♡assalamualaikum

currently updating First.

Sunday, June 14, 2009

Azhar, Azam.

“Azam! Azhar! Malam ni tolong mama ye?”

“tolong apa ma?” Azam yang elok terbongkang depan tv menyahut.

“mama nak pergi rumah sewa kita tu. mama ingat, nak pasang rail langsir. Lepastu nak buatkan langsir kat diorang. Kesian student yang menyewa situ. Mama kasi langsir pakai dawai aje haritu.”

“mama bawak Farah je tak boleh ke?” Azhar yang melepak dimeja makan pula bersuara.

“Farah tu tau bawak kereta ke?” Makcik Limah dah hangin. Anak bujang kembarnya ni memang liat kalau masuk bab menolong. Dua-dua sama aje! Boleh pulak suruh adik diorang yang baru form 4 temankan.

“ajak Azhar jela. Azam duduk rumah. Jadi guard.” Azam sengih lebar. Sedaya-upaya nak ngelat.

“anak ooooiii!! Jangan la malas sangat! mama nak mengukur lagi! Takkan nak mama dengan Farah nak panjat-panjat kerusi! Hah! Lagi satu! Mama nak belikan cabinet dapur. Nak mama dengan Farah angkat ke tingkat 3 tu?”

Azam dah cebik bibir. Dia pandang Azhar sekilas, abang kembarnya juga dah buat muka. Baru ingat malam ni nak lepak NZ, mapley femes dekat Wanga Maju.

“ni boleh ke tak boleh ni??” Makcik Limah bertanya lagi.

“macam la kitorang ni boleh jawab ‘tak boleh’…” Azam menjawab lagi.

“tu lah dia! mama mintak tolong sikiiiiit pun dah merungut-rungut. Eh, mama dulu, tak berani tau menjawab lebih dengan arwah nenek!”

Dah mula dah keluar hikayat hidup dia….. Azhar mengomel dalam hati.

“mama dulu, jangan kata satu ayat, satu patah ‘tak’ pun tak pernah terkeluar tau!”

Farah keluar dari bilik. Dilihat abang-abangnya dah buat muka boring. Dia cuma mengangkat kening tanda ‘apsal?’

Azam mengalih sikit punggungnya. Beri ruang untuk Farah menempel. “mama Farah tu la.. dia dah mula flashback zaman dia..” Azam mengomel perlahan.

“hah! Tu bisik-bisik tu! mengumpat mama la tu!”

Azam rasa nak tarik rambutnya keluar. Adooooi! Mama! Mama!

Farah tergelak kecil. Mama kalau nak flashback zaman dia, memang bernanah beb!

“hah! Farah! Farah pun join sekali mengumpat mama ye?”

Farah buat muka. Pulak! Berjangkit kat aku pulak bahang mama ni!

“Azhar, tengok! Tengok! Adik-adik Azhar tu belajar dengan Azhar la tu! mama cakap sikit, tak boleh.”

Azhar dah pening kepala. aiseh. Aku senyap salah, menjawab pun salah. ni la dia Makcik Limah.

“mama… takde apa la mama.. diorang main-main aje tu. ha,ni mama nak pergi sana pukul berapa?” Azhar mengalih topic.

“pukul 8 lah. Lepas maghrib, kita siap-siap pergi kedai perabot dulu. alah, nak beli cabinet murah-murah je. lepas tu kita pergi sana.”

“ok mama.”

“Farah!!!”

“ye mama?”

“Farah pun ikut mama!”

“alah… Farah banyak homework la mama…”

“ha! Ni lagi sorang! Namanya anak dara! Pemalasnya sama macam anak bujang! Mama dulu-dulu…”

Farah menjeling Azam disebelah. Dah mula dah flashback dia…

*********

“assalamualaikum!” lantang Makcik Limah memberi salam didepan pintu rumah flat itu.

Farah, Azam dan Azhar dibelakang buat muka seposen. Semua pergi secara paksa rela.

“waalaikumsalam..” seorang budak perempuan yang berkaftan labuh dan bertudung membuka pintu. Manis dia tersenyum.

“ha.. Izzatie!”

“ahh.. Makcik Limah!” ayat Izzatie terhenti disitu bila dia nampak beberapa orang yang meng-escort makcik Limah.

Azhar dan Azam terdiam. Mereka berpandangan sesama sendiri. Azam yang mula tarik sengih. Azhar yang tak tahan, terus tergelak bila tengok Azam sengih jahat.

“ha!! Apa yang kelakarnya???” makcik Limah tiba-tiba menyergah.

“takdepe ma….” Azhar menjawab.

Farah dah jeling-jeling pada abangnya. Mesti ada apa-apa si kembar ni…

Izzatie tercangak didepan pintu sampai terlupa sekejap nak ajak masuk. “eh makcik, jemputlah masuk.”

Makcik Limah dan Farah terus masuk kedalam. Azhar dan Azam pula sempat senyum pada Izzatie yang sedang menahan pintu.

Izzatie cuma tarik muka masam. Grrrrr~ kenapa muka-muka diorang ni jugak yang aku jumpa?


“yang lain mana Zatie?” makcik Limah bertanya pada 4 orang housemates nya yang lain.

“tengah beli makan malam,makcik.”

“Zatie tak makan sekali?”

“tunggu makcik datang..” senyum.

“laa…”

“takpe, nanti diorang beli bungkus untuk Zatie.”

Azhar dengan Azam masih sengih tak berhenti-henti. Izzatie tak boleh nak buat muka meluat, depan mak diorang nih, kene control.

“haa.. ni la cabinet yang makcik cakap nak kasi tu. kecik aje.” Makcik Limah menepuk cabinet kayu paras pinggang yang dibawa masuk oleh Azhar dan Azam tadi.

“oh. kecik pun tak apa makcik. Asalkan boleh letak barang dekat dapur.” Zatie memaniskan muka.

*****

“dalam kiraan 10!!!!!!!!!!! 9!!!!!!!!!!!!!!!! 8!!!!!!!!!! 7!!!!!!!!!!!!!!!......” bergema suara lelaki itu sampai ke dalam blok asrama perempuan.

“weh!!!! Zatie cepat!!!!!! Abang kau dah mengamuk tu!!” Aina mengingatkan dengan nada cuak.

Izzatie yang masih terkial-kial mengikat tali kasut dah buat muka. Halahai!! Ni yang aku tak suka pasal kawad nih!

“……3!!!!!!!!!!!!!!! 2!!!!!!!!!!!!!!!..”

Tap! Tap! Tap! Bergegar lantai dengan bunyi kasut ladam mereka. Dah lambat! Dah lambat!

“satu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Azhar dan Azam dah bercekak pinggang di tepi barisan platun yang tidak lengkap itu.

Aina sempat masuk ke dalam barisan bertiga-tiga itu. malangnya….

“kau lagi!” Azhar mengerut kening sambil memandang tajam ke arah Izzatie yang termengah-mengah.

Azam yang berdiri disebelah Azhar hanya geleng-geleng kepala. Nak pergi peringkat negeri, tapi disiplin tak jaga langsung!

“kau, turun 10!”

Izzatie tersentap. Pumping… tak laratnya aku!

“cepatla..ingat semua orang nak tunggu kau ke!” Azam menambah.

Izzatie turun, melekapkan tapak tangan dan lutut ke atas tar. Dah la tercungap lari tadi tak habis lagi.. betul-betul kena dera! Si kembar bertanduk 2 orang ni,memang tegas dia berlebih-lebih kalau time latih kawad. Tau la champion kebangsaan pun.. tapi agak-agak la! dia mendongak sedikit, melihat rupa kembar bertanduk tuh.huh! memang sampai sekarang pun dia taktau mana Azhar, mana Azam, walaupun dah 4 tahun dia di sekolah ni. Bukan satu batch dengan aku pun, apa aku kisah kenal ke tak, kan?

Habis sepuluh pumping. Senak perut aku. kendur sikit tak boleh, nak perut stret aje. Huh! Izzatie menyapu serpihan pasir di tapak tangannya.

“dah? Betul ke 10?”

Angguk.

“dah.masuk line kau.”

Senyap-senyap Izzatie bergerak ke barisannya- tengah, depan. Maklumlah, orang comel kalau kawad memang kena berdiri dekat tengah.

“ok! kita warm up dulu! lari keliling dewan makan 5 round!”Azhar menjerit selamba.

Mulut semua ahli platun kadet polis wanita dah ternganga luas. Makin lama, makin kejam! Masa berlatih untuk peringkat daerah haritu takde la pulak macam ni!

Si komander dah tarik muka. Ni lah yang jadi kalau senior yang latih. Kalau dia yang latih sendiri platunnya, taklah kena dera lunyai macam ni sekali.

“ha! Cepatla! Komander lead!” Azam memberi arahan tegas.

Segera barisan itu membuka langkah. Berlari seirama. Hehe.

Azhar dan Azam yang berdiri di padang kawad dah tarik sengih. Seronok betul. Tapi leceh! Kalau latih kawad budak perempuan macam ni la, slow. Nak denda pun, kena tapis 2-3 kali. Cikgu tak kasi teruk-teruk. Perempuan dia kata. Ceh!

“Zar!” Azam yang tengah duduk melunjur diatas tar memanggil abangnya disebelah.

“apa?” mata Azhar masih meninjau budak-budak tu keliling dewan makan.

“kenapa kau keras sangat dengan budak tu?”

“budak mana?”Azhar bertanya blur.

“budak yang selalu lambat tu..”

“apa yang kerasnya? Dah lambat!”

“takdela.. suruh la lari ke.. ni kau suruh turun 10.”

“apsal? Kau kesian?”

“perempuan la weh~”

“nasiblah. Sape suruh lambat!” mata Azhar mula melilau.

Azam yang tengah duduk mendongak melihat muka Azhar. Dia tarik sengih sampai telinga. Setakat nak baca otak dan hati Azhar… kecik punya hal la.

“Zar!”

“apa dia lagi?”

“kau dah sangkut dengan dia kan?” Azam senyum lagi. “kan?”

Azhar pandang dengan mata tajam. Dia tak macam Azam, murah senyuman. Sekali tarik sengih, semua berjangkit. Dia jenis hambar sikit. Hambar? Tu apa dia rasa. Tapi orang lain kata dia cool, control macho. Entahla. Papejela. Dia tetap rasa dia hambar berbanding Azam.

Lama dia pandang ke anak mata Azam. Nak bukak mulut buang masa je. Membazir air liur la nak nafikan. Dah nama yang teka tu Azam, memang tak boleh nak deny.

Azam dapat tangkap bahasa mata tu. Azhar tengah geram dengannya. Sengih dia makin lebar.

“stop it la Zam!” Azhar bersuara dulu akhirnya. Sebab mengikut bahasa mata yang Azam beri tadi, dia tahu Azam tengah mengejeknya dalam hati.

“hahahahahaha.”

“gelaklah! Gelak!”

“hey.. aku happy dow. Serius. Happy untuk kau.”

“tiba-tiba aku rasa menyesal lahir sama dengan kau.”

“hahahahahahahaha.”

Ikut hati Azhar, nak je dia tenyeh-tenyeh muka Azam yang tengah bergelak-ketawa tu atas tar. Biar tau senyap sikit!

“Zar! Kira ok apa aku lahir sama dengan kau. Dapat la kau praktik bahasa mata. Tak payah susah-susah bukak mulut. Kalau aku tak lahir sama dengan kau, sapa nak paham mata kau tu cakap apa?”

“aku lagi rela tak ada orang faham!”

“hahahahahahahaha.” Makin besar gelak Azam. Azhar ni pun… cuba bawak sejuk sikit..

“neway…” tiba-tiba Azhar menyambung katanya.

Azam angkat kening. ‘apa?’

“apa yang kau cuba nak sorok?” Azhar bertanya dengan nada betul-betul ingin tahu. Dia macam dapat rasa Azam ada sorok sesuatu.

Sekali lagi hanya bahasa mata yang diorang pakai. Staring each other. Azhar mula mengecikkan matanya. Tak dapat nak tangkap.

“tak ada apa. Aku happy.”Azam tergelak kecil.

“tak pepasal nak happy… aku bukan nak kahwin..”

“entah. Aku happy.”

Azhar makin pelik. Dia cuba nak fahami apa yang disampaikan, tapi budak-budak kadet tu dah sampai didepan mata.

“ok! kita kawad asas dulu. lepasni baru tengok formation!” Azam bangun dari duduknya dan terus bagi arahan.

Azhar terus terlupa perkara tadi..

*******

“hai..” Azam mula tarik sengih nakal. Azhar disebelah hanya tergelak.

Izzatie tarik muka malas. Kenapa la lepas bertahun-tahun boleh jumpa balik kembar bertanduk nih..

“apa khabar?” lagi sekali Azam memaniskan mulut.

“baik. Tak sangka pulak, makcik Limah ada anak lelaki kembar…” bertanduk. Sambungnya didalam hati.

“kitorang pun tak sangka, cik penyewa ni sewa rumah makcik Limah..” Azhar menyambung.

Mula-mula tadi, terperanjat jugak. Macam pernah tengok je muka budak perempuan ni. Sebab tu dia dengan Azam saling pandang dekat depan pintu tadi. Lepastu baru ter-flashback balik. Oww.. ni budak kawad yang selalu lambat tu ke.. dah 5 tahun kot benda tu. Tu yang ingat-ingat lupa tu.

“so.. sekarang study dekat kolej belakang ni?” Azam merujuk pada kolej berdekatan rumah flat itu.

“aah.” Izzatie jawab dalam keliru. Sebenarnya dia masih tak tahu mana satu Azam dan Azhar. Dan dia berani bet, diorang pun taktau nama dia. yelah, dulu junior aje.

Tiba-tiba Farah datang ke arah mereka bertiga didapur. “dah letak siap dah cabinet?”

Kacau la.. “dah.” Azhar menjawab.

Farah masih tercegat disitu.

Azam pandang pelik. “mama buat apa?”

“ukur langsir.”

“dahtu? Pergi la sana.”

Farah geleng. “mama cakap, abang bukan boleh percaya. Dia suruh Farah duduk sini.”

Azhar dan Azam dan saling berpandangan. Apadaaaaaaa~

“Abang Zam nak mengurat ek?” selamba Farah bertanya depan-depan Izzatie.

“manede…”

“habis tu? Abang Zar ek?”

“huih.. main tuduh-tuduh…”

Izzatie cuma tersenyap. “Farah, jom pergi depan la jom.”

“aik? taknak kemas barang masuk dalam cabinet?” Azam bersuara.

“nanti-nanti pun boleh.” Dia terus menarik Farah keluar dari dapur.

Azhar dah buat muka. Takde rezeki la.

*****

“Zar, kau taknak tackle cik penyewa tu ke?”

“kau ni kenapa?”

“dulu, bukan kau sangkut dengan dia ke?”

“dulu punya cerita laaa..”

“Zar, kau ngurat la dia Zar..”

“ek eh… kau ni apahal pulak?” Azhar dah pandang pelik. Tiba-tiba nak aku mengurat anak orang..

“ala Zar, try la..”

“eh Zam, yang kau beriya sangat ni apahal?”

Azam tarik sengih. “entah. Aku happy.”

“eh… macam pelik je ayat kau ni…”

“betul… sumpah aku happy!”

“aku bukannya bercinta dengan dia!”

“cuba la aku cakap.. dia nampak macam budak baik tau.. mama mesti suka..”

“ngong, gaya kau cakap macam suruh aku pergi kahwin!” Azhar dah tergelak-gelak.

“Zar, aku kasi full support nih! Kau jangan arr..”

“kau ni kemaruk sangat nak kakak ipar ke hape?”

“kalau ye pun, aku nak dia jadi bini kau. Aku taknak orang lain.”

“eh.. suka-suka kau je! macam la kau tau jodoh orang..”

“aku serius ni Zar..”

Azhar pandang ke anak mata Azam. Memang jujur. Tak menipu punya riak. “tengoklah.”

“haha. Yess!!”

“aku cakap ‘te-ngok-lah’. Aku tak janji.”

“hahahaha. Kira orait la tu.”

“tapi kan, kalau kau suka sangat, apsal tak kau je yang pergi ngurat dia? apsal aku pulak?”

“sebab… dulu kan kau pernah sangkut dengan dia kan?”

“tu zaman sekolah kot! Berkurun dah. Kalau kau suka sangat, kau la pergi tackle dia! bukan takat kakak ipar, jadi bini kau lagi!”

“taknak ah! Aku nak kau jugak! Kau kena pergi ngurat dia! aku tau kau suka dia!”

Azhar dah bergerak ke katilnya. “tengoklah.”

“tengoklah… tengoklah! Janji la!”

Azhar menekup mukanya dengan bantal. “tidurlah we!! Tak penting pun benda ni.”

Azam muka sayu. Aku cakap serius, main-main pulak mamat ni. Bantai tidur pulak dia. Azam pun mula bergerak ke katil. Uhuk!! Uhuk!!!

Azhar yang terdengar batuk itu mengalihkan bantal dari muka. Dia pandang pada Azam. “batuk kau tak baik-baik lagi ke?”

“tak pernah nak baik.”

“pelikla batuk kau ni.”

“kau semua pelik!”

“eh… emo pulak!”

Akhirnya mata mereka terpejam sampai ke esok pagi.

******

“haa… tu dia!” Azam menunjukkan sekumpulan perempuan tengah berjalan beberapa meter dari kereta mereka.

Azhar tarik sunglasses ke atas. Aaaaaaa.. betul la tu dia. “eh, apa nama dia?”

“Izzatie.”

“macam mana kau boleh tau?”

“aku tanya Farah la semalam!”

“kenapa pulak kau boleh tanya dekat Farah?”

“eh Zar! Banyak betul la kau tanya!” Azam muka bengang.

“alah.. tu pun nak mengamuk. Chill la.”

“aaaaa. Dah,dah. Aku boleh balik la sekarang.”

“ha?????” Azhar blur.

“kau pergi la ajak dia keluar.”

“kau nak balik naik apa?”

“ni KL la. public merata.”

“aku ingat kau nak join keluar sekali?”

Azam buat muka. “gila apa. Kacau daun je. dah ar. Aku blah dulu.” dia terus tarik handle kereta dan melangkah keluar. Panas matahari memancar.

“weh… Zam!” Azhar menjerit dari tingkap kereta.

“good luck bro!” dan dia terus berjalan meninggalkan Azhar.

Apala dia ni. Bagi idea sikit punya kencang. Satgi lari! Dia yang nak sangat-sangat, aku yang kena buat semua. Huh! Azhar megomel sorang-sorang dalam kereta.

Dia memandu masuk kekawasan parking rumah flat itu. Betul-betul di bawah blok rumah sewa Izzatie.

Izzatie dan kawan-kawan serumahnya leka berborak sambil berjalan. Tiba-tiba..

“hai Zatie.”

Satu suara yang membuatkan sekumpulan itu kalih pandang pada lelaki yang sedang bersandar elok depan keretanya.

Semua blur. Tak kenal.

“hai.” Kali ni Azhar cuba beri senyuman lebar.

Semua pandang Izzatie. Seolah-olah bertanya, ‘kau kenal ke?’

“erm. Saya kawan Izzatie. Boleh tak, pinjam dia sekejap?” Azhar berkata pada kawan-kawan Izzatie yang tengah blur.

“err.. aku naik dulu lah Zatie. Ada apa-apa, call tau.” Seorang kawannya berkata kemudian yang lain pun ikut dia naik ke atas.

Izzatie dan Azhar dua-dua tersenyap. Azhar cuma menunggu Zatie menegur dulu.

“err..hai.” akhirnya, keluar jugak suara Zatie!

Azhar senyum. “do you mind?” dia menghulurkan tangan pada Izzatie.

Izzatie dah tak paham. Apa nak pegang tangan ke? dahi dah berkerut-kerut.

Azhar tergelak perlahan. Dia menggeleng. Tangannya terus mengambil beg laptop ditangan kiri Izzatie. Tangannya yang lagi sebelah pula dihulur, seolah-olah menyuruh Izzatie memberi dua bijik buku tebal yang sedang Izzatie pegang dengan tangan kanan.

Izzatie yang tersedar terus tersenyum. “eh, takpe.”

Azhar membuka pintu belakang Swift birunya. Beg laptop Izzatie diletak disitu. Selesai. Dia menghulur tangan lagi, “takpe. Bagi sini. Berat tu.”

Izzatie tak sempat menolak bila tangan Azhar terus ambil buku yang berat itu dari tangannya.

Azhar menutup pintu belakang Swift. “sekarang, barang awak ada dekat saya, awak kena teman saya keluar.”

Huh?????????? Izzatie macam tak percaya.

“awak tak ada alasan nak tolak.” Azhar tarik sengih sedikit.

Ada jugak manusia macam ni! Izzatie merungut dalam hati. “bagi balik barang saya. Saya tak boleh keluar. Saya banyak kerja nak buat.”

“kita pergi makan. Sekejap je.”

“tak boleh. Pukul 2.30 nanti saya ada kelas.”

Azhar memandang jam tangannya sekilas. “tapi baru pukul 11.”

“tapi..”

“kita pergi makan. Pukul 2, saya hantar awak dekat kolej. Saya janji, awak takkan lambat.”

“tak boleh… nanti housemate saya risau.”

“telefonlah. Bagitau nak keluar kejap.”

“tapi saya ada kerja yang nak kena siapkan..”

Azhar menarik handle pintu tempat penumpang dihadapan. Dia menghalakan matanya menyuruh Izzatie masuk.

Ugh!!!!! Izzatie merengus perlahan. Akhirnya dia mengalah.

Dalam kereta, Azhar memandu sambil selamba. Izzatie pulak yang gelisah. Oh! dia mengeluarkan handphone dari beg sandang.

“hello, Liya? Aku keluar kejap. Dengan siapa? Err. Dengan orang tadi..” Izzatie senyap sebentar. Dengar si Liya membebel.

“kau ni, entah sapa-sapa, main ikut je! kau tau tak, kes culik.. kes rogol dah banyak tau!!”

Azam pandang Izzatie yang tengah gigit bibir mendengar orang di talian sana bercakap. Dia terus mengambil handphone dari tangan Izzatie.

“assalamualaikum, saya Azhar.”

Izzatie pandang dengan muka terkejut. Suka rampas barang orang!!!

Azhar masih memandu dengan menggunakan sebelah tangan. “saya bawak Izzatie keluar sekejap. Nanti, saya hantar dia pergi kolej terus. Tak payah tunggu dia la eh? Terima kasih.. assalamualaikum..” pap! Handphone itu dilipat senelum diserah kembali pada tuannya disebelah.

“awak tak boleh cakap macam tu la!”

Azhar sengih sedikit. Dia biarkan soalan itu berlalu.

*****

Mereka berjalan seiringan di Sunway Pyramid. Entah kemana kaki Azhar melangkah, ke situ juga dia melangkah.

“McD ok tak?” Azhar bertanya.

Izzatie angguk aje.

“nak makan apa?”

“dah breakfast dah pagi tadi. Tak lapar lagi.” Izzatie menjawab lagi.

“double cheese burger should be ok kan?”

Izzatie angguk lemah. Dasar tak faham Bahasa Melayu. Dia hanya menunggu di meja. Dia pilih meja yang dekat dengan cermin. Pemandangan Sunway Lagoon disebelah.

Azhar tiba dengan dulang makanan. Dia santai sahaja, t-shirt dan jeans.

“awak tak kerja ke?” Izzatie bertanya.

“tak.”

“cuti?”

“tak.”

“habistu?”

“saya study lagila.”

“tak ada kelas?”

“ada tapi tak diadakan.”

Escape kelas. Izzatie berkata dalam hati. “study kat mana?”

Azhar senyum. “awak minat jugak nak tau eh?”

Izzatie termalu sendiri. Dia terus senyap. Perasan. Takkan nak tanya pun tak boleh.

“makanla.” Azhar menjemput. Beku karang burger tu.

Izzatie senyap.

“awak ni, bukan jenis penyegan sangat kan? Saya nak kawan je. Janganla malu-malu sangat.”

Izzatie tergelak. Memangla dia bukan jenis penyegan, tapi dengan orang tak kenal, takkan nak bajet dah kenal 10 tahun pulak.

“so, ceritalah pasal awak..”Azhar bertanya sambil menyedut minuman.

“hmm.. apa yang nak tau?”

“semua.”

Haha. Izzatie tergelak. Dengan petahnya dia bercerita. Kampung dia.. dia buat apa lepas sekolah.. pasal kolej.. pasal housemates. Semua segan dia dah hilang. Azhar betul-betul buat dia selesa nak bercerita. Perbualan itu diselangi dengan gelak ketawa. Azhar takla jenis kecoh sangat, tapi kelakar dia boleh tahan. Lepastu, Azhar pulak ambil giliran bercerita. Jadi bising seketika meja ditepi tingkap itu.

Selepas Zohor, Azhar menghantar Izzatie ke kolejnya. Dia mengambil beg laptop dan buku Izzatie dari tempat duduk belakang. “nah. Larat tak?”

Izzatie buat muka. “saya bukan budak kecik.”

Haha.

“ok. thanks,spent time dengan saya. Seronok.”

Izzatie senyum. “sama-sama. Terima kasih belanja makan.”

“so.. ok lah. Jumpa lagi. Assalamualaikum.”

“waalaikumsalam.” Izzatie menghantar Swift itu dengan pandangan matanya.

“sekali boyfriend hantar pakai Swift… angkatkan beg lagi!”

Izzatie terkejut. Suara Liya kuat dibelakangnya. “eh! Bukan boyfriend la!”

“tak lama lagi la tu..” Liya senyum mengusik.

********

Sebulan berlalu.

Hubungan Izzatie dan Azhar makin baik. Azam pun makin happy.

“pergi mana?”Azam bertanya bila tengok Azhar grab junci kereta.

“Zatie.”

Azam sengih lebar. “kiranya kan, jadila angan-angan aku nak jadi adik ipar dia kan?

“doa-doa je la..”

“amiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiin.” Panjang amin si Azam.

“jom, ikut sekali? Kau tak pernah pun nak hangout dengan dia kan?”

“takpelah. Aku duduk rumah. Sakit dada la.”

“asma?”

“entah. Ye kot.”

Azhar menggeleng. Dari kecik, dia dan Azam ada asma, tapi taklah teruk. Takat gitu-gitu aje. “tu lah.. keluar taknak naik kereta. Asap bas tu tak elok la.”

“alah.. takpelah. Lagipun, kalau kau nak pakai kereta.. tiba-tiba nak bawak Zatie keluar.. takkan aku nak menyibuk.”

“alasan je. aku bukan pergi dating hari-hari.”

“dah la. bebel je. keluar la cepat. Kang merajuk awek tu kang.”

Azhar sengih. “makan ubat weh. Aku keluar dulu.”

“yelah..yelah..”

******

“Abang Zar!” suara Farah cemas di talian.

“ada apa Farah?” suara Izzatie yang menjawab. Dia marah betul kalau orang guna telefon sambil memandu. Azhar dah banyak kali kena warning dengan dia.

“kak Zatie ke ni? Abang mana?”

“Azhar bawak kereta. Ada apa ni Zatie?”

“kak.. suruh abang balik rumah kak…”

Izzatie dah cemas.

“slow-slow Farah, cakap dengan akak kenapa..”

“Abang Zam…” ayat Farah terhenti takat situ.

“kenapa Zatie?” Azhar bertanya. Nampak gelabah aje bila Izzatie menjawab panggilannya tu.

Izzatie hanya pandang Azhar tanpa bercakap apa-apa. “Farah, saba ye. Azhar balik sekarang jugak.” Dia terus letak telefon.

“kenapa? Kenapa dengan Farah?” Azhar dah risau.

“patah balik rumah awak cepat. Azam sakit.”

Azhar terkesima sebentar. “ow..ok.. erm, awak nak balik dulu?”

“tak sempat dah. Awak drive je balik rumah awak terus.” Izzatie pun turut cemas.

Azhar menekan pedal minyak. 140km/j. Harap-harap polis trafik semua cuti demam malam ni.

******

“Zam!!!!!!!!!!!!!” Azhar terjerit bila Azam masih tak sedarkan diri walaupun dah sampai di hospital.

“encik Sabar dulu encik.” Jururawat terus menolak katil putih itu ke dalam wad.

Tak lama kemudian, seorang doctor lelaki mendapatkan mereka sekeluarga di ruang menunggu.


“Puan Halimah?” doctor itu menegur perlahan.

“saya mintak maaf. Anak Puan dijangkiti bacterial pneumonia yang teruk. Dia dah meninggal sewaktu sampai tadi.”

Azhar kelam.

*******

“kau nak tau?”

“apa dia?” Azhar memandang muka Azam yang ceria semacam disebelah.

“aku terbayang kau kahwin la. hahahaha.”

“ngong. Takde benda lain ke nak terbayang? Hahahaha.” Azhar turut tergelak.

“kalau kau kahwin dengan Izzatie nanti pun, kau takkan tinggal mama dengan Farah kan?”

“haish.. takkanla aku kejam sangat..”


“aku seronok la.”


“apahal?”


“entah. Terbayang kau kahwin dengan Izzatie, aku rasa happy melangit. Hahaha.”

“kau ni, dah tak hidup lama agaknya..” selamba Azhar bertutur.


“hahaha. Ye kot.”

Azam meraup mukanya. Itu cerita 2 hari yang lepas. Harini, Azam dah takde. Orang yang lahir sama-sama dengannya dah tak ada. Orang yang pandai baca bahasa matanya dah takde. Orang yang berkongsi bilik dengan dia sejak lahir dah tak ada. Orang yang sentiasa mengalah guna kereta dengannya dah tak ada. Orang yang selalu mintak backup bila kena bebel dengan mama dah tak ada. Orang yang selalu berebut nak guna internet dengan dia dah tak ada. Orang yang suka bercerita setiap kali nak tidur dah tak ada. Seorang adik-beradiknya dah tak ada. Kembar, perkataan itu dah tak ada.

Dan..

Apa yang dia pelik pada Azam selama ni dah dapat jawapannya. Azam sayang Izzatie. Ya, itu dia pasti. Sejak zaman sekolah. Tapi dia yang dungu tak dapat nak tangkap apa yang Azam sorok.

Dia selak sketch book Azam malam tadi. Nak dikemas, seal elok-elok dalam kotak. Sketch book Azam kalau disusun tinggi macam menara. Sebab dari kecik dia suka melukis. Azhar selak buku sketch yang paling belakang didalam laci Azam. Kertas dia pun dah kuning. Dia tersenyum sendiri. Ingat tak masa sekolah dulu, budak-budak main kira jodoh guna huruf dalam nama? Nama si lelaki dan perempuan di tulis sebelah-menyebelah. Ada berapa huruf ‘A’, kemudian pangkah. Semua huruf dikira. Kemudian nombor yang dapat dicampur-campur . kalau dapat 1, love kot. Entah. Dia pun tak ingat. Tapi rasanya ada married, friends.. memang budak-budak. Dan dia lihat kertas dalam skecth book itu. Ada nama Azam dan Izzatie, dah berpalang-palang. Dah dikira.

Tanpa sedar, air matanya bertakung.

Sketch book itu ditutup.

Azam, aku janji aku jaga Izzatie Zam. Aku janji aku takkan pernah tinggal mama dengan Farah. Aku janji aku lawat kau dengan ayah selalu.

Zam, aku janji.

53 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

whoaaaaaa.....
gile btol la kanda..market nme aku..
mekaseh3...nieh syg ko lebey..ekekee..
sedey la plak ending dye..huhu...
cian kat azhar..azhar,,ko jge aku leklok taw..
ekekekee...spe la 'azhar' aku nnty ye...muahahhaaahaa....wink3..

R'anS said...

aarrggghh sedih....

sYaFaRiNa said...

sedeynya citer ni...
1st time cik cucur bt citer sad ending ni...
huhu..
sob3

Unknown said...

huhu..dah agak si azam minat izzati..gud job!!besH la cita2..enJoy

Anonymous said...

good job. sangat menyentuh jiwa dan raga. hehe :D

hlovate said...

nice =)
may Allah bless

MaY_LiN said...

ala..cedihnye..
memang sume tu mase kite zaman skola kan..?
main kire nama cenggitu..
ha..mesti cik cucuratap pun penah kena bebel ngan mak camtu kan..?
sume mak memang cenggitu gamaknya..
hikhikhik..
nway..nice n3..

niSah said...

sedey:((
waaaaaaa:((

♡ Eibu June's ♡ said...

salam cucuratap....

hwaaa sedihnya....sob..sob...sob...
nice story dear...

Salmiza said...

uwaaaa~~
sad ending~

Anonymous said...

so touching...rasa nak nangis....keep up the good work...~dr sakina~

in_wired88 said...

huhu..sedeynya..
dia sanggup mengalah ngan azhar..
bes..

dyanzjha said...

citer nie...sedih..tp sume cam zman2 skola dlu...windunyer...

umi kalsom said...

cucur...
sedeynye...

btul2 menyentuh perasaan ah cite ni...
cian kat azam...azhar..huhu

Anonymous said...

1st time i dont read from the beginning till last..
just few parts from the bottom..
never like sad stories..

hahah!
gud job cucur!! well done~
dah semakin nampak ke arah novelis..

Anonymous said...

cite ni bezzz....
tp cik cucur...de salah taip nama r...azhar jd azam...

syah said...

waa...
sdey nye..
p besh..
ptt plik tgk prangai azam..
cm de smthg gonna hppn..
huuu...

leiden_holland said...

wa.....hlovate ltak comment kat cni..
cayalah.....
nway, good job!!

Anonymous said...

adeiy..
tido ngn air mata lak mlm ni..
even sedey..ttap besh..
gud job cucur~

-che na-

Farah Shamsudin said...

waa~
sedey ler cik cucur..
ptut ler Azam tuh mcm pelik jerk perangai nyer..
gee~

he~
ada nama saya neh..
ske2..

yg kira2 nama tu..
mcm penah buat jerk..
hehe..

Serifathiyah said...

sad ending..
gud job..

seri~

aisyah said...

sedey...
nangis aku bace...

comei said...

uuuuu....
cedih la pulak huhuhu
cite kembar mati, cian die

misz nana said...

Sedih woo..
Azam sanggup pendam perasaan dia kat Izzatie semata2 utk Azhar..
Uhuk2..

Anonymous said...

besh la cite ni...
nway,simpati kat azhar sbb xbjaya nak baca bahasa mata si azam tu...
w/pun dah agak dari awal yg azam tu sbnrny suka kat izzatie...
besh la cite ni walau sad ending..
gud work cik cucur...

~lizarazu~

sweetrose maria said...

best,sedih,kelakar pn ade...
menarik citer nih...
gud job...hehehe

Bulanhijau said...

kau ni mmg pandai wat aku nangis kan??
elok je air mata aku keluar..
pape pn
cte kau mmg best!!

DianaTakyuddin said...

da agak da mesti azam tu nk meninggal ker pape...huhu
tp arap2 sye n kembar sye x suke org yg sme...hihi

Anonymous said...

sedey..tpi cam boring skit la.god try

Unknown said...

sedeynyer.. tambah2 kembar sndri kan???
dah agak mesti azam ni ada something2

Tfaaaaaa said...

best! :)

Unknown said...

waaaa...sdeynye aku bce cite ni..cian azhar...mst sdey gile ble azam mninggal..1st time cucuratap buat cite sdey gni..tp cite ni stil lg swit..hehehe..waaaa...hlovate komen cite ni..thniah cucuratap..tp jgn pngsan lak..nnt xsmpt abskn cite kamu indah 2..huhuhuhu..btw..bgs jgk idea cucuratap nk tls cite kamu indah pnjg2 n anto kt publisher..sy mst bli pnye..tp jgn la stop post n3 cite 2 kt cni kalu nk publish..rndu la dgn reza n indah nnt..hehe..kalu publishkn bidadara mst lg besh..sape sokong sy srh publishkn bidadara?? angkt tgn..hehehehe..

sy tggu n3 kamu indah yg baru...=0

hazaryu said...

a lot of touch....
senang dgn sikap azam yg sering mengalah...
dia nk kembar dia bahgia..

eiDnuT said...

haha..yep2...well akuh bencikkkkk gila baban kalo part ending sedey2..tapi yg nih oke ar...cuba byangkan kalo azam x mati???haaa
xker berulam jantung c azam tuh..azhar pulak nti msti ksian kn azam bla3..pastuh nk men passing2 cm bola lak c izzatie tuh..
haha..so akuh suka r ending cmnih..kalo x harubirubaru btol rr

aqilah said...

sedih cite ni, tapi akak dah dpt tangkap dah maksud/niat si azam tu. cite yg bagus!! apapun, akak follow.....................

luv_ira said...

sedih ler cite nie..
huk3..
tp dr first da tau jln cita..
just xtau sapa yg bakal ???
tp..pa2 pun mmg best glerr....

Anonymous said...

besh2!
yg aling besh..
'Azhar sengih sedikit'


~~miss elisya~~

TAN-te said...

sedih!!!!

agent_sesat said...

alahh..ternangis lak :(

Anonymous said...

hua..!!!
da agk endg die..
tp ble bce still meleleh gak..
pndai tol wat owg meleleh..
hu..xske..xske..
isk,isk,isk,,,

intan_aya said...

alahai...citer bukan maen best mase awal2..

las2 tetibe aje jadi sedih...

bleh agak care azam cakap...hepy sangat konon tgk azar ngan zatie...

dok dok die yang pergi dulu

tintabiru said...

wow...best la cte ni..tetibe menitik air mata
bce time ending..pergh...mmg terbaik la...
good job..

Anonymous said...

cedey la cik cucur :(....
tp bezz sgt...sob3..(!.!)

aisya..

marshmarshroom said...

gila aku nangis tak hingat dunia !
TERHARU , sedihnyeeee :'(

Anonymous said...

dah agk dh end die cam nie...
BUT apep0n, CUCURATAP, ure da best!!
chaiyokk!!~

Anonymous said...

sumpah sedih :(((

Mar said...

sikit lg aku nak leleh.. :(

trbaik!!

liyana aziz said...

terbaik terbaik terbaik

syahirah said...

sedihnye cite ni..:(
terbaik la !!

Unknown said...

sdey.....

Anonymous said...

seriously sedih gile..mata berair..huhu.=(

Anonymous said...

azam hppy bila terbayang azhar kawin gan zatie tu sebab muka azhar sama gan muka dia. sebab tu dia ckp dia seronok. erk betul x?? :)

Anonymous said...

Tngkap leleh.. btw, nice ;-)

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio