♡assalamualaikum

currently updating First.

Sunday, July 5, 2009

istana 5

Ana merenung handphone yang bergegar diatas lantai. Kepalanya berjuntai dari birai katil. Dalam keadaan yang meniarap itu, dia masih tak bergerak.

Alemak ai telefon ni.. bergegar-gegar pulak dia pagi-pagi nih..dahla timbul nama anak raja nih.. nak angkat ke tak mau? Kalau angkat, suara mamai for sure. Kalau tak angkat, raja murka nanti. Haish!

Gegaran berhenti. Phew! Ana kembali memejamkan mata.

Zrrrr..zrrrr…

Bergegar balik handphone nih. Ah! biarkan jelah! Nanti pandai la dia berhenti.

Beberapa saat selepas tu… kriiiiiiing.. kriiiiiiiiiiing..

Aw crap~ telefon rumah!!!!!!!!!!!!

Lintang pukang Ana bangun dari katil. Sampai pintu almari dipulas, ingatkan pintu bilik. Siot betul! Sekarang jugakla nak tertukar tombol la hape la!

Gagang telefon rumah diangkat pantas sebelum deringan yang keempat. “hello.”

“assalamualaikum.”

Hmmph! Memang dia! “waalaikumsalam.”

“Ana dekat mana ni?”

“dekat rumah saya la.. takkan saya nak seret telefon rumah saya dekat rumah jiran pulak..”

Ikram tersentak. Betul jugak. Dia mengemaskan cufflink di pergelangan tangan. Handphone dikepit dibahu. “kenapa tadi saya call handphone tak angkat?”

“tak perasan.” tipu sunat. Dey! Manede tipu sunat la~

“macam mana boleh tak perasan?”

“saya letak silent.”

“kenapa?”

“saya memang biasa letak silent sebelum saya tidur.”

“lepas ni tak payah la letak silent lagi.. kalau emergency macam mana?”

Ana menggosok-gosok atas kepalanya. Apa la yang anak raja ni buat aku serabut pagi-pagi nih! “yelah..yelah.. perintah dijunjung.”

“so funny, Ana.” Ikram mengemaskan rambutnya pula dengan tangan kiri.

“HA-HA.” Ana ketawa dua patah. Jadilah tu.

“awak memang tak suka jawab call pagi-pagi ke?”

Ana dah bersila ditepi meja telefon. “takdela tak suka..” huargh.. Ana menguap. Cepat-cepat dia menutup mulut.

“taula cuti pun.. sedap je bangun lambat eh?”

Ana kerling jam dinding sekilas. Lambat apanya? 6.30 pagi! “lambat ke ni?”

Ikram melihat jam ditangan kirinya. Berkilat bingkai silver disekeliling jam tangan itu. Dia senyum. “you know what?”

“tak tau.” Ana dah bercakap sambil pejam mata.

“awak perempuan first yang mengaku mamai bila saya telefon pagi-pagi. Yang lain pretend tengah buat breakfast la.. tengah baca buku la..”

“awak tengah puji saya ke hape?”

Ikram tarik sengih. “yes.”

“terrrrrrrima kasssssssssssih…”

Ikram tergelak. “nak sambung tidur?” tangan kirinya mencapai botol perfume. Polo Black. Disembur ala kadar.

Apsal cepumas sangat soalan.. Ana merungut sendiri. Dia terdengar bunyi semburan. “awak bersiap pergi mana?”

“pergi office saya la~ takkan pergi office jiran~”

Mata Ana yang terpejam terus terbuka luas. Lawak sungguh la tu. “ok..”

“lunch dengan saya hari ni?” sekilas Ikram mencapai briefcase, blazer, dan kunci kereta.

“lunch? Belum pukul 7 lagi..”

“tengahari la, love..” Ikram sengih.

Ana menarik rambut depannya. Ngeng sungguh aku pagi-pagi ni! “oww.. aaa.. insyaAllah..”

Ikram kerut kening. “senangnya? Pistol ayah dah habis peluru ke?”

Ana buat muka. “ayah kerja luar. Sampai esok. Kalau dengan mak, ok je.”

“owww.. ok then. Nanti saya call balik.”

“Ikram?”

Laju langkah Ikram menuruni tangga. “hurm?”

“take your breakfast.”

“since when?”

“apa?”

“awak care dekat saya?”

“oh!” Ana memegang dahinya. “saya dah ada sijil kursus bercinta dengan Wawa. Awak nak tengok?”

Hahaha! Tersembur ketawa Ikram. “bila-bila Wawa free, bagitau saya. Dia patut dapat belanja makan besar.”

Ana tersenyum. “drive sendiri or ada driver?”

“driver ialah untuk Dato’-Dato’ or Tan Sri-Tan Sri yang dah tak larat nak angkat handbreak sahaja.”

Hahahahaha. Ana menekup mulutnya. Tak tahan nak gelak. “tak baik betul..”

Ikram sengih sahaja.dipandang dapurnya sekilas, erm. bukan ada apa-apa pun yang boleh dibuat breakfast. Luar jela.

“so… drive elok-elok.”

“pesanan ni pun Wawa masukkan dalam kursus dia ke?”

“tak. Ni instinct masyarakat Malaysia yang prihatin.”

“ow I see.” Ikram pandang jamnya sekali lagi. “ok la love. I call you later. Assalamualaikum.”

“waalaikumsalam.” Ana meletakkan gagang. Tapi matanya masih tak lepas pada telefon berwarna kelabu itu. Dia tersenyum sendiri. Alahai.. senyum sorang-sorang pulak dah kau Ana! Matanya terus segar-bugar. Apa nak buat? Mandi lah. Busuk!

*****

Jari Ana pantas menekan-nekan punat handphone.

‘Wa! Aku nk pakai bj pe ni? org slalu lunch d8 pakai bj pe?’

Pantas Wawa membalas sms itu.

‘ko bkn nk g lunch d8 corporate la pandai! Ko nk g jmp bf! Pakai je la pape.’

‘aku xtau!! Aku blur! Aku dh teduduk dpn almari ni Wa! Tlg aku~’

‘ko pakai la bj plg cntk.’

‘bj plg cntk bj raye je aku ade weh. Cptla! Jgn buang kedit aku.’

Kedekut punya budak! Wawa geleng kepala.

‘pakai ape ko rs konfiden n cntk. Ko pakai ape pn takkan die halaunye.’

Binawe punya Wawa! Memangla dia takkan halau aku!

‘okla. Thx. Mmuah.’

‘nanti mms kat aku pic first d8. =p’

“Ngada-ngada la kau!” Ana bercakap dengan handphone tak bernyawa.

Ana melarikan jarinya pada hanger yang bergantung elok dalam almari. Ugh! Dia bercekak pinggang pula. Nak tanya Jeff, budak tu kat sekolah pulak. Tanya mak? Segan la aku. tiba-tiba je mengarut nak suruh pilihkan baju. last-last dia menarik satu hanger. Pakai jelah ni Ana! Kau bukan nak mengadap permaisuri!

***

“Ana, sorry banyak. Saya tak dapat ambik awak. Stuck dekat office ni..”

Muka Ana yang bercahaya terus jadi mendung. Slek betul~ orang dah semangat dah.. “hmm, takpelah.”

“but saya hantar orang suruh ambik awak..”

“awak ni. saya mana boleh main percaya je dekat orang. Takkan nak naik kereta dengan sape-sape.”

Ikram mengurut dahi. “tak. Dia pekerja saya.”

“ow yeah? Dia sampai pukul berapa?”

“saya rasa dah sampai. Cuba tengok dekat bawah.”

Cepat-cepat Ana bergerak ke balkoni. Banyak kereta dekat bawah ni. tapi… takkanlah..

“err. Dia bawak kereta apa?”

“kereta warna silver. Ada tak?” Ikram menarik lengan bajunya sedikit. Patut dah sampai dah budak ni. dia pandang ke pintu kaca dihadapan. Beberapa orang yang memakai blazer hitam sedang menunggunya.

Ana dah rasa nak pitam. “err..erk..” gagap pulak! “me..merc.. merce..”

“ha.. merc. Ada tak?”

Ana lari balik ke dalam rumah. Mengurut dadanya. “ada.”

“ok. saya kena letak telefon ni. nanti awak sampai sini, call saya eh?”

“ow..ok..ok..”

“assalamualaikum.”

“waalaikumsalam.”

Ana lekas mengambil handbagnya diatas sofa. “mak, Ana pergi dulu.”

“hai, berbaju kurung Ana? Tengahari buta?” maknya menegur.

“er. Kawan yang ni skema dia lebih sikit mak. Ana pergi dulu ye.” Ana cepat mencapai tangan mak nya. Lekas-lekas dicium.

“mana keretanya..” mak Ana dah nak bergerak ke balkoni.

Cepat Ana menahan. “eh.. tak payah mak! Tak payah! Ana pergi dulu ye.”

Ana turun tangga dengan perasaan berdebar. Dah tau aku duduk kuarters, pergi hantar kereta mahal-mahal buat apa! Duh~ tu pun nak kena ajar ke..

“Cik Ana?” seoerang perempuan muda menegurnya. Cantik. Kemas dengan baju pejabatnya.

“err.. ye saya.” Ana membetulkan tudungnya. Gelabah tak pasal-pasal.

“silakan..” perempuan muda itu dah membukakan pintu depan.

“sekejap..” Ana memberhentikan kelakuan perempuan itu.

“ye cik?”

“panggil saya Ana je. er, ni awak bawak kereta siapa ni?”

Perempuan itu senyum seketika. “jangan risau. Ni memang kereta Tuan Ikram.”


Ana pandang badan kereta Mercedes-Benz CL Coupe’ dua pintu itu. mak ai.

Perempuan muda itu menurunkan kerusi depan, supaya Ana boleh duduk dibahagian belakang.

“eh, takpe..takpe. saya duduk depan aje.”

“takpe Cik Ana, Cik Ana duduk belakang. Saya ni pekerja aje, tak boleh duduk sebelah Cik Ana.”

“awak..” Ana pandang kiri kanan. Takut di-usha jiran-jirannya. “saya ni biasa je. entah-entah gaji awak berlebih berganda-ganda dari ayah saya. Boleh la ek?”

“Tuan Ikram marah nanti Cik Ana..”

“takpe. Biar saya tanggung. Awak naikkan la balik kerusi tu.”

Perempuan tu ikut sahaja kata Ana, walau hatinya rasa resah. Kang apa aku nak jawab dekat bos aku tu kang~

“sila masuk Cik Ana.”

“A-NA” Ana mengingatkan namanya sebelum masuk kedalam kereta.

Perempuan itu senyum sahaja sebelum menutup pintu kereta itu. Dia kembali ketempat pemandu.

“Cik Ana nak dengar radio atau cd? Atau tak mau apa-apa?”

“err.. awak pasang jela apa-apa.” Ana kekok sekejap. Tak pernah-pernah orang layan aku gini. Biasa dalam kereta ayah tu, bergaduh dengan Jeff adela.

Perempuan itu memasang radio. Fly fm kedengaran. “ni stesen yang Tuan Ikram suka. Cik Ana nak dengar stesen mana?”

“err.. takpe. Ni ok je.”

Perempuan muda itu memulakan pemanduan.

“awak ni bukan driver kan?” Ana ramah bertanya.

“bukan. Saya setiausaha Tuan Ikram.”

“ek? Sukahati suruh setiausaha jadik driver?”

Perempuan itu senyum. “tak apa. Semua yang disuruh oleh Tuan Ikram tu kerja saya.”

“awak.. awak tak payah la skema sangat dengan saya.” Ana senyum. “siapa nama awak?”

Perempuan itu senyum lagi. “Maya.”

“oh.. umur berapa?”

“26. Saya baru je 2 tahun kerja dengan Tuan Ikram.”

“oh. Akak la ni. Kak Maya rasa takpe ke jemput saya ni?”

“alah, orang dah bagi kita bawak Mercedes.. takkan nak cakap taknak?”

Haha. Ana tergelak. Boleh buat geng Kak Maya ni.

“Ikram ada apa dekat office?”

“oh. Ada orang dari Bahrain datang. Tak ada dalam schecule pun. Tiba-tiba aje.”

“oh..”

Maya pandang pada Ana sekilas. “Ana tau ke Tuan Ikram kerja apa?”

Ana menggeleng.

Maya tarik sengih. Dah agak dah.“dia CEO international corp.”

Ngaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~








35 comments:

Mimi Nurisya said...

waa.....best2
merc tu....n suka sgt bila ikram panggil ana love....

Che Sue said...

oh ow..!
patut la suh secretary g jemput.
ada halangan yang tak terduga...
tp tak per maya yg datang.naik merce lg gitu...

kpd ci cucuratap slamat memulakan sem baru dan teruskan ngan semangat yg baru kay...

selamat berkarya dna semoga dpt hasilkan karya yg terbaik dpr segala yang terbaik kay dik!

Anonymous said...

hahah im d 1st..hu2..suka2:P
wah..tq cucuatap..luv ur story ya!! cayo'2.. n nk lg:P

-alom-

Anonymous said...

LOVE! omg aku yg excited bila ikram panggil ove kat ana
haha xD

Anonymous said...

best ..best dah lamer tunggu entry nih..

Daz Dianza said...

waa!! sweetnye..bertuah tol ana ni..hahah :)

Unknown said...

ngaaaaaaaaaaaaa~ dh la ank raje..bek..smart..romantik..ceo n ada merz besh 2...walaweyh...bertuah ana..huhuhu...dh lme tggu cite ni..ari2 cek tkt ada n3 baru..huhuhuhu...cpt2 smbung eh cucuratap..thnx..=)

ღAuni_Amauniღ said...

wiu~
da khatam 5-5 bab..hihi
best2..sambung agik ek..
sy ade gak wat novel tp xdela best camni ekeke~
keep it up, ya? nice storii~~ :)

keSENGALan teserlah.. said...

eeii..
ske2..
besh2..
hahhaaa..

skyahaya said...

sy suka cerita ini~
btw..kamu indah tu pon best!
tahniah!

cikin said...

hahaha.. ana pkai baju kurung..!!! ayunyer..:D
best2.. cikin bacer 3 kali n3 nih.. hehe..;P

Farah Shamsudin said...

hahaha..
cke la ngan ikram neh!!
gee~

MaY_LiN said...

wawawa..
su bawak merc..
adik ku shayang..
da stat sem br kan..?
sempat menconteng gak ye..
me acih...

Miss Kira said...

cpt smbg..
hehhe..
kayanya ikram..

.:: Suhaidah Tan ::. said...

bez gile...
sempoi je..
pehh mantap2...

Anonymous said...

suka seh.. adik cucur atap besh.. i lave the story sista..

onarness~~~me~~~ said...

so sweet:D
cik penulis,more!!~~~hikhikhik

pinat said...

ceo int.corp??
waaa..gle untung ana!!

nek merc coupe tu..fuhh~

::cHeeSeCaKe:: said...

ahaha..klaka la ana ni..mmg smpoi je..
ikram ni mmg kaya nk mmpus..

in_wired88 said...

bestnye.. tgh memperasankan diri..haha

:.vain.: said...

aku ade gtaw abah aku nk keje luar sok kt ko ke weh?
*prasan abah aku jd ilham bapak ana*

nursya said...

aku rs mcm nk jatuh cintan jer kat watak ikram nie bila di pggl ana 'LOVE'
hahaha....

cucuratap nk lg...
jgn la lama2 sgt...
cian kat ktorg nie...
huhuhu...

comei said...

hahaha
amik ko mmg lawak la c ana tu
sgt2 comei sgt2 innocent hihi
rase mmg padan dah tu ngn ikram
hihihi

Bulanhijau said...

wow~
kaya gila ikram ni..
kalo la dpt bf cmne
mmg heaven
hehehe

smbg2

Anonymous said...

sambung..huhuhh best giler citer nie.huhuhuhuh siapa ler yg pandaiii reka citer nier..bravooo huhuhh

Sha said...

wahhh kete pnye la gmpx..
besh3...smbg agi cucur..

Anonymous said...

S.U.K.A.S.A.N.G.A.T!!
love..huahuahua..romantik abes..
tp tetap x ilang ciri2 islamik..
i like!! ^_^
chaiyok cucur!!~

-che na-

Anonymous said...

gambar ikram dgn ana xde ke?x aci la sb kamu indah ngan bidadara ada poster....hehe...~dr sakina~

Unknown said...

next episode plzzzz
wakakaka

aqilah said...

oooh, kalaulah...........kalaulah ianya berlaku kat akak. WOW! tapi nehi, nehi, kabi nehi.

ali_zahini said...

kete 2 pintu pun nak buat stail mcm bos ngan driver ke? ngeng tul kak maya nih.. hahahah...

Anonymous said...

cepat sambung..best giler nih

R.O.H said...

love...
aku rasa aku dh fall in LOVE ngan citer nie....
haha... chayok...chayok...

Anonymous said...

mana nk cari anak raja mcm ikram niiiii
jeles tollaaaaaaa

Unknown said...

haha..ana tkot jiran2 nmpk..

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio