang nak dibawa? Mira?

Dahi diketuk dengan handphone. Apasal nama tu yang terkeluar? Zrrrr. Handphone itu bergegar sekali lagi. Siapa pulak dah. Nama ‘Rai’ terpapar. Haq angkat sengih.

“kau nak kahwin ye Haq!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

Haq menjauhkan handphonenya sekaki dari telinga. Kaum perempuan ni, kalau tang sebar gossip memang laju kan? “Aree la ni bawak cerita?”

“cepatlah! Cepatlah! Nak tau!”

Chait! “kau percaya la Aree tu. aku takde pun nak cakap nak kahwin ke hape. Awek pun takde lagi ni.” pandai-pandai je Aree ni.

“tipu! Kau nak buat surprise ye nanti? Tau-tau je bawak future wife,aku ketuk kau nanti!”

“eh laki kau tak marah ke kau malam-malam dok ugut nak ketuk kepala anak teruna orang ha?”


“Haq cover! Aku tau kau ada seseorang dah ni!” suara Rai memang teruja melangit.

Haq malas nak lebarkan topik. “office apa khabar?”

“ok je.”

“Mira?”

Muka Rai terus masam. “taktau.”

Hmmph. Haq melepaskan nafas berat. Rai kalau marah, susah nak reda. Tu sebab orang takut kerja dengan dia. “jaga la hati orang bawahan kau tu.”

“ish kau ni aku baru je nak borak seronok-seronok. Dah la. assalamualaikum.”

“waalaikumsalam.” Macam mana atmosphere dekat GAYA agaknya? Kena hentam lagi ke Mira tu?

Kesian. Dia innocent. Haq tau fakta tu. Evidence? Her eyes. More than enough.

Friday, April 16, 2010

Qushar & Fad

Fadilah berlari-lari anak. Arrr.. mati la..matila.. kata nak jumpa pukul 12.30 tapi ni dah 2 petang. Sama ada mamat tu bertukar warna kulit jadi hijau takpun dia dah blah.

Ugh! Rasa nak ketuk kepala sendiri!

Dia sampai di pintu masuk KLCC dari lorong pejalan kaki penumpang LRT. Nando’s..Nando’s.. hah! Dia berlari lagi. Siap slide kekiri kekanan nak elak bahu orang ramai.

“ye cik makan sini..meja berapa orang?”

“tak payah. Tak payah.” Tercungap-cungap dia menjawab. Laju dia masuk ke dalam. Tu dia!
Dia sampai dimeja untuk 4 orang itu. Dia berdiri dibelakang kerusi berhadapan dengan lelaki berbaju melayu. Erk? Harini hari raya ke?

“so..sorry…sorry gila-gila punya! Aku lupa!” Fadilah cakap sambil tercungap-cungap menarik nafas. Mana taknya, marathon tadi.

Qushairi tarik sengih lebar. “lek la Fad. Lambat sikit je. duduk-duduk.”

Fad rasa lain macam. Sikit? 2 jam sikit ke? lambat-lambat dia menarik kerusi. “kau sengih-sengih ni.. penyakit apa ni?”

“Fad.” Qushairi mendekatkan dirinya diantara jarak mereka berdua. “aku rasa macam tak pijak lantai!” gelak-gelak.

“kau apahal ni Qushar? Nak mati dah?”

“aku nak kahwin la bodoh!”

Fad diam.

Qushar menunggu reaksi.

Dah 20 saat.

“hoi cakaplah apa-apa.. tahniah ke paling kurang.” Qushar sengih-sengih.

Fad buat muka serius. “harini hari sabtu, kau tak pernah ajak aku keluar tengahari hari minggu. Aku lambat dua jam kau kata takpe tapi before ni kalau aku lambat 2minit pun kau dah bengang-bengang. Kau pakai baju melayu, aku tau kau tak suka dan takkan sentuh baju melayu kecuali pagi hari raya tu pun adalah sejam dua je kau pakai. Kau kata nak kahwin, kau nak kahwin dengan makhluk mana? basikal?”

“kalau basikal tu rupa macam Lisa nak la aku!”

Fad berkerut dahi. “Lisa?”

“Lisa.” Qushar mengiyakan.

“kau kata kau suka Lisa..” ayat Fad tergantung.

“correct!”

“..tapi tak kata kau nak KAHWIN Lisa?” Fad masih blur.

Qushar sengih-sengih tak cukup lebar pipi. “suka bagi aku ialah sampai pergi meminang. Gila tak gila? Sekali Lisa tu pun syok kat aku Fad!”Qushar menggeleng-geleng macam tak percaya. “gila la jodoh kan?”

Fad terkaku. “Qushar…kau.. kahwin?”

“aku kahwin!”

Fad memandang meja. Apasal otak aku macam beku? Apsal ayat beberapa patah perkataan tu pun tak boleh nak interpret?

“Fad! Fad!” Qushar macam menyedarkan kawan baiknya yang dah tersesat ke dunia mana-mana ntah. “aku nak kahwin. Dengan Lisa.”

“ow..owk..okey..”

“aku macam..macam..argh. Gila tak percaya arh. Aku nak kahwin dengan Lisa!” Qushar mengulang fakta itu lagi.

Okey. Whatever. Fad berkata dalam kepala.

“eh Fad kau pergi carik laki sorang. Kita kahwin sama la.”

Buntang mata Fad. “kepala otak kau.”

Haha. Qushar gelak meriah. Happy terlebih.

“ok. ok. Qushar, cut it off. Mana kamera wakenabeb?” Fad muka serius. “bawah meja?” Fad mengintai bawah meja, takde. Dia memetik jari. “haha. Aku tau! Dinding tepi tu eh?” dia seret kerusi kebelakang dan pergi kedinding, takde apa-apa. “funny. Cepat bagitau aku kat mana sebelum krew semua keluar dan aku kena buat-buat terperanjat.”

Qushar buat muka serius. “Fad, aku betul nak kahwin.”

Fad mengeluh. “Fine. Pergilah kahwin.”

“Fad, seumur hidup, aku tak pernah tipu kau. Nak jentik kau pun aku tak sanggup, takkan aku nak sakitkan hati kau nak main tipu-tipu semua?”

Betul.

“Fad, aku happy kalau kau happy. Sekarang kau happy untuk aku kan?” Qushar muka berharap.

“tak.” Jujur.

“alah Fad…”

“ha yelah, yelah.”mengalah.

“sekarang kau buat hati aku kembang. Gila la aku rasa nak leleh.”

Fad mencebik. Malas layan.

*****

Buk! Sling beg dihempas ke sofa.

Ugh! Fatin rasa jantung dia dah melurut ke perut. Tiba-tiba je hantu sorang ni balik.. bunyi salam takde, bunyi pintu gril pun takde. Lompat ikut tingkap hape kakak aku nih.

Fad datang semula ke sofa berangkai tiga itu dan menghenyakkan punggungnya.

“busuklah kau ni. Bau peluh semerbak.” Fatin berkata selamba.

“takpelah. Sekurang-kurangnya aku ni ada hati.”

Erk? Tiba-tiba? Fatin dah tak faham. “kau cakap apa ni? balik-balik je mengarut.”

Fad mencebikkan bibir. “manede aku mengarut. Kau tu yang tak faham bahasa-bahasa halus ni.”

Fatin menggeleng-gelengkan kepalanya. Apa-apa jelah kau ni, kakak. “kok ye pun tarik la dulu tudung tu.”

“taknak.” Sepatah Fad menjawab. Muka dipalingkan kedepan, menghadap tv.

“kau bukan keluar dengan Qushar ke tadi, kak? apsal kau moody?” Fatin mengorek lagi. Dah nama keluar dengan sahabat dunia akhirat, patutnya balik terlonjak-lonjak kegembiraan lah kan. Lain pulak jadi ni apahal?

“hah!” Fad terus mengetuk remote tv di peha adiknya. “si sengal tu nak kahwin!”

Fatin mengerutkan keningnya. “pulak dah?”

“duh. Sakit otak aku. Tak ke…..haih! nak cakap pun takde ayat lah!”Fad menyilangkan tangannya dibelakang kepala. bengang..bengang.

“bercinta la pulak mamat tu. Dengan siapa ha?”

Pak! Fad memukul lengan adiknya. “dengan kawan kau tu la! Apekename. Lipas? Kipas? Lintah?”

“Lisa la ngokngek.”

“ha! konon-konon dari mata turun ke hati, tengok sekali nak lagi…citpooooooooodah!” Fad menarik tudung dari kepala. Rimas la pulak.

Fatin menongkat kepala menghadap muka kakaknya. “tapi kan ke pernah jumpa dua kali je? sekali masa ambik aku kat kolej pastu lagi sekali kat mana ha?”

“entah tak tau aku. malas nak ambik tau.”tiba-tiba je nak kahwin dengan Lisa.. chait!

“eh tapi aku kan kawan Lisa, apasal aku taktau ha?” Fatin mengurut-urut dagunya.

“dia baru gi minang la aku rasa. Siap baju Melayu macam nak pergi bersilat.” Fad mencebikkan bibirnya.

“owww.. pakai la pulak mamat tu baju Melayu. Eh, aku nak pergi call Lisa la. Kot aku boleh tempah ajdi pengapit.”

Dan-dan Fad menarik t-shirt adiknya yang baru je nak melangkah ke meja telefon. Terhenyak budak tu disebelahnya. “berani la kau! aku patah-patah tangan kau nanti.”

Fatin tergelak. “yoo.. gertak sikit dah angin. Ha kau tu duduk je kenapa? Kawan baik nak kahwin tu pergila berkunjung ke rumah dia, buat hantaran ke hape ke…”

“eh Fatin!!” bergegar tiang rumah dengar suara Fad menjerit.

Fatin tergelak lagi. Tau kakak dia tengah panas, saje je kasi lagi bengang. Haih. Kau pun satu Abang Qushar oi, sekali kawan aku kau rembat. Dah ada intan pergi pilih kaca, kuman dekat seberang nampak tapi gajah depan mata tak nampak. Aiseh..aku pulak nak berbahasa halus-halus ni.

****

Krekk.. berbunyi engsel bila Fatin menolak pintu bilik kakaknya. Haih, dah tengahari membuta lagi! “hoi bangunlah!”

Fad menghempap mukanya dengan bantal.

Fatin menggeleng. Tidur serupa ape je. Kaki sebelah terlipat, sebelah terjulur, tangan satu atas bantal satu lagi dah terkulai bawah katil. “bangun la kak oi!”

“taknakkkkkk.” Panjang Fad menjawab.

“Qushar carik kau la!” Fatin dah bercekak pinggang di daun pintu. Dah macam mak tiri dah aku ni.

“taknak bangun! Taknak bangun la!”suaranya tenggelam timbul dibawah bantal.

Haih aku perempuan ni. “Qushar kata kau dah janji nak pergi jumpa Lisa harini!”

Oh..nehi! Fad memejam matanya rapat-rapat. Anggaplah apa aku janji semalam tu mimpi..

“cepatlah kak! bangun! Mandi!”

“taknak, taknaklah!” Fad menukar posisi. Meniarap pula. Apa nak jadi, jadilah. Aku taknak pergi.

“ey kak! Qushar tunggu kau kat depan kau tau tak?”

Automatik Fad bangun dari baringnya. Duduk tegak diatas katil. “apasal pulak dia ada kat depan rumah kita ni.. dia nak pajak tanah rumah kita ke hape..”

“jangan mengarut la kak! pergi la mandi. Kau yang yeye janji dengan dia, aku yang macam separuh mati nak kejut kau bangun. Eeh!”

Fad menggaru-garu kepalanya. Adoiyai.. taknak la..taknak.. tak faham ke. eeh! laju jarinya menarik-narik rambut diatas kepala. Dah macam orang kena renjatan elektrik dah rupa dia. Mengada ar. Apa nak ajak aku sekali pulak.. dah nak pergi makan tengahari sama-sama, pergi jelah dua orang! Mengada!

“eh kak!” muka Fatin tersembul kembali di muka pintu. “kau nak turun ke tidak dari katil tu? kalau tak aku panggil Qushar naik tarik kau.”

“haaa..yelah! yelah! Membebel macam mak-mak!”

“kau nak bangun ke tidak?” Fatin menggertak lagi sekali.

Fad turun dari katil dan berdiri sambil bercekak pinggang. “ha dah!”

Fatin menggeleng-geleng. Perangai mengalahkan budak sekolah rendah. Padahal kalau pergi sekolah rendah tu orang dah boleh bajet dia nak ambik anak.

***

Fad keluar dari pintu rumah dengan muka masam. Siap ala kadar tu dah mesti. Rasa taknak bersiap pun ade jugak tadi. Matanya dikecilkan dek silau matahari yang terpancar dari langit.

“macam nak roboh je tadi Fatin kejut kau.” ayat pertama yang keluar dari mulut Qushairi. Memang betul, dia yang duduk di luar pun rasa macam telinga kena hentam dengan speaker. Ganas betul adik-beradik ni.

“apahal macam baik siap jemput-jemput aku ni?” Fad bertanya.

“salah?”

“takde la. Tak pernah-pernah..”

“banyak soal. Masuk cepat.” Qushar mengarah.

‘banyak soal. Masuk cepat.’ Fad mengejek didalam hati. Dia dah bersedia nak menarik handle pintu seat hadapan kereta Waja hitam itu.

“eh..eh..” Qushar mendekatkan kepalanya dari tempat pemandu ke tingkap disebelahnya. “duduk belakang la, Fad. Depan nanti Lisa nak duduk.”

Loh? Harini sesi menjemput semua orang dari rumah ke hape? Dahla aku macam kena turun pangkat duduk belakang. Selesai membebel didalam hati, senyap-senyap Fad duduk dibahagian belakang kereta.

“haaa..” Qushar melihatnya dari pantulan cermin pandang belakang. “kan dah macam maam besar.”

Maam hek mu! Fad terus menyepikan diri.

****

“Abang Qushar, kita nak pergi makan dekat mana ni?” halus suara Lisa bertanya.

Fad yang dari tadi berjalan sedepa dari mereka mengherotkan mulut. Loya tekak aku dengar.

“emm.. saya pun taktau la..” Qushar menjawab manis.

Ececeh..entah sejak bila ntah mamat ni taktau nak pilih tempat makan. Selalunya sampai bergaduh-gaduh nak menangkan restoran pilihan masing-masing.

Qushar kalih kebelakang memandang muka Fad. “ha kau muka macam tertelan biji kundang tu kenapa?”

Bertuah punya Qushar. Aku telan betul baru tau. Fad memasamkan muka.

“eh kau ada cadangan tak nak makan dekat mana?” Qushar bertanya lagi.

“tekak aku rasa nak makan Italiano la.”Fad menjawab jujur. Alah kalau dapat makan kat Pizza Hut ke pun dah ok.

“kita pergi Gardens nak tak!!”tiba-tiba suara Lisa bersorak riang.

“ok..jom! ok tak Fad?” Qushar menjongket kening.

Fad buat-buat tarik sengih lebar. “yeay! Hehe..seronok!” Fad mengangkat tangan macam superman nak terbang. Habis happy lah tu konon.

****

Fad memusing-musingkan garpu pada carbonara didalam pinggan. Kejap pusing ikut arah jam.. kejap pusing lawan arah jam..

Tap! Garpunya dihentak dengan sudu orang depan.

Fad mengangkat muka dari pinggan. Qushar sengih mengusik.

“jangan kacaulah.” Fad muka masam.

“fungsinya kau disini adalah untuk berkenalan dan beramah mesra dengan tunang aku. paham dak? Bukan pergi menyelam dalam alam fantasi.”

Fad menjeling sebelum tunduk kembali memandang pinggan. Whatever. Malas layan. Taknak cakap.

“ehem.” Qushairi berdehem kuat. “Lisa, awak kenal tak dengan budak depan ni?” Qushar menyuakan sudu menunjuk muka orang depan. Mau tercucuk dalam mata.

“kenal la. kan dia kakak kawan Lisa, Fatin. Tapi kita tak selalu jumpa kan Kak Fad? Pernah beberapa kali je.”

Iyek. ‘kak Fad’. Skema. Fad mengata dalam hati.

“Fad!” Qushar menyergah.

“apa?” kasar.

“respon la. Lisa tanya tu kot.”

“ow. Apa kau tanya tadi?” selamba.

Qushairi menyepak Fad dibawah meja. “auw!!!!” Fad terjerit reflex. “sakitlah bijak!”

Lisa tergelak dengan aksi Fad.

“dia ni memang menggelabah sikit. Dahtu perangai terkenan dengan singa betina pulak tu. Sebab tu takde orang nak kawan dengan dia.” Qushairi bercakap dengan Lisa tanpa rasa bersalah mengata kawan sendiri depan-depan.

“ha! ha! mengata aku! aku balik satgi!” suara Fad meninggi.

Qushar menyiku Lisa disebelahnya. “kan? Saya dah cakap. Macam singa.”

Hahaha. Lisa menekup mulut.

Fad meletakkan sudu dan garpunya rapat kedalam pinggan. “okay! Aku blah!” tak tahan. Baik tak payah ajak orang keluar kalau macamni.

Qushar tarik sengih. “blah ar.”

“aku balik betul ni Qushar..”

“balik..balik..”

Fad menolak kerusi kebelakang dan berdiri. “aku betul nak balik ni..”

“pergilah.”

Fad sakit hati. Dia dah pusing kebelakang.

“eh Fad nanti.”

Haaaa..tau pun nak tahan orang! Fad mengalih kepala memandang Qushar.

“tu.. ada cheese kat mulut.” Innocent gaya Qushar menegur.

Siot! Cipan! Buaya! Cipanzi! Monyet punya Qushairi! Laju Fad meninggalkan meja itu.

Fad berjalan laju sambil memeluk tubuh. Kalau dah tau aku ni perangai tak semenggah, perangai macam singa betina ke hape yang dia merepek tadi, buatpe nak ajak aku lunch date sama-sama in the first place kan? Betul tak? Buang masa. Buat malu pun ada. Aku dah macam penyemak antara dua orang. Macam lalang antara bunga dan daun. Macam daun salad diantara dua keping roti sandwich. Macam alas periuk diantara periuk panas dan meja makan.

Apa yang kau dah merapu ni Fadilah? Ha? maaf, otak tidak betul sebentar.

Tiba-tiba terasa beg sandang yang labuh sehingga ke punggung ditarik dari belakang. Ok. Cuak. Refleks dia berpaling.

Qushar berdiri dibelakangnya dengan sengih tak lekang. Fad dapat rasa kemenangan dalam hati. Tau berkejar carik aku. Dia memeluk tubuh sambil menayang muka straight. Pandangannya ditala kedepan, tak mendongak sikit pun nak memandang muka Qushairi.

“nah.” Qushar menghulur tisu.

Fad mencapai dan menyapu mulut selamba. Tisu kotor dikembalikan ke tapak tangan Qushar.

“kacau sikit pun dah nak meletup.”

Fad diam lagi. Manede meletup, exaggerate lebih mamat ni.

“depan orang pun baran tu tak turun-turun.”

Komplen. Komplen. Tu je yang kau tau.

“kau diam ni kira macam tengah kutuk aku dalam hati dengan dahsyatnya lah kan?”

Nak aku jawab ‘ye’ ke encik Qushairi?

“dah lah. Jom la sambung makan. Mengada-ngada kau harini.”

Fad memandang Qushar tajam. “takpelah. Nak balik.”

Qushar dah pelik. “eh kenapa ni Fad..”

“kecik hati.” Fad terus pusing kebelakang dan menyambung perjalanan yang terhenti tadi. Terasa hati gila-gila bila dikata mengada walhal dia tak macamtu pun.

Qushar terpinga-pinga. Pandai pulak budak ni main kecik-kecik hati? Eh Fad ni comel betul perangai. Apekemende ntah.

****

“Kak, makan.” Fatin mengajak kakaknya makan sejurus Fad meletak kasut di rak kasut sebelah pintu masuk.

“mama dengan ayah tak balik dating lagi?” pantang hari ahad, hilang lesap kemana-mana la parents dia tu.

“belum. Biasalah nanti malam baru balik kot. Kau dah makan ye kak?”

Fad terhenti ditangga. Nak naik atas ke nak makan dulu. Perut lapar tadi makan takat cuit-cuit, tapi hati tengah terbakar ni nak kena kasi sejuk dulu. “aku naik dululah.”

“kak.” Fatin menegur lagi dari meja makan.“kau nak leleh, tunggu aku siap makan dulu.”

Ada la pulak style tahan-tahan airmata ye Fatin? Bertuah punya adik. Mana pernah aku nak leleh-leleh mende kecik macamni. Guinea pig aku mati yelah kena menangis. “aku nak on Tekken 6 ni.”

Sah. Perempuan ni tengah tak betul. Fatin meneka didalam hati. “aku join! Jin Kazama aku cop!” kelam kabut Fatin membawa pinggan kotor ke dapur.

“lambat aku ambik dulu!!” kuat Fad menjerit dari tangga.

***

Buzz!

Qushairi menegur Fad di ym. Duduk office kena ber-ym barulah segar sikit.

Eff_Art : ha kau nak apa? assalamualaikum

qofwaushimalifyaroya : waalaikumsalam. Orang bagi salam dulu, kau bagi salam last-last.

Eff_Art : nak apa?

qofwaushimalifyaroya : tolong aku

Eff_Art : apsal?

qofwaushimalifyaroya : ada sorang kawan aku kecik hati dengan aku la. dahla dia tu macam penting.

Fad buat muka didepan komputer. Rasa nak diangkat jari membentuk ‘L’ didahi. Loser!

Eff_Art : padan muka kau

qofwaushimalifyaroya : fad

Eff_Art : em

qofwaushimalifyaroya : sorry

Eff_Art : em

qofwaushimalifyaroya : macam oh-so-cute betul perangai kau

Eff_Art : singa memang comel

qofwaushimalifyaroya : alololo. Statement jauh hati.

Eff_Art : *talk to the hand*

qofwaushimalifyaroya : kau tau sebab apa aku ngam dengan kau?

Eff_Art : sebab aku comel macam singa

qofwaushimalifyaroya : eh mana kau tau?

Eff_Art : lawak basi

qofwaushimalifyaroya : sorry

Eff_Art : dah cakap tadi kan

qofwaushimalifyaroya : aku susah hati

Eff_Art : apahal?

qofwaushimalifyaroya : singa aku mood tak baik

Eff_Art : siot ingat aku pet kau ke

qofwaushimalifyaroya : kekeke. Jangan macamni.

Eff_Art : em

qofwaushimalifyaroya : jom malam ni pergi Dataran Merdeka tengok lampu.

Nasib baik kau tau favourite aku, kalau tak aku taknak baik dengan kau sampai bila-bila. Fad mencebik bibirnya.

Eff_Art : pukul 9.30. bawak Nikon dengan tripod.

qofwaushimalifyaroya : baik puan!

****

Esok datang rumah aku

Fad membaca mesej adiknya itu dengan dahi berkerut. Rindu aku? takkan. Baru balik rumah sewa dia semalam takkan dah nak jumpa aku. kena tendang kolej ke hape budak Fatin ni. Dia terus menyambungkan talian ke nombor Fatin.

Sesaat dah berangkat. “salam.”

“salam. Ha, kenapa pulak kau ni?” Fad terus bertanya.

“Lisa ni ha. Dia nak masak untuk Abang Qushar. Dia suruh kau jadik cikgu.”

“ala masak jela apape pun. Dia telan je semua.” Malas.

“ala kau datang la sini. Dia nak ajak kau, dia segan. Jadi dia suruh aku la. Datang je la kau kerja bukan sampai malam.”

“taknak ah.”

“mamat tu suka apa weh? Bagi yang simple-simple la. mencangak nanti budak ni nak masak.”

Fad berfikir sebentar. “nasi goreng seafood.”

“orait. Esok kau datang sini tau! Pukul 5 kau terus chow la. drive cepat-cepat.”

Mengarah macam la dia lagi tua dari aku. “ha yelah yelah. Macam mak-mak.”

“shut up.”

“suruh dia beli bahan la siap-siap.” Fad mengingatkan. Takde kerja aku nak pergi pasaraya balik office.

“ok. tapi dia ni masak terkial-kial lagi la. kau kena sabar.”

“tahun bila pulak kakak kau ni penyabar?”

Hahaha. Fatin tergelak. Nasib kau lah Lisa.

***

Fatin duduk di meja bulat didapur. “baiklah puan-puan dirumah, menu kita hari ini ialah nasi goreng seafood yang akan disediakan oleh chef pertama, Chef Fadilah dan chef kedua, Chef Lisa.”

Fad memandang adiknya. Gila. Siap boleh buat botol sos jadi mikrofon.

“baiklah puan-puan mula-mula kita lihat bahan-bahan masakan dulu. Yang pertama adalah..” Fatin mengorek-ngorek isi beg plastik diatas meja.

“bawang merah.” Fatin mengeluarkan bawang merah dari plastik. “yang kedua…” dia menarik satu bekas polisterina yang dibalut plastik lutsinar diatasnya. Ek?

“kenapa ada ayam?” Fad bertanya.

“untuk rencah?” Lisa menjawab.

“kan nak buat nasi goreng seafood. Ish, takkan nama resepi pendek je pun tak ingat.” Fad menegur selamba.

“bukan.” Lisa memegang dahinya. “bukan tak ingat nama resepi.”

Habistu? Fad dan Fatin menunggu sambungan ayat Lisa.

“tak ingat ayam tu bukan seafood.”

Fad menjegilkan mata. Ya Allah sengal apa budak ni.

Fatin menekup muka ke meja. Buat malu member je.

Fad menyarung kembali tudungnya. “chow.”

“takkan kau nak balik dah?” Fatin bertanya.

“baliklah. Kau nak tanggung risiko kalau aku marah-marah budak tu?”

Fatin geleng-geleng.

Fad senyum sikit kepada Lisa. “em, balik dululah. Kau masak la macam mana-macam mana pun. Qushar tu asal halal dia makan je.”

“Kak Fad, sorry ye.” Muka bersalah.

“takpe.” Sungguh merepek budak ni. betul-betul terlupa atau tak pernah ambik tau? Nak aku cadangkan ambik chanel National Geographic kat Astro ke? takpun buat lawatan sambil belajar pergi zoo. Senang, tengok live. Entah-entah sotong pun dia taktau hidup dekat darat ke laut.

Amboi mulut kau Fad kemain lagi. Cili karang.

****

Fad mengecek inbox email. One unread email. Ugh dari mamat nama eja jawi ni lagi.

Aku rasa tag ni menarik gila. lagipun aku tengah mood wedding. REPLY. Huruf besar ni.

Macam-macam la kau. Nasib baik tengah boring.

Rules: Once you've been tagged, you are supposed to write a note with the wedding plan!=) At the end, choose the people you want to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tagged you, it's because I want to know about you! =)



1. How old are you?
** sweet sixteen……… pada sepuluh tahun yang lalu. haha

2. Are you single?
** mesti! Single rocks.

3. At what age do you think you'll get married?
** I think I do not know. Bila Tuhan kasi jodoh, aku kahwin la

4. Do you think you'll marrying the person you are with now?
** siapa? Qushairi? HA-HA

5. If not, who do you want to marry?
** nak george clooney tapi tak confirm dia sunat ke tak, jadi nak kahwin dengan nicholas saputra lah.

6. Who will be your bridesmaid & bestman?
** takmau. Semak. *mesti Fatin marah.*

7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?
** asal menikah sudah

8. Where do you plan to go on honeymoon?
** Kuala Lumpur sebab ada dataran merdeka. *gaya sekarang tak duduk KL ceh*

9. How many GUESts do you think you'll invite
** 2 juta

10. Will that include your exes?
** oh ex aku semua sekolah rendah punya. Haha. Kalau jumpa alamat boleh je hantar kad.

11. How many LAYERs of cake do you want?
** aku tak suka kek tapi Qushar suka paksa aku makan kek

12. WHEN do you want to get married, morning or evening?
** evening sebab morning nanti aku terbabas bangun lambat. Aku susah bangun pagi.

13. Name the song/tune you'd like to PLAY at your wedding.
** the heart of life- john mayer

14. Do you prefer fine dining or just normal spoon&fork?knife?
** fine dining maksud kau macam mana?

15. Champagne or red wine?
** soalan jenis apa ni Qushar?

16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding??
** emm…urm… eh kene tanya dekat partner la

17. Money or household items?
** household item sebab aku tak pandai beli barang rumah

18. How many kids would you like to have?
** 2. Kalau ramai-ramai nanti diorang berebut controller playstation.

19. Will you record your honeymoon in DVD/CD?
** taknak. Malu.

20. Wedding colour theme?
** putih

21. Invitation card?
** kertas A4. Jimat.

20. Whose wedding plan would you like to know next?
** kau. memandangkan kau dah gatal snagat nak kahwin kan.


Butang send di klik. Siapa yang nak kahwin sebenarnya ni? aku pulak yang beria padahal tiada siapa mahu. Tsk. Sadis.

****

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Iaitu hari untuk menghilangkan diri selama 24 jam. Mari berbungkus dalam comforter.

Zzz.zzz. handphone bergetar.

Fad menyelak comforternya. Fatin. Apahal budak ni tengah-tengah majlis nak telefon aku. tak jumpa masjid wilayah ke?

“hmm.” Suara mamai.

“kak, kak, kak. kau kena dengar ni kak.” nada menggelabah.

“hmm apahal?” Fad menutup kuap.

“Lisa cakap ‘tak setuju’.”

“ha?”

“kau tau tengah gamat masjid ni. tiba-tiba dia cakap taknak kahwin.”

“budak tu kan ke sengal. Cuba tanya banyak kali, entah-entah dia lupa soalan tok kadi tu kot.”

“betul la ni kak. eh rugi kau tak datang.”

“buatpe buat sakit hati aku.”

“datanglah sini. Qushar tengah serabut.”

“pandai-pandailah dia nak hidup.”

“jahat la kau ni. kesian dia.”

Hmm. Fad berfikir sejenak. “kau pergi carik dia. pass handphone ni.”

Tercangak-cangak Fatin mencari. Dengan baju kurung tu dia main pusing-pusing satu kawasan masjid. Last-last jumpa pengantin..ek eh silap, jumpa ‘pengantin tak jadi’ dalam kereta.

“Fad nak cakap.” Dia hulurkan handphone.

Qushar mencapai. “hmm.”

“pergi balik, istighfar banyak-banyak lepastu tidur.”

“hmm.”

“Qushar, aku ada.”

“dia taknak nikah dengan aku, Fad.”

“aku ada, aku ada. Dah pergi balik.”

Qushairi meraup mukanya. “malam ni? 9.30? dataran?”

“orait. InsyaAllah.”

Qushar memulangkan handphone kepada Fatin yang dari tadi berdiri didepannya.

“Bang Qushar, Fad falling for you since zillion years ago, you know?” Fatin berkata.

“exaggerate.”

“exaggerate tapi tak tipu.”

******

Malam itu, macam biasa mendongak tengok lampu-lampu sepanjang jalan dekat Dataran Merdeka.

“Fad?”

“hmm?”

“kenapa kau nak The Heart of Life jadi wedding song kau?”

“sebab asik-asik orang play lagu Selamat Pengantin Baru.”

“Fad.”

“hmm?”

“love turns the whole thing around eh?” Qushar menyebut bait lagu tersebut.

“entah lama tak bercinta.”

“bukan kau sepanjang 13 tahun ni bercinta ke?”

Dahi Fad berkerut. “dengan siapa?”

“dengan aku?”

“HA-HA” sepatah-sepatah Fad tergelak.

“Fad, aku macam nak propose kau jadi kind of my life partner lah kononnya malam ni, tapi aku macam taktau la macam mana nak cakap.”

Fad terdiam.

“aku puas fikir dah Fad. Dah puas korek, dah puas kaji dah.”

Fad pandang pokok. Tengok lampu-lampu yang tergantung.

“jangan tengok sana padahal dalam hati kau macam nak cakap yeeha.”

“Qushairi!” siot. Malu. Segan.

“aku nak kena propose ke ha Fad?” Qushar tarik sengih mengusik.

Fad mencebik. “tak perlu kot.”

“actually kan, aku pun macam suka lah wedding theme colour putih.”

Ah. modal nak mengusik aku. menyesal jawab tag haritu. “diamlah kau.”

“anak nak dua je. sikit la. takpe, playstation tak cukup beli la Wii, Xbox..”

“Qushar baik kau berhenti.” Fad menggertak.

“tau tak lepas aku carik-carik alasan kenapa aku macam suka dekat kau, apa alasan aku jumpa?”

Fad terdiam. Sebab.. aku baik? Kot? Ah perasan. ke sebab aku loyal? “apa dia?”

“sebab kau comel macam singa.”

Biasanya dia akan kata benda tu lawak basi, tapi harini dia tergelak.

“nanti kita kahwin eh Fad?” Qushar nekad.

“insyaAllah.”




*Tekken- sejenis game lawan2. tapi Tekken 6 hanya untuk disumbat dalam ps3.
*Jin kazama- player dalam Tekken. kacak bergaya lagi gagah perkasa. *melt*

Saturday, April 10, 2010

ADVIDHAQ [18]

Nita mengetuk-ngetuk pen didahi. Tak boleh jadi..tak boleh jadi. Tak jadi kerja macam ni. isk! Pen itu dihentak kuat di tengah dahi.

Siapa dia?
Siapa dia?
Siapa dia?

Figura lelaki dengan kemeja dan slack menerjah fikirannya. Lelaki itu lah! Lelaki mana lagi! Lelaki ‘itu’ yang mana? Entah! Dia pun tak tahu nak menjawab. Terbayang-bayang lelaki ‘itu’ berdiri didalam bilik Mira. Kemeja dibutang ringkas dan kemudian tangannya mencapai tangkai cermin mata. Bergaya..adalah jugak. Rupa..bolehla tahan. Tapi dia punya attraction.. macam magnet.

Grrrr~ Nita merengus. Pen dicampak kedalam mug. Pergi tanya Mira lah senang cerita! Laju langkahnya dihayun ke bilik penata gaya itu.

“Mira…” mendayu suara.

“hmm?” Mira tak mengangkat muka dari kerjanya.

“haritu kan… emm.. last two weeks kan…” punggungnya dilabuhkan dibucu meja.

“what?”Mira buat endah tak endah. Aku dekat pejabat ni dah serupa fungsi dengan tiang. Langsung tak dipedulikan. Sedih memang sedih,tapi kerja tetap kerja.

“do you recognize someone…”

“who?” cepat Mira memintas.

Nita turun dari meja dan menongkat dagu didepan Mira. “an attractive guy. Very attractive one.”

Mira mengangkat mukanya. “hah?” tak faham.

“last two weeks dia ada dekat sini.. dalam bilik you ni. salin baju. err.. I actually nak cari you, tapi you tak ada. Your special boyfriend ke?” keningnya dijungkitkan.

“ish. Manede. Itu kawan Puan Rai. Accidentally.. terrrambik jadi mannequin.”Mira menggigit bibir bawah. Teringat kejadian lepas.

“oww..”Nita memandang siling. “eh, you kan dulu selalu dengan Puan Rai… takkan you tak kenal?”

Ek eh perempuan ni, teringin tercekik pen agaknya. Mira melepaskan nafas berat. “Nita, you know the rumours kan?” kura-kura dalam perahu…

“ak ah la! sorry Mira! I lupa! No offence kay?” lembut tangannya memegang tangan Mira. “sabar ye. Nanti mesti semua ni reda.”

Mira sekadar membalas dengan senyum segaris. Jadilah tu. “why not you pergi tanya Puan Rai sendiri? Lagipun untuk isu bumper kan you asyik keluar masuk bilik dia..”

Nita bercekak pinggang. “oh! busy betul la untuk third anniversary ni. Thank God I ada backup plan. Kalau tidak, mesti lagi kelam kabut team nak cari idea untuk isu ni.”

Em. Yelah. Whateverlah. Mira senyum lagi.

“ok. I keluar dululah. Tekun betul you susun gambar-gambar tu. Marvelous ain’t it? I yang arrange tu.”

“yes I know.” Mira senyum sambil menggenggam kuat tangannya dibawah meja. Terkilan? Bengang? Entah. Tak tertafsir.

“oh ya Nita?” Mira teringat sesuatu.

Nita freeze di muka pintu.

“His name is Vid. That’s the only thing I know.”

Nita senyum. “thanks.”

*****

Nita senyum tak cukup lebar pipi. Kertas memo ditangan kanan dikibas-kibas ke muka. Seronok! Sedikit pun rasa bersalah tak terkesan dihati sebab mengorek handphone orang lain. Alah, bukan luak pun.

Vid eh..hehe.

Pantas dia mengeluarkan Blackberry kesayangan dari Tod’s coklatnya. Hi. Dia menaip. Eh lambatlah taip-taip ni. Huruf-huruf tadi dipadam. Call je terus.

“hello?” Vid membetulkan bluetooth ditelinga. Baru masuk kereta dah ada yang telefon. Sehari pun tak pernah senyap telefon ni.

“hello. Vid?” Ceria je bunyi.

Vid berkerut kening. Gear reverse ditolak sebelum handbreak diturunkan. “ye saya?” Vid dah pelik. Kalau stok ber Vid-Vid ni kawan time sekolah je. “siapa?” cermin pandang belakang dilihat sekilas, clear. Dia memulas stering dengan sebelah tangan. Lancar Camry itu keluar dari kotak parking.

“hi. I’m Nita.”sengih-sengih.

“oh. ha. em.” Bibirnya mengepit tiket parking. Bersedia nak dimasukkan ke dalam mesin tiket.

“we’ve met before.. heh.” Nita menyilangkan kakinya.

Cahaya matahari terik bila keluar dari basement. Cermin mata half frame ditanggalkan dan diganti dengan Rayban hitam yang diambil dari atas dashboard. “oh.”

“GAYA’s office. Remember?”

Tangan kanan ditongkat pada tepi tingkap manakala tangan kiri menjaga stering. “which one eh?”

“erm. haha. I nak cakap tapi..haha. Embarrassing, awkward moment kot?” jari-jemari Nita memintal kain dress dilututnya.

Vid melonggarkan ikatan tie dileher. Butang atas sekali dibuka. “err. The one yang… masuk bilik Mira tu ke?” dia pun dah ingat-ingat lupa.

Nita senyum. “yah…yah…that one. Heh.”

Vid tarik sengih. Dia tergelak tiba-tiba.

Nita tersenyap. Gosh!!!! He’s laughing!!!! Oh my~ oh my~ oh my~

“ok..ok.. ingat…ingat…”Vid menjawab. Tangan kanannya menyentuh dahi. Betul lah tu. perempuan yang masuk bilik masa aku tengah tukar baju. nasib baik dah sarung semua.

“haha. So.. ah..” hilang semua ayat dalam kepala. That laugh. Ugh. Blow my mind away.

“yes?”

“I just wanna say sorry. Masa tu. Tak sempat pun nak cakap sorry in proper way.”

“benda kecik.” Vid menjawab tenang. “so, Rai gave you my number?”

Senyum Nita mati. “er. I’ve got to go. Nice talking to you.”

Vid pelik. Seumur hidup tak pernah orang cakap ‘nice talking to you’ dengan aku sebab aku bukan jenis macam Ad dengan Haq. “yah. Sure. Assalamualaikum.” Talian terus dimatikan.

Nita terkebil-kebil disebelah sana. Wa..alai…kum..salam.

*****

Hari berganti hari. Nita dah macam gila bayang.

Vid,Vid. You sapu minyak pengasih jenama apa Vid?

Nita nekad, harini, kena jumpa!

******

Vid baru saja selesai makan tengahari dengan klien bila handphonenya tiba-tiba minta diangkat. Nita? Nama terpapar.

“Vid! I nak mintak tolong!”

“ada apa?”

Suara Nita termengah-mengah. “I kena tahan dekat balai! Please Vid.. I dah taktau nak.. nak.. nak mintak tolong…”

“erm.” Vid memandang jam ditangan kiri. “balai mana?”

“Mutiara Damansara. Tak jauh dari Cineleisure.”

“dekat dengan roundabout?”Vid mengagak.

“ha..yah.”serak-serak suara Nita.

“erm. 20 minutes?”

“ok. I’ll wait.”

Vid terus menuju ke kereta.

Nita bersandar pada dinding balai itu dengan perasaan gementar. Blackberry digenggam kuat. Vid, selamat berjumpa semula.

*****

Dua-dua senyap dalam perjalanan pulang. Vid tak bertanya kenapa, Nita pun tak menyatakan apa-apa.

Senyap.

“erm. I singgah office sekejap ambik barang. Few seconds. Lepastu hantar you balik. Rumah ke office?” Vid memecah suasana. Sungguh luar biasa.

“er. Rumah la. Tapi.. you tak masuk office balik ke?”

“dah ambik half day.” Laju kereta itu masuk ke kotak parking. Handbreak diangkat. “tunggu sekejap eh.”

Entah betul hati tengah berbunga-bunga atau otak yang sedang berimaginasi.. aduh. Nita memegang dahinya. Boleh demam macam ni.

***

Nana senyum sorang-sorang sambil memusing-musingkan tangkai rose kuning ditangan. Heeeee. Entah kuntum keberapa. Dia pun tak berani nak kira. Dia nampak kereta itu dipetak parking. Makin lebar senyumnya.

Eh, enjin hidup? Jam tangan dikilas. Belum masuk pukul 4 lagi pun. Alah, salah timing ke aku harini?

Nana menyorokkan badannya disebalik tiang apabila seorang perempuan keluar dari perut kereta. Enjin kereta terus senyap. Silap kereta ke aku selama ni? jangan buat lawak.

Dari jauh kelihatan Syahid berjalan menuju ke kereta. Ahhh sudahhhhh..

Nana memusingkan badannya habis dibelakang tiang. Dekat sangat ni, nanti kantoi payah.

“kenapa off enjin?” itu suara Syahid yang dia tahu.

“bazir minyak.” Itu suara perempuan yang dia tak tahu.

“lah. Kan dah kata sekejap je. jom.”

Berderum bunyi enjin kereta meninggalkan dia.

Tangkai rose kuning dipatah dua. Nana diam seribu bahasa. Tarik nafas, Nana. Mawar yang terkulai itu dipandang sepi.

Nana, Nana kuat. Nana kuat. Nana kuat. Nana kuat. Nana kuat…
 
Blog Template by Delicious Design Studio