♡assalamualaikum

currently updating First.

Friday, August 28, 2009

istana 9

“Ana? Kemana tu?”

Duh! Ayah!

Ana dah terkaku dekat depan gril. Kenapa taktau pun ayah habis kerja luar harini?

“keluar dengan Jeff kejap, yah.” Suara Jeff tiba-tiba datang dari belakang badan Ana.

“nak balik u esok kan?”

“kejap je yah…”

Phew~ Ana tarik nafas lega.

“oh. bila nak baliknya?”

Ana buat muka anak baik, “petang?”

“hmm.” Ayah angguk dan terus masuk kedalam.

Ana pandang Jeff pelik, Jeff pun pandang Ana pelik. Kenapa senang sangat ayah harini? Penat agaknya. Tak kisahla! Janji misi harini jalan!

“Kak Wawa ni confirm bawak kereta tak ni? Jeff taknak menapak pulak nanti!”

“confirm la!!”

“alamat office dekat kad ni, alamat betul ke alamat tampal je?”

Ana buat muka geram. Curios melampau adik aku ni. “alamat betul la! aku pernah pergi!”

****

Ana berjalan terjengket-jengket didepan bangunan pejabat itu. Terkedek-kedek dia menyelinap disebalik tiang. Kepalanya dijenguk sedikit keluar, matanya melilau kiri-kanan.

Wawa yang berjalan dengan Jeff dibelakang hanya menggeleng-geleng.

“kau tengok kakak kau tu? amendeeeeeee la minah ni.”

Jeff mendongak kepala keatas. Time-time ni la rasa nak buang title ‘saya-adik-Ana Suria’. Buat aku segan je.

Cepat Jeff menarik lengan kakaknya. “apa ni Kak Ana?”

“nanti dia nampak karang…”

Bila tang lurus bendulnya datang, memang rasa nak celup-celup kakaknya ni dalam air. Kasi sedar sikit. “kita buat biasa je.. dia kat dalam office dia tu, tak nampak punya.”

“entah kau ni. buat gaya macam tu kena cekup dengan pak guard baru kau tau.” Wawa mencelah.

Ana mencebik. Semua aku buat, semuanya salah.

“kalau Ikram nampak kita, siap kau!” dengan garangfnya Ana menyergah Jeff.

“kenapa Ikram tak boleh nampak ‘kita’?” tiba-tiba boleh pulak ada suara asing interframe…

Wawa, Jeff dan Ana melipat tengkuk serentak. Siapa pulak ni?

Lelaki itu santai dengan jaket dan seluar jeans. Siap naik-naik kening memandang diorang 3 orang.

“sibuk kenapa? Buat hal sendiri-sendiri lah!” Ana bercekak pinggang. Sibuk je. misi ni boleh 3 orang je tau! Lebih-lebih tak jadi!

Lelaki tadi tarik senyum sinis. “nak jumpa Ikram ke?”

Ana geleng laju-laju. “kenal ke?”

Lelaki tadi menggerakkan jari telunjuk kedadanya. “hmm?” jarinya ditunjukkan pula pada bangunan atas, “Ikram?”

Ana angguk.

“nak kata kenal tu… erm.. taklah sangat. Tapi mengadap muka dia sejak lahir tu memang dah muak.”

Ketiga-ketiga mereka ternganga. Apakah???

“kkk….ka…kau.. Raja.. Raja.. anak raja..jugak??” Ana dah terketar-ketar.

Lelaki itu kerut dahi. “Ikram pernah kata dia anak raja ke?”

Ana memegang-megang atas tudungnya. “err.. tak pernah.. tapi…”

“jadi, aku memang anak raja. Tapi bukan anak raja ‘ju-gak’.”

Jeff buat muka. Riak apahal…

“sorry..sorry.. kitorang dah nak balik dah ni.” Wawa menyelit. Lama-lama kat sini karang jadi scene ape pulak karang.

“kejap.” Lelaki itu angkat tangan pada Wawa. Dia merenung Ana. “kenapa nak mengendap Ikram?”

“siapa mengendap!!!!!!!!!!!!!!!!!”

Heh. Lelaki itu tegelak kecil. “jangan kata….” Ayatnya terhenti.

“jangan kata apa?” Ana menahan sabar.

Lelaki itu mengecikkan matanya dan menunduk sikit merenung Ana. “dia ajak kau kahwin eh?”

Zappppppppppppp!

Tersentak Ana mendengar ayat itu.

Wawa dengan Jeff pun tersentak sampai menganga.

“crap~ hahahahaha.” Lelaki itu gelak besar. Gelak sampai dia mengurut-urut dahi.

Ana makin menyampah dengan lelaki didepannya kini. “hey! Kau kenapa!”

“apa tengking-tengking anak raja?”

“berlagak! Riak!”

Lelaki itu senyum lagi. Senyum menyakitkan hati. “kau kata aku berlagak..riak.. kau taktau lagi riak Ikram macam mana.”

“aku tau dia macam mana!”

Lelaki itu menggeleng perlahan. “tak… kau belum tau.”

Ana dah rasa berasap. “kau ni siapa sebenarnya?” sibuk mengata orang ingat bagus??

“anak raja..”

“anak raja Venezuela ke?”

“kau….memang….bukan….type…Ikram..” lambat-lambat lelaki itu menghabiskan ayat.

Ana memeluk tubuh. Muka garang. “jangan nak main-main boleh tak?”

“jom, ikut aku.”

“tak hingin!”

“kalau kau nak tau sangat pasal Ikram, baik kau ikut cakap aku.”

“aah. Ye sangat la tu.”

Hahahaha. Ketawa lelaki itu meletus kuat lagi sekali. “kau ni kelakar ah. Ikram…Ikram..”

“eh, kau ni sape ni?”

“come, ikut aku.”

********

Ok. lagi seorang Yang Mulia muncul depan mata dia. Yang Mulia Raja Awalludin. Entah kenapa rasa semua maklumat tak boleh nak diproses dalam otak. Hoi, memanglah aku pernah belajar pasal hierarki di-raja masa subjek sejarah dekat sekolah menengah, tapi bila dah mengadap sendiri depan mata, hah! Tau la kau pening macam mana!

Macam mana aku boleh jumpa dengan sepupu dia pulak? Adoi! Serabut!

“kau jangan la lurus sangat.. asal keturunan raja nak masuk meminang je, kau nak.”

“ehh.. aku mula-mula taktau pun dia keturunan raja tau! Dan, dia pun tak suka dengan gelaran raja tu!”

“alahai… taktik basi la.”

Memang semenjak tadi, Wawa dengan Jeff jadi pendengar dan pemerhati setia. Dua orang ni asik bertekak je. Teh ais dalam gelas masing-masing pun tak luak.

“taktik?”

“humph. ‘jangan panggil saya raja’ atau ‘lupakan depan nama saya’ atau ‘layan saya macam
orang biasa’. Semua tu zaman tok kaduk punya ayat.”

Ana tersenyap.

Awal mendekatkan badannya ke meja gerai itu. mendekatkan dirinya dengan Ana dihadapan.

“dia ada panggil kau, ‘love’?”

Sentap.

“dia ada bagi kau, barang yang kau nak?”

Sentap 2 kali.

“dia ada puji-puji kata kau sweet.. or lovely?”

Sentap 3 kali.

“dia ada kata, kau priority?”

Sentap. Kali ke… sudah! sudah! taknak dengar!

Awal merenung muka Ana yang innocent habis. “jangan bodohkan diri kau. Kau ni, special. Ikram tu kuman je dalam hidup kau.”

Ana merenung sandal yang tak cantik langsung dikakinya.

Bodoh ke aku?

“Wawa, jom balik. Jeff, jom.” Ana menyeret kerusi plastiknya kebelakang.

Sunday, August 16, 2009

kamu indah [19]

“asal perempuan suka bunga?” Reza bertanya tiba-tiba.

Indah yang sedang memetik bunga loceng mengangkat muka memandang Reza. “hmm?”

“pelikla. Kenapa nak suka sangat kat bunga?” Reza ikut memetik bunga loceng dihadapannya. Apa special sangat dengan bunga? Dia memang tak pernah faham.

“sebab..em, tak tau la perempuan lain.. tapi Indah suka sebab bunga ni ada maksud.”

“meaning?” makin berkerut dahi Reza.

“yelah. Kalau kita nak bagi bunga, tak boleh main bagi je.”

Reza tarik sengih. “oww.. macam red rose stands for I love you?”

“ha! tu la ramai yang tak tau. Asal bunga je ‘I love you’. Tapi dia ada maksud lain jugak..”

“macam?”

Indah berfikir sebentar. “macam… erm.. ok! Iris. Iris maksud dia kekuatan, harapan, kebijaksanaan..”

Reza mengherotkan mulut. Yeye je. Satgi salah.

Indah pandang muka Reza dengan serius. “tak percaya ke?”

“boleh pakai ke?” Reza bertanya ragu-ragu.

“mestilahhh..”

Reza menanggalkan kelopak bunga berwarna kuning itu satu-persatu. Tiba-tiba dia senyum. “pernah buat belon guna ni?” Reza memusing-musingkan kelopak bunga didepan mata Indah.

“macam mana? Macam mana?” Teruja je Indah bertanya.

Reza meniup perlahan hujung kelopak bunga tersebut. Tengah kelopak itu menggelembung. “see?”

“huwaa! Tak pernah tau pun!” Indah mencuba. Puhhhh! Puhhhhhhhhh! Sungguh-sungguh betul dia tiup.

“tu la. Orang bandar mana nak tau!”

“macam dia tu duduk kampung sangat!” Indah melihat kelopak bunga yang dah jadi belon ditapak tangannya. Kelakar!

“kalau bunga loceng ni, maksud dia apa?” Reza menguji.

“haha. Mana Indah tau. Ingat orang kerja dok kaji bunga je ke?”

“ada tak bunga yang maksud dia sedih?”

“ada. Sweet pea maksud dia selamat tinggal or terima kasih untuk saat-saat yang menyenangkan.” Indah jawab dengan bahasa baku. Yelah, apa yang dia baca dari internet tu, itu jelah yang dia ingat.

“sweet pea tu kacang peas ke?”

“bukanla!!!!!!!!!!!! Bunga!!!!!”

Hahahaha! Kedua mereka tergelak kuat di laman Nek Ngah itu.

“dahtu? Macam mana rupa dia? tu bukan bunga dekat Malaysia ke?” Reza bertanya lagi.

“erm.. selalunya, kalau dekat internet café memang ada.”

“huh??” blur. Apekehal tokeh internet café nak tanam sweet pea?

“banyakkkkk…. Dekat yahoo! Search. Takpun google.”

“Indah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

Indah terus berlari sambil tergelak-gelak. Nah! Tanya lebih-lebih lagi. Ingat daddy dengan mummy aku ada bukak nursery ke?

Reza mengetap bibirnya geram. Loyar buruk lak!

Indah tersenyum sorang-sorang bila teringat balik kejadian tu. Masa tu Reza masih baik-baik dengan dia lagi..

Sekarang, Reza dah pergi.

Kertas ditangan itu dibaca sekali lagi.

‘my Iris,
Sweet pea’


Iris tu… untuk kekuatan ke, harapan?

Sweet pea.. kalau tu bermaksud terima kasih untuk saat-saat menyenangkan takpe jugak. Macam mana kalau maksud dia selamat tinggal? Selamat tinggal yang betul-betul punya, yang tak akan jumpa lagi?

****

Reza mengetuk-ngetuk jarinya pada stering kereta. Tak banyak kereta di highway, jadi perjalanan memang smooth je.

Indah lari masa dia nak bertolak balik tadi. Eleh, macam la dia ngeng sangat nak teka. Tiba-tiba nak tangkap gambar dekat bendang eh? apa selama sebulan lebih duduk sana hati tak tergerak nak ambik gambar? Baru harini dapat ilham? Dari mana? Dari langit?

Pedal minyak ditekan keras. Dari pemanduan dilorong kiri, dia masuk lorong kanan. Kereta ayah dengan mak dah taktau dekat mana. Dekat belakang, atau depan mungkin. Ayah tu mood bawak kereta bukan constant. Karang tiba-tiba nak speed, even most of the time ayah memang bawak kereta rileks je.

Reza memegang kejap stering dengan dua tangan. Bukan sebab meter km/j didepannya dah condong kekanan, tapi sebab muka Indah yang dok menerpa dalam otak.

Nak ditinggalkan dengan kosong kata-kata, tak sampai hati. Tak banyak, mesti ada sikit yang dia nak berpesan. Tapi tu lah, dah kata nak cekalkan hati, taknak ‘rasa’ tu meleret-leret.. jadi dia mengelak nak bercakap depan-depan. Dan Indah pun macam tau-tau je dia taknak jumpa, cepat dia bertindak menyorokkan diri entah dekat tengah bendang mana dia taktau.

Tapi memang dia berharap, harap sangat, yang Indah perasan nota yang dia tulis tergesa-gesa sebelum turun sarapan tadi. Idea cikai yang muncul entah dari mana. Tulis nota konon, sama je la dengan cakap sendiri. Kan? Sebab apa yang ditulis tu dari otaknya jugak.

Nampak sangat. Jelas sangat, yang dia tak kuat mana nak mengelak. Biarlah nak kata apa, sekurang-kurangnya dia dah berusaha.

Dan siapa kata kasi nota dan bercakap sendiri tu sama? Tak. Tak sama. Sebab tulisan mati tu tak boleh nak ekspresikan emosi.

‘harapan dan kekuatanku,
Terima kasih untuk saat-saat yang menyenangkan’


Gila sepuluh depa punya malu kalau nak tulis dalam bahasa ibunda. Hidup mati balik dia takkan buat.

Lagi pulak, entah hantu jiwang sesat mana yang dah meresap masuk dalam badan dia, boleh je tiba-tiba hebat guna bahasa bunga!

Karut?

Tak, itu jujur dan ikhlas namanya.

Saturday, August 15, 2009

kamu indah [18]

Pagi itu, Reza bersiap-siap berkemas barang-barangnya. Dah bersedia nak balik ke Kuala Lumpur. Habis licin harta-bendanya. Takde satu yang dia tinggalkan di rumah Nek Ngah.

Marlia yang dah siap berbaju kurung turun kedapur untuk menolong Nek Ngah dan Indah.

“siap dah Marlia?” Nek Ngah menegur apabila ternampak Marlia turun dari tangga.

“sudah Mak Ngah. Bukan berkemas apa pun. Tidur semalam, apa lah sangat. Si Reza tu yang tak habis-habis berkemas. Barang dia macam dah berumah tangga dekat sini.”

Heh. Nek Ngah tergelak kecil. “Reza tu… berumah, bertangga, beratap dah dekat sini..”

Indah yang mendengar cuma mengunci mulut. Setakat mendengar. Tangannya masih cekap membalikkan roti pisang diatas kuali leper. Dia tersenyum sendiri. Hari pertama Reza kat sini, menunya roti pisang. Hari terakhir Reza kat sini, roti pisang jugak. Nek Ngah.. tak pernah lepa favourite cucu saudaranya tu.

“pandai Indah buat?” Marlia menegur lembut Indah yang berdiri dekat dengan kuali leper panas itu.

“itu dia lah yang tebar tadi!” Nek Ngah menambah.

Indah cuma senyum. Entahla. Berat sangat mulut dia nak berborak. Hati pun tengah berat ni.

Marlia membalas senyum. Lengan bajunya disinsing. Dia berdiri dekat disebelah Indah.
Matanya tak lekang dari memandang muka tenang gadis itu. Mak Ngah dah bercerita malam tadi. Dia pun bingung antara kebetulan atau keajaiban. Kebetulan, anaknya membawa Indah kerumah lepas jumpa didalam tali air. Atau keajaiban yang Tuhan anugerahkan, munculnya Indah dan Reza untuk memenuhi ‘kehilangan’ masing-masing. Missing piece bak kata orang putih.

“Indah… taknak ikut balik?” perlahan Marlia bertanya.

Indah menggeleng sambil tersenyum. “Indah nak stay sini lagi. Reza dah pergi, biar Indah yang dating dengan Nek Ngah pulak.”

Marlia mengambil sudip didepannya. Dia mengambil alih tugas Indah. “Indah tinggal dekat mana?”

“P.J”

“iye? Dekat mana? Makcik dekat Kelana Jaya.”

“oh! kebetulan la. Indah dekat situ jugak, SS6.”

“lah! Dekat! Makcik dekat dengan Golf Club.”

“laaa.. dekat situ je ke..” Indah tergelak. Keciknya dunia!

“senang-senang, datanglah. Anak perempuan makcik semua dah kahwin. Dah tak duduk situ.”

“tapi makcik, Indah duduk menyewa dengan kawan kolej kalau tak cuti. Jauh.” Ngelat selagi boleh ngelat.

“oww..” Marlia mengangkat roti pisang garing kedalam pinggan hidang. “ini aje kan?”

Indah angguk.

“Mak Ngah, boleh makan dah kita.” Marlia berkata pada Nek Ngah yang dari tadi dok mendengar perbualan dia dengan Indah.

“Indah, panggilkan Reza dengan pakcik?” Marlia meminta pertolongan Indah sementara dia takde buat apa.

Pantas Nek Ngah memotong. “ehh.. tak apa. Indah, buat air. Biar Nek Ngah yang pergi panggil.”

Indah terdiam. Nek Ngah….

Marlia yang tak mau bertanya lebih cuma membiarkan.

****

Nek Ngah masuk kedalam bilik depan itu. kelihatan Reza tengah memasukkan baju yang berlipat dari atas katil kedalam beg. Semua barang yang nak dibawa balik dah diketepikan atas katil. Dah macam hape je katil tu. Sepah!

“Reza?”

Reza mengangkat mukanya. “Nek Ngah..” senyum.

“banyak lagi ke?” Nek Ngah duduk diatas katil. Setentang dengan Reza.

“tak.. sikit je lagi..”

“Reza?”

“hurm?” tumpuannya masih berkemas.

“kenapa buat Indah macam gitu?”

Reza berhenti. “buat apanya?” berkerut dahinya.

“kenapa tak tegur dia? dah taknak kawan dengan dia?”

Reza kembali mencapai baju terlipat. Dibuka lipatan, lepastu dilipat balik. Digulung-gulung, diregangkan balik. Kolar baju itu sekejap dinaikkan, sekejap diturunkan kebawah.

“Reza? Nek Ngah tanya Reza ni…”

Reza terus memasukkan baju kedalam beg. “takdepe la Nek Ngah.”

“tak baik macam tu, Reza. Kenapa? Sebab Reza dah nak balik, Reza dah tak payah kawan dengan dia? bagai guna-guna alu,sesudah menumbuk dicampakkan aje.”

“bukan macam tu la Nek Ngah…” payah sungguh nak explain!

Nek Ngah diam. Geram tengok Reza yang buat selamba memasukkan baju kedalam beg tengah-tengah dia bercakap serius ni.

Humph. Reza mendengus. “susah la Nek Ngah. Reza taknak terbawa-bawa… Reza bukan orang bujang yang hidup senang-lenang takde masalah, tak payah fikir apa-apa...”

Nek Ngah terdiam. Berfikir.

“Nek Ngah tak payahla fikir lebih. Biar je macam ni. Bukan ada kesan apa-apa pun dekat Indah, nanti-nanti dia lupa la tu..”

‘tapi Reza tak tau Indah sayang Reza’. Sebaris ayat itu menerpa dalam fikiran Nek Ngah.

“Nek Ngah nak tengok Reza masukkan baju ni sampai habis ke ni? baik Nek Ngah turun sarapan dulu. nanti kejap lagi Reza turun. Ok?” ceria aje Reza bercakap.

Nek Ngah merenung Reza dalam-dalam sebentar sebelum dia bangun berdiri. “yelah. Sukahati Reza lah.” Dia mengalah.

*****

Meja makan itu riuh dengan suara borak dan gelak ketawa meriah. Ahmad yang tak habis-habis mengusik Nek Ngah, Marlia pula memenangkan suaminya. Haih! Tergelak-gelak Nek Ngah menahan diri.

Tapi ada dua orang dimeja itu memang senyap sunyi. Orang berborak, mereka tak menyampuk. Orang bergelak ketawa, mereka senyum pun tak.

Indah yang tak tahan dengan keadaan itu terus bangun mengangkat pinggannya ke singki.

“Indah? Sikitnya?” Ahmad menegur Indah yang dah ke singki.

“dah kenyang pakcik. Nek Ngah, Indah nak ke bendang. Boleh? Nak pergi tangkap gambar.” Tangannya yang basah itu dilap pada kain batik yang dipakai.

“tengah musim ke sekarang Mak Ngah?” Ahmad bertanya lagi.

“orang sekarang, bukan kira musim. Buat bendang pun tak macam dulu. Benih tu ditabur aje.”

Indah pantas senyum dan terus berlalu keatas. Diseluk beg tangannya, handphone berkamera itu dicapai. Sejak sampai sini, memang tak pernah switch on pun lagi. Entah ada bateri entah tak, dia tak peduli. Dia bukan betul-betul pun nak tangkap pemandangan yang menghijau tu.

Satu kertas berlipat jatuh dari sudut meja solek. Terkena libasan handbag Indah agaknya.

Indah baru nak membuka lipatan kertas itu bila dia terdengar bunyi enjin kereta dipanaskan.

Dah tak sempat dah! Baik pergi sekarang. Kertas dan handphone digenggam kuat-kuat. Kakinya cepat menyarung selipar dimuka pintu. Dihayun langkahnya pantas.

Saat dia berjalan diatas batas, airmatanya dah turun laju. Dia tak boleh nak tengok Reza balik. Dahla Reza memang tak layan dia dah dalam minggu ni. Dia dapat rasa yang dia takkan dapat jumpa Reza lagi. Dari dia dok menatap muka Reza keluar dari halaman rumah, baiklah tak payah tengok terus.

***

Reza tunduk menyalam tangan Nek Ngah. Dah nak bertolak balik.

“bila nak jumpa diorang tu nanti, baik-baik. Kalau diorang tengah marah, sabar je. jangan melawan. Anak harimau jangan diajak bertampar, ingat-ingat kukunya.” Nek Ngah berpesan.

“InsyaAllah Nek Ngah. Takkanlah Reza nak buat ntah apa-apa.”

Nek Ngah senyum aje.

“Mat, kamu sejak dapat Dato’ ni payah sungguh nak balik.”

Ahmad yang dah sedia ditepi keretanya tersenyum lebar. “Mak Ngah ni, saya ingat lagi jalan balik sini. Mak Ngah jangan la risau. Ada masa saya balik.”

“Ayah, Ayah keluar dulu la.” Reza mengarah. Halaman yang tak besar mana ni bila kena sumbat dengan dua four-wheel-drive memang kena pandai-pandai nak reverse. Silap-silap ada terjun parit kat depan tu.

“balik Mak Ngah.” Marlia melambai dari tingkap kereta.

Nek Ngah yang berdiri depan pintu melambai kembali.

Reza dalam kereta dah siap sedia nak memandu. Sementara menunggu kereta ayahnya dibelakang untuk keluar, dia memilih cd yang bersusun.

Cd berwarna hitam dipegang. The Fray? Tak sesuai.

Dia menarik keluar album For[n]ever. Butang next ditekan dua kali.

I wake up all alone
Somewhere unfamiliar
Been gone so many days
I'm losing count
When I think of home
I see your face
Though I have to wait
You're so close yet so far
It's tearing me apart
What I would do to be there with you
You're so close yet so far
It's tearing me apart
What I would do to be back with you
I miss hearing your laughter
All the little things..

Pin!!!!!!!!!!!!!!

Bunyi hon dari kereta ayahnya mematikan nyanyian vokalis Hoobastank itu.

Reza masuk gear reverse. Dia berkata sendiri, suit me well.
Harrier itu diundur perlahan.

******

Ditengah bendang, diatas batas yang mengasingkan petak-petak sawah, Indah membuka perlahan lipatan kertas itu.

‘my Iris,
Sweet pea.’


Bibirnya menarik senyum.







*meaning ayat Reza tu on the next epi eh? thx.=)

Sunday, August 9, 2009

kamu indah [17]

Indah makin pelik. Semakin hari, Reza semakin menjauhkan diri. Kalau Reza masuk tidur awal dan setiap masa solat ke surau tu takpe lagi. Tapi bila dimeja makan pun taknak tegur, dia sakat Reza pun Reza buat muka redha je, tu memang dah lain macam.

Pagi itu, Indah melepak menonton rancangan tv dengan Nek Ngah. Reza pula yang makin selesa berjauhan dengan Indah melepak di anjung membelek surat khabar.

Sebuah kereta pacuan empat roda menyusur masuk kehalaman teratak Nek Ngah. Reza melipat surat khabarnya bila terdengar suara geseran tayar yang makin jelas ditelinga.

BMW X5. Plat negeri Selangor. Sekali imbas Reza dah tau siapa yang datang.

“Nek Ngah!” Reza berteriak perlahan dari anjung. “ayah dengan mak datang!”

Sekilas Nek Ngah dan Indah mengalih pandangan pada muka pintu.

Nek Ngah nampak gembira. Tersengih aje. “lah!! Mat datang!! Bertuah betul tak bagitau siang-siang!” punggungnya terus diangkat dari sofa rotan itu. Menuju ke muka pintu nak menyambut.

Indah tersenyap sekejap. Keras rasa badannya. Mak ayah Reza?? Dia tak tahu nak beri reaksi macam mana. Nak disalam dengan penuh hormat ke? atau lari masuk dalam bilik kemudian duduk senyap-senyap?

“Assalamualaikum Mak Ngah..” Marlia mengucup tangan Nek Ngah mesra. Pipi dilaga-lagakan. Lagak mesra benar.

Ahmad pula mengambil giliran bersalam selepas mengeluarkan barang dari boot kereta dibantu Reza.

“Mak..” Reza tunduk bersalam dengan ibunya.

“jauh anak mak merajuk..” Marlia senyum mengusik.

Reza tak terkata apa. Dia senyum aje. Mak dah mula sesi perli-memerli.

“biasalah tu… anak bongsu…” Ahmad pula mencelah.

Reza buat muka malas. Ni baru atas tanah, belum masuk rumah lagi dah kena macam ni. Ayah dengan mak ni memang laa..

“sudah-sudah. Meh kita masuk. Reza, bawak beg naik atas. Jom-jom..” Nek Ngah pantas meredakan keadaan.

“Kita duduk dapur la Mak Ngah. Lagi berangin.” Marlia memipin tangan Nek Ngah terus kedapur bawah. Suaminya mengekor.

Reza pula naik keatas membawa beg dan oleh-oleh yang dibawa mak dan ayahnya. Mengalahkan orang pergi luar negara, berguni-guni barang yang mak dengan ayah angkut ke kampung.

Reza terhenti bila tengok Indah tercegat berdiri didepan pintu biliknya. Dia mengelak untuk bertegur.

“Reza..” Perlahan Indah menyapa.

Tak dapat nak mengelak. Reza berpaling. “hmm, kenapa?”

“Indah nak kena turun bawah ke, kunci diri dalam bilik?”

“sukahati Indah la.” Reza terus menghilangkan diri kedalam biliknya. Alamatnya malam ni tidur luar la aku.. barang-barang tadi diletakkan disudut bilik.

“Ya Allah Indah… kenapa tercegat aje kat situ. Meh, turun sini. Kenal-kenal.”

Buntang mata Reza bila mendengar suara ajakan Nek Ngah dari luar bilik. Sudah!

Indah turut sahaja. Dia pun tengah blur nak buat apa. Ikut ajelah.

Indah bersalam dengan Marlia dan mengangguk sikit pada Ahmad. Dia berdiri tegak disebelah kerusi Nek Ngah.

“ini cucu angkat Nek Ngah. Indah namanya.”

“Indah?” Marlia ternganga besar.

“iye. Sedap namanya kan? Indah, ni Marlia. Maknya Reza.”

Indah balas senyum.

“Oh! memang nama Indah ye? Indah.. macam orang dia.” Marlia memuji.

Indah terkaku. Nak senyum lebih-lebih karang dikata perasan lebih pulak.

“sejak dia duduk sini, berkawan la dia dengan Reza dua orang.”

Ayat Nek Ngah disambut gelak tawa Marlia dan Ahmad.

“manede la. Reza dating dengan Nek Ngah je tiap-tiap hari.” Suara Reza memintas tiba-tiba dari arah tangga.

“dah pandai dating ye? Tu yang tak pandai-pandai nak balik.” Marlia memerli lagi.

Mereka sekeluarga dah duduk semeja. Indah pun dijemput duduk sekali walaupun dia haram tak faham apa-apa pasal keluarga didepannya ni.

“Mat, kenapa datang tiba-tiba ni?” Nek Ngah bertanya pada ayah Reza.

Ahmad jeling pada Marlia disebelah. Marlia jeling pula pada anaknya.

“kenapa mak?” Reza bertanya pelik.

“mak dengan ayah datang sebab nak Reza balik.” Marlia berjeda sekejap. “Reza, jernihkan balik apa yang terjadi. Jangan lari macam ni. Cukup-cukup lah.”

Muka Reza tegang. Nek Ngah dan Indah biarkan sahaja perbincangan anak-beranak itu.

“Reza ada cuti lagi 2 minggu.” Selamba Reza menjawab.

Ahmad menarik nafas panjang. “balik Reza. Benda tak selesai macam ni.”

“apa lagi yang tinggal ayah?” nada Reza masih terkawal.

“jangan ingat dah jatuh talak tu dah selesai Reza.” Ahmad menjawab tegas.

“kalau pasal mahkamah, Reza dah uruskan.” Reza menjawab laju. Dia dah tetapkan tarikh prosiding penceraian. Dah dikemukakan pada mahkamah syariah. Bila dia mula bekerja nanti, baru proses akan bermula.

“ayah tak cakap pasal mahkamah. Ayah dengan mak tau Reza pandai mengurus. Tapi Reza, bercerai bukan bermaksud berpisah dengan isteri je, tapi keluarga belah sana jugak.”

Reza rasa tekaknya perit. Dia memeluk tubuh. Dia rasa tak selesa bercakap begini dengan mak dan ayah bila Indah ada bersama. Matanya dari tadi mencuri pandang pada Indah.

“kita bincang nanti-nanti lah.” Reza terus berdiri.

“nanti!” Indah turut bangun dari kerusi. “errr.. biar Indah masuk bilik dulu. Reza duduklah sini. Bincang kasi habis.” Perlahan Indah melangkah naik ketingkat atas.

Beberapa pasang mata dimeja makan itu saling pandang. Seakan menafsir fikiran yang sama.

Reza duduk kembali di atas kerusinya sambil matanya tak lepas memandang tangga. Indah….

“Reza?” ayahnya kembali menegur.

Reza kembali memandang wajah mak dan ayahnya.

“balik, Reza. Semua nak tahu apa yang jadi. Reza lari, Julia lari. Macam mana benda nak selesai?”

Julia. Hati Reza berdetik. Humph. “semua dah selesai mak…”

“sekadar bagitau keluarga korang dah bercerai tak selesai lagi, Reza. Mak dengan ayah taknak paksa Reza cakap, tapi mak dengan ayah tak boleh nak diam bila keluarga mentua Reza tak senang hati taktau kenapa anak perempuan dia tiba-tiba diceraikan.” Tegas Marlia bersuara.

Reza mendengus malas. “suruhla diorang tanya anak diorang sendiri..”

“tak boleh macam tu, Reza. Reza patut bertanggungjawab bagitau..” Ahmad memintas ayat anaknya.

“tak boleh ke kalau kita lupakan aje? Let go benda ni. Reza dengan dia pun dah tak ada apa-apa. Kami berpisah cara baik. Tak ada sapa-sapa berdarah, sapa-sapa masuk icu. Dia ok, Reza pun ok. Dah. Setel. Tak payah nak ungkit-ungkit lagi.” Reza cuba nak menyorokkan sebab.

“Reza, senang macam tu je kan Reza cakap? Let go? Kalau anak perempuan mak yang kena cerai sehari lepas nikah, mak kejar lelaki tu dengan parang.”

“mak….” Reza meraup muka dengan kasar. “masalahnya, bukan Reza suka-suka, seronok-seronok bercerai, mak!”

“habistu, bagitau mak dengan ayah sekarang. Kenapa Reza bercerai?” Marlia mula menekan.

“kan Reza dah cakap… Reza taknak ungkit dah. Mak dengan ayah pun kena la faham..”

“memangla kami cuba faham, Reza. Tapi sekarang ni, dah sebulan lebih Reza dengan Julia lesap dari KL. Mak dengan ayah tak la risau mana sebab Reza tu lelaki dan kami tahu Reza balik sini. Yang si Julia tu, dahla perempuan. Sebulan lebih mak ayah dia tak tau dia lari kemana!” Ahmad pula cuba menerangkan.

Reza makin kusut. Matanya dipejamkan sambil tangannya mengurut-urut dahi. Pulak dah… aku lari, Julia pun nak lari jugak!! Tapi benda tu memang dah expect dah. Sebab takkan dia nak kena tekan dengan orang sekeliling bertanya sebab? Ni tak lain mesti dia nak aku jugak yang menjawab semua.

“Reza..” Nek Ngah masuk campur. “baliklah Reza, balik. Reza lelaki, Reza kena tanggung semua ni. Tak baik buat mak ayahnya macam tu.”

“tapi Nek Ngah..”

“fikirlah, Reza. Reza bukan budak kecik lagi. Mak dengan ayah pun dah biar Reza sebulan lebih kat sini. Sikit pun kami tak kacau. Sekarang balik la Reza. Pergi jumpa mentua Reza. Cakap, jelaskan satu-satu.”

“nak ke diorang jumpa Reza, mak? Entah-entah diorang pasang dawai elektrik dekat pagar rumah. Belum sempat Reza nak masuk dah mati kena renjat.”

“Reza! Tak baik cakap macam tu. kalau diorang marah sekalipun, diorang ada hak. Siapa yang tak marah kalau hidup anaknya jadi macam tu? cuba cakap dengan mak?”

“tapi bukan salah Reza hundred percent..”

“tak kisahla salah sapa-sapa. Tapi Reza kena ingat, yang jatuhkan talak tu Reza.” Maknya mengingatkan.

Aduh~~~ Reza makin sakit kepala. Nak berdepan dengan mentua pulak dah… kacau! Kenapa bekas mentua dia tak boleh je lepaskan semua ni? tengok mak dengan ayah, cool je. Sabar je. Tak de nak marah-marah, parang anak orang ke hape. Dah kata takdir, terima ajela. Apa pulak yang dia nak goreng depan bekas mentuanya nanti? Untuk masa sekarang ni, dia tak boleh nak rekacipta apa-apa alasan logik selain berkata benar aje. Aduhai~ nak cakap benar tu lah yang payah.

“Reza, dengar Nek Ngah cakap ni. Tak baik susahkan hati orang tua. Kalau la Nek Ngah yang ada dekat tempat bekas mentua Reza tu, Reza sanggup tengok Nek Ngah menunggu alasan setiap hari?”

Ahmad, Marlia dan Nek Ngah menunggu reaksi Reza dengan sabar. Reza senyap aje. Lama dia bermain-main dengan plastik lapik meja. Sesekali jarinya mengetuk meja rata itu.

Reza berperang dengan diri sendiri. Balik sekarang? Pergi jumpa bekas mentua? Apa yang dia dapat pun kalau pergi, gaya dia dapat putar balik masa. Tapi betul kata Nek Ngah, diorang tu orang tua. Bekas ibu bapa mentua dia jugak. Bukan orang lain yang ada bau-bau bacang je. Buat diorang susah hati sama la dengan menyusahkan orang tua sendiri.

“Reza ikut mak dengan ayah balik.”

Nek Ngah lega. Dia tau, Reza takkan sampai hati.

Marlia dan Ahmad berpandangan sesama sendiri. Reza masih anak bongsu mereka, anak bongsu yang senang dilentur, yang tak akan sesekali menyusahkan mereka. Syukur, Reza ini masih seperti Reza dahulu. Cuma yang musykilnya, kalau ini masih Reza anak bongsu mereka, kenapa dia tergamak bercerai dengan cara begini?

****

Nek Ngah naik ke atas dengan pelbagai rasa. Lega, sebab Reza nak bertanggungjawab menyelesaikan semuanya. Sebal, kerana satu masalah baru akan menimpa cucunya itu. Juga risau, kerana Indah…

Nek Ngah teringat akan Indah yang menghilangkan diri dari tadi. Nek Ngah menyelak langsir bilik Indah. Pintunya terbuka.

Hampir luruh jantung Nek Ngah melihat Indah yang mengerekot menangis ditepi dinding bilik.

“Indah…. Ya Allah… Indah…. Kenapa ni???” Nek Ngah terus memeluk Indah.

“Nek Ngah… betul… betul ke… Reza dah nak balik?” entah kenapa, dadanya rasa sesak bila mendengar keputusan Reza yang nak balik ke KL. Bukan lagi balik sehari dua, tapi balik terus. Macam mana Reza nak berhadapan dengan bekas mentuanya nanti? Macam mana Reza nak selesaikan semuanya? Takkan Reza nak cakap benda betul? Bertubi-tubi kerisauan dia pada Reza.

Nek Ngah memandang muka yang habis basah dengan airmata itu. Dibetul-betulkan rambut Indah yang berserabut. “Ya.. Reza nak balik. Reza kena balik.” Nek Ngah menekan perkataan ‘kena’ itu.

“kenapa diorang buat Reza macam ni? semua ni bukan salah Reza! Reza tak salah! diorang jahat… diorang paksa Reza..” tersedu-sedu Indah melawan tangis didepan Nek Ngah.

“bukan paksa. Diorang berhak tau apa yang jadi. Reza kena terangkan semuanya. Reza dah tak boleh lari lagi. Kesian mak ayah perempuan tu. Tertunggu-tunggu.”

“kalau diorang marah Reza macam mana?” bulat mata merah itu memandang muka Nek Ngah.

“nak buat macam mana, Reza kena la terima.”

“tak boleh… tak boleh.. diorang tak boleh buat macam tu.. sebab Reza tak salah..”

“kalau Reza tak balik, lagi la diorang ingat Reza yang salah..”

“habistu? Anak diorang lari takpe pulak!” geram sungguh!!

“Indah… Indah kena faham…”

Indah menangis lagi. Makin laju airmata yang merembes keluar. Dia tak boleh terima semua ni. kalau ikut rasa hati, nak je dia hambur semua cerita kenapa Reza dengan bekas isterinya bercerai. Biar semua ternganga. Biar semua orang tau, Reza tak salah.

Tapi dia tau, dia takde hak nak buat macam tu. Tak patut dia campur tangan. Dia sedar, dia bukan sapa-sapa.

Dia rasa geram pulak dengan Reza. Kenapa nak baik-baik sangat? kenapa tak pertahankan diri sendiri?

Nek Ngah sayu melihat Indah menangis macam tu sekali. Taktau apa lagi ayat pujuk yang dia nak keluarkan.

“Indah.. Indah risau dekat Reza ye?” Nek Ngah senyum. Cuba menenangkan Indah.

“tak…” Indah mengelap airmata dengan hujung lengan t-shirt.

Nek Ngah menunggu jawapan Indah seterusnya.

“Indah sayang Reza.”

Nek Ngah terdiam sebelum menarik Indah kedalam pelukannya.

Saturday, August 8, 2009

kamu indah [16]

Reza turun kedapur bawah dengan pakaian ringkas. T-shirt kelabu dan seluar paras lutut hitam. Dia mengintai-intai mencari Nek Ngah tersayang. Pagi lagi nih, kalau kacau Nek Ngah syok jugak. Dah malas nak kacau Indah sebab dia bo layan je. asyik mengadap cerita-cerita P.Ramlee. ha, tu la. dulu mengata. Cerita P.Ramlee tak up to standard. Sekarang kan dah balik ke muka sendiri. Naik berasap tv tu menayang cerita P.Ramlee dari siang ke malam.

Kelihatan Nek Ngah terbongkok-bongkok mencapai parang panjang yang terselit di bawah dapur.

“Nek Ngah, nak buat apa tu?” Reza bertanya ingin tahu. Perlahan dia mendekati Nek Ngah.

“nak menebang pelepah dekat atas batas tu ha. Dah kacau lalu-lalang orang dah.”

“biar Reza yang buat la Nek Ngah.”

“alah. Takde apanya. Sikit aje.”

“laaa Nek Ngah ni. Meh la parang tu.” Reza mengambil parang panjang itu dari tangan Nek Ngah.

Nek Ngah senyum panjang. Ada-ada aje Reza ni. Tu dah habis idea nak buat apa la tu.

“Indah mana?” Nek Ngah bertanya bila mereka sudah mula melangkah keluar rumah.

“tuuuuu…” Reza memuncungkan mulut pada bahagian ruang tamu atas. “lepas ni habis semua dialog P.Ramlee dia hafal.”

Haha. Nek Ngah tergelak kecil. Indah…Indah. “budaknya serupa moden, tapi elok perangai dia..”

“elok gitulah Nek Ngah. Degil dia boleh tahan jugak.” Reza dah mula mencapai pelepah pisang yang dah terjulur mengacau laluan.

Srappppppp!!! Kuat Reza melibas hujung pelepah itu. Dicampak ketanah.

Nek Ngah yang berdiri menghadap parit disebelahnya tersenyum sorang-sorang. “degil sangat ke dia tu?”

Huh! Reza meraup rambutnya sebelum mengalih muka memandang Nek Ngah. “degil ya amat. Kalau tak, takkanlah dia tak balik-balik sampai sekarang.” Dah sebulan lebih, mengikut perkiraan Reza. Memang tak ada tanda-tanda dia nak balik semula ke KL.

“keluarga dia tak kata apa pulak?”

“nak buat macam mana Nek Ngah.. dapat anak degil macam tu. Disuruh pun bukan dia nak ikut. Orang macam tu, hidup dia ikut aturan dia aje. Orang lain dia tolak tepi.”

“tapi Nek Ngah tengok, kalau Reza yang kata, dia ikut je?”

“mana! Puas kena gertak, kena tekan, kena tipu baru dia nak buat.” Reza tergelak sendiri. Teringat kejadian dia menyuruh Indah telefon ayahnya, puas jugak dia mengugut.

Nek Ngah sengih panjang. “faham sungguh Reza dengan perangai Indah ye?”

“berbulan duduk satu rumah Nek Ngah…”

Nek Ngah masih senyum. Dia tunduk mengutip batu-batu kasar dari tanah. Dibaling satu persatu kedalam parit. Airnya taklah dalam mana, tapi kalau dia yang turun, tenggelam juga pinggang.

Glup! Glup!
Terpecik sikit air bila batu-batu itu tenggelam ke dasar.

“Reza ingat tak lagu yang Nek Ngah suka nyanyi masa Reza kecik-kecik dulu?”

Reza yang dah galak berpeluh mengalih perhatian pada Nek Ngah. “lagu mana satu ni Nek Ngah? Rasa Reza, masa kecik-kecik dulu, Nek Ngah ni macam recording artist dah. Banyak betul lagu yang Nek Ngah nyanyikan untuk Reza.”

Nek Ngah tergelak dengan usikan itu. Dia menggeleng-geleng. “tanya sama pokok..” Nek Ngah mula menyanyi baris pertama.

Hahaha. Reza terhenti dari membuat kerja. Lagu tu! Dia mula menyambung.

“apa sebab goyang, nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama angin, apa sebab hujan
Nanti jawab angin tanyalah awan..”


Haha. Serentak Nek Ngah menyambut rangkap kedua bersama-sama Reza.

“awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Lihat dalam air nampak bayang-bayang
Campak satu batu bayang pun hilang.”


Hahaha. Reza mengambil satu batu kecil dari tangan Nek Ngah dan campakkannya kedalam air parit. Aish, nostalgia betul! Ini la lagu yang dia dan kakak-kakaknya dok memekak bila melepak dekat parit atau tali air. Duduk menjulur kaki kebawah sambil main campak-campak batu. Masa tu tak ada orang nak marah, yelah budak-budak lagi. Main campak batu sampai cetek air pun takde siapa nak bising.

“takkan sampai situ aje?” Nek Ngah bertanya.

“haha. Ala Nek Ngah, tengok cerita Anakku Sazali tak khatam laa..” Reza melawak.

tanya sama hati, apa asal sayang..” Nek Ngah sambung menyanyi.

Reza dah kerut dahi. Aik, lupalah pulak aku part ni..

“adakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga, bulan dan bintangnya,
Punya tanda-tanda hubungan mesra.”


Hahaha. Galak Reza ketawa. “Nek Ngah, klasik gila la dia punya lirik! Tak boleh tahan!”

“klasik, klasik juga. Bermakna, tetap bermakna.” Nek Ngah senyum menyindir.

“makna apanya Nek Ngah? Reza fail sastera la masa sekolah dulu.” dan-dan je gagal.

“tanya hati kamu…. Apa kamu rasa?”

Reza tarik sengih. Nek Ngah dah mula dah….

Nek Ngah perhati Reza dalam-dalam. Tu takde benda lain nak mengelat la tu.

“Nek Ngah, pelepah ni nak buang ke? sayang la. ni boleh buat lepat ni. takpun lapik nasi lemak ke..” Reza mencangkung mengumpulkan pelepah-pelepah yang dah ditebang.

“Reza.” Sepatah Nek Ngah memanggil.

“saya Nek Ngah?”

“jangan ingat Nek Ngah tak nampak.” Nek Ngah sengih bermakna.

Reza berdiri. Pelepah-pelepah tadi dicekak dengan tangan kanan. Parang panjang setia ditangan kiri.

Keadaan senyap sebentar.

Nek Ngah dan Reza sama-sama berdiri menghadap parit. Reza menguis-nguis tanah dengan selipar getahnya.

Nek Ngah biarkan kesunyian antara mereka itu. cahaya matahari taklah terik mana sampai dia tak sanggup nak tunggu.

Tak lama kemudian, Reza mengalih muka mengadap Nek Ngah.

“Reza sayang Indah.”

Senafas ayat itu dituturkan. Lantas, Reza terus berlalu dengan pelepah memasuki ruang dapur bawah, meninggalkan Nek Ngah sorang-sorang berdiri dibatas itu.

Nek Ngah menarik nafas panjang. Menghirup udara segar menikmati nikmat Allah. Ya Allah, Alhamdulillah.

*****

Reza masuk kedapur dengan muka tegang. Seboleh-bolehnya, dia nak tarik balik pengakuan itu. Dia bukan orang yang layak untuk benda-benda ini. Kalau nak diikutkan, memang itulah jawapan hatinya, tetapi jawapan akalnya tidak. Dia tak patut berkata begitu dengan Nek Ngah. Tak patut sama sekali.

Reza tarik kerusi dimeja makan. Dia keseorangan diruang dapur Nek Ngah ini. Tangannya mencengkam dagu.

Jawapan hati tak selalunya betul. Sebab kita berfikir dengan akal, bukan hati. Hati kata sayang, jangan nak dipercaya seratus peratus. Pengalamannya mengajar, rasa sayang itu perlu beserta dengan logik akal. Setakat sayang aje tak cukup. Cinta aje tak menjamin.

Pengalaman. Ayang. Kalau sayang dari hati tu benar, rasa cinta itu menjamin, dia dan Ayang takkan berakhir begini. Bermula dengan harapan menggunung, berakhir dengan sifar. Jangan kata debu, asapnya pun tak tertinggal. Memang habis, putus macam tu aje.

Sekarang Reza mengalaminya sekali lagi. Dengan jarak waktu yang tak masuk dek akal lah jugak. Kalau janda, tak habis edah lagi. Nasib dia lelaki, tapi anggapan tu tetap sama.

Reza mengenggam kedua-dua tangannya diatas meja.

Kenapa aku kena fikir semua ni? segalanya dah berselirat! Akalnya menegah kuat. Jangan Reza, jangan. Memanglah tak semua perempuan itu sama, tapi cuba cari dalam hati. Ada lagi tak sisa-sisa sayang tu pada Ayang? Kalau ada, apa pulak yang kau rasa pada Indah?

Jangan nak dibuat main dengan anak orang. Diri tu bukan cukup baik. Rumahtangga pernah runtuh bukan tanda-tanda diri tu baik, sempurna jauh sekali. Mungkin ini bukan salahnya. Tapi tak banyak, sikit beban salah tu terletak juga pada bahunya. Ayang tu isteri dia, kekasih dia lebih dari setahun. Menegur, mendidik tu tanggungjawab dia juga.

Dah. Dah jelas. Dia takkan memperjudikan Indah. Apa juga dalam hatinya, biar aje disitu. Tak payah nak dipupuk, dikeluarkan.

“Reza? Dari mana tu? macam penat je…” suara Indah menerpa.

Tanpa sedar Indah berada didepan mata. Sejak bila Indah turun kedapur pun dia tak tau.

Ditenung Indah dalam-dalam. Macam mana pula cara nak memadam rasa tu?

“Reza? Kenapa ni?” Indah bertanya lagi. Siap dengan berkerut-kerut dahi.

Humph. Ambil masa Reza. Sedangkan nak hilangkan kesan pensel pun kena tekan getah pemadam kuat-kuat, inikan pula nak padam kesan sayang yang dah makin pekat dalam hati.

“tak ada apa-apa.”

Reza menyeret kerusi itu kebelakang dan terus naik kebilik.

Indah yang tertinggal disitu terpinga-pinga.

Thursday, August 6, 2009

rabbani dan hijjaz

“Bangsat!!”

Seorang lelaki memaki dengan kuat. Serentak dia menghempas pintu keretanya. Pap!!! Nampak kusut benar! Mukanya merah padam macam baru lepas mandi wap.

Penunggang LC itu dipandang dengan mata curam. Hoi… kereta aku baru keluar kilang nih!!! Agak-agak la nak rasmikan pun!! Dia merapati penunggang yang masih keras beku diatas motornya. Helmet siap visor itu tak ditanggalkan. Kot ye pun, angkat la visor tu mangkuk! Aku nak mintak hutang nih!

“hoi!!! Sini kau!” Bani memanggil kasar. sebelah tangannya menyentuh sisi depan keretanya yang dah kemek dan tercalar.

Penunggang motor itu mematikan enjin. Lagak selamba. Lambat-lambat dia turun dari motor.

Bani makin berasap. Apa sekarang ni kalau langgar kereta orang tu bukan kesalahan dah ke? dia memerhati penunggang motor itu berjalan kearahnya. Orangnya kecik aje. Tapi perangai kat jalanraya macam la besar sangat!

Penunggang motor tu berdiri dihadapan Bani. Helmetnya ditanggalkan dari kepala. Dipegang dengan tangan kiri. Sebelah lagi tangan disimpan dalam poket jeans.

“ha? apahal?” muka malas. Jazz menggosok-gosok rambut yang terpenyek.

Bani berasap. “apahal kau tanya? Mata kau simpan dalam tempat minyak ke hape? Tu! kemek tu!”

Jazz alihkan matanya pada bucu kereta. alah… kemek tak dalam mana. Calar adela 2-3 baris, nak kecoh lebih pulak mamat ni. “sikit je tu bang..”

“baru keluar kilang ni weh. Ni nak kena ketuk jugak, cat jugak. Pakai duit..”

Jazz pandang kelangit. Adoi~ “alah bang, sikit je tu! LC saya ni baru jugak! Abang boleh beli kereta mahal-mahal, siap ada lambang harimau menerkam.. takkan nak ketuk sikit pun mintak duit dekat saya? Lagipun saya terlanggar kat belakang sikit je pun, abang yang pergi langgar divider tu sendiri.” Suara Jazz dah meninggi. Apa aku pulak yang kena tanggung!

Bani terdiam sejenak. Apa telinga aku yang rosak, atau suara dia yang memang macam perempuan? Ah!! lantak!! “yelah! Tapi kau la jugak penyebab aku terlanggar divider tu! nak nyelit, nyelit ajelah! Tak payah sondol-sondol!”

Jazz, kau bawak tenang je Jazz. Jangan hambur pedas-pedas…

“ha! apa lagi! Meh duit!” Bani menadah tapak tangannya.

Jazz pandang sinis. Menjeling. “abang ada nampak rupa saya ni ada duit ke?” cukup baik aku nak tolerate. Jangan nak paksa-paksa.

“eh. pandai langgar, pandai bayar la.”

“masalahnya yang saya langgar bukan ada apa-apa pun!” naik lagi suara.

“aku kisah apa! Kalau kau tak langgar,benda ni tak jadi!” Bani halakan jari telunjuknya pada bucu yang kemik sikit tu.

“dahla bang. Panjang cerita la. Benda kecik je. Takat ketuk tu, takdenye abang merempat makan tepi jalan esok. Saya lainlah..”

“ah… takde! Takde! Jangan ingat kau perempuan aku nak kesian!”

Automatic, Jazz mengangkat pandangan matanya. Betul-betul merenung mata orang dihadapan. “saya ada ungkit jantina saya ke kat abang!!!!!!!” keras suaranya. Sudah. Dia dah berapi. Baik blah sekarang. Cepat dia memakai helmet. Visor diturunkan. Kunci motor diputar.

“woi!! Blah pulak! Kurang ajar punya perempuan!”

“tu lah jantan!! Asal perempuan nak baik aje! Diri sendiri macam haprak tak sedar!” sempat Jazz melaung sebelum motornya dipecut laju.

Bani tergamam sekejap. Kemende yang perempuan tu mengarut! Dia tunduk memandang bucu kereta hitamnya. Halahai~ masuk hospital la kau harimau. Ish..

*********

“Jazz,kau apahal…”

“kau diam!!” Jazz menjerkah housematenya. Nasib. Silap time nak beramah mesra dengan aku.

Aishah kerut dahi. Hangin pulak. Dia memandang perempuan berambut boy-cut itu tak lepas-lepas. Macam ada masalah Negara. Dok melepek dekat sofa dengan lengan dekat atas dahi.. huih.

“ugh!!! Ugh!!! Ugh!!!” Jazz mengerang tiba-tiba. Kakinya dihentak-hentak pada sofa. Bengang! Bengang!

Aishah makin risau. Tanpa fikir banyak kali, dia letakkan tapak tangannya pada dahi Jazz. “sihat jek.”

Jazz mendongak. Muka Aishah tegak diatas kepalanya. “siapa kata aku sakit?”

“kau mengerang macam kena gigit dengan vampire.” Serius muka Aishah.

“mengarut.” Jazz mengangkat dua-dua lengannya keatas. Mengeliat. Letih.

“apahal?” Aishah berbau concern.

“haih.” Jazz mengeluh. “accident.” Pendek je die memberi jawapan. Walau dalam otaknya nak menjawab begini, ‘ada sorang mamat haprak berkereta harimau menerkam maki hamun aku walau terang-terang dia sendiri yang langgar divider! Lepastu dan-dan nak kata aku mintak kesian. Sebab perempuan huh? Memang buat aku terbakar!’

“ha?ha? habistu? Habistu? Luka tak? Sakit mana-mana tak?” Aishah dah mula memeriksa lengan, betis, muka dan kepala Jazz disebelah.

“eeh! takde apela!” Jazz menjauhkan dirinya. Apa raba-raba!

“habistu? LC kau ok?” Aishah meninjau luar rumah disebalik sliding door.

Jazz angkat ibu jari. “orait je.”

Phew~ Aishah memegang dadanya. “Alhamdulillah takde apa.”

“nasib baik.” Jazz memejam mata. Kepala disandar pada belakang sofa.

“Asar dah sudah? Kau lepak rumah terus ke ni?” Aishah bertanya lagi. Dia faham, kerja part time Jazz. Bukan selalu boleh menjulur kaki dekat rumah.

Jazz pandang Aishah sekilas dengan mata penat lesu. “aku macam nak berhenti la.”

“memang patut pun… aku kesian tengok kau. Berdiri dekat kilang, 12 jam non-stop tu boleh buat sakit tau. Lepastu boleh pulak kau buat part time delivery McD tu.. berapa jam sangat kau tidur? 2 jam? 2 jam setengah? Penat la Jazz..”

“ala.. kilang tu kontrak aje. Berapa bulan lagi habis la.. McD tu kira support money aku nak hidup.”

“carik kerja tetapla Jazz..”

Jazz membesarkan matanya. “Aishah, kau cakap dengan aku. siapa nak hire aku kerja?”

“degree kau bukan kertas A4 print out takde nilai Jazz. Kau usaha sikit laa.. memangla kerja tu tak banyak, tapi try la..”

“aku penat kena halau.”

“ade je syarikat swasta yang tak kisah kau pakai apa pun.”

“aku bengang la weh. Aku pergi interview bukan pakai bikini. Pakai slack dengan kemeja jugak. Tapi tak pernahnya nak dapat..” nada sayu.

“cuba la lagi. Aku tak sanggup tengok kau kerja macam ni. Kalau dekat sekolah aku tu ada kerja apa-apa, dah lama aku rekomen.” Aishah berkata menyedapkan hati. Dia taula Jazz takde kelulusan jadi cikgu, tapi boleh je kalau takat cikgu ganti tu.

Haha. Jazz senyum segaris. “sejak bila sekolah kebangsaan tu jadik sekolah kau, Shah?”

“benci la kau ni! aku cakap betul-betul, buat loyar buruk pulak!” Aishah tarik muncung. Dia dah bangun dari sofa.

“Shah!!!!!! Nak air!!!!!!!!!”

“sendiri ada kaki, sendiri ambik!!!” Aishah melaung dari dalam bilik.

Jazz sengih. Aishah..Aishah. Nasib la dalam dunia ni aku ada kau lagi. Sengihnya masih tak lekang. Dia berdiri, meregangkan otot. Dia pandang jam. Asar la dulu, lepastu shift delivery pulak. Haih! Dunia,dunia.

*******

“Bani my friend!!” Yus menyengih dari pintu pejabat Bani.

“ni dok menyengih-nyengih.. panggil aku ‘my friend’.. baik punya tatasusila.. pekehal?” Bani membiarkan rakan baiknya itu masuk kedalam. Layan dirilah kau. Ikut suka nak duduk mana. Memang selalunya Yus buat pejabat dia jadi ‘pejabat angkat’.

“aku baik pun kira ada isu ke?” Yus menghenyak punggung pada kerusi berhadapan Bani.

Bani tarik sengih. Matanya tak lari dari flat screen computer. “lain macam bunyi kau ni. seram.”

Haha. Yus mengetuk-ngetuk meja. “bila nak bawak aku pusing-pusing naik Jaguar?”

Hahahaha. Meletus terus ketawa Bani. Baik punya kipas, sebab nak tumpang Jaguar rupanya. “aku takde zoo la. Belum ada rezeki nak bela jaguar.”

“zoo kepala otak kau la Bani!” rasa ringan dia nak baling penindih kertas didepannya ke dahi Bani. Lawak sangat la tu.

Bani ikut tergelak. Dia mengherotkan mulutnya. “kau takde rezeki la. Jaguar aku ada dengan veterinar.”

“aik? belum apa-apa dah masuk hospital? Ambik vitamin ke hape?”

“vitamin menda kau!”

“dahtu? Apa yang tak kena? Haish… takkanlah kereta mahal-mahal kilang buat cincai je kot..”

“cium divider.”

“damn!” Yus bersuara tak puas hati.

Bani mengangguk. “aku dah tak terkata apa..” muram. Itu benda pertama yang dia order lepas dapat komisen projek besar-besarannya. Itu jenama kereta yang dia kemain mengidam sejak zaman sekolah. Itu harta paling mahal yang dia ada. Itulah yang dia sayang, ditatang bagaikan nyawa. Orang kutuk laptopnya apek kedai handphone je yang pakai, tak apa. Orang mengata rumahnya dekat kawasan hartanah murah-murah, dia tak kisah. Asalkan orang ternganga tengok duit dia yang diperam selama ni dia labur kemana. Jaguar beb, Jaguar.

“kau lunyaikan si pelanggar tu tak?” Yus cukup yakin accident tu akibat orang langgar. Sebab si Bani ni cukup jaga kereta baru dia tu macam jaga orang berpantang. Sangat-sangat prihatin. Takkan dia dengan rela hati pergi ciumkan kereta dia dengan divider? Bet potong jari, takkan punyalah!

“ikut hati, aku patahkan lengan dia yang tak reti nak pegang handle motor tu…”

“dahtu? Apahal tak buat?”

Bani mengetuk-ngetuk buntut pen diatas meja. Tap..tap..tap.. “dia perempuan.”

“tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu diaaaaaaaaaaaaaaaa..” Yus terkejut macam nak melompat atas kerusi.

“dahla taknak bayar kau tau? Mintak maaf pun tak!”

“ho…. Ganas weh..ganas..” Yus menongkat lengannya pada arm-chair.

“masa dia blah, tinggalkan aku terkulat-kulat dekat situ, nak menitik air mata kau tau?”

“apahal?” Yus pelik. Kes menitik airmata kenapa pulak dah..

“ye ar. Tengok Jaguar aku, tercalar, kemek… tak sampai hati tau tak..”

“kau ni memang la.” Yus menggeleng-geleng kepala.

“eh, temuduga esok, on kan?”

“on!” Yus menjawab sebagai pengurus yang menjaga penjawatan.

“pagi?”

“tak. Tengah malam.” Yus menjawab sambil membuka pintu bilik Bani.

“mangkuk ayun!!”

Haha. Terdengar gelak Yus yang dah terlolos keluar dari bilik itu.

*****

Jazz ketar. Kalau nak dikira, ni interview dia yang ke 28 lepas dia graduate setahun lepas. Bahagi la, dalam sebulan agak-agak berapa kali dia pergi interview. Ingat seronok? Dia terus berjalan tanpa kalih kebelakang. Akak secretary tu kata, pergi ke bilik belah kanan. Hish. Bismillahirrahmanirrahim..

Krek… pintu dibuka perlahan.

2 orang lelaki berpakaian kemas memandangnya. Tajam.

“assalamualaikum. Selamat pagi.”

Dia mula duduk. Diletakkan failnya kemas diatas meja. Kemejanya ditarik-tarik sedikit, biar kemas.

Yus mencapai fail itu. “ok. so, introduce yourself.” Kalau dia dan Bani yang in charge interview, memang keadaannya tak skema sangat.

Bani senyap. Diam tak berkutik. Tapi dahinya berkerut-kerut macam tengah fikir masalah ekonomi.

“I’m...”

“ehh!!!”

Belum habis ayat Jazz nak perkenalkan diri, suara Yus dah memotong.

Jazz dah pelik.

“Bani!! Tengok ni!” Yus menyuakan fail ditangan pada Bani disebelah. Dia tergelak. “korang boleh join akademi nasyid la..”

Bani tengok resume itu sekilas. Hijjaz???? Dia angkat muka pada Yus. Bodoh!! Buat lawak reality tv dalam interview room pulak dia!

Gelak Yus tinggal saki-baki. “ok Miss Hijjaz. Continue.”

Mata Jazz mencerun pada mamat yang dipanggil Bani tadi. Sekali mamat ni daa. Haprak!!!dia terus takde mood nak teruskan temuduga.

“I’m so sorry I can’t continue. I’ve to go now. I’m sorry. Assalamualaikum.” Pantas Jazz terus mengangkat punggungnya. Terus menerpa kearah pintu.

Takpelah tak dapat kerja ni pun. Daripada aku kena mengadap si haprak tu setengah jam untuk temuduga. Takpelah. Terima kasih banyak.

Yus ternganga. Boleh pergi macam tu je? dahla fail dia pun dia tak ambik!

Bani disebelah terkesima. Macam tu sekali reaksi dia. Dikerling Yus disebelah. “aku nak balik office.” Matanya tertancap pula pada fail biru ditangan Yus. “bak sini fail tu.”

Yus memberi tanpa banyak soal.

“kau tutup jela interview ni. sambung bila-bila. Aku dah takde mood.”

Pulak!!! Dia yang beriya nak carik accountant baru, dia taknak interview. Ni la perangai bos, bukak tutup interview bila-bila suka.

****

“hell!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” nak terhempas mug ditangan bila suara ditalian belah sana memaklumkan berita itu.

“kenapa? Kenapa? Kenapa?” Aishah kalut keluar dari bilik dengan mask penuh dimuka.

Jazz matikan talian. Handphone tu ditenung tak percaya. Dia kalih memandang Aishah. Tak terkeluar nak bercakap.

“apahal ni Jazz? Kau kenapa?” Aishah bertanya.

“aku…aku… aku..”

“kemende??” Aishah dah tak tahan sabar.

“aku dapat kerja.”

“kerja apa kali ni?”

Jazz merenung handphone mati sekali lagi. Cuba memproses. Dia pandang muka Aishah yang penuh tanda tanya di pintu bilik. “accountant.” Sepatah dia menjawab.

“arghhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Aishah menjerit. Eksaited sebenarnya. Dia pantas berlari mendapatkan Jazz. Bahu Jazz digenggam kuat. “tahniah! Tahniah! Tahniah!”

“masalahnya…”

“kenapa? Jauh? Takpe! Aku boleh hantar naik kereta. susah? Takpe! Aku boleh teman kau study bab accounting balik. Pening nak pakai baju?meh aku jadi consultant!” panjang lebar si Aishah menduga.

Jazz geleng-geleng. “bukan.. masalahnya, aku tak buat interview pun haritu!”

“oh! ni yang hari kau lari tu ke?”

Jazz angguk.

“Ya Allah Jazz…. Ni rezeki namanya weh!!”

Makin seronok pulak Aishah ni. Jazz dah pening. Start kerja esok pulak tu. Gila hape. Orang start kerja awal bulan. Ni dah tengah bulan.

“bila start?” Eksaited Aishah tak habis-habis.

“esok pagi.”

“wah!!!!!!!!!!!!! Mana baju kau?mana? meh aku gosokkan!”

Jazz terdiam bila Aishah dah meluru kebiliknya. Heh. Apa-apa la Shah.. happy sungguh kau ye aku dapat kerja? Tiba-tiba satu cecair menitik dari tubir mata terus kebibirnya. Dia menarik nafas panjang. Aku hanya boleh kongsi berita gembira ni dengan Aishah. Agak-agak kalau arwah ibu ada, dia happy macam mana pulak eh? sedangkan Aishah dan-dan pergi gosokkan baju, kalau ibu mesti dia gosokkan baju untuk stok sebulan. Haha. Dia mengesat pipinya kasar.

*****

Jazz menjalankan kerjanya dengan senang hati. Inila yang dia nak dari dulu. Ada meja sendiri, computer sendiri,kerja tetap dan tentunya kehidupan yang lebih stabil. Takpayahla lagi dia jadi musang berjaga sampai pagi, ataupun kejang-kejang lutut berdiri 12 jam dekat kilang.

Tapi….

Ada satu yang dia tak tahan. Lelaki itu. walaupun pejabatnya lain tingkat, tapi suka sangat buat pasal. Department finance yang selama ni dia jarang-jarang jejak, dah jadi tempat tempias marahnya setiap hari. Ni apa yang dia dapat tau dari kawan sekerja dialah. Encik Rabbani yang kadang-kadang garang tak bertempat tu, melekat dengan orang admin aje. Masanya lebih banyak untuk projek dari beramah mesra dengan orang bawahan. Orang lelaki di department ni suka bercerita pasal keretanya je. Jaguar hitam berkilat. Bila dengar cerita tu, Jazz hanya boleh telan air liur yang terasa berpasir. Orang perempuan pulak suka cerita pasal kehidupan peribadi dia. well, bisalah perempuan. Tapi Jazz tak masuk mana-mana kategori. Kategori lelaki bukan, kategori perempuan pun bukan. Dia datang ke pejabat untuk bekerja, carik duit. Bukan jaga tepi kain bos kat tingkat atas nih.

“Jazz,bos panggil masuk meeting room.”

“eh? bukan dia pergi meeting dengan orang admin ke?”

“yelah. Aku maksudkan meeting room atas la. bukan meeting room ni.” rakan sekerjanya menunjukkan pintu meeting room departmentnya.

Meeting room atas? Apekejadahnya?? Sejak bila aku naik pangkat???

“cepatla.”

“nak kena bawak apa?”

Rakannya yang telah balik kemeja hanya angkat bahu. Ah! sudah! Dia mencapai note book kosong dan pen sebatang. Jadilah.

Semua mata di meeting room utama itu memandangnya yang tercegat di pintu. Jazz terkaku tatau nak buat apa. Nak bergerak kemana pun dia taktau. Bukan dia biasa pun.

Bosnya, si finance manager syarikat melambai. Cepat Jazz menunduk dan bergerak kearah kerusi bosnya.

“MD nak accountant yang bentangkan belanjawan untuk suku tahun pertama.” Perlahan bosnya berbisik.

Apa dia??????????? accountant cabuk macam aku dia suruh present???

Dia pandang pada kerusi utama ditengah. Tuan director yang dah beruban tu dia nampak ok je. Tapi bila matanya hinggap kesebelah kerusi director, ya, si MD itu, rasa marahnya meluap-luap.

Bani perasan mata yang nak terkeluar api itu. “kami nak pekerja bawahan juga alert dengan kewangan syarikat, bukan sekadar memfailkan digit-digit sahaja.” Tenang Bani memperkatakan rasionalnya arahan dia tadi.

‘kepala hotakkkkkkkkkkk!’ nyaring dia menjerit. Ops, dalam hati aje. Depan semua orang atasan ni, takkan nak buat pasal.

Yus dikerusi selang 2 buah dari kerusi MD dah berdehem-dehem. Bukan apa, dia nak tutup geli hati. Kalau takde orang lain dalam bilik ni, dah lama dia gelak tersembur air liur. Bani.. kau ni memang la.. sampai terkulat-kulat muka budak ni jadinya.. tau la ada kes peribadi pun, tapi cara dia smash balik ni memang la kejam gila.

Jazz tarik nafas. Tenang Jazz.. tenang. Takkan nak lari macam interview dulu? habislah kerja aku. dahla ni kerja tetap first yang aku dapat. Dia membetulkan rambut depannya yang menutup mata. Chait! Rambut dah meleret sampai mata pun lupa nak potong.

“so?” Bani memprovok.

Jazz berdiri tegak. Slide belanjawan yang terpasang ditenung dalam. Dah lama tak buat kerja bentang-membentang ni sejak dah habis belajar. Takpe Jazz,kacang je tu. Dia bergerak kedepan, tengah. Bahasa apa nak pakai? Dol~! Slide Bahasa Inggeris, takkan nak bantai tagalog? Dia berdehem kecil. “so, managers and directors.. here it is. Our company’s budget for the first quarter of 2009.” Ayat pertama. Ayat pertama yang sungguh lancar begitu juga ayat selepas-selepasnya.

Bani melihat depan dengan khusyuk. Slide bertukar tanpa sedar. Yang dilihat cuma perempuan yang cukup confident dengan gayanya tersendiri. Kemeja lengan panjang biru gelap dan seluar slack hitam ringkas itu menarik perhatiannya tiba-tiba. Tak payah ber-skirt pendek, berropol-ropol lengan, ber make-up bagai. Dia sudah tertarik.

********

“Hijjaz!”

Kelakuan Jazz terhenti. Helmet yang dah diangkat, diturunkan semula. Budak office mana yang tak reti-reti nak panggil aku ’Jazz’ nih? Rasanya satu jabatan tau nick aku.

Bani melemparkan senyuman manis.

Jazz pelik. Pekehal? Dia pandang kebelakang. Kot-kot la haprak ni senyum kat orang lain. Takde pulak sapa-sapa dibelakang motornya.

Bani masih senyum
.
Jazz dengan teragak-agak menghalakan jari telunjuk ke dada sendiri. Macam menyampaikan soalan, ‘aku ke?’.

“tunggu sekejap.” Bani berlari-lari anak kearahnya.

“ada apa?” keras suara Jazz bertanya.

“nak balik dah?”

Ni poison ape kename yang dah masuk ke otak mamat ni.. dok tiba-tiba tanya aku nak balik.. Jazz mengumam dalam hati.

“aah.” Pendek dia menjawab.

“nak minum-minum petang dulu tak?”

Jazz dah mengangkat dagunya. Mendongat sedikit. Helmetnya diletak atas seat motor. Dia bercekak pinggang. “teringin nak cium rim tayar motor ke?”

“tak. Teringin nak cium awak.”

Ek eh… ada yang makan helmet karang. Pantas dia swing helmet itu keperut Bani. Bos tak bos.. sekarang dah habis waktu kerja. Lantak aku nak buat apa!

Argh!!!!!! Terasa nak menjerit bila helmet tu mendarat atas perutnya. Bertuah punya Hijjaz! Tu la. kau pun satu Bani. Mulut tak jaga. Laju aje mulut kau tu menjawab nak cium si perempuan tak berapa nak perempuan depan ni.

Jazz terus menyarung helmet. Visor diturunkan. Motor itu terus berdesup laju.

“cium aku?? dia ingat aku ni divider yang dia senang-senang nak cium? Ahh!! Bodoh punya lelaki!!” kuat Jazz membebel atas motor. Tapi deru angin kuat membuatkan hanya dia yang dengar suaranya. Haih! Nasib aku sayang helmet. Mahal ni tau, 45 hinggit. Kalau tak aku layangkan kuat-kuat macam bola boling.

******

“aku rasa kau kena buat research dulu la Bani.. kalau kau approach lagi macam haritu, aku takut betul-betul kau kene cium rim.” Yus bersuara gusar.

“research? Pernah ke orang nak carik bini buat research?”

Yus rasa nak tepuk dahi. Sekali perkataan bini dia pakai. Betul serius ni. “try la. carik bestfriend dia ke, housemate dia ke,adik-beradik dia ke.”

“betul tu, betul. Tapi.. mana aku nak carik?”

“ape ke slow otak kau ni Bani? Apa guna fail peribadi kakitangan syarikat?”

Bani sengih-sengih pada Yus. Bagus.. bagus.. terlupa pulak aku.

Petang itu juga dia rembat fail milik Hijjaz binti Hasim balik kerumah. Masa aku study kat u dulu-dulu pun takde sesemangat nih.

Diselak helaian itu. Anak tunggal. Yatim piatu. Dia mendengus nafas. Dia tak jadi nak habiskan study. Fail itu ditutup semula.

Dia berfikir-fikir lama. Patut perwatakannya kasar. Patut dia tak suka dikasihani. Patut dia sangat tough. Hidup dia dah cukup susah. Pengalaman kerja berderet, walau semuanya tak kekal. Sekejap kilang ni,sekejap kilang sana, kedai 24 jam itu, sampai pusat snooker pun dia pernah jaga. tapi satu je soalan yang dia tak dapat jawab, kenapa dia tak suka ungkit pasal jantina?

Jangan-jangan… dia tu… err…

Takkanlah!

******

“awak kena tolong saya. Tolong bagitau saya.” Suara Bani separuh merayu. Nasib housematenya ni ada dirumah pada masa office hour. Tak sia-sia dia tinggalkan office.

“tak boleh.. awak bukan sapa-sapa. Awak takde hak nak tau!” Aishah bertegas.

“kan dah kata tadi.. saya majikan dia.”

“eh encik, kalaupun saya ni tak kerja pejabat, saya tau prosedur apa yang patut atau tak. Majikan nak tau cerita peribadi pekerja nak buat apa?”

“syarikat saya establish tau. Takde pekerja saya berekod hitam. Saya kena tau semua tu, prestasi syarikat kena jaga. Manela tau ada ahli keluarga dia banduan ke hape ke..pernah bunuh orang ke..”

“shhh!!shhh!!!” Aishah memintas ayat Bani. Dipandang kiri-kanan. Takut ada jiran-jiran menjengah.

“kenapa? Saya tercakap apa?” Bani blur.

“mana encik tau ayah dia pernah bunuh orang??”

Buntang mata Bani. BUNUH???? “ayah dia??”

Maaaaakkkkkk! Aishah rasa nak tampar mulut sendiri. Tak logik langsung la mamat ni boleh tau! Yang kau sengal sangat pergi tanya buat apa! “eh! takde apa! Takde!” dia sengih menutup cuak.

Bani dapat tangkap sesuatu disitu. “mak dan ayah dia dah meninggal.. so, ayah dia meninggal sebab hukum gantung? Bunuh orang?? Bunuh siapa??”

Aishah tak boleh tarik balik. Nak dicover pun dah tak boleh. Lelaki ni cepat sangat pick-up. Dia berserah. “mak dia.”

Bani termenung panjang. Dia cuba mengaitkan kisah hidup tragis ya amat tu dengan seorang perempuan, Hijjaz.

“janji dengan saya, jangan cakap benda ni depan dia. Dia dah cukup susah. Walaupun dia 25 tahun,tapi mungkin pengalaman kerja dia kalah orang umur 60 tahun.”

“jangan risau. Saya takkan buat dia susah.” Jaguar hitam itu meninggalkan perkarangan rumah. Sayu, sedih, entah apalagi perasaan yang menyelubunginya. Hijjaz, dia patut hidup dengan lebih baik. Bukan nak mendabik kata hidup dengan dia Hijjaz boleh senang dan bahagia, tapi atleast itu la yang dia azamkan.

*****

“encik panggil saya?” sopan Jazz bertutur. Dalam pejabat, waktu pejabat, Bani itu bosnya. Bukan mamat haprak yang dia meluat sangat-sangat.

“duduk.” Bani menyuakan tangan pada kerusi didepannya.

Jazz duduk perlahan.

“saya nak jaga awak.”

Jazz terlongo. Ayat versi apa ni? “jaga amende?”

“awak.”

Ok.ok. aku dengan Encik Rabbani sekarang ni kan? Dia rasa macam nak rebah ke jubin lantai. “apa encik cakap ni? saya hormat encik, lagipun dekat sini takde helmet yang saya nak layangkan.”

Bani tarik sengih. “saya mintak maaf. Saya taktau cara nak dekat dengan awak,Hijjaz. Saya ajak minum petang pun dah kena lenyek dengan helmet, kalau ajak dating agaknya helmet tu masuk dalam perut.”

Ok. he’s funny. Tapi tak terasa nak gelak guling-guling kat sini. “saya keluar dulu.” dia seret kerusi kebelakang.

“Jazz..” Bani tahannya di pintu. Mata Jazz diparas dadanya ditenung lembut. “tak semua lelaki macam ayah awak..”

“kau tak ada hak nak cakap pasal ayah aku!!!!!!!!”marah Jazz terus meledak. Pintu terus ditarik, sampai melibas belakang badan Bani. Halatujunya sekarang ketempat parking motor, bukan departmentnya lagi.

Entah berapa lama dia tak dengar pasal ayahnya. Daripada ayahnya ditangkap, masuk penjara, dan sampai ayahnya ditali gantung. Dia tak pernah minat nak ambik tahu, lagikan nak mencanang cerita. Dia dah puas dengan cerekarama yang direka oleh ayah sepanjang mak hidup. Dibelasah, dihentak, dikelar, cukup. Semua cukup.

Tanpa sedar, airmatanya laju mengalir disebalik visor.

*****

Esok pagi dia datang kepejabat dengan hati tenang. Puas dia mengurung diri dalam bilik, mengadu pada Tuhan.

Ramai orang berkumpul pada notice board.

Semua kakitangan tidak kira jawatan WAJIB memakai baju kebangsaan pada hari isnin.

Ha?????????? Jazz memegang dahinya. Mampus! Baju kurung. Itu yang terlintas difikiran. Semakin lama dia berfikir, dia rasa meluat. Ni semua mesti kerja mamat tu!

Aduhai… mana nak dikorek baju kurung? Raya pun dia dah lama tak sambut dengan baju kurung. Memang dia buat tak reti je pergi sembahyang raya dengan seluar khakis. Nasib tutup dengan telekung. Masalah! Masalah! Rabbani… dia mengetap bibir bila teringat 3 suku kata itu.

****

“Jazz, baju kurung aku dah siap gosok, ambik dalam bilik aku. harini kena pergi sekolah awal la, ada hal!” Aishah berteriak diluar muka pintu bilik Jazz.

“hmm!” mamai dengan menyahut. Tapi otaknya mula memproses. Yes! Ini pagi hari isnin! Aduhai~

Dia melangkah longlai kebilik sebelah. Baju kurung sutera warna kuning air elok tergantung dengan hanger. Kemain kau ye Aishah. Baju dry cleaning dia kasi pinjam dekat aku. satu note terkepit dengan kepit baju diatas hanger itu.

Pakai tudung la weh. Pakai baju kurung tak complete la takde tudung. =p

Dia pandang ke atas katil. Tudung 4 segi warna pink lembut tersedia disitu.

Hatinya terkesan sikit. Dia dah lama terfikir nak pakai tudung, tapi segan. Dia dahla ganas, minah motor, tiba-tiba berubah jadi ayu pulak. Rasa ragu-ragu tu dia ketepikan sebentar. Nak berubah, hati mesti berani beb! Bantai jela, buat first trial.

Dia pantas mandi dan bersiap. Saat tudung itu dipinkan kebawah dagu, dia berenti sejenak. Dah pakai tu Jazz, elok dah. Kau rilek je. Dia bagi motivasi pada diri sendiri.

Tiba-tiba dihadapan cermin panjang itu jugak dia teringat Bani. Malam tadi dia mimpi arwah ibu. Tak pernah-pernah lagi dia mimpi ibu walaupun masa dia rindu gila-gila. Tapi malam tadi elok je ibu datang dengan muka bercahaya.ibu tahu agaknya pagi ni dia nak jadi lebih baik. Syukur.

Ke…. ibu datang sebab ada hal lain?? Hatinya dah berentak lain macam. Ah! nasib!

*****

Office kosong. Ok, hari ni memang la hari isnin,hari malas bekerja. Tapi takkan la budak receptionist pun tak sampai lagi??

Dia masuk ke pejabatnya. Satu tingkat kosong! Pelik. Semua orang beriya bersiap dengan baju kebangsaan sampai lupa tengok jam ke?

“saya sayang awak. Saya nak jaga awak. Saya akan berusaha jadi lelaki sebaik mungkin untuk awak.”

Jazz meremang. Suara sayup itu datangnya dari belakangnya. Ok, Jazz.nak toleh ke takmau? Akhirnya kerusinya dipusing kebelakang.

Rabbani sedang melutut padanya.

Jazz tergamam.

“saya betul-betul nak jaga awak. Bukan sebab simpati, bukan sebab kesian.”

Diam lagi. Punggungya rasa terlekat diatas kerusi pusing itu.

“Hijjaz..”

Owwwwwwwwkeyyyyyyyyyyyyyyyyy…. Ini menakutkan!!

Bani memegang kotak 4 segi kecil. Kotak baldu. Hey, walaupun aku tak layan cerita jiwang macam perempuan lain, tapi aku tak bodoh nak teka dalam tu ada apa. Jazz berkata-kata sendiri dalam hati.

“jadi isteri saya?” kotak itu disuakan dekat padanya.

Jazz terdiam tak terkata apa. Dia tak biasa tengok cerita cinta. Kalau tidak, boleh jugak dia cilok ayat sikit-sikit nak reply.

Oh! tu hanya lawak yang dia buat dalam kepala. tapi dalam hatinya, rasa macam dah banjir. Tak pernah lagi ada orang hargainya sebegini sekali kecuali ibu dan Aishah. Dia memang tak pernah kenal apa itu cinta dan sayang pada lelaki, tapi sekarang dia rasa orang didepannya ni boleh buat dia rasa semua itu.

Bani memandang Jazz yang dari tadi bisu dikerusinya. Dia tak kisah penat lutut dan penat mendongak, tapi dia harap sangat Jazz faham apa yang dikatakannya. Dia memang dah sayang pada Jazz. Tak payah nak tanya ulang-ulang, dia memang dah kunci jawapan itu. Dia sayang Jazz. Dan harini, bila tengok Jazz melangkah dengan baju kurung dan tudung pink itu,memang sah-sah dia takkan nak tarik balik keputusannya! Jaguar bukan benda teratas dalam hidupnya lagi, tapi perempuan didepannya kini dah cop tempat tu.

Jazz diam. Lama.

Bani tau dia patut rilekskan keadaan. “awak nampak sweet. Nampak macam Hijjaz saya,bukan Jazz.”

“Hijjaz awak?”

“kalau awak benarkan, saya jadi pemilik awak.” Bani sengih nakal.

Jazz menangis.buat pertama kalinya, dia mengis beriya-iya dihadapan orang. “ibu…ibu.. malam tadi.. ibu.. ibu datang.. ibu panggil Hijjaz..”

“shhh…”

Jazz mengesat airmatanya dengan hujung lengan.

“hoi!!!!!!! Baju silk aku!!!”

Jazz ternganga. Aishah? Dia pusing kerusinya kekiri. “Aishah!!!! Tak guna!!!!”

“haip!” Bani menegur.

Jazz tak faham. “kenapa?”

“pakai baju kurung dah.. tudung dah.. menangis dah.. then, language kena la jaga.”

Jazz rasa pipinya merah. Segan.

“nak tak cincin ni? melutut dah setengah jam, semua ayat power dah keluar. Nak apa lagi?” Bani bertanya selamba.

Jazz mengambil kotak itu. “nanti saya fikir.”

“alahhhhhhhhhh..”
“ada pulak….”
“mana boleh ending macam ni….”

Terdengar suara-suara rungutan dari luar pejabat. Mak ai. Semua kakitangan ada! mana nak letak muka?

“Bani, costume semua dah ok.dah macam ala-ala pergi kenduri. Kau langsung jelah!” Yus menjerit.

“rilek dulu. Jaguar aku tak puas lagi hidup bujang! Nak kena kahwin dengan LC pulak tu! take time la bro.”

Hahahahahahahaha. Semua ketawa mendengar ayat Bani itu. Dengar macam main-main kan? Tapi tak bagi Jazz. Ayat itu penuh makna. Dia senyum. Bahagia.
 
Blog Template by Delicious Design Studio