♡assalamualaikum

currently updating First.

Thursday, July 16, 2009

istana 7

“Wa..Wa..Wa..” Ana merengek sambil menarik-narik rambutnya.

“eyyyy~ shut!” Wawa memeluk tubuh.

“macam mana nak diam.. aku tengah gelabah ni..”

“kau tu, masa bilanya tak gelabah?”

“eh Wa! Aku tak main-main tau!”

“dah tu, asik merengek je. ingat kalau merengek lapar, nasi tu nak turun dari langit?”

Ana buat muka tak faham. Metafora apa pulak yang minah ni guna?

Wawa fedup. “ok.ok. dengar sini. Kau, kalau merengek dekat aku je, takkan selesai tau? Baik kau duduk diam-diam.. pejam mata.. tarik nafas.. then fikir elok-elok. Yang bercinta dengan dia sekarang kau, bukan aku!”

“tapi Wa.. aku tak reti..”

“ish!” Wawa memuncungkan bibir. Payah betul budak baru belajar bercinta ni. “kau bagi idea, aku kasi opinion.”

“ok.” Ana mengangkat sila diatas sofa. Kedua-dua tangan diluruskan diatas lutut. Macam nak buat yoga jek. Ana tarik nafas panjang-panjang. Hembuss… tarik…. Hembus…

Wawa pandang Ana disebelah dengan muka pelik. Kalaulah yang disebelah dia ni bukan kawan baik dia sejak sekolah, dah lama dia rendam-rendam kepala kawannya tu dalam kolah. Apa ke sengal? Macam tu sekali nak carik idea?

“ok Wa! Aku dah dapat dah! Dah datang dah idea aku!” Ana bersuara, tapi mata dan kedudukannya masih sama.

“hurm, apa dianya?”

Ana bukak mata dan pandang Wawa disebelah. “bagi bunga?”

Wawa tutup mata. Perlahan tangannya meraup rambut kebelakang. Ya Tuhan.. “Ana!!!!”

“apa?”

“ugh!! Lain! Lain! Idea lain!”

Ana buat muka. Dia tutup kembali matanya. Tangannya diluruskan. Sesaat.. dua saat.. “bagi kad?”

“hurm..” Wawa berfikir. Taklah lembab sangat otak Ana ni. “orait gak.”

“kau buatkan? Kau kan pandai benda art-art ni..”

“mana boleh! Tak ada value la gitu. Kau buat la sendiri.”

“tulisan aku tak lawa..”

“ahh! Yang penting ikhlas, kan?”

Ana angguk.

“jom, buat. Kejap lagi aku dah nak kena balik dah.” Wawa menarik tangan Ana ke dalam bilik.

****

“Tuan Ikram?” Maya menahan Ikram yang laju melintas dihadapan mejanya.

“ye?”

“ada kad untuk Tuan.” Maya menghulur kad bersampul biru laut.

“bila sampai?” Ikram kerut kening. Selalu kalau pagi-pagi tu, semua surat untuk dia dah tersusun elok tepi meja.

“ada orang hantar. By hand.” Maya tahan senyum.

“siapa?” tangan Ikram dah mencapai kad itu. betul, tak ada alamat, tak ada setem. Cuma ada nama dia.

“err.. orang tu tak kasi bagitau.”

Ikram makin pelik. “thanks Maya. I’ll find out later.” Kaki Ikram dah mula bergerak kedalam bilik.

“err.. Tuan!”

“ye?”

“orang tu pesan bukak sekarang.”

Ikram sekadar mengangguk.

Dia menolak pintu pejabatnya. Dia terhenti didepan muka pintu. Matanya mengecil. Bau apa ni?

Dia bergerak ke kerusi. Blazernya disangkutkan disitu. Dia perasan sesuatu diatas meja. Ada satu gelas kaca yang berenda dan berhias dengan Kristal, cantik. Diangkat gelas itu dekat kehidung. Hurm, potpouri. Wangi. Rose bud, maybe.

Dia lihat kehadapan. Diatas meja kopi, ada lagi satu gelas. Diatas meja kecil disebelah sofa, ada lagi satu gelas. Oh, patutlah semerbak satu bilik!

Takkan Maya rajin sangat? dia terfikir tiba-tiba.

Kad ditangan kanan ditenung. Pantas dia duduk dan membuka sampul itu.


Ikram tersenyum sendiri. Ana Suria…

Tiba-tiba handphonenya berbunyi. Ikram tarik sengih. “ehem!” dia membetulkan suara sebelum menjawab.

“assalamulaikum?”

Gulp. “waalaikumsalam.” Ana tersenyap. Ah! sudah! Er.. apa aku nak tanya tadi eh?

“ada apa call ni? banyak kerja ar.” Ikram tersengih-sengih.

“ar? Takkan nak angkat call sekejap tak boleh.. dah banyak kali cuba ni tau.”

Ikram rasa nak tergelak. Memanglah, tadi tengah jumpa board of director yang lain. Takkan nak buat pasal angkat call kot.

Ana dihujung sana dah gelisah. Susah orang kaya-kaya ni. Beli telefon mahal-mahal buat aksesori aje. Nak angkat telefon kemain payah.

“ni kan dah angkat ni. ha! Ada apa?” Ikram saja menggertak.

“arr…errr.. sa..saya..”

“awak boleh cepat sikit tak? Makan masa la!”

“err..er..”

“err..err..! saya tak ada masa la nak tunggu awak tergagap-gagap.”

Humph. “dahla. Takpayahla cakap. Buatlah kerja awak. Bye. Asaalamualaikum.” Pap!

Ikram tenung handphone ditangan. Aik? letak dah? Dia meraup muka.
Haaaa.. tu la Ikram.. ada orang nak pujuk, kau buat gertak lagi. Kan! Kan! Kau kena balik! Duh~

Ana terasa nak menangis. Orang sungguh-sungguh, dia buat macam ni pulak. Bukan la nak dengki dengan kerja dia, tapi atleast, kasi la orang nak cakap seminit-dua. Bukan mintak banyak sangat. kalau ye pun kerja dia tu boleh buat duit juta-juta, apa ingat cakap dengan girlfriend sendiri tak kira untung ke? dulu kata kita priority. Sekarang? Sekuman pun tak boleh pakai. Kalau nak ikut meter sabar, jarum meter tu dah nak terkeluar dari cermin meter dah. Pagi-pagi orang dah pergi jumpa Kak Maya, kemas bilik dia wangi-wangi, telefon dia dari pagi sampai ke tengahari, sampai ke petang. Huhuhu.. kecik hati la camni..

Ikram tersenyap sekejap. Terkaku taktau nak buat apa. Tu la, nak usik orang tak beragak. Dari pagi handphone entah kemana, lepastu jumpa warga ‘senior’ syarikat.. aiyak~ kesian Ana. Mesti dia dah tunggu lama.

Ikram menggaru rambut yang langsung tak berkelemumur. Cemane ek? Dia lihat jam di tangan kiri. Hmm. 4.30 p.m. cabut jelah.

“Maya, Ana ada pesan apa-apa lagi tak?” Ikram bertanya pada Maya yang setia dimejanya.

“tak ada, Tuan.”

“dia datang sini pukul berapa eh?”

“pukul 7.30. dia masuk sekali dengan saya.”

Tu diaaaaaa… punyalah pagi! “Maya, saya balik awal harini. Apa-apa tunda esok ye?”

“baik, Tuan.”

Maya tersenyum lebar bila tengok Tuan Ikramnya berlari-lari anak menuju ke pintu lif. Huh! Tau pulak nak gelabah!

Ikram cuba menelefon Ana sekali lagi sebelum menghidupkan enjin. Ada dering, tapi tak berangkat.

Ketika ini.. kurasa kehilanganmu…

“Kak Ana!!! Bisinglah telefon tu!!!”

“kau diamlah Jeff!!” Ana dah keluar aura kakak-garang.

“Jeff angkatkan lah. susah sangat!”

Jangan!! Tak sempat Ana nak menahan, ringtone Estranged-Ketika Ini itu dah senyap. Jeff dah jawab.

“hello?? Ni sape ni? kakak aku taknak cakap dengan kau la. boleh tak jangan telefon? Bising la!” dengan selamba badaknya Jeff bertutur.

Ana meraup muka. Oh adikku sayang!! Apala nasib aku dapat adik sebegini rupa?

Tangan Ikram terketar-ketar. Ni siapa pulak ada hati nak warning keras dekat aku ni? “ni Ikram. Ana mana?”

Jeff kerut dahi. Ni rakyat Malaysia ke bukan ni? apahal tak faham bahasa? “dey tambi! Saya punya kakak ar, tarak mau cakap! Ni ada faham ka tidak?”

Ana dah rasa nak hentak dahi sendiri ke tiang. Jeff oiiii.. apa kau merapu-meraban ni…

Ikram dah geram. “dey! Ini mamak jual gas ke hape? Saya nak cakap dengan Ana. Ana suria!”
Ikram bersuara tegas.

Siap tau nama penuh ni bahaya ni. “ni siapa?” jeff bertanya lagi sekali.

“boyfriend dia.”

“Kak Ana!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” reflex Jeff menjerit dengan key paling tinggi. Kakak aku!!! Jeff terus mematikan panggilan.

Ana dah tak tau nak buat reaksi apa. Ahh! Payah!!

“kak Ana!! Sejak bila ada boyfriend!!!” Jeff muka teruja.

Ana cepat-cepat menutup mulut Jeff. “kau diam! Kau diam! Kau diam!” Ana nada gelabah. Hoi! Mana tak gelabah hoi! Nak kena siang hidup-hidup dengan ayah ke? kalau kena siang boleh la nyawa-nyawa ikan lagi, kalau kena tembak?

“lepaslah!” Jeff menolak Ana kuat, sampai Ana tersandar kedinding. Ni lah jadi kalau adik beradik 2 orang je, nak pulak tu anak polis. Dua-dua ganas!

“kau diam! Kau cakap dengan ayah, aku kunci kau dalam bilik air dari malam sampai pagi!” Ana mengugut.

“alah, lepak ar. Kak Ana ni, tak boleh bawak rilek langsung.” Jeff tersengih-sengih. “patut ar muka cam tapir beranak, gaduh eh? Wuuuuu~”

“senyap la kau!” menyampahnya Ana kena mengadap muka si Jeff ni. kalau ikut hati, dan-dan ni jugak dia nak lempar Jeff ke bawah.

“kira jiwang gak Kak Ana ni ek, ingat ganas aje. Hahahaha.”

Tak guna kau Jeff! Jatuh air muka aku! “nyampah la cakap dengan kau!”

“apsal gaduh?”

Ana memandang muka Jeff dengan serius. Alah! Jeff dah 17 tahun. Bukan kanak-kanak tak akil baligh. Nak cerita ke, tak mau?

“alaa Kak Ana ni.. tak rock arr..” Jeff menyiku lengan kakaknya. Mengendeng nak tau cerita.

“aku kecik hati arr..” nada sedih.

“oww.. asal?”

Ana dah duduk melunjur kaki, bersandar pada dinding. Jeff turut duduk disebelahnya.

“dia marah dengan aku, aku nak mintak maaf la. tapi..” mata Ana dah berair. “dia buat tak layan je. penat aku tau. Macam-macam aku dah usaha.”

Jeff memandang kakaknya. Ish.. Kak Ana ni memanglah sensitive terlebih. Tengok tu, nak leleh la tu. “lek arr.. lelaki marah tak lama. Nanti dia ok la tu. Dia saja gertak kot. Tengok Kak Ana ni betul-betul concern ke tak.”

Ana mengelap airmata dengan lengannya. “mana boleh macam tu. agak-agak la nak gertak pun. Kecik hati aku tau..”

Jeff menggeleng kepala. Ada masanya, Kak Ana macam bukan anak sulung. Bukan tak matang, tapi tu lah. Gaya gelabah-kalut dia, cepat percaya orang, jujur terlebih,cepat nangis.. haih.

Jeff menarik kepala Ana ke bahunya. “dah..dah.. jangan la macam ni.”

Ana menyelitkan rambutnya ke tepi telinga. “sedih aku tau..” Ana bercakap dengan bahu terhinjut-hinjut.

“tau.. tau..” Jeff memujuk ala kadar.

Ketika ini.. ku rasa kehilanganmu…

Telefon Ana berbunyi lagi. Jeff dan Ana pandang sahaja henadphone yang berkedip-kedip minta diangkat itu.

“angkatla..” Jeff mengarah.

Ana mengangkat kepala dari bahu Jeff. Dia menggeleng.

“kalau macam ni, sampai bila nak baik?” Jeff pancing lagi.

Ana berfikir. Ada betulnya juga. Dia menekan butang answer. “hello?”

“Ana?” Ikram hampir tak cam suara serak-serak basah itu.

“ye, Ana cakap.”

“Ana… Ana nangis ke?” perlahan Ikram bertanya.

Ana dah tak tahan. Lagi sekali kepala dilentokkan pada bahu Jeff. “mana ada.” Eceh. Padahal terang-terang airmata menitik pada t-shirt Jeff.

“sorry… sorry.. saya takde niat nak buat awak kecik hati.”

“hmm.”

“buat apa tu?”

“borak dengan Jeff.”

Tiba-tiba Jeff mencelah dengan suara yang kuat. “Tipu!!! Kak Ana tengah nangis dekat bahu Jeff!!!”

Buk!!! Tumbukan free. Tepat atas bahu Jeff. Padan muka!! Ana mengetap geram.

“boleh cakap dengan Jeff sekejap?” Ikram meminta.

Ana pass handphone.

“hello? Jeff?”

“yep.”

“tengok-tengokkan Kak Ana?”

“tau. Abang tu lain kali yang kena tengok-tengok bila nak gertak Kak Ana. Dia ni memang cepat kecik hati. Sikit-sikit leleh.”

Ana menolak pipi adiknya. Apa takde benda lain ke yang dia nak canang?

“mak dengan ayah ada dekat rumah?”

“takde. Jeff dengan Kak Ana je. Ayah kerja sampai malam harini. Mak pergi rumah nenek kat Gombak, hantar kain.” Punya la panjang lebar Jeff meng-explain.

“em, Abang kat bawah ni. jom keluar?”

Jeff pandang Kak Ananya. Mata merah. Confirm kakaknya taknak keluar rumah. “Kak Ana sekali ke?” soalan bodoh!

“ha, sekali la.”

Ana geleng kepalanya laju-laju. Dia dengar butir perbualan tadi.

“err.. tak boleh la, Bang. Lain kali je la.”

“ok, Abang naik atas.”

Gulp!

39 comments:

X0X0?? n0o0o0o way!!! said...

eee bes nye entry nie...
tak sabar gile nak tgk reaksi ikram bila tgk mata Ana merah.
mesti ikram pujuk ana..
so sweet....
bce n3 nie asyik snym jer...
hope n3 bru cpt la upload ek...

Unknown said...

haha..kan dah kena!!majuk lagi lama2..besH2..at least ada n3 baru!thanxx

-Ain-Dak In- said...

walawei...
cuak sudah anak raja tersebut..
huhuhuhu...

Orkid Edyliyne said...

comellah Ana dengan Ikram...
kelakar pun ada jugak...
sweetnya...

miss nina said...

uiks..ikram
advance dah ye? bagus2x.. pujuk si ana tu

isy..tetiba teringat lak indah dan reza. cik cuvur..cemana nih? hehehe
--missnina--

comei said...

hehehe
baek punye pujuk ana ni
ha br tau si ikram tu
agak2 la kot klu nk majuk
da glabah hihi

Anonymous said...

best gileeeee....
memenuhi citerase...
thniah cucur...
cepat sambung ok...

una said...

hahahaa~..
cool....

Anonymous said...

bestnyee........... hehehe... tak sabar tunggu next entry...

RinnTis said...

hik hik.. merajuk pun jiwang neh! huhu...

ღAuni_Amauniღ said...

sukeeeeeee..
nak lagiii~ :P

Salmiza said...

waaaaaaaaaaaaaaa~

besttttttt ya amat!

nak lg..nak lg..*mcm bdk2 nk cekelat la plk* hehe..

skyahaya said...

suprise btoi ending...tp mmg 1st class ar lwk..hahaha.tahniah~

Anonymous said...

akhirnya~~ ada pon entry xD

::eyrie::

Anonymous said...

wow..org ptame y komen...
2 la ikram, nk gertak 2 agak2 la...
kn dah leleh si ana 2...
neway nice story...
cpt2 la smbung...

.:: Suhaidah Tan ::. said...

wahwahwah bez sungguh....
sya org prtama comen ke ni????
musykil2

nursya said...

alahai comey nyer ana....
ikram ngn jeff dh jd mber baik nie...
hahaha...

Anonymous said...

WAHHHHHH..BEST SGT2...AKU SUKA GILA..
HAHHAA...TAK TERKATA DAH NGN CTER NIE..
GILA GEMPAK AR,,,
TP KAN TUAN UMA..
CITER KAMU INDAH BILA NK SMBUNG,,??
TGGU NIE...
ADEHS..
~aNgeL_P!Nk~

aisyah said...

hoho...
ank raja cemar duli...
syg btol kt ana nie yer...

Anonymous said...

wawawa...aku ske ble adik beradik sweet2-an gitu..
baru la mak bapak sng ati..
nih yg windu ngn family aku nih..
nk gado2 gitu gak..hahaha
tp kre ikram tu xde r siyes sgt kn..
ade gak mase nk ngusik2..haha..
schweet~~~~~~
nk lg ^_^

-che na-

Anonymous said...

haha comel gila. serious tak tipu!
hahaha xD

keSENGALan teserlah.. said...

haha..
comey bangat..
tuh la ikram...
kan da kene pujok ana blek..
weyhh,,kanda..!
lgu pe nieh..
ketika ini ku rasa kehilanganmu..?

Anonymous said...

waaa...
comeii jer mrk ni...
slumber giler si jeff 2..sporting habis..

Miss Kira said...

so sweet la..
jht siot jeff ..
hahaha..
ikram cpt pujukkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
urgent
hehe

aqilah said...

wah!!!!!!!!!!!memang best!!!!!!!!!!!!best banget! wa caya sama lu. hidup cucu!!!!!!!!

umi kalsom said...

cucur...best2x...:)

anis said...

jeff tu sporting habus lah
best tu dpt adik mcm jeff
mmg best giler
nak lgi lagi dan lgi

Bulanhijau said...

waaaaaaaaaaaa~

gile kentang ana ni.
hehehe

ikram ni pun stu,
org da pujok tu
accept jela

pape pn,
dorang ni ttp COMEL

Izan Izanis said...

hahahahah....sweet gler dol..
tersengih cam kerang bususk jer bce en3 ni...hahahahahah..cepat cik cucur...da xsbr nk tgk reaksi ikram ni....wahahahahahahaha.....

Unknown said...

alalala..
majuk plak ana nie..
sampai nangis2 plak 2..
x bek tolla ikram nie..
hehehehehe..
x saba nk tunggu next episode..
mesti best...

Farah Shamsudin said...

huhu~
lwak ler ana neh..
ikram pon truk..
org da pujuk nak jual mahal lak..
haha..
jeff pon truk..
x bley blah btol..
hak3

best2..
nak lgi!!
gee~

sugar2 kapas strawberry said...

huhu..2la..gertak lg..kn ana da majok..
tp best la dpt adk cm jeff 2..
hihi..
ana sweet..siap kasi potpouri lg kn???
hik2

in_wired88 said...

yeah ikram g pujuk..
jef pun gagus betoi.. bleh la kamceng ngan bakal abang ipar nieyh

ღpanda_onchairღ said...

gempak giler cite neyh!!!
xtwu nk ckp pe dah!!!
superb rhhhh!!!
kak cucur mmg lain dr yg lain!!!
cayalah!!

_c.o.r.n.e.t.t.o.0.d.f_

miss meow_meow said...

so sweet...
best nyer citer nie..

MaY_LiN said...

alololo...
pandai nye dak jep ni..

dhamirah sakinah said...

SERIUS! CITE INI SUPERB!! TRSGT SUPERB.
SENGIH + GELAK JE DR TD.
HUhu

ps= bila ak nk blaja ni.. spm bape bulan lagi. huhu

ZeRn said...

ngee...
comey gile..!!
x sabaaw den nk tggu n3 bwu nh..!!huhuhu

Terubuk said...

Best giler citer nih...sambung lagik ok...

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio