♡assalamualaikum

currently updating First.

Wednesday, January 6, 2010

ADVIDHAQ [12]

Sapp! Sapp!

Haq memandang dengan berkerut dahi. Apa yang budak Ad ni tengah bongkar? Habis selerak ruang tamu.

“kau carik apa?” Haq bertanya.

“carik…carik…” Ad masih bersungguh-sungguh mencari. Tertonggeng-tonggeng dia mencari sampai bawah sofa.

“carik apa!” suara Haq dah naik seoktaf.

“carik.. tu la.. ala, benda tu la..”

“benda apa?”

“ala…. Isk. Benda tu la..”

Haq tahan sabar. “yelah! Benda ‘tu’ tu, benda apa!”

Ad buat muka sadis. “GAYA.”

Pfffh!! Haq rasa nak menyembur air liur keluar. “buat hape kau nak carik majalah tu?”

“arrrr….arr…” Ad menggaru-garu dahi yang tak gatal. “aku…. arr.. aku…”

“kau kenapa!” Haq menggertak.

“rindu.”

Hah? “apa dia?”

“rindu.”

Hahahahahaha. Haq tergelak macam nak putus urat perut. “lawak berkualiti hari ini.” Hahaha. Haq kembali menyambung gelaknya.

“serius la…” Ad muka sayu.

Hahahahaha. Haq gelak lagi.

“aku cakap betul-betul ni…”

HAHAHA. Frekuensi suara Haq menaik.

“aku tak main-main ni…” suara Ad mendatar.

Haha. “alalala.. kau rindu aku eh? segan nak cakap, kau cover kata rindu GAYA eh? Ha Ad? Serius eh?” hahahaha.

Ad memandang Haq yang dah tergolek kiri-kanan atas sofa dengan muka tak beriak.

“Haq..”

“ye sayang?” Haha. Haq melawak.

“aku suka dia.” muka serius.

“I love you too.”hahaha. Haq dah terjatuh bawah sofa.

Ad mengambil mug di atas meja kopi didepannya. Dipusing-pusing dalam genggaman. “aku macam serius ni.”

“I’m serious too~” Haq sengih-sengih. Ad memang pandai buat hiburan tengah malam.

Ad memandang mug biru gelap yang dah kosong ditangannya. “aku jatuh hati..”

Haq berhenti ketawa. Ok, dah mula seram dengan nada suara Ad.

“aku rasa.. aku boleh tenung majalah tu 48 jam tanpa tidur..”

Haq telan air liur. Seram.

“aku rasa macam.. suka sangat. sangat-sangat.”

Haq menegakkan badannya yang bersandar pada kaki sofa. Perhatian : Muhammad Adha TIDAK PERNAH begini.

Ad tiba-tiba menyengih pada mug ditangan. “aku miserable. Aku miserable sebab dia.”

Haq memeluk tubuh. “kk..kk..kkau.. obsess dengan majalah tu ke?”

“tak.” Sepatah Ad menjawab.

“habistu?”

Ad mengangkat matanya memandang Haq disebelah. “Aksara.”

Haq terdiam.

“tolong Haq, aku nak kenal dia.”

******

Vid dan Haq yang elok berkemeja dan berseluar slack berdiri disatu sudut. Menyandar pada dinding bercat warna peach itu. Vid menyandar dengan kaki bersilang dan kedua-dua tangan didalam kocek seluar. Haq disebelahnya asyik menekan-nekan punat handphone, memeriksa schedule petang itu yang terpaksa ditunda.

Mata Vid dari tadi terpaku pada satu arah. “Haq..” dia menyebut nama Haq perlahan.

“hmm?” Haq menyimpan handphone kedalam kocek.

“tu.. tengok tu..” Vid mengangkat dagunya sedikit kedepan.

“apa?”

“aku macam tak percaya..”

Hmmph. Haq melepaskan nafas. Dia turut memandang arah yang sama. “aku tau. Aku macam tengah tengok salah satu daripada 7 keajaiban dalam dunia.”

“sejak bila dia macam tu?”

“malam tadi.”

Vid berkerut kening. “serius…”

“sangat serius.”

“helpless..”

“sangat helpless..”

Vid kalih pandang pada Haq. Yang dia dok ulang ayat aku ni kenapa?

Haq sengih.

Tap! Tap! Tap! Bunyi kasut tinggi yang bergema membuatkan semua kepala menoleh kekanan.

Rai senyum lebar. “sorrryyyyy.. tunggu lama. Ada kerja sikit la. jom-jom.” Rai mengajak mereka semua masuk kedalam biliknya.

Ad yang dari tadi duduk termangu di tempat pelawat segera bangun. Laju dia melangkah ke bilik Rai.

“kenapa dengan..” Rai berasa pelik dengan Ad yang muka macam ayam berak kapur, dahtu suara sepatah pun tak dengar.

Vid dan Haq sekadar mengeluh mengeluarkan nafas berat.

Rai makin tak faham. “itu ke emergency?” Rai teringat call dari Haq sejak tengah malam tadi. Kes kecemasan katanya. Sampai tak boleh explain dalam telefon.

“sangat.” serentak Vid dan Haq menjawab. Mereka terus berlalu meninggalkan Rai yang terpinga-pinga dibelakang.

*****

Keadaan dalam bilik Rai yang tak besar mana itu senyap-sunyi.

Rai pandang Haq sambil angkat kening, Haq mencebik. Haq kalih pandang pada Vid, Vid angkat bahu.

Ugh! Rai tekanan. “apahal ni Ad?”

Ad duduk menongkat dagunya. Senyap. Takde ura-ura nak gerakkan bibir pun.

“Vid!” Rai menegur Vid pula.

Vid angkat kedua-dua tangannya keatas. “aku pun baru ter-drag dalam benda ni. Jangan soal aku.”

Rai mengalih pandangan pada Haq. Pelik tengok Ad macam ni. Selalunya pantang ada benda kecik pun, dia boleh buat bahan lawak. Ni bisu terus.

Haq gelisah. Rambutnya dikuak kebelakang. Dia pandang Ad lagi sekali. Betul la budak ni…

“Haq?” Rai bertanya.

“Ad jatuh cinta.”

“haaaaaaaaaaaa?????????” Rai terjerit kuat tanpa sedar.

“what the he..” reaksi terkejut Vid sampai tak dapat nak habiskan ayat.

“dengan orang majalah kau.” Haq menyambung.

“haaaaa?????” lagilah Rai rasa nak pengsan! Sejak bila??

Ad memanjangkan tangan mengambil GAYA entah keluaran bila diatas meja Rai. Diselak majalah itu kasar macam nak terkoyak. Sappp! Sappp! Sappp!

Rai tengok Ad dengan pandangan seram. Payah ni.

Ad melempar perlahan majalah yang terlipat kedepan Rai. Rai mengangkat majalah itu perlahan.

Owwwkeyyyyy.. mulut Rai terlopong.

Vid dan Haq senyap menanti jawapan Rai. Harap-harap Rai boleh jadi pari-pari yang ada kuasa tolong manusia didalam kesusahan dan kepelikan macam Ad.

“a.. aku…” susahnya Rai nak menjawab.

“tolongla Rai.. tengoklah dia macam mana..” Haq menjeling Ad disebelah.

“sebenarnya…”

“sebenarnya?” Vid menyampuk.

“hmmph. Sorang pun tak pernah tau siapa Aksara.”

“mana boleh macamtu…” Haq dah mengadah kepala memandang siling atas.

“semua article dia sent by email. Aku cakap betul ni.. tak tipu punya..” Rai muka bersalah.

“macam mana ni?” Vid bertanya.

“adoiii.. masalah!” Haq mengeluh. Aku yang kena mengadap muka dia macam ni hari-hari dekat rumah. Mendung sepanjang masa. Jangan sikit hari lagi kilat sabung menyabung sudah.

“hmm.” Ad bersuara buat pertama kali. “kasi jela aku email dia.”

Erk! “tapi… kan.. arr.. emm.. dia.. dia macam tak kasi kalau..” Rai menggaru-garu atas tudungnya. Nak kasi ke, taknak.. mana boleh kasi.. tapi kesian Ad..

“alah, bagi jela. Skema la kau.” Haq mendesak.

Vid mengecikkan matanya. “bagi je. takde apa punya.”

Rai serba salah. Aksara dah kata, dia taknak ada kena mengena dengan sesiapa. Dia cuma akan email pada Rai sebulan sekali.

Haq dan Vid buat muka mengharap. Penat ambik cuti setengah hari. Emergency leave la kononnya. Nasib kerja tak banyak, bos baik hati. Tapi kalau fikir balik, memang kes besar pun. Dengan baju kerja smart-smart ni pergi tolong kawan. Ad pulak elok je pakai jeans dan t-shirt. Dia tak kerja, kacau orang kerja. Ugh.

“yelah,yelah. Aku kasi. Tapi jangan passing email ni.” Rai mencatat email itu diatas kertas note kecil.

“thank youuuuuuuu!” Ad mengambil kertas tu dan terus berlari keluar.

Vid, Haq dan Rai terpinga-pinga. Ek eh… pandai pulak senyum! ingat pipi macam dah kena simen!

“dia tinggalkan kita macam tu je?” Vid menggeleng-geleng.

“aku rasa macam aku naik kereta dengan dia sekali tadi…” Haq berkata confuse.

Vid menepuk bahu Haq disebelah. “kasi chance la. Dia dah tak jejak bumi dah tu. kereta aku, jom.”

Haq masih tak puas hati. “dia tinggal aku? dia tinggalkan aku lepas aku tolong dia?”

Rai tergelak. “drama la kau Haq. Dah pergi balik. Aku takut karang kalau rumah korang terbakar pun dia tak perasan. baik kau balik cepat.”

Vid dan Haq tergelak. Ad memang dah parah!

*****
Ad mematah-matahkan jarinya dihadapan laptop. Pap! Pap! Jarinya berbunyi. Isk.. apa nak taip ni.. idea..idea….

Kehadapan Cik Aksara yang dirindui

Butang backspace ditekan lama. Tak boleh..tak boleh. Nampak sangat gelojoh.

Aksara, my beloved writer

Hah? Tak kena…tak kena. Backspace dihentak beberapa kali sehingga page MS word itu kosong kembali.

Aksara yang dah lama nak dikenali

Ad menggeleng-geleng. Bodohnya ayat aku. BM dapat berapa ni? buat malu. Padam, padam.

Ad mengangkat kakinya ketas kerusi. Masalah! Masalah! Hopeless.. useless Adha… kau memang tak pandai buat ayat! Argh! Frust! Frust! Frust dengan diri sendiri yang amat bengap buat ayat. Duh~

20 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

gila..!
hangau gila tahap infinity la ad nieh..
ngaaaaaa..
wat2 emel cm tak taw yg dye tuh aksara la ad..
belakon sket..

Bulanhijau said...

adoiiiii..
parah gler la Ad ni.
huhuhuuuu

pdhl cik aksara tu ad dpn mata je kot.
weeee..

DianaTakyuddin said...

sukerrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!
ayt aper r ad wat nnt....x sbr nk tgu smbgn die...hihihihihi

arisa said...

rili enjoy~
talkative pilot become pilot sejuk beku..

akak said...

ayo..ngeri bila kena panahan cinta wakaka

MaSin said...

nice..

MaY_LiN said...

pe ni ad..
come on la..

haikadove said...

hahaha.. chomel chomel~
sukee ad!;D

waniey said...

arggh ske giler cite ni..
giler btul si Ad dgn AKSARA yerk..
dh suke tahap hiperbola dh, xleh nk undur dh..
pepun gud job
x sbar tgu smbgn

TAN-te said...

keh keh keh !!!! angau x hengat!!!
best! sambung2 cepat2 x sabar!!!
cute gile!!

Anonymous said...

cumil2.. hahaha... sukinya!!!
fans of ad... hahaha

~Miss Kira~

misz nana said...

apabila Ad jatuh cinta..

jaz said...

cik cucuratap....

awk berjaya buat saya gelak guling2 arini...hehe
nice story!!! keep it up!!!! ;)

Che Sue said...

skema punya gila la ad nih!

hahaha... tak tau camane nk buat ayat? sian kt adha...

tunggu tuk next n3 lak!

Zierwa Zainal said...

waaaaa....best giler...smbung2x...

L0nEvEeD said...

sweettt~~~~~~~~
can't wait for the next entry!!

_chenta^ainie_ said...

hak hak...krem pipi aku..dak ad ni bikin malu betul,,,dian haq...

Anonymous said...

best....

Love it...

ur writing make me smile through out the day...

~QiQin~

sugar2 kapas strawberry said...

hahaha..giler la ad..giler bayang kat aksara..

fzm2 said...

hahahaha
lawak r ad nih!!!
huhuhhu

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio