♡assalamualaikum

currently updating First.

Monday, October 19, 2009

ADVIDHAQ [4]

“Vid!!” Haq menjerit suka.

Ugh! “assalamualaikum.” Tangan kiri Vid menjauhkan jarak handphone sementara tangan kanan membetulkan kedudukan spec.

“haha. Waalaikumsalam..” Haq sengih-sengih.

“hmm. Ada apa?” Vid menilik jam dipergelangan tangan. “office hour dah call aku.”

“aku dah dapat kerja kat KL!”

“ow. Alhamdulillah la.”

“yup, Alhamdulillah. Aku start kerja minggu depan. Aku excited ni.”

Vid dah pelik. “excited pasal apa?”

“err. Entah.”

“macam-macam la kau.Ad dah tau?”

“tak dapat call pun.driving kot.”

Vid tarik sengih. “drive apa? Jet ke airbus?”

“apa-apa jelah. Janji atas langit.”

“eh, office kau kat mana?”

“erm.. dalam surat ni kata..” Haq mengepit handphone dibahu. Surat yang berlipat tu dibuka. “ha! Mutiara Damansara.”

“ehh.. macam dekat dengan office Rai je?” Vid bercekak pinggang. Rasa-rasa macam betul..

“ye eh? oww.. bolehla aku ketuk Rai tiap kali lunch!” Haq dah niat jahat.

“ok lah. Congrats. Dapat projek baru nanti jangan lupa member-member. Dah dekat ni, kena hulur-hulur sikit.”

“ceh! Masuk kerja pun belum. Arr.. ok ar Vid. Pergila sambung buat kerja kau.”

“orait. Assalamualaikum.”

“waalaikumsalam.”

*****

Haq mengangkat beg troli besar. Baju dah lencun dengan peluh. Gaya macam satu kampung yang pindah. Padahal orang bujang aje.

Dia memasukkan semua barang-barang yang diangkat dari bawah kedalam bilik kedua.

“hai. Takkan angkat barang sikit dah penat?” Ad mengusik dari pintu biliknya.

“kau diam. Taknak tolong banyak bunyi pulak!” Haq merengus geram. Padahal masa mula-mula dulu kemain sakan Ad pujuk dia duduk sama-sama.

“Haq, duduk dengan aku la.” Ad buat muka kesian.

“duduk dengan aku lagi best. Ad bukan selalu ada kat rumah.” Vid pula cuba menjual.

“aku selalu takde kat rumah la lagi best. nanti kau boleh rileks sorang-sorang.” Ad menjeling Vid disebelah.

“tak..tak. mana best layan movie dengan bola sorang-sorang? Tak meriah langsung.” Vid melawan.

“eh.. untung kau tinggal dengan aku, Haq. Tak ke sikit punya bangga jadi housemate Adha Arshavin?”

Ceh!! Haq dengan Vid dah rasa nak termuntah. Adha Arshavin konon!

“hmm.” Haq baru nak bersuara. “aku tinggal dengan Ad la kot, sebab Ampang jauh sangat la Vid.” Haq mengecikkan mata pada Vid. Dia rasa berat hati jugak nak cakap, karang ada yang terasa hati pulak. Tapi ikut senang dia, memang apartment Ad la. Kelana Jaya pergi Damansara berapa minit je pun.

“hmm. Takpelah kalau macam tu. susah jugak nanti kau nak pergi kerja.” Vid baru terfikir. Kalau Haq nak redah highway DUKE pun makan masa banyak jugak.

Ad tarik sengih lebar sambil menghulur tangannya pada Haq. “welcome my new housemate. I’m Adha Arshavin. And you?”

“Zahirul Haq Henry.”

“ceh!!!!!!!!!!!!!!!!!!” kuat Ad mengejek. Nak jugak!

“aku? taknak tanya nama aku?” Vid bertanya serius.

“siapa?”

“Cristiano Syahid Ronaldo.”

“yek!!!!!!!!!!! Lembik!!!!!!!!!!!!!!!”galak Ad dan Haq mentertawakan Vid.

“janji best player~” Vid mempertahankan diri.

Haq tersengih sendiri bila teringat kembali kejadian 2 hari lepas.

“ha! tu tersengih-sengih pandang kotak tu apahal? Angau kat siapa?” Ad ambil kesempatan mengusik. Pelik jugak tengok Haq macam ni..

“takde apa.”

“ada barang awek kasi ke dalam tu?”

“ha! ni dia barang awek aku kasi!” Haq mengeluarkan safety helmet berwarna putih dari dalam kotak itu. Banyakla dia punya awek!

****

Haq duduk disofa berwarna cream itu. dimeja kaca sebelah, tersusun majalah GAYA keluaran lepas-lepas.

“Assalamualaikum.” Rai senyum penuh manis didepan Haq. Dengan top Tom Abang Saufi dan wide-leg jeans, Rai nampak macam orang yang biasa kita tengok dalam iklan aje. Cuma orang dalam iklan tak pakai selendang yang cantik terletak macam Rai pakai atas kepala.

“waalaikumsalam. Fuyoh. Mantap office kau.” Haq sengih-sengih sambil tengok sekeliling.

“jom. masuk office aku jom.”

Haq kerut dahi. “ehh.. kata nak belanja lunch. Takkan ajak minum kopi je?”

“ala. Aku dah order lunch la. ingat aku sengkek sangat?”

“tapi kenapa kena dalam office?”

Tap! Tap! Tap!
Bunyi hentakan tumit kasut bergema kuat mendekati telinga. Haq toleh kearah pintu kaca. Oh…

“Puan Rai nak jumpa saya?”

Semerbak bau perfume menusuk hidung. Bau macam harum bunga campur wood. Something yang sincere but mysterious, innocent yet captivating. Dan.. itu bau apa pulak eh? Haq cuba menajamkan deria baunya. Macam bau berry.. strawberry? Blueberry? Datang dari mana? Oh.. dari juntaian halus-ikal yang jatuh dari bahu orang yang berdiri disebelahnya.

Ah sudah!

Payah ni Haq! Makan gaji dekat kaunter fragrance pulak ke sekarang?

“hey! Haq! Haq!” Rai menegur.

Ceh! “aaar.. ye?” Haq buat muka budak baik.

“jom? sorry la. aku busy sikit la harini. Next time aku janji belanja kau makan luar.kita makan nasi kandar penuh-penuh pinggan.”

Dan bau itu menghilang.. sikit-sikit… dan lesap.

“okey ke tak ni?” Rai dah bercekak pinggang. Haq ni memang nak kena! Buat aku macam cakap dengan dinding pulak!

“arr.. yeye.. aku okey.. aku okey..”

Haq termalu dengan diri sendiri. Apa kau buat ni Haq?

“Haq! Kenapa kau lain macam je ni? lost apahal?” Rai bertanya curious bila mereka dah duduk dipejabatnya.

“oh.. takde.. perempuan tadi..”

“perempuan tadi?”

“aah..”fikiran Haq masih menerawang.

“perempuan yang mana?”

“yang tadi tu la..”

“yela. Dalam office aku ni, dari tingkat bawah sampai atas, majority perempuan. Yang mana satu?”

“yang.. wangi..”

“kau ni la! manede orang dalam bangunan ni bau busuk! Nak kena warn dengan aku la tu.” Rai kerut dahi. Pantang, memang pantang kalau orang bau tak berapa best. Sebagai peneraju majalah fesyen, rasanya tak patut langsung orang yang bekerja kat sini tak pakai perfume.

“tak.. betul..”

“apa yang tak? Apa yang betul ni Haq?”

“innocent..yet captivating.”

Anak mata Rai terkena renungan tajam anak mata Haq didepannya. Mata yang penuh tanda tanya.

“ada bau macam orange blossom and sandalwood?” Rai cuba meneka.

“ha?” asing betul ayat tu dari pendengaran Haq. “mana aku tau.”

“seduction?”

Haq mengangguk kecil. “reveals the seductress within..” tapi muka dia macam, macam pernah tengok…

Rai senyum lebar. “Pure poison. She’s Mira.”senang sangat nak teka. Mira seorang yang pakai perfume tu.

“who?”

“GAYA punya stylist slash writer.”

“GAYA?” apa punya nama ni?

“ugh! Aku punya magazine la. nah ambik satu. Segar dari kilang ni. Bulan ni punya edition.” Rai meletakkan senaskhah majalah berwarna-warni didepan Haq.

“magazine baru ke ni?”

“dah nak dekat 3 tahun cik abang oi~”

Haq menyelak helaian majalah didepannya. Iklan. Iklan lagi. Iklan lagi dan lagi. Ha. baru jumpa mukasurat.

SIDANG PENGARANG

Dia membaca kebawah. Pengarang, Raihana Hamzah. Bla..bla..bla… ha! Penulis, Mira Khairudin.

“Mira Khairudin…”

Rai sengih-sengih sambil menongkat dagu didepan Haq. “hai, minat ke?”

Haq mencebik bibir. Dia menutup majalah itu kasar dan campak dikerusi sebelah. “aku tak minat perempuan high maintenance.”

“jangan cakap… nanti yang tak suka tu la yang dapat..” Rai sengih mengusik lagi.

“mintak simpang!”

“hahaha. Dah. Makan jom. baca doa cepat.” Rai cepat-cepat menarik polisterinnya dari dalam plastic.

Haq menadah tangan dan mengetuai doa. Mira Khairudin. Ah! apa-apa jelah!

14 comments:

MaSin said...

ngee~~hakhak..
suke2..
ilang bosan ku menghadap nota..
thanks cucuratap..

Cik Myoko said...

~~everyday tunggu story~~

Anonymous said...

=D...ego plak si haq ni...
mesti jatuh cinta ni nanti ek...hehehe

-Mrs.Jojie

Anonymous said...

amboi hilma..awal komen...x bg gene expression ke...haha...
best la cucuratap..nk lagi..best sgt..hehe

-aniza-

aisyah said...

mmg timing baikk n3 ni...
baru tgh tension2 psl asgmt...
hohoho...haq nk googoo ngan mira ekk??

keSENGALan teserlah.. said...

haha..
suda terpikat kah??

nurull addin said...

thank akk..
cpt3 sambung yerk..
nanti dah blk umah x dpt nk baca dah..
sedih siot..
=(

Anonymous said...

haha x tahan masing perasan nama ada kaitan dgn footballers hebat2. haha xD
haq terus x jd nak bg mira rasa running shoes adidas eh? :P

Bulanhijau said...

waaaaaaaaaaaaaaaaaa~

haq ske kat mira??
comei je...

*gud luck

fazliana said...

lwk r d0rank
nih!!!!huhuhu
besh!

su_hana said...

haq ske mira :)
thanks cik cucur..

Anonymous said...

punya la aku tggu citer baru..
at last ade gak..huhu..
haq ego la plak..
jgn ckp beso haq..
satgi jatuh cinta tergolek2 bru tau..
hahaha..smbung gi ek cucur~ ^_^

-che na-

miss nina said...

mira oh mira
haq dah jatuh hati la :)

yg lain2 lak.. bila nak jatuh hati :)
:P

Unknown said...

ngeh2..sy sengih srg kt koridor ni..hehehe...thnx cucuratap..x sabo tggu smbungan baru..=)

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio