♡assalamualaikum

currently updating First.

Tuesday, January 12, 2010

ADVIDHAQ [13]

Mira resah gelisah didalam biliknya. Dia mundar mandir didepan meja itu dah dekat 30 kali. Jari-jarinya dipulas-pulaskan sampai dah naik merah.

Masak.. masak aku! Mira memicit dahinya.

Tula. Dulu sebelum keluarkan cadangan nak buat edisi khas lelaki tak fikir masak-masak. Kan sekarang natijahnya terhempap dekat diri sendiri. Kalau dah nama majalah wanita, props pun mesti penuh dengan barang wanita je.

Mira rasa belakang blousenya dah basah biarpun aircond elok terpasang dengan 24°c. Ceruk mana aku nak dapat mannequin lelaki untuk display dekat Puan Rai lagi 15 minit???????????????

Kalau aku sarungkan baju-baju lelaki ni dekat patung perempuan mahu Puan Rai pengsan berkali-kali. Pengsan, sedar, pengsan, sedar balik, pengsan balik. Ugh!

Nak pinjam dari unit lain, dah tak sempat. Your last minute habit Mira, really the biggest problem ever!!

Mira dengan kasarnya menolak pintu biliknya keluar.

“oi!” Haq menjerit sambil memegang bahu kanannya.

Mira tersentak. Tergamam.

Haruman orange blossom memaksa Haq memandang muka perempuan itu. Ini dia kan? Ini Mira Khairudin.

Ibarat jatuh ditimpa tangga. Malapetaka pertama tak selesai dah kena malapetaka kedua. Mira mendengus perlahan. “humph. I’m sorry. So…so.. sorry..”

Vid yang berada disebelah Haq sekadar senyap. Mereka baru saja keluar dari bilik Rai lepas ditinggalkan Ad yang mereng tu.

Haq tarik sengih tiba-tiba. “it’s ok.” eleh, bukan cedera parah mana pun. Chill la.

Mira yang masih memegang tombol pintu itu merenung Haq dari atas kebawah, bawah keatas. Kejap tangannya menggenggam tombol besi itu.

Haq dan rasa lain macam. Siapa yang melanggar dan siapa yang kena langgar ni? kenapa Mira ni macam blank macam kepala baru lepas terhantuk?

“ok ke? kenapa ni?” Haq menyoal.

Mira tarik senyum sebelum tergelak kecil.

Haq dan Vid berkerut dahi. Apa yang kelakar ntah.

“oh my… oh my..oh my…” Mira menengadah siling. “thank God you’re here!”

Erk?

Mira melepaskan genggaman pada tombol pintu dan bergerak mengelilingi mereka berdua. “uh. Should be perfect. Err, tak perfect pun kira ok la.”

“miss?” Haq dah rasa blur habis.

“cepat!! Kita cuma ada 10 minit!!” Mira terus membukakan pintu biliknya lebar-lebar.

“hah?” serentak Vid dan Haq bersuara.

“nak kena tarik atau pandai masuk sendiri?” tegas Mira berkata-kata.

Haq pandang Vid, Vid pandang Haq. Ah sudah!

“cepat!!”

Mereka berdua melangkah masuk dalam bilik yang berselerak dengan baju itu dengan perasaan yang err.. entah? Eh, blur la!

*****

Mira menghulurkan sepasang pakaian pada Haq.

Haq mengangkat kening.

“pakai!” Mira menghempas pakaian itu pada dada Haq. “this must be.. very nice on you. Pakai ni.” sepasang lagi pakaian dihempas pada dada Vid.

“apa ni wei?” Vid bertanya tak faham pada Haq. “siapa dia ni?” Vid menghalakan bibirnya pada Mira yang sedang membelakangi mereka.

“aku…aku pun blur ah..” Haq menjawab perlahan.

Mira pusing menghadap mereka. “guys! Please..please..please.. pakai je, bukan buat apa! Puan Rai tak suka lambat-lambat! Jadi model bukan payah.”

What she said just now? Telinga yang salah dengar atau otak yang salah tafsir?

“please~~ I’ll turn around and you all pakai baju tu cepat. I janji no peeping. Ok? ok? faster guys!” Mira pusing kebelakang semula, menghadapkan belakang badan pada mereka.

Vid melihat pakaian ditangan dengan muka geram. Ni semua Haq punya pasal. Kalau dia tak jalan dekat sangat dengan pintu bilik perempuan ni mesti tak jadi macamni. Agh! Salah Haq! Salah Haq!

“done? I boleh tengok?” Mira bertanya

“eh..kejap. kejap. Belum. Belum.” Vid menjawab laju. Aku baru nak sarung seluar. Gila.

Haq dari tadi senyap. Perempuan ni sangat berani. Semua dia buat ikut suka hati. Kalau orang jahat yang lalu depan dia tadi, dia akan ajak masuk bilik jugak macam ni ke? Nasib baik, aku. Nasib baik aku baik.

****

Vid dah siap dengan jeans hitam serta baju-t lengan panjang putih.

Haq pula memakai jeans biru muda dengan kemeja hitam.

“hurm.” Mira memegang dagunya. “you, specky.. lipat lengan baju sampai bawah siku. You, tuck in your black shirt.”

Haq buat muka. Pandai mengarah. Dia pandang Vid disebelah. Nampak sangat muka terpaksa.

Mira melilit mafla hijau muda pada leher Vid dikemas-kemaskan sedikit. Ditarik-tarik kebawah. Spec Vid ditanggalkan dan diganti dengan Ray Ban. Sepasang sneakers Burberry diletak dihadapan kaki Vid. Selesai satu.

Mira cekap mengikat tali leher pada kolar baju Haq dengan gaya santai. Haq sekadar merenung. Ambil peluang orang kata. Satu lagi butang kemeja dibawah kolar dilonggarkan. Kasut kulit Crocodile diletakkan dibawah. Selesai yang kedua.

Mira melangkah dua tapak kebelakang. Dia tersenyum, suka. “handsome. Handsome. Come, models.” Dia mendahului jalan.

Pintu bilik Puan Rai diketuk perlahan.

“come in, Mira.” Rai mengangkat pandangannya dari komputer.

Apakah? Siku yang ditongkat atas meja terus jatuh kebawah. Rai ternganga. Ini kan..

“lack of mannequin.” Mira sengih-sengih.

Haq senyum paksa 2 saat. Lengan diangkat memeluk tubuh.

Vid mengangkat bahu, tanda tak tahu apa-apa. Tangannya mengirai-ngirai mafla dileher. Ini Negara khatulistiwa, tak turun salji ok.

Rai tergamam tak terkata apa.

*****

Pukul 9 malam.

Jaja menekan-nekan keypad laptop sambil bernyanyi perlahan.

Lagu ini bukan diradio setiap hari untukmu
Lagu ini.. hmmm..hmm.hmm..
Hmmm..hmm..hmmm..
Semuanya.. cun saja~


Jangan salahkan aku suka humming lagu ni. Rentak dia catchy gila dan lirik dia jujur. Cun saja~ haha

Dia menjengketkan kerusi makan itu kebelakang. Dulu masa dekat sekolah, cikgu suka cakap macam ni, ‘kerusi tu empat kaki kamu guna dua kaki!’. Tak boleh elak la, hobi.

Cek email la.

Assalamualaikum.

Waalaikumsalam, Jaja menjawab dalam hati. Specnya ditolak keatas batang hidung.

Aksara,
Malam gelap, tapi saya nampak kamu.
Saya ingat kamu
Saya suka kamu
Saya mahu kamu


Dum!!!!!!!!! Kerusi terbalik kebelakang!

Jaja menggosok-gosok belakang kepalanya. Tolong, kepala oi, tolong la jangan pecah.

“Jaja!!!!!!” kuat Nana menjerit dari muka pintu biliknya. Ingatkan tv ke hape jatuh atas lantai. Takpun meteor jatuh kebumi. Imaginasi terlebih, mungkin.

“Nana tolong Nana…tolong angkat aku…”

“macam mana hang boleh tergolek ni Ja?” Nana menghulurkan tangannya.

Jaja mencebik. Tapak tangannya masih mengusap-usap belakang kepala. “electric shock, kot.”

“ish… tu la. dok hadap laptop 24 jam!” Nana membebel lagi sambil mengangkat kerusi yang terjatuh tadi.

Adoi.. benjol kepala ni. Jaja mengutip spec dari lantai. Ditenung kembali skrin komputer.

Ikut hati nak je dia reply, ‘kau gila ke hape ha mamat?’ dol~ jiwang karat bermadah pujangga. Nightmare sampai tergolek kerusi, terhentak kepala. Kes naya.

Butang delete di klik pantas.

Gila.

26 comments:

akak said...

heheh..lawaklah sian jaja sampai tergolek!

sichumilchocoholic:) said...

sgt laaawaaakkkkkkkkkkkkkkkk
ak gelak guling2 bce citew nih
double triple thumbs up utk u
keep up d good work
adusss
perut cramp tbe2 sbb selak gelak
:)

fzm2 said...

lawak seh!smpai
terjat0h k0t..

Anonymous said...

hahaha..besh..
tp ade yg slah eja cucur..
part vid,haq n mira tu..
bilik yg 'berlerak'..suppose be berselerak kn?
n dialog vid.."apa ni 'we'?"
we tu suppose wei kn?
kalo aku yg slah mahap la ek~ :D

-che na-

MaY_LiN said...

huhuh..
kemain lg kena paksa..
pe la nasib badan..
hikhikhik

lala said...

kang muke vid kat mjalah 2..nana or jaja nmpk..hehe~gempak arh..

misha said...

best2...sronok la bace citer niy..

cucuratap said...

oh che na, terima kasih. jari aku mmg suka typo. akan dbetulkan. thx. =)

waniey said...

giler!!!!
xkn t'kezut smpai jtuh kot..
hah makin angau lh nana pasni klu tgok mke vid kt GAIA.
mau di bwak nye tidor mjlh 2..
pepun gud work..nice to read n this story will cheer up my day..thanks...

Salmiza said...

lawak la jaja tu..siap tegolek..haha

stitch said...

ha3.. tergelak ak sorg dpn cmptr..nsb baik ak x jth skali.. but lirik lagu nice gak.. lagu spe tu?

L0nEvEeD said...

xsaba nak tgu kisah Ad ngan Vid!!
confirm nana angau lagi teruk tengok Vid lam magsXD

Anonymous said...

hahaha...klakr la jaja nie sampai tjtuh krusi...
klw dia thu sapa yg hntr emel tu rase2ny dia jtuh lg x...x pon dia jth cinta...

Lagu tu tjuk Cun Saja..By Sleeq...Singapore singer...

sayebace said...

cik cucur!!!nak lagi..adoiyai..cm kalo leh xmo berhenti bace nieh..so lawak n sweet je..nak3!!!

Unknown said...

waaaaaaaa!! beshnye!! suke mira yg aci-men0redah je srh org jd model die..ske jaja yg jth tergolek cm ngka 2..ske ad yg jiwang gile!! sume rai yg blur jap tgk kwn2 die jd model..ske haq yg amik pluang tgk mira n ske vid sbb die ikt je!! alahai..cutie pie tol dorg ume ni!! waaaaa...nk lg!!

*thnx 2 cik cucuratap..td sy sgt2 moody..tp skg mood sy dh ok blk lps bce cite ni!! hehehe

Anonymous said...

"cmne hang bleh tergolek ni?"

"elektrik shock kot"

hahahaha.. lawak gile ayat ni.

::eyrie::

TAN-te said...

ala~ sket nye....

Bulanhijau said...

wooooo~
gle hebat penangan si Ad tu, sampai tgolek si jaja tu.
heeee

Anonymous said...

cerite ni sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat sweet... ilove 3 of em...

MaSin said...

comel la wak..huhu..
brutal gak si mira nih..

ombak laut said...

so sweet......
x t'kte ak bce crte nii....
slmt ak x t'golek same cham jaja bce crte ni td..
haaahahaha
mmg kelakar gle....
ak ska sgt x sbr nk tggu sambungan dia....
:)
~sue~

fya zainal said...

salam
suka lah ceta awak
nk follow^^

gadiscomot said...

sy baru kali pertama join n baca semua jln ceta advidhaq.dan sy jth cinta dgn jln ceta nye.hope sy boleh baca utk yg sterusnya..

Kak Mina said...

Kah kah kah... Gelak sakan akak kat ofis ni, tapi naik crem lah perut sebab terpaksa tahan kat dalam hati aje... naye kalau staff lain dengar ni... TQVM for making my day more cheerful....

salina jb said...

salam..

pertama kali baca ceta ni buat saya jatuh cinta..suka dgn watak2 yg cucuratap paparkan..suka sgt2 klu dpt di sambung cepat2..

Anonymous said...

giler lawakla ad n vid tu..haha
leh plak jd model terjun tuk rai..hehe
besh2..

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio