♡assalamualaikum

currently updating First.

Friday, September 4, 2009

istana 12

Itu cerita sebulan lalu….

Sekarang, bila dia dah rela hati nak berkahwin, kekasih hati pulak menghilangkan diri..

Awal! Yep!

Pantas jarinya mendail nombor telefon Awal.

“hello?”

“Awal…” tak bermaya sungguh suara Ikram.

“ha, kau. Kenapa?” Awal membetul-betulkan Bluetooth ditelinga. Sebelah tangan kejap mengawal stering.

“kau ada jumpa Ana eh haritu?”

Pfffh!! Hahahahaha. Terhambur gelak Awal. “Ikram.. kau punya Ana tu, aku kasi approve!”

“approve kepala kau la!! apa kau dah buat?”

Awal menahan saki baki ketawa. “aku try test dia sikit..”

Ikram dah rasa nak hentak dahi ketiang. Adoiiiiiiiiiii~ “apa kau cakap?”

“ala.. sikit je..”

“sikit je! sikit je!” Ikram menahan marah. Perangai sepupu dia ni entah bila nak matang ntah!

“ala.. jangan la berasap sangat!”

Ikram menekan dahi. “apa kau dah cakap?”

“erm… aku cakap.. kau bukan nak kat dia pun.. alah Ikram, aku saje nak bakar je, tengok dia tu betul baik ke tidak..”

Ini bukan nak hentak dahi ke tiang lagi dah ni, ni rasa nak hantuk kepala 15 kali ke dinding konkrit! Ikram memejam matanya. Ya Allah Awalludin… apa kau dah buat ni…

“eh Ikram, apahal senyap? Kenapa? Kenapa?”

“to make it worse Yang Mulia Raja Awalludin, she saw me on Kanda Sarah’s lap that day!!”

“owwwwwwww myyyyy..”

“God!!” Ikram menyambung kata.

Awal telan air liur. “kau explain la dekat dia..”

“aah. Explain dekat operator Celcom or dinding kuarters? Which one?”

Awal meraup mukanya. Pantas dia memberhentikan kereta dibahu jalan. Ini kes serius ni. mau Ikram mengamuk berapi-api kalau aku ada depan mata dia sekarang. “macam mana pulak Kanda Sarah kau boleh ada kat sana?”

“itulah… aku accident kecik masa on the way nak pergi office tu. airbag pulak tak function, kepala terhentak kat stering. Aku punyala pening kepala.. macam nak tercabut urat! Kau tau jela Kanda Sarah tu.. dia punya concern lebih sampai jaga aku kat office.”

“tak check hospital pulak?”

“ala benda kecik. Nanti panjang cerita.”

Hmm. Awal berfikir lagi. “takkan Ana tak nampak Kanda Sarah tu punya elok pakai tudung? Takkan dia boleh assume tu girl kau kot?”

“dah kau yang bakar-bakar dia before tu!! kalau tak, mesti dia tak buat assumption macam tu.”

Awal menongkat lengannya pada sisi tingkap kereta. “hmm. Dahtu? Macam mana ni?”

Ikram senyum sinis. Dia yang mula buat masalah, dia yang tanya aku macam mana. “kau fix balik problem yang kau buat.”

“apa aku pulak!!!” Awal terkejut. “aku niat baik apa~”

“aaaaaaaa.. takde. Takde.”

Awal dah serabut. Nak buat macam mana pun? Aku bukan reti. Buat masalah, mengelat masalah ye aku pakar. Nak solve masalah sendiri tak pernah lepas..

“Awal? Dengar tak? Kau tolong aku carik Ana. Aku tak kira.”

Humph. Awal menarik nafas berat. Terpaksa la kau Awal.. padan muka. Cerdik sangat nak uji orang. “gimme her contacts.”

Ikram tersandar lega.

*****

Awal menimbang-nimbang handphone ditangan. Sah Ana tukar nombor!

Dia scroll down contacts di skrin handphonenya. Lagi satu nombor yang Ikram kasi. Wawa. Bestfriend Ana.yang ada dengan dia masa hari mengendap Ikram haritu la kot. Try je la.

Tuuuut..tuuuuuut..

“assalamualaikum.”

Wawa menelek skrin handphonenya. Suara macho siapa pulak dah? Dia angkat kembali handphone ditelinga. “waalaikumsalam. Siapa ni?”

“Awal.”

“who?”

“YM Raja Awalludin. Ingat?”terpaksa. nama penuh aku kasi.

Wawa mengangguk-angguk. “aaaaa.. that one. Yang berlagak, riak, takbur sangat anak raja tu. ingat-ingat. Ada apa ni?”

Mak ai. Pedasss! Takpe, perli-perli tu taruk tepi dulu. “ni.. saya nak cakap pasal Ikram dengan Ana ni..”

Again. Wawa tarik muka malas.

“dengar dulu.. saya nak mintak maaf. Memang saya tipu je haritu.”

Buntang mata Wawa. Tak guna punya anak raja! Ni rasa nak explode ni! “hey!!!!!!!!!”

“ye..ye… nak explain la ni.. jangan marah dulu..” Awal garu kepala. perempuan, kalau mengamuk tak nyempat-nyempat.

Sabar, Wawa. Sabar. Tenang… tarik nafas… hembusss.. “let’s hear it now.”

Fuh! Awal mula bercerita. Jangan kata satu isi penting, satu isi tambahan pun dia tak tertinggal. Ayat alasan Ikram pun, dia sampaikan sebijik-sebijik. Dengan ton suara paling rileks dia menjelaskan.

Expression muka Wawa memang tak boleh blah. Dari muka macam naga nak menyembur api, sekarang dah macam naga kena simbah ais. Pipi sejuk… tangan sejuk.. mata dah berair. Ya Allah Ana… macam mana kau sekarang ni????

“so, Wawa, boleh tak bagitau Ana kat mana? Nak kena pujuk Ana ni..”

Huh. “Ana dekat u dia…tapi… Ana tak sesenang tu… dia keras, tak boleh dipujuk.”

Haih. Masalah. “ok..ok.. kalau macam tu, agak-agak, berapa lama dia nak merajuk? Seminggu? Sebulan?”

Wawa mengetap bibir. “setahun?”

Awal rasa nak terhempas handphone ke lantai. “Wawa, please.. talk to her..”

Wawa menggeleng. “Ana dah taknak dengar pasal Ikram.. lagipun..”

“lagipun?”

“saya fly weekend ni.”

Awal menundukkan kepalanya. Merenung jubin lantai. “setahun, huh?”

Wawa mengangguk walau dia tau Awal takkan nampak. Dia pun nak hubungan Ana dan Ikram baik kembali, tapi, apa yang dia boleh buat? Ana dah reject terus nama Ikram keluar dari mulut siapa-siapa. Tiba-tiba dia teringat sesuatu, “tapi ikram kena kahwin lagi 5 bulan kan???”

Yaaaa.. rite… nenda! “takpe-takpe. Tu setel kemudian.”

“oh..ok.” lega rasa dengar ayat tu.

“thanks Wawa. Nanti saya contact lagi. Keep my number. Nanti pass your mobile number kat sana. Where ah?”

“Kent.”

Awal mengangguk. “orait. Assalamualaikum. Thanks again.”

“waalaikumsalam. So welcome.”

****

“nenda..”

“nenda tak suka syarat nenda dipertikai. Kenapa Awalludin?”

Muka nenda tegang. Nak taknak, dia kena berdepan.

“Ikram dah jumpa pasangannya. Cuma masa je.. lewat 6 bulan dari jangkamasa nenda..”

“dia perlu pegang pada janjinya. Nenda tak rasa jangkamasa itu perlu diubah.”

Masalah…masalah kau Awalludin..

“tapi nenda, Ikram dah jumpa pasangan hidup dia. kekasih. Dia dah belajar cara berkasih sayang..”

“jadi? Apa perlunya bertangguh?”

Macam mana aku nak explain? Awal dah buntu.

“nenda, berilah sikit ruang untuk Ikram. Dia..”

“apa sebenarnya Awalludin? Kamu yang tak boleh nak pegang takhta, bukan? Kamu mahu Ikram tunduk pada arahan nenda, bukan? Sampai mereka cerita dia dah jumpa kekasih?”

Pulak dah… terpesong jauh!

Awal terdiam, lama. Memikir-mikir. Menimbang baik dan buruk sebelum dia berkata. Terlajak perahu boleh diundur..

Dia nekad.

“saya ambil takhta tu. buatlah pertabalan dalam masa 5 bulan. Lepaskan syarat Ikram, dan kaki saya takkan melangkah keluar negeri dalam tempoh masa tu.”

42 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

waaaaaaa..
da agk da..
sah awal nk test..
tp kan mende da jdik terok..
now,,si awal lak berkorban..
huhu..
ikram,,crik ana cpt..
pujok smpai dye cair..
huhu..smbung2..

saadiah~~ said...

waaa..best2

Anonymous said...

huhuh..best...sambung lagi...huuhu gaduh pulak dah...uhuhh comeyy...

zasyah said...

huhu..cian lak kat YM awalludin..
tp da wat salah kn, mesti r kena setel sendiri.....lg cian kat ikram, x dapat jumpa buah hati...

Daz Dianza said...

waa!! baiknye awal 2.terbayang awal ashaari lak weee~~

Miss Kira said...

hehehe.. biar awal ngan wawa la.. hehehe.. cute gak..

iyads said...

gempaknya..
hurm..tp cm sngkt je..
heheheheh..
cpe eh n3 br..
hehehehe..thnx..
chaiyok3x!!

Orkid Edyliyne said...

apa punya masalahlah Awal ni...
lawak je...
kesian Ana...

Anonymous said...

WAHHHHH SYIOK2..
SY SUKA SGT CTER NIE..
HEHEHE SNYUM SORG2 BCE
CPT SMBUNG CIK ATAP...
HEHEH
ANGEL_PINK

Bulanhijau said...

oh my~

tbe2 rs kesian pulak dekat awal.
sanggup ambil takhta tu sebab nak selamatkan ikram.

Anonymous said...

0hoo
pe la Yang Mulia Raja Awalludin uh!
kn da jadik klam kabut k'adaan
aha
takpe.takpe
seb bek gk dye snggup btulkn k'adaan

tp?
kn kne jadik Putera Mahkota.
elok2 da ley ngelatt
pe daa~

aiy0oo
pnjng lak ckp
btw, nak lagii~
XDD

onarness~~~me~~~ said...

~~~waa....awal nih, nk kna smack down skali nih...cian ana-ikrsm..huhuhuhu
cik penulis..lagi:D

-Ain-Dak In- said...

walawei awal....
gentleman duh..
aish...
ku sudah jatuh cinta sama awal...
lalalalala~~~

mAdA said...

ikram...cool je..nnt mst ana trima smula..
ish, awal ni mmg x mtang btul..huhu..tp cm sweet plak awal ni

miss nina said...

owh awal..ngade2 tahap gaban la kamu ni!
kan dah kena denda :)

ana sayangkan ikram kan? ikram pergilah berjuang skit.. hero mesti menang :)

miz.nZz said...

ikram tue beetulll baaaaekkkkk laaaaa.......... klu kte dah ketuk dah pale si awal tue..... bikin haru biru suasana jew....
cik cucuratap nak lagi.... n panjang lagi...
boleh ek... hehehee

Unknown said...

sokong Ana!
sebab Ikram bnyk sgt berahsia....
terlalu berahsia tak bagus

Anonymous said...

alaa kesian ikram. adoi cepat la pujuk ana tu
awal mcm ngam je dgn wawa. haha :P
suka part yg awal kata dia akan amek takhta tu :D

anis said...

anis rasa lah kan the end dia
awal+ana
wawa+ikram
itu andaian anis jelah
x tahu korang setuju ke x?
tapi mmg best lah..

i-R-a eddie said...

besh3!!
cpt la carik cik ana tuhh..
heee..
awal ngn wawa??
oke jugekkk!!
haha :p
next?!

Anonymous said...

hhahahah.
suka awal la plak..........
bezzzzzzzzzzbezzzzzzzzzz....
ikram pun baik jek...
ikram cam syang sangat kat ana.
nak lg....

aku bukan sape2 said...

alahai...comeinya diorg ni..so sweet...ikram n awal baik punye...hehe...nak lagi...:)~

LiNa said...

kan xpsl2 dh jadi teruk..
betul ke awal sanggup trima syarat nenda dia?
sambung lagi yer..

aqilah said...

awal......awal..... takdak penyakit carik penyakit. kan keadaan dah kacau bilau. lepas tu, ikram tak jd naik takhta lak! ni yg den tak gomar ni

nursya said...

ala cian kat ana ngn ikram...
ikram cpat pujuk ana...
hanya ikram jer yg blh cairkan ati ana...
huhuhu...

MaY_LiN said...

alololo~
ana!!
awal ni nak kena ketuk pale ni..

misz nana said...

laaa.. Awal nak test uji cuba Ana je rupanya..
cisss.. daku tertipu..
gila lama merajuk..
setahun? uhhhhh~
Ikram, g pujuk si Ana tu..
fight for ur love!

yana lebly said...

waaa...besh2..
kesian ikram..
npe la si awal ni ske test2?
adoi...kn da pning..
huhuhu...
ms.cucuratap,,smbung la lgik ye..
sronok bce istana ni smbil wat assgmnt..
heheh...

Unknown said...

ouwwhhh

Anonymous said...

dats gud awal..
bertanggungjawab..
giler hebat r awal..
yg ikram pn aritu dok tegagap2..
kn ana da lari..
cpt cr blik..xkire..huhu
wawa da ade bf ke?
kalo xde leh r kenen2 ngn awal..
kalo da ade awal pas kt aku je..hahahahaha~
^_^

-che na-

Sha said...

ooookeeeyyy sje nk test..
seb bekk...p agk2 la kn nk test..
aiyoo wut keadn jdik lg worse la..
xpasl2..cian ana..cian ikram gk..

at last,awal mik gk takhta 2..=)
smbg lg cucur..mkin besh nih

alin said...

adoiiyaiiiiiii...awl ni nk kne blasah agaknyerrrrrrr...wat sume tonggang terbalik..huhuhuhu
iqrammm...cpt pujuk anna...
nk wawa + awal..
spe sokong sayeeee
ngeh3

umi kalsom said...

cucur...
sgt best...:D

khairunisya said...

salam...jgn la marah awal...hu...awal cool la...

pembaca setia said...

mak oi.. lama nya tak comment kat sini
line kene blok huhuhu..

tahniah sesgt.. lagi lama lagi menarik.. teruskan usha ..
mcm mane agaknya awal ngan ikram nak memujuk ye
sambung lagi ..

ha-ra said...

sengal btol la awal nie...
ak igt kan watak jhat mne la...
hehehhee
da matang ye??nk takhta...hhehehe

skyahaya said...

isk...hbat tol awal...sian ikram..huhu..xpe2..keep going ikram n cucuratap!

Jasmine fyzrien said...

upload epsod aru plezzz!!..huhu byk2 pon tapeeee ;D

sYaFaRiNa said...

sweet nyer ikram....

I ♥ U Bakery House said...

uwaaaa
aq pon tbyg awal ashari..
huhuhuhu
besh3..
=D

Anonymous said...

huhuhu bila nak smbg nih??
ari2 bukak blog tau...

airina said...

Tahniah :)
Cerita yang menarik dan comel sekali

Ps: Sudah direview di blog :)

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio