♡assalamualaikum

currently updating First.

Tuesday, December 22, 2009

ADVIDHAQ [11]

Oh, secret admirer
When you're around the autumn feels like summer
How come you're always messing up the weather?
Just like you do to me..

Nana berlari-lari ala-ala terapung dari lantai.

My Silly admirer
How come you never send me bouquet of flowers?
It's whole lot better than disturbing my slumber
If you keep knocking at my door

Dia berbaring pula disofa kembar tiga. Rambut hitam dipintal-pintal sambil tersenyum-senyum pada siling.

Last night in my sleep
I dreamt of you riding on my counting sheep
Oh how you're always bouncing
Oh you look so annoying. (Please!)

Dear handsome admirer
I always think that you're a very nice fellow
But suddenly you make me feel so mellow
Every time you say: "HELLO!"

And every time you look at me
I wish you vanish and disappear into the air
How come you keep on smiling?
Oh! You look so annoying. (Not again!)

My secret admirer
I never thought my heart could be so yearning
Please tell me now why try to ignore me
'Cause I do miss you so

My silly admirer ('cause I do miss you so..)
My handsome admirer ('cause I do miss you so..)
Dear secret admirer'Cause I do miss you so

“ Gediknya lagu.” Jaja memberi komen dari meja makan.

“bukan gediklah.. sweet~” Nana menjawab dengan suara riang-ria.

“bukan kira lagu tu macam terbalik ke?”

“apa yang terbalik?”

“sebab kau yang JADI secret admirer, bukan kau ADA secret admirer.”

Nana senyum. “tak ape. Tak salah kalau berangan.”

Jaja tiba-tiba berkerut dahi. Dia dapat mengesan sesuatu. “Eh Na, lidah kau kenapa?”

“tak ada apa. Elok je.”

Jaja menolak laptopnya kedepan. Sila dari atas kerusi makan diturunkan. Cermin mata yang jatuh sedikit diangkat kebatang hidung. “eh kau biar betul ni Nana….”

“biar betul apenye?”

Jaja terdiam. Nana cakap apenye, bukan awatnya. Dia cakap ape, pe….

“lidah kau melecur eh?” Jaja bertanya lagi. Dia bercekak pinggang. Matanya betul-betul jatuh pada muka Nana yang sedang berbaring itu.

manede.”

Lagi sekali. Nana sebut manede….

“apa yang tak kena ni Sarah Syaza Shah Salihin?” Nana bertanya innocent.

Mata Jaja terbeliak. Nana sebut nama penuh. Nama penuh. Nama penuh dia yang jarang orang nak sebut sebab orang kata macam tongue twister.

Can you imagine an imaginary menagerie manager imagining managing an imaginary menagerie?

Satu kategori macam nak sebut nama penuh Jaja kan?

“Nana, kau sedar tak kau tengah cakap KL?”Jaja mengingatkannya.

Nana senyum lebar. “jadi?”

Ek eh… “jadi??? Apa masalah kau?”

Nana tayang sengih lagi. “aku nak tegur Syahid, jadi aku kenalah pandai cakap KL.”

Berkerut seribu dahi Jaja. Dia menolak kaki Nana kebawah sofa dan duduk disitu. “kenapa mesti macamtu pulak?”

saje.”

Euw. Nana cakap saje, jeeee….

“kau baik-baik, Na. Mana boleh tegur orang yang kita tak kenal. Bahaya.” Jaja membebel lagi.

“alah, takde apa la..”

“ehh.. aku ingatkan kau ni. Ish. Tak payahla Nana…. kita bukan kenal sangat pun dia macam mana..”

“Jaja” Nana memandang muka Jaja dengan serius. “sepanjang hidup kau, kau memang tak pernah bercakap dengan orang tak dikenali eh?”

Jaja berfikir sejenak. Rasa-rasa tak pernah… tapi haritu dengan Ad.. eh! Ad kata dia tak jatuh kategori stranger, maknanya.. “tak. Aku tak pernah bercakap dengan orang yang aku tak kenal.”

Nana mendengus nafas. Dia bangun untuk duduk setentang dengan Jaja. “Ja, kau dengar sini eh. Aku memang dah nekad nak tegur dia. Nekad.”

Jaja buat muka risau. “kalau dia tak layan macam mana.. kalau dia tu jahat, ajak kau buat tak elok macam mana… kalau dia tu..”

“eyyyy. Listen. Tu semua ‘kalau’. Sekarang dah takde ‘kalau-kalau’ dah. Sekarang tinggal bertindak, atau berdiri tegak tak buat apa-apa.” Nana memotong sebelum Jaja menghabiskan ayat.

“ish. Aku risau la Na…” Jaja mengecilkan matanya.

“nothing to be worried. Rileks sudaa.”

Jaja buat muka. Betul-betul gila la housemate aku sorang ni. Berani sangat. Dia bukan apa, takut kalau si Syahid yang bercakap mengalahkan anak dara tu buat Nana kecewa. Karang dia buat bo layan lepastu blah macam tu je.. tak ke naya? Nana dah la bukan main semangat lagi bernekad la hape la. Orang kata, jangan simpan angan-angan tinggi sangat, sebab nanti kalau jatuh sendiri sakit.

“come on la Jaja.. jadila supportive sikit..” Nana buat nada memujuk.

“eeh. Aku tak support benda-benda gini. Tak payahla Nana.”

“Ala Ja… aku dah susun ayat baik punya.”

Jaja diam. “hurm.”

“kau sokong aku kan?”

“hurm.” Malas.

“Jaja…Jaja…Jaja…Jaja…” Nana dah masuk nada merengek.

“Ya. Ya. Tapi kalau esok agak-agak nak frust menonggeng ke hape, call aku dulu. Boleh aku bersediap sedia beli tisu 10 dozen masa balik kerja.”

“Jaja!! Jahat!!”

Jaja berlalu dari sofa itu dengan sengih tak ikhlas. Orang pernah cakap, kalau sendiri buat sendiri tanggung. Tapi dia tahu ayat tu tak boleh diaplikasikan dengan Nana. Sebab kalau Nana happy dia kena tadah telinga, kalau Nana sedih dia kena tadah bahu. Jadi, kalau Nana buat sesuatu, mereka berdua kena sama-sama tanggung.

Jaja menggeleng-gelengkan kepala bila tengok Nana terbaring disofa sambil terkumat-kamit. Tu tengah practice la tu.

Tiba-tiba terdengar suara Nana melagukan lagu kumpulan Mocca itu lagi sekali. Adoi. Parah. Cepat-cepat dia mengemas laptop nak angkut kedalam bilik. Kita kalau berada satu tempat dengan orang tengah jiwa berbunga-bunga ni, tekak kita pun jadi berbunga-bunga sekali. Tak kuasa!

“Jaja, tidoq dah?” Nana perasan Jaja hendak melangkah masuk ke bilik.

“orang KL kata tidur, Nana. Bukan tidoq.”

Pap! Nana menepuk dahi sendiri. “alah, silap!”

****

Satu… dua….tiga….
Nana mencongak perlahan dalam hati.
Sepuluh!

Buk!!

Vid mengerutkan keningnya bila terasa bahunya dilanggar kuat. Aku langgar apa ni?

Seorang perempuan bert-shirt kuning air, pakaian seragam pekerja Vincci dah terjelepuk diatas lantai.

Vid menunduk memandang perempuan itu. Allah! Macam mana boleh tak nampak orang ni Vid? Vid menyentuh sedikit atas lengan baju perempuan itu. “maaf. Awak boleh bangun?”

Nana mengangguk perlahan. “boleh..boleh.” dia senyum sedikit.

Vid memandang perempuan tu dengan muka bersalah. “maaf, mungkin sebab ramai orang. Tak nampak. Tak sengaja.” Sampai terduduk anak orang aku buat. Bahu macam letak besi.

“tak apa..tak apa.. sikit je.” Nana mengibas-ngibas seluarnya. Gila buat scene depan crowd!

“betul ok?”

Takkkk. Sakit punggunggggggg!! “betul. Saya ok.”

“ok..” mata Vid melilau diatas lantai. Kelabunya view! Mana pulak tercampak specs aku ni..

“En.Syahid, nah.” Nana menghulurkan cermin mata berbingkai hitam pada Vid.

Vid menyambut huluran specs itu. err.. kejap.. “mana tahu nama saya?”

“tu.” Nana tunjuk pada tag pekerja Vid yang terkeluar sedikit dari poket kemeja ungu belang-belang itu. “anyway, saya Nana.”

“oh..” Vid menjawab sedikit. Specs diangkat nak disarungkan pada mata.

“saya pergi dulu. Assalamualaikum.” Nana terus berlalu.

Vid yang macam orang yang baru dapat penglihatan tercangak-cangak mencari perempuan yang berlalu tadi. Gila berdesup jalan! “waalaikumsalam..” dia menjawab salam seorang diri.

*****

Tangan Jaja pantas mengipas-ngipas surat khabar ditangan.

“Jaja… kipas aku kuat lagi Jaja… kipaskan aku..”Nana merengek-rengek disebelahnya. Dah macam hyperventilating dah gaya.

Nana menjulingkan matanya. Dah berejam aku mengipas kot, peluh tak kering-kering lagi ke? kipas siling dah berpusing nombor lima. Tingkap semua dah bukak luas. Mungkin system pengudaraan rumah ni kena baiki kot.

“Jaja… aku cakap dengan dia Ja… dia bercakap dengan aku…” Nana bercakap sambil mengipas diri sendiri dengan tangan kiri. Huh! Huh! Bernafas Nana, bernafas!

Jaja berhenti mengipas. Suratkhabar ditangan dihempuk kuat pada lengan kawan disebelah. Pappp!!!

Nana memandang dengan muka masam. “apa ni Ja? Sakit tau.”

“sudah-sudah laaaa tuuuuuu!”

Nana memeluk lengan Jaja. Tiba-tiba dia tersenyum macam nampak duit terbang atas siling. “Jaja…” dia berhenti sejenak. “aku bercakap dengan Syahid Ja!!!”

“tau. Dah ulang banyak kali dah.” Jaja nada malas.

Nana memegang dada sambil menelan liur. “aku.. aku macam.. macam… terpesona.. tergamam.. terkaku..”

“terjelepok!” Jaja menambah.

“alah! Terjelepok tu tak kira la!”

Jaja mencebikkan bibir. Tangan dia kembali menggerakkan surat khabar ditangan. Tolong mengipaskan anak dara gatal disebelahnya ni.

“Ja.. kau taktau Ja.. macam mana happynya aku tadi.. masa dia pandang dalam mata aku.. masa dia sentuh lengan baju aku… aku dah taknak pakai dah baju tu.”

“basuh pun tak payahla. Nanti finger print dia hilang.” Jaja cuba sarkastik.

Nana pandang Jaja serius. “betul tu. Aku taknak basuh.”

Automatic Jaja rasa ada burung terbang-terbang atas kepala dia. Pening aku dibuatnya!

“kau tau, masa dia mintak maaf, dia macam ikhlaaaaaaaaaasssssss sangat. Dia cakap maaf instead of ‘sorry’. Macam cool kan? Macam lelaki budiman gitu.”

Jaja berkerut dahi. Budiman? Perkataan kamus ke hape?

“walaupun benda yang takat beberapa saat tu, aku rasa aku macam jalan atas awan.”

Jaja pandang muka Nana yang bagaikan bulan mengambang. “seronok sangat ke?” bagi dia, cakap dengan Syahid macam tak ada apa pun.

“serrrrrrrronokkkkkk sangaaaaaat.” Nana memejam matanya seketika. “rasa macam, kalau kau bunuh aku sekarang pun aku tak kisah sebab aku dah dapat apa aku nak.”

“pahala dah berapa kati ni?”

Nana tersengih malu. “hehe. Aku hiperbola je laaa… janganlah serius sangat..”

“yelah. Sukahati je cakap pasal mati.”

“tapi kan Ja…” Nana melepek dilengan Jaja. “dia nampak comel masa nak carik specs dia.”

“nasib je tak pecah..”

“tula. Aku pun bajet langgar sikit-sikit je. Sekali dengan aku-aku sekali jatuh. Dia tu jalan memang laju la. Dahtu jalan tengok depan je.”

“aku dah kata dah, dia tu tak berapa mesra alam dengan orang.”

Nana senyum lagi. “tak apa. Cinta itu boleh berputik dimana-mana. Biarkan cinta aku mekar seperti..”

“lalat-lalat berterbangan?” Jaja cuba menyambung.

“potong la kau Jaja! Apa ke lalat?!” Nana menghempuk bantal kecil kemuka Jaja.

Hahaha. “habistu? Seperti apa?”

“seperti mawar-mawar kuning di pengelap cermin kereta.”

Hahaha. Mereka berdua tergelak kuat.

“aku ingat di taman bunga tadi.” Jaja bercakap dengan sisa-sisa gelak yang masih ada.

“kau rasa.. dia buat apa dengan 19 kuntum yellow roses aku tuh?” Nana memegang dagunya.

Mak ai. Dekat sebulan jugak si Nana ni buang duit beli yellow roses. “entah. Buang jela kot.”

Nana muka masam. “Jaja, boleh tak kadang-kadang kau jangan jujur sangat dengan aku? cubalah ikut rentak bahasa aku yang tengah bahagia ni.”

Jaja senyum lebar. “aku berasakan jejaka budiman itu akan menyimpan setiap kelopak kering itu disetiap helaian bahan telaahnya, dan biarkan haruman bunga itu segar didalam setiap lipatan ingatan. Biar hancur tangkai, berderai daun, hati yang tersenyum bukan kepalang itu tak akan mudah digalang-ganti.”

Nana melongo besar. “aku tak pernah tau pun kau pandai berbahasa.”

“tu lah kau taknak ambik tau.” Jaja sengih mengusik dan terus berlalu kedalam biliknya.

Nana yang tertinggal disofa agak terpinga-pinga. Rasa-rasanya aku yang tengah feeling sampai boleh berbahasa cantik berbunga-bunga.. tapi kenapa ayat Jaja pulak yang sedap didengar?

Biar hancur tangkai, berderai daun, hati yang tersenyum bukan kepalang itu tak akan mudah digalang-ganti.

Aiyok Nana…… Apa kemende tu?

Sunday, December 20, 2009

ADVIDHAQ [10]

Haq memandang muka tak bersalah baby dipangkuannya. Mata berkedip-kedip, tapi tak jugak tidur-tidur. Haq mengalih pandang pada Vid yang dok bercinta dengan remote tv sejak tadi. Asal iklan je, tukar. Bosan, tukar. Rosak tv rumah Aree ni, memang la Arel suruh dia ganti.

“Vid, macam mana nak suruh budak ni tidur?”

Vid memandang Adni diriba Haq. “suruh dia kira kambing.”

“tak ke-la-kar.” Haq senyum sinis.

Vid menggosok dagu. “biarlah dia taknak tidur.”

“aku rasa dia macam mengantuk la, tapi dia tahan mata.” Cewah, gaya cakap macam ada anak sepuluh.

“nyanyi la.”

“lagi lah tak ke-la-kar lang-sung.” Sepatah-sepatah Haq menyebut. Agak-agak suara macam pangil ribut ni dia nak lena ke? takkan punya.

Tiba-tiba Vid teringat sesuatu. “aku ada…” Vid biar ayatnya tak bersambung. Malu lah pulak nak bercerita. Simpan sorang jela.

“idea apa lagi kau ada?”

Vid menggeleng. “takde apelah.”

“ok, ni kelakar. Tak..tak.. aku bukan tengah sarkastik ni. tapi kau betul kelakar.”

“apahal pulak?”

“muka kau macam kita ni budak perempuan yang tengah nak mulakan pillow-talk. Takpun, macam kita ni surirumah, aku ada anak sorang, dan kau nak ajak aku bercerita dekat tepi pagar rumah.”

“taula kerja pakai imaginasi, tapi janganlah imaginasi melampau macamtu.” Vid dah rasa nak tergelak. Tapi memang betul dia gaya ala-ala nak buat pillow-talk pun tadi. Isk.

“haha. Ok, ok. Cepatlah bukak cerita. Macam best je. Biar aku jadi… arr.. ape eh nama aku. ha, pretend I’m Sally. Pilih nama perempuan kau cepat. Lepastu kita boleh tukar pyjamas dan buat pillow-talk.”

“Haq..” Vid mencerunkan matanya. “kau ada dua pilihan je. Nak tumbuk ke, terajang?”

Hahahahaha. Haq gelak besar. Seronok pulak rasa. “ok,ok. cepatlah cerita. Aku tak ejek.”

Vid senyap. Bukan betul sangat Haq ni. Karang aku kena bahan melawak je.

“alaaaaaaaaa… touching pulak! Apa ni… apa barang main cerita separuh-separuh..”

“ok, aku cerita, kau diam.” Vid meletakkan lengannya pada lengan sofa. “ada orang tinggalkan yellow rose dekat wiper kereta aku hari-hari dah nak dekat seminggu.”

“freaky…” Haq menganga.

“yes. Freaky people with the freaky rose for the whole freaky week.”

“freaky admirer..” Haq menambah.

“what a freaky word.. admirer.” Vid buat muka.

“freak out eh?”

“maunye tak.”

“tak carik siapa ke?”

Vid mencebik bibir. “perlu ke?”

“perlu laaaaaaaaaa. Apa ar kau.”

“macam menakutkan je.”

“menakutkan dari Diana Capang masa kat sekolah ke?” Haq rewind balik zaman sekolah.

“berganda-ganda.”

“freaky…. Yet interesting jugak. Kenapa yellow rose?”

“entah.”

Haq berkerut dahi. “kau suka yellow ke?”

“mintak jauh!”

“freaky gila..”

“eh, Adni dah tidur.” Vid memandang baby yang dah lena dipangkuan Haq.

“anak Aree suka word freaky rupanya. Senang je nak tidur.”

Haha. Vid tergelak. Cepat dia menahan suara dari meletus kuat. “freaky baby.”

Hahaha. Haq menyambut gelak. Mau Aree sumpah diorang tak boleh pegang baby dia sampai bila-bila kalau dia dengar Vid panggil anak dia macam tu.

*****

Aree menggerakkan badannya kedepan, merapati meja. “aku tak pernah tanya soalan ni. tapi harini aku rasa macam nak tanya.”

“macam menarik. Apa dia?” Rai mengangkat kening sambil bertanya.

Aree menarik sengih. “bukan dekat kau. Dekat diorang.” Matanya memerhati dua orang lelaki yang asyik buat hal sendiri diruang tamu.

Rai menurunkan lengan baju yang disinsing sampai atas siku tadi. Menolong Aree mengemas dapur lepas sesi makan malam yang memang super-sedap.

Aree mendahului langkah Rai. Dia dah duduk disofa kembar tiga didepan tv flat-screen.

“weh Aree, lengan aku dah lenguh.” Haq mengomel sambil pandang muka baby Adni yang lena dilengannya.

“eh, aku nak tanya la.” Aree buat muka excited.

“tanya jela.” Haq menjawab. Siap mintak kebenaran bagai, entah apa jenis soalan la ni.

“kau suka perempuan macam mana ha?”

Haq terasa beban Adni macam mendukung sehelai feather je, sebab beban soalan Aree dah ambil alih seluruh perhatiannya. Apa dia eh nak jawab?

Vid yang dari tadi asik menukar channel tv, kini memandang muka Haq tak lepas.

“aku suka….” Ayat Haq tergantung.

“Haq suka perempuan wangi.” Rai senyum mengusik.

“tak..tak.. manede!” Haq menafikan. “aku suka perempuan yang biasa-biasa je. Perempuan yang tak ‘wow’ dan tak ‘umph’ dan apa-apa yang boleh mengeluarkan bunyi-bunyi reaksi macam tu.”

“habis tu kau nak yang ‘uwek’ atau ‘ee yerk’ atau ‘euw’ ke?” Aree bertanya lagi.

“takdelah sampai macam tu. Cuma.. kalau boleh, takde bunyi langsung.” Haq menjawab telus.

“aku rasa macam dah lost track.” Vid menggaru kepala. “kau suka perempuan tak boleh bercakap ke?”

“jenis down-to-earth ke?” Rai pula meneka.

“bukan..bukan.” Haq menggeleng. “maksud aku, perempuan biasa. Perempuan yang kerja biasa, bawak kereta biasa, pakai baju biasa, yang hidup biasa-biasa. Tak lebih, tak kurang.”

“tak faham.” Rai mencelah. “kalau luar biasa bagi kau macam mana? Kerja jadi CEO dan bawak Audi? Macam tu ke?”

“tak jugak…” Haq senyum.

“eh. peningla aku.” Aree berkerut kening.

Haq menukar posisi. Adni dibawa ke lengan kiri pula. “kalau dia CEO sekalipun, tapi kalau dia tahu yang kerja dia tu biasa-biasa je, jadi, benda tu jadi biasa-biasa saja lah.”

Rai, Aree dan Vid tercengang. Okaayyy~ inikah kata-kata seorang lelaki yang nak menginjak 30 tahun? Kita tahu yang lelaki semakin tua semakin complicated, tapi Haq dah nak masuk kategori kata-kata penulis buku.

Haq sengih lagi. “muka serius habis.”

“jangan lah main-main! Betul-betul la!” Aree dan bengang.

“laaah. Siapa yang main-main.. aku cakap betul la ni. korang yang tak dapat pick-up. Lagipun, kenapa kau sibuk sangat nak tau hah? Nak jadi match-maker ke?”

“saja nak tahu… tak boleh?”

“nanti kalau aku dah jumpa, korang interview la perempuan tu sendiri. Mesti dia boleh terangkan panjang lebar ‘biasa-biasa’ tu macam mana.”

“alah! Nak tunggu lambat! Kau jela explain!” Rai mengasak.

“aku nak perempuan yang sedar diri yang dia tu biasa-biasa je. Biarlah dia ada Audi putih 3 bijik dekat rumah. Kau tahu, inner beauty tu yang penting.”

“apa tak sama ke dengan merendah diri?” Vid meneka lagi.

“tak sama kot. Orang rendah diri takkan tunjuk Audi dekat highway.” Aree menjawab.

“kalau perempuan bawak Audi dekat highway bukan macam berlagak ke?” Rai berkata lagi.

“takdelah berlagak kalau dah tu yang dia suka. Dia ada duit, dia boleh beli apa dia suka. Dia tahu cara nak puaskan diri dia sendiri. Bukan untuk orang lain. Confidence level mesti tinggi. Orang bawak Audi takkan nak tunduk kebawah bila berjalan. Betul tak?” Haq menerangkan.

“jadi kesimpulannya? Kau nak perempuan bawak Audi? Eh, aku dah blur sungguh. Bagi aku, perempuan bawak Audi bukan perempuan ‘biasa-biasa'. Gila hape. Audi.” Vid meletakkan kepalanya ke penghadang sofa.

“tak. Aku nak perempuan yang tahu diri dia tu biasa-biasa je. Aku rasa perempuan yang rasa diri dia hebat tu menggelabah gila.”

“yeke?”

“yelah. Berapa ramai yang kejar pangkat tinggi sebab minat dan bukan sebab duit? Berapa ramai yang nak pakai Audi untuk puaskan hati sendiri dan bukan sebab nak tunjuk kereta kau ada gelang bulat-bulat yang shiny gila? Aku nak perempuan yang boleh kejar apa yang dia nak, tapi dalam diri dia, dia tahu yang dia tu biasa-biasa saja.”

“ugh. Susah gila kriteria.” Rai mengeluh.

“nasib aku tak berhajat pun nak jadi match-maker. Kalau tak ceruk mana aku nak carik perempuan macam tu?” Aree pula mengomel.

“ada… mesti ada punya kat luar tu..” Haq menjawab penuh yakin.

“kalau ada pun entah satu dalam sejuta.” Vid berkata lagi.

“baik satu dalam sejuta dari takde langsung.” Haq menarik sengih lebar.

*****

Bilik mesyuarat yang penuh tu dah mula rasa berbahang. Dari satu idea, ke satu idea, semua tak lekat. Rai merenung didepannya. Beratur bermacam-macam presentation board. Belum masuk lagi entah video dan slide entah apa yang ditayang sejak tadi. Semua nak lobi idea masing-masing.

Rai tersedar dari omelan dalam hatinya bila melihat Mira berdiri mengambil tempat dihadapan.

“saya taknak buat isu bumper. Saya taknak extra pages. Saya taknak double-up setiap section.” Mira memulakan ideanya dengan beberapa perkataan ‘taknak’.

“tapi… saya nak buat dua isu untuk ulangtahun GAYA yang ketiga ini.”

Rai duduk tegak.

“kita buat dua dalam satu. Pembeli dapat dua isu dengan satu harga. Kan kita nak bagi bonus pada pembeli.. kan?”

“tapi kan dua isu tu sama je dengan buat isu bumper? Cuma bezanya ada dua.” Ada satu suara yang menyampuk.

Mira tarik senyum. “itulah bezanya.”

“ok,ok. jadi, cadangannya, isu tentang apa?”

“lelaki dan perempuan. Dua jantina, dua rupa berbeza. Dua isu.”

“tapi kita tak pernah buat isu untuk lelaki…”

Mira senyum lagi. “inilah masanya kita kena cuba.”

Rai senyum lebar. This is it.

Wednesday, December 9, 2009

untuk kamu yang mahukan Reza =)

“Reza..” Indah tercungap-cungap menarik nafas. Sebelah tangannya menahan dada. Menahan jantung dari melompat keluar, mungkin. “Reza..”

Masih berdiri didepannya. Bersandar pada dinding belakang. Mata Reza bukan pada dia, tapi memandang terus kedepan. Pandangan yang menembus semua manusia, semua kereta, semua bangunan.

Indah terdiam ketika itu. Terasa dadanya sakit. Sesak.

Reza masih begitu. Muka yang langsung tak beriak itu masih begitu walaupun beberapa minit berlalu.

Indah menahan sesak dalam dadanya. “Reza.. cakapla something Reza..”

Ketika itu, Indah hanya mampu berharap. Berharap yang Reza akan mengalih pandangan mata pada dia. Reza akan mengangkat lengannya dan meraup rambutnya yang halus mencecah leher itu kebelakang kepala. Dan, memandangnya dalam-dalam sambil menarik senyum. Walau sedikit, walau sepicing. Kemudian lelaki itu akan mengeluarkan suara paling tenang, paling nyaman. ‘I’m okey’. Cukuplah, dua perkataan tu pun cukuplah.

Tapi itu cuma apa yang dia harap.. yang sememangnya jauh dari apa yang ada dihadapan matanya sekarang.

“Reza..” Indah terasa sesak didalam dadanya dah naik hingga ke kelopak mata. Melepaskan rasa itu dengan air yang bertakung elok dalam mata. “Reza cakaplah!” dia dah mula mendesak.

Macam-macam benda tak logik berlegar-legar dalam kepala Indah. Macam mana kalau kejadian tadi buat saraf dalam kepala Reza snapped! Macam tu? boleh jadi tak yang kejutan tak terhingga boleh menyebabkan jantung seseorang tu berhenti berfungsi? Kemudian orang tu akan beku beberapa minit sebelum bum! jatuh ketanah? Possible tak manusia akan dapat strok tiba-tiba? Agak-agak mungkin terjadi kematian saraf, atau kematian organ? Yang boleh buat manusia tak dapat respon? Yang buat manusia tegak je bersandar? Yang boleh buat manusia tu tak bergerak selain daripada turun-naik dadanya menarik nafas?

Tolonglah…tolonglah jangan… tolonglah jangan sekarang…

“Reza…” suara merintih Indah kedengaran perlahan. Dia berdiri betul-betul dihadapan Reza. Memandang tepat pada muka yang tak beriak itu.

Hanya derap nafas dan kerdipan mata Reza yang buat Indah masih kuat berdiri diatas dua kakinya sekarang.

Dua saat..

Mulut Indah melopong besar bila Reza menggerakkan tengkuk. Akhirnya!

Reza menjatuhkan pandangannya. Indah yang bermuka pucat ditenung sayu. Sungguh… dia mengetap bibir.

“Reza.. say something..” Indah memandang tepat pada anak mata hitam dihadapannya. Tak berair, tak bersinar. Serasa mata tu dah tak hidup..

“if..” suara sedikit serak itu mula kedengaran. “and only if…”

Indah mengangguk.

“I could have you in my arms now.”

Saat itu juga air yang bertakung dalam mata Indah menitik ke bibirnya.

ADVIDHAQ [9]


+Aku dah sampai dah ni. Aku tunggu kau dekat Kino.

Jaja menutup handphone flipnya. Harini dah janji dengan Nana nak balik sama-sama. Baik dia memerap dekat kedai buku ni sementara menunggu Nana habis kerja.

“hey! You! Interviewer!”

Automatik Jaja melipat lehernya. Melihat orang yang menyergah tiba-tiba itu. oh!!

“hai.” Jaja menegur dengan nada awkward.

“hey… you look.. different.” Ad menjungkitkan keningnya.

“err..aah. kot.” Jaja meletakkan kembali buku ditangan pada rak dihadapannya. Tangan kanan mencekak pinggang dan tangan kiri menggaru dahi.

Ad masih senyum lebar. “saya kacau awak ke?”

“tak! Tak! Erm..tak.” Jaja menggenggam tangannya dibelakang badan. Cuba senyum dengan semanis mungkin.

Ad dah rasa nak tergelak. Kenapa dengan perempuan ni?

Jaja mengetap bibir. Ada apahal lagi yang mamat ni tak bergerak-gerak?

“ada buat salah ke?” Ad mengagak.

“who?”

“awaklah. Orang kata kalau gelisah semacam tu maknanya ada buat salah.” Ad senyum lagi. Lengannya ditongkat pada atas rak disebelahnya.

“siapa yang gelisah?” Jaja memeluk tubuhnya.

Ad tarik sengih. “right. Tak gelisah. Cuma shivering gila-gila.”

“ehem!” Jaja berdehem menahan getar. “air-cond.”

Yah right. Blame a thing is seriously a good reason. Ad melepaskan tawanya.

Jaja memandang tajam orang dihadapannya. Orang kiri-kanan dah menoleh. Cepat dia menyambar buku disebelah. Buk!!

“ouch.” Ad memegang dadanya yang dihempuk kasar.

“shut up!” Jaja menahan marah.

“alah, ni bukan library. Lantaklah.”

Jaja berasakan dia tak perlu lagi berdiri ditempatnya sekarang. Laju dia berjalan.

“hey, nak pergi mana?” Ad mengikutnya dari belakang.

“mana-mana!”

“awak memang selalu macam ni ke?”

“macam mana?” Jaja masih menjawab walaupun dia tak menoleh mengadap muka Ad dibelakang.

“lari daripada rasa bersalah.”

Jaja memberhentikan langkahnya dan pusing kebelakang. “I believe that you are not a psychic. Jadi, tolong jangan berangan yang awak tau pasal saya.”

“yes I’m not a psychic. Tapi budak umur 10 tahun pun boleh tahu there’s something not right here.”

“jadi?” Jaja betul-betul tak faham dengan lelaki dihadapannya. Kalau ye pun suka sangat bercakap, takkan macam ni sekali!

“saya cuma nak tolong. Salah ke?”

“awak cuma nak tolong ke, atau cuma saja nak ambik tahu?”

Hah! Ad melepaskan nafasnya. “at least I care.”

“about?”

“something that I should, I think I should, care.”

“do I look like I care about a thing that you care?”

“No. But I think this thing should be taken care of.”

Jaja menarik nafas panjang. “awak memang selalu ambil berat pasal seseorang yang awak tak kenal?”

“sometimes stranger is the best listener. Tapi awak tau nama saya, so, tak lah jatuh kategori stranger, kan?”

“so annoying.” Jaja rasa dia dah macam bukak teater free dekat lantai ground floor KLCC.

“come on laaaaa.” Ad masih tersengih. “try. Talk to me. Maybe awak akan suka bercakap dengan saya.”

“ok. ok. wanna know the truth? Saya memang gelisah bila bercakap dengan orang yang tak berapa kenal. So, saya memang takde masalah besar atau rasa bersalah menggunung. Settled?”

Ad merenung lama wajah Jaja dihadapannya. “bagus sebenarnya awak dah tak pakai cermin mata. Sebab saya boleh nampak reaksi dekat muka awak. You shivering and blushing and tangan awak tak tau nak letak kat mana bila awak menipu.”

Unbelievable! Jaja rasa dia beku di situ.

“so, tell me. Siapa mangsa penipuan awak yang buat awak rasa bersalah sangat. saya ke?”

Oh.. damn.

“nak cakap dekat mana? KFC? Dome?”

“Adha, awak memang dah takde kerja sangat ke?”

“saya masuk kerja esok petang.”

Loyar buruk. “Park.”

Ad tersenyum lebar macam esok-esok takde peluang nak senyum dah.

*****

Hahahaha. Bergema bunyi suara Ad gelak. Satu park KLCC tu boleh dengar rasanya. Nasib Ad tak buat aksi ketawa guling-guling. Kalau tak dah jadi Hindustan sebab sekarang diorang tengah duduk melepak dekat atas rumput hijau. Sumpah scene Hindi kalau Ad berguling.

“shut up.” Jaja memberi amaran dengan muka garang.

“serius eh? your friend punya idea memang tip top la. Tapi awak punya preparation siap dengan print borang..folder..tag..”

“tag tu bukan fake la.”

“memang team magazine la?”

“graphic designer.”

“wow.”

Jaja membetulkan tangan yang memeluk lututnya. “seriously eh, kenapa la Nana nak sangat dekat Syahid. Is he even romantic?”

“kenapa perempuan pilih lelaki romantic? apa yang perempuan pandang dengan perkataan romantik sebenarnya? Having candle light dinner..playing Careless Whisper with saxophone?”

Hahahaha. Jaja tergelak besar. “I’m not a big fan of George Michael. And saxophone is really extreme la. haha” gila la siap main saxophone. Tak pernah terbayang. Aksi romantic terlampau.

“dahtu? Bukan benda-benda macam tu ke perempuan kata romantik?” Ad memandang perempuan disebelahnya.

“entah. Tak boleh la pandang ‘perempuan’ tu secara general. Kena pandang pandang ‘perempuan’ tu secara individual. Setiap perempuan tak sama. So, definisi pun lain-lain lah.”

“ok. jadi secara individu, apa kata awak?”

Erm.. Jaja mengetap bibir. “tak tau.”

Hahaha. Lagi sekali Ad gelak besar. “tu la. kerja je. romantic pun tak tau apa benda.”

“hey! Look who’s talking. Orang yang gila dengan enjin kapalterbang and comics.. cakap orang, dia pun sama.”

“hey.. saya ada life la. normal human life. Bukan dengan plane and komik aje.”

Jaja sengih mengusik. “yeke… ada girlfriend? I bet you don’t.”

“at least I have someone I like.”

“reallllllllyyyyyyyyyyyyyy~ ah-hah. Gila percaya.” Jaja mendongakkan kepala ke langit. “siapa? Jean Grey? Lois Lane?”

“ni ada yang nak kena tolak masuk kolam ni…” Ad mengugut.

Haha.

“ingat saya ni apa? Cikai sangat ke? hey.. come on la….” Ad masih mempertahankan dirinya. Teringat majalah GAYA dekat atas meja sebelah katilnya. Tak bergerak dari situ dah nak dekat 3 minggu. AKSARA.

“so, tanya la dia. Bet she has a better answer.”

“takde cara nak tanya.”

Jaja menekup mulut. “a comic’s character lagi??????????”

“no..but.. err.. takpelah.”

Jaja tergelak kecil. Memang daripada tadi, dok berborak dengan Ad memang takde topic lain selain daripada DC comic dia… and X-MEN.

Ad pula merenung apa yang dihadapannya bagai nak tembus. Bila la nak jumpa orang yang disukai. Mungkin dia tengah jalan-jalan dekat KLCC ni jugak macam dia. who knows?

Teet!
Pantas Jaja membuka flip handphonenya. “sorry Ad. Nana dah tunggu tu.”

“ok. bubye.”

“nice to meet you, sky driver.”

“nice to know you, cheater.”

****

Ad dah siap dengan pakaian seragam putihnya. Cermin mata hitam diambil dimeja sebelah katil. Dia tengok jam ditangan kiri sekilas. Banyak masa lagi. Ramai yang bertanya kenapa tak tinggal dekat Sepang? Kan lagi dekat. Tapi dia punya alasan sendiri. Dia suka memandu jauh-jauh. Ambik mood dalam kereta kata orang. Pelik? Apa-apa jelah.

Dia terpandang GAYA yang berada diatas meja yang sama. Agak-agak keluaran baru dah ada kat kedai ke belum? Nak kena beli ke eh? segan la pulak. Cuba bayang kalau ada perempuan beli Men’s Health. Mesti dia pandang pelik punya la.

Takpelah. Nanti nak paksa Haq beli. Kalau haritu dia boleh beli, takkan sekarang tak boleh? Haha

Sudah-sudah. Nak pergi kerja ni. Jangan berangan. Kot-kot la orang yang disukai ada dalam flight harini. Nice journey, Adha.

Beg hitam terus diangkat keluar dari bilik.
 
Blog Template by Delicious Design Studio