♡assalamualaikum

currently updating First.

Monday, September 28, 2009

ADVIDHAQ [2]

“aku rasa nak kahwin la.” senafas Haq bertutur. Perlahan, tapi nyata tegas.

Ad dan Vid berpandangan sesama mereka. Macam terkejut.

“tiba-tiba je kau?” Ad bertanya sambil berkerut kening.

Vid hanya memerhati muka Haq tanpa lepas. Ni betul ni. Haq bukan selalu buat ayat main-main macam Ad.

Haq memusing-musingkan gelas Nescafe panas didepannya. 180 darjah kekanan.. 180 darjah kekiri.. pusing lagi..pusing lagi..

“hoi! Hoi!” Ad menegur Haq kasar. ni dah masuk alam mana pulak dah ni? buat pekak pulak dia. “kau nak kahwin dengan siapa?”

Haq menjungkitkan bahu. “kena carik la kot?”

Sunyi sebentar meja Restoran Pelita itu. cuti raya kali ni dimanfaatkan semaksimum mungkin. Sebab tahun ni Ad dapat cuti tak macam tahun-tahun lepas. Entah atas bumi mana dia beraya.

Vid merapatkan badannya kemeja sambil berpeluk tubuh. Haq dihadapannya dipandang serius. “kenapa?”

“tak rasa kita dah terlambat ke? korang tak rasa apa bila tengok Aree?”

“tipulah tak rasa apa.” Vid menjawab perlahan. Dia mengangkat kening pada Ad, macam bertanya jawapan Ad pula.

“aku..” Ad buat muka serius. “aku susah sikit la. aku takde rasa nak kearah ‘tu’ lagi kot. Memangla semua orang nak ada family..”

“nak tunggu naik pangkat jadi kapten dulu ke?” Haq bertanya ikhlas, bukan sinis.

“aaa…a..gak laa..” lambat-lambat Ad menjawab.

“bilanya?” Vid pulak bertanya.

“paling cepat tahun depan kot. Takpun thirty.” Ad mencongak dalam kepala. betul la tu, nak jadi kapten bukan senang. Exam melambak, dalam simulator je dia nak berapa ribu hours. Tahun depan dah 29, kira paling lambat dia target pun 30 dah dapat duduk kat kerusi kapten tu la.

“aku ingat nak tukar firm.” Ayat Haq yang buat kepala dua-dua kawannya tegak. “nak kerja KL.”

Vid senyum lebar. Bagusla tu, dekat sikit. Takdelah nak jumpa pun kena buat appointment macam nak jumpa PM.

“kau serius gila pasal kahwin ni eh?” Ad membetulkan letak kerusinya. Dia nak betul-betul menghadap muka Haq disebelahnya yang besungguh-sungguh nak settle down.

Haq buat muka. ‘apasal, tak percaya?’.

“aiyoh…kata berselirat dengan drawing?” Ad bertanya lagi.

“kalau nak letak alasan macam tu, Arel yang doctor kerajaan tu boleh je? bukan dia patut berselirat kepala berganda-ganda dari aku?”

“Arel dengan Aree betul-betul kasi pengaruh dekat kau la ni?”

Haq sekadar mengangguk. “kadang-kadang kalau takde benda macam ni depan mata, kita takkan sedar. Change for good la, Ad.”

Ad mengiyakan. Betul jugak. Dia mengangkat pandangan pada Vid yang senyap dari tadi. “kau pulak? Taknak kahwin? Kau dahla duit berkepuk, masa pun takla tight sangat.. patut kau yang cakap nak kahwin dulu daripada mamat ni.” serentak Ad menyiku Haq disebelah.

“nampak kerja 9 to 5 tu memangla macam tak tight. Tapi banyak benda jugak kena fikir. Even ramai yang kata, belajar engine tu lagi susah dari kerja engineering, tapi aku rasa sama je. pukul 5 habis office hour, tapi pukul 12 tengah malam pun tak habis fikir pasal kerja lagi.”

“kita ni memang fikir pasal kerja je kan?” Haq mengutara soalan yang dah memang tau jawapan.


“true.” Ad bersetuju.

Vid mengangguk.

Akhirnya ketiga-tiga mereka memandang gelas masing-masing yang tak luak. Jarang mereka ada deep conversation yang takde satu suara gelak-ketawa pun.

“hmm. Farhana kau apa cerita Vid?” Ad kembali bersuara nak menceriakan suasana.

Automatic Vid tarik sengih. “aku rasa dah ingat dah. Tu jiran lama gila tu. masa aku sebelum sekolah rendah. Masa adik aku tunjuk gambar dia datang rumah haritu, aku rasa macam boleh ingat la sikit-sikit.”

Haq senyum mengusik. “dah kena la tu. boleh langsung ar hujung tahun ni.”

Hahaha. Ad ketawa galak. “kau yang sibuk nak kahwin, nak suruh Vid langsung dulu pulak!”

Vid senyum je. takde maknanya nak ambik serius ayat Haq tu.

“apa yang kau ingat pasal dia?” Haq bertanya macam berminat betul nak tau.

Hmm. “aku rasa dulu aku panggil dia Farhanaconda.”

Hahahahaha. Haq dengan Ad tak dapat nak tahan gelak. Terbaik la~

“apsal? Dia dulu duduk hutan Amazon ke hape?” Haq meneka.

“ke… dia sama saiz dengan anaconda?” Ad menambah. Gelak dia tak habis-habis lagi.

Vid sengih. “bukan. Sebab dia dulu makan banyak. Cakap pun banyak. Kalau dah malas sangat dengar dia bercakap, aku panggil la dia Farhanaconda. One word, senyap terus.”

Hahahahaha.

“jahat gila kau. Mau melalak budak tu dalam rumah dia.” Ad mengagak.

“dia dulu suka ikut aku ar. Tu mak aku kata dulu kitorang melekat. Padahal dia yang ikut aku pergi mana-mana.”

Hahaha. Haq pulak tak sabar nak bertanya. “ni kes bercinta zaman kanak-kanak la ni? sweet la Vid.”

“manede.” Sepatah Vid menafikan.

Hahahaha. Makin galak Ad dan Haq ketawa. Vid..Vid.

“Guys?boleh slow your tone sikit tak?”

Satu suara asing mematikan gelak meriah Ad dan Haq.

Haq kerut kening. Apahal? Kerek ar lu minah.

Ad mengutuk dalam hati. Eh, ni kan public. Sukahatilah. Ni bukan coffe house hotel 5 stars!

Vid memandang perempuan yang berdiri elok ditepi meja mereka. Dia mengangkat tangannya sedikit. “we’re sorry.”

“thanks.” Perempuan itu terus berpusing belakang dan kembali kemejanya yang terletak selang satu meja dari belakang Vid.

Haq memanjangkan lehernya. Mengusha. “sesat mana minah tu? tak pernah lepak mapley ke?”

“entah. Pakai baju macam artis. Kasut tu kalau hentak kuat sikit mau berlubang lantai.” Ad menambah. Tak kena gaya betul.

“salam tak bagi. Tiba-tiba je terjah meja orang. Nasib perempuan. Kalau tak..”

“dah lama kerusi melayang eh?” Ad cuba menghabiskan ayat Haq yang tergantung.

“taklah. Mengamuk la aney kedai ni. aku kasi dia rasa makan kasut Adidas..”

Ad terus memandang kebawah meja. “bai, kau pakai running shoes pergi mapley?”

“takleh ke?”

“aiyoh…. Mana kena. Takde fashion sense langsung la kau ni.”

Vid cuma tarik sengih. eleh, sepanjang yang dia tau, tak pernah pun diorang ni kasi makan kasut kat siapa-siapa. Saja cakap besar. “dah-dah. Gerak la jom.”

****

Amira mengamati dirinya. Dia menunduk. Christian Louboutin’s pumps? Check. BCBG’s v-neck twist dress? Check. Dia membuka pula tas tangan hitam Marc Jacobs. Chanel’s compact powder diletak diatas tapak tangan dan dibuka. Ok, fine. Tak payah touch-up lagi. Lip gloss masih bersinar-sinar.

Amira tarik nafas. Bersedia! Pintu kaca ditolak perlahan. “Puan Rai?”

Rai mengangkat muka dari skrin komputernya. Senyum. “yes Mira?”

Amira membalas senyum. Puan Rai yang 24 jam cantik. Puan Rai yang 24 jam boleh buat semua perempuan tergugat. Puan Rai yang boleh semua orang naik gila nak berfesyen. Ya, termasuk dia.

“photoshoot untuk cover bulan depan dah ditentukan. Minggu depan, rabu.”

“dah confirm dengan semua? Writer? Photographer?”

“done.” Amira senyum lebar.

“good.”

“you in?”

“I will mark my calendar.”

Yes. Makin lebar senyuman Amira. 1st time dapat kerja sekali dengan Puan Rai.

“Mira?” tiba-tiba Rai menyapa.

“ya?”

“you work hard.” Rai berkata ikhlas.

“a compliment?”

“sure, girl.”

“thank you.”

Mira rasa terawang-awang. Terasa tak berpijak lantai masa keluar dari pejabat Puan Rai. Stylist is totally my life. Forever.

Thursday, September 24, 2009

ADVIDHAQ [1]

“Assalamualaikum!!!!!!!!!!” cepat-cepat Ad menanggalkan kasut putih dikaki. “Cik Jah!!!!!!!!!!”

“Makcik Jah!!!!!!!!!!!!!!!!!” suara Haq pula lantang menjerit dibelakang Ad. Tet!! Alarm kereta dibunyikan.

Cik Jah yang baru meletakkan magkuk hidang ayam goreng diatas meja lekas-lekas memandang kearah pintu yang terbuka luas. Macam kenal je suara yang melalak tu? aish! Bertuah budak-budak ni!

Pantas Cik Jah menyinsing kain baju kurungnya dan berlari ke muka pintu.

“Cik Jah!!!!!!!!!!!!” Haq dan Ad beradu suara. Bergegar tiang rumah.

“Zarul!!! Adha!! Masuk-masuk! Adha tu dah bukak kasut tapi berdiri jugak kat pintu tu kenapa?” Cik Jah bercekak pinggang memandang mereka berdua.

“tu mengada-ngada nak mak iring dari pintu ke meja makan la tu..” ada suara perlahan yang menyampuk dari dalam rumah.

“Vid dengki dengan kita weh.” Ad menyiku Haq.

“mentang-mentang Cik Jah sayang kita lebih.” Haq menjawab selamba.

Cik Jah geleng kepala. Daripada zaman sekolah, anak dia dah bertambah 2 orang. Anak segera orang kata. Tapi bila dah besar-besar ni, muka sorang-sorang payah sungguh nak nampak. “takpelah.. semua Cik Jah sayang. Meh masuk meh. Zarul berdiri belah kanan Cik Jah, Ad belah kiri Cik Jah. Meh Cik Jah iring ke meja makan ye~”

Vid yang sedang meneguk sirap limau rasa nak tersedak. Buat geli tekak aku tengahari raya ni.

Ad dan Haq ketawa meriah. Ala, saje nak manja-manja. Cik Jah ni semua diorang buat dia layankan aje.

“mangkuk ayun! Elok salam dengan mak aku lepastu terus membaham! Aku taknak salam ke?” Vid menyergah Ad dan Haq yang elok tengah menyelongkar balang kuih.

“salam kau dapat apa?” Ad menjawab.

Vid geleng kepala. dah berkurun jadi member, kalau kecik hati pun buang karan je.

“Zarul, lama tak cuti? Sempat jugak datang sini.” Cik Jah dah menarik kerusi dihadapan Haq.

“mestila datang Cik.. dalam banyak-banyak orang, Cik Jah je yang panggil saya Zarul. Mana nak dapek?”

“nama kamu canggih sangat la.”

“ala.. lagipun Banting bukan jauh mana Cik.. untuk Cik Jah, kalau kitorang kena 7-8 tol pun takpe.” Ad pulak menambah.

“eh, makan dulu ye? Ada orang datang lagi tu. makan ye?”

“makan takpayah nak iring-iring Cik, tangan kitorang ni automatic je nak capai sudu.” Dengan tak semena-mena Haq terus mencapai sudu dihujung meja.

Vid tarik sengih. tak malu betul laaaaa.. mak dia memang ada masalah sikit dengan nama si Zahirul Haq ni. ikut sukahati je Cik Jah kasi nama baru, Zarul jadiknya. Haq pun tak kisah sangat, dia terima je Cik Jah kesayangan dia nak panggil apa. Dulu masa sekolah, Haq ni mastermind. Bab nak fly ke, coverline ke, escape mana-mana ke, dia la tukang merancang. Otak cerdik tahap langit. Dia jugakla menteri perhubungan awam dulu, sebab dia je yang bawak handphone kat asrama tu. Dari form2 sampai form5, tak pernah kantoi kena rampas beb. Tapi yang bagusnya Haq ni dia matang. 24 jam nak jadi abang semua orang. Sense ambil berat tu terlebih agaknya.

Ad pula nakal dia memang tak boleh tahan. Cakap je nak buat apa, dia boleh buat. Lagi satu, dia ni sangaaaaaaaaatla mesra alam. Part bercakap, berborak, tak pernah hilang topic. Nasib baik air liur tak menyembur macam popcorn. Haq selalu cakap, mama Ad masa mengandung dulu-dulu asik mengidam tongkeng ayam kot. Haha. Taktaula~ kadang-kadang lawak dia cross the line, tapi kalau dah biasa tu dah tarahalla. Ad ni bersungguh kalau buat something. Kalau dia nak,maknanya nak jugak-jugak. Tengok macam dia nak jadi pilot dulu. first time tu dia fail psychomotor test. Dia redah jugak try for the second time. Alhamdulillah. Sekarang dah merata-rata dia pergi. Syok eh? dapat terbang free.

“Vid! Kesian pulak aku tengok kau tunggang sirap limau dari tadi. Meh la makan..” Ad bersuara tiba-tiba.

“dah makan tadi. Makan jela.”

Ad tarik sengih. kadang-kadang dia pelik, tertanya-tanya. Vid ni anak angkat ke hape? Cik Jah tu suara dia sampai taman seberang nun boleh dengar. Ayah dia pulak bekas pensyarah. So, dari ceruk mana datangnya genetic pendiam tak banyak cakap Vid ni? pelik-pelik. Cool habisan. Dia rasa, kalau Vid ni terperangkap dalam bangunan terbakar pun dia akan buat gaya Wolverine lepas bakar helicopter. Rilek je. tapi sesekali kalau dia menyelit, lawak dia boleh tahan. Bergegar jugak isi perut.

“eh, Rai dengan Aree takde cerita nak datang sini ke?” Haq bertanya tiba-tiba.

Vid geleng. Dah jadi macam tradisi, kalau raya biasanya rumah dia jadi stesen persinggahan yang pertama. Lepastu baru Haq dekat Shah Alam, Ad dekat Selayang, Aree dekat P.J then Rai dekat Port Dickson.

“senyap je diorang tu..” Ad pulak beri komen.

“dah kahwin kot. Hidup dah lain. Aree raya KL aku rasa, sebab family Arel pun dekat KL je kan? Rai aku tatau ar. Pengantin baru, raya kampung husband dia la kot.” Vid menjawab perlahan. Spec matanya ditolak sedikit keatas dari batang hidung.

“aaaaaaaaa~ aku lupa Aree dah ada baby. Lari budget duit raya aku tahun ni.” Ad mengecek kocek baju melayunya. Sampul duit raya yang tinggal beberapa keping je tu dikeluarkan. “ni je tinggal? Ramai gila anak buah aku.”

“aah la. tak sempat nak tanya pun pasal baby dia.” Vid mencelah.

“tu la korang. Aku je ada datang masa dia admitted masa awal-awal dia pregnant dulu.” Haq berlagak. Konon care habisan la tu.

“baby dia nama apa eh? dah berapa tahun umur dia?”

“tahun hotak kau!” Haq rasa nak melibas Ad disebelah. “dalam 4-5 bulan cenggitu la aku rasa.”

“haaaaaaaaaaa!” Cik Jah menjerkah tiba-tiba dimeja makan itu. “cerita pasal baby orang buat apa.. sendiri punya baby mana?”

“Cik Jah ni.. anak Cik Jah si bujang idaman malaya tu yang patut Cik Jah tanya dulu.” Ad mengusik Vid yang dah merah muka.

“Cik Jah dah letih tunggu dia. Cik Jah nak kamu la yang kahwin.”

Purrrrhhh!! Dan-dan Ad tersembur sirap limau. “saya sibuk Cik Jah.. suruh Haq la.”

“ehh… saya pun tak boleh Cik Jah! Hari-hari kepala berselirat dengan drawing. Nanti muka awek pun nampak black and white aje. Naya anak orang Cik Jah.. Vid lain la.”

“aku pulak kena. Siapa yang bising budget duit raya lari tadi?” Vid menjeling pada Ad.

Cik Jah merengus perlahan. “pandai main passing-passing ye? Adha, kalau nak pelaburan tu berbaloi, kamu kena ada baby juga. Barulah balik modal~”

Hahaha. Mereka bertiga tergelak sakan.

“bijak betulla Cik Jah ni buat bisnes. Gempak la.” Ad menunjukkan thumb up.

Cik Jah tiba-tiba menekan dahinya. “eh! mak lupa la Abang. Pagi tadi Makcik Naimah dah telefon. Katanya petang nanti dia nak datang.”

Vid dah blur. “siapa tu mak?”

“alah! Mak Farhana!”

Bertambah blur. “siapa Farhana?”

“Abang ni cepat lupa betul la! dulu tu.. jiran kita masa kita duduk Bangi.. ala, kamu dengan Farhana dulu melekat je nak pergi mana pun.”

“fu. Yohhhhhhhhhhhh!” Haq dan Ad bersuara serentak. Siapa sangka Vid pernah serapat tu dengan perempuan? Nak berborak pun macam ada jongkong emas atas lidah!

Cik Jah berlalu selamba kedapur. Vid masih blur.

“eceh.. takde-takde awek… sekali Farhana kau!” Ad mengusik.

“sweet seh nama. Cun tak?”

Vid masih berkerut dahi. Ntah Farhana mana ntah. Ke, mak saja rekacipta? “aku tak ingat la.”

“alaaaa.. nanti dah tengok rupa petang ni ingat la tu.” Haq sengih-sengih busuk. “so, petang ni tunggu mertua datang, tak jadila datang rumah aku eh?”

“takde maknanya. Pergi je la.”

Ad dah tak tahan nak gelak. Vid.. macam alergik sangat je nak rapat dengan perempuan.

“Abang!! Handphone!!” adik bongsu Vid berlari-lari anak dari dalam bilik kemeja makan membimbit Samsung.

“ehh.. Shafiqa.. hai..” Ad bermulut manis. Pantang nampak orang semua dia nak tegur.

Shafiqa sekadar senyum dan berlalu dari meja.

“Assalamualaikum. Ha? aaa. Diorang ada kat rumah aku la ni. oww.. ok,ok. lagi setengah jam gerak la kot. Diorang makan tak habis-habis lagi ni. orait. Waalaikumsalam.” Vid mematikan talian.

Ad dan Haq memandang seakan bertanya.

“Rai. Dia dah ada kat rumah mak Aree. Dia ajak kita pergi sana dulu.”

“eh, Rai dah ada baby?” Ad bertanya tiba-tiba.

“belum aku rasa.” Haq menjawab macam pasti.

“fuh. Selamat duit raya aku.”

“kedekutttttttttt!!!!!!” Vid dan Haq serentak meluku atas songkok Ad.

****

“alahai… kiiiiiiiiiuuuuuuuut~” Haq mencubit pipi baby Aree.

“debab gila. Kau sumbat apa kat dia Aree?” Ad pula memegang lengan baby.

“menyengih je baby ni. happy semacam. Budak baik ni..” Vid melambai-lambai diatas baby.

“hey!!! Jangan la kacau anak aku tu!!” Aree bergegas ke carpet tempat anaknya diletakkan. Mau lunyai satgi. Bukan boleh harap 3 orang mamat ni.

“ala.. bagila kitorang angkat kejap.” Ad mencelah. Buat muka mengharap.

“kau tak reti. Nanti jatuh.” Aree berkata selamba. Babynya diangkat.

“aish. Kau jangan pandang aku takde mata Aree. Ingat Arel je ada tokoh bapa mitahli. Meh aku tunjuk skil.”

“ala..senang-senang bagi Uncel Haq pegang dulu. sebab Uncle Haq pandai pegang baby, tak macam Uncle Ad.” Haq pulak memancing.

Aree mencebik. “Nah Vid. Kau pegang anak aku sekejap eh.” dia menghulur bayi perempuan itu pada Vid.

“Aree dari dulu percaya kat Vid. Tak aci betul. Dengan aku nak carik gaduh je.” Ad mengomel.

Aree sengih aje. Ala, bukan apa. Dalam banyak-banyak, Vid tu tak ganas. Woi, anak ni.mau tak sayang.

Haq buat muka kecik hati. “takpelah Ad. Nanti baby kita jangan kasi dia tengok pun.”

“macam budak-budak la korang ni…. kahwin dulu baru boleh cerita.” Rai menyampuk.

“eh, siapa nama dia eh?” Vid memandang muka baby perempuan yang elok dibahunya.

“aku tau!!” Ad menjerit tiba-tiba. “Adha! Haha.. aku tau dah~”

“bukanla. Zahirul Haq. Paling mantap.” Hidung Haq macam dah nak naik ke siling.

“eh. apahal pulak nama anak aku nak letak nama korang ni?” Aree mencebik. “perasan betul.”

“lagipun anak kitorang kan perempuan..” Arel mencelah. Entah muncul dari mana.

“jangan kata kat aku nama anak kau Raihana..” Ad mengusik Rai. Memang nak kena panah laser mata Rai la tu.

“Adni.” Arel menjawab nama anak perempuannya itu.

“haa… aku tau. Nickname panggil ‘Ad’.” Ad menyengih sampai telinga.

“JANGAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” nak pecah dinding dengan suara Haq, Vid dan Rai menolak cadangan yang tak berapa bernas itu.






*macam teringat karakter dari 1st novel tak? haha.

Friday, September 18, 2009

istana - 14 julliet (end)

“setahun huh?” Ikram memandang muka Awal. Hampa.

Awal senyap. Rasa bersalah bertimpa-timpa.

Humph. “takpelah. Nenda pulak macam mana?”

“setel.” Awal menjawab laju.

Lama mata Ikram melabuh pada muka Awal didepannya. Mengagak tekaannya betul atau tidak. “kau ambik takhta tu eh?”

Awal senyum. Sinis. “janji takde mengena dengan kau.”

Ikram ternganga.

“dahla, dahla. Drop it. Sekarang aku nak tanya, macam mana kau nak pujuk Ana?”

Ikram geleng. “no idea.”

“mungkin kau kena kasi dia cool dulu. kejar la balik after one year.” Cadang Awal.

“boleh ke?”

“lahhhhhhh… apa tak bolehnya. Usaha la. tambah feel sikit, romantic lebih… explain elok-elok. Jadik punya.”

“kau banyak travel kan? Mana tempat yang suitable?”

“Paris sang kota cinta!” Awal dah mula excited. “bertukar janji dibawah menara tinggi Eiffel Tower, atau berdiri ditengah-tengah Arc de Triumphe, mungkin boleh jugak berjalan-jalan menikmati pemandangan Sacre Coeur Montmartre, atau untuk level romantic paling atas.. panjat Montparnasse Tower yang boleh nampak kota Paris dengan Eiffel Tower ditengah-tengahnya. Fuh!”

Ikram tercengang sekejap. Awal kalau dah masuk dalam dunia dia, boleh jadi sang pujangga! “tapi.. aku taknak Paris. Aku taknak tempat yang common untuk Ana. Aku nak satu tempat, yang nilainya tinggi macam aku sayang Ana. Yang special.. bukan tempat yang kekasih satu dunia dah guna untuk sampaikan i-love-you, you-love-me.”

****

One year later

A gift =)
Wawa <wawa_wow@yahoo.com> to : Ana <sayamatahari@yahoo.com>
1) One ticket KLIA-Heathrow.
2) Limo servis Heathrow-Kent
3) Tempat tidur + makan + mandi = 4 days
4) Jalan-jalan
*this is a package. Cannot drop any of the gift inserted. One cancellation is considered for all.
** cannot ask for details. Please claim your gift as soon as possible. Details for flight is in attachment.
*** all for free. Priceless experiences are included.

Ana ternganga didepan skrin laptopnya. Wawa ni gila ke hape? Ingat dia sugardaddy aku ke hape nak support aku pergi sana? Baru setahun dekat sana, ada hati nak belanja orang.
Ana mendownload attachment yang disertakan dengan email Wawa tadi.

Ehhh.. ni betul ni! dah siap dapat seat!

Tapi… pergi luar negeri kena ada… err.. passport? Passport dia yang pergi Singapore dulu-dulu tu dah mati ke belum ntah, dia pun tak tau.

Tapi kenapa tarikh kena pergi 11 julai???? Aku manede cuti!!! Haish! Wawa ni memang nak kena!

****

Dah selamat sampai Kent. Tuang kelas satu hal, Wawa yang menyakitkan hati satu hal.

“Wa, kau taknak bagitau aku mana kau dapat duit belikan tiket takpe, tapi where the hell you get a limo?” Ana gaya serius.

“erm, aku seduced Chuck Bass?”

“oh yeah? And now you’re an upper east sider?”

Ish! “Ana, kau lupa ke hape? You cannot ask the details!”

Aduh! Pening! Pening! “Wawa.. please..”

“shussh~ boring la kau ni. orang belanja pergi UK lagi nak banyak bunyi.” Wawa terus bangun dari sofa di ruang tamu.

Ana senyap. Macam ada tak kena. Takpelah, dah orang taknak bagitau, malas la nak paksa-paksa banyak kali.

“ah, sebelum aku lupa, pergi siap.kita nak keluar ni.”

Ana kerut dahi. “pergi mana?”

“Aix.”

“oh. naik apa? Bas ke, jalan kaki aje?”

Wawa memeluk tubuh. “Ana, kau memang fail geografi la.”

“ha? Aix tu dekat mana?”

“Aix en Provence is in France, dear.”

France???!!!

“sebab apa kena pergi France pulak?”

“for the 100th time, you cannot ask the details!!” aduh! Tekanan aku macam ni!

*****

Ana dan Wawa sampai di kota kecil itu. Dah malam. sekelilingnya aman, banyak pokok hijau dan tak banyak bangunan tinggi.

“kenapa kita tak pergi Paris? Aku teringin pergi Paris tau. Macam cantik je aku tengok dalam tv.” Ana membebel.

“Ana, kau tanya lagi sekali, sumpah aku tinggal kau sorang-sorang kat sini.” Wawa menjawab sambil berpusing-pusing. Matanya meliar.

“kau ada janji dengan orang ke? oh! Khairil datang sini??!!!!”

“gila kau. Khairil nak datang naik apa? Kayak? Senyap sekejap. Aku tengah concentrate ni.”
Ana terdiam. Wawa garang semacam. Apela. Kata nak aku berholiday tapi tak enjoy langsung pun.

“erm, Wa. Aku ada satu soalan. Tapi janji takde related dengan gift yang kau bagi tu.”

“tanya la.” Wawa terjengket-jengket. Mencari manusia tu dalam lautan orang ramai ni.

“apsal ramai gila orang berkumpul dekat sini?”

“sebab hari ni 14 Julliet.”

Hoh??? “apa tu?”

“hah!!” Wawa menyengih sampai telinga. “ok. my job is done here. Bubye Ana.” Wawa menyusup laju mencelah diantara orang yang berkumpul.

“hey!! Wa!!!!! Jangan tinggal aku!!!!!” siot punya kawan!! Ngaaaa~ macam mana ni.. pandang sebelah, orang mata biru. Pandang sebelah satu lagi, orang rambut blonde. Wawa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

“ehem!”

Kedengaran ada orang berdehem dibelakangnya. Ahhh.. taknak layan! Taknak layan!

“miss?”

Jangan sahut! Jangan toleh!! Aku tak confident speaking dengan orang asing!! Karang aku broken karang, malu je!

“miss?” lagi sekali.

Ana memegang kedua-dua pipinya. Macam mana ni? dia berjalan laju dari tempat dia berdiri. Mendekati kelompok manusia di sebelah tepi.

“miss?”

Apa kejadahnya mat salleh ni??? orang takmo cakap tu takmo la!

Tiba-tiba keadaan jadi hingar bingar. Semua orang bersesak-sesak ke tengah. Ada yang mendukung anak-anak mereka ke atas bahu, ada yang mengajak rakan-rakan disebelah mendongak ke langit. Eh?

Boom!! Booom!! Boom!!

Astaghfirullahalazim. Luruh jantung!! Ana mengurut dada.

Bunga api besar berwarna-warni berdentam-dentum betul-betul diatas kepalanya.

“miss?”

Ana tanpa sedar berkalih kepala.

“Assalamualaikum. Hi, Love.”

Love.

With killer grin.

Ikram.

“waalaikumsalam..” what a surprise?

Ikram mendekati Ana. “how are you?”

Ana mengangguk perlahan. “ok.”

“ok aje?”

“heart attack?”

Hahaha. Ikram tergelak. Ana..Ana. she’s still Ana.

Boom!! Lagi satu bunga api berdentum diatas kepala. serentak Ana dan Ikram mendongak keatas.

“kenapa ada bunga api?” Ana bertanya.

“sebab harini 14 julliet.”

Ana berkerut. Tak faham.

Ikram senyum sebelum bertutur. “ada dua fakta pasal 14 julliet.”

“iaitu?” Ana tak sabar nak tahu.

“14 julliet tu 14 julai. Bagi orang sini, ni hari menyambut revolusi Perancis. Macam Merdeka la.”

Owww.. patut la siap bunga api bagai.. “lagi satu?”

Ikram meyeluk poket dan mengeluarkan kotak empat segi tepat sebesar tapak tangan. Dihulurkan pada Ana.

Dengan perasaan penuh ingin tahu, Ana menarik riben yang mengikat kotak itu.

“hah..” Ana menekup mulutnya.

Ipod touch.
The same one.

Ikram menyumbat sebelah earphone kedalam telinganya. Lagi sebelah dihulurkan pada Ana. “takpe. Bersih punya.”

Ana menyambut sambil tersengih.

“press play.” Ikram mengarah.

Ana segera menekan ‘play’.

I will always love you- Connie Talbot

This is cute!! Yet.. err.. romantic? Ana berkata sendiri dalam hati.
Boom!!

Lagi satu bunga api berdentum.

“14 julliet.. revolusi untuk saya. Exactly the same date, saya proposed awak.” Ikram berkata perlahan.

Eh.. yeke? Aku bukan fail geografi je rupanya, sejarah pun.

“so.. erm. perempuan dalam office haritu..”

“kakak awak. Dia datang sebab nak jaga awak. Awak accident pagi tu.”

“awak.. siapa...”

“Nenda awak bagitau.”

“Nenda?”

Ana mengangguk perlahan. Berputar balik dalam memori. Kecoh fakulti bila bekas Sultanah mencarinya 2 minggu selepas sem bermula.

“kenapa tak cakap?” Ikram musykil.

“awak tak tanya.”

“saya ada je dekat pejabat saya..”

“awak tak cari saya pun.”

Senyap sekejap. Janggal.

“ehem.” Ikram membetulkan suara sekejap. Rasa-rasa dah practice berpuluh kali dah, lembab betul nak keluar ayat ni.

“I don’t want you to be my wife..”

Rasa bergegar tanah tempat dia berpijak. Ana berdiri dah tak stabil.

“but, be my wife for the rest of my life. Be someone who willing to love me ever after. Marry me, for Allah, for our love.”

‘Ana, sila jangan lupa tarik nafas.’ Ana mengingatkan diri sendiri.

“saya pilih Aix, sebab Aix bandar kecil yang penuh kasih sayang. Dia tak popular dan besar macam Paris, tapi tak semestinya dia tak special. Aix macam awak. I love this place.. but obviously I love you more.”

Ana pandang sekeliling. Ya, ini tempat kecil yang penuh kasih sayang.

“yes, I do. I do love you and I wanna be your wife for Allah, and for our love.”

Friday, September 4, 2009

istana 12

Itu cerita sebulan lalu….

Sekarang, bila dia dah rela hati nak berkahwin, kekasih hati pulak menghilangkan diri..

Awal! Yep!

Pantas jarinya mendail nombor telefon Awal.

“hello?”

“Awal…” tak bermaya sungguh suara Ikram.

“ha, kau. Kenapa?” Awal membetul-betulkan Bluetooth ditelinga. Sebelah tangan kejap mengawal stering.

“kau ada jumpa Ana eh haritu?”

Pfffh!! Hahahahaha. Terhambur gelak Awal. “Ikram.. kau punya Ana tu, aku kasi approve!”

“approve kepala kau la!! apa kau dah buat?”

Awal menahan saki baki ketawa. “aku try test dia sikit..”

Ikram dah rasa nak hentak dahi ketiang. Adoiiiiiiiiiii~ “apa kau cakap?”

“ala.. sikit je..”

“sikit je! sikit je!” Ikram menahan marah. Perangai sepupu dia ni entah bila nak matang ntah!

“ala.. jangan la berasap sangat!”

Ikram menekan dahi. “apa kau dah cakap?”

“erm… aku cakap.. kau bukan nak kat dia pun.. alah Ikram, aku saje nak bakar je, tengok dia tu betul baik ke tidak..”

Ini bukan nak hentak dahi ke tiang lagi dah ni, ni rasa nak hantuk kepala 15 kali ke dinding konkrit! Ikram memejam matanya. Ya Allah Awalludin… apa kau dah buat ni…

“eh Ikram, apahal senyap? Kenapa? Kenapa?”

“to make it worse Yang Mulia Raja Awalludin, she saw me on Kanda Sarah’s lap that day!!”

“owwwwwwww myyyyy..”

“God!!” Ikram menyambung kata.

Awal telan air liur. “kau explain la dekat dia..”

“aah. Explain dekat operator Celcom or dinding kuarters? Which one?”

Awal meraup mukanya. Pantas dia memberhentikan kereta dibahu jalan. Ini kes serius ni. mau Ikram mengamuk berapi-api kalau aku ada depan mata dia sekarang. “macam mana pulak Kanda Sarah kau boleh ada kat sana?”

“itulah… aku accident kecik masa on the way nak pergi office tu. airbag pulak tak function, kepala terhentak kat stering. Aku punyala pening kepala.. macam nak tercabut urat! Kau tau jela Kanda Sarah tu.. dia punya concern lebih sampai jaga aku kat office.”

“tak check hospital pulak?”

“ala benda kecik. Nanti panjang cerita.”

Hmm. Awal berfikir lagi. “takkan Ana tak nampak Kanda Sarah tu punya elok pakai tudung? Takkan dia boleh assume tu girl kau kot?”

“dah kau yang bakar-bakar dia before tu!! kalau tak, mesti dia tak buat assumption macam tu.”

Awal menongkat lengannya pada sisi tingkap kereta. “hmm. Dahtu? Macam mana ni?”

Ikram senyum sinis. Dia yang mula buat masalah, dia yang tanya aku macam mana. “kau fix balik problem yang kau buat.”

“apa aku pulak!!!” Awal terkejut. “aku niat baik apa~”

“aaaaaaaa.. takde. Takde.”

Awal dah serabut. Nak buat macam mana pun? Aku bukan reti. Buat masalah, mengelat masalah ye aku pakar. Nak solve masalah sendiri tak pernah lepas..

“Awal? Dengar tak? Kau tolong aku carik Ana. Aku tak kira.”

Humph. Awal menarik nafas berat. Terpaksa la kau Awal.. padan muka. Cerdik sangat nak uji orang. “gimme her contacts.”

Ikram tersandar lega.

*****

Awal menimbang-nimbang handphone ditangan. Sah Ana tukar nombor!

Dia scroll down contacts di skrin handphonenya. Lagi satu nombor yang Ikram kasi. Wawa. Bestfriend Ana.yang ada dengan dia masa hari mengendap Ikram haritu la kot. Try je la.

Tuuuut..tuuuuuut..

“assalamualaikum.”

Wawa menelek skrin handphonenya. Suara macho siapa pulak dah? Dia angkat kembali handphone ditelinga. “waalaikumsalam. Siapa ni?”

“Awal.”

“who?”

“YM Raja Awalludin. Ingat?”terpaksa. nama penuh aku kasi.

Wawa mengangguk-angguk. “aaaaa.. that one. Yang berlagak, riak, takbur sangat anak raja tu. ingat-ingat. Ada apa ni?”

Mak ai. Pedasss! Takpe, perli-perli tu taruk tepi dulu. “ni.. saya nak cakap pasal Ikram dengan Ana ni..”

Again. Wawa tarik muka malas.

“dengar dulu.. saya nak mintak maaf. Memang saya tipu je haritu.”

Buntang mata Wawa. Tak guna punya anak raja! Ni rasa nak explode ni! “hey!!!!!!!!!”

“ye..ye… nak explain la ni.. jangan marah dulu..” Awal garu kepala. perempuan, kalau mengamuk tak nyempat-nyempat.

Sabar, Wawa. Sabar. Tenang… tarik nafas… hembusss.. “let’s hear it now.”

Fuh! Awal mula bercerita. Jangan kata satu isi penting, satu isi tambahan pun dia tak tertinggal. Ayat alasan Ikram pun, dia sampaikan sebijik-sebijik. Dengan ton suara paling rileks dia menjelaskan.

Expression muka Wawa memang tak boleh blah. Dari muka macam naga nak menyembur api, sekarang dah macam naga kena simbah ais. Pipi sejuk… tangan sejuk.. mata dah berair. Ya Allah Ana… macam mana kau sekarang ni????

“so, Wawa, boleh tak bagitau Ana kat mana? Nak kena pujuk Ana ni..”

Huh. “Ana dekat u dia…tapi… Ana tak sesenang tu… dia keras, tak boleh dipujuk.”

Haih. Masalah. “ok..ok.. kalau macam tu, agak-agak, berapa lama dia nak merajuk? Seminggu? Sebulan?”

Wawa mengetap bibir. “setahun?”

Awal rasa nak terhempas handphone ke lantai. “Wawa, please.. talk to her..”

Wawa menggeleng. “Ana dah taknak dengar pasal Ikram.. lagipun..”

“lagipun?”

“saya fly weekend ni.”

Awal menundukkan kepalanya. Merenung jubin lantai. “setahun, huh?”

Wawa mengangguk walau dia tau Awal takkan nampak. Dia pun nak hubungan Ana dan Ikram baik kembali, tapi, apa yang dia boleh buat? Ana dah reject terus nama Ikram keluar dari mulut siapa-siapa. Tiba-tiba dia teringat sesuatu, “tapi ikram kena kahwin lagi 5 bulan kan???”

Yaaaa.. rite… nenda! “takpe-takpe. Tu setel kemudian.”

“oh..ok.” lega rasa dengar ayat tu.

“thanks Wawa. Nanti saya contact lagi. Keep my number. Nanti pass your mobile number kat sana. Where ah?”

“Kent.”

Awal mengangguk. “orait. Assalamualaikum. Thanks again.”

“waalaikumsalam. So welcome.”

****

“nenda..”

“nenda tak suka syarat nenda dipertikai. Kenapa Awalludin?”

Muka nenda tegang. Nak taknak, dia kena berdepan.

“Ikram dah jumpa pasangannya. Cuma masa je.. lewat 6 bulan dari jangkamasa nenda..”

“dia perlu pegang pada janjinya. Nenda tak rasa jangkamasa itu perlu diubah.”

Masalah…masalah kau Awalludin..

“tapi nenda, Ikram dah jumpa pasangan hidup dia. kekasih. Dia dah belajar cara berkasih sayang..”

“jadi? Apa perlunya bertangguh?”

Macam mana aku nak explain? Awal dah buntu.

“nenda, berilah sikit ruang untuk Ikram. Dia..”

“apa sebenarnya Awalludin? Kamu yang tak boleh nak pegang takhta, bukan? Kamu mahu Ikram tunduk pada arahan nenda, bukan? Sampai mereka cerita dia dah jumpa kekasih?”

Pulak dah… terpesong jauh!

Awal terdiam, lama. Memikir-mikir. Menimbang baik dan buruk sebelum dia berkata. Terlajak perahu boleh diundur..

Dia nekad.

“saya ambil takhta tu. buatlah pertabalan dalam masa 5 bulan. Lepaskan syarat Ikram, dan kaki saya takkan melangkah keluar negeri dalam tempoh masa tu.”

Thursday, September 3, 2009

istana 11



Sebulan sebelum itu….

“assalamualaikum.”

Awal senyum lebar mendengar suara itu. “waalaikumsalam. Ikrammmmmmmmmmm!!!”

Ikram menjauhkan handphone sekaki dari telinganya. “pecah telinga la woi!”

“haha. Sorry. Sorry. Happy over react.”

“kau kat mana ni?” Ikram bertanya. Soalan penting ni, sebab Awal memang tak pernah stay satu tempat lama-lama.

“dekat aje…”

“dekat tu mana?”

“Mauritius. Scuba.”

“tak cukup-cukup dekat darat kau nak snap gambar eh?”

“nak test lens baru ni..”

Ikram geleng kepala. Berapa banyak jenis kamera, lens, flash yang Awal ada pun dia taktau. Satu dslr tu je dah makan ribu-ribu.

“apahal call?” Awal bertanya pelik.

“kau dapat titah nenda tak?”

Awal berfikir sekejap. “oww.. dapat je.”

“so, bila balik?”

“esok, kot..”

“kot..kot.. kau jangan sampai nenda hantar jet dia kat tengah laut sana ambik kau.”

“aiseh. Kau ni memang satu geng dengan nenda la..”

“just nak remind kau je. nenda dah ada kat istana hinggap.”

“KL?” Awal ternganga. Ni betul serius punya meeting ni.

“aah. Macam beriya betul nak jumpa kita. Baik kau balik cepat. Jangan la nak buat perangai kali ni..” Ikram dah sedia maklum. Awal ni otak dia panjang aje nak mengelat. Awal memang tak pernah suka benda yang ada sangkut-paut dengan Istana ni. tak sedar diri yang ayahanda dia baru je ditabal jadi Sultan.

“hmm..”

“balik weh, jangan tak balik. Perangai macam budak-budak.” Ikram mengejek.

“kau la, skema!”

****

Suasana serius. Awal dan Ikram memang tak tau hujung pangkal cerita yang nenda boleh tiba-tiba semangat nak jumpa diorang.

“Nenda cuma ada Awalludin dan Ikram sahaja cucunda lelaki. Yang boleh memegang takhta, mewarisi semuanya.”

Awal memandang Ikram disebelah. Ok, intro yang tak sedap langsung didengar.

“pertabalan Putera Mahkota masih belum dibuat.”

Awal telan air liur.

“takhta itu memang milik Awalludin. Tapi nenda tak gemar kamu tak lekat didalam Negara.”

Senyap. Bila nenda bercakap, memang takkan, tak boleh nak menyelit. Tu memang taktau adat namanya.

“nenda bagi Awalludin masa 6 bulan, tinggal dalam negeri.”

Aduh! Rasa macam batu bertan-tan menghempap atas kepala!

Ikram menyembunyikan senyum sinis disebalik tangannya. Memang padan muka la Awal.. tak dapat dah nak ngelat pasni..

“tapi jika kamu gagal, takhta itu nenda berikan kepada Ikram.”

Zap!! Ikram tersentak!

“namun, bukan semudah itu. Ikram, kamu perlu belajar berkasih sayang dengan manusia. Bukan dengan syarikat dan perniagaan sahaja siang malam.”

Ah… sudah…

“syarat untuk kamu, berkahwinlah dengan perempuan baik-baik. Juga dalam masa 6 bulan.”

What the???????????????????

“Putera Mahkota itu bukan digalas pada nama sahaja. Nenda mahu kamu sedar akan tanggungjawab yang jatuh ke bahu kamu bila masa pertabalan itu dibuat. Nenda tak akan serahkan tugas ini pada orang yang tidak bersungguh.”

Ikram dan Awal sama-sama resah.

“berbincanglah kamu. Fikirkan kebajikan negeri, bukan diri sendiri.”

Ayat penutup yang sama menyentap seperti ayat intro.

****

“Ikram.. kau kena tolong aku..”

“apahal pulak?” Ikram sedikit melenting. “eh Wal, ni memang tanggungjawab kau tau! Ini memang takhta kau. Takde kena mengena dengan aku. supposed, kau dah sedar benda ni masa ayahanda kau ditabal hari tu!”

Awal dah rasa berpinar. Putera Mahkota?? “Ikram.. kau tau aku macam mana kan.. kau sendiri dengar tadi, nenda tak kisah nak bagi takhta tu tak ikut susur galur. Memang la sepatutnya aku, tapi aku tak boleh..”

“boleh kalau kau sedar diri! Cukup-cukup la tu.. stay sini, buat kerja kau.”

“apa yang kau expect aku kena buat? Gantung dslr aku kat dinding? Tanam lens aku tu dalam tanah?”

“habis tu? aku, kau tak fikir?”

“kau memang patut dah settle down dengan hidup kau.. kahwin bukan susah..”

“aah, iye. Yang kau tu, bukan dah patut settle down dengan photography kau tu?”

“Ikram.. tu hidup aku..”

“kahwin pun hidup aku jugak, Awal..”

Humph. Awal meraup mukanya kasar. “tak boleh ke kau tolong aku sikit..”

“ini bukan sikit, Wal. Ni bukan zaman budak-budak lagi yang aku selalu cover kau bila kau salah. ini bukan acara kecik yang aku boleh cover kau bila kau menghilang tak balik Negara sendiri.” Ikram mengingatkan Awal yang memang selama ni banyak bergantung padanya.

“tapi aku memang tak mampu. Aku memang tak capable nak pegang benda ni. kau tak ingat nenda cakap pasal kebajikan negeri? Kau nak aku handle semua tu ke, Ikram?”

“kau boleh belajar..”

“kau tanya diri kau sendiri, dari kecik, siapa yang selalu jadi leader?”

“kau tak cuba mana nak tau..”

“kalau kau nak aku jugak, maknanya kau memperjudikan hidup rakyat.. kau sedar tak tu, Ikram?”

Ikram terdiam. Serba salah. kalau dia cakap taknak, maknanya dia beri tanggungjawab itu pada orang yang tak mampu. Kalau dia kata ye? Hidup dia yang jadi taruhan. Kahwin. Memang tak terlintas langsung!

“tolongla Ikram.. 6 bulan untuk aku stay kat sini memang susah. Aku tak boleh nak biar kerja-kerja aku terbengkalai macam tu je kat luar sana. Aku dah plan elok semua journey aku. kau tau kan, aku nak capture the whole world? Kau dah dapat impian kau dengan international corp tu, aku nak jugak macam tu..”

“tapi kahwin bukan benda main-main weh..”

“kau ada 6 bulan.. jodoh tu boleh dicarik. Lagi-lagi dengan title kau, memang tak berat langsung..” Awal sengih lebar. Mengusik.

“kau ni gila la. kahwin tu sekali seumur hidup je, tau?”

“aku tau, aku tau. Tapi aku confident, kau boleh jumpa jodoh kau. Kau baik.. tinggal skill mengurat tu je nak kena asah sikit.”

Ikram menumbuk bahu Awal disebelah.

Haha. Awal tergelak. Tapi memang betul pun, Ikram mengejar international corp dia tu sampai social life dia jadi zero. Memang part tu dia setuju dengan nenda, Ikram kena belajar berkasih-sayang dengan manusia.

“Ikram, tolong aku?” Awal bertanya dengan penuh berharap.

Humph. Berat untuk dia menjawab. “aku tak janji.”

Masa itu juga Awal menarik Ikram dalam pelukannya. “aku tau kau baik. Thanks.”

Wednesday, September 2, 2009

istana 10

Jeff memandang muka kakaknya yang sebal. Tapi tangannya masih cekap mengemas baju.

“kak..” perlahan Jeff menegur.

“hmm.”

“kak…”

“apa dia!”

Uish. Garang.

“kak..akak rasa hati akak tenang ke nak balik u macam ni?”

Tangan Ana terhenti dari bergerak. Dia berfikir sejenak. “entah.”

“pergi jumpa dia la kak..”Jeff memujuk.

“taknaklah. Buang masa je.”

“akak ni la.. suka telan apa orang cakap. Pergi la jumpa dia dulu. kalau betul, then, go. Kalau salah, ha.. akak jugak yang untung.”

“entahla. Aku dah malas nak fikir.”

“janganla camni… sempat lagi nak pergi jumpa dia..”

Ana memandang jam dinding dibiliknya. Pukul 11 malam. Barang semua dah siap-siap kemas. Tinggal beg kecik je lagi. Esok pagi mesti ada ruang masa.

“sempat ke?” Ana bertanya sambil berkerut dahi pada Jeff disebelah.

“lari kejap je.”

“kau teman?”

Jeff tarik sengih. “ye.. Jeff teman.”

****

Jeff dan Ana masuk ke ruang pejabat Ikram. Meja Kak Maya kosong. Entah mana dia pergi. Dipandang sekeliling, sunyi. Bilik tamu dengan pintu berkaca tu pun kosong takde orang.

Ana pandang pada bilik Ikram dengan pintu kayu legap itu. entah dia ada ke tak kat dalam?

Ana memandang muka Jeff. “macam mana ni? secretary dia takde.”

“masuk je la. tak boleh ke?”

“entah. Boleh ke?”

Jeff mendengus. Akak aku ni la.. orang tanya dia, dia tanya kita balik!

“masuk je la jom.” Jeff dah memusing tombol bilik Ikram.

…..
…..
…..
…..

Rasa terdengar angin menderu masuk ke dalam telinga.

Selain itu, tak ada apa.

Hanya mata yang menyapa.

Ikram.

Ye, Ikram. Ikram yang sedang berbaring diatas peha perempuan entah sapa-sapa.

Perempuan itu siapa, Ana dah tak peduli. Dan Ikram itu siapa padanya sekarang pun, dia dah taknak ambik kisah.

“Ana!!!” kelam-kabut Ikram bangun dari sofa hitam itu.

Ana masik tegak dimuka pintu itu macam statue.

Jeff dibelakangnya terdiam. Ini surprise yang bukan sikit.

“Ana..Ana..please..” Ikram dah menghampiri Ana.

“stop!” tiba-tiba Ana bersuara. Suara yang masih bernada rileks.

“Ana..love..please..”

“jangan bergerak dari situ.” Pantas Ana memotong ayat Ikram.

“Ana dengar dulu..”

“takpe, takpayah.”

“Ana, saya tak..”

“saya tau saya lurus bendul. Saya tau, saya cepat percaya orang. Salah saya, saya terlalu baik dengan awak.”

“Ana jangan..”

“saya sedar saya siapa. Dari awal sepatutnya saya sedar diri. Yang Mulia macam awak takkan nak meminang saya? Kan?”

“love, please..”

“saya mengaku saya yang bodoh. Tapi, awak kena ingat Ikram. Yang Mulia tu sikit tak beri kesan pada saya. Mata saya tengok awak macam saya tengok lelaki biasa.”

“saya..”

“awak jangan nak riak dengan keturunan awak. Awak ingat saya takde title ‘raja’ awak boleh buat saya sukahati macam mainan?”

“tak..saya..”

“darah dalam badan awak tu merah jugak macam saya. Sedar sikit, Ikram. Awak tu manusia sama je macam saya.”

“Ana tolongla..”

“awak rasa kelakar ke, Ikram? Kelakar ke awak menghina saya macam ni?”

“tapi..”

“terima kasih. Memories saya tak boleh nak pulangkan. Tapi ipod touch awak..” Ana menyeluk tote bagnya. “..nah. ambik balik harta awak.”

Ana terus berpaling untuk keluar dari bilik itu. Jeff menahan pintu untuk kakaknya.

“Ana..” Ikram mendekati pintu.

“back. Off.” Satu-satu Jeff bertutur. Amaran.

Jeff menghentam pintu itu kuat.

Ikram berdiri kaku dihadapan pintu yang tertutup itu.

****

“hello, Wawa?”

Tuttt..tutttt…

Ikram menhentak meja didepannya. Damn! Semua taknak angkat telefon apahal?

Ana dah 2 minggu hilang berita. Dia tunggu dekat bawah kuarters Ana dari siang ke malam pun, muka Ana tak muncul-muncul.

Bila terserempak dengan Jeff pulak, memang haram Jeff nak paling muka. Lagikan nak berhenti dengar alasan dia yang berjela-jela.

Ana… where are you, love?

Duh~ dia dah jadi macam orang tak betul. Setiap masa dia menekan punat telefon macam nak terburai dah handphone tu.

Tuttt..tutttt…

Pak!

“Wawa jangan letak dulu..” pantas Ikram bersuara sebelum orang sebelah sana mematikan talian.

Humph. Wawa mendengus malas. Menyampah pun ada. Dah mainkan orang, buat apa nak dicarik lagi?

“Wawa, listen ok. sekejap je.”

Wawa menahan diri dari menekan punat merah. Loya tekak rasanya dengar suara Yang Mulia Buaya Jadian ni.

“Wawa.. tolong saya. Saya kena jumpa Ana. Tolong bagitau saya.. mana Ana.”

“apa gunanya?” Wawa menjawab kasar.

“saya bukan orang macam tu. saya kena explain dekat dia.”

“aaaaaaaaa.. tak payah. Tak payah. Buat dia sakit kepala je nanti.”

“tolongla Wawa.. kenapa dia boleh tiba-tiba macam ni?”

“sendiri buat, sendiri lagi mau tanya..”

“apa salahnya kalau dia dengar dulu apa saya nak cakap..”

“takpe. Takpe. Buang air liur dengan buang tenaga awak je. kitorang dah tau dari awal-awal lagi. Thanks to your cousin anyway.”

Cousin??? Ikram dah tak faham. “cousin apa ni?”

“Yang Mulia Awalludin. Dah tak kenal?”

Owwwwwwwwww damn!




*ini post yang ke 101. =) thx
 
Blog Template by Delicious Design Studio