♡assalamualaikum

currently updating First.

Monday, March 1, 2010

Farouq dan Kamelia

Tap! Tap! Tap!

Farouq sibuk menekan-nekan kalkulator. Sekali-sekala dia menoleh kiri, kanan dan belakang. Kot-kot lecturer dah masuk dalam kelas. Takde, dia kembali memandang kertas yang penuh berconteng nombor diatas meja. kakinya diangkat ke kerusi hadapan.

Serabut. Jawapan tak logik gila. Apahal aku dapat jawapan berjuta-juta ni? benda paling benci apabila kelas structure- kena buat soalan dekat whiteboard depan. Takdelah nak kata dia benci soalan yang bersangkut-paut dengan fizik dan matematik, tapi dah tak terror nak buat macam mana?

Nota reinforced concrete element tu dia selak sekali lagi. Rumus salah la dol. (kd)² tak letak kuasa dua. Patutlah pun. Kena padam balik. Buat balik semula. Tapi kan.. eh, rajah yang aku lukis ni macam yakin betul je.

Tiba-tiba bunyi kelas bising macam kena tiup angin kuat. Ah sudah.. datang dah Dr. Ling kesayangan..

“question number 1, Farouq.”

Kan dah kata. Dia memang takde intro takde salam memang terus-terus je kena buat soalan. Eh dia orang bukan Islam bukan kena bagi salam pun.

Mata dah jeling-jeling member sebelah. Semua muka kecut tak siap. Nak mintak talian hayat meniru pun sah-sah tak dapat.

Dengan selambanya kertas soalan dibawa kedepan. Whiteboard marker dibuka. Mari mula membelasah jawapan!

*****

“aku rasa macam bakal fail la.” Shah mendengus perlahan.

“aku pun rasa kene camtu. Tapi kalau nak repeat tak larat la weh. Takkan nak mengadap benda ni lagi tahun depan? Tak sangguppppp.” Jay menyahut.

“aku dah agak-agak putus nyawa dah kene sembur kat depan tadi.” Farouq memakai helmet.

Haha. “kau memang. Dah tau nama kau tu favourite dia, yang tak buat apasal? Kan dah kena.”
Meriah je Farouq kena gelak dekat tempat letak motorsikal itu.

“oit,oit. Tu. Tu. Bakal bini aku tu.” Shah berkata tiba-tiba.

Semua kepala menoleh kearah tangga. Sekumpulan pelajar tahun 3 baru turun. Shah ni memang dah sangkut dengan senior sorang ni dari hari pertama senior tu masuk lagi.

Farouq masam tiba-tiba.

“habis kelas ke kak?” ramah Shah menegur.

“takdelah. Buat kerja kat studio.” Kamelia menjawab sambil senyum.

“aku ciao dulu.” Farouq memulas kunci motor dan terus menghilangkan diri.

Kamelia terdiam. Alah, dah biasa sangat.

*****

Hujung minggu. Masing-masing nak balik rumah berlingkar. Tak larat nak melepak dekat kolej dah. Tapi yang dekat macam dia jelah yang balik rumah.

Farouq sampai depan rumah serentak dengan sebuah kereta yang turut masuk terus ke laman. Farouq bukak helmet dan memandang orang yang menutup pintu kereta disebelah. Sekali imbas saja dan terus buat bodoh.

Perempuan itu membuka kunci gril dan pintu. Dia setakat tengok saja.

Pintu dah terbukak. Masing-masing masuk kerumah.

Kamelia mencampak tudung ke atas sofa. Farouq terus menuju kedapur carik air sejuk dalam peti ais.

Seorang perempuan separuh abad turun dari tangga. “dah balik?”

“hai mama.” Serentak Kamelia dan Farouq menjawab. Mereka saling berpandangan macam nak kata, ‘apa tiru-tiru ayat orang?’

“mama nak keluar. Dinner sendiri-sendiri ok?”

Farouq dan Kamelia setakat mengangguk.

Rumah tu sunyi kembali. Kamelia memandang Farouq yang meneguk air didapur. Sengih sinis. Cukup untuk buat Farouq faham.

Farouq diam sahaja. Dia dapat tangkap maksud itu. Malas nak membalas apa-apa, dia gerak masuk ke biliknya.

Kamelia switch-on tv. Mau mati sunyi macam ni sebab dia dan Farouq memang takkan bercakap. Kalau rumah kena bawak angin puting beliung pun rasanya pandai-pandailah masing-masing nak selamatkan diri sendiri. Biarlah tv ni yang bercakap. Sekurang-kurangnya takdelah rasa diri ni tengah tinggal dalam gua dengan seorang mayat bergerak.

****

Farouq menghempaskan diri keatas katil. Remote aircond disebelah bantal dicapai. Ohhh.. heaven! Alhamdulillah la rumah dekat dengan u, ada aircond lagi, dapur penuh makanan, ps3 dan macam-macam lagi. Tapi… yang sleknya, ada minah tercabut urat peti suara dekat depan tu.

Boleh tadi dia senyum sinis kat aku? nak mengata mama la tu. Mama suka keluar, tak lekat kat rumah, balik entah bila. Tapi kan dia, mama. Nasiblah dia nak buat apa pun dia tetap mama.

Sejak-sejak kakak kesayangan dunia akhirat dia tu pindah sini (ayat nak sedapkan hati je), hati ni rasa nak terbakar je.

Dahla satu course, satu universiti. Entah apa nasib dia boleh pindah kredit masuk u sama dengan aku pulak. Menyemak mata memandang je.

Dia bukan taktau mama macam mana sebelum bercerai dengan ayah. Kan ke dia pernah hidup 11 tahun dengan mama sebelum ikut ayah lepas diorang bercerai?

Mama baik, ok je. Mama berubah jadi macam ni lepas berpisah dengan ayah. Mama jadi sibuk semacam tapi dia tak pernah salahkan mama sebab dia faham. Hanya dia je yang nampak macam mana keadaan mama. Dia je yang tau luar dalam mama. Orang lain nak mengata itu-ini dia tak pernah peduli.

Ingat dia kisah ke jiran mengata mama ni kutu embun? Hey, sekuman pun tak heranlah. Korang tu yang dah takde kerja sangat dok tunggu mama aku balik pukul berapa sampai tahan tak tidur, nak mengutuk mak orang macam-macam. Korang tu surirumah, jagalah anak-anak dengan suami tu baik-baik bukan jaga tepi kain jiran.

Masa mula-mula dulu memang dia tak kisah pun bila mama kata minah tu pindah sini sebab ayah kena transfer oversea dan tak boleh bawak dia. Tapi baru nak berbaik-baik, minah tu dah laser dia dulu. “macam mana kau boleh hidup dengan mama macamtu?” tak ke panas hati panas telinga?

Lepas-lepas tu memang dia dah taknak cakap dah dengan Kamelia. Dan Kamelia pun nampaknya taknak cakap dengan dia jugak. Pinggan tak retak, nasi tak dingin, kau taknak, aku lagila tak ingin!

****

Kamelia memandang siling. Telinga bising dengan bunyi tv. Dia mendepangkan tangan. Nasib baik aku tak tinggal dengan mama dari mula. Kalau tak, tataula macam mana aku membesar. Jadi macam budak dalam bilik tu la kot agaknya. Tau menyepah rumah, lepastu buat rumah macam hotel. Sukahati check-in, check-out, pastu ada tukang kemas.

Ingatkan budak tu tak balik rumah minggu ni. Baru merancang nak buat macam-macam. Mama bukan ada kat rumah pun. Ingatkan esok nak enjoy. Tengok MTv sambil menyanyi… nak buat cupcake.. nak shopping kain langsir (langsir rumah ni tak tahan betul mata menengok)… nak kemas cabinet dapur. Tapi kalau kena kongsi rumah dengan budak tu, memang satu aktiviti pun tak boleh nak jalan. Karang kalau aku nyanyi, buat segan je. Nak buat cupcake, karang dia keluar masuk dapur, tak selesa. Kalau aku tukar langsir, nanti dia marah pulak bawak turun harta mama. Nak kemas cabinet, nanti kalau dia carik makanan tak jumpa nanti bising. Masalah, masalah.

Agak-agaknya, mama tak sayang kat anak-anak ke sampai tak ambil berat macam ni? semuanya biarkan. Nak keluar, keluar. Nak balik, balik. Nak duit, kasi. Semuanya suka hati. Takde halangan.

Bukanlah dia tak suka mama, tak sayang mama. Tapi, mama tak bolehla buat macam ni. Kesian la kat aku ni, baru je dapat mama balik, tapi takde kesan pun ada dengan takde. Mama tak kesian ke dekat adik? Mama buat adik macam ni ke dari umur dia sembilan tahun?

Eh, aku merepek apa panggil budak tu ‘adik’. Buat geli je. ceh.

****

Keletang-keletung bunyi dapur. Farouq menggosok mata. Pukul berapa dah ni? dia melihat jam di pergelangan tangan. Mak ai, pukul 8. Tidur mati.

Cepat-cepat dia menukar jeans dengan kain pelekat. Nak maghrib terus, tak sempat dah nak mandi.

Kamelia sibuk memasak didapur. Dia pandang jam sekilas, pukul 8. Budak tu nak kena masuk setan ke tidur maghrib-maghrib?

Nak kejut, macam buang tebiat je. Last-last dia bantai ketuk kuali kuat-kuat. Memang macam bunyi drop hammer hentak pile dekat site. Bukan masak gempak pun, buat paprik je. Janji budak tu bangun.

Farouq keluar dari bilik dengan segar bugar. Mandi dah, sembahyang pun dah. Dia menjenguk kedapur. Perghhh.. patutlah pun aku terbangun. Bunyi kuali berperang dengan sudip rupanya. Minah ni pun satu, dah tau bilik aku dekat dengan dapur, tune tu tak boleh slow sikit ke?

Farouq tercegat je di ruang masuk dapur. Sekali dia memasak, dol. Dah lama dapur rumah ni tak berasap kot. Dia ambik bau. Dan-dan perut dia terus ber-’krokkk..krokkkkk’. Bajet nak keluar dinner dah tadi tapi dah ada orang masakkan tak jadilah.

Heh. Perasan je orang masakkan untuk kau Farouq. Entah-entah minah tu lepas perut sendiri je. Dia bukan ada gaya kakak mithali pun.

Kamelia kaku. Dia tau ada mata yang memandang dari ruang masuk dapur. Apa pandang-pandang? Tak pernah nampak orang memasak ke? akhirnya berjaya jugak buat budak ni bangun. Baru ingat nak buat-buat jatuhkan periuk besi atas lantai. Baru bunyi bergema sikit.

Paprik campur disenduk ke dalam mangkuk kaca besar. Tiba-tiba Kamelia terfikir. Macam mana nak ajak budak tu makan? Alah, tak payah nak berjemput-jemputlah. Rumah sendiri, tau la dia macam mana nak ambik pinggan, nak makan.

Farouq tengok je Kamelia siapkan meja makan. Dia hidang satu lauk, dengan periuk nasi. Gila pemalas nak senduk nasi, dengan rice cooker sekali dia letak atas meja. Dia perhatikan Kamelia masuk balik kedapur dan membuka peti ais. Perghhh.. sekali sirap limau dia dah siap sejukkan. Kamelia lalu depan dia tanpa rasa apa macam dia tu hiasan dinding dapur je.

Kamelia mula tarik kerusi makan. Dia senduk nasi dan ambik lauk. Dia menadah tangan membaca doa makan. Amin.. Allah kasi rezeki aku dapat makan harini walaupun entah sedap ke tak air tangan sendiri.

Farouq memeluk lengan. Ni apa gaya nak buat aku meleleh air liur ni? takmo ajak ke? kejam.. kejam.. takde kakak dalam dunia ni sanggup tengok adik kebulur dalam dunia ni, dia je aku rasa.
Nasi dah separuh terjamah. Kamelia rasa bersalah. Alahai, budak ni tak reti-reti nak makan sendiri ke? takkan nak suap? Buat aku rasa bersalah je tengok muka kelaparan tu. ugh. “makan.” Sepatah dia mengajak.

Farouq rasa macam tak percaya. Dia ajak aku makan sekali tu. ingatkan taknak duduk semeja, nak biarkan aku lapar sampai esok. Dia melangkah kearah meja makan. Lambat-lambat tangannya menarik kerusi. Takkan nak kelam kabut. Kantoilah aku tunggu dia ajak makan tadi.

Kamelia rasa nak tergelak dalam hati. Eleh. Ingat cool habis la tu gerak lambat-lambat tu. blahla.
Farouq mengambil dua gelas dan menuangkan air kedalamnya. Satu untuk aku, satu untuk orang depan ni. Farouq meletakkan gelas lagi satu dihadapan Kamelia.

Kamelia berhenti menyuap. Apahal baik semacam pulak ni?

Farouq tergelak dalam hati. Terperanjat ye kak? Orang berbudi, kita berbahasa. Orang dah kasi makan, kita tuangkan air lah. Tak gitu?

****

Malam-malam minggu, kita kena lepak depan tv barulah remaja. Betul?

Farouq terberhenti dibelakang sofa. Tapi macam mana nak jadi remaja kalau ada orang conquer tv dengan remote?

Remote astro, remote tv, remote dvd player.. segala remote semua atas peha dia. Dvd G.I Joe ditangan kiri dipandang sepi. Maaf ye encik-encik G.I Joe sekalian, malam ni tak dapat tengok kamu.

Kamelia dapat lihat Farouq dibelakangnya dari pantulan dicermin tv. Muka macamtu apahal?
Farouq menggenggam kepala sofa kuat. Dahla tengok Paris Hilton’s bff. Apekehal ntah nak carik member pun nak buat reality tv. Orang kaya memang terlebih duit taktau nak buat apa agaknya.

Kamelia mengalih punggungya dari tengah-tengah sofa 3-seater ke hujung. Karang budak tu mati kejang berdiri mau dia yang kene seret pergi hospital.

Farouq melabuh punggung dihujung belah sini. Dia tengok ditengah-tengah sofa antara dia dan Kamelia. Remote-remote bertaburan disitu. Terbaiklah!

Kamelia sedar Farouq tengah menjeling-jeling remote. Baik bertindak. Satu..dua…tiga!

Kamelia cekap menyambar remote astro tapi sayang remote tv Farouq dapat dulu. Dia ambil pula remote dvd player tapi kena main tarik-tarik sebab Farouq pun dapat pegang serentak.

Masing-masing pandang muka orang dihadapan. Oh adikku.. jangan harap nak main dvd!

Oh kakakku… jangan harap nak tengok reality tv merepek ni sampai habis! Tangan kiri masih memegang hujung remote dvd player sementara tangan kanan menekan punat off pada remote tv.

Hah! Tv! Kamelia tergamam. Dia tutup tv?? Dia tutup tv tengah-tengah aku tengok?? Kamelia menarik remote yang sedang direbut sekuat hati.

Farouq melawan menarik sebentar, kemudian tiba-tiba dia lepaskan. Kamelia terdorong kebelakang sampai kepala terhentak dekat lengan sofa. Dengan pantasnya Farouq mengambil remote yang terlepas dari tangan kakaknya. Haha!

Kamelia menggosok-gosok belakang kepala. Main tipu punya orang.

Farouq tersenyum girang. Sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu, suruh makan dia makan, teknik tarik-menarik dia tak tahu! Haha. Dia terus memainkan dvd yang dari tadi dia pegang.

Remote tv dan remote dvd player dia genggam tak lepas sambil bergerak ke switch lampu. Tutup lampu barulah wayang. Dia menjeling tengok pada Kamelia. Sorok la remote astro tu sampai bila-bila pun. Tak heran~

Kamelia tersentak. Okehh.. aku tak suka gelap! “on!” sepatah dia mengarah.

“off.” Selamba Farouq menjawab.

“on!”

“off.” Farouq duduk buat taktau.

Kamelia mengangkat punggung dan buka balik suis lampu. Terang benderang.

Hoi! Farouq rasa nak mengamuk. Hilang konsentrasi lah macam ni. Dia bangun dan bergerak ke suis lampu. Kamelia yang berdiri tegak disitu dia buat tak nampak. Pap! Dia switch-off lampu.

Kamelia switch-on balik.

Farouq switch-off.

Pap! Lampu terang.

Pap! Gelap.

Pap!
Pap!
Pap!
Pap!

Mereka berlawan-lawan di suis lampu itu.

Pap!
Pap!
Tzzzzzz!!

Lampu padam. Mereka saling berpandangan. Lampu terbakar. Hambik kau.

Farouq buat taktau dan duduk kembali di sofa.

Kamelia cuba menekan suis itu berkali-kali. Memang betul terbakar. Eeh! bengang! Tengah gelap gelita ni agak-agak budak ni perasaan tak aku nak buat apa? Remote astro di tangan digenggam kuat sebelum remote itu diketuk kuat atas kepala budak yang tengah duduk itu.

Hoiiiiiiiiii! Sakit ah!!! Farouq berpaling belakang. Alah kalau tak tengok pun dia tau sape yang ketuk tadi. Nak kena nih. Dia memanjangkan tangan dan mengetuk balik kepala perempuan yang berdiri dibelakang sofa itu dengan remote tv. Remote tv lagi berat oh~

“aaaa!” Kamelia terjerit kecil. Panjang betul tangan. Ke, aku yang pendek sangat? dah geram sangat, dia duduk dihadapan dvd player dan ditekan button off. Ingat takde remote tak boleh nak tutup ke?

“oi!” Farouq menjerit. Karang ada yang nak kena kunci dalam bilik esok pagi karang..

Kamelia tekan pula punat off pada tv. Padan muka.

Farouq dah tak boleh nak tahan. Dia bangun dari duduk dan menarik tangan Kamelia dengan kasar. Dia dudukkan Kamelia diatas sofa. Dia menunduk memandang muka Kamelia dengan jarak satu inci. Gelap-gelap ni nak cakap pun tak nampak. “duduk sini.” Dan dia mengetuk remote sekali lagi diatas kepala perempuan itu.

Kamelia pula menarik tangan Farouq sampai dia terduduk. “duduk!”

“apsal pulak?” Farouq tak puas hati.

“sebab aku kakak.”

Farouq mendengus. Ada pulak macam tu. Dahtu semua nak ikut cakap dia la? ah.. takde-takde. “tengok la cerita ni best ada lawan-lawan, tembak-tembak.”

Kamelia bercekak pinggang. “tengok la cerita tadi… ada scene lawan-lawan jugak.”

Eleh.. setakat tengok perempuan main tarik-tarik rambut tak menarik langsung. “tengok la ni ada lelaki hensem..”

“tak nak.”

Boleh dia taknak tengok cerita daripada action figure yang dia gila-gilakan ni. kecewa kalau Hasbro* dengar orang taknak tengok cerita ni. “dalam ni ada Sienna Miller.. cun lagi dari Paris Hilton.”

Sienna Miller? “ok. pasanglah cepat.”

Farouq dah berkerut dahi. Kakak aku ni normal ke tidak? Lelaki hensem taknak tengok, perempuan lawa nak tengok. Pelik. Nasib ah. Janji dapat pasang. Janji dapat tengok kali ke… err.. 14?

****

Farouq menggeliat didepan pintu bilik. Good morning everibadeh! Dia bergerak ke dapur terus. Ada roti telur atas kaunter. Hari sabtu yang heaven! Bangun-bangun terus ngap.

Kamelia masuk kedapur dengan harapan nak makan lagi roti telur dia buat pagi tadi. Erk?

Farouq menghulurkan pinggan berisi roti telur. “nak?”

Euw. Tak gosok gigi pastu ajak orang makan kongsi. Tak nak aku. “kunci kereta mama mana?”

Farouq menjungkit bahu. Dia tau sebenarnya tapi malas nak jawab.

“cepatlah nak guna kereta ni..”

“bukan ada kereta sendiri ke?”

“mama guna. Dia nak guna kereta kecik. Cepatlah.”

“cakap dulu nak buat apa.”

Ek eh.. comel je nak soal-soal orang. “cepatlah cakap.”

Farouq rasa seronok pulak ada teman dalam rumah ni. “syarat.”

Ugh. Kamelia angkat kening.

“ikut.”

“mengada.”

Farouq mencuci tangannya di singki. “pergi ar siap.”

****

Sabar Kamelia..sabar.. sabar itu separuh daripada iman..

“kenapa nak pergi Giant? Giant ada apa?” si pemandu bertanya.

“dah bosan sangat ke sampai nak ikut pergi pasar?” Kamelia lepas geram.

Farouq tergelak. Alah kakak.. janganlah marah~

Mereka masuk kedalam Giant. Kamelia mengambil troli dan ditolak kesebelah Farouq. “tolak.”

“taknak.” Selamba.

“apsal?”

“aku kan adik.”

Ohhhh… melampau! Kamelia ditinggalkan terpinga-pinga dengan troli disebelahnya.

Farouq gelak lagi. Hai, bau pasar! Nampak sangat kau dah lama tak jejak pasar eh? dia berkejar kepada kakaknya di tempat ayam. “taknak ah ayam. Semalam dah ayam.”

“sukahatilah.”

Tiba-tiba abang Giant disepan mereka berkata, “dik, ikut la cakap suami tu. dia cakap taknak makan ayam.”

Uwekkkkkkkkk! Siapa yang nak berlakikan budak nih?

“ha, dengar tu. jangan masak ayam.” Lol. Farouq selamba bercakap padahal dalam hati rasa nak tergelak terguling.

Apasal ntah aku ada adik jenis tak betul macam ni. Malas nak layan. Kamelia terus menolak trolinya kedepan.

****

Letih pergi pasar. Padahal bukan letih beli barang, tapi letih melayan budak ni nak itu-ini. Masak ni la, jangan masak ni la. yang peliknya aku ikutkan jugak apa dia cakap. Masalah jugak ni. Kamelia merungut sendiri.

“sikit air.” Farouq yang tengah memandu meminta.

“mana boleh kongsi.”Kamelia menarik tin Coke itu rapat kedadanya.

Selamba Farouq merampas tin itu dengan tangan kiri dan diteguk air itu cepat. “terima kasih.” Tin itu dihulur kembali.

Eeh! buat aku marah jela!

****

Hari isnin ada kelas structure lagi. Matila kau Farouq. Eh, bukan aku ada kakak senior dalam rumah ni ke? apa guna kalau tak bertanya, betul?

Tapi.. eh. malulah pulak. Malu bertanya sesat jalan, beb. Dari kena sembur lagi dengan Dr.Ling baik gerak sekarang.

“nak tanya.” Farouq menyergah Kamelia didapur dengan tiba-tiba.

Pak! Kuat Kamelia menetak ekor ikan diatas papan pemotong. “apa?”

Woish. Takut. “structure.”

“apa?”

“steel element dengan concrete element mana lagi senang nak kira?”

“steel.”sepatah Kamelia menjawab.

Ohh.. jadi aku buat soalan steel dululah.

Dahi Kamelia berkerut tiba-tiba. Takkan tu pun taktau? “kau dah berapa kali ambik subject ni?”

Amboi. Itu perli tu, kak. “susah. Ajarla.”

Apa gaya merengek-rengek lak budak ni. “busy ni.” takkan tak nampak orang tengah siang ikan?

Farouq senyum tiba-tiba. Kamelia ni ada tokoh kakak mithali tersembunyi sebenarnya, cuma taknak tunjuk je. tu ikan yang dia tengah siang tu aku la yang mintak tadi. Ceh.

“ala cakap jela nak kira macam mana. Mulut kan tak busy.”

“kira lah W, moment max, S, lepastu dapat la saiz beam dari jadual.”

Farouq sengih. “lahh….tu je? kacang rupanya.”

“lepas tu buat la checking. Nilai S dengan Fv cukup ke tak nak tanggung beban, pastu check pesongan pulak. Karang runtuh lak building.”

“kalau tak cukup?”

“buat balik checking guna saiz beam lebih besar.”

Farouq menyembamkan mukanya. “hah.. banyak kerja la camtu!”

“memangla. Dalam exam maximum kena ulang jalan kira 3 kali kalau saiz tak sesuai.”

Mak ai. 3 kali? Jalan kira kot pendek-pendek takpe.

“jangan kata baru tau?” apa selama ni budak ni tak ambik test ke? kuiz ke?

Farouq senyap. Sebab taktau la aku tanya. Tu pun nak kena explain. Dia masuk kebilik meninggalkan kertas soalan didapur. Tidur lah. Nanti lunch dah siap dia bangun balik.

Pukul 2.30 petang. Farouq geleng kepala. Ingat nak bangun pukul 12 tengahari. Hampeh minah sorang tu tak kejut pun. Dia zohor lepastu terus menuju ke dapur. Senyap je rumah. Kamelia kat bilik dia kot kat atas.

Beberapa kertas kajang dihempap dengan pinggan kosong. Kertas soalan structure diatas sekali. Farouq melihat mengangkat kertas-kertas dibelakangnya.

‘ni contoh je kasi ajar. Lain kali buat sendiri.’

Perghhhhh. Dia buatkan kasi siap. Ni barula kakak mithali! Sayang lah camni!

***

Farouq menyandar belakang badan disebelah singki. Tangannya memegang gelas air sirap limau yang tak habis-habis dari makan malam tadi. Kamelia cekap membasuh pinggan dan kuali di singki.

Farouq gelisah. Aku macam nak cakap.. tapi, macam mana nak mula eh. aku taknak la macam ni. aku rasa dia masak dah best, air pun best, kemas rumah best, tinggal dia je tak best. aku nak cakap pasal mama sementara mama tak balik lagi ni. tapi lidah kelu nak start bercakap.

Aku dah lama tak rasa nikmatnya ada kakak. Kasi chance la, walaupun dah besar panjang ni baru nak mengada-ngada jadi adik. Jadilah tu dari tak dapat langsung. Farouq tau Kamelia tak suka dia mengada-ngada macam tu, tapi dia nak jugak. Dan dia taknak hilang Kamelia lagi.

“weh..” Farouq mula menegur.

Kamelia buat bodoh. Apa weh-weh? Panggil orang macam gangster.

Nak kena tukar ni. Farouq mengagak. “kak.”

Kamelia rasa hati dia kembang. Terharu lah beb. Last aku dengar dia panggil ‘kak’ masa aku darjah lima. “hmm?”

Farouq tak terus menjawab. Dia susun ayat cantik-cantik dulu dalam kepala. “jangan marah mama.”

Tangan Kamelia terhenti dari menyabun mangkuk kaca. “manede marah.”

“Adi tau akak tak puas hati dengan mama.” Perlahan Farouq berkata.

Kamelia menutup pili. Adi. Dalam dunia ni, dia je yang panggil Farouq ‘Adi’. Dia dapat adik masa umur 2 tahun, mana sampai nak sebut Farouq Hamdi. Budak ni, buat aku rasa sentimental nak menangis la pulak.

“manede.”

Farouq menukar posisi. Dia berdiri didepan Kamelia. “mama sayang kita.”

“tak kata pun mama tak sayang kita..” Kamelia tunduk memandang lantai.

“mama kerja. Kita mana tau masalah mama dengan ayah sampai diorang cerai, sampai kita pun tak boleh jumpa. Kita tak boleh salahkan siapa-siapa. Mama sedih, sunyi, susah, kita bukan tau.”

Kamelia terdiam. Tapi mama tak bolehla macam ni..

“Adi tau akak nak tinggal sini jadi akak boleh hidup dengan mama. Tapi apa akak harap tak dapat.”

Kamelia menggigit bibir.

“Adi tau sebab Adi pun nak merasa macam mana hidup dengan ayah jugak..”

Ayah sibuk jugak tapi takdelah macam mama… Kamelia menjawab dalam hati.

“mama bukan sengaja nak neglect akak..”

Neglect. Kamelia rasa nak menangis.

“mesti dia tak biasa. Akak taktau macam mana dia berharap dapat jaga akak masa dulu-dulu.”
Kamelia rasa mata dia pedih.

“jangan salahkan mama. Mama tak salah apa-apa. Single parent tak senang.”

Ah. ter-menangis pulak.

“kak..” Farouq menegur perlahan.

“akak sayang mama kan? Akak taknak mengata mama lagi kan?” Farouq terus menarik Kamelia kedadanya.

Kamelia menangis semahu-mahunya tanpa segan silu. “akak tak faham mama..” dia menarik sedu. “first day akak pindah jiran dah kata macam-macam pasal mama..” airmatanya keluar lagi. “akak..” dia tak dapat nak menghabiskan ayat.

“diorang tu yang menyibuk hal orang sana-sini. Mama tak pernah kutuk diorang pun. Mama bukan keluar saja-saja. Mama buat kerja dia je.” Farouq dah menyirap. Dah agak dah, mesti akak termakan cakap orang lah ni.

Kamelia menjarakkan dirinya semula. Dia bersandar pada singki. “tapi mama macam tak suka akak tinggal sini. Mama asik keluar rumah.. macam menyampah pandang muka akak..”

“takdelah. Dia memang macam tu la. Tu ar akak ni, ada mulut taknak tanya. Main agak-agak sendiri je.”

Kamelia mengelap pipi dengan lengan baju tidurnya. “akak pulak. Akak orang baru dalam rumah ni. patut Adi ar bukak mulut bagitau. Macam simpan mutiara je dalam mulut tu.”

“Adi pulak salah..”

“memang la.”

“akak la.”

“Adi la.”

“Akak la.”

“Adi la.”

“plaster mulut tu baru tau.” Adi mengugut.

“kene sepuk mulut nak?”Kamelia pulak menggertak.

“eh masa Adi darjah satu dulu akak betul-betul sepuk mulut sorang budak ni sebab dia ejek Adi kan?”

Kamelia tergelak. Malu. Over acting betul masa budak-budak dulu. “padan la muka dia.”

Farouq tersenyum. “seronok kan dulu?”

“agak la..”

“dulu kalau naik van sekolah mesti akak pegang je tangan Adi taknak lepas. Kalau budak lain main-main dalam van pun akak peluk je bahu Adi taknak kasi Adi join.”

Kamelia mencebik bibir. “sekarang akak nak peluk pun dah tak sampai. You’re big!”

“akak tu yang pendek cekeding. Ni bukan big la, ni buff.”

“ceh! Perasan.”

“takpe. Akak dah tak payah jaga Adi. Adi pulak jaga akak.”

“Farouq Hamdi..”

“….is a nice guy.” Farouq menyambung ayat kakaknya.

“perasan!”

*****

Kamelia senyum. sekarang dia tau, mama perempuan baik. Mama sayang dia. Mama tak menyampah pun dengan dia.

“eh, balik kolej sekali la nak?” Kamelia meng-offer.

“lepastu Adi punya motor cane?masuk boot?”

Haha. Kamelia sekadar gelak.

“macam mana ar kalau Shah dapat tau..”

“tau apa?” Kamelia bertanya.

Heh. Biarla surprise. “ada la.”

****

Farouq nampak Kamelia lalu dihadapan tempat letak motor. Dia tengok Shah usha lain macam. Heh. Perfect.

Dia mendekati Kamelia dan terus menarik tangan kakaknya rapat.

Shah dengan Jay dah ternganga. Apahal?

Farouq mengeluarkan sekeping chewing gum dari poket. “nah. Upah terima kasih. Harini Dr.Ling senyum lebar tengok Adi buat soalan dia.”

Shah rasa nak jatuh dari motor. Mesra gila kot. Ber-Adi pulak tuh.

“ni je? ceh.” Kamelia mengetuk perlahan kepala Farouq dengan fail ditangan. Tak sakit pun.

“ehh.. asal akak pukul kepala kawan kitorang?” Jay selamba redah bertanya. Aksi drama agak-agak la.

“sebab… sebab apa ha Adi?” Kamelia tergelak.

“sebab dia sayang aku la.” Farouq menjawab selamba.

Kepala tak betul dia start dah.

“ehh.. kau jangan..” Shah bersuara.

Farouq menarik bahu Kamelia disebelah. “ni kakak aku la. Dunia akhirat punya.”

Kamelia senyum lebar. Yelah Adi. Kita adik-beradik sampai bila-bila. Oh, dengan mama dengan ayah pun kita satu keluarga sampai bila-bila.




*Hasbro ialah toy company yang buat G.I Joe action figures.

49 comments:

zarith said...

superb ar...
best2.. aku touching kot bace kesah 2 bradik tgh2 mlm cmnih..
ulalalala....

Unknown said...

best2,,,,
bce kesah adik beradik,,,,

Anonymous said...

waaa..best2..
mekasih la cucur wat n3 baru..
tbe2 aku jd rindu ngn adk beradik aku..
ble la nk g melepak beramai2 lg~

-che na-

Hafia Hana said...

hohohohho...

smbung lg..
mskkn Shah plak

ღAuni_Amauniღ said...

huuu~ bez2~ keep it up ^^

-Ain-Dak In- said...

oooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo..bes..bes..bes...

Aishah Hamzah said...

uish....best gler......buat la lagi cter2 yg best2 cm nieh.....

Wahida Jumaat said...

best..even bnyak analog dlm hati..hehehe..anyway..tenks wrote dis story.. thumbs up

arissa said...

Best...best..
:)

Anonymous said...

haha..touching giler.. masyook!!!

hilma~

fisa said...

best giler cite ni..mmg jrg nk de psl kisah ksh syg adik bradik...tahniah..cite yg best and de nilai moral yg tggi..

Amal said...

best!
sebab kau pandai olah cerita..
even bukan pasal cinta. tetap tacing.
salute kau lah weh!
:)

haikadove said...

waaa. cite adk bradik nie slalu da best laa. touching~ huhuuu ;D

adikkechik said...

nice!!
jarang ade story 'bout family yg besh camni!!!
soo cutee~~

Pitak said...

sweet.
haha.
ko mmg superb ah.

MaY_LiN said...

best kan dapat kakak cenggini..
sis..
disepan~didepan

TAN-te said...

yezza!!! akhirnya ade gak klua cerite. best!!!!

Anonymous said...

cik cucuratap, cerita2 awk mmg x penah mengecewakan. sy pernah suggest kt en. rizal kakinovel suruh survey2 cite awk buat novel. tp x tahu la mcm mana. harap2 ada la yg berjaya dbukukan. kamu indah best gak klu jd novel. try la survey line. hehehe.

nurulfzz said...

wlaupon bkn kisah cinta,still best.
btol2 mcm komen kt atas tu,cter2 awk x prnah mengecewakan.congratz cik cucur =)

yonna arisa said...

buah tangan bulan march~ hoho..
lama kot tggu..

Anonymous said...

bes giler...lama dah x baca cerpen yg best

aku x suke adik gedik gak...
tp dia naaaakkkk gedik jgk
hmmph.

intan_aya said...

best lar...
biase citer cinte aje...nie baru best pasal family...

sokong2 kak cucur atap...

sweetrose maria said...

wah, best sgt citer ni..

kalau buat sambungan pun, sangat ok..:)

qyqa said...

akak cucur kodoq...
bes citer..
menyentuh hati.
lain dr yg len.
bes2..
release tension ni tau...

jgn lupa smbg advidhaq....B)

agent_sesat said...

mati2 igt nie bf dier...ciss...x pun adik beradik tiri ker....

hahahah... :p

Anonymous said...

HAI,NICE STORY...EMM NAK TANYA BILA NAK POST N3 BARU ADVIDHAQ...RINDU AR NAK BACA.....THANKS

DiLa huSni said...

bes3!!

x tipu!!

keep up ur work.

haha

Bulanhijau said...

niceeeeeeeeeeeee

sweeeeeeeeeeeeeeeeeeeet

;))

keSENGALan teserlah.. said...

aku nak kakak..!!
haha..

Anonymous said...

I always love your work. I'm your fan and will always stay that way. Keep on producing brilliant stories k. Support you always! All the best.

:)

CupCakePanda

sugar2 kapas strawberry said...

so sweet..hihi ;)

ayien said...

sgt3 lah besh....
da lme xbce n3 bru...
huhuhu...
thnx cucur...

Anonymous said...

nice story...
bgus jugak cite macm ni...
sblm ni asyik baca crita cinta jek...

NuRuL92 said...

ala,
cte nie xkn la abis cm tu jew??
igt st0wy pnjg,
bb ad part yg shah suke kamelia tu...
huhu

NurabaDie said...

~best...ayt rgkas jerk...tp mnarik...nk ngis msa part adi pjuk akk dia...huhu..thankz~

cik kunang said...

gler best diz story..
nk lg!!
:)

,;syacky;, said...

kak,,nape cerpen akak mesti nma hero n heroin,,
xbleh kew kak wat tjuk??tpi its ok,,
6t sy egt,,kak cucuratap ni msti yg suka ltk tjuk cerpen dy nma hero n heroin,,
its ok,,bkn mslh pom,,best r cite ni,,!!~

Anonymous said...

touching arrr......

Anonymous said...

bestnye...ase cm nk meleleh je air mte ni
waaaaa......sdey2

Anonymous said...

seronoknye dpt kkk @ adek mcm ni...
npe kkk sye xmcm ni...='(

Anonymous said...

haha sweet siblings... jarang r owg nk wt citer pcl adk bradik.. besh r.. tp un npe r x dpt adk cm nyh.. kn aman dunia.. ny x nk gduh jewp.. remote tv pown dy conquer sowg2.... (tul ker ejaan??)

Anonymous said...

best ar cite nie... xda butang like mcm dlm facebook??hak3

Anonymous said...

nk kakak gk! ok,hmpir menangis baca cite nie~

Iman Najjwa said...

bez!!!
walopun baru fisst time bukak blog..n carik bende2 cm nie...hehhee

Mar said...

lg cite best! serius x nyesal jmp blog nih!

Unknown said...

oh best nyer citer nih. rindu kt adik tetiba xD

Anonymous said...

best kot

Anonymous said...

syok jer bace!!!gud2!!
~vida~

Unknown said...

sweet sibling....

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio