♡assalamualaikum

currently updating First.

Wednesday, September 2, 2009

istana 10

Jeff memandang muka kakaknya yang sebal. Tapi tangannya masih cekap mengemas baju.

“kak..” perlahan Jeff menegur.

“hmm.”

“kak…”

“apa dia!”

Uish. Garang.

“kak..akak rasa hati akak tenang ke nak balik u macam ni?”

Tangan Ana terhenti dari bergerak. Dia berfikir sejenak. “entah.”

“pergi jumpa dia la kak..”Jeff memujuk.

“taknaklah. Buang masa je.”

“akak ni la.. suka telan apa orang cakap. Pergi la jumpa dia dulu. kalau betul, then, go. Kalau salah, ha.. akak jugak yang untung.”

“entahla. Aku dah malas nak fikir.”

“janganla camni… sempat lagi nak pergi jumpa dia..”

Ana memandang jam dinding dibiliknya. Pukul 11 malam. Barang semua dah siap-siap kemas. Tinggal beg kecik je lagi. Esok pagi mesti ada ruang masa.

“sempat ke?” Ana bertanya sambil berkerut dahi pada Jeff disebelah.

“lari kejap je.”

“kau teman?”

Jeff tarik sengih. “ye.. Jeff teman.”

****

Jeff dan Ana masuk ke ruang pejabat Ikram. Meja Kak Maya kosong. Entah mana dia pergi. Dipandang sekeliling, sunyi. Bilik tamu dengan pintu berkaca tu pun kosong takde orang.

Ana pandang pada bilik Ikram dengan pintu kayu legap itu. entah dia ada ke tak kat dalam?

Ana memandang muka Jeff. “macam mana ni? secretary dia takde.”

“masuk je la. tak boleh ke?”

“entah. Boleh ke?”

Jeff mendengus. Akak aku ni la.. orang tanya dia, dia tanya kita balik!

“masuk je la jom.” Jeff dah memusing tombol bilik Ikram.

…..
…..
…..
…..

Rasa terdengar angin menderu masuk ke dalam telinga.

Selain itu, tak ada apa.

Hanya mata yang menyapa.

Ikram.

Ye, Ikram. Ikram yang sedang berbaring diatas peha perempuan entah sapa-sapa.

Perempuan itu siapa, Ana dah tak peduli. Dan Ikram itu siapa padanya sekarang pun, dia dah taknak ambik kisah.

“Ana!!!” kelam-kabut Ikram bangun dari sofa hitam itu.

Ana masik tegak dimuka pintu itu macam statue.

Jeff dibelakangnya terdiam. Ini surprise yang bukan sikit.

“Ana..Ana..please..” Ikram dah menghampiri Ana.

“stop!” tiba-tiba Ana bersuara. Suara yang masih bernada rileks.

“Ana..love..please..”

“jangan bergerak dari situ.” Pantas Ana memotong ayat Ikram.

“Ana dengar dulu..”

“takpe, takpayah.”

“Ana, saya tak..”

“saya tau saya lurus bendul. Saya tau, saya cepat percaya orang. Salah saya, saya terlalu baik dengan awak.”

“Ana jangan..”

“saya sedar saya siapa. Dari awal sepatutnya saya sedar diri. Yang Mulia macam awak takkan nak meminang saya? Kan?”

“love, please..”

“saya mengaku saya yang bodoh. Tapi, awak kena ingat Ikram. Yang Mulia tu sikit tak beri kesan pada saya. Mata saya tengok awak macam saya tengok lelaki biasa.”

“saya..”

“awak jangan nak riak dengan keturunan awak. Awak ingat saya takde title ‘raja’ awak boleh buat saya sukahati macam mainan?”

“tak..saya..”

“darah dalam badan awak tu merah jugak macam saya. Sedar sikit, Ikram. Awak tu manusia sama je macam saya.”

“Ana tolongla..”

“awak rasa kelakar ke, Ikram? Kelakar ke awak menghina saya macam ni?”

“tapi..”

“terima kasih. Memories saya tak boleh nak pulangkan. Tapi ipod touch awak..” Ana menyeluk tote bagnya. “..nah. ambik balik harta awak.”

Ana terus berpaling untuk keluar dari bilik itu. Jeff menahan pintu untuk kakaknya.

“Ana..” Ikram mendekati pintu.

“back. Off.” Satu-satu Jeff bertutur. Amaran.

Jeff menghentam pintu itu kuat.

Ikram berdiri kaku dihadapan pintu yang tertutup itu.

****

“hello, Wawa?”

Tuttt..tutttt…

Ikram menhentak meja didepannya. Damn! Semua taknak angkat telefon apahal?

Ana dah 2 minggu hilang berita. Dia tunggu dekat bawah kuarters Ana dari siang ke malam pun, muka Ana tak muncul-muncul.

Bila terserempak dengan Jeff pulak, memang haram Jeff nak paling muka. Lagikan nak berhenti dengar alasan dia yang berjela-jela.

Ana… where are you, love?

Duh~ dia dah jadi macam orang tak betul. Setiap masa dia menekan punat telefon macam nak terburai dah handphone tu.

Tuttt..tutttt…

Pak!

“Wawa jangan letak dulu..” pantas Ikram bersuara sebelum orang sebelah sana mematikan talian.

Humph. Wawa mendengus malas. Menyampah pun ada. Dah mainkan orang, buat apa nak dicarik lagi?

“Wawa, listen ok. sekejap je.”

Wawa menahan diri dari menekan punat merah. Loya tekak rasanya dengar suara Yang Mulia Buaya Jadian ni.

“Wawa.. tolong saya. Saya kena jumpa Ana. Tolong bagitau saya.. mana Ana.”

“apa gunanya?” Wawa menjawab kasar.

“saya bukan orang macam tu. saya kena explain dekat dia.”

“aaaaaaaaa.. tak payah. Tak payah. Buat dia sakit kepala je nanti.”

“tolongla Wawa.. kenapa dia boleh tiba-tiba macam ni?”

“sendiri buat, sendiri lagi mau tanya..”

“apa salahnya kalau dia dengar dulu apa saya nak cakap..”

“takpe. Takpe. Buang air liur dengan buang tenaga awak je. kitorang dah tau dari awal-awal lagi. Thanks to your cousin anyway.”

Cousin??? Ikram dah tak faham. “cousin apa ni?”

“Yang Mulia Awalludin. Dah tak kenal?”

Owwwwwwwwww damn!




*ini post yang ke 101. =) thx

24 comments:

saya_arief said...

sy ade member name awaluddin..

Anonymous said...

cik cucur, smbung lagi..sape Yang Mulia Awalludin 2 sbnrnye?..xsabar nak tau..

huah said...

hehehe...besh2..
but...btl ke yg mulia 2 camtu..
mst x kn..
pape pn mmg besh gler r cite nih..
xsbr nk tngu next n3...

Anonymous said...

hoho..apekah yg sbnr nye terjadi??
ble nk explen nih??
sape pompuan tuh??
sure awalludin tu dengki nye org..
cpt smbung~ ^_^

-che na-

Farah Shamsudin said...

ho~
lol..
kak..best2!!
smbung lgi kak!!
hu~

Daz Dianza said...

sangat best.cpt sambung.ape jd? cousin ikram 2 jahat ke? aduss..

Anonymous said...

waaa....

best2....

nk lagi....

zasyah said...

huhu....:(
nape lah jadik cm gitu..
ana terlalu percaya kat org...
yang mulia awalludin tuh musuh ke?

*zasyah*

Anonymous said...

alamak! konflik dh timbul dh.. lalalala~ nk lg! hihihi


*kejora*

cikin said...

huhuhuu.. cepatla ikram cr ana.. huhuhu...

Anonymous said...

erk..pasal jadik canme yek..
sian ana..ikram..
ke aku yg kompius nie..
hehe...jgn mare cik atap yea..

-ieja-

.:me insan biasa:. said...

makin best...
sambung lg..
minta2 ana n ikram gak..
fuhh..

Sha said...

haa??ikram brg atas peha spe 2??
musykil2..
smbg2..=)cpt2 tau

.:: Suhaidah Tan ::. said...

sapa Awalludin ni lupa lah,,,
apa2 pun smbung k best2

LiNa said...

makin bestla..
sapa si awaludin tue..
sambung lagi yer..

keSENGALan teserlah.. said...

fulamakkkk..
hape suda jadikk..?
hailoh2...
susa2..
parah2..
smbung2..

Anonymous said...

betul ke awal tu cousin ikram?
& sape perempuan yg dlm office ikram tu?
sambung (:

Che Sue said...

aper motif ikram's cousin tuh?

sian kat ana...nampak gaya ikram macam ada agenda yg tersirat jer..

best2! smbg lagi....

MaY_LiN said...

acu..
peminat ana nak pakat reramai
nak hentam anak raja tu..
sapa yang kena..
ikram ke awalludin..
huh..

anis said...

uih best2
tapi kan batul ke ikram tu btl2 sukakn ana??
anis rasa awalludin tu ada udang disebalik mee ni
nak lgi best.

aqilah said...

adakah ikram benar2 tak bersalah? ni yg syok ni. aksi kejar mengejar/ pujuk memujuk. hehehhe....................... nak lagi............................

misz nana said...

apa sebenarnya yg berlaku??
cik cucur, sila sambungggg~

Unknown said...

sakit hatinye rasa....

Bulanhijau said...

ish ish..

sungguh2 curious.
ikram baring atas lap spe tu??

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio