♡assalamualaikum

currently updating First.

Saturday, February 13, 2010

ADVIDHAQ [16]

Nana dan Jaja saling berpandangan. Rasa pedih mata berlawan walaupun jarak meja bulat itu dekat. Akhirnya Nana mendekatkan badannya ke meja.

“anak siapa kau bawak ni?” Nana berbisik perlahan.

Jaja menguis kaki Nana dibawah meja. Agak-agak la. Orang tu kat depan dia je kot. Cakap macam orang tu tak nampak, tak dengar.

Nana mengerutkan kening. Tak pasal-pasal kena drag dalam benda yang dia tak faham apa.

“Mi..Mira..” Jaja menegur orang disebelahnya perlahan. Bahunya disentuh. “Mira.”

“ye?” Mira menjawab.

Nana menggeleng kecil. Ntah mana-mana Jaja kutip zombie ni. Dari tadi muka stone je.

“Ni Nana, kawan saya.” Jaja memperkenalkan.

Mira tarik senyum. “hai Nana.”

Nana membalas senyum sesaat. Bukan patut dia cakap ‘hai’ tu 15minit lepas ke?

“Na..” Jaja menelan liur. “kesian dia ni. aku nak tolong dia. kita tolong la dia.”

Mata Nana terbeliak. Tolong-tolong apahal pulak dah ni.

Jaja mengangguk-anggukkan kepalanya suruh Nana setuju.

Haih. Nana turunkan lengannya yang dari tadi berpeluk tubuh. “awat ni che? Meh habaq mai. Dok teghiak 3 haghi 3 malam pun tak guna jugak.”

Jaja gigit bibir bawah. Dia tau yang dia memang tak pandai nak pujuk-pujuk orang. Tu sebab dia seret Mira ni sampai ke KLCC.

“saya tak salah!” pak! Mira menepuk meja tiba-tiba.

Badan Nana tersandar kebelakang kerusi. Woih.

“takkan la saya dengan bodohnya nak curi idea majalah lain.. alahai, Malaysia bukan besar sangat. Majalah ade la 5-6 jenis, tak ke obvious kalau saya curik? Lagipun, saya yang bentang idea tu dulu. Idea tu, saya punya. Saya punya. Saya-punya!”

Jaja dan Nana menelan air liur. Serius ni.

“saya tak faham kenapa Puan Rai nak percaya entah siapa-siapa yang call dia tu. Yang kerja dia kan, saya. Kenapa taknak percaya saya?”

Jaja dan Nana mengangguk. Betul, betul.

“And where the hell that stupid rumour comes from? Since when stylist jadi a celebrity?”

Jaja dan Nana menggeleng-geleng.

“kan? Tak faham betul!” Mira mengambil cawan choc sluch milik Jaja dihadapan. Straw digigit geram.

Jaja dan Nana saling berpandangan. Ingatkan Mira ni tak reti marah-marah tau nak menangis je. Sekali dia marah kau, habis semua keluar.

“saya tak peduli. Saya nak tahu jugak apa yag jadi sebenarnya. Jangan harap Puan Rai nak pecat saya semata-mata tuduhan bodoh ni.” Cawan dihentak kasar.

“betul-betul. Setuju.” Nana bersemangat.

Jaja setakat mengangguk. Err. Betul lah tu kot.

“aku pun kena siasat sesuatu jugak ni..” Jari jemari Nana mengetuk meja.

“awak nak siasat pasal kes saya?” Mira mengagak.

“bukan. Ini pasal orang yang disukai.” Nana sengih lebar.

Oh! Jaja baru teringat kes yang dia nampak petang tadi. “aku Nampak Syahid betul-betul! Contact lens aku tak rosak lagi aku rasa.”

“siapa?” Mira menyampuk.

“syahid!” Jaja dan Nana menjawab serentak.

Mira kerut dahi. Tak kenal.

“dia ada dekat GAYA petang tadi. Dekat floor office awak.” Jaja memberitahu Mira.

“yang mana satu?” Mira bertanya lagi.

“pakai cermin mata, tinggi-tinggi, pakai office attire.”Jaja menjawab laju mengikut apa yang dia nampak.

“Vid ke?” itu jela yang terlintas dalam kepala dia.

“hah???” Nana dan Jaja blur.

“kawan Haq? Kawan Puan Rai tu kan? Haq panggil dia Vid.” Mira menjawab jujur.

“errr.” Jaja garu kepala. “entah. Yang saya tahu kawan dia ada nama Adha.”

Mira mengurut dagu. “orang lain lah tu kot.”

Nana meyembamkan mukanya keatas meja. “nak buat lagu mana ni.. kekasihku milik orang..”

Haha. Mira dan Jaja ketawa serentak. Jaja mengetuk sedikit sisi kepala Nana dengan cawan plastic choc slushnya. “meng-ge-la-bah!”

“apa dah jadi?” Mira bertanya dengan sisa gelak masih ada.

“secret admirer konon-kononnya. Budak-budak pun dah tak main.” Jaja tergelak dihujung ayat.

“rileks. Confident la sikit. He’s single. Keep that in mind.” Mira memberi dorongan.

Nana mengangkat kepala. Tudung dah senget benget. “Jaja nampak dia jemput girlfriend dia dekat GAYA tadi.”

“who?” Mira mengalih pandang pada Jaja pula.

“taktau tak kenal. Budak floor awak la.”

“uhhh~ such a hawt-e la ni?” Mira tarik sengih.

“panasssss punya stok!” Nana menjawab dengan nada semangat.

Haha. Jaja tergelak. “somebody call 911… yo fire burnin’..fire burnin’…”tak pasal-pasal Sean Kingston pun masuk dalam conversation.

Huru-hara meja kecil itu sebentar.

******

Dah seminggu.

Ad terkocoh-kocoh menarik beg hitam ke kereta. Pintu belakang dibuka dan dicampak sahaja beg itu. Enjin kereta dihidupkan. Mengaum kuat.

Dia tersengih-sengih pada dashboard. Melampau kau ni Ad. Macam anak bini tengah tunggu kepulangan depan pintu rumah.

Anak, tak anak. Bini, tak bini. Tak kira nak pecut balik rumah jugak. Bukanlah dia rindu sangat dekat rumah, geli lah tu namanya. Tapi ada agenda lain menunggu.

******

Inbox email kosong.

Pedih we, pedih.

Ad menggosok dahinya. Selama dia tak ada kat rumah pun, dia dah cek email juga by phone tapi tak puas hati. Last-last kan dah terpampang depan mata no unread emails.

Dia mencabut plug laptop dan diusung alat itu ke ruang tamu. Melayan hati yang lara dalam bilik sorang-sorang boleh jadi sasau.

Hati lara. Kutip mana ayat ni ntah.

Haq memandang Ad yang tiba-tiba muncul. Selamba duduk bersila depan meja kopi yang secara tidak langsungnya block pandangannya ke tv.

“oi tepi sikit.”

“taknak.”

Pffh. Hak ela. Apahal macam nak cari gaduh manja ni? “tak nampak tv la woi.”

“aku cakap tak nak gerak, taknak gerak ah.” Ad menjawab selamba.

Haq mengalah. Kain pelekatnya dibetulkan sebelum dia sama-sama bersila dibawah. “buat apa?”

“buat bodoh.”

Haq menjeling sebelah. Dekat sepuluh kali jugak mamat ni refresh page yang sama. “kalau nak tengok email baru masuk kan boleh klik yang ni je..” jarinya menunjukkan button check mail disebelah kiri laptop. Payah je nak refresh-refresh.

“ish. Jangan sibuk la.” Ad menepis.

Haq tarik sengih. Ingat lepas balik kerja perangai pelik dia minggu lepas dah hilang. “Aksara tu tak reply eh?”

“mulut jangan cabul. Kata-kata tu satu doa kau tau?” Ad serius.

Haha. Lagilah Haq gelak besar. “tak fun langsung la kau ni.” Dia menyambung gelak.

“tak kelakar.”

“ala.. tak seronok la macam ni. Lepak-lepak la. Nanti ada la tu.”

“serabut la.” Ad naik ke atas sofa. Dia baring merenung kipas siling yang ligat berpusing.

Haq menggeleng-geleng. Dia risau sebenarnya. Risau gila daripada haritu lagi. Dia mencapai remote dan tv di switch off. “kalau dia reply, kau nak buat apa?”

Ad menarik sengih lebar macam kipas tu tengah mengagah dia. Chait. Ayat macam dia bayi. “kalau dia reply aku seronok la.”

“seronok je?”

“aku nak… nak kenal. Aku nak jumpa.”

“orang sekarang banyak penipu, Ad.”

“dia jujur la. Tengok cara dia tulis pun tau.”

Haq mengiyakan dalam hati. “kalau dia gemuk?”

“comel apa.” Ad mengangkat lengan keatas kepala. Dah start nak berangan dah.

“kalau dia dah kahwin?”

“fine. Aku tarik diri. Tapi instinct aku kata dia tak kahwin lagi.”

Haq mengherotkan bibir. “kalau dia oku?”

Perlahan-lahan Ad bangun dan duduk tegak memandang Haq. “kalau dia terbaring dekat hospital sekalipun, aku nak jugak kenal dia.”

Haq senyap.

“kenapa?” Ad bertanya pelik.

“seumur hidup, tu la ayat yang takde unsur main-main yang pernah keluar dari mulut kau Ad.” Tepat Haq memandang mata Ad.

“sure it is.”

****
Jaja scroll email itu lagi sekali. Atas bawah atas bawah. Haih. Dia mengeluh sendiri. Dia golekkan muka surat itu sejuta kali pun dia tetap tak faham.

Kemende la mamat ni.

Dia mengangkat cermin mata keatas kepala. Kot la kalau baca tanpa cermin mata ayat dia jadi lain.

Lalu angin tak terbang

Lalu awan tak tersekat

Lalu laut tak tenggelam

Lalu banjaran tak jatuh

Balik-balik, awak jugak saya carik.

Ini student kesusasteraan Bahasa Melayu mana nak practice input kuliah dengan aku ni? Jaja menurunkan kembali cermin matanya.

Butang delete di klik.

Kalau tiap-tiap minggu dapat email macamni, hujung tahun boleh buat buku puisi sendiri gamaknya.

29 comments:

MaY_LiN said...

aduuuuuuuuuh..
apa nk d kata....

Anonymous said...

haha..best2.
da makin puitis si ad tu.
3 heroin tu jadi bestfren.
sonok2. ^^

Anonymous said...

comel..
sume heroin dh bkumpul nmpkny..
sambung2

~hilma~

sugar2 kapas strawberry said...

hahahahaha....mmg gila byg la haq tu (deep purple inside)

nur cahya said...

weyh!! nape jaja delete e-mail tuh?!!

ღAuni_Amauniღ said...

aaaaaaaaaaaaaaaa...........so sweettt~~

ad ad ad :P

qasehhaziq said...

akhirnya ade gak n3 baru selepas beberapa hari...
hoho....
jaja,awat hang xbalas je email tu....
thanx cik cucur...

haikadove said...

hahaa. adoilaa ad. awat chomel sgt niee =p
waa, mira pon da masuk geng jaja ngan nana;D

zatie said...

haha..
oke..skang tiga dara pingitan sudah berkawan..

angau btol si ad nieh..
alaa..lama2 jaja cair la tuh.haha..
smbung2..

syah said...

adusshhh...
npe la c jaja p delete emel 2?/
aiyark...sian ad loo..
smbg2

Anonymous said...

waaa....comey2...nk lgi...blek2 dr ostel,1st things ya aq cri is diz story...
cpt la smbung...x sabar nk bce..sronok2..;)

Anonymous said...

kipas_susah_glew_nk_mati...
huhuhu..sronok cter nie..x sabar nk tggu next n3...cpt2 smbung taw cik cucur..

Anonymous said...

comellll~~~~~~
aaaaaa.. nak lagi..

Bulanhijau said...

alahaiiiii..
dasyat gle penangan si 'aksara' tu sampai ad jd cmtu..
heheheee.

Pitak said...

cute.
dunno what to say.
thumbs up!

hanikasuka said...

haha..
if ak jd aksara pon ak delete.
email geli jiwang karat itu menakutkan

TAN-te said...

alahai ad.... kesian

waniey said...

dush angau tahap dewa lh si Ad ni..blh plak dia kasi emel cm2 kt jaja...giler jiwang kot!!!
p jaja x sian ke kt AD??at least blas lh skali....

Anonymous said...

owhg..citer cik cucur no sgt5x la beshh!!
>idora.minx

nursya said...

ish jaja nie....
mkin merana ar si Ad tu...
cian kat dia...
hihihi

Anonymous said...

aku pun cian ngan ad
tunggu gak bila la nana ngan vid jumpa..
but like this story..

Serifathiyah said...

hye cucur..
ur stories r awesome!
i like!

p/s:cmne ye xnk bg readers right click at our blog??? thanx! =)

Anonymous said...

like it miss cucur!!!!
double thumbs up!!!

aida_rya said...

tetibe terfikir..mesti kwn jaja-nana ni si farhana, membe vid mase kecik2 dulu tu kan..

Anonymous said...

best ngat,cucur...
cucur,x nk buh pic 3 heroin tu??
he3..

Amal said...

haha.
sgt best lah!
Ad paling gempak.
:)

bb said...

aduh..suka la vid..tp bile die nk suka nana???????tp kn nape ade feeling rs mcm nana tu farhanaconda jek????haha..logik x?btl kot..nama punh nana ape ek??xsbr nk tggu n3 br..huhuu

Anonymous said...

cek tak sabaq nk tau n3, asai mai sini tak dak n3 baru lagi huhuhu

haikadove said...

actually tak paham jugak ape ad bg kt jaja tue.
tp bile bace byk2 kali, baru mcm dpt sikit kot isi tersirat ? hahahaa. ke kte yg pndai2 je buat pemahaman sendiri ntah ;p

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio