♡assalamualaikum

currently updating First.

Tuesday, March 30, 2010

ADVIDHAQ [17]

Jaja berjalan kaki ditepi jalanraya. Tadi teksi memberhentikannya dihujung jalan saja. Dah nampak dah papan tanda bangunan yang dia nak tuju.

Satu demi satu kereta yang diletakkan dibahu jalan dia perhatikan. Apa dah tak cukup tempat letak kereta ke? Atau malas nak masuk basement?

Jaja melintas sebuah Jeep Cherokee hitam. Ada sesuatu yang membuatkan dia reverse kembali langkah kaki kebelakang. Dia merenung tingkap belakang kereta itu. Sehelai kemeja putih tergantung dengan hanger.

Jaja tergelak sendiri. Apahal entah teringat dekat seseorang. Silly, Jaja. Ntah-ntah uniform pegawai imigresen.

“nak beli kereta ke?”

Jaja tersentak bila satu suara menegurnya. Kusss semangat! Dia memandang seorang lelaki yang berdiri didepan bonet.

Adha!

Ad masih senyum-senyum. Tu ada la tu nak membahan orang.

“nice Jeep.” Jaja senyum. Baru teringat dah muncul depan mata ke? Hebat.

Ad dah pelik. Kot la kereta aku ni Mazda6 ke, Lancer ke, Mercedes ke paling kurang.. memangla ‘nice’. Ni pun sebulan tak basuh. “ninety-seven Cherokee. Nak tengok enjin?” Tangan Ad dah ura-ura nak membuka hood kereta.

Jaja tergelak. “sudahla, Ad.” Tali beg silang dibahu dibetulkan.

Ad bergerak mendekatinya. “yeye usha macam dekat showroom. Kenapa?”

“saja. Kereta awak?”

“yup.” Ad mengiyakan.

“ingatkan pegawai imigresen punya.” Jaja berkata sambil menunjukkan jari pada kemeja putih yang tergantung didalam.

“ah-hah. Lupa nak bagitau, saya memang dah tukar profession.”

Jaja tarik sengih lagi. “tolonglah Ad.”

“pegawai imigresen not bad apa.”

Jaja tergelak lagi. Memang takkan habis camni. “dari airport ke? Nak pergi mana?”

Ad mencebikkan bibir. Tu entah bila punya baju. Memang saja gantung dalam kereta. “takde pergi mana-mana. Saja nak jalan. Nak pergi mana ni?”

“Ikea.” Jaja menjawab sepatah.

“jom.”

“hah?” Jaja berkerut kening. Tak ajak pun.

“best jalan dengan saya. Try la.” Ad mendahului Jaja. Selamba dia bergerak kebangunan dihadapan. Niat nak balik rumah tadi dibatalkan.

Jaja memulakan langkah dibelakang Ad. Dia menggeleng-geleng kecil. Ad, Ad. Apapejelah dia ni.

*****

Ad menyeluk kedua-dua belah tangannya kedalam khakis kelabu yang dipakai. Dia berjalan tenang sambil humming lagu yang dia sendiri tak tau. Dari tadi dia berjalan beberapa tapak kebelakang dari Jaja. Pergi mana semua dia mengekor.

Jaja berhenti di bahagian barangan dapur. Senduk-senduk stainless steel dipegang, dan diletak semula.

“nak carik apa?” Ad mendekatkan dirinya bertanya.

“ha?” terperanjat, bukan tak dengar.

“nak carik apa?” mata Ad melilau kiri kanan.

Jaja menggeleng. “no idea. Esok birthday Nana.”

Ad berkerut dahi. “nak bagi hadiah birthday ini ke?” dia mengangkat satu set sudu dengan tangan kanan.

Isk. “main-main pulak. Letak balik, letak balik.” Jaja mengarah. Dia berjalan kebahagian lain pula.

Ad mengambil lagi satu set garpu pula dengan tangan kiri. “mana pernah hadiah birthday orang kasi mende gini? Orang kahwin ye la kot.”

“Ad, letak balik.” Jaja mengetap bibir.

Ad mengangkat kedua-dua belah tangannya. Dia mengangkat kening seolah-olah bertanya, ‘biar benar mende gini buat hadiah?’

“ingatkan nak beli something untuk rumah.. sebab tu la datang sini.” Jaja menerangkan akhirnya. “dah, dah letak balik. Diorang marah nanti.”

Ad mencebik. “manede diorang marah.” Dia selamba meninggalkan set sudu dan garpu itu kedalam bakul papan pemotong.

Isk! Tengok tu! letak sukahati je.

“kenapa birthday Nana tapi rumah yang dapat hadiah?” Ad bertanya lagi.

Dasar banyak pertanyaan betul. “sebab tu rumah Nana. saya tumpang je.” Nana mengurut dagunya. Banyak sangat pilihan ni. mana satu nak cekup?

“ohh.. Nana tu kaya eh?”

Jaja mengambil dua jenis mug berlainan corak dengan kedua-dua belah tangannya. Membandingkan. “entah. Ye kot.”

“that one.” Ad menunjukkan mug ditangan kiri Jaja sebagai pilihannya.

Jaja sengih dan memasukkan mug tu kedalam beg plastic besar berwarna kuning dibahunya.

“takkan la duduk serumah pun nak pakai kot-kot?” Ad bersuara semula.

“rasanya parents dia kaya la kot.. sebab bagi saya tumpang percuma je. Tapi tak pernah la pulak tau dalam bank dia ada berapa banyak.” Jaja menjawab jujur. Betul, dia tak pernah nak siasat lebih-lebih. Orang dah bagi tumpang cukup syukur. “eh pergi situ kejap.”

Ad mengikut Jaja masuk ke ruang model dapur yang comel di satu bahagian. Lengkap dengan cabinet, dapur, peti sejuk, meja bulat ditengah-tengah dan macam-macam alatan dapur lagi.

Jaja menyentuh kaunter dapur. Cantik. Dia buka pula kabinet-kabinet diatas kepala.

Ad menarik kerusi ditengah-tengah bahagian dapur dan menongkat dagu. “Jaja..” Ad memanggil.

“yep.” Jaja memalingkan mukanya mengadap Ad yang sedang duduk dibelakangnya.

“bila macam ni kan…” Ad tak menghabiskan ayat. Matanya memandang sekeliling.

“kenapa?” tangan Jaja masih pada tombol kabinet.

“seeing you..”

“hmm?” tak faham.

“dalam dapur…”

“ah hah…” berkerut dahi Jaja.

“with me.. sitting here..” Ad tarik sengih.

“what?”

Haha. Ad pecah ketawa tiba-tiba. “nothing la.”

Jaja menarik laci bawah pula. “macam-macam la awak ni.”

Ad tergelak lagi. Apa benda yang kau bayang dalam kepala otak tu Ad? Ugh. Nak mengaku dengan otak sendiri pun segan. Aiseh..

“gelak,gelak. Orang tanya taknak jawab.”

Ad sengih lagi. Sekali terasa macam kena bebel dengan wife dalam dapur huh?

Tanpa sedar Jaja dah melabuh punggung berhadapan Ad. “sengih-sengih. ada apa?”

Ad tersentak. Takkan nak jawab, ‘saya macam tengah nampak awak as a wife dalam dapur rumah saya.’ Alamat Jaja balik mug tepat kat dahi aku la. “takde apelah.”

Jaja mencebik. Ye sangat la tu. Ntah-ntah dalam kepala tu tengah galak mengejek orang. Ad ni bukan boleh percaya. “apsal? Nampak kelakar ke shopping barang rumah?”

“aaaaa.. tipulah tu. ok je.” Ad bangkit dari duduk. Dia mencapai set tea dari kaunter dan dia letakkan ditengah-tengah meja. Teko pula dicapai dengan sebelah tangan. Dia buat-buat menuang air dari teko kedalam cawan teh dan dihidangkan didepan Jaja.

Jaja tengok je perlakuan Ad. Sabar, tahan gelak Jaja.

“tea?” Ad mempelawa.

Terlepas jugak ketawa Jaja. Pantas dia menekup mulut. “dah boring sangat main dengan simulator kapal terbang sampai nak main minum-minum teh?”

“cukup sweet tak?” Ad bertanya.

Jaja menuangkan pula teko yang tak berisi apa-apa itu kedalam satu lagi cawan teh kosong. Ditolakkan kedepan Ad. “am i?”

“oh.. awak sangat sweet awak tau?” Ad sengih mengusik.

Haha. “dah-dah. Sampai malam kita buat dapur ni jadi dapur sendiri nanti.” Bila Ad ikut pergi shopping ni banyak main-main dari membeli barang.

‘kita’ eh Jaja? Dang!! Ad, kau masalah apa ni? Akhirnya turut melangkah beredar dari situ.

****

“hah!” Jaja bersuara tiba-tiba.

“kenapa?” Ad bertanya pelik.

“dah tau dah..dah tau dah.. nak buat dinner la. dah alang-alang beli barang dapur baru kan, baik sediakan makanan sekali. Ye tak?”

Ad mengangguk. “kalau saya, saya suka je.”

“awak bukan Nana ok?”

An mencebik. “tau.”

“kita pergi ambik candle!” riang-ria je Jaja berjalan.

“bak sini beg kuning tu.” Ad meminta beg plastic shopping IKEA di bahu Jaja.

“nak buat apa? Nak beli barang sendiri pergi la ambik beg baru. Tu ha, kat corner tu ada dia letak.” Innocent Jaja menjawab.

“berat tu, segala pinggan,mug entah apa kemende lagi boleh penuh satu meja ada dalam tu. bak sini.” Kasar Ad menjawab.

Jaja buat muka. “cakapla siang-siang nak bawakkan. Ni dah sampai hujung baru nak cakap.”

“bagi sini satu reason kenapa saya nak ber-gentleman dengan awak?” Ad sengih memeluk tubuh.

Jaja tersenyap. Aah kan? Dia menggeleng kecil. “no reason.” Dia membetulkan tali beg dibahu. Memang agak berat pun.

“silly. Mestilah kena gentleman, kata lelaki.” Ad menarik hujung beg kuning besar itu dari Jaja. Cepat dia menyambut. Kot jatuh kat lantai, habis bersepai semua.

“what?” Jaja muka serius.

“mende?”

“you called me silly. Bak balik beg tu.” serius.

“it’s not bout you la. orang pandang nanti kata, ‘gila la mamat tu biar je awek dia pegang beg.’ Kan dah tak best?” Alasan ah Ad!

“Adha.” Jaja bergerak beberapa tapak mendekati Ad. Matanya memandang Ad tak lepas. “awak nampak macam pakcik saya. Nanti diorang kata, ‘apala budak tu kesian pakcik dia dah tua kena bawak barang.’”

“ey, cakap banyak. Pilih jela candle tu masuk beg.” Ad menahan sabar. Pakcik? Duh~

Jaja sengih. Angin ar tu. “lavender, vanilla?”

“vanilla.” Ad terus memasukkan lilin berwarna putih itu kedalam beg. “dah? Bayar.”

Jaja tergelak dibelakang Ad. Cakap sikit nak angin. Dia kalau membahan orang takpe. Chait.

****

Ad masuk kedalam rumah dengan muka bercahaya. Dok tersenyum-senyum.

Haq dan Vid yang tengah melepak di ruang tamu pun boleh ternganga tengok.

“oih silau mata aku tengok Ad macam tu.” Haq berkata.

“guess.. dia dah back to normal.” Vid menambah.

“aku lagi rela Ad yang macam ni dari Ad yang macam ayam berak kapur tu.”

“dia dah jumpa dia punya Aksara ke?” Vid melontar pertanyaan dengan muka curious.

Haq menggeleng. “entah. Mustahil la tu.”

“weh!” Ad melaung kuat dari arah dapur.

“apa?” Haq pula menjerit.

“rumah kita takde tea set eh?”

Ad dan Haq saling berpandangan. Ah sudah penyakit baru pulak datang..

Monday, March 1, 2010

Farouq dan Kamelia

Tap! Tap! Tap!

Farouq sibuk menekan-nekan kalkulator. Sekali-sekala dia menoleh kiri, kanan dan belakang. Kot-kot lecturer dah masuk dalam kelas. Takde, dia kembali memandang kertas yang penuh berconteng nombor diatas meja. kakinya diangkat ke kerusi hadapan.

Serabut. Jawapan tak logik gila. Apahal aku dapat jawapan berjuta-juta ni? benda paling benci apabila kelas structure- kena buat soalan dekat whiteboard depan. Takdelah nak kata dia benci soalan yang bersangkut-paut dengan fizik dan matematik, tapi dah tak terror nak buat macam mana?

Nota reinforced concrete element tu dia selak sekali lagi. Rumus salah la dol. (kd)² tak letak kuasa dua. Patutlah pun. Kena padam balik. Buat balik semula. Tapi kan.. eh, rajah yang aku lukis ni macam yakin betul je.

Tiba-tiba bunyi kelas bising macam kena tiup angin kuat. Ah sudah.. datang dah Dr. Ling kesayangan..

“question number 1, Farouq.”

Kan dah kata. Dia memang takde intro takde salam memang terus-terus je kena buat soalan. Eh dia orang bukan Islam bukan kena bagi salam pun.

Mata dah jeling-jeling member sebelah. Semua muka kecut tak siap. Nak mintak talian hayat meniru pun sah-sah tak dapat.

Dengan selambanya kertas soalan dibawa kedepan. Whiteboard marker dibuka. Mari mula membelasah jawapan!

*****

“aku rasa macam bakal fail la.” Shah mendengus perlahan.

“aku pun rasa kene camtu. Tapi kalau nak repeat tak larat la weh. Takkan nak mengadap benda ni lagi tahun depan? Tak sangguppppp.” Jay menyahut.

“aku dah agak-agak putus nyawa dah kene sembur kat depan tadi.” Farouq memakai helmet.

Haha. “kau memang. Dah tau nama kau tu favourite dia, yang tak buat apasal? Kan dah kena.”
Meriah je Farouq kena gelak dekat tempat letak motorsikal itu.

“oit,oit. Tu. Tu. Bakal bini aku tu.” Shah berkata tiba-tiba.

Semua kepala menoleh kearah tangga. Sekumpulan pelajar tahun 3 baru turun. Shah ni memang dah sangkut dengan senior sorang ni dari hari pertama senior tu masuk lagi.

Farouq masam tiba-tiba.

“habis kelas ke kak?” ramah Shah menegur.

“takdelah. Buat kerja kat studio.” Kamelia menjawab sambil senyum.

“aku ciao dulu.” Farouq memulas kunci motor dan terus menghilangkan diri.

Kamelia terdiam. Alah, dah biasa sangat.

*****

Hujung minggu. Masing-masing nak balik rumah berlingkar. Tak larat nak melepak dekat kolej dah. Tapi yang dekat macam dia jelah yang balik rumah.

Farouq sampai depan rumah serentak dengan sebuah kereta yang turut masuk terus ke laman. Farouq bukak helmet dan memandang orang yang menutup pintu kereta disebelah. Sekali imbas saja dan terus buat bodoh.

Perempuan itu membuka kunci gril dan pintu. Dia setakat tengok saja.

Pintu dah terbukak. Masing-masing masuk kerumah.

Kamelia mencampak tudung ke atas sofa. Farouq terus menuju kedapur carik air sejuk dalam peti ais.

Seorang perempuan separuh abad turun dari tangga. “dah balik?”

“hai mama.” Serentak Kamelia dan Farouq menjawab. Mereka saling berpandangan macam nak kata, ‘apa tiru-tiru ayat orang?’

“mama nak keluar. Dinner sendiri-sendiri ok?”

Farouq dan Kamelia setakat mengangguk.

Rumah tu sunyi kembali. Kamelia memandang Farouq yang meneguk air didapur. Sengih sinis. Cukup untuk buat Farouq faham.

Farouq diam sahaja. Dia dapat tangkap maksud itu. Malas nak membalas apa-apa, dia gerak masuk ke biliknya.

Kamelia switch-on tv. Mau mati sunyi macam ni sebab dia dan Farouq memang takkan bercakap. Kalau rumah kena bawak angin puting beliung pun rasanya pandai-pandailah masing-masing nak selamatkan diri sendiri. Biarlah tv ni yang bercakap. Sekurang-kurangnya takdelah rasa diri ni tengah tinggal dalam gua dengan seorang mayat bergerak.

****

Farouq menghempaskan diri keatas katil. Remote aircond disebelah bantal dicapai. Ohhh.. heaven! Alhamdulillah la rumah dekat dengan u, ada aircond lagi, dapur penuh makanan, ps3 dan macam-macam lagi. Tapi… yang sleknya, ada minah tercabut urat peti suara dekat depan tu.

Boleh tadi dia senyum sinis kat aku? nak mengata mama la tu. Mama suka keluar, tak lekat kat rumah, balik entah bila. Tapi kan dia, mama. Nasiblah dia nak buat apa pun dia tetap mama.

Sejak-sejak kakak kesayangan dunia akhirat dia tu pindah sini (ayat nak sedapkan hati je), hati ni rasa nak terbakar je.

Dahla satu course, satu universiti. Entah apa nasib dia boleh pindah kredit masuk u sama dengan aku pulak. Menyemak mata memandang je.

Dia bukan taktau mama macam mana sebelum bercerai dengan ayah. Kan ke dia pernah hidup 11 tahun dengan mama sebelum ikut ayah lepas diorang bercerai?

Mama baik, ok je. Mama berubah jadi macam ni lepas berpisah dengan ayah. Mama jadi sibuk semacam tapi dia tak pernah salahkan mama sebab dia faham. Hanya dia je yang nampak macam mana keadaan mama. Dia je yang tau luar dalam mama. Orang lain nak mengata itu-ini dia tak pernah peduli.

Ingat dia kisah ke jiran mengata mama ni kutu embun? Hey, sekuman pun tak heranlah. Korang tu yang dah takde kerja sangat dok tunggu mama aku balik pukul berapa sampai tahan tak tidur, nak mengutuk mak orang macam-macam. Korang tu surirumah, jagalah anak-anak dengan suami tu baik-baik bukan jaga tepi kain jiran.

Masa mula-mula dulu memang dia tak kisah pun bila mama kata minah tu pindah sini sebab ayah kena transfer oversea dan tak boleh bawak dia. Tapi baru nak berbaik-baik, minah tu dah laser dia dulu. “macam mana kau boleh hidup dengan mama macamtu?” tak ke panas hati panas telinga?

Lepas-lepas tu memang dia dah taknak cakap dah dengan Kamelia. Dan Kamelia pun nampaknya taknak cakap dengan dia jugak. Pinggan tak retak, nasi tak dingin, kau taknak, aku lagila tak ingin!

****

Kamelia memandang siling. Telinga bising dengan bunyi tv. Dia mendepangkan tangan. Nasib baik aku tak tinggal dengan mama dari mula. Kalau tak, tataula macam mana aku membesar. Jadi macam budak dalam bilik tu la kot agaknya. Tau menyepah rumah, lepastu buat rumah macam hotel. Sukahati check-in, check-out, pastu ada tukang kemas.

Ingatkan budak tu tak balik rumah minggu ni. Baru merancang nak buat macam-macam. Mama bukan ada kat rumah pun. Ingatkan esok nak enjoy. Tengok MTv sambil menyanyi… nak buat cupcake.. nak shopping kain langsir (langsir rumah ni tak tahan betul mata menengok)… nak kemas cabinet dapur. Tapi kalau kena kongsi rumah dengan budak tu, memang satu aktiviti pun tak boleh nak jalan. Karang kalau aku nyanyi, buat segan je. Nak buat cupcake, karang dia keluar masuk dapur, tak selesa. Kalau aku tukar langsir, nanti dia marah pulak bawak turun harta mama. Nak kemas cabinet, nanti kalau dia carik makanan tak jumpa nanti bising. Masalah, masalah.

Agak-agaknya, mama tak sayang kat anak-anak ke sampai tak ambil berat macam ni? semuanya biarkan. Nak keluar, keluar. Nak balik, balik. Nak duit, kasi. Semuanya suka hati. Takde halangan.

Bukanlah dia tak suka mama, tak sayang mama. Tapi, mama tak bolehla buat macam ni. Kesian la kat aku ni, baru je dapat mama balik, tapi takde kesan pun ada dengan takde. Mama tak kesian ke dekat adik? Mama buat adik macam ni ke dari umur dia sembilan tahun?

Eh, aku merepek apa panggil budak tu ‘adik’. Buat geli je. ceh.

****

Keletang-keletung bunyi dapur. Farouq menggosok mata. Pukul berapa dah ni? dia melihat jam di pergelangan tangan. Mak ai, pukul 8. Tidur mati.

Cepat-cepat dia menukar jeans dengan kain pelekat. Nak maghrib terus, tak sempat dah nak mandi.

Kamelia sibuk memasak didapur. Dia pandang jam sekilas, pukul 8. Budak tu nak kena masuk setan ke tidur maghrib-maghrib?

Nak kejut, macam buang tebiat je. Last-last dia bantai ketuk kuali kuat-kuat. Memang macam bunyi drop hammer hentak pile dekat site. Bukan masak gempak pun, buat paprik je. Janji budak tu bangun.

Farouq keluar dari bilik dengan segar bugar. Mandi dah, sembahyang pun dah. Dia menjenguk kedapur. Perghhh.. patutlah pun aku terbangun. Bunyi kuali berperang dengan sudip rupanya. Minah ni pun satu, dah tau bilik aku dekat dengan dapur, tune tu tak boleh slow sikit ke?

Farouq tercegat je di ruang masuk dapur. Sekali dia memasak, dol. Dah lama dapur rumah ni tak berasap kot. Dia ambik bau. Dan-dan perut dia terus ber-’krokkk..krokkkkk’. Bajet nak keluar dinner dah tadi tapi dah ada orang masakkan tak jadilah.

Heh. Perasan je orang masakkan untuk kau Farouq. Entah-entah minah tu lepas perut sendiri je. Dia bukan ada gaya kakak mithali pun.

Kamelia kaku. Dia tau ada mata yang memandang dari ruang masuk dapur. Apa pandang-pandang? Tak pernah nampak orang memasak ke? akhirnya berjaya jugak buat budak ni bangun. Baru ingat nak buat-buat jatuhkan periuk besi atas lantai. Baru bunyi bergema sikit.

Paprik campur disenduk ke dalam mangkuk kaca besar. Tiba-tiba Kamelia terfikir. Macam mana nak ajak budak tu makan? Alah, tak payah nak berjemput-jemputlah. Rumah sendiri, tau la dia macam mana nak ambik pinggan, nak makan.

Farouq tengok je Kamelia siapkan meja makan. Dia hidang satu lauk, dengan periuk nasi. Gila pemalas nak senduk nasi, dengan rice cooker sekali dia letak atas meja. Dia perhatikan Kamelia masuk balik kedapur dan membuka peti ais. Perghhh.. sekali sirap limau dia dah siap sejukkan. Kamelia lalu depan dia tanpa rasa apa macam dia tu hiasan dinding dapur je.

Kamelia mula tarik kerusi makan. Dia senduk nasi dan ambik lauk. Dia menadah tangan membaca doa makan. Amin.. Allah kasi rezeki aku dapat makan harini walaupun entah sedap ke tak air tangan sendiri.

Farouq memeluk lengan. Ni apa gaya nak buat aku meleleh air liur ni? takmo ajak ke? kejam.. kejam.. takde kakak dalam dunia ni sanggup tengok adik kebulur dalam dunia ni, dia je aku rasa.
Nasi dah separuh terjamah. Kamelia rasa bersalah. Alahai, budak ni tak reti-reti nak makan sendiri ke? takkan nak suap? Buat aku rasa bersalah je tengok muka kelaparan tu. ugh. “makan.” Sepatah dia mengajak.

Farouq rasa macam tak percaya. Dia ajak aku makan sekali tu. ingatkan taknak duduk semeja, nak biarkan aku lapar sampai esok. Dia melangkah kearah meja makan. Lambat-lambat tangannya menarik kerusi. Takkan nak kelam kabut. Kantoilah aku tunggu dia ajak makan tadi.

Kamelia rasa nak tergelak dalam hati. Eleh. Ingat cool habis la tu gerak lambat-lambat tu. blahla.
Farouq mengambil dua gelas dan menuangkan air kedalamnya. Satu untuk aku, satu untuk orang depan ni. Farouq meletakkan gelas lagi satu dihadapan Kamelia.

Kamelia berhenti menyuap. Apahal baik semacam pulak ni?

Farouq tergelak dalam hati. Terperanjat ye kak? Orang berbudi, kita berbahasa. Orang dah kasi makan, kita tuangkan air lah. Tak gitu?

****

Malam-malam minggu, kita kena lepak depan tv barulah remaja. Betul?

Farouq terberhenti dibelakang sofa. Tapi macam mana nak jadi remaja kalau ada orang conquer tv dengan remote?

Remote astro, remote tv, remote dvd player.. segala remote semua atas peha dia. Dvd G.I Joe ditangan kiri dipandang sepi. Maaf ye encik-encik G.I Joe sekalian, malam ni tak dapat tengok kamu.

Kamelia dapat lihat Farouq dibelakangnya dari pantulan dicermin tv. Muka macamtu apahal?
Farouq menggenggam kepala sofa kuat. Dahla tengok Paris Hilton’s bff. Apekehal ntah nak carik member pun nak buat reality tv. Orang kaya memang terlebih duit taktau nak buat apa agaknya.

Kamelia mengalih punggungya dari tengah-tengah sofa 3-seater ke hujung. Karang budak tu mati kejang berdiri mau dia yang kene seret pergi hospital.

Farouq melabuh punggung dihujung belah sini. Dia tengok ditengah-tengah sofa antara dia dan Kamelia. Remote-remote bertaburan disitu. Terbaiklah!

Kamelia sedar Farouq tengah menjeling-jeling remote. Baik bertindak. Satu..dua…tiga!

Kamelia cekap menyambar remote astro tapi sayang remote tv Farouq dapat dulu. Dia ambil pula remote dvd player tapi kena main tarik-tarik sebab Farouq pun dapat pegang serentak.

Masing-masing pandang muka orang dihadapan. Oh adikku.. jangan harap nak main dvd!

Oh kakakku… jangan harap nak tengok reality tv merepek ni sampai habis! Tangan kiri masih memegang hujung remote dvd player sementara tangan kanan menekan punat off pada remote tv.

Hah! Tv! Kamelia tergamam. Dia tutup tv?? Dia tutup tv tengah-tengah aku tengok?? Kamelia menarik remote yang sedang direbut sekuat hati.

Farouq melawan menarik sebentar, kemudian tiba-tiba dia lepaskan. Kamelia terdorong kebelakang sampai kepala terhentak dekat lengan sofa. Dengan pantasnya Farouq mengambil remote yang terlepas dari tangan kakaknya. Haha!

Kamelia menggosok-gosok belakang kepala. Main tipu punya orang.

Farouq tersenyum girang. Sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu, suruh makan dia makan, teknik tarik-menarik dia tak tahu! Haha. Dia terus memainkan dvd yang dari tadi dia pegang.

Remote tv dan remote dvd player dia genggam tak lepas sambil bergerak ke switch lampu. Tutup lampu barulah wayang. Dia menjeling tengok pada Kamelia. Sorok la remote astro tu sampai bila-bila pun. Tak heran~

Kamelia tersentak. Okehh.. aku tak suka gelap! “on!” sepatah dia mengarah.

“off.” Selamba Farouq menjawab.

“on!”

“off.” Farouq duduk buat taktau.

Kamelia mengangkat punggung dan buka balik suis lampu. Terang benderang.

Hoi! Farouq rasa nak mengamuk. Hilang konsentrasi lah macam ni. Dia bangun dan bergerak ke suis lampu. Kamelia yang berdiri tegak disitu dia buat tak nampak. Pap! Dia switch-off lampu.

Kamelia switch-on balik.

Farouq switch-off.

Pap! Lampu terang.

Pap! Gelap.

Pap!
Pap!
Pap!
Pap!

Mereka berlawan-lawan di suis lampu itu.

Pap!
Pap!
Tzzzzzz!!

Lampu padam. Mereka saling berpandangan. Lampu terbakar. Hambik kau.

Farouq buat taktau dan duduk kembali di sofa.

Kamelia cuba menekan suis itu berkali-kali. Memang betul terbakar. Eeh! bengang! Tengah gelap gelita ni agak-agak budak ni perasaan tak aku nak buat apa? Remote astro di tangan digenggam kuat sebelum remote itu diketuk kuat atas kepala budak yang tengah duduk itu.

Hoiiiiiiiiii! Sakit ah!!! Farouq berpaling belakang. Alah kalau tak tengok pun dia tau sape yang ketuk tadi. Nak kena nih. Dia memanjangkan tangan dan mengetuk balik kepala perempuan yang berdiri dibelakang sofa itu dengan remote tv. Remote tv lagi berat oh~

“aaaa!” Kamelia terjerit kecil. Panjang betul tangan. Ke, aku yang pendek sangat? dah geram sangat, dia duduk dihadapan dvd player dan ditekan button off. Ingat takde remote tak boleh nak tutup ke?

“oi!” Farouq menjerit. Karang ada yang nak kena kunci dalam bilik esok pagi karang..

Kamelia tekan pula punat off pada tv. Padan muka.

Farouq dah tak boleh nak tahan. Dia bangun dari duduk dan menarik tangan Kamelia dengan kasar. Dia dudukkan Kamelia diatas sofa. Dia menunduk memandang muka Kamelia dengan jarak satu inci. Gelap-gelap ni nak cakap pun tak nampak. “duduk sini.” Dan dia mengetuk remote sekali lagi diatas kepala perempuan itu.

Kamelia pula menarik tangan Farouq sampai dia terduduk. “duduk!”

“apsal pulak?” Farouq tak puas hati.

“sebab aku kakak.”

Farouq mendengus. Ada pulak macam tu. Dahtu semua nak ikut cakap dia la? ah.. takde-takde. “tengok la cerita ni best ada lawan-lawan, tembak-tembak.”

Kamelia bercekak pinggang. “tengok la cerita tadi… ada scene lawan-lawan jugak.”

Eleh.. setakat tengok perempuan main tarik-tarik rambut tak menarik langsung. “tengok la ni ada lelaki hensem..”

“tak nak.”

Boleh dia taknak tengok cerita daripada action figure yang dia gila-gilakan ni. kecewa kalau Hasbro* dengar orang taknak tengok cerita ni. “dalam ni ada Sienna Miller.. cun lagi dari Paris Hilton.”

Sienna Miller? “ok. pasanglah cepat.”

Farouq dah berkerut dahi. Kakak aku ni normal ke tidak? Lelaki hensem taknak tengok, perempuan lawa nak tengok. Pelik. Nasib ah. Janji dapat pasang. Janji dapat tengok kali ke… err.. 14?

****

Farouq menggeliat didepan pintu bilik. Good morning everibadeh! Dia bergerak ke dapur terus. Ada roti telur atas kaunter. Hari sabtu yang heaven! Bangun-bangun terus ngap.

Kamelia masuk kedapur dengan harapan nak makan lagi roti telur dia buat pagi tadi. Erk?

Farouq menghulurkan pinggan berisi roti telur. “nak?”

Euw. Tak gosok gigi pastu ajak orang makan kongsi. Tak nak aku. “kunci kereta mama mana?”

Farouq menjungkit bahu. Dia tau sebenarnya tapi malas nak jawab.

“cepatlah nak guna kereta ni..”

“bukan ada kereta sendiri ke?”

“mama guna. Dia nak guna kereta kecik. Cepatlah.”

“cakap dulu nak buat apa.”

Ek eh.. comel je nak soal-soal orang. “cepatlah cakap.”

Farouq rasa seronok pulak ada teman dalam rumah ni. “syarat.”

Ugh. Kamelia angkat kening.

“ikut.”

“mengada.”

Farouq mencuci tangannya di singki. “pergi ar siap.”

****

Sabar Kamelia..sabar.. sabar itu separuh daripada iman..

“kenapa nak pergi Giant? Giant ada apa?” si pemandu bertanya.

“dah bosan sangat ke sampai nak ikut pergi pasar?” Kamelia lepas geram.

Farouq tergelak. Alah kakak.. janganlah marah~

Mereka masuk kedalam Giant. Kamelia mengambil troli dan ditolak kesebelah Farouq. “tolak.”

“taknak.” Selamba.

“apsal?”

“aku kan adik.”

Ohhhh… melampau! Kamelia ditinggalkan terpinga-pinga dengan troli disebelahnya.

Farouq gelak lagi. Hai, bau pasar! Nampak sangat kau dah lama tak jejak pasar eh? dia berkejar kepada kakaknya di tempat ayam. “taknak ah ayam. Semalam dah ayam.”

“sukahatilah.”

Tiba-tiba abang Giant disepan mereka berkata, “dik, ikut la cakap suami tu. dia cakap taknak makan ayam.”

Uwekkkkkkkkk! Siapa yang nak berlakikan budak nih?

“ha, dengar tu. jangan masak ayam.” Lol. Farouq selamba bercakap padahal dalam hati rasa nak tergelak terguling.

Apasal ntah aku ada adik jenis tak betul macam ni. Malas nak layan. Kamelia terus menolak trolinya kedepan.

****

Letih pergi pasar. Padahal bukan letih beli barang, tapi letih melayan budak ni nak itu-ini. Masak ni la, jangan masak ni la. yang peliknya aku ikutkan jugak apa dia cakap. Masalah jugak ni. Kamelia merungut sendiri.

“sikit air.” Farouq yang tengah memandu meminta.

“mana boleh kongsi.”Kamelia menarik tin Coke itu rapat kedadanya.

Selamba Farouq merampas tin itu dengan tangan kiri dan diteguk air itu cepat. “terima kasih.” Tin itu dihulur kembali.

Eeh! buat aku marah jela!

****

Hari isnin ada kelas structure lagi. Matila kau Farouq. Eh, bukan aku ada kakak senior dalam rumah ni ke? apa guna kalau tak bertanya, betul?

Tapi.. eh. malulah pulak. Malu bertanya sesat jalan, beb. Dari kena sembur lagi dengan Dr.Ling baik gerak sekarang.

“nak tanya.” Farouq menyergah Kamelia didapur dengan tiba-tiba.

Pak! Kuat Kamelia menetak ekor ikan diatas papan pemotong. “apa?”

Woish. Takut. “structure.”

“apa?”

“steel element dengan concrete element mana lagi senang nak kira?”

“steel.”sepatah Kamelia menjawab.

Ohh.. jadi aku buat soalan steel dululah.

Dahi Kamelia berkerut tiba-tiba. Takkan tu pun taktau? “kau dah berapa kali ambik subject ni?”

Amboi. Itu perli tu, kak. “susah. Ajarla.”

Apa gaya merengek-rengek lak budak ni. “busy ni.” takkan tak nampak orang tengah siang ikan?

Farouq senyum tiba-tiba. Kamelia ni ada tokoh kakak mithali tersembunyi sebenarnya, cuma taknak tunjuk je. tu ikan yang dia tengah siang tu aku la yang mintak tadi. Ceh.

“ala cakap jela nak kira macam mana. Mulut kan tak busy.”

“kira lah W, moment max, S, lepastu dapat la saiz beam dari jadual.”

Farouq sengih. “lahh….tu je? kacang rupanya.”

“lepas tu buat la checking. Nilai S dengan Fv cukup ke tak nak tanggung beban, pastu check pesongan pulak. Karang runtuh lak building.”

“kalau tak cukup?”

“buat balik checking guna saiz beam lebih besar.”

Farouq menyembamkan mukanya. “hah.. banyak kerja la camtu!”

“memangla. Dalam exam maximum kena ulang jalan kira 3 kali kalau saiz tak sesuai.”

Mak ai. 3 kali? Jalan kira kot pendek-pendek takpe.

“jangan kata baru tau?” apa selama ni budak ni tak ambik test ke? kuiz ke?

Farouq senyap. Sebab taktau la aku tanya. Tu pun nak kena explain. Dia masuk kebilik meninggalkan kertas soalan didapur. Tidur lah. Nanti lunch dah siap dia bangun balik.

Pukul 2.30 petang. Farouq geleng kepala. Ingat nak bangun pukul 12 tengahari. Hampeh minah sorang tu tak kejut pun. Dia zohor lepastu terus menuju ke dapur. Senyap je rumah. Kamelia kat bilik dia kot kat atas.

Beberapa kertas kajang dihempap dengan pinggan kosong. Kertas soalan structure diatas sekali. Farouq melihat mengangkat kertas-kertas dibelakangnya.

‘ni contoh je kasi ajar. Lain kali buat sendiri.’

Perghhhhh. Dia buatkan kasi siap. Ni barula kakak mithali! Sayang lah camni!

***

Farouq menyandar belakang badan disebelah singki. Tangannya memegang gelas air sirap limau yang tak habis-habis dari makan malam tadi. Kamelia cekap membasuh pinggan dan kuali di singki.

Farouq gelisah. Aku macam nak cakap.. tapi, macam mana nak mula eh. aku taknak la macam ni. aku rasa dia masak dah best, air pun best, kemas rumah best, tinggal dia je tak best. aku nak cakap pasal mama sementara mama tak balik lagi ni. tapi lidah kelu nak start bercakap.

Aku dah lama tak rasa nikmatnya ada kakak. Kasi chance la, walaupun dah besar panjang ni baru nak mengada-ngada jadi adik. Jadilah tu dari tak dapat langsung. Farouq tau Kamelia tak suka dia mengada-ngada macam tu, tapi dia nak jugak. Dan dia taknak hilang Kamelia lagi.

“weh..” Farouq mula menegur.

Kamelia buat bodoh. Apa weh-weh? Panggil orang macam gangster.

Nak kena tukar ni. Farouq mengagak. “kak.”

Kamelia rasa hati dia kembang. Terharu lah beb. Last aku dengar dia panggil ‘kak’ masa aku darjah lima. “hmm?”

Farouq tak terus menjawab. Dia susun ayat cantik-cantik dulu dalam kepala. “jangan marah mama.”

Tangan Kamelia terhenti dari menyabun mangkuk kaca. “manede marah.”

“Adi tau akak tak puas hati dengan mama.” Perlahan Farouq berkata.

Kamelia menutup pili. Adi. Dalam dunia ni, dia je yang panggil Farouq ‘Adi’. Dia dapat adik masa umur 2 tahun, mana sampai nak sebut Farouq Hamdi. Budak ni, buat aku rasa sentimental nak menangis la pulak.

“manede.”

Farouq menukar posisi. Dia berdiri didepan Kamelia. “mama sayang kita.”

“tak kata pun mama tak sayang kita..” Kamelia tunduk memandang lantai.

“mama kerja. Kita mana tau masalah mama dengan ayah sampai diorang cerai, sampai kita pun tak boleh jumpa. Kita tak boleh salahkan siapa-siapa. Mama sedih, sunyi, susah, kita bukan tau.”

Kamelia terdiam. Tapi mama tak bolehla macam ni..

“Adi tau akak nak tinggal sini jadi akak boleh hidup dengan mama. Tapi apa akak harap tak dapat.”

Kamelia menggigit bibir.

“Adi tau sebab Adi pun nak merasa macam mana hidup dengan ayah jugak..”

Ayah sibuk jugak tapi takdelah macam mama… Kamelia menjawab dalam hati.

“mama bukan sengaja nak neglect akak..”

Neglect. Kamelia rasa nak menangis.

“mesti dia tak biasa. Akak taktau macam mana dia berharap dapat jaga akak masa dulu-dulu.”
Kamelia rasa mata dia pedih.

“jangan salahkan mama. Mama tak salah apa-apa. Single parent tak senang.”

Ah. ter-menangis pulak.

“kak..” Farouq menegur perlahan.

“akak sayang mama kan? Akak taknak mengata mama lagi kan?” Farouq terus menarik Kamelia kedadanya.

Kamelia menangis semahu-mahunya tanpa segan silu. “akak tak faham mama..” dia menarik sedu. “first day akak pindah jiran dah kata macam-macam pasal mama..” airmatanya keluar lagi. “akak..” dia tak dapat nak menghabiskan ayat.

“diorang tu yang menyibuk hal orang sana-sini. Mama tak pernah kutuk diorang pun. Mama bukan keluar saja-saja. Mama buat kerja dia je.” Farouq dah menyirap. Dah agak dah, mesti akak termakan cakap orang lah ni.

Kamelia menjarakkan dirinya semula. Dia bersandar pada singki. “tapi mama macam tak suka akak tinggal sini. Mama asik keluar rumah.. macam menyampah pandang muka akak..”

“takdelah. Dia memang macam tu la. Tu ar akak ni, ada mulut taknak tanya. Main agak-agak sendiri je.”

Kamelia mengelap pipi dengan lengan baju tidurnya. “akak pulak. Akak orang baru dalam rumah ni. patut Adi ar bukak mulut bagitau. Macam simpan mutiara je dalam mulut tu.”

“Adi pulak salah..”

“memang la.”

“akak la.”

“Adi la.”

“Akak la.”

“Adi la.”

“plaster mulut tu baru tau.” Adi mengugut.

“kene sepuk mulut nak?”Kamelia pulak menggertak.

“eh masa Adi darjah satu dulu akak betul-betul sepuk mulut sorang budak ni sebab dia ejek Adi kan?”

Kamelia tergelak. Malu. Over acting betul masa budak-budak dulu. “padan la muka dia.”

Farouq tersenyum. “seronok kan dulu?”

“agak la..”

“dulu kalau naik van sekolah mesti akak pegang je tangan Adi taknak lepas. Kalau budak lain main-main dalam van pun akak peluk je bahu Adi taknak kasi Adi join.”

Kamelia mencebik bibir. “sekarang akak nak peluk pun dah tak sampai. You’re big!”

“akak tu yang pendek cekeding. Ni bukan big la, ni buff.”

“ceh! Perasan.”

“takpe. Akak dah tak payah jaga Adi. Adi pulak jaga akak.”

“Farouq Hamdi..”

“….is a nice guy.” Farouq menyambung ayat kakaknya.

“perasan!”

*****

Kamelia senyum. sekarang dia tau, mama perempuan baik. Mama sayang dia. Mama tak menyampah pun dengan dia.

“eh, balik kolej sekali la nak?” Kamelia meng-offer.

“lepastu Adi punya motor cane?masuk boot?”

Haha. Kamelia sekadar gelak.

“macam mana ar kalau Shah dapat tau..”

“tau apa?” Kamelia bertanya.

Heh. Biarla surprise. “ada la.”

****

Farouq nampak Kamelia lalu dihadapan tempat letak motor. Dia tengok Shah usha lain macam. Heh. Perfect.

Dia mendekati Kamelia dan terus menarik tangan kakaknya rapat.

Shah dengan Jay dah ternganga. Apahal?

Farouq mengeluarkan sekeping chewing gum dari poket. “nah. Upah terima kasih. Harini Dr.Ling senyum lebar tengok Adi buat soalan dia.”

Shah rasa nak jatuh dari motor. Mesra gila kot. Ber-Adi pulak tuh.

“ni je? ceh.” Kamelia mengetuk perlahan kepala Farouq dengan fail ditangan. Tak sakit pun.

“ehh.. asal akak pukul kepala kawan kitorang?” Jay selamba redah bertanya. Aksi drama agak-agak la.

“sebab… sebab apa ha Adi?” Kamelia tergelak.

“sebab dia sayang aku la.” Farouq menjawab selamba.

Kepala tak betul dia start dah.

“ehh.. kau jangan..” Shah bersuara.

Farouq menarik bahu Kamelia disebelah. “ni kakak aku la. Dunia akhirat punya.”

Kamelia senyum lebar. Yelah Adi. Kita adik-beradik sampai bila-bila. Oh, dengan mama dengan ayah pun kita satu keluarga sampai bila-bila.




*Hasbro ialah toy company yang buat G.I Joe action figures.
 
Blog Template by Delicious Design Studio