♡assalamualaikum

currently updating First.

Saturday, August 8, 2009

kamu indah [16]

Reza turun kedapur bawah dengan pakaian ringkas. T-shirt kelabu dan seluar paras lutut hitam. Dia mengintai-intai mencari Nek Ngah tersayang. Pagi lagi nih, kalau kacau Nek Ngah syok jugak. Dah malas nak kacau Indah sebab dia bo layan je. asyik mengadap cerita-cerita P.Ramlee. ha, tu la. dulu mengata. Cerita P.Ramlee tak up to standard. Sekarang kan dah balik ke muka sendiri. Naik berasap tv tu menayang cerita P.Ramlee dari siang ke malam.

Kelihatan Nek Ngah terbongkok-bongkok mencapai parang panjang yang terselit di bawah dapur.

“Nek Ngah, nak buat apa tu?” Reza bertanya ingin tahu. Perlahan dia mendekati Nek Ngah.

“nak menebang pelepah dekat atas batas tu ha. Dah kacau lalu-lalang orang dah.”

“biar Reza yang buat la Nek Ngah.”

“alah. Takde apanya. Sikit aje.”

“laaa Nek Ngah ni. Meh la parang tu.” Reza mengambil parang panjang itu dari tangan Nek Ngah.

Nek Ngah senyum panjang. Ada-ada aje Reza ni. Tu dah habis idea nak buat apa la tu.

“Indah mana?” Nek Ngah bertanya bila mereka sudah mula melangkah keluar rumah.

“tuuuuu…” Reza memuncungkan mulut pada bahagian ruang tamu atas. “lepas ni habis semua dialog P.Ramlee dia hafal.”

Haha. Nek Ngah tergelak kecil. Indah…Indah. “budaknya serupa moden, tapi elok perangai dia..”

“elok gitulah Nek Ngah. Degil dia boleh tahan jugak.” Reza dah mula mencapai pelepah pisang yang dah terjulur mengacau laluan.

Srappppppp!!! Kuat Reza melibas hujung pelepah itu. Dicampak ketanah.

Nek Ngah yang berdiri menghadap parit disebelahnya tersenyum sorang-sorang. “degil sangat ke dia tu?”

Huh! Reza meraup rambutnya sebelum mengalih muka memandang Nek Ngah. “degil ya amat. Kalau tak, takkanlah dia tak balik-balik sampai sekarang.” Dah sebulan lebih, mengikut perkiraan Reza. Memang tak ada tanda-tanda dia nak balik semula ke KL.

“keluarga dia tak kata apa pulak?”

“nak buat macam mana Nek Ngah.. dapat anak degil macam tu. Disuruh pun bukan dia nak ikut. Orang macam tu, hidup dia ikut aturan dia aje. Orang lain dia tolak tepi.”

“tapi Nek Ngah tengok, kalau Reza yang kata, dia ikut je?”

“mana! Puas kena gertak, kena tekan, kena tipu baru dia nak buat.” Reza tergelak sendiri. Teringat kejadian dia menyuruh Indah telefon ayahnya, puas jugak dia mengugut.

Nek Ngah sengih panjang. “faham sungguh Reza dengan perangai Indah ye?”

“berbulan duduk satu rumah Nek Ngah…”

Nek Ngah masih senyum. Dia tunduk mengutip batu-batu kasar dari tanah. Dibaling satu persatu kedalam parit. Airnya taklah dalam mana, tapi kalau dia yang turun, tenggelam juga pinggang.

Glup! Glup!
Terpecik sikit air bila batu-batu itu tenggelam ke dasar.

“Reza ingat tak lagu yang Nek Ngah suka nyanyi masa Reza kecik-kecik dulu?”

Reza yang dah galak berpeluh mengalih perhatian pada Nek Ngah. “lagu mana satu ni Nek Ngah? Rasa Reza, masa kecik-kecik dulu, Nek Ngah ni macam recording artist dah. Banyak betul lagu yang Nek Ngah nyanyikan untuk Reza.”

Nek Ngah tergelak dengan usikan itu. Dia menggeleng-geleng. “tanya sama pokok..” Nek Ngah mula menyanyi baris pertama.

Hahaha. Reza terhenti dari membuat kerja. Lagu tu! Dia mula menyambung.

“apa sebab goyang, nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama angin, apa sebab hujan
Nanti jawab angin tanyalah awan..”


Haha. Serentak Nek Ngah menyambut rangkap kedua bersama-sama Reza.

“awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Lihat dalam air nampak bayang-bayang
Campak satu batu bayang pun hilang.”


Hahaha. Reza mengambil satu batu kecil dari tangan Nek Ngah dan campakkannya kedalam air parit. Aish, nostalgia betul! Ini la lagu yang dia dan kakak-kakaknya dok memekak bila melepak dekat parit atau tali air. Duduk menjulur kaki kebawah sambil main campak-campak batu. Masa tu tak ada orang nak marah, yelah budak-budak lagi. Main campak batu sampai cetek air pun takde siapa nak bising.

“takkan sampai situ aje?” Nek Ngah bertanya.

“haha. Ala Nek Ngah, tengok cerita Anakku Sazali tak khatam laa..” Reza melawak.

tanya sama hati, apa asal sayang..” Nek Ngah sambung menyanyi.

Reza dah kerut dahi. Aik, lupalah pulak aku part ni..

“adakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga, bulan dan bintangnya,
Punya tanda-tanda hubungan mesra.”


Hahaha. Galak Reza ketawa. “Nek Ngah, klasik gila la dia punya lirik! Tak boleh tahan!”

“klasik, klasik juga. Bermakna, tetap bermakna.” Nek Ngah senyum menyindir.

“makna apanya Nek Ngah? Reza fail sastera la masa sekolah dulu.” dan-dan je gagal.

“tanya hati kamu…. Apa kamu rasa?”

Reza tarik sengih. Nek Ngah dah mula dah….

Nek Ngah perhati Reza dalam-dalam. Tu takde benda lain nak mengelat la tu.

“Nek Ngah, pelepah ni nak buang ke? sayang la. ni boleh buat lepat ni. takpun lapik nasi lemak ke..” Reza mencangkung mengumpulkan pelepah-pelepah yang dah ditebang.

“Reza.” Sepatah Nek Ngah memanggil.

“saya Nek Ngah?”

“jangan ingat Nek Ngah tak nampak.” Nek Ngah sengih bermakna.

Reza berdiri. Pelepah-pelepah tadi dicekak dengan tangan kanan. Parang panjang setia ditangan kiri.

Keadaan senyap sebentar.

Nek Ngah dan Reza sama-sama berdiri menghadap parit. Reza menguis-nguis tanah dengan selipar getahnya.

Nek Ngah biarkan kesunyian antara mereka itu. cahaya matahari taklah terik mana sampai dia tak sanggup nak tunggu.

Tak lama kemudian, Reza mengalih muka mengadap Nek Ngah.

“Reza sayang Indah.”

Senafas ayat itu dituturkan. Lantas, Reza terus berlalu dengan pelepah memasuki ruang dapur bawah, meninggalkan Nek Ngah sorang-sorang berdiri dibatas itu.

Nek Ngah menarik nafas panjang. Menghirup udara segar menikmati nikmat Allah. Ya Allah, Alhamdulillah.

*****

Reza masuk kedapur dengan muka tegang. Seboleh-bolehnya, dia nak tarik balik pengakuan itu. Dia bukan orang yang layak untuk benda-benda ini. Kalau nak diikutkan, memang itulah jawapan hatinya, tetapi jawapan akalnya tidak. Dia tak patut berkata begitu dengan Nek Ngah. Tak patut sama sekali.

Reza tarik kerusi dimeja makan. Dia keseorangan diruang dapur Nek Ngah ini. Tangannya mencengkam dagu.

Jawapan hati tak selalunya betul. Sebab kita berfikir dengan akal, bukan hati. Hati kata sayang, jangan nak dipercaya seratus peratus. Pengalamannya mengajar, rasa sayang itu perlu beserta dengan logik akal. Setakat sayang aje tak cukup. Cinta aje tak menjamin.

Pengalaman. Ayang. Kalau sayang dari hati tu benar, rasa cinta itu menjamin, dia dan Ayang takkan berakhir begini. Bermula dengan harapan menggunung, berakhir dengan sifar. Jangan kata debu, asapnya pun tak tertinggal. Memang habis, putus macam tu aje.

Sekarang Reza mengalaminya sekali lagi. Dengan jarak waktu yang tak masuk dek akal lah jugak. Kalau janda, tak habis edah lagi. Nasib dia lelaki, tapi anggapan tu tetap sama.

Reza mengenggam kedua-dua tangannya diatas meja.

Kenapa aku kena fikir semua ni? segalanya dah berselirat! Akalnya menegah kuat. Jangan Reza, jangan. Memanglah tak semua perempuan itu sama, tapi cuba cari dalam hati. Ada lagi tak sisa-sisa sayang tu pada Ayang? Kalau ada, apa pulak yang kau rasa pada Indah?

Jangan nak dibuat main dengan anak orang. Diri tu bukan cukup baik. Rumahtangga pernah runtuh bukan tanda-tanda diri tu baik, sempurna jauh sekali. Mungkin ini bukan salahnya. Tapi tak banyak, sikit beban salah tu terletak juga pada bahunya. Ayang tu isteri dia, kekasih dia lebih dari setahun. Menegur, mendidik tu tanggungjawab dia juga.

Dah. Dah jelas. Dia takkan memperjudikan Indah. Apa juga dalam hatinya, biar aje disitu. Tak payah nak dipupuk, dikeluarkan.

“Reza? Dari mana tu? macam penat je…” suara Indah menerpa.

Tanpa sedar Indah berada didepan mata. Sejak bila Indah turun kedapur pun dia tak tau.

Ditenung Indah dalam-dalam. Macam mana pula cara nak memadam rasa tu?

“Reza? Kenapa ni?” Indah bertanya lagi. Siap dengan berkerut-kerut dahi.

Humph. Ambil masa Reza. Sedangkan nak hilangkan kesan pensel pun kena tekan getah pemadam kuat-kuat, inikan pula nak padam kesan sayang yang dah makin pekat dalam hati.

“tak ada apa-apa.”

Reza menyeret kerusi itu kebelakang dan terus naik kebilik.

Indah yang tertinggal disitu terpinga-pinga.

20 comments:

Anonymous said...

wah..camne nk avoid rase syg kat indah 2?.
xnaklah cm2.
biarla reza syg indah je.
hehehhe.
lme tgu n3 ni cik cucur.
thx ya.
cpt2 smbung.

aisyah said...

cmon laa reza...
brani sket...
sian kt indah lame tgu...

Anonymous said...

sokong. ambil masa nak padam kesan sayang.

anyway, sambung lagi ehh?
:)

hazaryu said...

cucuratap ingat semua lirik lagu dalam citer anakku sazali...saya ingt macam setakat yang reza ingat je lagu tuh..mantap cucuratap

X0X0?? n0o0o0o way!!! said...

reza xmo la buang rasa syg tu kat indah..
bia la smpn dalam ati n ekspresikan dkt perbuatan...
nak reza ngn indah gak..
ala reza da nak abis cuti da..
huhuhu
cpt la smbg nxt n3 ek.
x sbar nk tggu.

.:: Suhaidah Tan ::. said...

huhu...reza syg indah

keSENGALan teserlah.. said...

wawaaaaaahh..
aku ske gler lagu tuh..
ngeeeee...
reza da confess dpn nek ngah..
tp still keliru,tayah cmtuh reza..
rse hati da kuat tuh..
indah pon ade rse cmtuh..ngeeee..
xmo la reza avoidkan diri dri indah..
huhu..smbung2..

Unknown said...

biar la reza syg indah...

smbg lg yer...

Amal said...

hehe~
reza nie...
try je la luah dulu...
=p

Farah Shamsudin said...

urh..
ala reza,
xyah r buang prasaan syg tuh!!
ngaku jerk kat indah
gee~

ceritaku MEMORIKU said...

reza sayang indah
kan senang.reza jgn pdam perasaan tu nnt terseksa.indah dah sayang reza.
kalo xmesti die dh balik.
kanda!sukesuke lagu tu.comelcomel
-na'dz

Sha said...

ala reza jgn la pdm rs syg kt indh 2..
bia la dipupuk lagi..
smpi jdik cinta..
xyh la eyh...xmo la cm2..
indh pn ntah2 kongsi rs yg sm..
haaa kan bgus..hehehe...
thx cucur..terubt rindu kt indh+reza

Mimi Nurisya said...

ala reza ni...xyah avoid...luah je..

Che Sue said...

reza da ada raser...tp indah pulak camaner yer?
klu indah ada raser yang sama cam reza tentu dunia tu tak tau macamner nanti...

mesti nek ngah bantu reza n indah kot..!
nek ngah akan bantu cucu dier kan!

tak sabar tunggu next n3...sambung lagi....
:))

MaY_LiN said...

dak kecik..
sliper getah ke sliper jepun..
hikhikhik..
alolo reza oi..
suka cakap suka..
jangan tunggu lama2..
nnti lama2..
dak kecik..
klasik nye..

Tfaaaaaa said...

hehh..
indah syg reza..indah luah kt nek ngah pulak.sure nek ngah ketawe.kahkah

Bulanhijau said...

aiyoyo

cik reza,
kalo suke, ckp ske.
kalo syg, ckp syg.
jgn simpan2.
seksa diri je.

huhuhu
smbg2

zarith said...

'reza sayang indah...
wahhh..
gila cutesssss...
cpat2 smbung..

comei said...

alahaiiii
xyah la main2
da suke kate kn suke...huhuhu

Anonymous said...

ada lg laa...

'tnya sama hati
apa sebab rindu
bila tidur malam
apa mimpimu
bila berjauhan
apa nak dikenang
bila difahamkan
itulah sayang'

lebih kurang la~

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio