♡assalamualaikum

currently updating First.

Friday, February 5, 2010

ADVIDHAQ [15]

“err..” Haq bersuara perlahan.

“hmm?” Mira bertanya.

“nak pergi beli baju baru tak?”

Mira menggigit bibir. “tak payahla. Saya nak cepat.”

“takkan nak masuk pejabat macamni..”

“tak apa.” Mira terus memandang cermin hadapan. Dalam otaknya penuh dengan perkataan dan ayat. Disusun satu persatu. Biar jelas, biar elok, biar faham.

Haq menjeling perempuan disebelahnya. Mulut terkumat-kamit macam membaca serapah jampi.

“Haq.”

“iye?”

Mira mengecilkan matanya. “how to convince people? Nak guna apa?”

“hmm..” Haq mengetuk-ngetuk stering. “just… say it.”

“meyakinkan ke kalau guna mulut je?”

“who knows kan?”

“macam mana kalau Puan Rai tak percaya? I’m a big fat liar to her now.”

“there’s no other weapon I guess.”

“ok. Then… I just have to… say it.” Sigh~

****

Pak! Mira menutup pintu kereta. Dia berdiri menghadap cermin tingkap kereta. Rambutnya yang basah diperah perlahan. Diputar-putar helaian halus itu dan diklip keatas. Dipegang kedua-dua pipinya. Dia mengeluh sekali lagi. Come on, Mira.

Haq mengibas-ngibas atas kepala. Kemeja yang basah di-untuck dari seluar. Tit! Alarm ditekan.

“Haq?”

“yep?”

Mereka berdua terhenti melangkah dihadapan pintu kaca pejabat.

Mira tarik senyum tiba-tiba. “nama awak Haq… macam hug…”

“huh?” Haq tak dapat pick up. Sama je pronounce? Betul lah ‘Haq’.

“never mind.” Mira terus menolak pintu kaca itu.

*****

Ching! Ching! Ching!

Vid memejam mata rapat. Apa bunyi-bunyi ni..

Haq tarik sengih. Kesian sebenarnya tengok Vid yang dah tertidur atas sofa pejabat Rai. Tapi seronok pulak nak menyakat. Gugusan kunci kereta itu dipusing-pusing lagi diatas muka Vid.
Vid rasa tak selesa. Lengannya diangkat menutup muka.

Ceh! Haq tergelak kecil. Dijatuhkan kunci itu diatas dada Vid.

Ugh! Vid terpisat-pisat. Objek pertama yang menyapa matanya, Haq. Tak menggembirakan langsung. Dia bangun duduk dengan muka serius.

“nah.” Haq menghulur 2 keping not RM10.

Vid blur. Buat apa? Bayar minyak ke? ke.. sewa kereta? “buatpe ni?”

“pergi bawak Camry kau snow wash.”

Vid berkerut kening. Dipandang Haq disebelah atas bawah. “tak guna kau…”

Haha. Haq tergelak kuat dan terus berlalu meninggalkan Vid. Basah kuyup gila. Nak mampus tayang muka lama-lama depan tuan punya kereta?

“tukar baju jap. Jangan balik tinggal aku pulak!”

Vid menggeleng-geleng. Ntah apa benda la yang Haq buat tadi. Tiba-tiba dia rasa rimas dileher. Lah! Aku pun tak tukar baju lagi! Punggung diangkat pantas ke bilik Mira.

****

“Puan Rai, saya..”

Rai memalingkan badannya. Sibuk menyusun kertas.

Mira mengalihkan kedudukan supaya menghadap muka Rai. “Puan..”

Rai buat tak tahu. Beberapa mata pekerja memandang pelik. Seorang basah-basah dan seorang lagi buat gaya pekak.

Rai bergerak pula ke cubicle pekerja disebelah. Beberapa kertas diambil kasar. Dia bercekak pinggang. “does anybody see my paper?”

Semua pekerja disitu senyap. “kertas yang mana?”seorang menyahut.

“dari fax machine tadi..”

Mira menghulurkan sehelai kertas yang dekat dnegannya. “ini ke?”

Rai mengambil pantas.

“Puan Rai! Cepat, chief editor dah tunggu.” Seorang dari meja hujung pula menjerit.

Oh! Rai memegang dahinya dan terus berjalan pantas.

“err.. puan! Puan!” Mira mengejar terkedek-kedek dari belakang.

Rai menoleh. “please, Mira. Bukan sekarang. Saya taknak tengok muka awak.” Dan dia terus menghilang dari situ.

Mira tersentak. Beberapa saat kakinya tak bergerak dari lantai.

Ya Tuhan… apakah?

****

Jari Vid cekap membutang kemejanya satu persatu.

“Ey Mira!”

Argh!!!!!
Argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Perempuan yang baru membuka pintu tadi menutup mukanya dengan tapak tangan.

Vid membeliakkan mata. Apahal ni.

Nita menurunkan tapak tangannya sikit demi sikit. “sorry..”

Vid menghabiskan mengkancing butang yang terakhir. “s'okey.”

“err.. Mira mana?”

Vid menggeleng.

“ohh..okey..” Nita memandang lelaki dihadapannya tak berkedip.

Vid selamba mencapai spec dan kunci keretanya dan bergerak ke pintu. Dia menghalakan tangan untuk meminta laluan.

“oh!” Nita tersedar dia menghalang laluan. Dia mendahului keluar dari bilik Mira.

“thanks.” Sepatah Vid bercakap.

“aaaa. Sure.” Nita bersandar pada daun pintu. Gosh! Who is this?!

Vid menghadiahkan senyuman sesaat dan terus berlalu.

Tidak jauh dari situ…..

Seorang perempuan bertudung hitam tercegat dilaluan masuk pejabat tingkat 3 itu. Apa yang dia nampak tadi macam tipu. Biar benar! Kertas yang hendak dihantar ketingkat itu dia lupa terus.

Jaja berkerut kening. Apa mamat tu buat kat sini? Siapa perempuan tu? girlfriend? Oh my~ kertas yang nak dihantar ditinggalkan atas meja sahaja. Dia bergegas turun kepejabatnya. Nana..Nana… habislah kau Na..

Handphone flip diambil dari dalam beg sandang. Computer terus di shut down. Kerusi ditolak rapat kemeja. Sekilas jam didinding dilihat. 5 petang sharp! Dia berlari-lari anak keluar dari pejabat sambil mencari nama Nana dalam contacts.

Pintu kaca utama pejabat ditolak keluar. Dilihat langit gelap. Kesan baru lepas hujan. Deringan di dalam talian menandakan masih tak diangkat. Ish! Didail sekali lagi.

“ya assalamualaikum!” Nana mengangkat.

“Waalaikumsalam. Nana! aku jumpa Syahid kau dekat office aku!” Jaja terus ke pangkal cerita.

Nana tersenyap. Rasa macam jantung dia berhenti sekejap. Dia keluar dari premis Vincci itu sekejap. “dia kerja situ????”

Nana menggeleng. “taklah! Apa kena mengena GAYA dengan jurutera?”

“habistu?”

Nana menelan liur sebelum menjawab. “girlfriend dia kerja sini lah.”

“HAH?????????”

Sekaki Jaja menjarakkan telefonnya dari telinga.

“kau cakap biar betul Ja! Aku tak percaya. Aku tak percaya.”

Jaja mencebik. “entah la. tapi nampak macam gitu. Dia nak buat apa kat sini lepas waktu pejabat? Jemput awek balik kerja hape?”

“Hang jangan nak bakaq-bakaq aku Ja..” dan-dan pelat utara dia keluar.

Jaja tergelak. “aku teka-teka je. rasa-rasa macam ye..”

Tiba-tiba Jaja terdengar esakan kecil. Dia memandang telefon ditangan. Takkan la Nana menangis kot? Dia lekapkan telefon ketelinga semula. Tak, Nana tengah membebel. Mana datang suara ni? ah sudah..

Jaja pandang kanan, pak guard siap senapang memandangnya kembali. Woish. Dia pandang kiri, seorang perempuan tengah bersimpuh atas lantai betul-betul disebelah pintu kaca pejabat.

Apa jadah menangis dekat sini?

“…….dak..dak..nehi…nehi…” bebelan Nana masih tak habis.

“eh Na, nanti kat rumah kita sambung la eh. Salam.” Flip handphone terus ditutup. Kalau tak diberhentikan, Nana mustahil nak berhenti sendiri.

Handphone disimpan dalam beg dan dia mencangkung dibelah perempuan itu. “Cik..Cik..”

Tiada respon. Perempuan itu masih menunduk sambil teresak-esak.

“saya sudah cakap sama dia, dia tamau bangun! Apa saya mahu buat?” suara pak guard tiba-tiba menjamah telinga.

Err.. Jaja menggaru-garu atas tudung. “Cik, Cik..” dia menguis sedikit bahu perempuan itu.

Perempuan itu mengangkat muka memandang Jaja.

“Mira!” Jaja menggenggam bahu orang dihadapannya. “kenapa duduk kat sini???”

“Syaza..” Mira menyebut perlahan. Dia menyapu perlahan pipi yang basah. Airmata dah habis keluar.

“kita…. Bangun?” Jaja memapah Mira untuk berdiri.

“Puan Rai… Puan Rai dah taknak tengok muka saya..” Mira kembali menekur lantai.

11 comments:

cik timbahijau said...

huhu...
bkn salah mira....
salah faham kowt...
cian kat nana...
nway,thanx cik cucur...

saadiah~~ said...

pulak dah...jaja salah phm ttg vid..huhuhu...

Anonymous said...

fuhh! at last..tlah lama ku nantikan ;)
terubat rindu pada depa..hahai!

keSENGALan teserlah.. said...

haissyy..salah paham maaaaa..

Anonymous said...

nita yang jahat kan..
kan.. kan..

TAN-te said...

woohhhh... kesian gile kat mira...

MaY_LiN said...

pulak..

Bulanhijau said...

woahhhhh..
sadis gle mira

waniey said...

alamak sian plak kt mira..
dh nana n jaja plak slh fmh kt vid..
aiyoo byk nye slah fhm dlm hdup ni kn....

aira said...

haq mcm hug?? halala dlm mknenyer tue..

ღAuni_Amauniღ said...

wah seronok baceeeeee.. T.T

bru pas khatam 15 bab cite ni..best! :)

apasal la jaja ni,xtnye dlu da gtau nana..siasat la dlu..huhu ^^

sambung3~ xD

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio