♡assalamualaikum

currently updating First.

Thursday, August 6, 2009

rabbani dan hijjaz

“Bangsat!!”

Seorang lelaki memaki dengan kuat. Serentak dia menghempas pintu keretanya. Pap!!! Nampak kusut benar! Mukanya merah padam macam baru lepas mandi wap.

Penunggang LC itu dipandang dengan mata curam. Hoi… kereta aku baru keluar kilang nih!!! Agak-agak la nak rasmikan pun!! Dia merapati penunggang yang masih keras beku diatas motornya. Helmet siap visor itu tak ditanggalkan. Kot ye pun, angkat la visor tu mangkuk! Aku nak mintak hutang nih!

“hoi!!! Sini kau!” Bani memanggil kasar. sebelah tangannya menyentuh sisi depan keretanya yang dah kemek dan tercalar.

Penunggang motor itu mematikan enjin. Lagak selamba. Lambat-lambat dia turun dari motor.

Bani makin berasap. Apa sekarang ni kalau langgar kereta orang tu bukan kesalahan dah ke? dia memerhati penunggang motor itu berjalan kearahnya. Orangnya kecik aje. Tapi perangai kat jalanraya macam la besar sangat!

Penunggang motor tu berdiri dihadapan Bani. Helmetnya ditanggalkan dari kepala. Dipegang dengan tangan kiri. Sebelah lagi tangan disimpan dalam poket jeans.

“ha? apahal?” muka malas. Jazz menggosok-gosok rambut yang terpenyek.

Bani berasap. “apahal kau tanya? Mata kau simpan dalam tempat minyak ke hape? Tu! kemek tu!”

Jazz alihkan matanya pada bucu kereta. alah… kemek tak dalam mana. Calar adela 2-3 baris, nak kecoh lebih pulak mamat ni. “sikit je tu bang..”

“baru keluar kilang ni weh. Ni nak kena ketuk jugak, cat jugak. Pakai duit..”

Jazz pandang kelangit. Adoi~ “alah bang, sikit je tu! LC saya ni baru jugak! Abang boleh beli kereta mahal-mahal, siap ada lambang harimau menerkam.. takkan nak ketuk sikit pun mintak duit dekat saya? Lagipun saya terlanggar kat belakang sikit je pun, abang yang pergi langgar divider tu sendiri.” Suara Jazz dah meninggi. Apa aku pulak yang kena tanggung!

Bani terdiam sejenak. Apa telinga aku yang rosak, atau suara dia yang memang macam perempuan? Ah!! lantak!! “yelah! Tapi kau la jugak penyebab aku terlanggar divider tu! nak nyelit, nyelit ajelah! Tak payah sondol-sondol!”

Jazz, kau bawak tenang je Jazz. Jangan hambur pedas-pedas…

“ha! apa lagi! Meh duit!” Bani menadah tapak tangannya.

Jazz pandang sinis. Menjeling. “abang ada nampak rupa saya ni ada duit ke?” cukup baik aku nak tolerate. Jangan nak paksa-paksa.

“eh. pandai langgar, pandai bayar la.”

“masalahnya yang saya langgar bukan ada apa-apa pun!” naik lagi suara.

“aku kisah apa! Kalau kau tak langgar,benda ni tak jadi!” Bani halakan jari telunjuknya pada bucu yang kemik sikit tu.

“dahla bang. Panjang cerita la. Benda kecik je. Takat ketuk tu, takdenye abang merempat makan tepi jalan esok. Saya lainlah..”

“ah… takde! Takde! Jangan ingat kau perempuan aku nak kesian!”

Automatic, Jazz mengangkat pandangan matanya. Betul-betul merenung mata orang dihadapan. “saya ada ungkit jantina saya ke kat abang!!!!!!!” keras suaranya. Sudah. Dia dah berapi. Baik blah sekarang. Cepat dia memakai helmet. Visor diturunkan. Kunci motor diputar.

“woi!! Blah pulak! Kurang ajar punya perempuan!”

“tu lah jantan!! Asal perempuan nak baik aje! Diri sendiri macam haprak tak sedar!” sempat Jazz melaung sebelum motornya dipecut laju.

Bani tergamam sekejap. Kemende yang perempuan tu mengarut! Dia tunduk memandang bucu kereta hitamnya. Halahai~ masuk hospital la kau harimau. Ish..

*********

“Jazz,kau apahal…”

“kau diam!!” Jazz menjerkah housematenya. Nasib. Silap time nak beramah mesra dengan aku.

Aishah kerut dahi. Hangin pulak. Dia memandang perempuan berambut boy-cut itu tak lepas-lepas. Macam ada masalah Negara. Dok melepek dekat sofa dengan lengan dekat atas dahi.. huih.

“ugh!!! Ugh!!! Ugh!!!” Jazz mengerang tiba-tiba. Kakinya dihentak-hentak pada sofa. Bengang! Bengang!

Aishah makin risau. Tanpa fikir banyak kali, dia letakkan tapak tangannya pada dahi Jazz. “sihat jek.”

Jazz mendongak. Muka Aishah tegak diatas kepalanya. “siapa kata aku sakit?”

“kau mengerang macam kena gigit dengan vampire.” Serius muka Aishah.

“mengarut.” Jazz mengangkat dua-dua lengannya keatas. Mengeliat. Letih.

“apahal?” Aishah berbau concern.

“haih.” Jazz mengeluh. “accident.” Pendek je die memberi jawapan. Walau dalam otaknya nak menjawab begini, ‘ada sorang mamat haprak berkereta harimau menerkam maki hamun aku walau terang-terang dia sendiri yang langgar divider! Lepastu dan-dan nak kata aku mintak kesian. Sebab perempuan huh? Memang buat aku terbakar!’

“ha?ha? habistu? Habistu? Luka tak? Sakit mana-mana tak?” Aishah dah mula memeriksa lengan, betis, muka dan kepala Jazz disebelah.

“eeh! takde apela!” Jazz menjauhkan dirinya. Apa raba-raba!

“habistu? LC kau ok?” Aishah meninjau luar rumah disebalik sliding door.

Jazz angkat ibu jari. “orait je.”

Phew~ Aishah memegang dadanya. “Alhamdulillah takde apa.”

“nasib baik.” Jazz memejam mata. Kepala disandar pada belakang sofa.

“Asar dah sudah? Kau lepak rumah terus ke ni?” Aishah bertanya lagi. Dia faham, kerja part time Jazz. Bukan selalu boleh menjulur kaki dekat rumah.

Jazz pandang Aishah sekilas dengan mata penat lesu. “aku macam nak berhenti la.”

“memang patut pun… aku kesian tengok kau. Berdiri dekat kilang, 12 jam non-stop tu boleh buat sakit tau. Lepastu boleh pulak kau buat part time delivery McD tu.. berapa jam sangat kau tidur? 2 jam? 2 jam setengah? Penat la Jazz..”

“ala.. kilang tu kontrak aje. Berapa bulan lagi habis la.. McD tu kira support money aku nak hidup.”

“carik kerja tetapla Jazz..”

Jazz membesarkan matanya. “Aishah, kau cakap dengan aku. siapa nak hire aku kerja?”

“degree kau bukan kertas A4 print out takde nilai Jazz. Kau usaha sikit laa.. memangla kerja tu tak banyak, tapi try la..”

“aku penat kena halau.”

“ade je syarikat swasta yang tak kisah kau pakai apa pun.”

“aku bengang la weh. Aku pergi interview bukan pakai bikini. Pakai slack dengan kemeja jugak. Tapi tak pernahnya nak dapat..” nada sayu.

“cuba la lagi. Aku tak sanggup tengok kau kerja macam ni. Kalau dekat sekolah aku tu ada kerja apa-apa, dah lama aku rekomen.” Aishah berkata menyedapkan hati. Dia taula Jazz takde kelulusan jadi cikgu, tapi boleh je kalau takat cikgu ganti tu.

Haha. Jazz senyum segaris. “sejak bila sekolah kebangsaan tu jadik sekolah kau, Shah?”

“benci la kau ni! aku cakap betul-betul, buat loyar buruk pulak!” Aishah tarik muncung. Dia dah bangun dari sofa.

“Shah!!!!!! Nak air!!!!!!!!!”

“sendiri ada kaki, sendiri ambik!!!” Aishah melaung dari dalam bilik.

Jazz sengih. Aishah..Aishah. Nasib la dalam dunia ni aku ada kau lagi. Sengihnya masih tak lekang. Dia berdiri, meregangkan otot. Dia pandang jam. Asar la dulu, lepastu shift delivery pulak. Haih! Dunia,dunia.

*******

“Bani my friend!!” Yus menyengih dari pintu pejabat Bani.

“ni dok menyengih-nyengih.. panggil aku ‘my friend’.. baik punya tatasusila.. pekehal?” Bani membiarkan rakan baiknya itu masuk kedalam. Layan dirilah kau. Ikut suka nak duduk mana. Memang selalunya Yus buat pejabat dia jadi ‘pejabat angkat’.

“aku baik pun kira ada isu ke?” Yus menghenyak punggung pada kerusi berhadapan Bani.

Bani tarik sengih. Matanya tak lari dari flat screen computer. “lain macam bunyi kau ni. seram.”

Haha. Yus mengetuk-ngetuk meja. “bila nak bawak aku pusing-pusing naik Jaguar?”

Hahahaha. Meletus terus ketawa Bani. Baik punya kipas, sebab nak tumpang Jaguar rupanya. “aku takde zoo la. Belum ada rezeki nak bela jaguar.”

“zoo kepala otak kau la Bani!” rasa ringan dia nak baling penindih kertas didepannya ke dahi Bani. Lawak sangat la tu.

Bani ikut tergelak. Dia mengherotkan mulutnya. “kau takde rezeki la. Jaguar aku ada dengan veterinar.”

“aik? belum apa-apa dah masuk hospital? Ambik vitamin ke hape?”

“vitamin menda kau!”

“dahtu? Apa yang tak kena? Haish… takkanlah kereta mahal-mahal kilang buat cincai je kot..”

“cium divider.”

“damn!” Yus bersuara tak puas hati.

Bani mengangguk. “aku dah tak terkata apa..” muram. Itu benda pertama yang dia order lepas dapat komisen projek besar-besarannya. Itu jenama kereta yang dia kemain mengidam sejak zaman sekolah. Itu harta paling mahal yang dia ada. Itulah yang dia sayang, ditatang bagaikan nyawa. Orang kutuk laptopnya apek kedai handphone je yang pakai, tak apa. Orang mengata rumahnya dekat kawasan hartanah murah-murah, dia tak kisah. Asalkan orang ternganga tengok duit dia yang diperam selama ni dia labur kemana. Jaguar beb, Jaguar.

“kau lunyaikan si pelanggar tu tak?” Yus cukup yakin accident tu akibat orang langgar. Sebab si Bani ni cukup jaga kereta baru dia tu macam jaga orang berpantang. Sangat-sangat prihatin. Takkan dia dengan rela hati pergi ciumkan kereta dia dengan divider? Bet potong jari, takkan punyalah!

“ikut hati, aku patahkan lengan dia yang tak reti nak pegang handle motor tu…”

“dahtu? Apahal tak buat?”

Bani mengetuk-ngetuk buntut pen diatas meja. Tap..tap..tap.. “dia perempuan.”

“tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu diaaaaaaaaaaaaaaaa..” Yus terkejut macam nak melompat atas kerusi.

“dahla taknak bayar kau tau? Mintak maaf pun tak!”

“ho…. Ganas weh..ganas..” Yus menongkat lengannya pada arm-chair.

“masa dia blah, tinggalkan aku terkulat-kulat dekat situ, nak menitik air mata kau tau?”

“apahal?” Yus pelik. Kes menitik airmata kenapa pulak dah..

“ye ar. Tengok Jaguar aku, tercalar, kemek… tak sampai hati tau tak..”

“kau ni memang la.” Yus menggeleng-geleng kepala.

“eh, temuduga esok, on kan?”

“on!” Yus menjawab sebagai pengurus yang menjaga penjawatan.

“pagi?”

“tak. Tengah malam.” Yus menjawab sambil membuka pintu bilik Bani.

“mangkuk ayun!!”

Haha. Terdengar gelak Yus yang dah terlolos keluar dari bilik itu.

*****

Jazz ketar. Kalau nak dikira, ni interview dia yang ke 28 lepas dia graduate setahun lepas. Bahagi la, dalam sebulan agak-agak berapa kali dia pergi interview. Ingat seronok? Dia terus berjalan tanpa kalih kebelakang. Akak secretary tu kata, pergi ke bilik belah kanan. Hish. Bismillahirrahmanirrahim..

Krek… pintu dibuka perlahan.

2 orang lelaki berpakaian kemas memandangnya. Tajam.

“assalamualaikum. Selamat pagi.”

Dia mula duduk. Diletakkan failnya kemas diatas meja. Kemejanya ditarik-tarik sedikit, biar kemas.

Yus mencapai fail itu. “ok. so, introduce yourself.” Kalau dia dan Bani yang in charge interview, memang keadaannya tak skema sangat.

Bani senyap. Diam tak berkutik. Tapi dahinya berkerut-kerut macam tengah fikir masalah ekonomi.

“I’m...”

“ehh!!!”

Belum habis ayat Jazz nak perkenalkan diri, suara Yus dah memotong.

Jazz dah pelik.

“Bani!! Tengok ni!” Yus menyuakan fail ditangan pada Bani disebelah. Dia tergelak. “korang boleh join akademi nasyid la..”

Bani tengok resume itu sekilas. Hijjaz???? Dia angkat muka pada Yus. Bodoh!! Buat lawak reality tv dalam interview room pulak dia!

Gelak Yus tinggal saki-baki. “ok Miss Hijjaz. Continue.”

Mata Jazz mencerun pada mamat yang dipanggil Bani tadi. Sekali mamat ni daa. Haprak!!!dia terus takde mood nak teruskan temuduga.

“I’m so sorry I can’t continue. I’ve to go now. I’m sorry. Assalamualaikum.” Pantas Jazz terus mengangkat punggungnya. Terus menerpa kearah pintu.

Takpelah tak dapat kerja ni pun. Daripada aku kena mengadap si haprak tu setengah jam untuk temuduga. Takpelah. Terima kasih banyak.

Yus ternganga. Boleh pergi macam tu je? dahla fail dia pun dia tak ambik!

Bani disebelah terkesima. Macam tu sekali reaksi dia. Dikerling Yus disebelah. “aku nak balik office.” Matanya tertancap pula pada fail biru ditangan Yus. “bak sini fail tu.”

Yus memberi tanpa banyak soal.

“kau tutup jela interview ni. sambung bila-bila. Aku dah takde mood.”

Pulak!!! Dia yang beriya nak carik accountant baru, dia taknak interview. Ni la perangai bos, bukak tutup interview bila-bila suka.

****

“hell!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” nak terhempas mug ditangan bila suara ditalian belah sana memaklumkan berita itu.

“kenapa? Kenapa? Kenapa?” Aishah kalut keluar dari bilik dengan mask penuh dimuka.

Jazz matikan talian. Handphone tu ditenung tak percaya. Dia kalih memandang Aishah. Tak terkeluar nak bercakap.

“apahal ni Jazz? Kau kenapa?” Aishah bertanya.

“aku…aku… aku..”

“kemende??” Aishah dah tak tahan sabar.

“aku dapat kerja.”

“kerja apa kali ni?”

Jazz merenung handphone mati sekali lagi. Cuba memproses. Dia pandang muka Aishah yang penuh tanda tanya di pintu bilik. “accountant.” Sepatah dia menjawab.

“arghhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Aishah menjerit. Eksaited sebenarnya. Dia pantas berlari mendapatkan Jazz. Bahu Jazz digenggam kuat. “tahniah! Tahniah! Tahniah!”

“masalahnya…”

“kenapa? Jauh? Takpe! Aku boleh hantar naik kereta. susah? Takpe! Aku boleh teman kau study bab accounting balik. Pening nak pakai baju?meh aku jadi consultant!” panjang lebar si Aishah menduga.

Jazz geleng-geleng. “bukan.. masalahnya, aku tak buat interview pun haritu!”

“oh! ni yang hari kau lari tu ke?”

Jazz angguk.

“Ya Allah Jazz…. Ni rezeki namanya weh!!”

Makin seronok pulak Aishah ni. Jazz dah pening. Start kerja esok pulak tu. Gila hape. Orang start kerja awal bulan. Ni dah tengah bulan.

“bila start?” Eksaited Aishah tak habis-habis.

“esok pagi.”

“wah!!!!!!!!!!!!! Mana baju kau?mana? meh aku gosokkan!”

Jazz terdiam bila Aishah dah meluru kebiliknya. Heh. Apa-apa la Shah.. happy sungguh kau ye aku dapat kerja? Tiba-tiba satu cecair menitik dari tubir mata terus kebibirnya. Dia menarik nafas panjang. Aku hanya boleh kongsi berita gembira ni dengan Aishah. Agak-agak kalau arwah ibu ada, dia happy macam mana pulak eh? sedangkan Aishah dan-dan pergi gosokkan baju, kalau ibu mesti dia gosokkan baju untuk stok sebulan. Haha. Dia mengesat pipinya kasar.

*****

Jazz menjalankan kerjanya dengan senang hati. Inila yang dia nak dari dulu. Ada meja sendiri, computer sendiri,kerja tetap dan tentunya kehidupan yang lebih stabil. Takpayahla lagi dia jadi musang berjaga sampai pagi, ataupun kejang-kejang lutut berdiri 12 jam dekat kilang.

Tapi….

Ada satu yang dia tak tahan. Lelaki itu. walaupun pejabatnya lain tingkat, tapi suka sangat buat pasal. Department finance yang selama ni dia jarang-jarang jejak, dah jadi tempat tempias marahnya setiap hari. Ni apa yang dia dapat tau dari kawan sekerja dialah. Encik Rabbani yang kadang-kadang garang tak bertempat tu, melekat dengan orang admin aje. Masanya lebih banyak untuk projek dari beramah mesra dengan orang bawahan. Orang lelaki di department ni suka bercerita pasal keretanya je. Jaguar hitam berkilat. Bila dengar cerita tu, Jazz hanya boleh telan air liur yang terasa berpasir. Orang perempuan pulak suka cerita pasal kehidupan peribadi dia. well, bisalah perempuan. Tapi Jazz tak masuk mana-mana kategori. Kategori lelaki bukan, kategori perempuan pun bukan. Dia datang ke pejabat untuk bekerja, carik duit. Bukan jaga tepi kain bos kat tingkat atas nih.

“Jazz,bos panggil masuk meeting room.”

“eh? bukan dia pergi meeting dengan orang admin ke?”

“yelah. Aku maksudkan meeting room atas la. bukan meeting room ni.” rakan sekerjanya menunjukkan pintu meeting room departmentnya.

Meeting room atas? Apekejadahnya?? Sejak bila aku naik pangkat???

“cepatla.”

“nak kena bawak apa?”

Rakannya yang telah balik kemeja hanya angkat bahu. Ah! sudah! Dia mencapai note book kosong dan pen sebatang. Jadilah.

Semua mata di meeting room utama itu memandangnya yang tercegat di pintu. Jazz terkaku tatau nak buat apa. Nak bergerak kemana pun dia taktau. Bukan dia biasa pun.

Bosnya, si finance manager syarikat melambai. Cepat Jazz menunduk dan bergerak kearah kerusi bosnya.

“MD nak accountant yang bentangkan belanjawan untuk suku tahun pertama.” Perlahan bosnya berbisik.

Apa dia??????????? accountant cabuk macam aku dia suruh present???

Dia pandang pada kerusi utama ditengah. Tuan director yang dah beruban tu dia nampak ok je. Tapi bila matanya hinggap kesebelah kerusi director, ya, si MD itu, rasa marahnya meluap-luap.

Bani perasan mata yang nak terkeluar api itu. “kami nak pekerja bawahan juga alert dengan kewangan syarikat, bukan sekadar memfailkan digit-digit sahaja.” Tenang Bani memperkatakan rasionalnya arahan dia tadi.

‘kepala hotakkkkkkkkkkk!’ nyaring dia menjerit. Ops, dalam hati aje. Depan semua orang atasan ni, takkan nak buat pasal.

Yus dikerusi selang 2 buah dari kerusi MD dah berdehem-dehem. Bukan apa, dia nak tutup geli hati. Kalau takde orang lain dalam bilik ni, dah lama dia gelak tersembur air liur. Bani.. kau ni memang la.. sampai terkulat-kulat muka budak ni jadinya.. tau la ada kes peribadi pun, tapi cara dia smash balik ni memang la kejam gila.

Jazz tarik nafas. Tenang Jazz.. tenang. Takkan nak lari macam interview dulu? habislah kerja aku. dahla ni kerja tetap first yang aku dapat. Dia membetulkan rambut depannya yang menutup mata. Chait! Rambut dah meleret sampai mata pun lupa nak potong.

“so?” Bani memprovok.

Jazz berdiri tegak. Slide belanjawan yang terpasang ditenung dalam. Dah lama tak buat kerja bentang-membentang ni sejak dah habis belajar. Takpe Jazz,kacang je tu. Dia bergerak kedepan, tengah. Bahasa apa nak pakai? Dol~! Slide Bahasa Inggeris, takkan nak bantai tagalog? Dia berdehem kecil. “so, managers and directors.. here it is. Our company’s budget for the first quarter of 2009.” Ayat pertama. Ayat pertama yang sungguh lancar begitu juga ayat selepas-selepasnya.

Bani melihat depan dengan khusyuk. Slide bertukar tanpa sedar. Yang dilihat cuma perempuan yang cukup confident dengan gayanya tersendiri. Kemeja lengan panjang biru gelap dan seluar slack hitam ringkas itu menarik perhatiannya tiba-tiba. Tak payah ber-skirt pendek, berropol-ropol lengan, ber make-up bagai. Dia sudah tertarik.

********

“Hijjaz!”

Kelakuan Jazz terhenti. Helmet yang dah diangkat, diturunkan semula. Budak office mana yang tak reti-reti nak panggil aku ’Jazz’ nih? Rasanya satu jabatan tau nick aku.

Bani melemparkan senyuman manis.

Jazz pelik. Pekehal? Dia pandang kebelakang. Kot-kot la haprak ni senyum kat orang lain. Takde pulak sapa-sapa dibelakang motornya.

Bani masih senyum
.
Jazz dengan teragak-agak menghalakan jari telunjuk ke dada sendiri. Macam menyampaikan soalan, ‘aku ke?’.

“tunggu sekejap.” Bani berlari-lari anak kearahnya.

“ada apa?” keras suara Jazz bertanya.

“nak balik dah?”

Ni poison ape kename yang dah masuk ke otak mamat ni.. dok tiba-tiba tanya aku nak balik.. Jazz mengumam dalam hati.

“aah.” Pendek dia menjawab.

“nak minum-minum petang dulu tak?”

Jazz dah mengangkat dagunya. Mendongat sedikit. Helmetnya diletak atas seat motor. Dia bercekak pinggang. “teringin nak cium rim tayar motor ke?”

“tak. Teringin nak cium awak.”

Ek eh… ada yang makan helmet karang. Pantas dia swing helmet itu keperut Bani. Bos tak bos.. sekarang dah habis waktu kerja. Lantak aku nak buat apa!

Argh!!!!!! Terasa nak menjerit bila helmet tu mendarat atas perutnya. Bertuah punya Hijjaz! Tu la. kau pun satu Bani. Mulut tak jaga. Laju aje mulut kau tu menjawab nak cium si perempuan tak berapa nak perempuan depan ni.

Jazz terus menyarung helmet. Visor diturunkan. Motor itu terus berdesup laju.

“cium aku?? dia ingat aku ni divider yang dia senang-senang nak cium? Ahh!! Bodoh punya lelaki!!” kuat Jazz membebel atas motor. Tapi deru angin kuat membuatkan hanya dia yang dengar suaranya. Haih! Nasib aku sayang helmet. Mahal ni tau, 45 hinggit. Kalau tak aku layangkan kuat-kuat macam bola boling.

******

“aku rasa kau kena buat research dulu la Bani.. kalau kau approach lagi macam haritu, aku takut betul-betul kau kene cium rim.” Yus bersuara gusar.

“research? Pernah ke orang nak carik bini buat research?”

Yus rasa nak tepuk dahi. Sekali perkataan bini dia pakai. Betul serius ni. “try la. carik bestfriend dia ke, housemate dia ke,adik-beradik dia ke.”

“betul tu, betul. Tapi.. mana aku nak carik?”

“ape ke slow otak kau ni Bani? Apa guna fail peribadi kakitangan syarikat?”

Bani sengih-sengih pada Yus. Bagus.. bagus.. terlupa pulak aku.

Petang itu juga dia rembat fail milik Hijjaz binti Hasim balik kerumah. Masa aku study kat u dulu-dulu pun takde sesemangat nih.

Diselak helaian itu. Anak tunggal. Yatim piatu. Dia mendengus nafas. Dia tak jadi nak habiskan study. Fail itu ditutup semula.

Dia berfikir-fikir lama. Patut perwatakannya kasar. Patut dia tak suka dikasihani. Patut dia sangat tough. Hidup dia dah cukup susah. Pengalaman kerja berderet, walau semuanya tak kekal. Sekejap kilang ni,sekejap kilang sana, kedai 24 jam itu, sampai pusat snooker pun dia pernah jaga. tapi satu je soalan yang dia tak dapat jawab, kenapa dia tak suka ungkit pasal jantina?

Jangan-jangan… dia tu… err…

Takkanlah!

******

“awak kena tolong saya. Tolong bagitau saya.” Suara Bani separuh merayu. Nasib housematenya ni ada dirumah pada masa office hour. Tak sia-sia dia tinggalkan office.

“tak boleh.. awak bukan sapa-sapa. Awak takde hak nak tau!” Aishah bertegas.

“kan dah kata tadi.. saya majikan dia.”

“eh encik, kalaupun saya ni tak kerja pejabat, saya tau prosedur apa yang patut atau tak. Majikan nak tau cerita peribadi pekerja nak buat apa?”

“syarikat saya establish tau. Takde pekerja saya berekod hitam. Saya kena tau semua tu, prestasi syarikat kena jaga. Manela tau ada ahli keluarga dia banduan ke hape ke..pernah bunuh orang ke..”

“shhh!!shhh!!!” Aishah memintas ayat Bani. Dipandang kiri-kanan. Takut ada jiran-jiran menjengah.

“kenapa? Saya tercakap apa?” Bani blur.

“mana encik tau ayah dia pernah bunuh orang??”

Buntang mata Bani. BUNUH???? “ayah dia??”

Maaaaakkkkkk! Aishah rasa nak tampar mulut sendiri. Tak logik langsung la mamat ni boleh tau! Yang kau sengal sangat pergi tanya buat apa! “eh! takde apa! Takde!” dia sengih menutup cuak.

Bani dapat tangkap sesuatu disitu. “mak dan ayah dia dah meninggal.. so, ayah dia meninggal sebab hukum gantung? Bunuh orang?? Bunuh siapa??”

Aishah tak boleh tarik balik. Nak dicover pun dah tak boleh. Lelaki ni cepat sangat pick-up. Dia berserah. “mak dia.”

Bani termenung panjang. Dia cuba mengaitkan kisah hidup tragis ya amat tu dengan seorang perempuan, Hijjaz.

“janji dengan saya, jangan cakap benda ni depan dia. Dia dah cukup susah. Walaupun dia 25 tahun,tapi mungkin pengalaman kerja dia kalah orang umur 60 tahun.”

“jangan risau. Saya takkan buat dia susah.” Jaguar hitam itu meninggalkan perkarangan rumah. Sayu, sedih, entah apalagi perasaan yang menyelubunginya. Hijjaz, dia patut hidup dengan lebih baik. Bukan nak mendabik kata hidup dengan dia Hijjaz boleh senang dan bahagia, tapi atleast itu la yang dia azamkan.

*****

“encik panggil saya?” sopan Jazz bertutur. Dalam pejabat, waktu pejabat, Bani itu bosnya. Bukan mamat haprak yang dia meluat sangat-sangat.

“duduk.” Bani menyuakan tangan pada kerusi didepannya.

Jazz duduk perlahan.

“saya nak jaga awak.”

Jazz terlongo. Ayat versi apa ni? “jaga amende?”

“awak.”

Ok.ok. aku dengan Encik Rabbani sekarang ni kan? Dia rasa macam nak rebah ke jubin lantai. “apa encik cakap ni? saya hormat encik, lagipun dekat sini takde helmet yang saya nak layangkan.”

Bani tarik sengih. “saya mintak maaf. Saya taktau cara nak dekat dengan awak,Hijjaz. Saya ajak minum petang pun dah kena lenyek dengan helmet, kalau ajak dating agaknya helmet tu masuk dalam perut.”

Ok. he’s funny. Tapi tak terasa nak gelak guling-guling kat sini. “saya keluar dulu.” dia seret kerusi kebelakang.

“Jazz..” Bani tahannya di pintu. Mata Jazz diparas dadanya ditenung lembut. “tak semua lelaki macam ayah awak..”

“kau tak ada hak nak cakap pasal ayah aku!!!!!!!!”marah Jazz terus meledak. Pintu terus ditarik, sampai melibas belakang badan Bani. Halatujunya sekarang ketempat parking motor, bukan departmentnya lagi.

Entah berapa lama dia tak dengar pasal ayahnya. Daripada ayahnya ditangkap, masuk penjara, dan sampai ayahnya ditali gantung. Dia tak pernah minat nak ambik tahu, lagikan nak mencanang cerita. Dia dah puas dengan cerekarama yang direka oleh ayah sepanjang mak hidup. Dibelasah, dihentak, dikelar, cukup. Semua cukup.

Tanpa sedar, airmatanya laju mengalir disebalik visor.

*****

Esok pagi dia datang kepejabat dengan hati tenang. Puas dia mengurung diri dalam bilik, mengadu pada Tuhan.

Ramai orang berkumpul pada notice board.

Semua kakitangan tidak kira jawatan WAJIB memakai baju kebangsaan pada hari isnin.

Ha?????????? Jazz memegang dahinya. Mampus! Baju kurung. Itu yang terlintas difikiran. Semakin lama dia berfikir, dia rasa meluat. Ni semua mesti kerja mamat tu!

Aduhai… mana nak dikorek baju kurung? Raya pun dia dah lama tak sambut dengan baju kurung. Memang dia buat tak reti je pergi sembahyang raya dengan seluar khakis. Nasib tutup dengan telekung. Masalah! Masalah! Rabbani… dia mengetap bibir bila teringat 3 suku kata itu.

****

“Jazz, baju kurung aku dah siap gosok, ambik dalam bilik aku. harini kena pergi sekolah awal la, ada hal!” Aishah berteriak diluar muka pintu bilik Jazz.

“hmm!” mamai dengan menyahut. Tapi otaknya mula memproses. Yes! Ini pagi hari isnin! Aduhai~

Dia melangkah longlai kebilik sebelah. Baju kurung sutera warna kuning air elok tergantung dengan hanger. Kemain kau ye Aishah. Baju dry cleaning dia kasi pinjam dekat aku. satu note terkepit dengan kepit baju diatas hanger itu.

Pakai tudung la weh. Pakai baju kurung tak complete la takde tudung. =p

Dia pandang ke atas katil. Tudung 4 segi warna pink lembut tersedia disitu.

Hatinya terkesan sikit. Dia dah lama terfikir nak pakai tudung, tapi segan. Dia dahla ganas, minah motor, tiba-tiba berubah jadi ayu pulak. Rasa ragu-ragu tu dia ketepikan sebentar. Nak berubah, hati mesti berani beb! Bantai jela, buat first trial.

Dia pantas mandi dan bersiap. Saat tudung itu dipinkan kebawah dagu, dia berenti sejenak. Dah pakai tu Jazz, elok dah. Kau rilek je. Dia bagi motivasi pada diri sendiri.

Tiba-tiba dihadapan cermin panjang itu jugak dia teringat Bani. Malam tadi dia mimpi arwah ibu. Tak pernah-pernah lagi dia mimpi ibu walaupun masa dia rindu gila-gila. Tapi malam tadi elok je ibu datang dengan muka bercahaya.ibu tahu agaknya pagi ni dia nak jadi lebih baik. Syukur.

Ke…. ibu datang sebab ada hal lain?? Hatinya dah berentak lain macam. Ah! nasib!

*****

Office kosong. Ok, hari ni memang la hari isnin,hari malas bekerja. Tapi takkan la budak receptionist pun tak sampai lagi??

Dia masuk ke pejabatnya. Satu tingkat kosong! Pelik. Semua orang beriya bersiap dengan baju kebangsaan sampai lupa tengok jam ke?

“saya sayang awak. Saya nak jaga awak. Saya akan berusaha jadi lelaki sebaik mungkin untuk awak.”

Jazz meremang. Suara sayup itu datangnya dari belakangnya. Ok, Jazz.nak toleh ke takmau? Akhirnya kerusinya dipusing kebelakang.

Rabbani sedang melutut padanya.

Jazz tergamam.

“saya betul-betul nak jaga awak. Bukan sebab simpati, bukan sebab kesian.”

Diam lagi. Punggungya rasa terlekat diatas kerusi pusing itu.

“Hijjaz..”

Owwwwwwwwkeyyyyyyyyyyyyyyyyy…. Ini menakutkan!!

Bani memegang kotak 4 segi kecil. Kotak baldu. Hey, walaupun aku tak layan cerita jiwang macam perempuan lain, tapi aku tak bodoh nak teka dalam tu ada apa. Jazz berkata-kata sendiri dalam hati.

“jadi isteri saya?” kotak itu disuakan dekat padanya.

Jazz terdiam tak terkata apa. Dia tak biasa tengok cerita cinta. Kalau tidak, boleh jugak dia cilok ayat sikit-sikit nak reply.

Oh! tu hanya lawak yang dia buat dalam kepala. tapi dalam hatinya, rasa macam dah banjir. Tak pernah lagi ada orang hargainya sebegini sekali kecuali ibu dan Aishah. Dia memang tak pernah kenal apa itu cinta dan sayang pada lelaki, tapi sekarang dia rasa orang didepannya ni boleh buat dia rasa semua itu.

Bani memandang Jazz yang dari tadi bisu dikerusinya. Dia tak kisah penat lutut dan penat mendongak, tapi dia harap sangat Jazz faham apa yang dikatakannya. Dia memang dah sayang pada Jazz. Tak payah nak tanya ulang-ulang, dia memang dah kunci jawapan itu. Dia sayang Jazz. Dan harini, bila tengok Jazz melangkah dengan baju kurung dan tudung pink itu,memang sah-sah dia takkan nak tarik balik keputusannya! Jaguar bukan benda teratas dalam hidupnya lagi, tapi perempuan didepannya kini dah cop tempat tu.

Jazz diam. Lama.

Bani tau dia patut rilekskan keadaan. “awak nampak sweet. Nampak macam Hijjaz saya,bukan Jazz.”

“Hijjaz awak?”

“kalau awak benarkan, saya jadi pemilik awak.” Bani sengih nakal.

Jazz menangis.buat pertama kalinya, dia mengis beriya-iya dihadapan orang. “ibu…ibu.. malam tadi.. ibu.. ibu datang.. ibu panggil Hijjaz..”

“shhh…”

Jazz mengesat airmatanya dengan hujung lengan.

“hoi!!!!!!! Baju silk aku!!!”

Jazz ternganga. Aishah? Dia pusing kerusinya kekiri. “Aishah!!!! Tak guna!!!!”

“haip!” Bani menegur.

Jazz tak faham. “kenapa?”

“pakai baju kurung dah.. tudung dah.. menangis dah.. then, language kena la jaga.”

Jazz rasa pipinya merah. Segan.

“nak tak cincin ni? melutut dah setengah jam, semua ayat power dah keluar. Nak apa lagi?” Bani bertanya selamba.

Jazz mengambil kotak itu. “nanti saya fikir.”

“alahhhhhhhhhh..”
“ada pulak….”
“mana boleh ending macam ni….”

Terdengar suara-suara rungutan dari luar pejabat. Mak ai. Semua kakitangan ada! mana nak letak muka?

“Bani, costume semua dah ok.dah macam ala-ala pergi kenduri. Kau langsung jelah!” Yus menjerit.

“rilek dulu. Jaguar aku tak puas lagi hidup bujang! Nak kena kahwin dengan LC pulak tu! take time la bro.”

Hahahahahahahaha. Semua ketawa mendengar ayat Bani itu. Dengar macam main-main kan? Tapi tak bagi Jazz. Ayat itu penuh makna. Dia senyum. Bahagia.

54 comments:

Unknown said...

aiyok~ comey je bani ni..mcm bunny n friends.hik3

.:: Suhaidah Tan ::. said...

hahahah bez ya cerita ni lawak...

tzaraz said...

wahaaa...comei doh!

alin said...

ermmm...cucur ni kalau cari nme mmg best r...
lawak lak citerrrr tpi sedih gak part ayah dia 2...
rinduuuu..iqram..
ble nk smbg cucur

miss nina said...

memang best hijjaz n rabbani nih
bahagia jugak si hijjaz :)
erm.. sambungan pas kawen ade tak cik cucur?
nak tgk gak hijjaz versi ayu dan lemah lembut :)

Ummu Zol said...

wahh!!
trsgt la best...
good job!!

comei said...

so sweet la kak
hilang segala beban tensen ngadap buku hihihi
thanks ya!

Terubuk said...

Bestnye....kelakar...tp sweet sgt...ade part 2 tak? hehehehe...

uyunadhwa said...

gud job writer. like ur story

Farah Shamsudin said...

hu~
sweet nyer!!

Salmiza said...

bestttttttttt~

sweet je bani tu...

Anonymous said...

So sweet..

Anonymous said...

best ah...tapi kan....cam x logik jer...ade ke leleki yang sweet mcm 2?? sume lelaki sekarang blurr ah...masalah hormon agaknye..hehe ~ika hanira~

-Ain-Dak In- said...

hahahaha..
kelakar.
sempoi jek lamaran si bani..
gila baban la..
sempoi ar sis...

Anonymous said...

terharunya..huhu..
sooooooooooooooo sweet....
bila cik cucur nk msuk n3 baru istana??


*zasyah*

Proud Sewist said...

wee...syiok aja cita neh!
sweet sangat
sedih pn ada
ahahaha
touching la kejap kan

RinnTis said...

waaa... tawa ada, tangis ada. Kombinasi yg menjadikan cerita menarik dan bermakna walaupun simple. Tahniah :) tapi cepat betul Bani fall in love menjunam junam dengan Jazz... tapi sweetlah!

miss said...

kamu memang best cucur..

Dhamirah Sakinah said...

sgt chumel

cik dah ganu kiter said...

best sgt2 citer ni..good luck

~:: niz ::~ said...

sweet ye!!!

:.vain.: said...

hahaha..wat cte proposal cincaiiii je ko nh.
cool~ best3! =))

big said...

rempit gak cucur nih...haha.....hmm....best la citer nih..ada persamaan ngan hidop aku..jaguar tu idaman hati aku gak...tapi skang nih hanya mampu merempit ngan lc je...huhu

mama nursaafia & zafwan said...

bestnye cite....sedih bab ujung2 tu...menitik gak air mata nie...huhuhu

kasih(~,~) said...

sweetla jugak..

Anonymous said...

kau x pnah post cerita yg x best kan? sungguh hebat. kau buat aku kagum dengan kau :P

aisyah said...

adehhh....
first tgk tjuk igt cte psl adek bradek laki...
skali cam ramadhan ngan syawal daaa...
hahahaha....
sweet bangettt....sengeh aku sorg2 dpn comp ni...
niway cik cucur thanx ae...
ble nk smbg istana n kamu indah?rindu glerrr....

keSENGALan teserlah.. said...

whooaaaaa..
gile sweet cite nieh..
comey bangat...
ske2..
ske glerrr arh..

sugar2 kapas strawberry said...

sweet gler!!
best2

Nirrosette said...

One word - SUPERB! Hahahaha. Although mcm abrupt but its still.. good. super good. im speechless. hahahaha. XDD

hazaryu said...

best giler..

in_wired88 said...

interesting

MaY_LiN said...

hahaha..
lawak la sis..
font blog pun da tukar..
comel je..
cam dak kecik gak..

Anonymous said...

best...best...

ali_zahini said...

best!!

Anonymous said...

mcm ner leh pk nk wat citer mcm nie
hahahhaha
tp pape citer nie mmg best
ader gak unsur lawak
hehhee
i like

umi kalsom said...

walah....cucur
best la...;)

cik Aswar said...

best sgt! terharu jugak~~
kan siok klu ada lelaki cam bani..
huwaaaa... nak3!!! ^_~

Anonymous said...

best!!.. dah2 la tuh.. dah best dah cite nih,x yah buat smbung2, nnti ntah kemana cite kamu indah ngan istana :P

::eyrie::

Tfaaaaaa said...

good job laa cucur :)

misz nana said...

Best gilak! =]

T@juI said...

nice one :)
harap dapat jumpe pasangan gak nanti one day,hehe.

yannn said...

smbg pas hijazz kawen lak ye
msti lg best
smbg ye cik cucur

ZeRn said...

ahaxz!
comey gle cye nh..
ske2..!
gud job writer!

eiDnuT said...

patot buat novel jek crita nih.....haaa nak d manuskripkan pon buleh jek....buat sbelum dan slepas errrr hehehe ko paham x??

lela said...

weh sempoinyer cerita...........
aku ingat tadi citer pasal budak2 nasyid hehehehe.....
tuan rumah tak nak buat citer bersiri ker...
rasa cam tak puas la baca citer ni....
pepen best of luck!!!

Anonymous said...

hmmm....rse rsekn much much better cucur atap wat cerpen,novel pon bez gak tp mls la nk baca byk banget

intan_aya said...

swetnyer....
kalolah ade laki mcm 2 grenti sume pompuan kat dunie nie aman damai...

mmg love at first sight

Anonymous said...

here..take my heart...
*begin to stalk you*

Anonymous said...

adoi ase cm nk meleleh jek air mate ak ni...
bani mmg sweet...
beshnye..

tintabiru said...

sgt sweet n cute cte u ni..
n kalau lah hidup yg nyata semudah dan se'sweet' ni kan best..good job cucuratap..^_^

Bulanhijau said...

marathon cerpen cerpen kau di hari rayaa
memang idea terbaek untuk lupakan macam macam hal yang sedih. =)

memang gelak sengih habisan ni ha =))

Mar said...

the best la cucur!! ni 1st time bkak blog dh jmp cite best!

Unknown said...

speechless...
mmg swit,,.

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio