♡assalamualaikum

currently updating First.

Thursday, October 21, 2010

tiada apa. rindu sahaja.

Sekejap senyum, sekejap mengeluh

Nak cakap, tu bukan cara saya

Nak bagitau guna bahasa badan, eh segan pula

Asyik-asyik teringat

Asyik-asyik mengungkit

Dulu-dulu pagi indah

Dulu-dulu malam teruja

Balik kelas berkejar

Waktu makan potong jadi singkat

*senyum lagi*

Sebenarnya,
Tiada apa. Rindu sahaja :)








entah bila dapat taip cerita macam dulu-dulu. -_-''

Monday, August 9, 2010

satu penerangan

Assalamualaikum dan selamat petang :)

aku tak boleh menggambarkan kesibukan aku sebab kalau tengok secara fizikalnya, aku masih ada masa untuk menyanyi-nyanyi dan tengok youtube sambil makan rocky.

tapi secara mentalnya, memang dah tak nampak ruang untuk sambung cerita. dah tak nampak eksiden Jaja jumpa Ad, atau Haq pergi taman bunga, atau Vid pergi kahwin dengan anak jiran sebelah.

sebab, aku sekarang berada di tahun akhir pengajian. psm (projek sarjana muda) nak kena fikir, nak kena buat reading, nak kena rujuk supervisor, dan fikir lebih dalam supaya kajian aku tak stuck di tengah-tengah dan tak ketemu jalan pulang (tak siap la tu maknanya). selain psm, subjek lain juga dah berebut-rebut memberi assignment. ye aku tau dulu aku ada tugasan juga tapi boleh lagi menaip cerita.

nak balik rumah (plan nak buka puasa kononnya) jugak dah tak nampak bayang.macam tak boleh nak balik je.

untuk minggu ni saja kena submit tajuk psm yang bapak susah gila aku nak memikir, dan minggu depan hantar site proposal. dalam masa yang sama ada juga video dokumentari nak kena edit, assingment law, pergi keluar site lagi dan buat report lagi, dan sebelum cuti raya ada mid-term test.

nampak poyo dan exaggerate kah?

tak, ini semua benar belaka dan selama ini aku tak hingin pun nak cerita tapi memandangkan blog dah tidak aktif (sampai sebulan kosong) dan semuanya macam rindu dendam kesumat dengan watak2 khayalan yang semuanya indah-indah belaka itu, maka aku di sini membuat penjelasan.

aku tak buat AVH jadi manuskrip, jadi jangan risau tentu ada endingnya di blog ini, insyaAllah. cuma masanya tu lah yang taktau bila. agak-agak aku dah senang hati sikit dengan research psm aku, mungkin boleh ketepikan satu bahagian otak untuk novel.

mungkin kadang-kadang ada cerita pendek kalau aku dah gian sangat nak menaip. tapi sebab prof dah bercakap panjang lebar dan kritik apa yang aku propose, mungkin cerita pendek juga dah tak nampak bayang. oh apakah nasib :(

tapi buat masa sekarang, tdur masih cukup, makan masih banyak. kiranya fizikal masih sihat walafiat cuma mental sedikit berselirat. tengok la sikit hari lagi, mesti aku dah tertonggeng lintang pukang punya.

amacam? padat dan berinformasi tak penerangan aku?

harap semua dapat menerima dengan tenang. kalau bosan tunggu, tak payah tunggu lah kan. luangkan masa anda dengan membaca bahan lain yang tidak perlu ditunggu. nanti-nanti kalau ada sambungan, bacalah semula jika anda masih minat.

aku tak tutup blog dah, jadi jangan letak 'bodoh' kat chatbox aku. juga jangan letak 'penulis tidak menghargai pembaca' di shoutmix blog orang lain.

ini tempat leisure aku. tempat lepak aku. walau takde apa-apa, aku masih buka. jadi kalau ada comment, aku memang approve cepat-cepat.

baiklah, itu sahaja.
terima kasih.
kerjasama anda amat dihargai.
betul ni, serius, aku hargai semuanya.
apalah nak kata aku tak menghargai.. alahai awak ni, janganlah sensitif sangat :)

Assalamualaikum. semoga Allah memberkati kita semua.

Monday, August 2, 2010

entry ikhlas

Surat akOo untuk semua peminat karya cucuratap
Kehadapan semua,
Cadangan nak bukak fan page ni bukan la baru. Lama dah sebenarnya tapi malang lah sebab cik cucur ni macam yang korang semua sedia maklum, agak kurang rajin (cakapjela aku malas pffh) dan banyak bergantung kepada mood dia yang sekejap ok sekejap tak macam pintu lif flat kastam tu. Lagi pun, takkan lah dia yang terhegeh-hegeh nak promo diri sendiri siap bukak fan page semua kan?
Maka aku selaku orang yang tak segan silu melantik diri sendiri jadi orang kanan kiri atas bawah depan belakang cik cucur ni pun bukak la satu page kat facebook (yang aku yakin 150% semua peminat cucur ada akaun fb) supaya kita semu dapat saling mengenali, berkongsi pendapat, bergurau senda dan jadi lagi rapat. (eleh bergurau senda konon sebenarnya kau nak carik geng yang boleh bergossip pasal novel kan? ceh)
Tapi macam biasalah, cik cucur ni memang berjaga betul dengan identiti dia so harapnya jangan lah ada yang mempertikaikan kenapa fanpage ni wujud tanpa cik cucur sendiri ada akaun fb dia. Aku pun dah lama tak jumpa dia. Mungkin lubang hidung dia dah bertambah dari dua jadi tiga sebab tu dia makin dasat menyorokkan diri.(rindu cakap rindu weh. cakap pintal2) Tapi takpe, insyaAllah aku akan paksa dia buat akaun fb asap. Apa-apa pun, aku harap page ni jadi medan kita semua untuk gandakan sokongan kepada cik cucur untuk terus menulis. Aku faham kalau ada yang tak suka dan rasa macam takde guna pun page ni, I’m sorry.
To end, sila la search ‘cucuratap’ di fb search box anda dan say something untuk naikkan semangat cik cucur untuk terus menulis. (gaya kau mcm aku dah nak bersara) Anda juga dialu-alukan untuk bukak topic perbincangan yang dirasakan menarik. Sokongan korang memang dihargai.
Terima kasih.

Yang suka menyibuk,
akOo




aku tukang upload (setelah diugut dan dipancing oleh akOo)- cucuratap.

Tuesday, July 20, 2010

Azhan dan Nadira

Nadira memeluk tubuh sambil sengih lebar.

Azhan berdiri tegak bercekak pinggang dengan senyuman penuh manis likat pekat.

“apa khabar?” Azhan membuka kata sambil menunduk.

Nadira membulatkan bibir. “oh wow so nice. Never know you are that polite.”

“kan? I never know it either. Hidden trait kot?” Azhan mengangkat kening.

“itulah. Somehow it was trapped in devil suit.”

“better than devil wearing wings. How it feels eh?”

“feels like flying. Wanna try? Oh lupa. Your horns are so heavy.”

“oh my.” Azhan berubah menjadi terperanjat tiba-tiba. “is that visible? What are you? An alien? Asal mana ni? Patut macam tak layak duduk atas bumi.”

“bercakap tentang diri sendiri ke? Sorry, I’m not interested.”

Azhan tarik sengih lebar sesaat. “eh ingatkan we’re introducing ourselves tadi. Tak eh?”

“really? Let me start. Ke.. tak payah? A loop on my head is obvious kan?”

“kid, you watched Disney too much.”

“how on earth you know about Disney???” Nadira melopong sambil memegang pipi. “die hard fan kan… ish..ish..”

“ever heard about ‘general knowledge’? hmm.. aku wondering otak kau yang besar tu isi apa.”

“oh should I tell you about brain parts? Cerebral cortex..cerebellum.. oh takpelah. Macam lah kau boleh simpan semua dalam otak kau yang penuh pengetahuan am tu kan?”

“come on. Jangan la show off satu-satunya pengetahuan sains yang kau hafal.” Azhan berpaling ke tepi. Bosan.

“at least I know what is in my own brain.” Nadira senyum sinis.

“Nadira!!!!!!!!!!!! Azhan!!!!!!! Buat apa dekat dapur lama-lama?” Suara mama Nadira kuat melaung dari ruang tamu.

“wow.”

“wow.”

Kedua-dua mereka tersenyap beberapa saat.

“for the first time, aku takde cedera bila ada dengan kau.” Nadira menunduk sedikit tanda terima kasih.

“never thought about it.” Azhan menilik tangannya. “my hands look fine too. Thank you. Are we bestfriend?”

“what is that word mean? Sorry?” Nadira langsung mengangkat piring lebar berisi kek lapis itu ke luar. Malas layan. Lantak kau.

“do you want one of my dictionary?”

Nadira menggeleng bila suara dari dapur itu sayup-sayup masuk ke telinganya. Memang. Memang. Memang takkan habis.

*****

“Nadira… lama tak jumpa anak ibu… sihat?” Ibu Azhan terus memeluk Nadira yang baru muncul dari dapur.

“Alhamdulillah sihat, ibu.”

“jadi nurse kalau diri sendiri sakit patut terjun lombong je.” Azhan bersuara perlahan dari belakang Nadira. Macam pelesit, tiba-tiba je ada dekat belakang orang.

Mama Nadira pula bergerak mendekati meja. “Azhan, kerja dekat-dekat rumah mama pun tak selalu singgah.”

“buat mendap lantai rumah kita je mama, buat apa suruh dia datang.” Nadira pula menjawab dengan suara rendah. Dia yakin, Azhan mesti dengar punya.

Azhan senyum sahaja. Dah lali. “mama, harini mama nak masak apa eh?”

“amboi dia ni mengada.. menjenguk tak mau tapi suruh masak laju aje. Mula la tu.” Ibunya mengomel.

“takpelah.. bukan selalu.” Mama menepuk bahu kawan baiknya itu. kawan baik sehidup semati sejak zaman sekolah, kolej, dan berkahwin.

“yelah dengan ibu dia tak dapat kan. Tu sebab lah dia mintak macam-macam dekat mama dia.” Ibu memerli lagi.

Yek..yek. Uwek.. uwek. Nadira rasa nak termuntah. Geli betul bila lelaki buat perangai. Tak manly langsung!

“Nadira? Nadira taknak mintak apa-apa kat ibu? Ibu masakkan.”

Nadira sengih lebar. “macam teringin mee bandung la.. yang pekat-pekat.. letak daging.. kuah ada kacang dengan udang kecik-kecik tu.. lepastu sotong potong empat segi-empat segi..” oh meleleh!

“Azhan nak T-bone steak!”

Shahila dan Norma memandang wajah sesama sendiri. Sorang suruh masak berkuah, sorang nak grilled.

Shahila memandang anak lelakinya. “Ibu rasa steak tak masuk la nak makan dengan mee bandung..”

Azhan menggeleng. Oh no! apa pulak aku yang nak kena mengalah. Bukan aku yang mula-mula bertanya pasal makanan ke?

Norma pula memandang anak perempuannya. “Nadira..” matanya mencerun. Utamakan tetamu, itu prinsipnya.

“tapi orang dah lama tak makan la mama..” Nadira mengeluh. Namanya duduk Johor, tapi mee bandung dah lama tak ke perut.

“Azhan memang dah fikir lamaaaaaaaa dah nak steak yang mama grilled. Dah lama sangaaaaaaaat dah kempunan.”

Azhan dan Nadira yang berdiri bersebalahan tu rasa berbahang di tengah, walau mata tak berpandangan pun.

Shahila dan Norma akhirnya melepaskan nafas.

“Ibu buat mee bandung Nadira.”

“mama buat steak Azhan.”

Grrr. Kenapa mesti nak kena ada dua-dua? Nadira dan Azhan memberontak dalam hati.

“tapi kena pergi pasar! Dalam peti ais tak cukup bahan buat mee bandung, T-bone lagilah takde.” Mama memberi arahan.

“suruh dia!” Azhan dan Nadira bersuara serentak sambil menuding jari ke sebelah.

“dua-dua pergi!” Ibu memberi kata putus.

“fine. Orang pergi beli bahan mee bandung.” Nadira terus saja mahu bersiap.

“kenapa pulak nak bazir minyak kereta? petrol dah mahal tau Nadira.”Ibu Azhan mengingatkan.

“betapa malangnya ada makhluk asing inside my car. Pergi Giant dari sini lama tak?” Azhan bercakap sambil berkerut-kerut kening. Seolah-olah memikir dengan penuh tekun. Ibu dengan mama dah berlalu ke belakang, jadi dia boleh cakap apa saja.

“oh kenapa nak susah-susah. I am the tuan rumah. Let me.”

“maaflah bukan nak berkasar, tapi… Viva macam tak suit with me lah.”

Amboi! “oh? what’s yours? Kereta sorong?”

“takla. Baby stroller.” Azhan mengeluarkan kunci kereta dari poket.

“No!” Nadira berkeras.

Azhan memanjang lehernya mengintai luar dari pintu kaca sliding. “cuba tengok. Kereta siapa yang kena blocked dekat luar tu eh?”

Dang! Nadira nampak Viva hijau jed yang comel itu ada dalam garaj manakala kereta Vios hitam pula tersadai di belakangnya. Cis. Kalau ayah dengan Pak Cik Razali tak pergi main golf mesti dia dah kidnap kereta ayah yang selalu je parking depan rumah sebelah. Maklumlah, rumah sebelah kosong.

Azhan tergelak suka. “beware, kereta hitam tu tak suka orang nama Nadira. Silap-silap dia bawak keluar senapang.”

“kid, too much Transformers.” Nadira dah mula menyampah.

“saja nak ingatkan. Mana tau nak pergi pakai baju kalis peluru.”

Norma keluar dari dapur dengan dahi berkerut. “ni kenapa tak pergi-pergi lagi ni?”

“kejap, ma. Nak ambik bullets.” Nadira terus berlari ke tingkat atas. Dia menjeling setiba di anak tangga ketiga. Ugh.

“ha? apa dia kata?” Norma bertanya pada Azhan.

“dia pergi ambik wallet.” Senyum lagi.

*****

Nadira membetulkan bucu tudungnya. Betul-betul tak selesa! Seat belt ditarik-tarik. Dia memang tak pernah faham kenapa dia dan Azhan tak pernah baik. Tak pernah di sini bermaksud memang tidak pernah langsung-langsung baik. Tidak pernah berborak macam orang normal. Penuh sinis, penuh kutukan, penuh rasa meluat dalam hati. Hati rasa macam terbakar meluap-luap.

Azhan memegang leher. Nak kata rimas, dia bukan pakai baju berkolar pun. Eeh. serba tak kena. Berbahang. Tahan kanan menahan stering manakala tangan kiri menarik gear pada ‘N’. Lama pulak lampu merah ni.

Kereta depan mula berjalan. Azhan pun menukar gear dan menekan minyak. Tiba-tiba lampu brek kereta depan bertukar merah. Oh mak kau!

Reflex kakinya menekan pedal brek dan tangan kiri didepa menghadang orang di seat sebelah.

“oi!” Nadira menjerit. Dahinya terhentak pada lengan yang tiba-tiba jadi macam kayu penahan di depannya. Ni tangan orang ke besi ni?

“apa ni taktau bawak kereta ke! lesen kutip kat jalan ke wei!” Azhan menjerit geram. Boleh pulak brek mengejut.

“oi. Tangan. Tangan.” Nadira mengingatkan Azhan bahawa tangan kirinya masih tak turun-turun.

Azhan menarik tangan kirinya ke peha. Bila pulak aku angkat tangan kiri ni eh? tak sedar.

“love me that much eh? how sweet. Thanks.” Nadira menghadiahkan senyuman manisnya. Manis baginya tapi bagi Azhan, itu memang pahit.

“I love my dashboard more. Please, watch your head.” Dan dia terus memecut ke tempat yang dituju.

“oh ye ke? patut tak aku sapu antibakteria dekat dahi aku? bila last time kau basuh tangan?”

“2 hari lepas. Dahi kau oily lah. Masa cari antibakteria nanti carikkan wet tissue for me.”

“so feminine.” Nadira senyum mengejek.

“oh bukan. Itu orang panggil pembersih. Takpe, aku tau kau tak pernah dengar.”

Nadira baru saja nak membalas bila kereta dah selamat masuk dalam kotak parking. Dah sampai. Baik aku keluar sekarang sebelum apa-apa kecederaan berlaku pada anak kawan baik mama.

****

Seriuslah kan, aku nak tanya, dalam pasaraya pasang aircond kan? Tapi apsal aku rasa panas semacam? Azhan mengibas-ngibas t-shirtnya.

“kau tolak, aku cari barang, kau bayar.” Nadira berdiri disebelah susunan troli.

“aku rasa kau akan nampak lagi keperempuanan kalau kau yang tolak troli, aku cari barang, kau bayar. Sounds good kan?”

Azhan menunggu balasan. 2-3 saat. 4 saat. Biar betul? “Nadira jangan kata harini kau nak mengalah setelah 27 tahun?”

Diam lagi.

“Oi. Oi.” Azhan memandang muka perempuan dihadapannya. Kosong. Tak beriak. Eh aku tak smash lebih-lebih kan? Biasanya ayat tu cuma level sederhana bagi dia dan Nadira.

“ex aku.”

“ha? axe?” nak buat apa? Nak tetak siapa?

“ex aku.” Nadira memandang mata Azhan. Pertama kali tanpa rasa meluat atau rasa nak bagi penampar. Dia cemas.

“ex? Bekas?”

Nadira angguk laju-laju.

“so? Do I look like I care?”

“Azhan, harini je, kali ni je, time ni je, jangan gaduh dengan aku.”

Haaa??? Azhan rasa nak melongo. Selama ni dia ingat, takkan ada apa-apa dalam dunia ni yang akan membuatkan mereka berbaik. Langsung tak pernah terfikir. Cuba bayangkan sejak bayi lagi ibu dia kata dia nak mengiring ke arah Nadira pun tidak. Logik ke dah dewasa ni nak berbaik pulak tiba-tiba?

“aku panic. Aku panic. Aku panic.” Mata Nadira masih terpaku ke hadapan. Memandang pasangan yang bermeter-meter jaraknya dari mereka.

“tak payahla panic. Kau ni.” last-last Azhan menolak troli disebelahnya. “oi, jom. tak payah tengok lah.”

“kita balik? Pergi supermarket lain? Jom?”

Azhan tersentak. Pertama kali juga, Nadira ada buat permintaan ikhlas. Dia berpaling kebelakang. Dia melihat pasangan yang Nadira tengok dari tadi. “tak payah peduli aku kata. Dah jalan.”

*****

Kalau ada satu alat Doraemon yang boleh skip satu hari yang kita mahu, aku nak skip harini. Kalau la aku dapat jin Aladdin tu, aku nak mintak harini berlalu dalam masa seminit je. Nadira memejam mata. Mulalah otak aku berimaginasi macam-macam bila dalam keadaan resah gelisah macamni. Dia menjenguk ke dalam troli, cuma ada 2-3 barang. Kenapa lambat sangat?

“kau carik barang grilled steak je. lepastu balik.” Nadira bersuara. Aku tak makan mee bandung pun, takpe.

“Oi, pandang aku. Pandang aku.” Azhan merehatkan lengannya di atas pemegang troli. Nadira di hadapannya di pandang tajam.

“apa?”

“batang saderi tu, dah patah-patah nak dekat hancur dah kau buat. Aku kena bayar kau tau tak?”

Nadira melihat plastik ditangannya. Seikat saderi di dalamnya dah tak serupa saderi. Hancur! “kenapa kau beli saderi? Nak buat sup?”

“tangan kau yang gatal buh dalam plastik. Aku pulak.” Azhan buat muka malas. Dia memang tak pernah tau Nadira ada sifat panic macamni. Dia cuma tau, bergaduh dengan Nadira setiap kali berjumpa. Jadi, dia memang taktau macam mana nak kasi Nadira bertenang.

“dia kat mana? Kau ada nampak dia tak? Dia ada lalu dekat-dekat kita ke?” matanya melilau kiri kanan.

“gila.” Azhan bertutur sepatah. “cepatlah aku nak balik makan.”

“ok. ok. kita cepat-cepat. Cepat-cepat gila.”

“kenapa kau panic?” Azhan bertanya automatik. Dia tak berniat pun nak ambik tahu hal peribadi si Nadira ni.

Nadira diam. Cuma menggigit-gigit bibir sambil jarinya menghancurkan daun saderi.

“dia scary sangat ke?” Azhan seolah-olah bercakap seorang diri. Dia masih menolak troli sambil tangannya cekap memilih barang masuk ke dalam troli.

Satu bintang. Nadira memberi markah dalam hati.

“dia gaduh dahsyat dari aku gaduh dengan kau ke?” mee kuning diletak dalam troli.

2 bintang.

“dia layan kau tahap macam sampah ke?” daging lembu pula dicapai.

3 bintang.

“is he that rude? Kalah aku?” dia membelek sotong yang siap dipek dalam polisterin. Yang agak-agak elok diambil.

4 bintang.

“sampai macam gila kurang ajar pegang-pegang? Naik tangan?”

“aku kasi kau 5 bintang. Untuk orang yang langsung tak berkawan dengan aku, aku double jadi 10 bintang. Congrats. Dah? Jom bayar. Aku nak balik.”

Nadira dah jadi orang lain. Dia panic sampai mulut dia senyap tak menjawab. Selalunya kalau sampai kaunter bayaran, mesti dia sibuk bertanya takde gift ke? barang percuma macam Tupperware ke, pinggan bercorak ke? Azhan yang terpinga-pinga dengan ‘the other side of Nadira’ pun malas nak bergaduh siapa nak bayar. Terus je dia keluarkan wallet. Dia jugaklah yang susun barang yang dah dibayar dalam troli. Nadira dah jadi macam mayat bergerak. Bisu.

Sampai di kereta, Nadira terus menyusup ke tempat duduk belakang. Azhan jugak yang letak barang dalam boot. Terkejut dia bila tengok Nadira duk terbaring menyembunyikan muka dekat tempat duduk belakang.

“make sure kau habis nangis sebelum sampai rumah. Aku taknak menjawab depan ibu dengan mama.” Perlahan dia berpesan.

******

“mata aku merah?”

“tak.”

“good.”

“tapi satu muka kau merah.”

“damn.” Nadira mengesat mukanya dengan lengan baju.

“dah la tu. Angkat barang.” Azhan mendahului Nadira. Mereka sama-sama muncul di dapur.

“Azhan!!” Ibunya menjerit. “Apa lagi yang Azhan buat ni? dah besar, Azhan. Apa lagi yang Azhan dah buat dekat Nadira?”

Azhan meletakkan beg plastik yang tak sempat pun nak mencecah meja. Dia memandang Nadira sekilas. “ Aah Azhan buat. Tersepak kaki.” Dia tau tu je alasan paling munasabah sebab setakat gaduh mulut Nadira takkan nangis sampai merah muka. Dia terus meninggalkan dapur dan berlalu ke depan tv. Nasiblah Nadira nak elaborate cerita dia macam mana kat dapur tu.

****

“aku ni hodoh tak?” Nadira bertanya tiba-tiba.

“hodoh la jugak.” Selamba Azhan memberi jawapan.

“sikit ke banyak?”

“sikit.”

“hodoh tahap apa?”

Azhan mengerutkan kening. “kau kenapa? Gila?”

“hodoh tahap tak layak ada boyfriend ke?”

“aah.”

Nadira menundukkan wajah. “Patutlah.”

“takkan baru sedar?”

“kalau aku ni tak pernah gaduh dengan kau, kau akan jawab macam ni jugak ke?”

Azhan buat muka serius. “kau pergi masuk bilik air. Rendam kepala dalam kolah. Sekarang.”

“taknak nanti mati.”

“pergi la hentak kepala kat dinding ke, rendam jari dalam minyak panas ke, buat jelah apa-apa yang kau rasa boleh buat kau sedar balik.”

“Azhan?”

“Em?”

“kita berbaik sekejap nak?”

“berbaik maksud kau berapa saat?”

“satu hari?”

Azhan terdiam.

“tolonglah jangan cakap ‘no thanks. You are miserable’.” Nadira bersuara lagi.

“please make it only one day.”

Nadira senyum lebar. “Sure. One day is great, 2 days are disaster.”

“aku tarik balik karang..” Azhan mengugut.

“ok! ok!”

******

“Ila, tengok diorang tu.” Norma menghendap dari dapur.

“kenapa dengan diorang Norma?” Shahila mengesat tangan pada apron.

“tu…”

Hampir tak percaya. Nadira dan Azhan sedang duduk bersila mengadap muka masing-masing.

“biala Norma. Karang kalau kita kacau, takut bergaduh balik.”

Sementara itu, Nadira yang elok bersila membetulkan pin tudungnya. “ok. ready?”

“kau nak buat apa ni?” Azhan bertanya risau. Karang dia ajak buat benda pelik-pelik pulak.

“luahan perasaan. Sebab aku tak pernah cakap benda ni kat siapa-siapa dan aku tau kau akan buat tak kisah dengan cerita ni lepasni. Jadi, aku boleh lupakan semua dan kau pun tak akan mengungkit atau nak korek lebih-lebih.”

“I never care.”

“good. Kau nak tau, dia tu adalah seorang lelaki paling bodoh dalam dunia.” Nadira memulakan cerita dengan intonasi paling bersemangat. “sangat-sangat bodoh sebab tak menjaga aku yang baik hati dan banyak berbudi ni.”

Azhan tergelak. Perempuan.. emosional.

“dia jugak adalah insan yang paling rugi sekali. Mensia-siakan peluang baik yang ada didepan mata. Rugi..rugi. Kalau orang lain yang dapat aku yang baik ni, mesti dia akan jaga aku bagai menatang minyak yang penuh.”

“siapa ‘dia’ tu?”

Nadira menjungkit bahu. “yang pasti, dia adalah orang paling bertuah di dunia.”

Azhan mencebik. “kau baik sangat ke?”

“takdelah. aku banyak jugak kurang sana-sini. Lompong sana-sini. Tapi, aku rasa, tahap baik aku ni, cukup makan la.”

“kau tau tak tak baik puji diri sendiri.”

“ini bukan puji. Ini namanya menyedapkan hati.”

“mana boleh macamtu. Tu namanya berpura-pura dengan diri sendiri.”

Nadira menjegilkan mata. “kau ni memang tak faham konsep ‘berbaik’ kan? Berbaik maknanya kau kawan aku. Kau kena sokong aku. semua yang aku cakap, kau kena sokong walaupun aku salah. faham?”

“tak.”

“tak faham takpe. Janji kau boleh dengar. Ok sambung. Kau tau tak, umur aku sekarang ni sepatutnya anak kurang-kurang dah ada sorang. Tapi, aku ni tak habis-habis lagi kecewa bercinta. Tak habis-habis lagi menggelabah bila terserempak dengan bekas pakwe. Bila semua ni nak habis?”

“kenapa kau nak panic?”

“kau tak pernah bercinta ke? kau tau cinta? Perasaan tu takkan hilang poof! macamtu je bila dah putus.”

“cinta?” Azhan berkata seolah mengejek. “kau tau ke cinta tu pemende?”

“tau! Satu perasaan indah yang boleh buat hati kau kembang, gembira, bahagia.”

“salah.” Azhan menaikkan jari telunjuknya. “love is a feeling. Not a simple vocab that you can explain. You have to feel it, not understand it. ‘Love’ cuma ada dalam satu mukasurat kamus untuk lengkapkan perkataan yang bermula dari huruf ‘L’. Manede exact meaning.”

Riak muka Nadira jadi keruh. Nak membantah. Nak melawan. “Tapi aku cakap betul apa yang aku rasa.”

“Tak. Kau tak rasa. Kau cuma explain your condition, your situation.”

“kan sama!”

“tak sama!”

“habistu apa yang aku rasa tu nak dipanggil apa?”

“your happiness. You, only you. Not between you and him. Kau pun tau love antara 2 orang tu kena share. Kalau tak share, then, it’s not love.”

“mana kau tau aku tak share?”

“aku taulah.”

“mana kau dapat teori ni semua? Kau pernah ‘share’?

“tak. Aku tak pernah share.”

“kenapa kau tak pernah share?”

“sebab aku nak share dengan orang yang tahu accept.”

“mustahillah.”

“what? Am I that attractive?” Azhan menjungkit kening.

“tak. Jangan perasan. Maksud aku, bila kita nak share, mestilah pihak satu lagi nak accept. Macam, bila kau offer orang setengah dari kuih kau, mestilah orang tu ambik.”

“kalau orang tu kenyang, mesti dia tak ambik. Atau orang tu memang tak makan kuih tu. Atau orang tu memang tak nak berkongsi. Atau, orang tu memang menyampah kat aku sangat-sangat sampai dia sanggup berlapar daripada share kuih dengan aku.”

“oh, betul jugak..” Nadira mengiyakan.

“macam kau la. Kau mana suka share apa-apa dengan aku.” Nada berserah.

******

“jom masuk dapur.” Nadira mengajak.

“nak buat apa?”

“belajar.”

“aku taknak belajar masak.” Azhan menolak.

“bukan belajar masaklah! Cepat!” Nadira terus berjalan laju menuju ke dapur. Dia berdiri di belakang kaunter tengah. Azhan masuk ke dapur dan berdiri bertentantan dengannya.

“sekarang, aku nak belajar share.” Nadira mengambil piring berisi kek lapis lebihan hidangan tadi.

“ha???” Azhan dan blur.

Ibu dan mama yang berada di belakang mereka pun blur. Tak tahu apa yang si Nadira ni maksudkan.

Nadira mematahkan sepotong kek lapis menjadi dua dan disua pada Azhan. “Nah, ambik.”

Azhan mengambil kek itu dan terus disuap ke mulut.

Clap! Nadira bertepuk tangan sekali. “see? Aku tau macam mana cara nak berkongsi.”

“itu bukan sharing namanya, Nadira.” Ibu menyampuk dari tempatnya memasak. “kalau kita nak share, kita kena ikhlas. Beri dengan ikhlas, kena tanya dengan sopan. Contohnya, ‘awak nak tak kek saya?’. Kalau Nadira cakap, ‘nah, ambik.’ Itu namanya menyuruh. Mestilah orang tu ambik sebab nak ikut arahan.”

Azhan muka bangga. Kan dah cakap, perempuan ni takkan faham.

“tapi dia accept je?”

Mama pula menggeleng-geleng. “cuba tanya Azhan dia ambik kek tu sebab apa.”

“sebab apa?” Nadira bertanya pada Azhan.

“sebab dah kau suruh ambik. Lagipun, kau kasi, bukan kongsi. Kalau kongsi, kau kena makan the other half. Tapi tengok tu, kau letak balik yang tinggal setengah tadi.”

“mestilah aku letak balik. Lelaki dengan perempuan mana boleh makan kongsi."

“itu je ke sebabnya?” Azhan bertanya.

“aah.”

“bukan sebab kau geli share dengan aku?”

Nadira geleng. Dia takdela rasa geli pun. Bukannya Azhan yang patahkan kek tu, tangan dia sendiri yang buat.

“bukan sebab kau menyampah nak sharing benda dengan aku?”

Nadira berfikir. Sekarang dia memang takde rasa menyampah langsung. “tak.”

“bukan sebab kau nak share kek ni semata-mata eksperimen? Nak belajar macam mana nak share?”

Nadira berfikir lagi. Kalau la ni eksperimen pun, kalau Azhan ni perempuan, mesti dia dah makan. “tak. Aku tak makan semata-mata sebab aku tak suka share makan dengan lelaki.”

“yeke?” Azhan mendekatkan mukanya sambil bertanya.

“iye.” Nadira menjawab separuh yakin. Dia mula rasa ragu-ragu sebab soalan Azhan ni macam dah menyimpang ke lain.

“kira kau tak menyampah dengan aku la ni.”

“tak pun.”

“kau suka la berbaik dengan aku ni?”

“not bad.” Nadira mencebik.

“kau agak-agak nak tukar tak ayat kau mula-mula tadi?”

Nadira tak ingat. “ayat mana?”

“one day is great, 2 days are..”

“err.. greater?” Nadira menyambung.

Azhan sengih lebar. Suka. Dia mengenyit mata sebelah. “thanks.”

“Azhan, kau tengah flirt dengan aku ke?” Nadira bertanya sekadar bergurau.

“aah.”

Ibu dan mama dibelakang kejap menggenggam tangan masing-masing. Biar benar!

“kau suka aku ke?” Nadira bertanya lagi.

“aah.”

“eleh kau ni bukan betul pun. Satgi sambung ayat, ‘aah aku suka flirt dengan orang gila’.”

Azhan senyum lagi. “ I think.. one day is great, 2 days are greater, and the rest of the days after that are greatest.”

“kau buat apa ni Azhan?”

“sharing.”

Nadira, Ibu dan Mama jadi kaku.

“aku nak jugak merasa jadi orang paling bertuah di dunia. Don’t forget to accept the other half ok.”

“Azhan!”

Azhan yang dah nak keluar berjalan keluar dari dapur berhenti. “what?”

Nadira buat riak tak percaya. Yela karang dia jerit ‘you just got punk’d!’ karang, aku jugak yang malu. Nak bertanya, ‘betul ke?’ pun tak sanggup. Nanti ejek aku perasan pulak.

“sharing takes time. Relax. Janganlah panic.” Dan Azhan senyum lagi. Tak berhenti.








*bukan cerpen paling bagus. skill aku dah berkarat la. haha :p

Friday, June 4, 2010

ADVIDHAQ [31]

Mata Haq melilau melihat sekeliling bilik. Pandang dinding tak kena, pandang siling tak kena, pandang lantai tak kena, pandang cermin lagilah tak kena.

Aree anak dah setahun. Rai dah selamat pregnant. Vid dah jumpa his long-time jodoh. Ad dah bersuka-ria dapat respon daripada orang yang disukai. Aku? ke laut.

Aku bukan kayu macam Vid. Aku bukan suka cakap main-main macam Ad. Tapi kenapa aku jugak yang takde improvement? Dahla dulu aku yang yeye nak kahwin.

Mira ialah orang yang mengejar cita-cita bagai nak mati. Biar kena marah, biar kena pulau. Kalau orang lain rasanya dah angkat kaki kalau colleague masih mengata walau dah sebulan benda tu berlalu. Dia seorang yang tak heran dengan pangkat dan harta orang lain. Dia tak pernah kisah siapa akan naik mengganti Rai biar heboh GAYA tu dok mencalonkan nama sana-sini. Dia langsung tak memandang kerjanya glamor, sentiasa keluar masuk butik berkelas tinggi dan bergelumang dengan kasut harga beribu. Minat dia terhadap fesyen itu ialah terhadap seni dan keindahan semata-mata. Bukan kerana fesyen itu akan menaikkan tarafnya dalam sosialiti masyarakat.

Pelikkan? Dalam zaman di mana bersepah ‘wannabe’ di ceruk kota, ada lagi yang masih melekat dengan alasan ‘passion’ semata-mata. Kalau orang lain kata Chanel itu wow, Mira kata Chanel itu klasik. Kalau orang lain kata Louis Vuitton (walaupun rata-rata semua pronounce salah tapi masih nak berlagak tak tahulah kenapa) itu lambang mak datin, Mira kata Louis Vuitton adalah rekaan monogram terbaik. Come on lah, pakai jenama France tapi masih nak disebut American. Memang lah takde siapa nak heran bagaimana kita sebut, tapi kalau menjinjit beg 10 ribu tu biarlah berilmu sikit. It’s ‘lu-wi vu-wi-tong’ bukan ‘lu-wis vut-ten’ kata Mira.

But still, Mira kata itu bukan kesalahan besar. Dah jadi macam kebiasaan. Jadi, biarlah diorang. Kan? Nampak macam mana baiknya tanggapan dia pada orang? Aku bukan nak kata aku beranggapan jahat, tapi kelakarlah pakai tapi taktau sebut.

Dan haritu dah jadi macam hari Perancis sedunia bila Mira mengajarnya menyebut nama-nama beg LV (sebut ‘el-vi’ untuk selamat. Haha.) Vernis disebut ‘vergh-ni’. Tahitiennes kene sebut ‘tai-ci-yen’, bukan ta-hi ok? dan kalau nak ikut betul-betul France accent, Accessoires disebut ‘ek-si-so-wa.’ Sekarang bila tengok orang jinjit beg Vernis atau Tahitiennes mulalah nak tergelak sebab teringat sebutan dia. Oh lagi satu Herm├Ęs ialah ‘ergh-mes’.

Biarpun Mira cuma berloghat France bila masuk tang LV, dia masih merasakan slang tu menarik. Sangat-sangat menarik. Ibarat macam boleh ternganga dan masuk gegendang telinga dengan berirama. Taknak cakap seksi, nanti seksa. Lepas kahwin then takpe.

Kahwin?

Bab confidence dia tarahal punya. Nak confess, just set the time, dia boleh cakap laju-laju takde sekat-sekat. Masalahnya, how will she react?

Ok,ok. Dengar sini. Kerisauan ini bukanlah sebab dia tak yakin atau takut terima keputusan, TAPI, Mira ialah bukan perempuan normal. Bukan tak waras, maksud aku fikiran dia tak macam perempuan-perempuan biasa kita jumpa. Langsung tak boleh nak diagak, tak boleh dijangka. Dia boleh pandang mata Rai bila Rai mengamuk, langsung tak nangis. Orang bawak pergi taman time hujan ingat boleh la dia jerit lepas geram ke, meraung ke paling kurang, satgi dia ajak balik nak jumpa orang yang marah dia.

Nak menerima perkataan ‘saya taknak’ tu takpe lagi. Paling berat ialah nak menerima hakikat yang Mira dah takde lagi kat dia. Dan yang paling teramat berat, adalah nak tau macam mana agama dia, apa keturunan dia.. masalah.

Berat memang berat. Tapi kalau satu langkah pun tak ambik, bilanya nak jadik ringan?

Nak mula bila Haq?

Matanya melilau lagi ke tepi almari. Apa kata sekarang?

Terus dia bergerak menarik beg empat segi besar yang terselit di tepi almari. Dia menyapu habuk-habuk tebal yang melekat. Di keluarkan board kayu saiz A2, elok cantik lagi. Di selongkar beg itu lagi. Masking tape ada, pensil yang ada dalam bekas cuma HB je. Entah mana la yang lain. Takpe esok boleh beli BB, 2B, dengan 6B. Adjustable set square boleh pakai lagi biarpun dah bercalar. Alamak scale ruler dah bagi anak Aree daa. Takpe kat office ada lebih. Ambik je. Oh jangan lupa esok beli kertas. Saiz A2 sudah, jangan semangat sangat beli AO macam nak buat lukisan projek ye Haq. Beg hitam itu di zip. Di terbalikkan untuk melihat bahagian depan. T-square tersarung di bahagian poket panjang.

Dalam kepala dah berselirat dengan ilusi macam-macam garisan. Menegak, melintang, melengkung. Barang nak melukis tak lengkap, tapi boleh mula dengan rough sketch kan? Boleh jugak nak try tengok skill melukis manual ni ada lagi ke tidak.

Pensil HB tumpul diselit dicelah jari. Dipusing-pusing sementara mencari kertas kosong. Kertas surat penyata bank yang sampai semalam diterbalikkan dan diletak diatas papan. Hujung t-square disekat pada tepi board. Sreeetttt. Bunyi t-square diseret dengan permukaan papan kayu. A4 itu dipastikan selari dengan t-square, kemudian hujung kertas dilekat dengan masking tape.

I still have that skill, man. Saje je mengada nak pakai board padahal kalau takat sketch, kertas letak kat peha pun boleh.

Mira, you sure like this. Love this.

Dan tangannya terus berlari memulakan lakaran tak seberapa itu.

*****

2 hari 2 malam. Itu tempoh dia bercinta, melekat, terikat dengan kertas-kertas bergulung di sebelahnya.

Handphone dicapai dan jari menaip laju.

Mira yang ketika itu sedang sibuk mengepin belakang baju model tersentak dengan deringan handpone disebelah. Nita nak mengarah lagi ke? Jarum peniti dimasukkan ke dalam mulut, diketip dengan bibir.

Jarinya membuka mesej.

+ Nak pergi tengok bintang siang?
- Nak tapi tengah kerja.


Haq tarik muncung. Terus dia mendail nombor Mira.

“tinggal jela kerja tu.” Haq terus bersuara bila talian diangkat.

“emm tak.. arr!!!!!!!!!!!!!” Mira menjerit bila lidahnya tercucuk jarum. Jarum dekat mulut pergi bercakap buat apa! Duh, lupa!

“Mira? Mira?”

Mira menekan lidahnya dengan jari. “darah!” spontan itu yang terkeluar bila dia tengok jari telunjuk yang dah memerah dengan darah lidah.

Haq terus bangun dari kerusi. Handphone digenggam kuat dalam tangan. Talian pun tak sempat nak matikan, dia dah rempuh pintu keluar dari pejabat. Tengok orang yang dok menunggu depan lif, dia terus tolak pintu kecemasan turun tangga!

“hello? Hello?” Mira melihat skrin handphone. Aik? hilang?

“next!” suara photographer melaung dari depan. Cepat-cepat Mira menyudahkan kerja yang tergendala tadi.

Apabila model dah ke depan, dia menarik tisu di atas meja solek. Dia tekapkan diatas lidah. Isk, careless sungguh. Lidah ni pun kalau berdarah, tak reti nak berenti ke?

“Mira!”

Hampir-hampir dia nak terlompat dari atas kerusi bila dengar orang sergah macam tu. “Haq?”

Bulat mata Haq bila tengok tisu yang dah basah dengan darah di tangan Mira. “luka kat mana ni? berdarah kat mana ni? ha?”

“macam mana…”

“luka kat mana?” Haq menggelabah.

Mira menjelirkan lidahnya. Nampak jelas ada darah bertompok di tengah dan tepi lidah.

“ishhh..” Haq meletakkan punggungnya sedikit di atas meja solek berhadapan kerusi Mira.

Haq menarik tisu berhelai-helai dari kotak tisu disebelahnya. Dia memegang dahi Mira dan ditolak kebelakang sedikit. “aaaaaa.” Dia mengarah Mira untuk mengeluarkan lidahnya.

Ditekap tisu putih itu diatas lidah yang berdarah. Bila habis basah, dia ganti dengan tisu baru. Lembut jarinya menekan pada tempat luka.

“arr..”

“shush. Jangan cakap.”

Mira mengerutkan kening. Orang baru nak bersuara sikit!

Haq mengecikkan matanya. “meh sini dekat sikit. Tak nampak.” Dia menarik kerusi pusing Mira, mendekatinya. Sekarang mukanya betul-betul diatas muka Mira.

“lenguh la lidah.” Mira ambik kesempatan bercakap masa Haq tengah tarik tisu baru. Lidahnya dimasukkan ke dalam dan ke luar. Senaman lidah menghilangkan lenguh.

Haq buat tak tau. Dia memegang belakang kepala Mira dengan tangan kiri. Tangan kanan menarik dagu, memaksa Mira mengeluarkan lidahnya.

Mira menurut sahaja. Terpaksa.

Tangan kanan Haq meneruskan kerja menekap tisu atas lidah. Masih ada sikit-sikit.

Mira memandang muka Haq di atasnya. Dekat sangat ni. Agak-agak satu inci jugak. Rambut Haq yang jatuh di atas kepalanya dilihat. Lepastu matanya jatuh pada kening yang berkerut-kerut, anak mata yang tajam macam tengah tumpukan perhatian penuh, dan bibir yang sedikit memuncung. Muka serius. Serius betul. Kalau tak lidahnya tengah dirawat, mesti dia dah tergelak-gelak. Mira, sudah-sudah la tu.

Rasa macam susah nak tarik nafas tiba-tiba. Mungkin sebab dah menghirup bau perfume Haq banyak sangat. Ah alasan, padahal dari mula nampak muka Haq rempuh masuk studio tadi dah tak boleh bernafas betul rasanya. Kena berhenti ni karang parah.

Mira menarik hujung tie Haq.

“kenapa?” Mata yang tajam tu singgah pada mata Mira.

“lenguh.”

Haq menjatuhkan kedua-dua tangannya dan menjarakkan diri. Dia duduk tegak diatas meja itu. Rambut diraup kebelakang. “macam mana boleh jadi macamni.. hmm? Sampai dua spot pulak tu berdarah.. dalam pulak tu.. berdarah banyak..” Haq baling tisu kotor ke dalam tong sampah di bawah meja.

Mira senyap tak menjawab. Hanya matanya yang tak lepas memandang Haq.

“sakit sangat tak? Macam mana nak makan lepasni.. berdarah tak berenti..” Haq membebel sambil mengesat tangannya dengan tisu bersih. Matanya terarah pada jari-jari yang terkena darah sikit-sikit. “nanti check klinik la.. takut tak ok.. takut luka tu terkena urat apa-apa ke..” dalam lidah ada urat apa? Entah. Dia sendiri tak tau main cakap je. “yeh?” dia memandang Mira meminta kepastian.

“tak sakit pun.” Mira menghembus nafas kasar. Baru boleh tarik nafas dengan sempurna.

“macam mana boleh kena ni yang..”

Mira kaku. Rasa jantung macam berhenti.

“hmm?”Haq bertanya selamba.

“err..urm.. kena.. kena jarum..” terketar-ketar sebab lidah berdarah ke sebab rentak jantung yang dah tak selari?

“lain kali hati-hati la… jarum letak kat tangan bukan kat mulut. Ish tapi letak kat tangan satgi tangan pulak berdarah.. tak payah pegang jarum la. Suruh la orang lain buat, Nita ke.. orang lain ke..”

“awak… awak datang dari mana?”

Haq menghalakan jari telunjuknya ke dinding sebelah kiri. “Office.”

Oh lupa! Mira menepuk dahi. Kan ke office dia dekat-dekat sini je.

“it’s a wrap!” suara photographer melaung kuat.

Klik! Mira dan Haq memandang ke arah flash yang memancar.

“Rafik!” Mira meninggikan suara.

“oww.. orang kerja dia bercinta..” photographer itu menyakat. Klik! Lagi satu gambar dipetik.

Mira buat muka marah. “dah habis ke ni boleh main-main ni?”

“itu la kekasih hati ada depan mata, aku dah jerit wrap kuat-kuat pun tak dengar.”

“Rafik!”

Haq tarik sengih. Lama-lama dia tergelak dengan adegan Rafik-Mira.

“dah la, tak payah buat muka marah-marah tu. Muka cik abang kau tu dah penat sangat dah. Pergilah balik. Nanti benda-benda ni karang aku suruh budak-budak assistant tu kemas.”

“mana boleh nanti Nita marah.” Mira bangun dari kerusinya.

Rafik jalan mendekati mereka. Dia menghulur salam pada Haq. “Rafik.”

Haq menyambut dengan senyum. “Haq.”

Rafik jeling mengusik pada Mira disebelah. “ow, selalu kena ‘hug’ la ni?”

“hey Rafik!” Mira dah mencapai curl iron dari atas meja.

“main-main la! gurau! Gurau!” Rafik melindung muka dengan dslr gedabak. Mau terbakar muka aku. Dia terus menuju ke meja laptop, melihat hasil dari photoshoot tadi.

Haq memandang Mira sekilas. “nak ke?”

“nak apa?” blur.

“hug.”

Eh? “Haq ke hug?”

“nak dua-dua ke?” Haq sengih nakal.

“tadi kata nak tengok bintang siang? Saya pergi ambik beg.” Terkocoh-kocoh Mira meninggalkan studio tingkat atas pejabatnya itu. Mau berhenti terus nafas aku nanti.

Haq gelak lagi. “Rafik, karang boleh bagi copy tak?”

Rafik yang sedang membelakanginya mengangkat thumbs up.

Monday, May 24, 2010

ADVIDHAQ [30]

“Abang, pergi panggil adik-adik kat luar tu! suruh masuk!” Cik Jah mengarah sambil meggoyang-goyangkan sudip ditangan.

Dia meninggalkan siri animasi Transfomers itu sebentar. Dengan seluar pendek tidur itu, dia bergerak dari pintu rumah teres itu. Kelihatan 3 orang budak perempuan sedang bersila di atas jalan tar.

“Syuda, Pika, bangun. Kotorlah.” Dia menarik tangan kedua-dua adiknya.

“Alah, orang tengah masak ni!” Syuhada, adik yang paling suka melawan.

Dia pandang di atas tar, selonggok bunga kertas bermacam-macam warna dah hancur. “tak boleh duduk atas jalan, kotor.”

“Abang ni, sibuk jelah…” Syafiqah membantah perlahan. “kesian Nana..”

Dia masih tak melepaskan kedua-dua tangan adiknya. Syuda di sebelah kanan, Pika disebelah kiri.

“Abang, kita tak main habis lagilah!” budak yang masih bersila itu bersuara kuat. “orang nak masak, kacau! Manede kotor. Kita tak main tanah.” Mentang-mentang keluarga orang tu panggil dia ‘Abang’, dia pun ikut sekali guna nama panggilan itu.

“jom.” dia buat taktau dengan budak perempuan itu dan terus menarik tangan adik-adiknya.

“taknak balik! Taknak balik!” Syuda membentak kasar.

“dah nak senja.”

Tiba-tiba terasa bajunya ditarik dari belakang. Dia pusing, memandang Nana yang selekeh dengan rambut terburai.

“Abang taknak bawak kita balik jugak ke?” selamba Nana meminta.

“pergilah balik.”

“ala nak Abang pegang tangan macam Syuda dengan Pika.”

“diamlah.”

“ala,ala,ala,ala… nak jugak! Nak jugak!”

“eeh! pergilah!”

“Abang!”

“Farhanaconda!”

Budak perempuan itu terus berdiri kaku.


Vid membawa tangan menindih dahinya. Dia tersenyum dengan siling diatas kepala. Farhana, macam-macam.

******

Jaja sengih meleret. Nana kelihatan khusyuk dengan PSP di tangan. Pintu bilik yang dah terkuak sedikit itu ditolak luas.

Nana memandangnya dengan jelingan sepintas.

Jaja sengih lagi. Punggungnya dilabuhkan di atas lantai berhadapan dengan tilam tanpa katil milik Nana.

“Na..” Jaja menegur perlahan dengan senyum nakal.

“apa?” mata masih pada skrin. Tekken Dark Resurrection diberi perhatian sepenuhnya.

“aku nak tau cerita kau dengan Vid! Sekarang! Sekarang!”

Ugh! Nana mendengus. Karang aku kasi tendangan maut macam Hwoarang karang naya je Jaja ni. kot ye pun berlapik la sikit.

“ala letak jelah PSP tu kat tepi. Kalau muka Jin Kazama pun dah jadik macam Vid, baik kau pandang aku. Cepat-cepat cerita cepat!”

Jaja ni aku karate macam Marshall Law baru tau. Wataaaaa!!!

“cepatlah!” Jaja merampas PSP itu.

“taknaklah malu!”

Hahahaha. Jaja tergelak besar. “sejak bila pandai malu?”

“tak boleh ke kau kasi aku ketenangan sikit Ja?”

“tak boleh! Macam mana kau kenal mak dia? macam mana kau boleh tak perasan Vid tu orang yang kau kenal?”

“bekas jiran. Sebelah rumah.”

“gilaaaaaaaaaaaa lah jodohhhhhhhh”

Pap! Nana menampar pipi Jaja. “diam.”

Heeeee. “kau nak malu apa sangat? orait lah tu. mak mertua dah kenal.”

“Jaja!”

“ok. ok. aku behave.” Jaja menekup mulutnya.

“malu gila. malu gila. malu gila……! tau tak, masa kecik-kecik dulu aku suka dia jugak! Dah besar-besar ni aku suka dia jugak! Dahla aku yang suka dia, bukan dia yang suka aku! maunya tak malu! Arrrrrrrr.. mana nak tanam muka aku ni..”

Jaja tergelak besar. Nana, dari kecik lagi dah suka orang, determined habis.

“malunya aku! dahla dulu aku yang macam terhegeh-hegeh kat dia. ye la kan, aku kecik lagi, mana la tau malu, tau segan. masa tu aku darjah satu, dia darjah lima. Nasib baik lepastu dia blah masuk asrama, aku blah balik Penang. Kau tau, masa tu aku gila hentak-hentak kaki taknak pindah. 3 hari 3 malam aku mengamuk kat ayah aku. Sampai sanggup nak tinggal dengan Cik Jah je, taknak ikut mak bapak sendiri. Ugh.. bodohnya…”

“lepastu ayah dengan mak kau ikat kau dengan tali ke nak pindah Penang tu?”

“tak. Mamat tu la pujuk aku. Dia kata tak baik tinggal mak ayah, nanti Tuhan marah.”

“oh. oh. Memang lelaki budiman.”

“kan? Lepastu macam dah besar sikit, aku dah tak ingat dah la benda-benda merepek ni.”

“aah lepastu bila dah besar banyak, jejak-jejak kaki kat KL je terus sambung balik benda merepek masa kecik tu.” seronok Jaja mengenakan kawannya.

“janganla Ja! Aku malu.” Nana terus menutup mukanya dengan bantal. Apa dah takde lelaki lain ke kat Malaysia ni? balik-balik orang itu jugak yang aku melekat. Duh, payah.

*******

“kau rugi BESAR punya!” Haq terus melulu mendekati Ad di ruang tamu.

“oh ada benda menarik ke?” Ad bertanya selamba. Dia memang dah tak dapat pergi majlis tadi sebab ada kerja.

“ok. Meh aku bagitau benda yang menarik mengikut ranking. Nombor lima, Aree mengamuk aku kasi hadiah scale ruler kat anak dia.” Haq terbayang tadi bila dia bagi Aree hadiah tak berbalut itu. Scale ruler Faber-Castel dengan sarung PVC hitam. Sikit lagi berdarah mata dia bila Aree baling scale ruler itu ke arahnya. Haha mengamuk sakan.

Scale ruler? “apeke bijak kau nih! Apa budak setahun nak buat dengan benda tu?”

Haha. “ok, ok. perkara keempat, Rai pregnant.”

“iye?” Ad riak tak percaya. “the vogie the vast mom-to-be lah dia.”

“ketiga, aku datang dengan Mira.”

“dia dah tau kau nak kahwin dengan dia?”

“belum. Nantilah. Ok, perkara kedua, Vid datang bawak Nana dengan Jaja. Gila lah, Vid buat move!”

“agak gila jugak la. aku dah excited dengan benda yang menarik ranking pertama.”

Hehe. “kau ingat Farhanaconda? Kawan Vid masa kecik-kecik? Yang dia pernah cerita tu?”

“aaaaaaa.” Ad menelengkan kepala ke kiri. “ingat kot. Kenapa?”

“oh. dia tulah Nana.”

“serious?”

“deadly serious.” Haq mengangguk.

“gila lahhhhh. Kawan-kawan aku nak kahwin dah! Masing-masing dah jumpa jodoh.” Ad tersenyum meleret.

“kau punya Aksara?”

“dia dah balas e-mail aku dah. Dah kawan dah.”

“iye?”

“aah. Balas-balas e-mail sudah, gelak-gelak sudah, senyum-senyum sorang sudah.”

“gila angau.” Haq meninggalkan Ad seorang di ruang tamu. Boleh jadi gila duduk lama-lama dengan orang gila angau ni.

*****

Bila mana dada terasa melantun-lantun,
Aku tau jantung itu duduk selamat di dalam sangkar tulang rusuk.
Aku tau aku masih hidup dengan sihat,
Berdiri di atas bumi dengan selamat.
Syukur ya Tuhan.
Bila mana aku tahu aku masih ada degupan,
Aku tahu di mana aku sekarang
Di alam nyata, bukan sedang terapung entah ke mana.
Walaupun serasa itulah keadaannya
Dia bawa aku terbang tanpa enjin, tanpa belanja
Dia beri aku bahagia tanpa jumpa, tanpa suara
Dia cuma berikan aku ayat-ayatnya dengan percuma
Tanpa mukadimah, tanpa bunga, tanpa lengkap tatabahasanya, tanpa sempurna
Cukup itu
Aku boleh suka, boleh bahagia, dengan semua ‘tanpa’
Mengapa?
Maaf, aku tidak tahu
Percayalah, setiap kali dada aku melantun kuat begitu sekali
Setiap kali itu aku bertanya pada diri sendiri.
Tidak jumpa
Tidak tahu
Tiba-tiba aku risau.
Jantung itu boleh luruhkan? Boleh jatuhkah? Boleh terkeluar dari sangkar rusukkah?
Oh. aku seram dengan diri sendiri.


Jaja menarik tangkai cermin matanya dan diletak diatas meja. Mata terasa letih. Dia merenung MSword dengan latar putih itu lagi sekali.

Apa jari aku dah buat tadi?

Dia menggeleng, tak percaya. Betul seram. Apa yang ditaip pun tak sedar.. otak kau kemana sebenarnya Jaja?

Friday, May 21, 2010

ADVIDHAQ [29]

Jaja berdiri dekat dengan meja hidangan. Dilihat semua orang sedang bergembira, bergelak ketawa. Tiba-tiba dia senyum sendiri. Dia pun sedang gembira juga. Kadang-kadang diawangan, kadang-kadang baru turun menjejak tanah bumi.

Handphone di poket seluar dikeluarkan. Nokia hitan itu di-slide keatas. Yahoo! Mail menunjukkan tanda offline. Ibu jarinya menekan ‘select’. Folder yang berisi e-mail messages itu menyenaraikan mesej e-mail yang di-check sejak semalam. Mesej pertama dibuka.

Saya ada satu carpet terbang. Sure I can save you. Bila awak dah melayang-layang kena tiup angin, saya boleh grab tangan awak then letak atas carpet. I’m less gatal than Superman kan? Dia grab pinggang orang untuk bawak orang terbang. Wherever you are, awan ke, laut ke, banjaran ke, I’ll come to save you with my flying carpet. Lagipun I don’t care about krypton. Ah of course, with some dose of ‘rasa hati yang ikhlas’.

Jaja senyum meleret. What is ‘rasa hati yang ikhlas’ la Ad? Masih itu juga hatinya bertanya walaupun dah ulang baca e-mail tu.. errr.. 8 kali?

“sengih…sengih..”

Jaja menoleh pada gerangan yang menegur. Matanya menyapa Haq yang elok bersandarkan pada dinding di sebelahnya.

Handphone di-slide kebawah dan disimpan ke dalam poket seluar. “sedekah.”

“sedekah dengan skrin mati buat apa?” Haq makin galak mengusik.

“suka hati.” Jaja bercekak pinggang sambil memasukkan secubit cupcake ke dalam mulut.

“sedih tak Ad takde?”

Mulut Jaja terasa kembung dengan angin yang melantun keluar dari saluran tekak. Mulut ditekup. Mau terbang serpihan kek dalam mulut dia macam dandelion kena tiup karang. Lekas-lekas dia menelan. “huk!” dia melepaskan batuk sekali. Nasib sedak yang boleh dikawal. “oh, dia takde eh? tak perasan pulak.”

Haq mencebik. “orang sibuk nak naik pangkat.”

“ow.” Jaja meneguk air dari gelas plastik. Dia perasan mata Haq yang melekat di wajahnya tak berkelip. “apsal?”

“aku tak faham apa yang Ad tak nampak dekat kau.”

“adakah aku gorgeous gila tahap itu?”

“loyar buruk!” spontan Haq menyentuhkan bucu gelasnya ke kepala Jaja.

“eyyy!”

“sorry, aku dah biasa ketuk kepala Rai dengan Aree. Sorry. Sorry.”

“nahhh. Benda kecik.” Jaja tergelak perlahan.

“boleh buat lagi la kan?”

“Haq!!” terjerit Jaja dibuatnya.

Tanpa sedar ada mata yang melihat dari sofa di hujung ruang tamu. Mira rasa tak sedap perut tiba-tiba. Makan banyak sangat atau side effect dari tindakan matanya yang melihat aksi ramah-mesra-manja? Gila. Dia meletakkan pinggan kertas berisi Ayamas drumet ke meja depan. The first option, confirm.

******

Terasa bergegar rumah itu tiba-tiba. Vid yang sedang menuang air masak di dapur berasa hairan.

“apsal kat depan tu?” Haq yang sedang mengorek ais dalam fridge bertanya. Gila buat macam rumah sendiri.

“sama ada mak aku dah sampai….”

“….atau memang mak kau dah betul-betul sampai?” Haq memotong ayat Vid. Yakin. Dia menjengah kepalanya ke depan. “Cik Jahhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” langsung dia berdesup menghilang.

Vid geleng kepala. Air masak di minum perlahan.

*****

“Ya Allah Farhana!!!!!!!!!!!! Bertuah! Kat sini dia!!!” erat Cik Jah menggenggam bahu anak dara di hadapannya.

“Cik Jah!!!! Macam mana boleh sampai kat sini?????????”

Nah! Kecoh jadiknya!

“ni ha Arissa ni kawan Abang! Ya Allah senyap-senyap je dia kerja KL ye? Langsung haram tak singgah ke rumah!” Cik Jah melepuk lengan Nana perlahan.

Nana sengih lebar. “Tak sempat la Cik. Kita kerja setiap hari.”

“lahhhh dah jumpa Abang la ni kiranya?? Alahai buat susah je Cik Jah memikir nak kasi jumpa!”

Ha? “Mana la kita kenal lagi muka Abang, Cik. Ala lagipun buat apa je nak jumpa dia? baik kita jumpa Cik Jah!” Nana masih tak habis dengan sisa tawanya. Gembira campur terkejut jumpa Cik Jah dekat tengah-tengah birthday anak orang ni.

“alah awak tu dekat KL takde sedara-mara. Kot ada Abang, boleh tengok-tengokkan.” Cik Jah tarik sengih panjang. Manis budak ni, fikirnya. Ramah masih macam dulu. Ini yang dia suka, macam anak sendiri. “meh-meh Cik Jah kasi jumpa. Kita ni dah bukak majlis sendiri pulak dah.” Kejap Cik Jah memegang pergelangan Nana, menariknya ke dalam.

“Arissa!!! Mananya mama Adni ni??” lantang suara Cik Jah sebaik sahaja dia masuk ke runag tamu.

Kecoh!

“sini Cik Jah!” Aree mengesat peluhnya ke sisi blouse. Dari tadi ke sana ke mari melayan tetamu.

“assalamualaikum..” Cik Jah menarik Aree ke dalam pelukannya. Kedua-dua pipi ditemukan.

“waalaikumsalam. Pakcik mana Cik Jah?”

“ada tu dekat laman. Ah!” Cik Jah menyentuh pelipisnya seolah terlupa sesuatu. Nana disebelah ditarik. “ini dulu jiran lama Cik Jah. Kawan kamu ye Arissa?”

Nana dan Aree sama-sama gelak. “ini mula-mula kawan anak teruna Cik Jah tu la. Aree pun baru kenal.”

Nana terdiam.

Cik Jah muka tak faham. “eh katanya tadi kamu tak kenal Abang, Farhana?”

Eh.. eh. Kejap. Kejap. Kejap. Nana rasa otaknya seakan cramp. Tak dapat nak berfikir. Ha? ha? apakah? Siapa? Siapa?

“Ya Allah!!!!!!!!!!!!!!!” jeritan Haq menarik perhatian semua orang. “engkau! Engkau!” rasa nak gugur jantung ke lantai bila mendengar tutur kara Cik Jah sebentar tadi. Terus ligat otaknya me-rewind segala kisah dahulu kala yang Vid pernah cerita.

“kamu ni kenapa ni Zarul?” Cik Jah bercekak pinggang. Dah la kepala aku dah pening, dia tambahkan lagi dengan jeritan tiba-tiba.

Haq menghalakan jari telunjuknya pada Nana. “ini… ini… Ya Allah.. Ya Tuhan…”

“apa ni? apa ni?” Rai yang entah muncul dari mana mencelah.

“dia ni!” Haq merapati Nana.

“kenapa dengan dia?” Cik Jah, Aree dan Rai seakan sepakat bersuara serentak.

“Vid!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Haq menjerit lantang. “Vid!!! Kau punya Farhanaconda!!!!!”

Nana terasa kepalanya ringan. Mahu rebah ke lantai sekarang juga. Jaja, mana kau?

*******

Vid masih di dapur. Buat tak tau je dengan hingar-bingar di depan. Gelas yang diguna, dibasuh di singki. Ketika itulah rasa nak retak gelas di tangan bila namanya dijerit kuat.

“Vid!!! Kau punya Farhanaconda!!!!!!”

Sekali lagi jeritan itu didengar. Ah dah sudah mak ni datang ber-escort pulak ke?

Dia menyambung basuhan gelasnya. Buat tak tau saja. Tak penting.

Elok sahaja gelas itu diletak pada rak pengering, terasa lengannya diseret kasar. “ehhh!!!” Vid menoleh. Mak dia. “ehhh mak, mak, tak payahla tarik Abang macamni…”

Cik Jah tak peduli. Dibawanya Vid ke ruang tamu. Semua orang statik sahaja di tempat masing-masing. Pelik.

Vid dihempas ke atas sofa. Terduduk dia disitu. “kenapa?” selamba dia bertanya pada muka-muka yang mengelilinginya.

Aree, Rai, Jaja, Haq memeluk tubuh. Ok, dah macam conference apa je.

Vid pandang ke sebelah. Rupa-rupanya ada makhluk lain di sofa berangkai dua ni. Dilihat Nana bermuka ketat. Lengannya ditongkat pada lengan sofa dan tapak tangan mendarat di atas dahi. Dah macam muka bermasalah pulak dia ni.

“Nana ni kenapa?” Vid dengan muka selambanya bertanya pada Aree yang berdiri di tepinya.
Diam.

“kenapa ni mak?”

Cik Jah memejam mata beberapa saat. Ya Allah anakku. “Abang!!”

“iye?”

“betul ni Abang tak kenal Farhana ni?” Cik Jah melontar soalan lagi sekali.

“eh kenal. Kawan Abang la ni.” jujur. Betul lah kan? Tapi apsal muka semua orang macam tak dapat terima?

“Abang, pandang dia sekarang.” Cik Jah mengarah.

Vid menurut. Kepalanya dikalih ke kanan.

Nana dah rasa nak demam. Malu! Malu! Malu! Tak ke malu berkilo-kilo kalau kau dari kecik sampai ke besar mengejar orang yang sama? Ahhhhhhhhh!!! Malu! Mana nak tau kan? Takkan nak buat kesimpulan yang Syahid jiran masa kecik adalah Syahid si engineer kerja dekat tower KLCC? Gila. Betul-betul gila. Gila.. insane.. crazy.. insanely crazy.. eh ada ke?

“ha? tak kenal? Muka dia tak macam Farhana anak Makcik Naimah?” Cik Jah menyoal lagi.

“owwhhh.” Mulut Vid membentuk ‘o’.

Haq meraup mukanya. “Ya Allah, aku yang sakit hati tengok reaction kau Vid.”

“habistu?” Vid bertanya lagi.

“aku dah kira macam nak bersiap-sedia nak call ambulance kot-kot kau terkejut sampai tak boleh bernafas.” Aree menjawab.

“takpun paling kurang kau cakapla macam ni, ‘lahhhh yeke????? OMG!’..” Rai berkata siap buat lakonan sekali.

Vid terdiam. Terkejut, memanglah terkejut. Tapi.. “kau dramatik sangat, Rai.”

Jaja menggeleng-geleng. Betullah, dia ni memang sangat kayu.

Cik Jah sekadar senyap. Tak tahu nak komen apa tentang anak sulung dia sorang ni. “Farhana? Kamu okey ke?”

“okey, Cik. Okey.” Dia mengangguk perlahan. Dia memandang Vid sekilas. Kebetulan, mata redup itu juga memandangnya. Boleh jadi gila aku macamni! Dia bangun dari sofa tersebut sambil mengheret tangan Jaja ke tepi. “jom balik. Jom balik sebelum aku commit suicide.”

Monday, May 17, 2010

ADVIDHAQ [28]

“elok-elokla pegang kotak tu. Tergolek nanti.” Haq memandang Mira disebelah yang sedang memegang kotak besar berisi cupcakes.

“elok-elokla ni.” Mira mengerutkan kening. Pintu kereta ditutup dengan sebelah tangan. “hadiah awak dah beli ke?”

Pap! Haq menepuk dahinya. “Allah! Lupa!”

Mira menggeleng-geleng. “kan dah ingatkan dah kelmarin..”

“aduh..” Haq menekan-nekan atas topi besbol nya. “semalam pergi site..lepastu lupa! Kalau cupcake awak tu wakil saya punya hadiah sekali tak boleh ke?”

“nanti mesti kawan awak kata awak kedekut. Ini birthday first anak dia tau.” Mira sekadar memesan 30 biji cupcake itu di kedai bakery bila Haq ajak dia pergi birthday party anak kawan dia sejak minggu lepas.

Haq menukar gear. Handbreak diturunkan. “apa nak bagi eh…” dia memikir-mikir. Dalam kereta aku ni ada apa? Tiba-tiba dia tarik sengih. “ha! tak payah belilah..”

“awak nak bagi apa?”

“adelah.”

******

Nana terkocoh-kocoh menyarung kasut sementara tangan kanan memegang Tupperware. “cepatla Ja! Ish macam mana boleh lupa ni!”

“isk sabar!” Jaja pula baru menyarung stoking sebelah. Terhenjut-henjut dia bergerak ke pintu.

“kunci pintu cepat.” Bila Vid hantar mesej ajak dia pergi birthday party, laju je jari reply ‘ok’. Tapi bila dah sampai harinya, terbabas buat taik mata!

Jaja mengambil kunci pintu dari dinding. Cekap dia memulas anak kunci ke dalam lubangnya. “done!” Lidah kasut Conversenya ditarik-tarik.

Nana berlari ke arah tangga. Agak-agak aku nak melungsur ikut pemegang tangga ni senonoh tak? Isk.

Jaja mengepin tudung pada bahunya. Gila tak menyempat! Dua-dua bajet hari cuti kan, bangun nak time-time matahari tegak atas kepala jek.

Pak! Serentak pintu depan dan pintu belakang Camry putih itu dibuka. “sorry Vid!” dah macam budak tadika dah cakap sorry serentak ni.

Vid cuma tarik sengih. Tangannya direhatkan atas stering. “dah? Ada benda tingal?”

Nana menggeleng.

“kita gerak eh? oh by the way, good to see you today.”

Beberapa saat, handphone di dalam handbag Nana berbunyi menandakan mesej masuk. Jaja?

Dia boleh tunggu kita sejam dan masih cool- 10 markah
Dia cakap good to see you today- 90 markah
Total – 100%. Aku cadangkan kau pergi masuk meminang dia sekarang.


Nana melipat tengkuknya memandang bahagian penumpang belakang. GI-LA. bibirnya digerakkan tanpa suara.

Jaja tergelak. Cepat-cepat dia menekup mulut bila tersedar yang perbualan ini hanya untuk 2 daripada 3 orang manusia dalam kereta ni.

“saya nak singgah Jusco. Tak beli hadiah lagi.” Vid berkata perlahan.

Nana berpaling ke sebelah. Dia melihat rambut Vid yang menyentuh dahi dan atas telinga, jatuh kepada cermin mata half-frame coklat gelap, kemudian melarat pada button baseball t-shirt berwarna cinnamon. Oh. Oh.

“Na?” Vid menegur bila soalannya tak dilayan.

Jaja yang duduk dibelakang rasa nak memanjangkan tangan menghentak dahi Nana ke dashboard. Hoi tak reti nak cover la budak nih!

“ala tak kisah je. Kan awak yang bawak kereta.” Nana menyengih. Dang!! Berpijaklah di atas bumi yang nyata, Nana.

*****

“ni?” Vid menunjukkan set kereta Tamiya.

“budak setahun tak pandai pasang-pasang benda ni lagi la.” Nana menjawab.

“ni?” replika bola ragbi sebesar tapak tangan diangkat.

“perempuan tak main ragbi. Belilah set masak-masak!”

Vid geleng. “bersepah.”

Nana mengangkat patung Elmo yang boleh bercakap. “ni!”

“macam Chucky.”

“apa pulak macam Chucky-nya! Takdelah! ni ha, boleh joget-joget lagi benda ni. Macam seronok hape. Boleh buat kawan jugak benda ni. Lagipun ni mainan Sesame Street, mesti tahan lama. Lepastu benda ni besar, takde komponen kecik-kecik, budak tak masuk kot mulut. Lepastu kalau sepah kat lantai, benda ni besar.. takkan tersepak punya. Pastu kan dia banyak bulu-bulu ni.. takdelah kalau jatuh kat tangan ke, kat kaki ke terus lebam. Buat jadi bolster time nak tidur pun boleh jugak. Plus bonus, Elmo comel, semua orang kenal Elmo. Boleh buat hiasan rumah. Tapi taktaula saya kalau awak tak pernah tengok Sesame Street.”

Hahahahahaha! Jaja tergelak kuat di belakang mereka berdua.

Vid dan Nana memandang Jaja serentak.

“errr.. takde apa. Takde apa.” Jaja menggerakkan tapak tangannya ke kiri dan ke kanan. Rolling on floor laughing aku dibuatnya. Tengok muka Vid kena ambush dengan Nana tadi, macam budak taktau dia buat silap apa pastu kena bebel dengan opah. Terpinga-pinga. Dol, kelakarlah.

“ok.” Vid terus mengambil patung Elmo itu dari atas rak dan bergerak ke kaunter bayaran. Lepas bayar dia terus pergi ke kaunter untuk membalut hadiah. Rasa jari macam cramp sekejap bila nak tulis kad untuk dilekat atas kotak hadiah. Apa ke dia nama penuh anak Aree ni?

Nana dan Jaja masih setia menemani disebelah.

Vid mengeluarkan handphone dari dalam poket. “Haq, pekedia nama anak Aree ni?” Vid terus bertanya bila talian disambungkan.

“ha-ha. Kelakarnya soalan. Aku pun taktau la.” Haq gelak berdekah-dekah.

“rasa-rasa Ad tau tak? Dia terbang ke?”

“entah katil dia tak kemas maknanya dia kat Subang la kot. Kau macam harap je dia nak ingat. Pergila tanya Rai.”

“nanti Rai kecoh.”

“ha tanya la mak dia sendiri.”

Vid mematikan talian. Dia mendail nombor Aree pula. “Aree, anak kau nama penuh apa?”

“eeeeeeeeeeeehhhhhhhhhhhhhh teruknya kauuuuuuuuuuuuu!!!!!! Takde perasaan betul tanya aku macamtuuuuuuu!!!!!!”

Vid berkerut kening. Lah, tak boleh ke?

****

Rumah Aree dah meriah dengan manusia apabila Vid, Nana dan Jaja sampai.

“ingatkan sesat.”Haq mengejek.

“pergi singgah beli ni ha.” Vid menunjukkan kotak berbalut dengan kertas berwarna pink ditangan.

“oh, girlish-nya?” Haq menegur warna pembalut hadiah itu.

“diorang tu.” Vid menunjuk Nana dan Jaja di satu sudut.

Vid bersalam pula dengan tetamu lelaki yang lain. Ada muka yang tak dikenali, tapi ada juga muka yang dah lama tak jumpa macam Luth.

“abang kau dah ada baby?” Vid bertanya pada Haq bila ternampak Luth yang sibuk mendukung bayi ber-skirt kuning air.

“kau ni memang la tak bermasyarakat. Aku dah 7 bulan jadi ‘ayah Haq’ kot. Comel tak anak buah aku? Hasya.”

“oh.” Vid mengeluarkan nada tak berperasaannya. “aku nak pergi bagi hadiah la. Tadi Aree dah mengamuk aku tak ingat nama penuh anak dia.”

“Adni binti Adzrel Iskandar.” Selamba Haq menjawab.

“tadi kata taktau?”

“aku baru nampak tadi tengok nama dia atas kek. Haha.”

*****

Rai dan Aree berdiri tegak di satu sudut. Khusyuk mereka merenung sesuatu.

“itu ke? betul ke?” Aree bertanya.

Rai menjongket bahu. “entah. Taktau. Tu orang bawah aku tu.” matanya masih tak melepaskan apa yang dilihat dihadapan mata dari tadi.

Aree tarik sengih. “kalau ye ok jugak kan?”

Senyap. Mereka berdua leka memerhatikan Mira yang dari tadi mengagah-agah Hasya di atas permaidani.

“aku taktaula dia tu..nampak macam baik.. tapi..” Rai tak menghabiskan ayatnya. Kalau baik kenapa nak curik idea magazine orang lain?

“apa dia ni? gossip eh?” Nisrin tiba-tiba mencelah dengan piring buah ditangan. Mengintai apetah diorang ni.

Aree menarik lengan Nisrin. “tengok tu, Nisrin.”

“anak Nisrin lah. Kenapa?” muka tak faham.

Rai menarik nafas. “perempuan tu. Haq bawak dia datang.”

Oh.. Nisrin menyumbat oren Sunkist ke mulut. “my sister-in-law ke tu kiranya?”

Rai dan Aree dua-dua menjongket bahu tanda tak tahu. Haq tu, bukan dia nak cerita! Bikin saspen je.

******

Mira tergelak-gelak mengagah bayi dihadapannya. Comel. Semua orang kerumun birthday girl, biar dia je yang kerumun baby sorang ni.

“satu-satu, saya sayang Allah. Dua-dua, saya sayang Rasul. Tiga-tiga, sayang ibu ayah. Satu dua tiga, sayang semuanya…” Mira melagukan lagu itu dengan suara ceria.

Hasya tergelak-gelak suka.

“kalau empat-empat sayang siapa?” satu suara tiba-tiba mencelah. Haq selamba mengangkat Hasya dari atas permaidani.

“err..entah.” Mira menjawab.

“sayang ayah Haq la kan? Kan?” Haq seakan-akan bercakap dengan Hasya dalam dukungannya. Padahal nak pancing orang kat sebelah ni ha.

Mira mencebik. “ye sangat la tu.”

Kamu Indah yang dah tak indah -_-'

Reza memberhentikan keretanya dihadapan sebuah rumah teres dua tingkat. Dup..dap. berdebar-debar ni. Kereta ni saja park betul-betul depan pagar, yela kalau kena halau kejap lagi cepat sikit dia boleh cabut.
Ehem! Ehem! Testing suara. “Assalamualaikum.”
Takde jawapan.
“Assalamualaikum.” Lagi sekali salam diberi.
Pintu rumah tiba-tiba dibuka luas. Seorang lelaki 50-an keluar dengan t-shirt dan kain pelekat. Encik Kahar.
Gulp. Reza telan air liur. “Assalamualaikum arr..” Ayah? Ke pakcik? “Ayah.”
“kau nak apa datang sini?” kasar pertanyaan itu.
“nak jumpa ayah dengan ibu.” Reza mengukir senyum. Kasi tenang diri la kononnya.
“ayah dengan ibu kau tak tinggal sini. Pergi balik.” Lelaki tua itu terus berpaling kebelakang.
“ayah! Ayah! Reza nak cakap sekejap je, yah.” Beria-ria Reza menggoncang pagar besi separas bahunya itu. ish! Bukak la pagar ni!
Wajah seorang perempuan tua pula terjengah dari muka pintu. “Reza! Awak kenapa tak kasi dia masuk?”
Lelaki tua itu buat tak endah dan terus masuk ke dalam rumah.
Ah sudah!! Reza meraup rambutnya kebelakang. Macam mana nak cakap kalau macam ni?
“masuk Reza, masuk. Biarkan ayah tu.”perempuan itu membukakan pagar untuknya.
“ibu, Reza nak cakap sikit pasal..”
“eh, masukla dalam rumah dulu.” perempuan tua itu memintas.
Reza mengintai keadaan dalam rumah. Takpelah, karang berasap lagi bekas ayah mertua dia. “takpelah bu. Kita cakap kat luar pun takpe je.”
“kalau macamtu Reza duduk dulu, ibu buatkan air.”
“ehh.. takpe. Takpe bu. Ibu duduklah sini.” Reza menunjukkan kerusi taman dihadapannya. Sempat dia menjeling kedalam rumah lagi sekali. Ayah masih duduk senyap diruang tamu.
“Reza nak cakap apa?” lembut Puan Hamisah itu bertanya.
“hmm. Julia.. Julia ada balik sini?”
Perempuan itu menggeleng sayu.
“dia ada telefon?”
“sekali. Masa mula-mula kamu bercerai. Dia kata nak pergi jauh tenangkan fikiran.”
Reza merapatkan tangannya keatas meja taman yang cantik berukir. Macam mana nak susun mukadimah ni? tak reti. Sungguh dia tak reti.
“ibu dengan ayah marah Reza?”
Bekas ibu mertuanya melihat ruang tamu didalam rumah. “ayah macamtula.. ibu.. ibu entah. Ibu taktau nak cakap marah ke apa. Julia hilang, Reza hilang. Ibu jadi kabur.”
“Reza mintak maaf bu. Reza.. tak tau nak buat apa masa tu.”
“apa yang jadi Reza?”
Hah! Nafasnya tersekat tiba-tiba. Soalan yang buat dia terjerut tak boleh bernafas. Tapi dah agak, apa lagi yang akan ditanya selain sebab? Kan?
“kamu bergaduh teruk sangat ke?”
“tak, bu. Kami berpisah cara baik.”
“kalau tak gaduh, macam mana boleh berpisah pulak?” perempuan tua itu makin bingung.
Reza memandang muka perempuan dihadapannya. Sayu. Sedih. Mengharap. “Reza.. Reza bukan taknak cakap kenapa, bu. Reza rasa, baik Julia yang terangkan sendiri bila dia dah muncul nanti. Lagipun, tak patut kalau Reza yang bercakap sorang-sorang. Ini masalah kami dua orang.”
Hmmph. Keluhan berat keluar dari mulut Puan Hamisah. Dah seorang muncul, tapi taknak cakap jugak. Entah apa-apa ntah alasan diorang ni. Sengaja nak buat main kahwin-kahwin ke? macam budak-budak tak cukup umur? Padahal masing-masing dah besar, tinggi macam galah. Haish. Tak faham!
“Reza nak mintak maaf bu. Betul-betul mintak maaf. Reza bukan suka-suka nak buat anak ibu macam tu. Langsung takde niat. Betul. Masa Reza datang cakap dengan ayah yang Reza nak jaga dia, memang betul-betul Reza nak jaga dia. Reza pun tak sangka jadi macam ni.”
“takpelah kalau macamtu. Dah takde jodoh. Tapi ibu harap sangat yang masalah kamu ni boleh selesai selain daripada berpisah.”
“Reza mintak maaf bu.”
“Ibu faham, ibu faham.”
Keadaan sunyi sepi. Reza dah mati akal nak bercakap apa lagi. Aib Julia perlu ditutup, dan kebenaran dia perlu ditegakkan. Ha, macam mana? Dia dah taktau nak buat ayat selamat macam mana lagi dah. Silap sikit, nanti habis terbongkar semua.
Takkan dia nak cakap dengan ibu yang anaknya tak normal? Tu memang saja nak buat orang tua dapat heart attack la tu namanya. Ibu dah la sebaik-baik perempuan yang dia kenal. Takkan nak tambah kecewa dia lagi pada anak sendiri? Tak. Tak sanggup. Kalau ye pun ibu tau benda betul, bukan dari mulut dia.
Nasib baik ibu faham. Tak tekan dia sangat. Tapi Encik Kahar yang dekat dalam tu yang buat dia jadi kecut. “ibu, agak-agak, ayah nak tak cakap dengan Reza sekejap?”
Humph. “ayah tengah panas tu Reza. Takpelah, nanti ibu cuba cakap dengan dia baik-baik. Kalau dia mau dengar la. Kalau tak, terpaksa la Reza mengadap marah dia nanti.”
Reza kesal. Dia tahu, ayah memang sayang sangat dekat Julia. Masa dia mula-mula nak dekat Julia dulu pun, macam-macam janji dia tabur dekat ayah. Tapi tu lah, bukan dia yang mungkir janji.
“takpelah bu. Terima kasih nak dengar apa Reza cakap. Nanti bila-bila, Reza datang lagi jenguk ibu dengan ayah.”
“yelah. Kalau Reza ada jumpa Julia kat mana-mana, tolong pesan ibu dengan ayah nak dia balik.”
“InsyaAllah. Reza balik dulu. Assalamualaikum.”

****
“awak ni kenapa buat Reza macam tu? dia datang baik-baik je nak bercakap.” Puan Hamisah terus menyerang suaminya bila Reza dah berlalu dengan keretanya.
“saya tak suka dia.”
“kenapa pulak nak tak suka dia? dulu kan awak kata Reza tu bagus, baik.”
“tu dulu. sekarang awak tak nampak ke apa dia dah buat dekat kita? Anak kita? Keluarga kita?”
“tak baik hukum dia macam tu. kita taktau lagi siapa salah siapa betul.”
“hah! Apa yang dia dah cakap dekat awak yang buat awak jadi baik sangat ni?”
“dia tak cakap apa. Dia kata, tunggu Julia sendiri bagitau. Dia datang nak mintak maaf.”
“macam tu la manusia. Senang je. Kalau dah salah, mintak maaf. Lepastu, bila-bila boleh buat salah lagi.”
“suka hati awaklah. Gaya awak bercakap tu, macamla awak tu bukan manusia, tak pernah mintak maaf bila buat salah.” Puan Hamisah terus bangun meninggalkan ruang tamu itu. Buat habis air liur je cakap dengan orang yang tengah marah ni.
*****
Indah memandang siling atas. Kosong. Cuma ada papan lapis. Kipas berdiri disebelah cuma dipasang dengan angka 2. Tapi dia dah rasa cukup sejuk.
Patut ke tak aku balik KL?
Pilihan pertama, tak payah balik. Dua bulan lepas, aku punyala nekad tinggalkan rumah terus pergi Puduraya. Takkan la senang-senang je nak patah balik KL? Baik tak payah lari dari awal macam tu. Aku bahagia tinggal sini. Dekat sini aku jadi ‘Norsiah’, dekat sini aku jadi ‘Indah’. Hmm. Rasa nak tergelak sendiri. Norsiah yang konon-kononnya bini Reza. Free-free je aku menikah!
Dekat sini aku pergi surau pagi-pagi buta, kenal tali air, boleh jalan dekat bendang sorang-sorang, masak setiap hari daripada sarapan ke makan malam, pakai kain batik sambil tengok filem klasik.. haih. Memang sedepa la kalau nak senarai semua benda baru yang aku dah buat. Tapi dalam banyak-banyak, cuba teka apa yang aku paling suka? Benda yang aku hargai, yang aku rasa seronok, yang buat otak aku lega setiap kali. Dapat tangkap apa dia? Nek Ngah dengan Reza la. Apa lagi.
Nek Ngah macam orang tua paling cool yang aku pernah jumpa. Ya betul, dia memang klasik gila. Peribahasa yang dia guna dalam ayat dia hari-hari macam dah boleh binding buat buku. Tapi tak terasa pun menyampah dengan semua tu. Suka lagi ada.
Tapi sekarang dah sunyi sikit. Reza dah tak ada. Dah takde orang yang buat dia dengan Nek Ngah terjerit-jerit sakan kena sakat. Dah takde orang yang buat kerja gila main teng-teng lewat petang, atau buat kuiz teka ulam sebelum dinner. Eleh, berlagak je mamat tu. Entah-entah dia pun tak hafal nama ulam. Saja la tu, buat modal nak pekena orang.
Pilhan kedua pulak, balik KL. Ya! Balik! Keputusan nak balik ke tidak ni bukan boleh buat main-main macam nak jawab soalan objektif subjek Sejarah. Kalau mata pensil tu jatuh dekat bulatan ‘A’, ha, ‘A’ la jawapan yang kita tanda. Senang takpayah fikir-fikir. Untung nasib betul. Kalau tak, salah la. Ala, satu jawapan tak kena yang lain belum tentu tak kena jugak kan?
Sekarang tak boleh macam tu. Kena fikir betul-betul. Apa kesan kalau balik KL nanti? Satu, kena balik kolej balik. Dua, kena mengadap mummy dengan daddy. Tiga, kena tekan dengan semua orang. Mesti semua nak tanya, ‘Erinne, mana kau lesap 2 bulan?’. Oh! Nama! Dah tentu dia kena jadi Erinne balik. Erinne yang pakai jeans, bukan kain batik. Erinne yang rambutnya di blow setiap hari, bukan berikat satu macam ekor kuda. Erinne yang akan berkepit dengan Bee dan Amoi, tak kira matahari terik atau bulan mengambang.
Apa khabar budak dua orang tu eh? happy ke aku takde? Macam mana la Amoi yang lembik tu nak hidup? Hmm. Takpe. Bee kan ada dengan dia. Bee ada, sure dia boleh hidup punyala. Zack pun ada.
Tiba-tiba Indah menggeleng kepalanya.
Heh. Apala aku ni. Perasan je diorang tu tak boleh hidup aku tak ada. Nak risau lebih pulak.
Balik ke… Tak balik?
Ugh. Otak aku stuck!!
Nak tinggalkan Bagan Serai, sayang. Tapi kalau stay lama lagi, aku sunyi.
Reza…
Aku terasa sangat bila Reza tak ada. Rasa macam masa mula-mula aku nak lari dulu.. masa aku rasa ada benda yang hilang. Missing piece…
Eh!
Indah menggaru-garu dahinya macam tengah fikir masalah Negara. Biar betul..biar benar? Dia rasa macam tak percaya dengan apa yang otak dia sendiri baru terfikir.
Missing piece aku….. Reza????
Indah terus menegakkan badannya. Aku lari.. aku jumpa Reza. Aku happy.. lepas aku jumpa Reza. Aku sedih.. bila Reza balik. Aku sunyi.. bila Reza dah tak ada.
Reza ajar aku praktikal sembahyang hari pertama aku jejak sini. Reza panggil aku Iris hari terakhir sebelum dia balik.
Iris.. kekuatan dan harapan.
Aku.. kan? Reza maksudkan aku la Iris dia, kan?
Dulu, Reza pernah cakap, yang dia pun rasa macam ‘tak cukup’. He’s missing something, yet he doesn’t know what it is.
Eh..sekejap..sekejap… rasa macam ada sesuatu yang ajaib pulak yang menerjah otaknya.
Indah rasa nak menepuk-nepuk dahinya kuat-kuat. Lembab! Lampi! Banyak sangat makan kepala ikan ke hape?!
“Indah! Kau tu missing piece dia jugak la!!” tak sedar dia bercakap kuat. Ahh!! Tak kisah la nak cakap dia perasan macam masuk bakul angkat sendiri ke hape, tapi memang itu yang dia rasa.
Nek Ngah berlari-lari anak menuju ke bilik Indah. Mengigau ke? Dia menyelak langsir yang menutup daun pintu yang terbuka. Kelihatan Indah tengah tercengang-cengang duduk diatas katil.
“Indah? Kenapa ni?”
Indah mengalih pandang pada Nek Ngah yang bererut-kerut di muka pintu. Hmm. Serius! Nekad!
“Indah nak balik KL, Nek Ngah. Boleh kan?”
Nek Ngah tersenyap seketika sebelum menarik sengih. Indah…Indah.











baiklah tujuannya aku mengepost entry ini adalah aku fedup dengan cara penulisan aku dan jalan cerita aku untuk Kamu Indah. dalam kepala otak aku cuma ada dua benda, BUAT BALIK SEMULA DARI BAB 1 atau BERENTI JELAH. no sambung-sambung, no edit-edit.

aku perlukan komen, aku perlukan kritikan sebab aku rasa sungguh loser. (-_-)'

aku rasa sampai ke tua aku takkan ada manuskrip. oh oh oh~

oh jgn campur adukkan ni dengan ADVIDHAQ ye, ADVIDHAQ lain.

Monday, May 10, 2010

ADVIDHAQ [27]

Vid keluar dari pejabatnya di tower two untuk keluar makan tengahari. Teringat semalam Haq ada cakap, Aree ajak pergi rumah dia. Celebrate birthday Adni. Aree ni nak jugak Cik Jah tu datang. Vid mengeluarkan Samsung dari dalam poket.

“Assalamualaikum mak. Abang ni.”

“waalaikumsalam. Ye mak tau la ni abang. Dah nombor abang yang keluar. Abang ni kerja dekat kapal minyak ke, syarikat minyak ni abang? Kenapa dah lama tak jumpa mak? Asik-asik telefon. Telefon tak sama dengan jumpa depan mata tau abang.” Dah mula dah Cik Jah ni bersyarah.

Vid tarik sengih. “ok la tu dari orang lain tu, telefon pun tak.”

“abang sihat ke abang?”

“Alhamdulillah sihat mak.” Kan ke macam terbalik? Sepatutnya dia tanya khabar orang tua dulu, tapi kalau dengan Cik Jah ni memang akan jadi macam ni setiap kali call. Dia akan bertanya tanpa sempat kita nak mencelah.

“Syuhada dengan Syafiqah balik sini hujung minggu haritu. Kata diorang, abang dah lupa adik-adik.”

Vid tergelak. Pandai-pandai je.

“bila mak cakap, gelak. Mak tegur, senyum. Mak membebel pun, ketawa. Mak nak dengar suara abang bercakap susah betul.”

“mak rindu suara abang ye?”

“yela suara abang tu kan mahal.”

Vid tergelak lagi. Nada macam merajuk je Cik Jah? “nanti abang pergila jumpa anak-anak perempuan kesayangan mak tu. Baru dua minggu lepas rasanya abang bawak diorang pergi makan. Pandai-pandai je report dekat mak.”

“ha ni mak nak kasitau nih!” excitednya Cik Jah boleh dengar satu Banting. “anak Makcik Naimah ada dekat KL tau sekarang.”

Vid mengerutkan dahi. “Makcik Naimah mana?”

“alah! Jiran kita dulu-dulu tu. Rupa-rupanya dia pindah dekat Kepala Batas. Anak perempuan dia, Farhana tu katanya dah kerja dekat KL. Pandai anak dia, lulusan luar negara tau. Mesti kerja bagus-bagus.”

Vid senyum lagi. Mak ni la, kalau interview orang, segala kerja kat mana, lulusan apa, semua nak tanya.

“mak saja lah bagitau kot-kot abang ada terserempak ke…”

Vid menggeleng. “abang mana kenal muka dia mak. Kalau terserempak pun tak perasan agaknya.”

“lah iye ke? Syafiqah kenal. Tanya la adik abang tu.”

Vid sengih. Memang la dulu adik dia ada tunjuk gambar Farhanaconda tu dalam handphone, tapi kalau kamera 1.8 mega pixel apa yang nampak? “yang mak ni yeye kenapa? Abang tak cakap pun abang nak pergi jumpa dia.”

“sebab….” Cik Jah tersengih seorang diri mengadap dinding rumah. “naluri keibuan mak berkata, abang dengan Farhana tu macam…”

“aaaa. Dah-dah. Mak ni….”

“mak tak cakap habis lagilah, abang.”

Vid mencebik. Alah tau sangat mak nak cakap apa. Dia boleh habiskan ayat tu sendiri. “sebenarnya, abang telefon mak ni sebab Aree ajak pergi birthday anak dia weekend ni.”

“lah ye ke? dekat mana?”

“rumah dia. Mak nak pergi sendiri dengan ayah ke, nak abang ambik?”

Cik Jah membiarkan soalan itu berlalu. “abang, kalau mak bagi nombor telefon Farhana, abang nak datang dengan dia tak?”

“eh mak ni!”

“mak tak faham la abang ni. Rasa-rasa mak ada dua je anak dara, tapi sekarang terasa ada tiga orang pulak.”

“mak, abang ni lelaki sejati lagi mak. Takde terjejas mana-mana pun.”

Cik Jah sengih panjang. Alah, dia saja mengusik. “ni nasib ayah abang keluar, kalau tak mesti dia pun membebel panjang kat abang sebab lama tak balik.” Cik Jah mengungkit kembali topik awal-awal tadi.

Vid buat muka. Dengan ayahnya si pensyarah pencen tu nanti lagila panas telinga. “ok lah mak. Abang nak pergi makan tengahari ni.”

“kalau dah kahwin kan best ada orang tolong masak, tolong hidang..”

“mak….” Mencerun nada Vid mendengar ayat itu.

“yelah. Yelah. Nanti mak datang dengan ayah la. Agak-agak lepas zuhur ke, mak bertolak la. assalamualaikum.”

“waalaikumsalam.”

*****

“awat hang takmau balik sini Na? hang takdak cuti ka?” Makcik Naimah membebel dengan nada tak puas hati.

Nana mengadap hidangan makan tengaharinya dengan muka cemberut. Soalan ni yang malas nak layan ni. “Penang tu bukan sekangkang kegha mak..”

“hang gheja pa sebenaqnya kat sana Nana?”

Nana menggaru kepala tak gatal. Yee mee digulung-gulung diatas hot plate. Taktau nak jawab apa. Kalau jawab kerja pembantu jualan dekat Vincci karang, sah-sah hidup dia tak aman lepasni. Mesti mak desak-desak suruh dia pergi carik kerja lain. “gheja la..”

“tu ja jawapan hang. Kalau suruh cakap menda lain, amboi mulut laju bukan main dok bercakap. Tanya pasai gheja ja, mulala terkemut-kemut.”

Eeh mak ni.. garang semacam la. “Nana bukan gheja tak baguih..”

“bertaun-taun hang dok ulang alik pi mai pi mai MSU-Malaysia,kalau tak gheja baguih mak tatau nak habaq pa dah.”

“mak simpan ja dalam kepala. Buang tenaga mak tau dak cakap banyak-banyak ni.”

“Cik Jah pesan, ada masa satgi pi la jenguk dia.”

“InsyaAllah..”

“assalamualaikum.hang jaga diri Na.”

“ya mak. insyaAllah. Waalaikumsalam.”

Nana memandang handphone mati ditangan. Eei. Sikit lagi nak kantoi. Taktau la kerja gila tak gila mintak kerja dekat KLCC ni sebab Mohd Syahid tu. eeei.. pening kepala aku.

“Nana. kan?” seorang lelaki berdiri berdekatan mejanya.

Nana mengangkat muka dari hot plate. Owkeyy.. adakah jodoh kita bertemu disini? “Vid.”

“sorang?”

“aah.”

Vid mengangguk. Oh takpelah macam tu, dia saja menegur je pun.

“lunch?” Nana bertanya.

“aah.”Vid serba tak kena. Sejak dia tahu yang Nana ada hati kat dia, dia rasa semacam.

Nana diam sahaja. Sebenarnya, dia tak habis fikir lagi pasal pertanyaan maknya sebentar tadi.

“having problem?”

Nana memandang Vid yang masih berdiri. Ah~ kenapa buat gaya gentleman itu pada masa yang tak kena? “nothing.”

Vid terus menarik kerusi dihadapannya. “taknak cakap?”

Betulla kata Haq. Vid ni boleh bukak kaunter pertolongan. Takpun, tulis je kat dahi, sesiapa nak pertolongan sila daftar diri di sini. “not a great idea.”

“even for my ears?”

“you should eat something.”

“you should tell me something.”

Nana membesarkan mata. “Yee mee? Teppanyaki? Nasi campur?”

“you.”

“hah!??”

Err. “I mean, your story.”

“emmm..” Nana mengetap bibir. Kepalanya diteleng ke kiri, kemudian ke kanan. “aaaaaaa…”

“emmm aaaaaaa” Vid mengajuk.

“errrrrr…” Nana menunduk. Takkan la nak cakap ‘mak saya taktau saya kerja apa kat KL ni. saya serba salah’.

“ada orang sakitkan hati awak ke?”

Nana terdiam. Apeke jauh perginya?

Vid tarik muka serius bila Nana diam sahaja. “eh seriously someone hurts you?”

“eh.” Nana menggeleng-geleng. “tak. Takde. Takde.” Nana mengelap mulutnya. “saya masuk kerja dululah.”

“Na?”

“em?”

“kita keluar?”

Adakah…adakah… adakah Mohd Syahid baru ajak aku pergi date? A date? Dengan Vid?

“boleh?” Vid menebalkan muka. Kot-kot la kena reject, memang aku tanam kepala dalam tanah.


“boleh…. Kot?”

Vid senyap merenung meja. kemudian kepalanya diangkat perlahan memandang Nana tak lepas. “entah kenapa…. Saya rasa macam dah kenal awak lama.”

Nana senyum. “something goes wrong here. Awak cakap banyak harini.”

“Na? nombor phone?”

Nana menunjukkan riak tak percaya. Seriously eh? Vid dah terminum air jampi kemende ni?

******

Nana masih terbaring disofa. Habis kemek tudung yang dipakai baru kejap tadi.

Jaja membetulkan kaca matanya. “Na?”

“hmm.”

“macam ni je gaya kau?”

“macam ni apanya…” malas.

“eh Nana! kau nak pergi keluar dengan Vid ni tau! Akhirnya! Finally!”

“tau…” dia mengiring ke kanan.

“yang kau serupa takde perasaan ni kenapa?” Jaja bertanya pelik. Dulu kemain nampak Vid pakai baju apa pun excited melampau. Macam nak retak dinding dok bercerita.

“mak aku….”

“kenapa dengan mak kau?”

“aku tak sedap hati la…. nanti-nanti mesti nak kene bagitau jugak aku kerja apa..”

“aku dah kata dah suruh carik kerja lain kau yang taknak..”

“agak-agak tempat kau nak pakai orang tak?”

“gila! mana pulak nak sumbat orang biotech kat GAYA tu?”Jaja menjegilkan mata. Agak-agak la sikit permintaan tu.

Handphone diatas meja makan berdering. Jaja yang dari tadi mengadap laptop dimeja makan menjeling handphone yang berkedip-kedip itu. “Na, telefon kau ni. Vid kot.”

Nana masih kaku tak bergerak dari sofa. Malasnya nak gerakkkkkkkkkkkkkk~

Jaja mencapai handphone itu dengan perasaan geram. Ugh! “waalaikumsalam. Jaja ni. hmm. Ok. ok. kejap lagi dia turun.” Pap! Handphone itu di-slide kebawah. “Nana!”

Nana bangun dari sofa dengan gaya terpaksa. “mak… mak…mak..” dia merengek kecil.

Jaja melangkah merapati Nana. Belakang t-shirt Nana ditarik-tarik. Muncung tudung rakannya dibetul-betulkan. Pipi Nana ditepuk-tepuk. “dah sudah. pergi-pergi. Shooh. Shooh. Pukul 8.45 dah. Makan malam lambat-lambat nanti gemuk.”

“aku tak sedap hati la…” Nana merengek lagi. “mak aku….”

“esok-esok la kau carik kerja. Sekarang pergi makan dulu.”Jaja menghulurkan handphone Nana ditangannya. “makan nanti jangan tak ingat baca doa pulak tau.”

“kau ganti aku tak boleh ke?” Nana mengedip-kedipkan matanya.

“shooooh!” Jaja menolak bahu Nana ke pintu. “bye bye. Assalamualaikum. Take care.” Cepat-cepat Jaja menutup pintu rumahnya.

“Jaja! Ja! Jahat!” Nana seakan-akan bercakap dengan pintu. Isk.

*****

Vid mengetuk-ngetuk stering didalam kereta. Sekejap-sekejap dia menyinsing lengan long sleeve t-shirtnya yang melurut kebawah. Kepala otaknya melayang sementara menunggu Nana turun.

Aku ni.. nak kata heartless, takdelah. Cuma macam apa yang Ad cakap, aku ni tak reti bagi reaksi dekat muka. Mungkin, kawalan perasaan aku terlebih. Kadang-kadang, terasa bangang juga. Apahal la aku ni kayu sangat?

Senang jadi macam Haq dan Ad. Jumpa orang yang disukai, balik rumah, boleh cerita dengan member. ‘aku sangkut dengan minah ni-nak buat bini-blablablabla’. Bukan macam dia, entah apa yang dia rasa dalam hati pun dia tak pernah nak sure. Macam mana nak bagitau kat orang sedangkan diri sendiri pun tak tahu?

Dan dia pun tak pandai nak main trick-trick perempuan ni. Tak pandai nak manis-manis, nak lembut lidah. Tak pandai nak bergelak ketawa, full sense of humor. Tak pandai nak kasi pandangan mata redup bagi perempuan cair. Lagikan nak buat surprise-surprise.

Tak apa ke kalau ikut cara sendiri?

Dan ketika itu juga Nana mengetuk cermin keretanya. Jari pantas membuka lock kereta membenarkan Nana masuk ke dalam.

Vid masih tak menggerakkan gear. Dibiarkan kereta itu pegun disitu sebentar.

“kenapa?” Nana bertanya. Risau. Lain macam je?

“Na.” Vid menarik nafas. Ok, takde mukadimah. Tak pandai. Jalan ajela, Vid. “here.” Setangkai bunga lily putih bertangkai hijau panjang disuakan pada Nana.

Oh.

“happy belated birthday.” Belated untuk nak dekat sebulan lepas still ‘belated’ kan?

Nana memandang riak muka Vid yang tenang tak berkocak itu. Sungguh, his calmness torture my eyes, my voice cord, my heart…. and going deeper, my soul.






*msu- michigan state university

Wednesday, May 5, 2010

ADVIDHAQ [26]

Jaja dah berpeluh-peluh di pintu. Tangan meggelatar dahsyat sampai satu anak kunci pun tak boleh nak dipulas.

Pak! Pintu terbukak dari dalam. Nana terjengul dengan tshirt lengan pendek dan seluar track. “kenapa kau ni?” Nana bertanya ingin tahu.

Jaja menggeleng dan terus masuk kedalam rumah. Bahu Nana pun dia langgar je.

Nana terpinga-pinga ditinggalkan dihadapan pintu. Apsal budak nih?

Bum! kedengaran pintu bilik Jaja dihempas kuat. Nana bergerak ke pintu bilik Jaja. “Ja, nanti lepas kau asar keluar tau! Aku beli pisang goreng dengan segala keledek goreng ni! Ja! Dengar tak!”

“yeye. Dengar. Dengar. Lagi sejam aku keluar.” Jaja menjerit dari dalam bilik.

Sejam? Nana bercekak pinggang. “kau buat apa sejam?”

“takde apa! Nanti aku keluar! Kau makan la dulu!”

Nana menjongket bahu. Sukahatilah.

Jaja membuka lipatan laptopnya. Tak sempat dah nak bukak tudung nak salin baju ke hape. Dia menunggu komputer itu loading. Apahal lama sangat pulak ni. isk! Skrin windows terpapar untuk memasukkan password. 2 kali Jaja memasukkkan passwordnya. Jari dah bergerak tak betul. Terketar-ketar macam orang kena Parkinson. Dia connect talian internet. Yahoo! Mail di-log in.

Agak-agak ada lagi ke email tu dalam trash? Dia tak ingat bila tarikh dia delete email-email si pujangga kelas sastera itu.

Ha! nasib yang last ni masih ada dalam peti trash.

Lalu angin tak terbang
Lalu awan tak tersekat
Lalu laut tak tenggelam
Lalu banjaran tak jatuh
Balik-balik, awak jugak saya carik.


Angin.. awan.. laut… banjaran…. Ya Tuhan.

Jaja memegang dahinya. Matanya dipejam sebentar. ‘Adha’. Hatinya berbisik.

Allahuakbar. Allah maha besar. Depan mata je, Adha. Tanpa sedar dia menarik senyum. Entah kenapa bibirnya meleret begitu. Dia tak pasti.

*****

Vid duduk tegak diatas sofa. Rancangan apa yang ditayangkan di tv didepannya dia tak ambik kisah. Hati dah tak sabar nak berhadapan dengan Haq. Mananya Haq ni. Lepas hantar Nana tadi, terus dia menuju ke rumah budak dua orang ni tapi satu batang hidung pun dia tak nampak. Last-last dia melepak buat macam rumah sendiri. Haq ni pergi bawak anak orang berjalan takkan dah lewat petang gini taknak balik? Ad ni pulak rasanya dah 4 hari takdek takkan terbang sampai seminggu?

“Haq mana kau!!!” Ad terus merempuh masuk bila tengok pintu tak berkunci.

Vid tenang sahaja melihatnya dari sofa. “dia tak balik lagi.”

Ad membuka kasut kulitnya. “ey mamat ni. aku rasa macam nak bakar hidup-hidup je!” Ad masuk dengan perasaan geram.

“adeke dia main pass-pass anak orang suruh aku hantar? Dahla aku gila penat nyawa pun macam tinggal separuh je tadi!” Ad terus merebahkan dirinya diatas lantai berhadapan tv.

“kau kena jugak ke?” Vid yang bersila diatas sofa menjenguk kawannya dibawah.

Ad mengerutkan kening. “kau pun???????”

Vid mengangguk.

“haih! Jap lagi kita belasah Haq. Tunggu la kau.”

Vid tarik sengih. Remote astro ditangan diketuk pada dahi Ad dibawah. “macam budak-budak!”

“eh betul la! aku cakap aku betul penat, dia buat main! Last-last aku terpaksa memalukan diri tidur sejam dalam kereta. Jatuh saham aku.”

“nak malu apanya?”

“yela macam lembik je. patut aku kena tunjuk tough sikit.”

Chait! “mestilah dia faham.”

Ad tersenyum. Teringat gelagat Jaja tadi.

“pashmina ni boleh ambik terus tak?” Ad menyakat bila dia terjaga dari tidur.

“tak boleh. Nak beli sendiri la.”

“ok. ambiklah balik.” Ad saja memancing. Dia masih baring di seat dan pashmina itu masih diatas badannya. “ambiklah balik.”

Jaja buat muka. Saja je nak kenakan orang. “lipatlah sendiri. Pastu bak sini.”

“taknak. Awak nak balik, awak ambiklah sendiri.”

“Ad! Cepatlah. Main-main ar dia ni.”

“manede main-main. Oh.. selimutkan orang berani, nak ambik balik segan-segan pulak.”

“Adha!”


“ha senyum sorang-sorang!” Vid menyergah.

Ala Vid ni potong la. “manede senyum sorang-sorang. Aku senyum dengan kau la.”

Ceh! Macam la dia taktau. Vid kembali menyandar pada sofa. Malas nak layan Ad.

“Vid, tadi Haq hantar anak siapa dekat kau?”

Vid menukar posisi. Dia baring diatas sofa panjang itu. “entah anak siapa entah.”

“tak kenal langsung?”

Vid menggeleng. “tak. Baru je kenal.” Dia baring berbantalkan lengan.

“nama siapa?” Ad menyibuk.

“Farhana. Nana. katanya housemate kawan girlfriend Haq.”

Nana?????????? “kawan Jaja?!” Ad terus duduk tegak.

“dia ada sebut jugak nama housemate dia tu tadi. Yelah tu kawan Jaja. Kenal pulak kau?”

“aku tersekat dengan budak tu lah tadi.”

“dan sejak bila pulak Haq ada girlfriend?” Vid sungguh-sungguh bertanya.

“entah dia tu. satgi kau tanya la dia sendiri. Eeei! Aku alergik betul la dengar nama Haq tu. eei!” Ad lepas geram.

Vid ketawa sendiri. Habislah kau Haq balik nanti.. ni ha ada budak kecik mengamuk.

“Assalamualai….”

“Haq!!!!!!!!!!!!!!” Vid dan Ad menjerit serentak.

“….kum.” Haq menghabiskan salamnya. Dia menutup pintu rumah dengan sengih panjang tak sudah.

Ad tarik muka bengang. Senyum-senyum pulak. Buat muka tak bersalah.

“amacam rakan-rakan ku sekalian? Ada seronok hari ini?”

Pap! Vid memukul belakang kepala Haq dengan remote Astro. Pantas pula Ad mencapai remote tv dan mendaratkannya didahi Haq.

“Oi. Oi. Sakit ah!”

“eii! Eeei!” Ad mengacah-acah nak mengetuk lagi dahi kawannya itu. bengang.

“eh apa ketuk-ketuk? Patut cakap macam ni ‘Haq kawanku sayang, terima kasih banyak-banyak’.”

“terima kasih otak kau.” Vid tarik sengih.

Hahahaha! Haq tergelak galak. Seronok la pulak! “ala, saja tolong kawan-kawan. Kawan-kawan happy, aku pun senang hati.” Haq menyengih lagi.

“kalau kau nak kenakan Ad tu, ok la. yang aku ni kau macam tak faham-faham pulak aku ni macam mana.” Vid menggeleng-gelengkan kepalanya. Skill perhubungan awam fail. Boleh cakap laju pun pasal pembentangan projek je. Part nak bersosial nak bertanya soal peribadi, maaf. Tu bukan dia. Salah stesen.

“eh Nana tu ok apa. Mulut dia macam popcorn. Pop! Pop! Meletup-letup. Haha.” Haq tergelak lagi. “lagi-lagi kalau keluar ‘utagha’ dia tu, pehh. Thumbs up.”

“dia thumbs up la,aku thumbs down.” Vid mengangkat lengannya ke dahi.

“eh tapi kan Nana tu macam….” Ad tak menghabiskan ayatnya.

“apa?” Haq dan Vid bertanya serentak.

“dia suka kau kan?” Ad memberitahu selamba.

“aaaaaaaaaa. Mana pulak kau tau ni! ala baru aku nak buat gempak dengan Vid.” Haq menaikkan suaranya.

“kan ke aku kawan dengan Jaja housemate dia tu.”

“memanglah Nana suka Vid. Yang bunga rose kuning banyak-banyak tu dia la yang selit kat wiper kereta kau.” Haq menepuk bahu Vid.

“gila lah!!! Vid kau ada secret admirer. Eh umur kau berapa? 17 eh? hahaha.” Ad pula galak mengejek.

Vid senyap sahaja. Masih tak percaya. Habis tu Nana tadi buat-buat tak kenal tu, berlakonlah?

“eh tadi Nita kau hantar balik jugak?” Haq bertanya.

Vid menggeleng. “tak aku tinggal je.”

“bagus! Aku tak berkenan minah tu.”

“siapa Nita?” Ad yang tak tahu hujung pangkal bertanya.

Haq buat muka. “ni kawan kau sorang ni. Tolong tumpangkan orang pandai, padahal sedar diri tu skill perhubungan awam fail.”

Vid memandang Haq. Sukahati je mengata aku depan-depan.

“apsal minah tu?” Ad bertanya lagi. Rasa ingin tahu memuncak. Haq ni bukan senang-senang dia nak menyampah kat orang.

“aku tak suka dia buat Mira macam kuli dia. Perasan. Aku rasa, dia jugakla yang buat Rai tu marah-marah dekat Mira sampai sekarang.”

“siapa pulak Mira??” Ad dan Vid bertanya serentak.

Errr. “dia macam boleh kata aku punya…. Future wife?” selamba Haq memberitahu.

“HAH!!!!!!!!!” Ad terkejut besar. Tak pernah dengar tiba-tiba nak buat bini ke?

“eh kau ni kecoh je. Tengok Vid, cool je.” Haq memalingkan mukanya pada Vid. Riak takde perasaan.

“ahh! Vid tu lain cerita dia memang dilahirkan tak reti bagi reaksi kat muka.”

“oi.oi. aku hidup lagi kat sini. Tak pekak, tak mati lagi.” Vid mengingatkan Ad yang selamba mengatanya.

Haha. Haq sengih. “so, Nana tu kau nak buat macam mana?”

Vid buat muka selamba. “entah. Tengoklah nanti.”

“Vid.” Ad memanggil namanya. “boleh tak macam, sekali dalam seumur hidup, kau macam berperasaan sikit? Cuba kau jadi manusia. Macam aku ni, penuh perasaan didada.”

Vid sengih meleret. “ada-ada je kau.”

“betul, Vid.” Haq mula menyelit. “aku memang simpati lah kat Nana tu entah mata dia rosak ke, otak dia weng ke, boleh pulak suka dekat kau yang separuh manusia separuh kayu ni. Appreciate lah. She put some effort for you, you know.”

Vid senyum lagi. Takde ayat nak melawan. “kau pulak Ad, Jaja macam mana?”

“oh no, thanks. Aku dah ada Aksara. Terima kasih ye Tuan Haq, saya tak perlukan orang lain.” Dengan bangganya Ad menjawab dia dah ada orang dalam hati.

“Aksara tu ‘maya’ kau tau? Jaja ni dah elok depan mata.” Haq mengeluarkan hujahnya. Sampai bila nak berangan?

“takmau. Nak Aksara sorang je. Orang lain takmau.”

Vid dan Haq gelak serentak. Perangai budak-budak Ad ni, entah bila nak berubah.

“cakap pasal buah hati pengarang jantung Cik Aksara aku tu, aku nak pergi cek email lah. Bye bye.” As terus bangun menuju ke bilik tidurnya.

“yeye je cik. Satgi puan.”

“Haq, aku dengar!” Ad menjerit dari dalam bilik.

*****

Ad melipat sejadah dilantai. Diletakkan sahaja diatas katil. Rambut yang masih basah itu dikirai-kirai. Ditala jam diatas meja, pukul 7.50. Kejap lagi nak dinner, sempat lagi nak bukak email ni. Tadi masuk-masuk bilik terus asar lepastu bum! tidur. Tak sedar apa. Kalau mak aku tau ni, mampus kene bebel ‘Adha tidurla lepas asar tu! jadi gila nanti mak taktau!’. Takpe, tak 40 hari berturut-turut takpe. Huh, dasar degil.

29 unread emails.

Ugh ni email merapu-rapu lah ni banyak sangat ni. Dia scroll page itu kebawah. Mencari-cari penghantar email yang dikenali sahaja.

AKSARA

Biar benar????????????????????????????????

Fuh! Fuh! Ad meniup-niup jarinya. Nak bukak ke taknak? Eh mengada. Bukak ajelah.

Saya pula dah diterbangkan oleh angin,
Dah tersekat dalam awan,
Dah tenggelam dalam laut,
Dah jatuh atas banjaran….
Macam mana?


Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!
Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!

Nak print out! Nak lekat depan katil!

Tuk! Tuk!
Ad mengalih kepalanya pada pintu.

“jom-jom. Makan.” Suara Haq kedengaran dari luar pintu.

“kejap!” jarinya laju menghentak keyboard.

Senang je, saya kan ada.

Gatal sangat ke ayat aku ni? ahhh. Nasib! Butang send ditekan. Thank you, Aksara.
 
Blog Template by Delicious Design Studio