♡assalamualaikum

currently updating First.

Thursday, September 3, 2009

istana 11



Sebulan sebelum itu….

“assalamualaikum.”

Awal senyum lebar mendengar suara itu. “waalaikumsalam. Ikrammmmmmmmmmm!!!”

Ikram menjauhkan handphone sekaki dari telinganya. “pecah telinga la woi!”

“haha. Sorry. Sorry. Happy over react.”

“kau kat mana ni?” Ikram bertanya. Soalan penting ni, sebab Awal memang tak pernah stay satu tempat lama-lama.

“dekat aje…”

“dekat tu mana?”

“Mauritius. Scuba.”

“tak cukup-cukup dekat darat kau nak snap gambar eh?”

“nak test lens baru ni..”

Ikram geleng kepala. Berapa banyak jenis kamera, lens, flash yang Awal ada pun dia taktau. Satu dslr tu je dah makan ribu-ribu.

“apahal call?” Awal bertanya pelik.

“kau dapat titah nenda tak?”

Awal berfikir sekejap. “oww.. dapat je.”

“so, bila balik?”

“esok, kot..”

“kot..kot.. kau jangan sampai nenda hantar jet dia kat tengah laut sana ambik kau.”

“aiseh. Kau ni memang satu geng dengan nenda la..”

“just nak remind kau je. nenda dah ada kat istana hinggap.”

“KL?” Awal ternganga. Ni betul serius punya meeting ni.

“aah. Macam beriya betul nak jumpa kita. Baik kau balik cepat. Jangan la nak buat perangai kali ni..” Ikram dah sedia maklum. Awal ni otak dia panjang aje nak mengelat. Awal memang tak pernah suka benda yang ada sangkut-paut dengan Istana ni. tak sedar diri yang ayahanda dia baru je ditabal jadi Sultan.

“hmm..”

“balik weh, jangan tak balik. Perangai macam budak-budak.” Ikram mengejek.

“kau la, skema!”

****

Suasana serius. Awal dan Ikram memang tak tau hujung pangkal cerita yang nenda boleh tiba-tiba semangat nak jumpa diorang.

“Nenda cuma ada Awalludin dan Ikram sahaja cucunda lelaki. Yang boleh memegang takhta, mewarisi semuanya.”

Awal memandang Ikram disebelah. Ok, intro yang tak sedap langsung didengar.

“pertabalan Putera Mahkota masih belum dibuat.”

Awal telan air liur.

“takhta itu memang milik Awalludin. Tapi nenda tak gemar kamu tak lekat didalam Negara.”

Senyap. Bila nenda bercakap, memang takkan, tak boleh nak menyelit. Tu memang taktau adat namanya.

“nenda bagi Awalludin masa 6 bulan, tinggal dalam negeri.”

Aduh! Rasa macam batu bertan-tan menghempap atas kepala!

Ikram menyembunyikan senyum sinis disebalik tangannya. Memang padan muka la Awal.. tak dapat dah nak ngelat pasni..

“tapi jika kamu gagal, takhta itu nenda berikan kepada Ikram.”

Zap!! Ikram tersentak!

“namun, bukan semudah itu. Ikram, kamu perlu belajar berkasih sayang dengan manusia. Bukan dengan syarikat dan perniagaan sahaja siang malam.”

Ah… sudah…

“syarat untuk kamu, berkahwinlah dengan perempuan baik-baik. Juga dalam masa 6 bulan.”

What the???????????????????

“Putera Mahkota itu bukan digalas pada nama sahaja. Nenda mahu kamu sedar akan tanggungjawab yang jatuh ke bahu kamu bila masa pertabalan itu dibuat. Nenda tak akan serahkan tugas ini pada orang yang tidak bersungguh.”

Ikram dan Awal sama-sama resah.

“berbincanglah kamu. Fikirkan kebajikan negeri, bukan diri sendiri.”

Ayat penutup yang sama menyentap seperti ayat intro.

****

“Ikram.. kau kena tolong aku..”

“apahal pulak?” Ikram sedikit melenting. “eh Wal, ni memang tanggungjawab kau tau! Ini memang takhta kau. Takde kena mengena dengan aku. supposed, kau dah sedar benda ni masa ayahanda kau ditabal hari tu!”

Awal dah rasa berpinar. Putera Mahkota?? “Ikram.. kau tau aku macam mana kan.. kau sendiri dengar tadi, nenda tak kisah nak bagi takhta tu tak ikut susur galur. Memang la sepatutnya aku, tapi aku tak boleh..”

“boleh kalau kau sedar diri! Cukup-cukup la tu.. stay sini, buat kerja kau.”

“apa yang kau expect aku kena buat? Gantung dslr aku kat dinding? Tanam lens aku tu dalam tanah?”

“habis tu? aku, kau tak fikir?”

“kau memang patut dah settle down dengan hidup kau.. kahwin bukan susah..”

“aah, iye. Yang kau tu, bukan dah patut settle down dengan photography kau tu?”

“Ikram.. tu hidup aku..”

“kahwin pun hidup aku jugak, Awal..”

Humph. Awal meraup mukanya kasar. “tak boleh ke kau tolong aku sikit..”

“ini bukan sikit, Wal. Ni bukan zaman budak-budak lagi yang aku selalu cover kau bila kau salah. ini bukan acara kecik yang aku boleh cover kau bila kau menghilang tak balik Negara sendiri.” Ikram mengingatkan Awal yang memang selama ni banyak bergantung padanya.

“tapi aku memang tak mampu. Aku memang tak capable nak pegang benda ni. kau tak ingat nenda cakap pasal kebajikan negeri? Kau nak aku handle semua tu ke, Ikram?”

“kau boleh belajar..”

“kau tanya diri kau sendiri, dari kecik, siapa yang selalu jadi leader?”

“kau tak cuba mana nak tau..”

“kalau kau nak aku jugak, maknanya kau memperjudikan hidup rakyat.. kau sedar tak tu, Ikram?”

Ikram terdiam. Serba salah. kalau dia cakap taknak, maknanya dia beri tanggungjawab itu pada orang yang tak mampu. Kalau dia kata ye? Hidup dia yang jadi taruhan. Kahwin. Memang tak terlintas langsung!

“tolongla Ikram.. 6 bulan untuk aku stay kat sini memang susah. Aku tak boleh nak biar kerja-kerja aku terbengkalai macam tu je kat luar sana. Aku dah plan elok semua journey aku. kau tau kan, aku nak capture the whole world? Kau dah dapat impian kau dengan international corp tu, aku nak jugak macam tu..”

“tapi kahwin bukan benda main-main weh..”

“kau ada 6 bulan.. jodoh tu boleh dicarik. Lagi-lagi dengan title kau, memang tak berat langsung..” Awal sengih lebar. Mengusik.

“kau ni gila la. kahwin tu sekali seumur hidup je, tau?”

“aku tau, aku tau. Tapi aku confident, kau boleh jumpa jodoh kau. Kau baik.. tinggal skill mengurat tu je nak kena asah sikit.”

Ikram menumbuk bahu Awal disebelah.

Haha. Awal tergelak. Tapi memang betul pun, Ikram mengejar international corp dia tu sampai social life dia jadi zero. Memang part tu dia setuju dengan nenda, Ikram kena belajar berkasih-sayang dengan manusia.

“Ikram, tolong aku?” Awal bertanya dengan penuh berharap.

Humph. Berat untuk dia menjawab. “aku tak janji.”

Masa itu juga Awal menarik Ikram dalam pelukannya. “aku tau kau baik. Thanks.”

30 comments:

Anonymous said...

cik cucur, best2.smbung lg..tp nape awal ckp cm2 kat ana?..ape awal nk ana pk pasal ikram sbnarnye?..xsabar nk tau..heh

misz nana said...

lagiiiiiii~
ketamakan berlaku di situ.. uhhh

Mimi Nurisya said...

confius2...dorang baik jek..nape lak awal nk kaco ikram ngan ana...
ish2...confius2...

saadiah~~ said...

nk tau sape yg pompuan yg ikram baring tuh..huhuhu..

cik Aswar said...

wuuuuu
mmg sangat nak tau
cepat sambung cik cucur
x sabooo dah neh :D

Sha said...

besh2..xsbr nk tau ksh slnjtnye..
cucur,cpt2 smbg eyh =)

.:: Suhaidah Tan ::. said...

best2....tak sabar sieh nak tunggu next n3

Unknown said...

yay! ada n3 baru..skenye..hehhe..mlompat bke lappy time kwn ckp istana dh ada n3 baru..uish..suspen tol..apekah niat awal sbnrnye? die nk tahta 2 ke?nape buat ana g2? ish..geram!

**cik cucur..smbung lg..heheheh

Anonymous said...

best2....x saba nak tunggu strs nyer....

Unknown said...

haila2..plik2 sgguh raja awal dn akhir nih..thnx 4 the n3..

Che Sue said...

awal dah kena da ngan nenda...so nampak gaya ikram yg mungkin jd mangsa awal...

tu la dulu awal ckp kat ana cam tuh..! kan da kena...

best nie! sambung!!

yana lebly said...

mau lgi n3 bru lgi....
weee~~~~~
best2..
smbung ye..chaiyok!!
^_^

Anonymous said...

plizzzzzzzzzzzz.......
cpt2 smbg!!!!
(-_-)

Nu_Rull said...

betul2.. mesti ade sbbkn satu2 bende nk jd.. hehheh

bez2.. cepat2 smbung..

Shima Awang said...

hehehehe..cept sambung erk..hehehehe..best n kelakar..dah lama x comment cite kt sini..nie br nk comment blk..teruskan..

miss nina said...

awal dgn ikram memang close kan? tapi bila jadi camni, mulalah rasa pelik.
ada hidden agenda ke?

hopefully, ikram betul2 in love with ana..bencilah dia buat camni kat ana.

ana fly ke mana cik cucur?
hehehe.. lari takkan selesaikan masalah cik ana :)

sya said...

btol 2...saye pun nak tny soklan same tu..huhu..neway..thanx for the speedy entries!

Anonymous said...

tu la apasal dgn awal
nape dia nk rosakkan hgbn ikram dgn ana
x kan la ikram kaki pompuan....
smbg lg yer cik cucur...

best citer ni,
pnjg lg ke crta ni?

Anonymous said...

awal saje nak test ana je kot
tp jgn la awal sangkut kat ana plak ;)

Anonymous said...

hmm...suruh tlg p mhancurkn..pelik tol awal ni..haish..sambung2..

sayebace said...

aahla weh..smbung2..siapekah yg duduk dipangkuan ikram?apekah motif awal yg sebenarnye???adoila..cepat weh sambung..xsabo nk tau..hehe..cpt weh..cpt..huwaa!!
nway,slmt menunaikan puase dan tarawih..ehee

keSENGALan teserlah.. said...

then..
ape motif awal ckp gtuh kat ana?
nk tgk ana nieh orng yg cmne.?
pentingkan harta ke x?
cmtuh..?
awal ade berkomplot ngn ikram ke??
then,,spe lak pompuan yg ikram baring kat peha tuh?
adoiyyyhh,,persoalan..kalah novel bukit kepong skola nieh..isk2..
smbng2..

sugar2 kapas strawberry said...

i'm waiting for next post..ngeeeeeeeeee =)

aqi` akirah said...

emm.. mmg menjd tnda tny laaaa\o\
gaye awal cam nk sabotaj jekk..
tp nengok ep neh lak dah wat konpius2..
xpham nehh... haa..cpat2 la post n3 br ekk..mmg xsaba nak tau nehh

laaaa~

Farah Shamsudin said...

wahh..
prasaan ingin tau amat m'buak-buak..
hak3..
kak!!smbung cpat2 nyer~

Bulanhijau said...

uuuuuuuuuuuu~

then,
why si awal tu macam nak buruk2 kan ikram??
he jealous with him ke??

sungguh curious ni.

aqilah said...

masih lagi tertanya2, kenapa awal burukkan ikram kat wawa???? ada udang sebalik mee ke???

Anonymous said...

hush
bdebar3 tgkai pnafasan akuh
adoi np lae awal kta cm tu
cpt3 smbg

MaY_LiN said...

aduh~
peni..
nak kena ni

sYaFaRiNa said...

adesh, sian dkt love...
nk pgil dia love jgk...
huhuhu awal ni mcm nk kenakn ikram jer...

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio