♡assalamualaikum

currently updating First.

Sunday, January 24, 2010

ADVIDHAQ [14]

Rai berdiri disisi mejanya. “you.. make my friends as mannequins?” matanya mencerun.

Mira membeliakkan matanya. “they..” jarinya menunjukkan kebelakang. “your friends?”

Rai mengangkat tangannya memegang dahi. Adoi la. Tak pasal-pasal.

“errr.. sorry?” Mira berkata perlahan.

Kriiiiiing…

Semua mata memandang kearah telefon putih diatas meja Rai.

Haq dan Vid yang dah berlengas dengan baju baru tu dah duduk melepak diatas sofa. Mira masih berdiri menghadap Rai yang mengangkat telefon.

“hello? Yup. Hurm? Hah? Serious? Hmmmmm. Thanks. Bye.” Klik!

Mira kembali senyum lebar bila perhatian Rai beralih padanya. “so? Boleh saya proceed? My concept for the male issue.”

Senyap. Sunyi.

“Puan?”

Rai senyap mengetap bibir.

Haq dan Vid dah duduk tegak. Ada yang tak kena ni.

Rai menarik nafas panjang sebelum bercekak pinggang. “did you just make fun out of me?”

Serius.

Mira berkerut dahi. “haa?” tak faham.

“awak buat kelakar jenis apa ni Mira? Nak malukan saya?”

Mira makin blur. Apakah?

Haq berdiri dan mendekati Mira. “Rai, kenapa nak serius marah-marah ni. Budak ni dah terdesak tak ada patung..takkan sebab tu nak marah sangat..”

Mira dah kecut berdiri disitu. Teras jantungnya dup-dap-dup-dap nak luruh kebawah.

Dada Rai berombak kencang. Menahan sabar. Menahan amarah daripada terlepas keluar.

“Rai…” Vid menegur sepatah. Perlahan.

Sekali lagi Rai memandang Mira bagai nak tembus. “Mira…” dia menelan liur sekali. Sabar Rai, sabar. Jangan naik suara. “boleh awak curi idea majalah lain kan?”

Diam.

“awak buat-buat bijak dalam meeting room bentang idea tu macam awak punya kan?”

Haq melangkah beberapa tapak kedepan. Seolah-olah menghalang panah mata Rai menusuk pada Mira sampai mati saraf-sarafnya.

Mira memegang dahinya. Rambut yang terjurai dikuak kebelakang.

“Rai..” Haq cuba meredakan keadaan. Walaupun dia tak tahu berapa besar kesannya kes tadi terhadap GAYA.

“kalau dah tak tahu nak bagi idea, tak tahu nak cakap apa, baik senyap! You better shut up and keep your tongue inside your mouth!” Tappppp!!!! Sebatang pen yang berada didalam bekas dilempar ke atas meja.

Mira terasa dirinya kerdil benar dibelakang Haq. “tapi.. tapi saya..”

Rai terus melangkah laju kearah pintu. “now I need to face the problem you made. Seriously eh, hidup tu jangan nak menyusahkan orang.” Daun pintu ditutup kasar.

Automatik Haq memalingkan badannya kebelakang. Dilihat Mira yang bermuka pucat lesi, berdiri tegak tak bergerak.

“Mira..”

“saya tak buat! Saya tak macam tu! saya tak buat! Saya tak buat!”

“Mira..”

“betul! Saya tak buat! Saya tak.. tak.. tak terfikir…saya tak.. saya tak buat!” Mira makin gelisah. Suaranya makin kuat dan tangannya tak berhenti-henti memegang kepala.

“Mira!” Haq meninggikan suara. Dia tak tau nak buat apa lagi nak suruh Mira bertenang dan dengar apa yang dia nak katakana.

Mira memandang mukanya.

Haq renung muka itu beberapa saat. Worst, she cries inside. Dia boleh agak bila mata perempuan itu langsung tak berair dan tak beriak apa-apa. Kosong.

Haq menghulur tangannya pada Vid, “kunci kereta?”

Vid meraba poketnya. “Er. Dekat seluar aku. Dekat bilik tadi.”

Giliran Haq membukakan pintu untuk Mira. “come.”

Mira menurut sahaja. Ya, dia masih tergamam.

Vid melihat mereka berdua berlalu. “weh! Nak pergi mana!” ek eh. Aku jugak kena tinggal. Nak balik macam mana?

******

Haq tenang memandu Camry milik Vid.

Ok tipu. Dia tak tenang langsung.

Dari tadi matanya mencuri-curi melihat orang disebelah. Sekejap Mira menggigit bibir, sekejap memeluk tubuh, sekejap menongkat siku pada cermin tingkap, sekejap membelek-belek jari.

Haq berani bet, Mira langsung tak sedar dirinya dibawa kemana. Entah dia tahu ke tak yang dia sekarang ada dalam kereta dengan orang yang dia baru gaduh beberapa minggu lepas dekat lorong depan pejabat.

Haq menarik handbreak. Aircond ditutup. Kunci kereta dipulas untuk mematikan enjin. “keluar.”

Tanpa fikir banyak Mira terus membuka pintu. Kaki dicecah pada tanah dan dia menutup pintu. Eh, apa basah ni? dia mendongak keatas. Hujan!!

Dia pandang cermin tingkap. Rasa marah meluap-luap bila tengok orang yang suruh dia keluar tadi tak keluar pun.

Haq menggeleng kepala. Parah,parah. Teruk, teruk. Dia keluar dari kereta dan menekan alarm.

“hey! Bukak lah balik pintu ni! hujan la!” Mira berteriak kuat melawan bunyi hujan.

Haq yang dah basah lencun buat taktau. Dia terus melangkah kearah taman.

Mira bengang. Dia pandang kiri-kanan. Lake Garden? Sejak bila keluar dari Damansara ke KL? Dia tak ada pilihan. Dia mengekori Haq dari belakang.

Haq berhenti duduk disalah satu gelongsor di taman mainan kanak-kanak.

Mira memeluk tubuh. “tak kelakar. Jom balik. Saya dah basah!”

“saya basah jugak.”

Mira menadah tangannya merasa titisan hujan. “hujan lebat ni. Awak nampak tak? Balik, jom!”

“awak nak balik, balikla.”

Mira masam. Dia pandang kiri-kanan. “tengok, tak ada orang. Tak ada orang yang pergi Lake Garden masa hujan. Awak nak datang lain kali saya teman. Cepat. Saya nak balik pejabat. Saya nak jumpa Puan Rai. Sekarang!”

“duduk.”

“balik! Sekarang!” Mira memberontak.

Haq mengalih punggungnya dari ruang gelongsor itu ke bawah. “duduk situ, saya duduk atas jalan pun takpe.”

Mira membesarkan matanya. “maybe awak suka Hindustan, pergi taman masa hujan, tapi saya betul-betul kena pergi jumpa Puan Rai sekarang. Tolonglah saya.”

Haq tergelak kecil. “sekejap je. Duduklah.”

Ugh! Mira meletakkan punggungnya di gelongsor itu. Haq yang bersila didepannya dipandang dengan muka tak puas hati.

“cerita la. Awak tak buat? Habistu? Macam mana benda ni boleh jadi?”

“cerita dalam kereta pun boleh! Jom lah…” Mira dah makin tak selesa dengan blousenya yang basah lencun. Make-up tak payah ceritala comot macam mana.

“saya tak suka la awak cerita dengan keadaan macam tadi.”

Mira menyapu air yang membasahi mukanya. “macam mana apanya?”

“yela. Muka takde perasaan.”

“saya tak ada masa nak menangis atau mengamuk atau baling-baling barang ke hape. Saya kena balik sekarang. Itu je caranya. Saya kena jumpa Puan Rai. Saya kena bagitau dia.”

“saya tak suka.”

“tak suka apa?”

“saya tak sukala awak sedih tapi tak menangis.”

“oh! sebab tula awak suruh saya keluar supaya saya basah lencun dan muka saya nampak macam orang menangis?”

“ye kot?”

“awak ni gila la! bawak balik saya sekarang!” Mira terus berdiri.

Haq tergelak. Perempuan ni la.. memang suka paksa-paksa orang sukahati dia. “taknak.”

Mira terdiam. Gila sampai hati buat aku macamni. Dia meletakkan punggungnya diatas gelongsor berterowong. “ok. fine. Kita nak buat apa kat sini?”

Haq mencari idea. “emm.. tengok bintang?” dia mendongak. Seronok bila air hujan jatuh menderu-deru keatas muka.

“sekarang petang. Petang tak ada bintang.”

“siapa kata tak ada? Ada cuma tak nampak. Dah cahaya matahari kuat sangat, mana nak nampak.”

Betul jugak. Hati Mira mengiyakan. “tapi saya nak balik! Esok-esok awak tengoklah bintang lagi.”

“cuba rileks…” Haq pula bangun. Dia duduk pula diatas mainan tunggangan berspring berhadapan dengan Mira.

“macam mana nak rileks. Puan Rai marah saya padahal saya tak buat. Saya betul-betul tak bersalah. Awak tau, ni kerja idaman saya. Saya kejar cita-cita ni bagai nak mati. Takkan la saya nak musnahkan macam tu je.”

“awak nak tau? Tadi masa saya baru sampai dekat lobi pejabat awak, saya terdengar diorang cakap pasal calon untuk gantikan Rai sebab dia nak naik pangkat. Betul ke?” Haq bertanya.

“saya tak peduli. Saya tak peduli siapa yang jadi calon atau betul ke tak semua yang diorang cakap-cakap tu. Yang saya peduli sekarang, saya kena balik, jumpa Puan Rai, dan terangkan semuanya. Tolonglah..”

Haq mengangkat tangan sambil tersenyum. “saya ada cadangan.” Tangannya dijatuhkan. “apa kata mulai harini, awak buat hobi baru. Pandang bintang siang. Ok tak?”

“Tak ok. Saya nak awak hantar saya balik baru ok.”

Haq tergelak. “kalau pandang bintang siang sambil nyanyi ke..”

“saya tak pandai menyanyi. Saya nak balik.”

“kalau pandang bintang siang sambil nyanyi dan ada orang teman ke…”

“saya nak balik.”

Haha. “kalau pandang bintang siang sambil nyanyi dan orang yang teman awak tu saya..”

“Saya taknak awak teman saya pandang bintang siang. Saya nak awak hantar saya balik.”

Hahahaha. Makin galak Haq ketawa. “I know you rise in the morning sun..I feel you touch my hand in the pouring rain..And the moment that you wander far from me..”

“not helping, encik. Saya nak balik.”

Hahaha. “awak nak lagu melayu eh? taknak lagu inggeris? ok saya nyanyi”

Pffffh. Mira tarik sengih. Video klip murah betul. Boleh pulak nak menyanyi.

Haq senyum lebar bila tengok Mira senyum walaupun nampak tak nampak la dalam hujan. “nak lagi?”

“what do you have?”

“emmmm..” Haq berfikir. “Baby, I know you're hurting..Right now you feel like you could never love again..”

Hahahaha. Mira tergelak besar. Aiyak. “hey, memang budak lahir tahun 80-an betul!”

“mestilah. Dan membesar masa zaman 90-an. Cool ok.”

“I have one.” Mira tiba-tiba berkata.

“try.” Haq senyum jahat.

“but not 80s, not 90s..”

“no big deal.” Haq menaikkan kening.

jika dapat ku petik bintang akan ku hadiahkan padamu..”

Brrrrrrrmmmmm!!!!!!!!

“ok, saya macam nak suruh awak sambung lagi, tapi guruh tu kata jangan.” Haq sengih nakal.

Mira termalu sendiri. Salah timing. Haq yang nyanyi suara tak sedap langsung tadi. “jom balik.”

“Dah sampai office nanti nak buat apa?”

“Jumpa Puan Rai.”

“Lepastu?”

“Cakap elok-elok. Explain baik-baik.”

“Dah rileks? Dah ok?”

“Sudah.”

Haq senyum. “good. Jom balik.” Agak-agak Vid bertukar jadi hijau tak bila kereta dia basah nanti? Tak kot.

“oh! nama saya Mira.” Mira tiba-tiba bersuara sambil mereka kembali ke kereta.

“saya tau.”

“awak?”

“Haq.”

“Haq??”

“Haq.”

“Haq??” lagi sekali Mira bertanya sambil berkerut dahi.

“iye. Haq. Dah sudah tadi bising nak balik. Masuk kereta cepat.” Haq sengih lagi.




------------------------------------
lagu 1 : how deep is your love-take that
lagu 2 : i'll never break your heart (spoken part)- backstreet boys
lagu 3 : bintang-maya karin

19 comments:

saadiah~~ said...

sweeettt sgt2..hehe..

farhana hussein said...

..comellll nyee...~~
jgn laa mara mira..cian dye..
seb bek haq jd hero..
go prince CHARMING !!

nunaaz said...

suka la cara haq tu...
sweetnye~~

Bulanhijau said...

waaaaaaaaa~

cian gle kat mira,
tp btl ke mira curi idea mags lain??
hmmmm...

just me said...

comel nye ..
kesian kat vid
haha

MaY_LiN said...

kemain lg haq menekel mira yea..

fzm2 said...

heeeeee..
c0mel jew d0rank
nih!

Tfaaaaaa said...

yeayy terbaik la cucuratap.semakin berkembang idea anda.good job ;)

Miss Kira said...

x pepasal ja vid kena tinggal.. hahaha.. cian vid.. ^^

TAN-te said...

ahah!!!!!!!
1. RAi marah GILE la!!!!!
2. mira ngan haq !!!!!
3. VID confirm jd hijau sbb die nye kerete basah

Hafia Hana said...

hahahaahah...

cntinue please

+_*

DianaTakyuddin said...

sweetttttttttttt!!!!!!!!!sgt suker!!!!

keSENGALan teserlah.. said...

uikss,..
awat rai mara glee nieh..?isk2..

haha..haq sesi mengorat sbnrnyee tuh.....

Anonymous said...

haq sagattt comelll~~~

skyahaya said...

tq sbb ad gak n3 evendo kamu bz rite?

Unknown said...

ngeeeeeeeeeeeeeeee!!! besh!! akirnye haq leh knal mira..yeye!! skenye!! huhuhuhu...em..nape dgn rai 2? sape yg report kt die kate mora curi idea? jht la org 2!!! *emo!*

Anonymous said...

wuaaa,
sronoknya bca mira ngan haq..
cucur,watlah vid ngn nana..
hik3,cpt smbung tau~

Anonymous said...

cik cucur cepat samb...
best giler cerita nie...

khasyikelvin_ said...

cian dier jadi mannequins...
ekekeke
mane lagi next entry?

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio