♡assalamualaikum

currently updating First.

Wednesday, July 8, 2009

istana 6

“Ana, Ana tunggu dalam bilik Tuan Ikram dulu ye?” Maya berkata dengan suara lunak perlahan.

“kalau Ana duduk dekat Kak Maya dulu, takpe tak?”

“err.. dalam bilik Tuan selesa sikit kot. Ada sofa.”

“takkan Kak Maya nak Ana mati boring sorang-sorang dalam tu?”

Maya dah gelisah. Halahai budak perempuan ni.. mampus aku nanti. “err.. akak tak berani la Ana..”

“ala Kak Maya…” Ana dah buat muka sedih.

Maya dah serba salah. hadoyai~ bos perangai macamtu, awek bos perangai macam ni.. “er, ikut Ana lah.”

Ana senyum. dia pandang kiri-kanan, kerusi lebih takde. Hanya ada kerusi pusing-pusing Kak Maya je. ah! banyak cerita pulak! Lantai kan luas?

Maya ternganga sekejap. Dia tengok Ana selamba tarik baju kurungnya keatas peha, kemudian bersila atas lantai. Oh, takla atas lantai pun.. kalau nak tepat, atas jubin!

“kenapa Kak Maya?” selamba Ana bertanya. Macam kejang kena renjat letrik je Kak Maya nih..

“A..Ar…” Maya telan air liur. “Ana..Ana.. duduk.. bawah?”

Ana senyum lebar. “takpe. Kak Maya buat la kerja Kak Maya. Biar Ana duduk sini.”

Maya dah taktau nak cakap apa. Nak dipaksa, Ana ni dah besar panjang. Maya duduk dikerusinya dan mula menggerakkan mouse.

Ana yang duduk bersandarkan cabinet dibelakang Maya memeluk tubuh. Sejuk macam Alaska rupa-rupanya office orang kaya ni. aku bukan boleh sejuk-sejuk ni, mula la mengantuk!

“Ana!!”

Pak!!! Reflex Ana terhentak kepalanya dengan cabinet dibelakang. Terus terbuka luas matanya yang dah selamat lena tadi. Muka keruh Ikram yang pertama menyapa matanya.

“Ana? Ana? Love?” Ikram dah merendahkan badannya. Berkerut-kerut dahi.

“hurm?” suara mamai. Aku sejuuuuuuuuuuuukkkkk~

“jom.. jom.. bangun jom.” Ikram menanggalkan blazer hitamnya sementara Ana berdiri.

Diletakkan blazer itu perlahan dibahu Ana. Putih pucat bibir Ana, dia taulah yang Ana tengah menahan sejuk.

Ana mengikut sahaja. Dia terasa Ikram menyentuh perlahan blazer diatas bahunya.

Ikram berpaling pada meja Maya sebelum melangkah masuk kebiliknya. “Maya, masuk!!”

Maya dah rasa malapetaka akan berlaku. Kerk! Cuak.

Ikram membawa Ana ke sofa kulit di dalam pejabatnya. Cepat-cepat Ikram mencapai alat kawalan suhu penghawa dingin. Diubah suhunya. Biar tak sejuk sangat untuk perempuan yang berbaju kurung didepannya ni.

Maya yang berdiri disisi meja Ikram dah rasa nak rebah ke lantai. Ketar lutut macam kena gegar dengan kerusi Osim.

Mata Ana dari tadi berkedip-kedip. Well, nak tunggu otak loading baru bangun tidur ni memang slow sikit.

“Maya.” Tegas Ikram memanggil.

Gulp!

Ikram mengurut dahinya. Kemudian tangan itu turun pula pada kolar baju. Butang atas ditanggalkan. “macam mana you boleh biarkan Ana tidur dekat bawah??!!”

Maya tarik nafas panjang. Dilepaskan. Ditarik nafas lagi sekali. Dilepas. Tarik lagi sekali. Dilepas. Berapa kali tarik nafas daaa.. tak terkeluar jugak suara nak menjawab.

“Maya?” Ikram tahan sabar.

“tadi.. Ana yang taknak masuk bilik Tuan.. dia cakap taknak tunggu sorang-sorang..”

“dahtu? Boleh pulak awak biar dia duduk atas lantai? Tak boleh nak teman dia sekejap kat dalam bilik ni?” Ikram masih nada tenang.

Maya diam. Dia bersyukur sebenarnya, sebab Tuan Ikram tak pernah nak tengking-tengking walau kesalahannya sebesar gajah. Tapi kalau dah muka keruh macam ni..baik la kena tengking!
“awak..” Ana mencelah tiba-tiba.

“sekejap, Ana.” Ikram menjawab.

“awak….” Ana berdegil. Kesian Kak Maya.

Ikram akur. Patutnya perhatiannya hanya pada Ana. “leave, now.” Perlahan dia berkata pada Maya.

Ana pandang pada muka Ikram. “tak baik la wak.. saya yang taknak masuk dalam tadi. Bukan salah Kak Maya.”

“KAK Maya?” Ikram bertanya pelik.

“dahtu?”

“supposed to be, MAYA. Awak tak boleh buat orang bawah awak, hilang respect pada awak.”

“tapi dia bukan orang bawah saya!”

“orang bawah saya, orang bawah awak jugak. Dia kena panggil awak, Cik Ana. No matter what.”

“awak ni bossy, awak tau tak?” Ana memeluk tubuh.

“awak tau apa saya rasa bila tengok awak tidur bersila dekat tempat setiausaha saya?” Ikram bertanya.

Huh. Ana menghela nafas kasar.

“awak tunggu lama tadi kat rumah?”

“tak, dia dah sampai.”

“kereta ok?”

“ok.”

“duduk mana?”

Ugh! Ana menyapu mukanya dengan tapak tangan. “depan.”

Ikram menggeleng kepala. tienya direntap keluar dari kolar. “mengantuk? Atau nak makan dulu?”

“meeting dah habis?”

“sambung lepas lunch.”

“kenapa tak lunch sekali dengan client?”

Ikram menggeleng lagi. “kan saya ajak awak datang sini.. mestilah saya keluar makan dengan awak..”

“tapi Ikram…” Ana serba salah. Macam mengacau orang je dia ni.

“mengantuk lagi?”

“eh, bukan!” Ana tersedar yang bajunya rasa tebal semacam. Dia menarik blazer itu. “nah. Ambik balik. Saya nak balik rumah.”

“balik?????????” Ikram tak menyambut huluran blazer itu.

“saya taknak macam ni. saya taknak menyusahkan awak. Saya taknak menyusahkan pekerja awak. Saya taknak menyusahkan client-client awak. Nanti bila-bila free, kita pergi la lunch.” Tangan Ana masih menghulur blazer.

Ikram mengambil blazer itu. dia mengetap bibir. “balik?”

Ana angguk.

Hmmph. “anything you wish.” Muka masam. Ikram membukakan pintu. “come.”

Ana serba salah, tapi dia ikut juga.

Ikram menapak ke meja Maya. Ana resah, dia tarik sedikit lengan baju Ikram. “jangan marah Kak Maya..” gulp. “please…?”

Ikram pandang lama ke muka Ana. Kemudian dia mengangguk perlahan. “kunci kereta?” Ikram bertanya dengan nada baik pada Maya.

Maya menghulurkan kunci dari laci.

Dari belakang badan Tuan Ikram, Maya dapat melihat Ana membuat tanda ‘peace’ padanya. Sikit lagi dia nak tergelak.

“remind yourself. Cik Ana is my special lady.” Ikram mengingatkan pada Maya.

“yes, Tuan Ikram.” Maya bercakap sambil tunduk.

“love, come.” Ikram berkata sambil berjalan mendahului Ana.

Dibelakangnya, Ana berkata ‘sorry’ pada Maya. Cepat-cepat Ana berjalan bila Ikram tersedar yang dia tak bergerak dari tadi. Duh! Ni la perangai anak raja!!


****

Ikram senyap sambil memandu. Ana pun turut beku juga. Bila sampai dekat traffic light, Ana perasan yang Ikram tenung padanya.

Ana kerut dahi.

“so sweet.” Ikram berkata tiba-tiba.

“ha?” Ana blur.

Ikram tarik senyum. “baju kurung.”

“ow.” Ana dah rasa segan. Aku bukan orang yang pandai nak terima pujian kot~

15 minit selepas itu, Ikram tarik handbreaknya.

Ana tersentak. Dekat mana pulak ni? dia memandang keluar cermin tingkap. “kita nak pergi mana?”

Ikram senyum. “that ‘kita’ sounds nice kan?. I like that.”

Pulakkkkkk…! Aku tanya lain, jawab lain! Ana buat muka.

“ok…ok.. ‘kita’ nak pergi makan. Jom.” Ikram dah bukak pintu kereta.

Ana kaku di kerusi itu. pergi makan? ‘kita’? ‘kita’ nak pergi makan?

Pak! Ikram membukakan pintunya. “jom?”

Ana pandang muka Ikram dengan rasa tak faham. “bukan.. tadi.. saya cakap nak balik ke?”

“please? Make it easy for ‘us’, Ana.”

Ana terasa hati dengan ayat itu. “saya tengah buat ‘kita’ susah ke pulak sekarang ni?”

Ikram meraup rambutnya kebelakang. Lengannya direhatkan di atas pintu kereta yang terbuka. Matanya meliar, pandang ke langit cerah. Tangan kananya pula menimbang-nimbang kunci kereta. Lama dia begitu. Last-last, dia menutup semula pintu itu. Pantas Ikram bergerak ke bahagian pemandu.

“I’m sorry.” Itu patah kata terakhir sebelum Ikram menghidupkan enjin. CL Coupe’ itu meluncur maju.

43 comments:

Bulanhijau said...

uuuuuuuuu~

cik ikram majok ke??
ish2
comel je dorang ni..

sambung2

Unknown said...

hehehe dpt gak jd org 1 comment..
hehehe
mmg bestla asik gelak2 je bace cter nie..
nasib bace sesorg..
hehehe..
good job cucur..
x sabar nk tunggu next episode..

jeka~ said...

ikram majuk ke?
haih~~takoot~

DianaTakyuddin said...

abis r ikram da merajuk...hihi
suke giler citer nie...:)

-Ain-Dak In- said...

so sweet!!!!!!!!!

Che Sue said...

huh ana memang sengaja ker nak suh ikram tu majuk dik?

ke dia tak tau nak respon camaner biler tinggal berdua ngan ikram tu?

ape pun citer nie memang boleh layannnz...!

••♥shidaradzali♥•• said...

alaaa...
ikram majok ker?
huk3...

sayebace said...

wihuu~~
best2.aku pon dok gelak sowg2..
hopefully writer dpt wat smbgn pepanjang sket..hehe..

p/s:cane la dpt idea wat cite sweet nie ek..huwaa..nk jugak(buat cerpen ngan laki besh)hehe..

Unknown said...

again...
next episode plzz...

miss nina said...

ana..ana
unsangkarable betul la dia ni :).suwit (sweet) saja

ikram tahan je kan dgn gelagat ana..
seb baik maya tak kena marah

sukelah bila ikram panggil ana "love".. comei sangat

::cHeeSeCaKe:: said...

hohoho..ikram merajuk...
so sweet..! hehehe..

Mimi Nurisya said...

ana majok...n ikram skali...
uhu...dh more interesting ni...

sambung lagi cucuratap....
chayuk2

LiNa said...

best2..
sambung panjang2 lagi yer..

skyahaya said...

comel 22 ketol ni..sweeettt~

Farah Shamsudin said...

haha..
ikram majok ek??
haha..
comey jerk..

keSENGALan teserlah.. said...

ikram majok"?
wwwwuuu...
cmne ke ank raja..
hahaa..cian si maya..
nseb bek ana ade..
comey2..

.:: Suhaidah Tan ::. said...

pehhh bez lorh..
tkut lak dgn ikram ni hahah

in_wired88 said...

nakwat cane yer ikram, hehe..
dah awak nk dier

cikin said...

wahhhh... comei jer...:):)

zarah said...

aduhhh...
sweet giler babas laa...
senyum sorg2 da skrg nie bc cete nie..
cam xnk abis je baca part nie...

cepatla smbg cete nie yer.....
hari2 tggu n3 baru...

juleana said...

so sweet.. suka sgt ayat nie "remind youself. cik ana is my special lady".. sweet nye

Unknown said...

huuuuuuuuuuuuu~
ikram majuk...cmne la ana nk pujuk nnt..x sabo tggu n3 sterusnye..huhuhuhu

cucuratap bz sgt skg eh? dh lme xde n3...sy ari2 cek...=)

aqilah said...

cucu, i love it! nenek suka sgt dgn cite ni. ooh, tak dpt nak express lah tapi yg penting i love this story. chaiyok!!!!!!!!!!

nursya said...

aloh aloh...
majuk la si ikram nie..
ape da...
ape2 pn ana still cute...
hihihi...
bezt...
layanzzz...

hehehe...
cucur nk lg....

=)

MaY_LiN said...

aaarrrgh..
payah nye kapel ngan anak raje
yang manyaaaak songeh ni..

miSz cHa said...

sweeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeet!!!

miss said...

thanks cucur n3 baru..
keep it up..
mmg the greatest

Darthzcy said...

Comey2..
nak laaagiii!!!!

Anonymous said...

sy b'debar2 nk tggu next n3..
ap jd yea??adkh raja ikram akn murka..
hikhik..
ala ana kate dh ad sijil b'chenta
mcm fail g jea..hikhik

comei said...

hihihi
sgt comel la
ikram betul2 suke kat ana ye hihihi

R.O.H said...

betul...betul ...betul
nak lagi....
ms cucur atap....
pls...
tak puas ler...
best sgt....

Anonymous said...

best nye...
teruskan cik cucur....

-mieza-

Ita said...

best..best..... cepat sambung... x sabar niii

Salmiza said...

comel la...
suke bdk2 2 orang ni..
sempoi la ana tu~

Hafia Hana said...

en ikram majuk,maknanya cik ana kena pujuk la kn..

sweet la~

aqi` akirah said...

sgt sukeee..
siap leh katam byk kali chapter nehh..
ngeeee ngee ngee..
i likeeee\o\

nk lgg..excited sgtt
bunga-bunga-bunge..
hee~

atiQah said...

~~sgt besh..sweet..'kita'huhuhu.....

~~good job cucur....!!hehe

~~majuk2 syg...how sweet...
lalalala~~

dyjaismail said...

aiseh...
naseb ade kwn introduce suh baca..
time baca smile sorg2 dpn lappy...
dh bace berangan sorg2....
neway..u did a gud job here....

Anonymous said...

so sweet.....
akak...
kira rsa cm sdh jatuh cinta ngan ikram la..
hahahaha...


- misskira -

eiDnuT said...

ikram tuh nk g jumpak tros ngan mak ana tuh....caya laaaaaaaahhh go3...haha akuh xleh ar bca nma ikram tbayang2 ikram dinzly ku..hahaahah

ღAuni_Amauniღ said...

walla!~
ikram merajok!~
aiyok xtau..

wiwit said...

mg,mg sweeet sgt citer ni..cepat sambung....cepat sambung..huhuhu..tabik spring la kt cucuratap...huhuhu..

RinnTis said...

Part ofis sejuk macam kat Alaska tu memang betui la.. bleh menggeletar mcm kena parkinson. Anyway citer ni memang sweet-jiwang. I LIKE! :D

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio