♡assalamualaikum

currently updating First.

Thursday, September 24, 2009

ADVIDHAQ [1]

“Assalamualaikum!!!!!!!!!!” cepat-cepat Ad menanggalkan kasut putih dikaki. “Cik Jah!!!!!!!!!!”

“Makcik Jah!!!!!!!!!!!!!!!!!” suara Haq pula lantang menjerit dibelakang Ad. Tet!! Alarm kereta dibunyikan.

Cik Jah yang baru meletakkan magkuk hidang ayam goreng diatas meja lekas-lekas memandang kearah pintu yang terbuka luas. Macam kenal je suara yang melalak tu? aish! Bertuah budak-budak ni!

Pantas Cik Jah menyinsing kain baju kurungnya dan berlari ke muka pintu.

“Cik Jah!!!!!!!!!!!!” Haq dan Ad beradu suara. Bergegar tiang rumah.

“Zarul!!! Adha!! Masuk-masuk! Adha tu dah bukak kasut tapi berdiri jugak kat pintu tu kenapa?” Cik Jah bercekak pinggang memandang mereka berdua.

“tu mengada-ngada nak mak iring dari pintu ke meja makan la tu..” ada suara perlahan yang menyampuk dari dalam rumah.

“Vid dengki dengan kita weh.” Ad menyiku Haq.

“mentang-mentang Cik Jah sayang kita lebih.” Haq menjawab selamba.

Cik Jah geleng kepala. Daripada zaman sekolah, anak dia dah bertambah 2 orang. Anak segera orang kata. Tapi bila dah besar-besar ni, muka sorang-sorang payah sungguh nak nampak. “takpelah.. semua Cik Jah sayang. Meh masuk meh. Zarul berdiri belah kanan Cik Jah, Ad belah kiri Cik Jah. Meh Cik Jah iring ke meja makan ye~”

Vid yang sedang meneguk sirap limau rasa nak tersedak. Buat geli tekak aku tengahari raya ni.

Ad dan Haq ketawa meriah. Ala, saje nak manja-manja. Cik Jah ni semua diorang buat dia layankan aje.

“mangkuk ayun! Elok salam dengan mak aku lepastu terus membaham! Aku taknak salam ke?” Vid menyergah Ad dan Haq yang elok tengah menyelongkar balang kuih.

“salam kau dapat apa?” Ad menjawab.

Vid geleng kepala. dah berkurun jadi member, kalau kecik hati pun buang karan je.

“Zarul, lama tak cuti? Sempat jugak datang sini.” Cik Jah dah menarik kerusi dihadapan Haq.

“mestila datang Cik.. dalam banyak-banyak orang, Cik Jah je yang panggil saya Zarul. Mana nak dapek?”

“nama kamu canggih sangat la.”

“ala.. lagipun Banting bukan jauh mana Cik.. untuk Cik Jah, kalau kitorang kena 7-8 tol pun takpe.” Ad pulak menambah.

“eh, makan dulu ye? Ada orang datang lagi tu. makan ye?”

“makan takpayah nak iring-iring Cik, tangan kitorang ni automatic je nak capai sudu.” Dengan tak semena-mena Haq terus mencapai sudu dihujung meja.

Vid tarik sengih. tak malu betul laaaaa.. mak dia memang ada masalah sikit dengan nama si Zahirul Haq ni. ikut sukahati je Cik Jah kasi nama baru, Zarul jadiknya. Haq pun tak kisah sangat, dia terima je Cik Jah kesayangan dia nak panggil apa. Dulu masa sekolah, Haq ni mastermind. Bab nak fly ke, coverline ke, escape mana-mana ke, dia la tukang merancang. Otak cerdik tahap langit. Dia jugakla menteri perhubungan awam dulu, sebab dia je yang bawak handphone kat asrama tu. Dari form2 sampai form5, tak pernah kantoi kena rampas beb. Tapi yang bagusnya Haq ni dia matang. 24 jam nak jadi abang semua orang. Sense ambil berat tu terlebih agaknya.

Ad pula nakal dia memang tak boleh tahan. Cakap je nak buat apa, dia boleh buat. Lagi satu, dia ni sangaaaaaaaaatla mesra alam. Part bercakap, berborak, tak pernah hilang topic. Nasib baik air liur tak menyembur macam popcorn. Haq selalu cakap, mama Ad masa mengandung dulu-dulu asik mengidam tongkeng ayam kot. Haha. Taktaula~ kadang-kadang lawak dia cross the line, tapi kalau dah biasa tu dah tarahalla. Ad ni bersungguh kalau buat something. Kalau dia nak,maknanya nak jugak-jugak. Tengok macam dia nak jadi pilot dulu. first time tu dia fail psychomotor test. Dia redah jugak try for the second time. Alhamdulillah. Sekarang dah merata-rata dia pergi. Syok eh? dapat terbang free.

“Vid! Kesian pulak aku tengok kau tunggang sirap limau dari tadi. Meh la makan..” Ad bersuara tiba-tiba.

“dah makan tadi. Makan jela.”

Ad tarik sengih. kadang-kadang dia pelik, tertanya-tanya. Vid ni anak angkat ke hape? Cik Jah tu suara dia sampai taman seberang nun boleh dengar. Ayah dia pulak bekas pensyarah. So, dari ceruk mana datangnya genetic pendiam tak banyak cakap Vid ni? pelik-pelik. Cool habisan. Dia rasa, kalau Vid ni terperangkap dalam bangunan terbakar pun dia akan buat gaya Wolverine lepas bakar helicopter. Rilek je. tapi sesekali kalau dia menyelit, lawak dia boleh tahan. Bergegar jugak isi perut.

“eh, Rai dengan Aree takde cerita nak datang sini ke?” Haq bertanya tiba-tiba.

Vid geleng. Dah jadi macam tradisi, kalau raya biasanya rumah dia jadi stesen persinggahan yang pertama. Lepastu baru Haq dekat Shah Alam, Ad dekat Selayang, Aree dekat P.J then Rai dekat Port Dickson.

“senyap je diorang tu..” Ad pulak beri komen.

“dah kahwin kot. Hidup dah lain. Aree raya KL aku rasa, sebab family Arel pun dekat KL je kan? Rai aku tatau ar. Pengantin baru, raya kampung husband dia la kot.” Vid menjawab perlahan. Spec matanya ditolak sedikit keatas dari batang hidung.

“aaaaaaaaa~ aku lupa Aree dah ada baby. Lari budget duit raya aku tahun ni.” Ad mengecek kocek baju melayunya. Sampul duit raya yang tinggal beberapa keping je tu dikeluarkan. “ni je tinggal? Ramai gila anak buah aku.”

“aah la. tak sempat nak tanya pun pasal baby dia.” Vid mencelah.

“tu la korang. Aku je ada datang masa dia admitted masa awal-awal dia pregnant dulu.” Haq berlagak. Konon care habisan la tu.

“baby dia nama apa eh? dah berapa tahun umur dia?”

“tahun hotak kau!” Haq rasa nak melibas Ad disebelah. “dalam 4-5 bulan cenggitu la aku rasa.”

“haaaaaaaaaaa!” Cik Jah menjerkah tiba-tiba dimeja makan itu. “cerita pasal baby orang buat apa.. sendiri punya baby mana?”

“Cik Jah ni.. anak Cik Jah si bujang idaman malaya tu yang patut Cik Jah tanya dulu.” Ad mengusik Vid yang dah merah muka.

“Cik Jah dah letih tunggu dia. Cik Jah nak kamu la yang kahwin.”

Purrrrhhh!! Dan-dan Ad tersembur sirap limau. “saya sibuk Cik Jah.. suruh Haq la.”

“ehh… saya pun tak boleh Cik Jah! Hari-hari kepala berselirat dengan drawing. Nanti muka awek pun nampak black and white aje. Naya anak orang Cik Jah.. Vid lain la.”

“aku pulak kena. Siapa yang bising budget duit raya lari tadi?” Vid menjeling pada Ad.

Cik Jah merengus perlahan. “pandai main passing-passing ye? Adha, kalau nak pelaburan tu berbaloi, kamu kena ada baby juga. Barulah balik modal~”

Hahaha. Mereka bertiga tergelak sakan.

“bijak betulla Cik Jah ni buat bisnes. Gempak la.” Ad menunjukkan thumb up.

Cik Jah tiba-tiba menekan dahinya. “eh! mak lupa la Abang. Pagi tadi Makcik Naimah dah telefon. Katanya petang nanti dia nak datang.”

Vid dah blur. “siapa tu mak?”

“alah! Mak Farhana!”

Bertambah blur. “siapa Farhana?”

“Abang ni cepat lupa betul la! dulu tu.. jiran kita masa kita duduk Bangi.. ala, kamu dengan Farhana dulu melekat je nak pergi mana pun.”

“fu. Yohhhhhhhhhhhh!” Haq dan Ad bersuara serentak. Siapa sangka Vid pernah serapat tu dengan perempuan? Nak berborak pun macam ada jongkong emas atas lidah!

Cik Jah berlalu selamba kedapur. Vid masih blur.

“eceh.. takde-takde awek… sekali Farhana kau!” Ad mengusik.

“sweet seh nama. Cun tak?”

Vid masih berkerut dahi. Ntah Farhana mana ntah. Ke, mak saja rekacipta? “aku tak ingat la.”

“alaaaa.. nanti dah tengok rupa petang ni ingat la tu.” Haq sengih-sengih busuk. “so, petang ni tunggu mertua datang, tak jadila datang rumah aku eh?”

“takde maknanya. Pergi je la.”

Ad dah tak tahan nak gelak. Vid.. macam alergik sangat je nak rapat dengan perempuan.

“Abang!! Handphone!!” adik bongsu Vid berlari-lari anak dari dalam bilik kemeja makan membimbit Samsung.

“ehh.. Shafiqa.. hai..” Ad bermulut manis. Pantang nampak orang semua dia nak tegur.

Shafiqa sekadar senyum dan berlalu dari meja.

“Assalamualaikum. Ha? aaa. Diorang ada kat rumah aku la ni. oww.. ok,ok. lagi setengah jam gerak la kot. Diorang makan tak habis-habis lagi ni. orait. Waalaikumsalam.” Vid mematikan talian.

Ad dan Haq memandang seakan bertanya.

“Rai. Dia dah ada kat rumah mak Aree. Dia ajak kita pergi sana dulu.”

“eh, Rai dah ada baby?” Ad bertanya tiba-tiba.

“belum aku rasa.” Haq menjawab macam pasti.

“fuh. Selamat duit raya aku.”

“kedekutttttttttt!!!!!!” Vid dan Haq serentak meluku atas songkok Ad.

****

“alahai… kiiiiiiiiiuuuuuuuut~” Haq mencubit pipi baby Aree.

“debab gila. Kau sumbat apa kat dia Aree?” Ad pula memegang lengan baby.

“menyengih je baby ni. happy semacam. Budak baik ni..” Vid melambai-lambai diatas baby.

“hey!!! Jangan la kacau anak aku tu!!” Aree bergegas ke carpet tempat anaknya diletakkan. Mau lunyai satgi. Bukan boleh harap 3 orang mamat ni.

“ala.. bagila kitorang angkat kejap.” Ad mencelah. Buat muka mengharap.

“kau tak reti. Nanti jatuh.” Aree berkata selamba. Babynya diangkat.

“aish. Kau jangan pandang aku takde mata Aree. Ingat Arel je ada tokoh bapa mitahli. Meh aku tunjuk skil.”

“ala..senang-senang bagi Uncel Haq pegang dulu. sebab Uncle Haq pandai pegang baby, tak macam Uncle Ad.” Haq pulak memancing.

Aree mencebik. “Nah Vid. Kau pegang anak aku sekejap eh.” dia menghulur bayi perempuan itu pada Vid.

“Aree dari dulu percaya kat Vid. Tak aci betul. Dengan aku nak carik gaduh je.” Ad mengomel.

Aree sengih aje. Ala, bukan apa. Dalam banyak-banyak, Vid tu tak ganas. Woi, anak ni.mau tak sayang.

Haq buat muka kecik hati. “takpelah Ad. Nanti baby kita jangan kasi dia tengok pun.”

“macam budak-budak la korang ni…. kahwin dulu baru boleh cerita.” Rai menyampuk.

“eh, siapa nama dia eh?” Vid memandang muka baby perempuan yang elok dibahunya.

“aku tau!!” Ad menjerit tiba-tiba. “Adha! Haha.. aku tau dah~”

“bukanla. Zahirul Haq. Paling mantap.” Hidung Haq macam dah nak naik ke siling.

“eh. apahal pulak nama anak aku nak letak nama korang ni?” Aree mencebik. “perasan betul.”

“lagipun anak kitorang kan perempuan..” Arel mencelah. Entah muncul dari mana.

“jangan kata kat aku nama anak kau Raihana..” Ad mengusik Rai. Memang nak kena panah laser mata Rai la tu.

“Adni.” Arel menjawab nama anak perempuannya itu.

“haa… aku tau. Nickname panggil ‘Ad’.” Ad menyengih sampai telinga.

“JANGAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” nak pecah dinding dengan suara Haq, Vid dan Rai menolak cadangan yang tak berapa bernas itu.






*macam teringat karakter dari 1st novel tak? haha.

23 comments:

aisyah said...

waaaa....ni smbg cte diorg tym dh besar ke???
suke!!!
smbg ar cpt2 ek...

keSENGALan teserlah.. said...

waaaaaa..
ske2..
besh meh..

misz nana said...

memula x paham sgt tajuk cite ni..
ADVIDHAQ..
rupa2nya gabungan nama dorang bertiga..
best2..

Pitak said...

nice.
ske!
ahahahaha :D
nak vid?

i-R-a eddie said...

ohhooo...suke2..
=]

Bulanhijau said...

waaaaaaaaaa~

ske2
cte pasal diorang plak ke??

nailofargurlz said...

ske2 sesangat..best wooooooo

Fatin Cullen. said...

suke!!
best lorh! smbung lg ek??

Anonymous said...

huwaaaaaa....
bez la cik cucur...
sambung2

ღpanda_onchairღ said...

yeeaaaay!!kak cucur kembali dgn crite gempak beliau!!!yeaaaaaahhh!!best sehh!

Anonymous said...

waaa
bez3
chaiyok2
btm cntnue lae kamu indah pat3
xsbaq ae nk tw kesah indah plak

MaY_LiN said...

hihihi..
reunion ye dik..
nape mangkuk jd magkuk..
ke memang nak eja cenggitu..

cucuratap said...

haha. thx kakak~ da btulkan da. =)

Unknown said...

waaaaaaaaaaaaaaaa....thnx cucuratap!! ada cite baru psl bebdk ni! skenye sy..ehehe..nnt nk tau jgk sume2 ni kwin dgn sape..ehehe..cikcucur..smbung la jgk cite kamu indah 2..winduh ah kt reza n indah..he...btw..camat ari raye..maap zahir batin..arapan sy thun ni..leh jmpe cik cucuratap yg mantap ni..huhuhu..=)

Sha said...

waaa...der smbgn la..
suke2...sonok bc..

Unknown said...

bagus...bagus....
tap nama betul Vid dah lupa..kena khatamkan cerita mereka lagi skali nehh

Anonymous said...

haha..aku tgk tajuk da tau citer psal dak be3 tuh..
ko ptt tulih gini la ccur..
AdVidHaq..
baru sng org nk bace..haha..
pape hal smbg ler lg..
nnt ko leh r wat novel citer dorg ni dr cerita mereka smpai advidhaq ni..
da cm ala2 hlovate nye novel tuh..
hahaha

-che na-

Zierwa Zainal said...

waa..
best gile...
suke nye..
hehe..
x sbar nk nggu n3 terbaru..
tp cerpn rngkas x de yg bru ke?

Anonymous said...

haha first episode dah gelak macam org x betul dpn laptop
haha xD
sambung :)

ceritaku MEMORIKU said...

haha suke gile seyh.
ahakzzz
-na'dz

I ♥ U Bakery House said...

haha
aq rse cte nie msti psl dowg carik calon lak kan?
hehe
besh3..
salute cik cucur..
=D

sugar2 kapas strawberry said...

igt2..hihi

Nir said...

baru start baca. kelakar la dorang tiga. hehehe ;DD

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio