♡assalamualaikum

currently updating First.

Tuesday, July 28, 2009

istana 8

Krenggggggg..krennnggggggg

Bunyi pintu gril.

Jeff dan Ana pantas kalih menghadap pintu rumah.

Dia naik atas betul-betul… Ana mula gelabah. “Jeff…”

“pergila tukar baju, pakai tudung.” Jeff mengarah.

“aku taknak keluar..”

“taknak keluar pun, takkan nak biar dia bergayut dekat gril tu. pergi la.” Jeff menolak kakaknya kedalam bilik. “jangan lambat-lambat.”

Jeff terus berjalan pantas kedepan. Dia membuka pintu rumah. Sengih mesra. Dia ambil pula kunci gril disebelah.

Ikram balas senyum. Dia perhati seluruh isi dalam rumah itu dari luar. “Kak Ana mana?”

“dia dalam bilik. Kejap lagi dia keluar. Masuk la.”

Ikram dah duduk disofa depan tv. Jeff dah tak tau nak buat apa. Bukan dia reti sangat pun nak entertain orang. Kak Ana ni pun, apahal lama sangat?

Ikram nampak gelisah. Lepas 10 minit dia macam patung batu dekat depan, dia pantas berdiri. “mana bilik Kak Ana?”

Ah sudah! “tu.” Jeff menunjukkan bilik disebelah kirinya.

Ikram berdiri sambil tangan kiri bercekak pinggang. Sebelah tangan lagi mengetuk-ngetuk pintu itu perlahan. “Ana..”

Tiada jawapan.

Jeff terdiam. Pandai pulak kakak aku buat drama swasta petang-petang gini.

“Ana..” lembut suara Ikram memanggil.

Krekk… pintu dibuka. Mata Ana melepasi bahu Ikram, melihat Jeff dibelakangnya.

Jeff sengih. mak ai. Patut la lama. Dia pergi tepek foundation tebal-tebal bawah mata. Nak cover bengkak.

Mata Ana kembali memandang Ikram yang tercegat didepannya. “ya?”

Humph. “merajuk ke, love?”

Ok. that’s it. Jeff rasa itu petanda yang dia patut blah jauh-jauh dari situ. Dia terus masuk ke bilik sebelah. Tutup pintu dan… melekapkan telinga dekat belakang pintu! Hoi, kakak aku tu. karang jadik apa-apa karang macam mana? Ingat aku kebulur sangat nak curik dengar? *konon*

“janganlah macam ni.. sorry, sorry..”

Ana masih tunduk. Segan gila sebenarnya. “takde pape la.”

“sorry.. I’ve said yang you priority kan? Then saya cakap tak serupa bikin pulak kan? Sorry..”

Ana diam. Semangat gila explain. “ok.”

“tu je?”

“dahtu?”

“kenapa senang sangat eh?” Ikram sengih.

“kan dah kata, saya sedih. Bukan merajuk.”

“hehe. Saya cuma usik awak je. tak sangka awak terus letak phone.”

“nevermind. Saya dah ok dah.”

“love, pernah tak saya mention yang awak ni lovely?”

“ha?” fair and lovely ye aku pernah dengar…

“lovely. Lovely and…. Clumsy… and…”

“ha??????????????” makin kuat suara Ana.

“I love you, lovely miss.”

Gedegang!!!!

Pantas Ana dan Ikram pandang ke pintu bilik sebelah.

“Jeff???” Ana bertanya.

Jeff yang didalam bilik mengusap-usap kepalanya. Hadoi. Terkejut punya pasal sampai aku terhentak kepala sendiri dekat pintu! “takde apa! Takde apa!” dahinya berkerut. Sakit! Kakak aku dikata lovely dol~ maunya aku tak terhentak kepala sendiri!

Ana menggigit bibir bawah. Kau kalau nak mengendap pun Jeff, agak-agak la.

Ikram tak faham apa-apa. “is he okay?” die bertanya risau.

“terlebih okay.” Ana menjawab sambil menjeling pintu bilik sebelah. Nanti kau.

******

“Kak Ana?”

“hurm?”

Jeff meniarap disebelah kakaknya yang sedang duduk.

“Kak Ana tak rasa.. curious ke?”

Ana mengalih matanya daripada majalah Eh! ke muka Jeff. “curious pemendenya?”

Jeff menongkat kepalanya dengan lengan, mengadap muka Ana. “Kak Ana tak pelik ke dengan Abang Ikram?”

“pelik kenapa?” majalah itu diletak terus ke lantai.

Jeff pandang kiri-kanan. Okeh. Clear. “dia keturunan raja kan?”

Ana angguk. Lepas kejadian petang tadi, memang dia dah hambur semua cerita A sampai Z pada Jeff. Agak ternganga la Jeff dengar.

“Kak Ana tak pelik ke? tiba-tiba dia macam bersungguh-sungguh bercinta dengan Kak Ana?”

Pap!! Majalah tu selamat mendarat dibelakang kepala Jeff. Ok, keganasan dah bermula. “apa kau nak kata aku ni tak layak ke?”

Jeff mendengus. “huh!! Bukanlah!! Orang tak cakap macam tu pun kan?”

“dahtu?”

“Jeff rasa tak best la. Kak Ana tengok eh? dia jumpa Kak Ana dahla tiba-tiba. Ribut takde.. puting beliung takde.. tiba-tiba *pap* (petik jari) jatuh cinta. Ha, tak pelik ke tu?”

Ana memeluk lututnya. Ada logiknya ayat si Jeff ni. “entahla. Kalau consider as takdir je, boleh?”


“jodoh tak datang bergolek la Kak Ana. Nasi tu pun kena suap dalam mulut dulu, baru kenyang.”


“tapi, tak mustahil kan..”

“memangla. Miracle tu boleh jadi bila-bila. Tapi, ade ke orang panggil ‘love’ masa first date? Itu pun kalau first time korang jumpa tu boleh dipanggil ‘date’. Lepastu, senang-senang boleh bagi ipod touch dekat perempuan entah sape-sape. Eh Kak Ana, Jeff pun lelaki jugak. Tapi kalau duit terlebih sampai taktau nak buat apa pun, Jeff takkan deh nak beli ipod touch untuk orang yang Jeff tak kenal.”

“kan dah kata, dia desperate nak kahwin.. nenda dia suruh..”

“yes. Itu Jeff percaya. Tapi bab cinta-cinta-love-love bagai ni Jeff tak percaya.”

“kau nak kata dia tipu ke hape?”

Jeff bangun duduk bersila didepan kakaknya. Dah macam mesyuarat serius-mius je. “secara logiknya, impossible la kak..”

“mana tau love at the first sight ke..” Ana masih nak mempertahankan akalnya.

“takla Kak Ana… ni ada something wrong somewhere ni..”

Ana mengerut kening. “sebab?”

“ayat dia manis sangat la Kak Ana.. kalau untuk orang dah bercinta setahun tu tak heran la. Tapi kalau untuk seminggu dua..” Jeff buat muka.

“tapi… dia macam baik..”

“lelaki la kak. Tak boleh senang-senang nak telan, nak terima apa diorang cakap..”

Ana meletakkan dagunya diantara lutut. Berfikir panjang.

“Jeff bukan nak takutkan akak ke hape. Jeff cuma nak akak beware jelah. Jeff pun taktau kalau-kalau dia memang jenis cepat jatuh cinta.”

“kalau dia tipu aku, apa yang dia dapat?” Ana bertanya pelik.

“kita mana tahu kak. Orang besar-besar ni banyak agenda.”

“yeh?”

Jeff angguk. “Abang Ikram tu pun, expert semacam. Gaya bercinta ni benda yang dia dah hari-hari buat selama 20 tahun.”

“lebih la tu.. kau ni..” Ana muka masam.

“betul. Cuba fikir baik-baik. Tu la Kak Ana ni, cepat sangat percaya kat orang.”

“tapi… haih. Aku tak percaya ar.”

“Jeff ingatkan je. you know, you’re my sis. Ada sorang je pulak tuh. Ganas-pemalas-garang macam mana pun, akak je la yang Jeff ada.”

“ganas? Ngeng!!!”

Ruang tamu itu riuh lagi. Mesti jiran tingkat bawah bengang. Koperal Rashid ni buat lane bowling ke hape dekat dalam rumah dia? berdentam-dentum bunyi lantai.

******

Malam itu, Ana tak dapat nak tidur. Tutup mata mungkin boleh, tapi takat tutup mata ajelah. Fikirannya menerawang. Dari kejadian dia jumpa Ikram, sampai harini.

Logic akalnya berlawan-lawan dengan hujah Jeff.

Ikram kata cinta, Ikram kata sayang. Kalau ikut fakta, memang tak masuk akal. Lainlah dalam cerita fiction. Nak kata ‘I love you’ lepas seminit berborak pun kita telan je.

Tapi kisah aku bukan kisah fiction. Aku dan Ikram kisah fakta. Dua watak yang berpijak atas bumi, bukan dua watak yang wujud dalam ceritera.

Kalau aku cerita dekat orang yang anak raja nak kahwin dengan aku lepas sekali berjumpa, mesti diorang rasa aku terlebih dos baca buku Disney Princess tak pun Bawang Putih Bawang Merah. Siapa nak percaya? Aku bukan keturunan raja. YM ke, tengku ke, raja ke, even sharifah pun tak ada dekat pangkal nama aku. Aku Ana Suria, budak IPTA yang tinggal dekat kuarters polis. Perempuan yang tak pernah kenal mana-mana socialite Kuala Lumpur kalau ye pun nak berjumpa golongan atasan. Jejak tempat eksklusif lagilah tak pernah. Then tiba-tiba boleh dapat pinangan anak raja dekat Delifrance?

Mati hidup balik 13 kali pun orang tak percaya punya.

Ha. Kes ‘orang-takkan-percaya-punya’ ni kita tutup dulu. sekarang kes ‘Ikram-cinta-pada-Ana’ pulak. Mengikut bukti-bukti yang ditemui, memang Ikram tangkap cintan leleh punya dengan Ana. Melalui percakapan, juga perbuatan. Dari hari pertama, Ikram dah tegaskan yang Ana adalah keutamaannya. Bukti pada mata kasar ini masih belum mampu meyakinkan Jeff. Jeff perlukan bukti makmal agaknya. Belah dada Ikram mungkin? Kemudian baca hatinya. Tapi tak boleh. Sebab hati tak dapat dibaca, dan tak ada alasan kukuh nak tangkap YM Raja Ikram tu ke meja bedah. Tolak tepi cadangan ni. Cadangan lain pulak.

Untuk mendapatkan bukti yang sahih bukan senang. Kadang-kadang kena ambil risiko. Oh! undercover mungkin cara paling bernas!

Ana.. Ana. Tak sia-sia kau jadi anak ayah. Anak polis sejati!

Dia tersenyum lebar sebelum tidur dengan nyenyaknya.

30 comments:

Anonymous said...

hahahaha... sweet la cite nie.... besh3... smbung cpt2 cket taw..

ieme

Bulanhijau said...

huhuhuhu
cik ikram ni cheesy gle
n sweet sgt.

tak sabar nak tau
ana and her coming mission.

smbg2

Orkid Edyliyne said...

best...
pandai juga si jeff ni...
ingatkan gaduh dengan akak dia je tahu...
;)
sambg lagi...

keSENGALan teserlah.. said...

wawaaaaaa..
comey gler ikram nieh..
nk laki cmtuhhhhhh...
huhuh.btol3..
curious gak ngn ikram..
dye btol2 fall in luv ngn ana je fall in luv gne mulot je..aty tarak..
hurrrrrmm...
tape2,,misi siasatan ana akn bermula..
hehe..smbung2.

Farah Shamsudin said...

sweet nyer!!
hak3..
hu~
best nyer kalu dpt adek mcm jeff..
protective gile..
huk3~

Sha said...

hahaha...
ape la yg ana nk wut nih??
wait betol2 ke ikram 2 tgkp cintun ngn ana??
pergghhh...
ayt manis smcm jer..
smbg2...besh ct nih

Anonymous said...

haha..gler r ana..
act bkn ana je ank polis sejati..
jeff pong..
ye r..kalo x mane leh dia pasan sume2 tu kn..
ngn skali dgr je cte tu dr akak dia..
trus leh berhujah ngn jaya nye ngn ana..
siap leh pengaruhi ana lak tu..
caya r bro..
smbung lg..gud job..
smangat aku..haha ^_^

-che na-

Anonymous said...

jahat ke ikram 2???
jgn lar...
ap cnflk citer ni yea?

MaY_LiN said...

alololo..
habisla..
jeff ni kan..
bobop nnti br tau

miss nina said...

ketawa terguling2 part jeff terhentak ke dinding pintu.. haaa.kantoi jeff
ikram ni sweet je bila pujuk ana suria camtu..

tQ cik cucur ..menghiburkan sungguh

nursya said...

ala klw ikram x cinta kan si ana,
cian kat ana...
harap2 ikram x main2kan ana la...
huhuhu...

cik cucur nk lg....

hazaryu said...

haha..terguling-gu;ling gelak time jeff terhantuk kepala time si ikram saying i love you kat ana...i love that one...ahaha..cepat sambung cucuratap..

.:: Suhaidah Tan ::. said...

bez larh...
c jeff ni wat pening je..
apa2 pun cepat smbung

cikin said...

huhuhu.. taknakla ikram ni jahat... nak ikram ngn ana... heheh..;)

Daz Dianza said...

best2..
cpt skit smbg..
haish x sabar nak tggu..
hahaha :)

tzaraz said...

hahaha...nak undercover lak..

aqi` akirah said...

la pulakkkkkkkkkk\o\
nak men sorok2 yee..
jomm..jommm\o\
heee

comei said...

hehehe sweetnye la c ikram tu
lawak c jeff, ade ke gtu? hahaha
erm, ana nak wat pe?
undercover? waaa saspen ni

Anonymous said...

huhuhu...excited ni nk tahu ape mission ana...best2...sambung cepat...

Unknown said...

jom undercover...jgn missing in action sudah

alin said...

ermmm..cucur..wat lah ana rse nk tolak cinte si iqram ni....
mgkin iqram nk main2kn ana jer kot
huhuhuhuhuhu
sweet citerrr ni...
ske2

aqilah said...

ana, mintak tlg detektif conan, ok? he..........apapun, akak follow...........

saye bace said...

xpe2.aku yakin cinta boleh dipupuk dan berputik..biapon asalnye memain aje..yela..memula beli jiwa dlu..da nenek soh kawen..pastu ana tau ade konflik+kte pon xtau g penerimaan fam ikram..dlm pd berlakon2 sat ag jtuh cinta bebetul..lg sweet jika begitu..haha..skema dol..

mmg xbleh blah la ble ana ckp dia ank polis sjati..haha..lwk2..

Anonymous said...

1st time jgh sini...

lawk betul citer...gelak sowang2..hak33...

btol gak kate jeff..mudah benor jatuh sentanya...

tp dorg mmg sweett...

::hatikubiru:

Anonymous said...

BEST R CITE NIE...CEPAT2 LA SMBG EK..
sweet sgt cik ikram tuh..
:)

yusni said...

sweetnye cite ni...
suke la dgn ana n ikram..
hepi je bce..
nk lagi..

Anonymous said...

my name is ana n my sweeheart is ikram too.. huhuhu.. hope we'll be like this... huahhaha.. suka cite ni

~ cik ana ~

~biNGkiSan RinDu~ said...

suke benar ak ngn cter nie... duk ske sengsorang jerk.... aiseyh! ncib org len duk tgh khusuk wt mnde len j... huhu

Sue said...

cite yg klaka..agak lambat ckit follow cik cucuratap..maaf =p ..sambil baca kisah ni sambil layan royal wedding prince william & kate middleton,ehee~cam lebih kurang je huuuuu ^_^

Sue said...

sambil baca cerite istana sambil layan royal wedding wee*** ^_6

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio