♡assalamualaikum

currently updating First.

Saturday, August 15, 2009

kamu indah [18]

Pagi itu, Reza bersiap-siap berkemas barang-barangnya. Dah bersedia nak balik ke Kuala Lumpur. Habis licin harta-bendanya. Takde satu yang dia tinggalkan di rumah Nek Ngah.

Marlia yang dah siap berbaju kurung turun kedapur untuk menolong Nek Ngah dan Indah.

“siap dah Marlia?” Nek Ngah menegur apabila ternampak Marlia turun dari tangga.

“sudah Mak Ngah. Bukan berkemas apa pun. Tidur semalam, apa lah sangat. Si Reza tu yang tak habis-habis berkemas. Barang dia macam dah berumah tangga dekat sini.”

Heh. Nek Ngah tergelak kecil. “Reza tu… berumah, bertangga, beratap dah dekat sini..”

Indah yang mendengar cuma mengunci mulut. Setakat mendengar. Tangannya masih cekap membalikkan roti pisang diatas kuali leper. Dia tersenyum sendiri. Hari pertama Reza kat sini, menunya roti pisang. Hari terakhir Reza kat sini, roti pisang jugak. Nek Ngah.. tak pernah lepa favourite cucu saudaranya tu.

“pandai Indah buat?” Marlia menegur lembut Indah yang berdiri dekat dengan kuali leper panas itu.

“itu dia lah yang tebar tadi!” Nek Ngah menambah.

Indah cuma senyum. Entahla. Berat sangat mulut dia nak berborak. Hati pun tengah berat ni.

Marlia membalas senyum. Lengan bajunya disinsing. Dia berdiri dekat disebelah Indah.
Matanya tak lekang dari memandang muka tenang gadis itu. Mak Ngah dah bercerita malam tadi. Dia pun bingung antara kebetulan atau keajaiban. Kebetulan, anaknya membawa Indah kerumah lepas jumpa didalam tali air. Atau keajaiban yang Tuhan anugerahkan, munculnya Indah dan Reza untuk memenuhi ‘kehilangan’ masing-masing. Missing piece bak kata orang putih.

“Indah… taknak ikut balik?” perlahan Marlia bertanya.

Indah menggeleng sambil tersenyum. “Indah nak stay sini lagi. Reza dah pergi, biar Indah yang dating dengan Nek Ngah pulak.”

Marlia mengambil sudip didepannya. Dia mengambil alih tugas Indah. “Indah tinggal dekat mana?”

“P.J”

“iye? Dekat mana? Makcik dekat Kelana Jaya.”

“oh! kebetulan la. Indah dekat situ jugak, SS6.”

“lah! Dekat! Makcik dekat dengan Golf Club.”

“laaa.. dekat situ je ke..” Indah tergelak. Keciknya dunia!

“senang-senang, datanglah. Anak perempuan makcik semua dah kahwin. Dah tak duduk situ.”

“tapi makcik, Indah duduk menyewa dengan kawan kolej kalau tak cuti. Jauh.” Ngelat selagi boleh ngelat.

“oww..” Marlia mengangkat roti pisang garing kedalam pinggan hidang. “ini aje kan?”

Indah angguk.

“Mak Ngah, boleh makan dah kita.” Marlia berkata pada Nek Ngah yang dari tadi dok mendengar perbualan dia dengan Indah.

“Indah, panggilkan Reza dengan pakcik?” Marlia meminta pertolongan Indah sementara dia takde buat apa.

Pantas Nek Ngah memotong. “ehh.. tak apa. Indah, buat air. Biar Nek Ngah yang pergi panggil.”

Indah terdiam. Nek Ngah….

Marlia yang tak mau bertanya lebih cuma membiarkan.

****

Nek Ngah masuk kedalam bilik depan itu. kelihatan Reza tengah memasukkan baju yang berlipat dari atas katil kedalam beg. Semua barang yang nak dibawa balik dah diketepikan atas katil. Dah macam hape je katil tu. Sepah!

“Reza?”

Reza mengangkat mukanya. “Nek Ngah..” senyum.

“banyak lagi ke?” Nek Ngah duduk diatas katil. Setentang dengan Reza.

“tak.. sikit je lagi..”

“Reza?”

“hurm?” tumpuannya masih berkemas.

“kenapa buat Indah macam gitu?”

Reza berhenti. “buat apanya?” berkerut dahinya.

“kenapa tak tegur dia? dah taknak kawan dengan dia?”

Reza kembali mencapai baju terlipat. Dibuka lipatan, lepastu dilipat balik. Digulung-gulung, diregangkan balik. Kolar baju itu sekejap dinaikkan, sekejap diturunkan kebawah.

“Reza? Nek Ngah tanya Reza ni…”

Reza terus memasukkan baju kedalam beg. “takdepe la Nek Ngah.”

“tak baik macam tu, Reza. Kenapa? Sebab Reza dah nak balik, Reza dah tak payah kawan dengan dia? bagai guna-guna alu,sesudah menumbuk dicampakkan aje.”

“bukan macam tu la Nek Ngah…” payah sungguh nak explain!

Nek Ngah diam. Geram tengok Reza yang buat selamba memasukkan baju kedalam beg tengah-tengah dia bercakap serius ni.

Humph. Reza mendengus. “susah la Nek Ngah. Reza taknak terbawa-bawa… Reza bukan orang bujang yang hidup senang-lenang takde masalah, tak payah fikir apa-apa...”

Nek Ngah terdiam. Berfikir.

“Nek Ngah tak payahla fikir lebih. Biar je macam ni. Bukan ada kesan apa-apa pun dekat Indah, nanti-nanti dia lupa la tu..”

‘tapi Reza tak tau Indah sayang Reza’. Sebaris ayat itu menerpa dalam fikiran Nek Ngah.

“Nek Ngah nak tengok Reza masukkan baju ni sampai habis ke ni? baik Nek Ngah turun sarapan dulu. nanti kejap lagi Reza turun. Ok?” ceria aje Reza bercakap.

Nek Ngah merenung Reza dalam-dalam sebentar sebelum dia bangun berdiri. “yelah. Sukahati Reza lah.” Dia mengalah.

*****

Meja makan itu riuh dengan suara borak dan gelak ketawa meriah. Ahmad yang tak habis-habis mengusik Nek Ngah, Marlia pula memenangkan suaminya. Haih! Tergelak-gelak Nek Ngah menahan diri.

Tapi ada dua orang dimeja itu memang senyap sunyi. Orang berborak, mereka tak menyampuk. Orang bergelak ketawa, mereka senyum pun tak.

Indah yang tak tahan dengan keadaan itu terus bangun mengangkat pinggannya ke singki.

“Indah? Sikitnya?” Ahmad menegur Indah yang dah ke singki.

“dah kenyang pakcik. Nek Ngah, Indah nak ke bendang. Boleh? Nak pergi tangkap gambar.” Tangannya yang basah itu dilap pada kain batik yang dipakai.

“tengah musim ke sekarang Mak Ngah?” Ahmad bertanya lagi.

“orang sekarang, bukan kira musim. Buat bendang pun tak macam dulu. Benih tu ditabur aje.”

Indah pantas senyum dan terus berlalu keatas. Diseluk beg tangannya, handphone berkamera itu dicapai. Sejak sampai sini, memang tak pernah switch on pun lagi. Entah ada bateri entah tak, dia tak peduli. Dia bukan betul-betul pun nak tangkap pemandangan yang menghijau tu.

Satu kertas berlipat jatuh dari sudut meja solek. Terkena libasan handbag Indah agaknya.

Indah baru nak membuka lipatan kertas itu bila dia terdengar bunyi enjin kereta dipanaskan.

Dah tak sempat dah! Baik pergi sekarang. Kertas dan handphone digenggam kuat-kuat. Kakinya cepat menyarung selipar dimuka pintu. Dihayun langkahnya pantas.

Saat dia berjalan diatas batas, airmatanya dah turun laju. Dia tak boleh nak tengok Reza balik. Dahla Reza memang tak layan dia dah dalam minggu ni. Dia dapat rasa yang dia takkan dapat jumpa Reza lagi. Dari dia dok menatap muka Reza keluar dari halaman rumah, baiklah tak payah tengok terus.

***

Reza tunduk menyalam tangan Nek Ngah. Dah nak bertolak balik.

“bila nak jumpa diorang tu nanti, baik-baik. Kalau diorang tengah marah, sabar je. jangan melawan. Anak harimau jangan diajak bertampar, ingat-ingat kukunya.” Nek Ngah berpesan.

“InsyaAllah Nek Ngah. Takkanlah Reza nak buat ntah apa-apa.”

Nek Ngah senyum aje.

“Mat, kamu sejak dapat Dato’ ni payah sungguh nak balik.”

Ahmad yang dah sedia ditepi keretanya tersenyum lebar. “Mak Ngah ni, saya ingat lagi jalan balik sini. Mak Ngah jangan la risau. Ada masa saya balik.”

“Ayah, Ayah keluar dulu la.” Reza mengarah. Halaman yang tak besar mana ni bila kena sumbat dengan dua four-wheel-drive memang kena pandai-pandai nak reverse. Silap-silap ada terjun parit kat depan tu.

“balik Mak Ngah.” Marlia melambai dari tingkap kereta.

Nek Ngah yang berdiri depan pintu melambai kembali.

Reza dalam kereta dah siap sedia nak memandu. Sementara menunggu kereta ayahnya dibelakang untuk keluar, dia memilih cd yang bersusun.

Cd berwarna hitam dipegang. The Fray? Tak sesuai.

Dia menarik keluar album For[n]ever. Butang next ditekan dua kali.

I wake up all alone
Somewhere unfamiliar
Been gone so many days
I'm losing count
When I think of home
I see your face
Though I have to wait
You're so close yet so far
It's tearing me apart
What I would do to be there with you
You're so close yet so far
It's tearing me apart
What I would do to be back with you
I miss hearing your laughter
All the little things..

Pin!!!!!!!!!!!!!!

Bunyi hon dari kereta ayahnya mematikan nyanyian vokalis Hoobastank itu.

Reza masuk gear reverse. Dia berkata sendiri, suit me well.
Harrier itu diundur perlahan.

******

Ditengah bendang, diatas batas yang mengasingkan petak-petak sawah, Indah membuka perlahan lipatan kertas itu.

‘my Iris,
Sweet pea.’


Bibirnya menarik senyum.







*meaning ayat Reza tu on the next epi eh? thx.=)

17 comments:

MaY_LiN said...

alololo..
pandai nye nak jauhkan diri yea..
sis..ader typing error la..
lupa jadi lepa..
yang part mak reza nak g tu..
kan panggil mak ngah patutnye..
tamo marah tau..
klu marah nanti akak tium..
hikhikhik

X0X0?? n0o0o0o way!!! said...

hope n3 bru cpt la msk ek...
nk tau pe mksd tu...
hope nnti reza blk kg blik...
cian kat indah...

Sha said...

cian nye indah..
pe la rez wut indah cm2..
nih yg xsbr2 nk tau pe mksd ayt reza 2..
smbg cpt2 eyh cucur..=)

Bulanhijau said...

alalala..
cianny kat indah.

ap ek mksd ayat reza tu??
smbg2

.:: Suhaidah Tan ::. said...

bez2..tapi mdsud ayt tu apa?

aisyah said...

tacing laa n3 kali ni...
sian kt indah...

DianaTakyuddin said...

xtau da nk ckp pe...
just, cepat2 r smbg ek...hihi

cdeh nyer pasni lme xleh bce coz nk blik msia...huhu
umah x de tenet...:(

misz nana said...

Apa la agaknya maksud ayat Reza tu?
X sabar nak tau ni..

Amal said...

uhhh~
cepat2 entry baru keh!

keSENGALan teserlah.. said...

walaweyhh..
huhu...sedey lak rse..
ngeeeee..smbung2..

cakeraliutpadat said...

huhu...
indah da kene tggl..
sgt sedey..
due hati berhsie..
hope mama reza nieh phm n encourage reza untk dptkan indah..

Unknown said...

whoaa~gilak ah!!mau nangeh bc cte nih..best gle dowh..smbg aa cpt2 eh eh sis~

Farah Shamsudin said...

huhu~
waiting for the meaning!!!
hak3..
nak n3 bru, cpat2 nyer??!!
hu~

endless love said...

my Iris
sweet pea

mcm cute je maksudnyer.hehehe

atiQah said...

~~cpt..cpt..cpt..sambung!!!

~~sweet...indah sama reza..dalam ati ada chenta,dalam diri ada rindu....~~

go foward cucur~~

Unknown said...

tersentuh btul n3 kali ni
terasa mendalam....

ceritaku MEMORIKU said...

nape reza wat mcm tu.sian kat indah
mama reza dh tahu.hope ma die phm.reza untuk indah n indah utk reza.
sukesukesuke.maksud ayat tu ape.
ahakzzzz
-na'dz

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio