♡assalamualaikum

currently updating First.

Friday, October 9, 2009

ADVIDHAQ [3]

“Gosh! Jaja!!!!!!!!!!!!!” Nana tergesa-gesa memanggil kawannya. Baru cucuh kunci dekat pintu dah menjerit sakan.

“Ja!!!” lagi sekali Nana menjerit bila tengok Jaja rilek je mengadap astro. Cepat-cepat melabuhkan punggung disebelah Jaja.

“hmm?” selamba. Endah tak endah.

Nana tarik sengik sampai telinga. “hang nak tau dak..haghi ni.. dia pakai kemeja belang-belang colour biru-putih. Ngeeee~”

Jaja sibuk menekan-nekan remote. Apsal bila petang je cerita bosan? Channel ditukar lagi.
Nana memandang muka Jaja disebelah. “hoi! Ja!”

“hmm?”

“dengaq ka dak ni?”

“dengar… dengar.. harini mamat tu pakai baju pink..”

Pap!!! Sedap beg sandangnya menampar bahu Jaja. “Biru-putih la Ja..”

“owh..ha.. sorry..sorry.. biru-putih. Aku dengar tadi.. lupa..”

Apela Jaja ni. orang tengah excited nak naik ke siling dah ni, dia buat tatau je.

Jaja rasa bersalah. Ala, bukan taknak layan la. Tapi hari-hari Nana cerita benda yang sama. Mamat tu pakai baju apa. Agak-agak satu almari mamat tu Nana dah hafal kot. Tapi kalau tak layan kesian la pulak kat housemate kesayangan ni..

“hmm, lepastu? Harini dia makan apa?” saja Jaja nak tarik perhatian. Dah tau dah Nana mesti usha mamat tu masa lunch.

Nana membetulkan letak punggungnya. Sengih tak henti. “haghini dia pi makan Burger King!”

“kenapa aku rasa dia macam selalu makan fast food?” Jaja kerut dahi.

Nana sengih lagi. “it’s good!”

Ek? “weh, bukan makan fast food tak elok ke?”

Nana geleng-geleng laju. “lelaki suka makan fast food maknanya dia bujang lagi.”

Jaja rasa nak hantuk dahi kedinding. Sampai ke situ dia fikir?

“huish.. dengan spec mata dia tu.. segak!” fikiran Nana menerawang lagi.

“kau ni, over la.”

“hang tak pernah tengok dia hang taktau..”

“yelah.. tapi kau tu aggressive sangat. Takut aku.”

Nana masih senyum-senyum. kata-kata Jaja dibiarkan berlalu.

“eh, ni aku nak tanya. Sampai bila kau nak jadi salesgirl?” Jaja menyoal selamba.

“ala.. sabaq la.”

“sabar..sabar! ada ke jadi salesgirl dekat Vincci tu semata-semata nak usha orang?”

“aku tau.. tapi la ni, hang kena sabaq dulu. hang tengok ja apa aku buat.”

“apa kau nak buat?”

“aku ingat, aku nak tegoq dia..”

“gila!!! Tak kenal nak tegur buat hape!” Jaja rasa nak melompat kebawah sofa.

“hang ni slow betoi la. tak kenai tu la yang nak kena tegoq.” Nana tiba-tiba meluruskan sandarnya. Kepalanya memandang depan. “assalamualaikum, nama saya Nana. nama chek? Eh silap! Nama awak?”

Jaja menggeleng kepala. siap practice bagai. “tu je ke?”

“awat? Tak ok ka? Hang ghasa kena bagitau apa lagi? Nombor ic ka?” Nana bercekak pinggang.

“tak. Nombor surat beranak!!”

Pap! Sedap Nana membaling kusyen kecil pada Jaja. “hang jangan nak main-main Jaja!”

Haha. “ha… yelah..yelah.. tambah sikit lagi. Bagitau, nombor plat kereta.hahaha.”

“loq-laq betoi hang ni. benci aku.”

Hahahaha. Makin panjang gelak Jaja.

“eh. ni aku nak mintak tolong sikit. Nak buat research.”

Research? Jaja kerut dahi. “apahal? Nak sambung belajar ke?”

“dak la!! ni, carik kat aku pasai Star Wars. Ala, hak yang penting-penting ja.”

Ni lagi pelik. Tak pernah-pernah minat Star Wars. Tengok muka Yoda pun dia geli, macam katak puru dia kata.

“aku nampak dekat kegheta dia ada sticker Star Wars.”

Uhuk! Uhuk! Tersedak!! “kau ikut dia sampai parking lot?”

“eh.. dak..dak.. tak sengaja.” Nana senyum-senyum lagi.

Haih. Pening kepala dengan perempuan agresif macam Nana ni.

“lepaih tu.. hurm, ni lagu sapa? La..lala.laa…la..” Nana melagukan suatu rentak.

“oh. Tu lagu Parachute va.”

“oh ya ka? Tak kisah la parachute ka.. payung terjun ka.. tapi hang tolong download lagu tu kat aku na? kalau bulih apa suma lagu group tu pun hang tolongla carikkan sekali.”

“hmm, tengoklah.”

“kalau nanti ringtone aku sama dengan dia, mesti dia suka kan?”

Ya Allah… Jaja meraup mukanya. Dah tak sanggup nak fikir apa lagi kawan dia ni nak buat.

****
Tap..tap..tap..

Kuat bunyi bagaikan tap dancing itu bergema didalam bilik. Jari-jari runcing laju menghentak huruf-huruf diatas keypad.

2009 itu zaman apa?
Seringkali kita menyalahkan ‘zaman’ berdas-das seperti muntah peluru apabila disoal tentang cara hidup. Cara hidup itu sosial, cara hidup itu keluarga, cara hidup itu juga cinta.


‘zaman dah berubah’.
‘zaman sudah makin maju.’
‘ini bukan zaman tok kaduk.’

Muntahlah kalau kau mampu muntah. Tapi ini memang kenyataan yang nyata memualkan.
Aku memberi contoh paling dekat. Bukan orang paling dekat, tetapi situasi yang dekat dengan hati, dekat dengan fikiran. Supaya senang kau berfikir dan membandingkan.
Apabila seorang perempuan terkejar-kejar kesana-kemari semata-mata untuk melihat orang yang bikin mencairkan hati. Apa yang kau akan kata padanya?
‘oh! baguslah! Aku suka kau buat begitu!’
Begitukah?
Kalau betul itu ayat yang kau keluarkan dari mulut, kau memang mengikut arus permodenan. Ataupun sangkaan aku yang kedua, kau BOHONG.
Kalau kau kata begini pula,
‘kau gilakah? Perigi mencari timba!’
Aku terasa mahu menghamburkan gelak. Hey, tengok perigi pun mungkin kau tak pernah, mengapa mahu membangkitkan peribahasa lapuk itu?
Aku dalam situasi tengah-tengah. Mungkin kerana Allah memberi kelebihan otak aku ini boleh berfikir bercabang-cabang. Mari aku kongsikan apa yang bersesak-sesak dalam fikiranku sekarang :

Satu
Apa salah kalau perempuan bertindak? Kan perempuan juga manusia. Perempuan juga ada keinginan. Kalau dah kaum yang satu itu lembab mengalahkan kekura, mahu kau tercongok sehingga Perdana Menteri bertukar 14 kali? Wahai rakyat Malaysia, tak kisahla kalau kau masih berkain batik dan bercucuk tanam di tanah batas sebelah rumah, minda itu perlu dikembangkan. Bukalah sedikit ruang untuk perubahan disebabkan kemajuan. Ruang sedikit itu mungkin berbaloi untuk kau, untuk aku, untuk semua. Sedikit, bukan seluruh. Sedikit, bukan semua. Sedikit dan bertapis.

Dua
Aku memerhati perempuan melayu itu sangat indah. Lembut tuturnya, suci pemikirannya, sopan perlakuannya. Aku sukakan itu. Aku sangat sukakan nilai-nilai itu. Kalau nilai gadainya boleh menanggung aku pusing satu dunia pun, aku takkan sanggup serahkannya. Orang perempuan itu patutnya pemalu, segan untuk berlebih-lebihan, takkan berani melawan mata dengan sang lelaki. Aku tersenyum-senyum kala ini. Teringat akan gadis-gadis dalam tayangan hitam-putih filem zaman 50-60an. Tertunduk-tunduk bagaikan mau mencium tanah jika pemuda siap bersamping songket menegur dengan beberapa patah kata. Ahh.. alangkah baik kalau sekarang juga begitu, kerana sekarang lelaki pula yang berlari lintang-pukang tidak cukup tanah kalau perempuan ingin berkenalan. Mungkin kerana lelaki sekarang sudah pandai. Yalah, zaman dahulu mana ada perempuan high maintenance!

Pertimbangkanlah. Aku cuma menulis, bukan pembuat keputusan. Kau pilih mana kau suka. Pendapat aku sudah lontarkan. Kalau kau pilih alasan satu aku tak kisah, kalau kau pilih dua pun aku tak marah.
Aku harap kau bijak, kerana kita berkongsi kaum. Aku juga perempuan wahai sekalian. Seekor kerbau membawa lumpur, semua terpalit.
Kau jangan mengejek aku kerana aku guna peribahasa lapuk ini. Aku pernah tengok perigi, bukan macam kau. Bukan kau, tapi kau yang lain.


Dia memicit batang hidung. Mengadap komputer riba buat matanya pedih. Silau cermin matanya dah bertambah kot.

Komputer riba dilipat. Silanya diturunkan dari kerusi. Tidurlah. Penat perah otak lagi penat dari lari 100 meter tau. email esok jelah.

zZzZz....~

17 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

uuuuuu..
heroin untuk siapakah??
siapakah yang menaip nieh???
jaja or nana??
macam jaja jee...

Bulanhijau said...

weeeeeeeeeeeeee~

even pendek,
still best gler..!!

spe la ek Nana ngan Jaja ni???

Anonymous said...

interesting la bab pendapat tu..
buat kte jd pikir..
cmne cara pikir kite..
tol ke cara kte pikir tu..
pendapat da diberi..
buat la keputusan~ ^_^

-che na-

aqilah said...

part nana cite kat jaja tu funny, tapi bila tiba part "takzirah" tu, akak kurang........faham. tapi apapun, akak follow.................

MaY_LiN said...

huhuhu..
gerek seh..
[~_~]

misz nana said...

that article sangat terkesan kat hati..
huhu~

pinat said...

waa..suke ar statement yg ditulis tu...heheh~

Fatin Cullen. said...

wooo~~ nak lgi!~

mardya ramlee said...

suke2 stetmen tu...menjana pemikiran!
kalo kte xckp,
mana laki tu tau kte ske...
tp kna tau limit laa...
adab sopan kn jaga

Anonymous said...

besttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt

in_wired88 said...

i like ayat yang jaja tu tulis..

Anonymous said...

aku mmg stuju sgt dgn cucur..statement tu mmg betoi..dulu2 mak ayah yg tolong cr jodoh,skrg sndiri cari..so,cara pn kenala brubah..xslh pn pompuan yg start dl dr laki..

sayebace said...

ohho..aku pon konpius nie.jaja or nana heroin dlm cite nie.ke dua2..da ada haq ngan vid kn.nana nie farhana ek.teman sepermainan vid mase kecil dulu.ehee..

ble aku bace artikel tu cm rase tgh bace blog zahiril adzim(blakon dlm merah putih kot n ghost)..hehe.. tp versi pompuan kot..cik cucur..nk lagi..lame da tunggu

eiDnuT said...

errr...best tuh konpem dah....tpi aduhh22 cek nih org utara gak,,,bnyak error la bila kuaq sleng kedah tuh,,,...contoh eh ada c nana ckap ala, hak yang penting2 ja..bukan hak lew tapi org utara salu sbut hat..laen kn bunyik nyer??

NnabilahR said...

bestnye ! ;DDD

su_hana said...

mesti jaja la yg menaip ni,,coz td awl2 da ckp dia yg berada d tgh2,, ngee :) suke, suke,, cpt sambung cik cucur :D

Anonymous said...

cheq tu saya la
tapi ala2 manja

eg: nama cheq nana... nama hempa @ hg @ ni nama apa?

ni saja aku baca balik had lama2 punya

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio