♡assalamualaikum

currently updating First.

Sunday, August 9, 2009

kamu indah [17]

Indah makin pelik. Semakin hari, Reza semakin menjauhkan diri. Kalau Reza masuk tidur awal dan setiap masa solat ke surau tu takpe lagi. Tapi bila dimeja makan pun taknak tegur, dia sakat Reza pun Reza buat muka redha je, tu memang dah lain macam.

Pagi itu, Indah melepak menonton rancangan tv dengan Nek Ngah. Reza pula yang makin selesa berjauhan dengan Indah melepak di anjung membelek surat khabar.

Sebuah kereta pacuan empat roda menyusur masuk kehalaman teratak Nek Ngah. Reza melipat surat khabarnya bila terdengar suara geseran tayar yang makin jelas ditelinga.

BMW X5. Plat negeri Selangor. Sekali imbas Reza dah tau siapa yang datang.

“Nek Ngah!” Reza berteriak perlahan dari anjung. “ayah dengan mak datang!”

Sekilas Nek Ngah dan Indah mengalih pandangan pada muka pintu.

Nek Ngah nampak gembira. Tersengih aje. “lah!! Mat datang!! Bertuah betul tak bagitau siang-siang!” punggungnya terus diangkat dari sofa rotan itu. Menuju ke muka pintu nak menyambut.

Indah tersenyap sekejap. Keras rasa badannya. Mak ayah Reza?? Dia tak tahu nak beri reaksi macam mana. Nak disalam dengan penuh hormat ke? atau lari masuk dalam bilik kemudian duduk senyap-senyap?

“Assalamualaikum Mak Ngah..” Marlia mengucup tangan Nek Ngah mesra. Pipi dilaga-lagakan. Lagak mesra benar.

Ahmad pula mengambil giliran bersalam selepas mengeluarkan barang dari boot kereta dibantu Reza.

“Mak..” Reza tunduk bersalam dengan ibunya.

“jauh anak mak merajuk..” Marlia senyum mengusik.

Reza tak terkata apa. Dia senyum aje. Mak dah mula sesi perli-memerli.

“biasalah tu… anak bongsu…” Ahmad pula mencelah.

Reza buat muka malas. Ni baru atas tanah, belum masuk rumah lagi dah kena macam ni. Ayah dengan mak ni memang laa..

“sudah-sudah. Meh kita masuk. Reza, bawak beg naik atas. Jom-jom..” Nek Ngah pantas meredakan keadaan.

“Kita duduk dapur la Mak Ngah. Lagi berangin.” Marlia memipin tangan Nek Ngah terus kedapur bawah. Suaminya mengekor.

Reza pula naik keatas membawa beg dan oleh-oleh yang dibawa mak dan ayahnya. Mengalahkan orang pergi luar negara, berguni-guni barang yang mak dengan ayah angkut ke kampung.

Reza terhenti bila tengok Indah tercegat berdiri didepan pintu biliknya. Dia mengelak untuk bertegur.

“Reza..” Perlahan Indah menyapa.

Tak dapat nak mengelak. Reza berpaling. “hmm, kenapa?”

“Indah nak kena turun bawah ke, kunci diri dalam bilik?”

“sukahati Indah la.” Reza terus menghilangkan diri kedalam biliknya. Alamatnya malam ni tidur luar la aku.. barang-barang tadi diletakkan disudut bilik.

“Ya Allah Indah… kenapa tercegat aje kat situ. Meh, turun sini. Kenal-kenal.”

Buntang mata Reza bila mendengar suara ajakan Nek Ngah dari luar bilik. Sudah!

Indah turut sahaja. Dia pun tengah blur nak buat apa. Ikut ajelah.

Indah bersalam dengan Marlia dan mengangguk sikit pada Ahmad. Dia berdiri tegak disebelah kerusi Nek Ngah.

“ini cucu angkat Nek Ngah. Indah namanya.”

“Indah?” Marlia ternganga besar.

“iye. Sedap namanya kan? Indah, ni Marlia. Maknya Reza.”

Indah balas senyum.

“Oh! memang nama Indah ye? Indah.. macam orang dia.” Marlia memuji.

Indah terkaku. Nak senyum lebih-lebih karang dikata perasan lebih pulak.

“sejak dia duduk sini, berkawan la dia dengan Reza dua orang.”

Ayat Nek Ngah disambut gelak tawa Marlia dan Ahmad.

“manede la. Reza dating dengan Nek Ngah je tiap-tiap hari.” Suara Reza memintas tiba-tiba dari arah tangga.

“dah pandai dating ye? Tu yang tak pandai-pandai nak balik.” Marlia memerli lagi.

Mereka sekeluarga dah duduk semeja. Indah pun dijemput duduk sekali walaupun dia haram tak faham apa-apa pasal keluarga didepannya ni.

“Mat, kenapa datang tiba-tiba ni?” Nek Ngah bertanya pada ayah Reza.

Ahmad jeling pada Marlia disebelah. Marlia jeling pula pada anaknya.

“kenapa mak?” Reza bertanya pelik.

“mak dengan ayah datang sebab nak Reza balik.” Marlia berjeda sekejap. “Reza, jernihkan balik apa yang terjadi. Jangan lari macam ni. Cukup-cukup lah.”

Muka Reza tegang. Nek Ngah dan Indah biarkan sahaja perbincangan anak-beranak itu.

“Reza ada cuti lagi 2 minggu.” Selamba Reza menjawab.

Ahmad menarik nafas panjang. “balik Reza. Benda tak selesai macam ni.”

“apa lagi yang tinggal ayah?” nada Reza masih terkawal.

“jangan ingat dah jatuh talak tu dah selesai Reza.” Ahmad menjawab tegas.

“kalau pasal mahkamah, Reza dah uruskan.” Reza menjawab laju. Dia dah tetapkan tarikh prosiding penceraian. Dah dikemukakan pada mahkamah syariah. Bila dia mula bekerja nanti, baru proses akan bermula.

“ayah tak cakap pasal mahkamah. Ayah dengan mak tau Reza pandai mengurus. Tapi Reza, bercerai bukan bermaksud berpisah dengan isteri je, tapi keluarga belah sana jugak.”

Reza rasa tekaknya perit. Dia memeluk tubuh. Dia rasa tak selesa bercakap begini dengan mak dan ayah bila Indah ada bersama. Matanya dari tadi mencuri pandang pada Indah.

“kita bincang nanti-nanti lah.” Reza terus berdiri.

“nanti!” Indah turut bangun dari kerusi. “errr.. biar Indah masuk bilik dulu. Reza duduklah sini. Bincang kasi habis.” Perlahan Indah melangkah naik ketingkat atas.

Beberapa pasang mata dimeja makan itu saling pandang. Seakan menafsir fikiran yang sama.

Reza duduk kembali di atas kerusinya sambil matanya tak lepas memandang tangga. Indah….

“Reza?” ayahnya kembali menegur.

Reza kembali memandang wajah mak dan ayahnya.

“balik, Reza. Semua nak tahu apa yang jadi. Reza lari, Julia lari. Macam mana benda nak selesai?”

Julia. Hati Reza berdetik. Humph. “semua dah selesai mak…”

“sekadar bagitau keluarga korang dah bercerai tak selesai lagi, Reza. Mak dengan ayah taknak paksa Reza cakap, tapi mak dengan ayah tak boleh nak diam bila keluarga mentua Reza tak senang hati taktau kenapa anak perempuan dia tiba-tiba diceraikan.” Tegas Marlia bersuara.

Reza mendengus malas. “suruhla diorang tanya anak diorang sendiri..”

“tak boleh macam tu, Reza. Reza patut bertanggungjawab bagitau..” Ahmad memintas ayat anaknya.

“tak boleh ke kalau kita lupakan aje? Let go benda ni. Reza dengan dia pun dah tak ada apa-apa. Kami berpisah cara baik. Tak ada sapa-sapa berdarah, sapa-sapa masuk icu. Dia ok, Reza pun ok. Dah. Setel. Tak payah nak ungkit-ungkit lagi.” Reza cuba nak menyorokkan sebab.

“Reza, senang macam tu je kan Reza cakap? Let go? Kalau anak perempuan mak yang kena cerai sehari lepas nikah, mak kejar lelaki tu dengan parang.”

“mak….” Reza meraup muka dengan kasar. “masalahnya, bukan Reza suka-suka, seronok-seronok bercerai, mak!”

“habistu, bagitau mak dengan ayah sekarang. Kenapa Reza bercerai?” Marlia mula menekan.

“kan Reza dah cakap… Reza taknak ungkit dah. Mak dengan ayah pun kena la faham..”

“memangla kami cuba faham, Reza. Tapi sekarang ni, dah sebulan lebih Reza dengan Julia lesap dari KL. Mak dengan ayah tak la risau mana sebab Reza tu lelaki dan kami tahu Reza balik sini. Yang si Julia tu, dahla perempuan. Sebulan lebih mak ayah dia tak tau dia lari kemana!” Ahmad pula cuba menerangkan.

Reza makin kusut. Matanya dipejamkan sambil tangannya mengurut-urut dahi. Pulak dah… aku lari, Julia pun nak lari jugak!! Tapi benda tu memang dah expect dah. Sebab takkan dia nak kena tekan dengan orang sekeliling bertanya sebab? Ni tak lain mesti dia nak aku jugak yang menjawab semua.

“Reza..” Nek Ngah masuk campur. “baliklah Reza, balik. Reza lelaki, Reza kena tanggung semua ni. Tak baik buat mak ayahnya macam tu.”

“tapi Nek Ngah..”

“fikirlah, Reza. Reza bukan budak kecik lagi. Mak dengan ayah pun dah biar Reza sebulan lebih kat sini. Sikit pun kami tak kacau. Sekarang balik la Reza. Pergi jumpa mentua Reza. Cakap, jelaskan satu-satu.”

“nak ke diorang jumpa Reza, mak? Entah-entah diorang pasang dawai elektrik dekat pagar rumah. Belum sempat Reza nak masuk dah mati kena renjat.”

“Reza! Tak baik cakap macam tu. kalau diorang marah sekalipun, diorang ada hak. Siapa yang tak marah kalau hidup anaknya jadi macam tu? cuba cakap dengan mak?”

“tapi bukan salah Reza hundred percent..”

“tak kisahla salah sapa-sapa. Tapi Reza kena ingat, yang jatuhkan talak tu Reza.” Maknya mengingatkan.

Aduh~~~ Reza makin sakit kepala. Nak berdepan dengan mentua pulak dah… kacau! Kenapa bekas mentua dia tak boleh je lepaskan semua ni? tengok mak dengan ayah, cool je. Sabar je. Tak de nak marah-marah, parang anak orang ke hape. Dah kata takdir, terima ajela. Apa pulak yang dia nak goreng depan bekas mentuanya nanti? Untuk masa sekarang ni, dia tak boleh nak rekacipta apa-apa alasan logik selain berkata benar aje. Aduhai~ nak cakap benar tu lah yang payah.

“Reza, dengar Nek Ngah cakap ni. Tak baik susahkan hati orang tua. Kalau la Nek Ngah yang ada dekat tempat bekas mentua Reza tu, Reza sanggup tengok Nek Ngah menunggu alasan setiap hari?”

Ahmad, Marlia dan Nek Ngah menunggu reaksi Reza dengan sabar. Reza senyap aje. Lama dia bermain-main dengan plastik lapik meja. Sesekali jarinya mengetuk meja rata itu.

Reza berperang dengan diri sendiri. Balik sekarang? Pergi jumpa bekas mentua? Apa yang dia dapat pun kalau pergi, gaya dia dapat putar balik masa. Tapi betul kata Nek Ngah, diorang tu orang tua. Bekas ibu bapa mentua dia jugak. Bukan orang lain yang ada bau-bau bacang je. Buat diorang susah hati sama la dengan menyusahkan orang tua sendiri.

“Reza ikut mak dengan ayah balik.”

Nek Ngah lega. Dia tau, Reza takkan sampai hati.

Marlia dan Ahmad berpandangan sesama sendiri. Reza masih anak bongsu mereka, anak bongsu yang senang dilentur, yang tak akan sesekali menyusahkan mereka. Syukur, Reza ini masih seperti Reza dahulu. Cuma yang musykilnya, kalau ini masih Reza anak bongsu mereka, kenapa dia tergamak bercerai dengan cara begini?

****

Nek Ngah naik ke atas dengan pelbagai rasa. Lega, sebab Reza nak bertanggungjawab menyelesaikan semuanya. Sebal, kerana satu masalah baru akan menimpa cucunya itu. Juga risau, kerana Indah…

Nek Ngah teringat akan Indah yang menghilangkan diri dari tadi. Nek Ngah menyelak langsir bilik Indah. Pintunya terbuka.

Hampir luruh jantung Nek Ngah melihat Indah yang mengerekot menangis ditepi dinding bilik.

“Indah…. Ya Allah… Indah…. Kenapa ni???” Nek Ngah terus memeluk Indah.

“Nek Ngah… betul… betul ke… Reza dah nak balik?” entah kenapa, dadanya rasa sesak bila mendengar keputusan Reza yang nak balik ke KL. Bukan lagi balik sehari dua, tapi balik terus. Macam mana Reza nak berhadapan dengan bekas mentuanya nanti? Macam mana Reza nak selesaikan semuanya? Takkan Reza nak cakap benda betul? Bertubi-tubi kerisauan dia pada Reza.

Nek Ngah memandang muka yang habis basah dengan airmata itu. Dibetul-betulkan rambut Indah yang berserabut. “Ya.. Reza nak balik. Reza kena balik.” Nek Ngah menekan perkataan ‘kena’ itu.

“kenapa diorang buat Reza macam ni? semua ni bukan salah Reza! Reza tak salah! diorang jahat… diorang paksa Reza..” tersedu-sedu Indah melawan tangis didepan Nek Ngah.

“bukan paksa. Diorang berhak tau apa yang jadi. Reza kena terangkan semuanya. Reza dah tak boleh lari lagi. Kesian mak ayah perempuan tu. Tertunggu-tunggu.”

“kalau diorang marah Reza macam mana?” bulat mata merah itu memandang muka Nek Ngah.

“nak buat macam mana, Reza kena la terima.”

“tak boleh… tak boleh.. diorang tak boleh buat macam tu.. sebab Reza tak salah..”

“kalau Reza tak balik, lagi la diorang ingat Reza yang salah..”

“habistu? Anak diorang lari takpe pulak!” geram sungguh!!

“Indah… Indah kena faham…”

Indah menangis lagi. Makin laju airmata yang merembes keluar. Dia tak boleh terima semua ni. kalau ikut rasa hati, nak je dia hambur semua cerita kenapa Reza dengan bekas isterinya bercerai. Biar semua ternganga. Biar semua orang tau, Reza tak salah.

Tapi dia tau, dia takde hak nak buat macam tu. Tak patut dia campur tangan. Dia sedar, dia bukan sapa-sapa.

Dia rasa geram pulak dengan Reza. Kenapa nak baik-baik sangat? kenapa tak pertahankan diri sendiri?

Nek Ngah sayu melihat Indah menangis macam tu sekali. Taktau apa lagi ayat pujuk yang dia nak keluarkan.

“Indah.. Indah risau dekat Reza ye?” Nek Ngah senyum. Cuba menenangkan Indah.

“tak…” Indah mengelap airmata dengan hujung lengan t-shirt.

Nek Ngah menunggu jawapan Indah seterusnya.

“Indah sayang Reza.”

Nek Ngah terdiam sebelum menarik Indah kedalam pelukannya.

31 comments:

zarith said...

aduh..'indah sayang reza'
double cutesss...
smbung lg...

saadiah~~ said...

suke2..
cepat tol cucur msk n3 baru..
hehe..

DianaTakyuddin said...

kau...direct jer indah ckp...best2!!

R'anS said...

lalalala... wah.... indah n reza...

X0X0?? n0o0o0o way!!! said...

yes indah dh ngaku die syg reza..
ala mntk2 la reza dgr pngakuan indah tu....
gedik la julia tu yg g lari kn diri 2 npe?/
hope bia reza cite bnda btul kt parents julia...huhu
cian kt indah..
cucur cpt la msk n3 bru ek...
xsbr nk tggu....

.:: Suhaidah Tan ::. said...

waw bez wow..klu hari2 ada smbungn lagi mntap

Sha said...

yeaa!! indah ngaku syg reza...
hope la reza dgr pengakuan syg 2..ekeke
sdey bl reza wut bo lyn ngn indah..
xmo la cm2 reza...
indh syg ko la reza..
ape la...
yg julia nih..nk p larikn dri gk wtpe..
de yg slh..xigt plk..ish3..
smbg lg cucur..=)

Amal said...

gilew ah!!
nk lagi~~~
=p

onarness~~~me~~~ said...

waa~~~sweet~~~lagi cik penulis
*seronok penulis letak byk n3*hehee

MaY_LiN said...

ahahaha..
indah da confess..
yea..yea..

Tfaaaaaa said...

*thumbs up*

::9W2PHY:: \(^_')/ said...

cute2!

Mimi Nurisya said...

wa....tgok...
indah cool je luahkan yg dia syg reza...
reza ni je yg nk sorok2...huhu
best2...sambung lg cucuratap

misz nana said...

Waaaaa~ Indah dah wat confession..
Agree ngan X0X0..
Harapnya Reza dgr la ayat2 cinta Indah tu.. Hehe..

aisyah said...

idup nyusahkn org je julia ni!!
geram aku...

Bulanhijau said...

'indah sayang reza'

waaaaaaaaaaa~
both dah confessed.

reza taknak cte perkara sbenar sbb taknak aibkan julia kan??

smbg2

Farah Shamsudin said...

gee~
wargh..
"indah syg reza"..
wah,
bgus la..
dua-dua da ngaku..
hak3..

keSENGALan teserlah.. said...

ngeee..
n3 emo weyhh..
haha..
indah pon da confess..
ske2..
nek ngah,,satukan dorang cpt..
huhu..
reza,,awat cmnie..npe jauhkan diri..
cian gler kat indah..
huhu..smbung2..

ceritaku MEMORIKU said...

huh.mak ayah reza dtg suh reza balik.
indah nangis.
and indah sayang reza.
tapi kalo reza jauhkn diri juga mcm mane.
sokong xoxo hope reza dgr.adoiiii
comelcomel.sukesuke
-na'dz

Anonymous said...

besh2

Firhan A. said...

ahernya indah ngaku gak perasaan dia.. hee..

umi kalsom said...

waa...

best cucur ;)

comei said...

waaa baguih2
indah da ngaku lalalala

in_wired88 said...

no no no..
rasa cam bnyk jer perkara yg akan menghalang dorg..

Anonymous said...

gosh..besh2..
reza sayang indah-indah sayang reza..
lalalala~

smbung lg cucur ^_^

-che na-

Anonymous said...

so sweet...comel giler
'reza syg indah'
'indah syg reza'
best2
sambung cepat2...

aqilah said...

mmg sepatutnya reza berterus terang, agar masalah selesai. and........ indah dan reza boleh bersama........best, mmg best!

Anonymous said...

HAHA puas hati aku. skang ni dua-dua dah confessed feeling masing2 kat nek ngah. lpas selesai hal reza, nek ngah, silalah mainkan peranan cupid tu ye
hehehe :DD
julai ni overdose la gedik-isme dia tu. aku rendam dlm washing machine kang. hailaa -,-

Anonymous said...

wey npe reza bercerai ek??reza da cte ek kt indah npe dye cerai???

ღpanda_onchairღ said...

hihihih,,,
k.cucuratap mmg best ++++ la,,
keh3,,,
nk ag n3 bru!!!

c.o.r.n.e.t.t.o.0.d.f

Unknown said...

Just one word. NICE...

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio