♡assalamualaikum

currently updating First.

Saturday, June 27, 2009

istana 4

“Wawa!”

Wawa terus menjauhkan handphone sekaki dari telinganya. Apa la jerit-jerit! “woi!”

“Wawa, Wawa, Wawa….”

“apa dia cik Ana…”

“kau kena tolong aku Wa…”

“kalau kau nak ipod touch, mintak ampun. Aku memang tak boleh tolong.”

“haaa~” Ana suara merengek. Mukanya diraup kasar. “ipod touch aku dah dapat dah…”

“ha!!!!!!”

Giliran Ana pula menjauhkan handphonenya. “Wawa.. habis aku Wa…”

“kau cakap dengan aku! apa mamat pencurik handbag tu buat dekat kau!”

“Wawa.. dia bukan pencurik Wa… dia kerabat raja weh..”

“apakah?”

“betul Wa….!!! Haaa~” Ana rebah diatas katil. Lengannya diangkat atas dahi. “macam mana ni Wa.. dia dah jadi boyfriend aku.. dia nak kahwin dengan aku…”

“kerabat di-raja nak kahwin dengan kau?????????”

“ye Wawa…”

“habis tu? kau nak ke?”

“aku taktau.. dia tiba-tiba je cakap dia boyfriend aku..” suara Ana dah lemah dah. Macam serak-serak nak nangis je.

“lah… boleh pulak macam tu!”

“Wa.. kau kena tolong aku Wa.. tolong tenangkan aku…”

“alahai.. aku taktau nak buat apa pun la..”

“datang sini?” Ana buat suara kesian.

“ayah kau?” bab ayah Ana memang Wawa tak boleh nak berkompromi. Cuak sampai kering darah walau dah kawan dengan Ana punyalah lama.

“ayah aku takde. Dia kerja luar 3 hari.”

“fuh.. mantap punya detektif!”

“Wawa! Aku cakap pasal aku lah.. bukan ayah aku..”

“ok..ok.. erm, esok petang ok? aku datang rumah kau.”

“ok..”

“dah la. janganlah serabut-serabut. Pergilah sembahyang ke.. hape ke..”

“yelah.. tu aku tau..”

Tit..tit..

Ana memandang handphonenya. “Wawa! Nanti aku call lagi eh?call waiting.. Ikram.”

Wawa buat muka.”kirim salam dekat anak raja tu.”

“ok..ok.. assalamualaikum. Bye!” Ana terus menjawab call Ikram. “assalamualaikum.”

“waalaikumsalam.” Tenang suara Ikram.

Ana senyap. Taktau nak borak apa. Kalau dengan Wawa sampai tak cukup-cukup bateri dengan kredit nak bercakap!

“Ana buat apa tadi?”

“err.. tak ada apa. Borak-borak dengan Wawa je..”

“ow. Patut call waiting.”

“err.. awak marah ke?”

Ikram senyum, walau sah-sah Ana tu tak akan nampak. “nak marah buat apa.. “

“mana tau.. awak tak suka saya lambat angkat telefon..”

Ikram tarik sengih lagi. “so.. esok buat apa?”

“erm, duduk rumah. Teman Jeff bergaduh. Tunggu Wawa datang.”

“Jeff?”

“err..adik saya.”

Ikram senyum sendiri. “kenapa suara takut-takut?”

“tak ada apa tuanku.. eh! Yang Mulia.. eh! Eh! Raja Ikram.. arr..erm..” Ana terasa nak hantukkan dahi sendiri ke dinding. Hantuk ke lantai pun boleh jugak. Aku merapu apa ni????

“Ikram, love. Ikram.”

“haaa.. tu la.. itu la yang sa..saya.. na..nak panggil tadi.. silap..”

Ikram memetik lampu disebelah katilnya. “so? Tak ada apa nak tanya saya ke?”

“tanya apa?”

“yela.. saya je yang tanya macam-macam dekat awak..”

“erm..” Ana menarik-narik rambut depannya. Apa nak tanya ni? soalan apa yang agak-agak sopan sikit nak tanya eh? “awak sihat?”

Pfffh!!! Ikram tergelak. “hey love, bukan kita baru jumpa pagi tadi ke? saya sihat la.. of course.”

Ye tak ye gak eh.. Ana memejam mata. Ana, kau memang ada masalah komunikasi la~ “err.. mana la tau, pagi lain, malam lain..”

“haha. Dah takde soalan sangat ke?”

‘Ada.. tapi malu nak tanya.’ Ana sekadar menjawab dalam hati. Dia menggigit bibir bawah.

“love? Are you there?”

“haaa.. ada ni, ada..”

“fikir apa?”

“tengah.. fikir… soalan saya ni agak-agak patut ke tak nak tanya kat awak..”

“try tanya cepat.” Ikram senyum.

“erm..” Ana berhenti beberapa saat sebelum menyambung kembali, “esok… awak buat apa?” Ana menekup mukanya dengan bantal. Segan~

“hahaha.” Ikram tergelak. “apa yang tak patutnya soalan tu?”

Muka Ana dah merah. “yela.. macam..macam..ambik tau hal awak je..”

“bukan memang patut macam tu ke?”

“yeke?”

Haha. Ikram gelak lagi. Kita tanya dia, dia tanya kita balik. Apalah Ana ni.

“esok..ahad. So.. maybe golf. Maybe rock climbing. Maybe race. Tengoklah macam mana esok pagi.”

“awak ber-racing kereta ke?” Ana tanya dekat muka tak percaya.

“kereta… kurang sikit la. biasa saya racing motor.”

“rempit?”

“haish! Dekat trek la..”

“aaaaaaa~” Ana mengangguk-angguk. Dia terbayang orang bawak motor laju-laju, main konar baring. Ada terlanggar divider, ada crash dengan motor sebelah, ada yang laju sangat sampai motor boleh melompat dekat penonton.

“kenapa? Nak join?”

Ha? “eh! Takpe..takpe.. terima kasih.. saya tak suka.”

“kenapa tak suka?”

“sebab bahaya. Boleh mati.”

“dekat mana-mana pun boleh mati.”

“tapi kita kena la jaga nyawa baik-baik.. tak boleh bahayakan diri..”

Ikram kerut kening. “Ana, awak risaukan saya ke ni?”

Ana tepuk dahi. Recall balik ayat dia tadi. Aku ada tersilap susun ayat ke? guna salah kosa kata ke? “saya ada cakap ke tadi?”

Hahaha. Ikram senyum. blur punya budak. “takde apelah. Lupakan je.”

“owh.. ok..”

“esok saya call. Kalau saya hidup lagi la lepas tinggalkan trek tu..”

Ana dengar dengan rasa tak sedap hati. Rasa berdebar je bila Ikram cakap macam tu. “saya tunggu.”

“take care, love.”

“insyaAllah.”

“suara tak yakin. Awak risau kat saya kan? Gotcha!”

Ana memejam mata. Aiyak~ “manede!”

“haha. Takpelah kalau tak risau dekat saya pun. Saya yang yeye nak kat awak.. bukan awak yang yeye nak kat saya.”

“awak..” Ana serba-salah.

“takpelah. Benda kecik je. assalamualaikum.”

“waalaikumsalam.”

“sleep tight, love.”

Ana merenung handphone di tangan. Apa yang aku baru lepas buat tadi? Bercinta dalam telefon? Maaaaaa~ dia menutup mata rapat-rapat. ‘sleep tight, love.’ Awwww.. shush!!

*****

“mana Jeff?” Wawa bertanya bila masuk ke ruang tamu rumah Ana.

“dia dengan mak aku pergi berjalan.. mak aku nak shopping tudung ke hape ntah..biasalah, ayah aku tak ada kat rumah.”

“owww.. boyfriend mana?”

Pap!!! Satu gulung suratkhabar hinggap di belakang Wawa. “kau.. jangan.. sekali-kali.. cakap macamtu depan family aku…”

Hahaha. “yela-yela. Aku tau. Huh.”

Ana menjeling tajam. “dia pergi racing motor.” Dia jawab jugak la soalan tadi dengan gaya nak tak nak.

“fushooooooooooo. Memang style anak raja la aku cakap kau.”

“ah! aku taktau la! dia tak pernah cakap ayah dia raja ke hape.”

“haha. Ala, cool la.so, apa kita nak buat harini?”

Ana menjungkitkan bahu.

Wawa sengih nakal. “tada!!!” dia menunjukkan beg galasnya.

“ada apa dalam tu?”

Sengih Wawa makin lebar. “aku ada bawak dvd. Untuk membantu meringankan beban kau.”

“meh sini tengok.”

Wawa pass 3 keping dvd ke tangan Ana.

Ana tengok dengan mulut ternganga. “Princess Diaries???? Kau betul nak tolong aku dengan cerita disney ni??? ah!! tak membantu langsung Wawa!”

Dia tengok pula dvd kedua. Keningnya terjungkit. “ kau memang kelakar. Chasing Liberty??? Eh, Wa! Memang rumah aku cat putih, tapi aku tak tinggal dekat White House!!!!!”

“alah… kau kena belajar. Cara-cara menjaga privacy golongan kenamaan.”

“golongan kenamaan hangguk kau la. setakat nak dengar dialog Ben, “we have nothing, but we have everything” tu, baik tak payah!”

“tapi ramai je cair bila Ben cakap dekat Anna, “I’m so unbloodyhinged just being near you.”..”

“tak cair pun..” Ana buat muka malas.

Ana letak dvd itu ke tepi. Dia dah pernah tengok filem Mandy Moore tu, tapi tak teringin nak ulang tayang lagi sekali, lagi-lagi dalam keadaan macam ni. Dia belek pula dvd ketiga.

“Wawa!!!!!!!!!!!! Kau memang nak bunuh aku la!!!!!!!!!!!” kuat Ana menjerit.

Mencicit Wawa berlari masuk ke bilik Ana. Hahahaha. Dah agak! Memang dia mengamuk!

Ana memegang dvd itu di tangan kanan. Dia berdiri di muka pintu bilik. “benda nih??”

“ala Ana… orait la tu. aku carik semua title yang agak sangkut-paut dengan kau tau..”

“ini sangkut-paut bawak maut!”

Hahaha. “alah Ana.. before ni kalau kau tengok rilek je. apa salah tengok lagi sekali. Cerita ni kira sweet apa.”

Ana menunjukkan title dvd itu didepan Wawa. “The. Prince. And. Me.” Satu-satu dia membaca.

“putera raja dan aku.” Wawa men-translate. “ok je. takde bawak mati pun.”

“Wawa..” suara Ana separuh merayu.

“ah… takde, takde. Mana lappy kau? Meh aku pasangkan. Jom kita tengok sama-sama.”

Ana mendongak ke siling. Wawa..kau memang buat otak aku celaru..

Mereka berdua meniarap diatas katil sambil menonton The Prince And Me. Cerita yang dah agak lama, dari zaman sekolah. Memang salute spring dekat Wawa sebab boleh jumpa balik dvd ni dalam timbunan dvd dia.

“the chances for relationship between yourself and miss Paige is not promising. You two are completely different couple.”

Ana berbisik pada Wawa, “aku tak suka bila Zoren cakap macam tu. macam tak fair kan?”

“aah. Macam cinta antara dua darjat.” Wawa menjawab.

Beberapa minit berlalu. Eddy dan Paige dalam bilik laundry. Paige kena ajar Eddy macam mana nak guna washer machine. Kelakar betul. Ni la anak raja, tu pun tak reti. Then, Eddy kena ajar Paige subjek English Literature.

“aku suka part ni.” Wawa tersengih-sengih disebelah Ana.

Eddy tengah membaca bait sajak, dan menerangkannya.

Giliran Paige pulak cuba nak memahamkan. Perlahan dia membaca, “The sun itself is not having clear…. I guess.. it means that love blinds you and in love you cant’t think reasonably.”

“awwww~” Ana bersuara perlahan.

Dah ¾ filem itu berjalan. Ana dan Wawa punyalah consentrate, macam tak pernah tengok sebelum ni.

“Wa.. dah sampai dah part touching Wa..” Ana menarik lengan baju Wawa disebelah.

“what about us?”
“you belong here, not me.”


Mata Eddy dah berair. Paige dah bergenang airmata. Nak buat macam mana, Paige nak berpisah jugak.

“Ana, kau kalau nak break dengan Ikram nanti, kau gunalah alasan ni.”

“kau agak aku akan mintak break dengan Ikram ke?”

“err.. entah. Aku cakap je.”

Tiba-tiba satu suara menganggu. Ana pandang handphonenya yang berkedip atas meja.

“assalamualaikum.”

Aaa. Ikram. Dia hidup. Alhamdulilah. “waalaikumsalam.”

“saya hidup.”

Ana senyum. mestila. Kalau tak takkanlah dia boleh call.

Wawa yang dok memerhati pun tersengih bila tengok kawannya tersengih.

“Wa, pause kejap.” Ana berkata perlahan.

“tengok movie ke?” Ikram yang didalam talian terdengar.

“aah.”

“cerita apa?”

Mak ai. Kira macam gantung diri la kalau aku bagitau dia. “errrm..”

Wawa diatas katil dah tergelak-gelak.

“er.. cerita… cerita…”

“cerita?” Ikram menyoal.

“ar! Wawa ada dekat sini ni. dia kirim salam.”

“ow. Waalaikumsalam.” Tukar topic. Ikram berkata dalam hati.

“awak.. balik rumah terus ke?”

“ar. Nak balik lah ni. oklah. Assalamualaikum.”

“waalaikumsalam.”

“bye, love.”

Tit!

“apsal tak cakap je tengah tengok The Prince And Me?”

“segan la ngeng!”


Friday, June 26, 2009

istana 3

Ana masuk ke Delifrance dengan langkah perlahan. Dari jauh dia dah nampak Ikram duduk dimeja tepi. Ikram angkat tangan padanya. Ana menghembus nafas. Let’s go!

Ana tarik kerusi dan duduk. Ikram pandang sahaja. Ana senyum, dia senyum balik. Ana angkat kening, Ikram angkat kening. Ana kerut dahi, Ikram kerut dahi.

“awak nak apa?” Ana terus bertanya.

Ikram senyum. “saya nak meminang awak.”

Ana kerut dahi. Betullah mamat ni. “ok..ok.. macam ni la. yang saya kata pasal ipod touch tu main-main aje. Biasalah, buat gila-gila dengan member…”

“awak tak ada boyfriend kan?”

Ana geleng.

Ikram tarik senyum lagi. “boleh saya jadi boyfriend awak?”

Ana ternganga beberapa saat. “nak buat apa?”

“laaa..saya nak kahwin dengan awak la.”

“eh… kejap..kejap.” Ana pandang muka Ikram dihadapannya. “awak minat dekat saya eh?”

“mungkin lah kot.. kita tengokla macam mana nanti.”

“ha???”

“Ana, kalau saya cakap, awak jangan ingat saya ni nak main-main pulak.”

“ok…”

Ikram membetulkan suara. “saya nak kena kahwin.”

“jadi?”

“saya tak ada girlfriend.”

“maka?”

“saya kena la carik girlfriend.”

“so?”

“saya rasa awak.. boleh jadi girlfriend saya.”

“sebab?”

“entah.”

Ana kerut kening.

“macam ni.. macam ni.” Ikram cuba nak terangkan. Kalau Ana tak nak karang lagi payah. “saya.. erm. saya memang tak ada calon. Masa dah suntuk.”

“awak kena kahwin bila?”

“lagi 6 bulan..”

“gila!” besar mata Ana.

Ikram angguk.

”awak tak ada kawan perempuan lain?”

“tak ramai.”

“kawan office?”

“ade la 2-3…”

“takkan tak ada perempuan yang minat dekat awak?” Ana menaikkan kening.

Humph. “tapi saya nak awak.”

“tapi kenapa saya!”

“saya tak ada jawapan untuk tu!”

Ana makin tak faham. Aku yang tak ada apa-apa ni jugak yang dia nak!

“saya janji.. saya cuba jaga awak, sayang awak.”

“awak jangan cakap pelik-pelik boleh tak?”

“pelik apa pulak! Saya nak jaga awak.. pelik ke tu?”

“awak, awak, awak… awak dengar sini eh. Saya belajar lagi. Saya ada lagi 2 tahun nak habis. Saya anak polis. Ayah saya detektif. Ayah saya ada pistol, siap peluru sekali. Saya duduk kuaters. Awak boleh bayang tak apa jadi dekat saya kalau saya kahwin dalam masa 6 bulan ni?”

Ikram geleng selamba. “tak.”

Ana tarik nafas panjang. Matanya dipejam sekejap. “kalau saya kahwin, macam mana dengan study saya? Macam mana saya nak cakap dengan ayah saya yang garang tu? ha? Takkan nak cakap macam ni, “ayah, Ana nak kahwin.” Mau dia tembak saya dari balkoni rumah tingkat 4 tu sampai jatuh bawah tau! Macam mana pulak mak saya nak menjawab bila satu kuarters tau nanti? Anak dia dah gatal sangat nak kahwin awal? Aduhai~” Ana menekup muka dengan tapak tangan.

“Ana… listen to me ok.”

Ana membuka tangannya dan menghadap muka orang depan.

“tak ada apa yang akan jadi. Semua-semua yang awak cakap tadi tu TAK AKAN jadi. Nothing to be worried.”

“saya tak kenal awak, awak tak kenal saya!”

“ni nak kenal la ni.” Ikram senyum.

Argggghhhhhhh!! Payah sungguh la lelaki ni!

“Ana,awak dengar sini eh. Belambak orang kat luar tu still berjaya dalam study walaupun dah kahwin. Ayah awak takkan nak bunuh anak sendiri kalau niat anak dia tu baik. Orang kuarters semua tu akan bising, yang bising tu diorang yang dengki aje. Orang yang kata awak gatal ke hape ke, tu semua narrow minded.”

Ana senyap. Taktau nak balas apa bila dia dah cakap macamtu.

“so? Ok la ni eh? Jangan risau, saya orang baik-baik.”

“orang baik, takkan cakap diri dia sendiri baik la wak.”

Ikram tarik sengih. “ok,ok. saya jahat.”

Ana senyum. papejelah.

“awak simpan lagi tak kad saya?”

Ana menyeluk handbagnya. Rasa tak keluarkan dari haritu. “ha, ada ni.” Ana membaca kad ditangannya. “YM Raja Ikram?” Ana kerut kening. “YM tu apa?”

Ikram sengih . “nama saya la.”

“oww.. nama keluarga eh? Macam AR Badul tu? macam tu?”

Ikram dah rasa nak tergelak. Setau dia, kalau rakyat Malaysia mesti la tau. “lebih kurang laa..”

Ana pelik tengok Ikram sengih. “tipu saya eh wak?”

Ikram tergelak jugak.

“bagitau la!” Ana mendesak.

“Yang Mulia lah.”

Gulp! Owww…. My~

Ikram tengok aje reaksi Ana. Ni lah dia. Ni yang susah ni. dia memang tak pandai nak handle bila keadaan macam ni berlaku. “Ana, awak rileks je la..”

Ana macam kena sumpah melekat tak bergerak-gerak. Mata pun tak berkedip.

Humph. Ikram melarikan jari ke rambutnya. Macam mana nak cakap ni eh? “awak ignore je nama saya tu. setel. Senang.” Dia senyum.

Ana masih tak beri respond.

Ikram menyucuk tangan Ana dengan garpu dihadapan.

“auch!! Hey!” Ana menggosok-gosok tangannya.

“bergerak pun. Ingat dah nak beku tadi.” Selamba Ikram mengusik.

“dekat istana main cucuk-cucuk orang ke hape?” Ana berkata geram.

Istana? “hahahahaha.” Galak Ikram gelak. “nonsense.”

“apa gelak pulak?”

“asal nama ‘raja’ je ingat duduk kat istana ke? teori mana ntah awak pakai..”

“saya taulah! Kalau takat nama raja, kawan sekolah rendah saya pun ada nama raja! Tapi dia tak ada ‘YM’ dekat depan nama dia.”

Ikram geleng. “saya tak suka orang ungkit pasal nama saya. Let it be.”

“saya kena panggil awak apa?tak ada.. tuanku-tuanku kan?”

Ikram tergelak lagi. “kalau awak nak angkat daulat dekat saya orait jugak!”

“Raja Ikram?”

“awak cakap lagi sekali macam tu, saya cucuk lagi tangan awak.”

“saya… saya… serba salah la…”

“kenapa?”

“haish. Duduk dengan anak raja.. haih!”

“Ana, saya bukan anak raja, bukan anak sultan. Rileks sudah.”

“habis tu?”

Ikram tersenyap sekejap. “lupakan jela.”

“awak jangan main-main dengan saya…”

“mana ada main-main..”

“karang tiba-tiba saya kena masuk istana.. mengadap sultan karang..”

“nak? Esok saya bawak.”

“Raja Ikram!!!!!!!!!!!!!”

“shhhhhh!!!” Ikram pandang kiri kanan.

“kenapa taknak kahwin dengan kerabat di-raja?”

“ni yang saya tak suka bila orang tau nama saya nih. Mulala macam-macam pelik punya soalan nak tanya. Abaikan je boleh tak? And tak payah layan saya macam anak raja ke hape. Buat biasa-biasa je ok?”

Ana angguk. Anak raja cakap kena patuh, kalau tak nanti kena tulah.

“jangan la takut pulak.. saya ingatkan je.”

Ana angguk lagi.

“so, bagi saya nombor hendphone awak.”

“buat apa?”

“kata boyfriend~”

Rasa menyirap darah sampai ke kepala Ana. Aku dah ada boyfriend?

“hurm. Jadi, lepas-lepas ni, saya akan call awak selalu. Awak boleh call saya, bila-bila masa je. please, treat me like your boyfriend. Ow ya, nanti saya bagi nombor saya lagi satu, nombor private saya. Nombor dekat kad tu saya bukak office hour aje. Erm, nombor office pun saya akan bagi jugak. Jangan risau, walau macam mana pun saya akan jawab jugak call awak. Nanti saya ingatkan secretary saya pasal ni. apa lagi ya? Oh! office saya open untuk awak sentiasa, tu pun kalau awak nak datanglah. my ride, is yours too. Jangan segan-segan nak mintak tolong saya apa-apa. Tapi, kadang-kadang schedule saya penuh sangat.. saya minta maaf. But, you are my priority now.”

Ana seakan tak dapat bernafas mendengar apa yang Ikram cakap sebentar lagi. Rasa macam semua ayat yang dia cakap tu berputar-putar kat dalam kepala..

“apa lagi ya? Erm..” Ikram berfikir. Apa lagi agaknya yang tertinggal.. “ah! your ipod touch. Ada dalam kereta. tak payah tunggu hantaran la. hantaran nanti-nanti awak fikir lain apa nak mintak.”

Ana ternganga. “what the…”

Ikram mengangkat tangan memanggil pelayan. “menu please?”

Ikram memandang Ana kembali. “makan?”

Ana geleng. Masih tak dapat nak proses ayat-ayat Ikram tadi.

“makanlah sikit.. dah tengahari. ke nak makan lain? Boring Delifrance?”

Ana geleng lagi sekali. Kali ni dia geleng laju-laju.

Ikram menutup menu. “kenapa ni?”

“t..ta..tak.. tak ada apa-apa.”

“nak makan nasi? Taknak sandwich?”

“err..nak..nak…”

“tuna croissant?”

Ana kerut kening. “mana awak tau?”

“saya tengok awak makan dengan Wawa haritu.”

“ok.” Ana angguk. Apapejelah.

“hey love, what’s wrong?” Ikram muka risau.

Ana menggenggam sisi kerusi kuat. Cool Ana, jangan pengsan dekat sini. ‘Love’ hangguk dia!








*aku tau, mesti ade orang kata, "cliche' gila cerita cucuratap ni!" papejelah, kte nak seronok2 aje kan? =)

Sunday, June 21, 2009

istana 2

“saya Ikram.”

“Ikram Dinzly kah???” Ana menganga luas.

“Ana!!” Wawa menjerit. Ikram Dinzly atok dia!

“apa dianya?” Ana memandang Wawa.

“bukan, bukan. Bukan Ikram Dinzly. Jauh sangat tu.” Ikram senyum.

“oooooooo.aaaaaaaaaa.” Ana mengangguk.

“saya duduk dekat meja belakang awak dari tadi.”

“owwwwww.” Wawa pula mengangguk. “jadi?”

“saya terdengar apa awak cakap.”

“owwww. Takpe,takpe. Awak tak payah mintak maaf. Bukan benda yang gempak macam apa pun. Ni kan tempat awam.. takpe..takpe..” Ana senyum manis.

Ikram dah ketap bibir. “bukan. Bukan saya nak mintak maaf.”

Ana dan Wawa saling pandang. “jadi?” serentak mereka bersuara.

“siapa yang nama Ana?”

Ana angkat tinggi-tinggi macam dalam kelas. “saya!”

“awak nak bertunang dengan saya tak?”

Wawa ternganga.

“awak ada duit ke nak bagi saya ipod touch?” selamba Ana bertanya.

“kalau awak setuju, sekarang jugak kita pergi beli.”

“Wa!!!!!!! Kau dengan tu Wa!!! Ada orang nak kasi aku ipod touch free!!”

“ey Ana! Kau gila ke hape?” Wawa menjeling Ikram. “mamat ni, entah datang dari mana-mana ntah, lepastu ajak anak orang bertunang. Yang kau! Degree pun merangkak nak dapat! Nak bertunang pekehal?”

Ana kembali melihat lelaki yang berdiri disebelahnya. Elok berkemeja hitam. Mesti dah kerja nih. “sorry la wak eh… kawan saya marah.. jadi, kita tak boleh bertunang..”

Wawa menjegilkan mata. “woi!!! Kau buat main pulak!!”

“betul la apa aku cakap!” Ana melawan.

“En. Ikram, maaf ya. Kitorang tak bodoh nak percaya bulat-bulat apa encik cakap!” Wawa berkata tegas.

“tapi.. saya cakap betul.” Ikram menyentuh dahinya. “percayalah… saya tak tipu.”

“Ana, bangun. Jom blah.” Wawa dah seret kerusi kebelakang.

“Wawa!” Ana berteriak.

“Cik Wawa, sekejap..sekejap aje. Tunggu sekejap.”

“awak jangan nak main-main lah! Ana ni budak lagi! Awak pergi carik orang lain kalau ye pun nak berbini.”

“Wa! Aku tak suka kau cakap aku budak!”

“tapi saya serius!” Ikram bertegas.

Wawa menarik tangan Ana. Berjalan keluar dari restoran itu.

“Wa, tak baik kau buat macam tu.” Ana berkata sambil menoleh kebelakang.

“ey Ana! Kau ni kenapa ha? Entah dia tu sindiket pelacur ke, sindiket jual anggota badan ke, kau ni main nak telan je apa orang cakap! Tau la kau jujur, percaya dekat orang… tapi agak-agak logic la sikit Ana!”

“tapi Wawa, tak baik berkasar dengan orang… mak aku marah tau..”

“ah! mak kau marah, mak aku tak marah pun!”

“Wawa!! Ish!!”

Wawa melepaskan pergelangan tangan Ana bila dah sampai ke tempat parkir kereta. dia bergerak ketempat pemandu. Dia meraba bawah ketiaknya. Aik? “Ana, mana handbag aku?”

“dekat.. dekat…dekat… dekat… taktau!” Ana menjungkit bahu.

“eeh! Delifrance!!! Ana, kau tunggu sini. Ada sapa-sapa ajak kau borak, jangan layan. Ada sapa-sapa ajak kau pergi mana-mana, jangan ikut. Faham?”

“kau tak payah jaga aku la Wawa..”

“ugh!” Wawa merengus. Harap-harap begnya tak lesap!

“Cik Wawa carik ni ke?” seorang lelaki dibelakang Ana berkata.

Ikram!! Mau kering darah Ana. Tiba-tiba aje ada dekat belakang dia.

“pencurik!!!” Wawa menjerit kuat.

Beberapa orang yang sedang lalu-lalang berhenti berjalan. Mana? Mana pencuriknya???

Ana rasa segan ya amat. Apa si Wawa nih…

Ikram mengangkat beg tangan hitam itu tinggi diudara. “selamat, selamat! Tak ada apa!” dia sekadar memaklumkan pada beberapa orang yang terpacak memandang Wawa dari tadi.

Wawa dah muka berang. Ana tak payah cakapla… malu gila kot.

“bagi balik!” Wawa mengarah.

“saya nak bercakap dengan Ana sekejap.”

“cakaplah cepat.” Wawa muka masam.

“saya nak cakap dengan Ana SA-HA-JA.”

Wawa jeling pada Ana. “Ana, aku ada kat situ. Kat situ je. kau jerit sikit aku dah dengar. ok? jangan cakap bukan-bukan.”

“taula..” Ana tunduk. Buat gaya kakak pula si Wawa ni.

Ikram memandang muka Ana. Betul-betul diparas dagunya. “Ana..”

“ye saya?”

“saya tak main-main dengan awak. Ni, kad saya. Kalau awak tak berani telefon, email pun takpe.”

“oww.. ym ada?”

“ada, ada. Boleh jugak.”

“facebook ada?”

Ikram dah naik kening. Facebook? Pekehal pulak tanya pasal facebook?

“err.. takpe, takpe. Terima kasih. Nanti kalau saya rasa nak telefon, saya telefon.” Ana rasa dah terlebih tanya.

“macam ni lah. Boleh bagi saya nombor awak?”

“tapi saya takde business card.”

Ikram tergelak sedikit. “takpe..takpe. tulis aje.”

Ana membongkar beg tangan Wawa. Sehelai resit diambil. “err.. pen?” Ana menunjuk poket kemeja Ikram.

“aaaa. Yah. Sure.” Ikram mengeluarkan pennya dan dihulur pada Ana.

Selesai menulis, Ana pass pada Ikram.

“nombor telefon rumah?”

“kan lebih jelas?” Ana terpengaruh dengan iklan Telekom Malaysia.

Ikram kerut dahi. Err. Boleh la tu. “ok. thanks.”

“sama-sama.”

“saya.. balik dulu. nanti bila-bila kita jumpa lagi.” Ikram beri senyum.

“ok.”

“kirim salam dekat Wawa. Cakap dekat dia, minum air banyak-banyak.”

“pasal apa?” Ana blur.

“badan dia berbahang.”

“ok. nanti saya cakap.”

Hahahaha. Ikram gelak lagi. “oklah. Assalamualaikum.” Ikram masuk keperut kereta dengan kepala menggeleng-geleng.

“waalaikumsalam.”

Sepantas kilat Wawa bergerak mendekati Ana. “dia kata apa?”

“dia kata,minum air banyak-banyak. Sebab kau berbahang.”

“cissssssss!!!!!”

***

Malam itu, telefon rumah Ana berdering kuat. Adik lelakinya, Jeff yang angkat.

“Kak Ana!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” agak-agak pasu bunga cina mak pun boleh retak dengar Jeff jerit.

“apa dia???????????????” suara pecah-cermin-tingkap pula Ana menjawab.

“telefon ni!!!!!!”

“kejap!!!!!!!!!!!!”

“eh!! Tak boleh ke cakap tu pelan-pelan sikit? Rumah kita bukannya 30 ekar!” Ayah dah bercakap sambil berkerut dahi.

Jeff sengih. Ana yang baru keluar dari bilik pun sengih. cuak beb!

“kau la ni, jerit-jerit panggil akak!” Ana mencuramkan mata.

“apa orang pulak! Akak bukan dengar kalau orang panggil pelan-pelan!” Jeff men-defend diri.

“hey!!!!!!! Dah! Sudah!! Angkat la telefon tu!!!!” ayah dah mula berbahang.

Ana jeling mata pada Jeff. Huh! Gagang diangkat ke telinga. “assalamualaikum?”

“waalaikumsalam. Ana ke?”

“ha. Yelah. Ana lah ni.”

“saya Ikram.”

“Ikram Dinzly kah????”

“eh, bukan. Bukan. Saya Ikram, yang jumpa dengan awak siang tadi.”

“owwww. Aaaa. Nape awak telefon ni?”

Ayahnya menjeling sekilas. Dengan siapa pulak si Ana ni bercakap.

“boleh kita jumpa?”

“nak buat apa?” Ana bertanya blur.

“saya ada banyak benda nak cakap.”

“bila? Pukul berapa? Dekat mana?”

“erm, esok boleh?”

“rasa macam tak boleh. Sebab tadi saya dah keluar. Kalau esok saya keluar lagi, mesti ayah tak kasi.”

“bagi saya cakap dengan ayah awak.”

“tak boleh!!!!!!!! Ayah saya ada pistol awak tau?”

“bukan dia boleh tembak saya dalam telefon!”

“bukan awak yang kena tembak la, tapi saya!”

“ok..ok. lusa. Lusa ni hari sabtu, kan? Mesti boleh keluar punya.”

“pukul berapa? Dekat mana?”

“pukul 11. Dekat Delifrance tadi.”

“ok. nanti saya tanya ayah saya. Kalau dia kasi, saya pergi.”

“ok. Thanks Ana.”

Ikram mematikan panggilan. Ana… Ana. Ana pun, Ana lah. Janji dapat kahwin. Janji Nenda tak marah dengan aku. janji semua benda setel. Huh! Kerja gila!

Friday, June 19, 2009

istana 1

“aku nak bertunang.” Ana berkata. Punggung tak sempat cecah kerusi dia dah bukak mulut dulu.

Wawa tercengang. “ha???”

Ana tarik kerusi dihadapan Wawa. Delifrance nampak pack hari ni. “engage.”

Wawa ternganga. “gila.”

“aku cakap betul ni.”

“apahal?”

“aku nak ipod touch. Kalau barang hantaran, kita boleh mintak apa-apa kan?”

Hahahahaha. Wawa ketawa sekuat hati. “ngeng!”

“aaaaaaaaa~ aku nak sangat2! Damn la~”

“ngeng! Carik la duit!”

“tak mampu beb! Mana nak cekau seribu?”

“pergi jual dadah!”

“rompak bank jom?”

Wawa tergelak lagi sekali. Ana ni mau kena hentak dahi kat tiang sekali. “kau masuk lokap sorang-sorang.”

“masuk lokap je, kalau jual dadah kena gantung!”

“weh Ana! Gila la kau~ haha.”

“Wawa.. aku nak ipod touch..”

“baik beli iphone..”

“taknak! Aku nak ipod touch jugak..”

“ipod nano kan dah ada..”

“aku nak ipod touch! Ipod sentuh, tau?”

“siapa yang nak bagi kau?”

“tu la pasal…aku nak bertunang ar.. boleh dapat barang free!”

“kalau putus, kena pulang balik kan?”

“ehh… manede.. kira hangus ar. Pulang cincin jek..”

“haha. Jahat gila otak kau.”

“oh! ipod touch ku…” Ana buat nada dramatic.

“lagipun, siapa yang nak pinang kau?”

“tu la pasal…sape-sape jelah!”

“hahahaha. Gila!”

“Wawa…Wawa…Wawa…Wawa…”

“stop it la Ana.. haha”

“Wa, kita nak buat apa harini?”

“jalan-jalan?”

“pergi mana?”

“eh, nak pergi genting nak?”

“harini?”

“takla. Gila apa. Kita plan ramai-ramai la.”

“cuti aku dah nak habis la Wa.” Ana mengira dengan jari. Hum, lagi 2 minggu je lagi.

“ala.. sempat.”

“tempat lain takde?”

“mana? Fraser? Cameron?”

“Fraser banyak hantu.. aku nak hidup lama la Wa. Cameron nak buat hape.. beli kobis?”

“hahaha. Kobis, orait gak.”

“tau la tak sabar nak fly pun.. nak immunekan diri dengan tempat-tempat sejuk je kau..”

“hahahaha. Siot! Aku tak fikir pun benda tu la!”

“Wa, pergi Spain jom!”

Gila minah ni. Tadi nak ipod touch, sekarang nak pergi Spain! “Jom!”

“okeh. Esok aku tunggu dekat enjin pesawat. Kau jangan tak datang tau!”

“apa barang esok? Sekarang la jom!” Wawa menarik lengan Ana.

“hahahaha. Ngeng la kau!”

“dahtu? Tadi yeye ajak! Gaya ada duit..”

“duduk kat enjin pesawat, tak sempat aku kahwin nanti.”

“asik kahwin je kau ni..”

“tu la, entah-entah aku kahwin dulu dari kau. Lepastu, aku pergi Kent sana, nak berlagak tunjuk laki aku dekat kau!”

“hahahaha. Ceh!”

“aku dengar, dekat Kent ada safari tau, macam dekat Afrika. Seronok la kau nanti Wa! Banyak kawan. Haha.”

“haha. Kau berminat ke?”

“takpe, nanti aku carik duit banyak-banyak. Aku pergi sana tengok kau eh?”

“haha. Takpe, aku tunggu.”

“sedih la pulak, aku hilang kawan.”

“lah kau ni.. tak hilang deh. Internet kan ada.. ym boleh, skype boleh, facebook boleh..”

“tak sama Wa.. kalau aku tiba-tiba terasa nak bercerita dekat kau.. nak pulang tu time kat sini siang sana pagi buta.. ha! Macam mana?”

“laa.. kau macam takde orang lain.. Faris kan ada?” Wawa merujuk pada bestfriend Ana dari zaman sekolah.

“lain weh.. aku sekarang nak cerita dengan dia pun kena tapis-tapis..”

“apahal? Reha?” Wawa menjungkitkan kening.

Ana angguk. “yelah.. dia dah ada awek.. so, keadaan tu jadi cam lain la..”

Mereka dua tersenyap sekejap. Otak masing-masing berfikir kebenaran itu.

“herm, takpelah. Kan aku dah janji carik duit banyak-banyak. Aku still ada kau dekat Kent sana.”

Wawa tarik sengih. Ada-ada jelah.

“susah betul kalau takde duit ni..macam-macam benda tersangkut tak boleh nak dapat..”

“dah yang kau nak tu semua mahal-mahal..”

“tu ar. Eh, aku nak hantaran apa tadi? Ipod touch kan? Pastu aku nak.. kad topap dua ratus, cukup untuk 3 bulan. Pastu aku nak… tiket pergi Kent. Ha? Berapa dulang dah? Baru 3 kan?”

“aah. 3 dulang kau macam harga 11 dulang!!”

“haha. Apala nasib. Satgi dapat laki pokai.”

“takdelah pokai.. kau ni pun.. sederhana sudeh.”

“kenapa?”

“sebab kalau laki pokai, susah la hidup.. kalau laki kaya, nanti ramai perempuan nak weh. Susah gak!”

“haha. Ni apa? Pesanan ringkas langkah keselamatan ke?”

“bukanlah.. ni tips untuk masa depan.” Wawa sengih. “macam Khairil.”

Ana cebik. Ada aje nak selit nama boyfriend dia.

“aku nak ipod touch…” Ana merengek.

Wawa geleng kepala. Apala dapat kawan macam ni. “kalau ada orang sanggup nak pinang kau and bagi hantaran ipod touch, kau nak terima ke?”

“of course!!!!!!”

“walau tak kenal?”

“walau tak kenal.” Dengan penuh confident Ana menjawab.

“langsung-langsung tak kenal?”

“langsung-langsung tak kisah!”

“gila.”

Ana hanya jawab dengan sengih lebar.

“errr… assalamualaikum?”

Tiba-tiba muncul suara asing dimeja untuk dua orang itu.







*AkOo... kau mesti gelak kan? mesti kau kata otak aku tak center dah. aiyak~

Tuesday, June 16, 2009

mari-mari semua mengeluarkan pendapat

salam.

hellllllllllllllloooooooo evrybdy~

mari kita terus ke perbincangan. (eceh, cam dalam meeting room corporate lak)

ehem! ehem! *serius mode*

okeh. act, aku dah fikir something. aku rasa, aku nak try buat manuscript tu dan try hantar kemana-mana.

sebenarnya, aku tak dapat la lamaran ke pinangan ke hape ke daripada publisher. kiranya, aku kena berusaha sendiri la untuk approach mereka. so, what i've to do is, perahkan otak untuk mengeluarkan idea sebernas mungkin untuk menaip.

aku tak janji, sama ada aku berjaya menaip sepanjang itu atau tidak. i've said earlier, saya CUBA aje. this is my 1st time, so faham2 jelah, cuak lebih dari confident.

apa yang aku sangat takut ialah.. nanti orang kata aku tiru or copycat or apa2 jelah perkataan semaksud dengannya. yelah, before ni pun orang kata apa yang aku conteng dekat sini hampir sama dengan penulis lain.

hmm, tak apa. itu tolak belakang dulu.

back to the topic.

maka, aku memutuskan untuk post hanya beberapa bab daripada manuscript yang aku akan usahakan itu dekat sini. it's not other version, tapi orang kata macam arr.. petikan la. (petikan? papejelah. aku tak jmp word yang sesuai nak menggambarkannya)

so, itu KALAU la jadi.

kalau aku tak berjaya nak buat manuscript yang panjang itu, aku akan teruskan sahaja dekat sini. =)

DAN

kalau mana-mana publisher me-reject manuscript itu, aku juga akan teruskan sahaja disini. =)


setel.



*huh, cakap senangla~*

hehe. maka kesimpulannya ialah, usaha tangga kejayaan. hahaha. naaa~

peluang itu adalah pintu
cuba itu ialah kunci
idea itu adalah usaha
berjaya itu adalah ganjaran

aku akan still menconteng apa-apa benda gila yang berlegar dalam otak aku, no worries lor~

InsyaAllah.=)

thank you all. (>_<)V



Sunday, June 14, 2009

Azhar, Azam.

“Azam! Azhar! Malam ni tolong mama ye?”

“tolong apa ma?” Azam yang elok terbongkang depan tv menyahut.

“mama nak pergi rumah sewa kita tu. mama ingat, nak pasang rail langsir. Lepastu nak buatkan langsir kat diorang. Kesian student yang menyewa situ. Mama kasi langsir pakai dawai aje haritu.”

“mama bawak Farah je tak boleh ke?” Azhar yang melepak dimeja makan pula bersuara.

“Farah tu tau bawak kereta ke?” Makcik Limah dah hangin. Anak bujang kembarnya ni memang liat kalau masuk bab menolong. Dua-dua sama aje! Boleh pulak suruh adik diorang yang baru form 4 temankan.

“ajak Azhar jela. Azam duduk rumah. Jadi guard.” Azam sengih lebar. Sedaya-upaya nak ngelat.

“anak ooooiii!! Jangan la malas sangat! mama nak mengukur lagi! Takkan nak mama dengan Farah nak panjat-panjat kerusi! Hah! Lagi satu! Mama nak belikan cabinet dapur. Nak mama dengan Farah angkat ke tingkat 3 tu?”

Azam dah cebik bibir. Dia pandang Azhar sekilas, abang kembarnya juga dah buat muka. Baru ingat malam ni nak lepak NZ, mapley femes dekat Wanga Maju.

“ni boleh ke tak boleh ni??” Makcik Limah bertanya lagi.

“macam la kitorang ni boleh jawab ‘tak boleh’…” Azam menjawab lagi.

“tu lah dia! mama mintak tolong sikiiiiit pun dah merungut-rungut. Eh, mama dulu, tak berani tau menjawab lebih dengan arwah nenek!”

Dah mula dah keluar hikayat hidup dia….. Azhar mengomel dalam hati.

“mama dulu, jangan kata satu ayat, satu patah ‘tak’ pun tak pernah terkeluar tau!”

Farah keluar dari bilik. Dilihat abang-abangnya dah buat muka boring. Dia cuma mengangkat kening tanda ‘apsal?’

Azam mengalih sikit punggungnya. Beri ruang untuk Farah menempel. “mama Farah tu la.. dia dah mula flashback zaman dia..” Azam mengomel perlahan.

“hah! Tu bisik-bisik tu! mengumpat mama la tu!”

Azam rasa nak tarik rambutnya keluar. Adooooi! Mama! Mama!

Farah tergelak kecil. Mama kalau nak flashback zaman dia, memang bernanah beb!

“hah! Farah! Farah pun join sekali mengumpat mama ye?”

Farah buat muka. Pulak! Berjangkit kat aku pulak bahang mama ni!

“Azhar, tengok! Tengok! Adik-adik Azhar tu belajar dengan Azhar la tu! mama cakap sikit, tak boleh.”

Azhar dah pening kepala. aiseh. Aku senyap salah, menjawab pun salah. ni la dia Makcik Limah.

“mama… takde apa la mama.. diorang main-main aje tu. ha,ni mama nak pergi sana pukul berapa?” Azhar mengalih topic.

“pukul 8 lah. Lepas maghrib, kita siap-siap pergi kedai perabot dulu. alah, nak beli cabinet murah-murah je. lepas tu kita pergi sana.”

“ok mama.”

“Farah!!!”

“ye mama?”

“Farah pun ikut mama!”

“alah… Farah banyak homework la mama…”

“ha! Ni lagi sorang! Namanya anak dara! Pemalasnya sama macam anak bujang! Mama dulu-dulu…”

Farah menjeling Azam disebelah. Dah mula dah flashback dia…

*********

“assalamualaikum!” lantang Makcik Limah memberi salam didepan pintu rumah flat itu.

Farah, Azam dan Azhar dibelakang buat muka seposen. Semua pergi secara paksa rela.

“waalaikumsalam..” seorang budak perempuan yang berkaftan labuh dan bertudung membuka pintu. Manis dia tersenyum.

“ha.. Izzatie!”

“ahh.. Makcik Limah!” ayat Izzatie terhenti disitu bila dia nampak beberapa orang yang meng-escort makcik Limah.

Azhar dan Azam terdiam. Mereka berpandangan sesama sendiri. Azam yang mula tarik sengih. Azhar yang tak tahan, terus tergelak bila tengok Azam sengih jahat.

“ha!! Apa yang kelakarnya???” makcik Limah tiba-tiba menyergah.

“takdepe ma….” Azhar menjawab.

Farah dah jeling-jeling pada abangnya. Mesti ada apa-apa si kembar ni…

Izzatie tercangak didepan pintu sampai terlupa sekejap nak ajak masuk. “eh makcik, jemputlah masuk.”

Makcik Limah dan Farah terus masuk kedalam. Azhar dan Azam pula sempat senyum pada Izzatie yang sedang menahan pintu.

Izzatie cuma tarik muka masam. Grrrrr~ kenapa muka-muka diorang ni jugak yang aku jumpa?


“yang lain mana Zatie?” makcik Limah bertanya pada 4 orang housemates nya yang lain.

“tengah beli makan malam,makcik.”

“Zatie tak makan sekali?”

“tunggu makcik datang..” senyum.

“laa…”

“takpe, nanti diorang beli bungkus untuk Zatie.”

Azhar dengan Azam masih sengih tak berhenti-henti. Izzatie tak boleh nak buat muka meluat, depan mak diorang nih, kene control.

“haa.. ni la cabinet yang makcik cakap nak kasi tu. kecik aje.” Makcik Limah menepuk cabinet kayu paras pinggang yang dibawa masuk oleh Azhar dan Azam tadi.

“oh. kecik pun tak apa makcik. Asalkan boleh letak barang dekat dapur.” Zatie memaniskan muka.

*****

“dalam kiraan 10!!!!!!!!!!! 9!!!!!!!!!!!!!!!! 8!!!!!!!!!! 7!!!!!!!!!!!!!!!......” bergema suara lelaki itu sampai ke dalam blok asrama perempuan.

“weh!!!! Zatie cepat!!!!!! Abang kau dah mengamuk tu!!” Aina mengingatkan dengan nada cuak.

Izzatie yang masih terkial-kial mengikat tali kasut dah buat muka. Halahai!! Ni yang aku tak suka pasal kawad nih!

“……3!!!!!!!!!!!!!!! 2!!!!!!!!!!!!!!!..”

Tap! Tap! Tap! Bergegar lantai dengan bunyi kasut ladam mereka. Dah lambat! Dah lambat!

“satu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Azhar dan Azam dah bercekak pinggang di tepi barisan platun yang tidak lengkap itu.

Aina sempat masuk ke dalam barisan bertiga-tiga itu. malangnya….

“kau lagi!” Azhar mengerut kening sambil memandang tajam ke arah Izzatie yang termengah-mengah.

Azam yang berdiri disebelah Azhar hanya geleng-geleng kepala. Nak pergi peringkat negeri, tapi disiplin tak jaga langsung!

“kau, turun 10!”

Izzatie tersentap. Pumping… tak laratnya aku!

“cepatla..ingat semua orang nak tunggu kau ke!” Azam menambah.

Izzatie turun, melekapkan tapak tangan dan lutut ke atas tar. Dah la tercungap lari tadi tak habis lagi.. betul-betul kena dera! Si kembar bertanduk 2 orang ni,memang tegas dia berlebih-lebih kalau time latih kawad. Tau la champion kebangsaan pun.. tapi agak-agak la! dia mendongak sedikit, melihat rupa kembar bertanduk tuh.huh! memang sampai sekarang pun dia taktau mana Azhar, mana Azam, walaupun dah 4 tahun dia di sekolah ni. Bukan satu batch dengan aku pun, apa aku kisah kenal ke tak, kan?

Habis sepuluh pumping. Senak perut aku. kendur sikit tak boleh, nak perut stret aje. Huh! Izzatie menyapu serpihan pasir di tapak tangannya.

“dah? Betul ke 10?”

Angguk.

“dah.masuk line kau.”

Senyap-senyap Izzatie bergerak ke barisannya- tengah, depan. Maklumlah, orang comel kalau kawad memang kena berdiri dekat tengah.

“ok! kita warm up dulu! lari keliling dewan makan 5 round!”Azhar menjerit selamba.

Mulut semua ahli platun kadet polis wanita dah ternganga luas. Makin lama, makin kejam! Masa berlatih untuk peringkat daerah haritu takde la pulak macam ni!

Si komander dah tarik muka. Ni lah yang jadi kalau senior yang latih. Kalau dia yang latih sendiri platunnya, taklah kena dera lunyai macam ni sekali.

“ha! Cepatla! Komander lead!” Azam memberi arahan tegas.

Segera barisan itu membuka langkah. Berlari seirama. Hehe.

Azhar dan Azam yang berdiri di padang kawad dah tarik sengih. Seronok betul. Tapi leceh! Kalau latih kawad budak perempuan macam ni la, slow. Nak denda pun, kena tapis 2-3 kali. Cikgu tak kasi teruk-teruk. Perempuan dia kata. Ceh!

“Zar!” Azam yang tengah duduk melunjur diatas tar memanggil abangnya disebelah.

“apa?” mata Azhar masih meninjau budak-budak tu keliling dewan makan.

“kenapa kau keras sangat dengan budak tu?”

“budak mana?”Azhar bertanya blur.

“budak yang selalu lambat tu..”

“apa yang kerasnya? Dah lambat!”

“takdela.. suruh la lari ke.. ni kau suruh turun 10.”

“apsal? Kau kesian?”

“perempuan la weh~”

“nasiblah. Sape suruh lambat!” mata Azhar mula melilau.

Azam yang tengah duduk mendongak melihat muka Azhar. Dia tarik sengih sampai telinga. Setakat nak baca otak dan hati Azhar… kecik punya hal la.

“Zar!”

“apa dia lagi?”

“kau dah sangkut dengan dia kan?” Azam senyum lagi. “kan?”

Azhar pandang dengan mata tajam. Dia tak macam Azam, murah senyuman. Sekali tarik sengih, semua berjangkit. Dia jenis hambar sikit. Hambar? Tu apa dia rasa. Tapi orang lain kata dia cool, control macho. Entahla. Papejela. Dia tetap rasa dia hambar berbanding Azam.

Lama dia pandang ke anak mata Azam. Nak bukak mulut buang masa je. Membazir air liur la nak nafikan. Dah nama yang teka tu Azam, memang tak boleh nak deny.

Azam dapat tangkap bahasa mata tu. Azhar tengah geram dengannya. Sengih dia makin lebar.

“stop it la Zam!” Azhar bersuara dulu akhirnya. Sebab mengikut bahasa mata yang Azam beri tadi, dia tahu Azam tengah mengejeknya dalam hati.

“hahahahahaha.”

“gelaklah! Gelak!”

“hey.. aku happy dow. Serius. Happy untuk kau.”

“tiba-tiba aku rasa menyesal lahir sama dengan kau.”

“hahahahahahahaha.”

Ikut hati Azhar, nak je dia tenyeh-tenyeh muka Azam yang tengah bergelak-ketawa tu atas tar. Biar tau senyap sikit!

“Zar! Kira ok apa aku lahir sama dengan kau. Dapat la kau praktik bahasa mata. Tak payah susah-susah bukak mulut. Kalau aku tak lahir sama dengan kau, sapa nak paham mata kau tu cakap apa?”

“aku lagi rela tak ada orang faham!”

“hahahahahahahaha.” Makin besar gelak Azam. Azhar ni pun… cuba bawak sejuk sikit..

“neway…” tiba-tiba Azhar menyambung katanya.

Azam angkat kening. ‘apa?’

“apa yang kau cuba nak sorok?” Azhar bertanya dengan nada betul-betul ingin tahu. Dia macam dapat rasa Azam ada sorok sesuatu.

Sekali lagi hanya bahasa mata yang diorang pakai. Staring each other. Azhar mula mengecikkan matanya. Tak dapat nak tangkap.

“tak ada apa. Aku happy.”Azam tergelak kecil.

“tak pepasal nak happy… aku bukan nak kahwin..”

“entah. Aku happy.”

Azhar makin pelik. Dia cuba nak fahami apa yang disampaikan, tapi budak-budak kadet tu dah sampai didepan mata.

“ok! kita kawad asas dulu. lepasni baru tengok formation!” Azam bangun dari duduknya dan terus bagi arahan.

Azhar terus terlupa perkara tadi..

*******

“hai..” Azam mula tarik sengih nakal. Azhar disebelah hanya tergelak.

Izzatie tarik muka malas. Kenapa la lepas bertahun-tahun boleh jumpa balik kembar bertanduk nih..

“apa khabar?” lagi sekali Azam memaniskan mulut.

“baik. Tak sangka pulak, makcik Limah ada anak lelaki kembar…” bertanduk. Sambungnya didalam hati.

“kitorang pun tak sangka, cik penyewa ni sewa rumah makcik Limah..” Azhar menyambung.

Mula-mula tadi, terperanjat jugak. Macam pernah tengok je muka budak perempuan ni. Sebab tu dia dengan Azam saling pandang dekat depan pintu tadi. Lepastu baru ter-flashback balik. Oww.. ni budak kawad yang selalu lambat tu ke.. dah 5 tahun kot benda tu. Tu yang ingat-ingat lupa tu.

“so.. sekarang study dekat kolej belakang ni?” Azam merujuk pada kolej berdekatan rumah flat itu.

“aah.” Izzatie jawab dalam keliru. Sebenarnya dia masih tak tahu mana satu Azam dan Azhar. Dan dia berani bet, diorang pun taktau nama dia. yelah, dulu junior aje.

Tiba-tiba Farah datang ke arah mereka bertiga didapur. “dah letak siap dah cabinet?”

Kacau la.. “dah.” Azhar menjawab.

Farah masih tercegat disitu.

Azam pandang pelik. “mama buat apa?”

“ukur langsir.”

“dahtu? Pergi la sana.”

Farah geleng. “mama cakap, abang bukan boleh percaya. Dia suruh Farah duduk sini.”

Azhar dan Azam dan saling berpandangan. Apadaaaaaaa~

“Abang Zam nak mengurat ek?” selamba Farah bertanya depan-depan Izzatie.

“manede…”

“habis tu? Abang Zar ek?”

“huih.. main tuduh-tuduh…”

Izzatie cuma tersenyap. “Farah, jom pergi depan la jom.”

“aik? taknak kemas barang masuk dalam cabinet?” Azam bersuara.

“nanti-nanti pun boleh.” Dia terus menarik Farah keluar dari dapur.

Azhar dah buat muka. Takde rezeki la.

*****

“Zar, kau taknak tackle cik penyewa tu ke?”

“kau ni kenapa?”

“dulu, bukan kau sangkut dengan dia ke?”

“dulu punya cerita laaa..”

“Zar, kau ngurat la dia Zar..”

“ek eh… kau ni apahal pulak?” Azhar dah pandang pelik. Tiba-tiba nak aku mengurat anak orang..

“ala Zar, try la..”

“eh Zam, yang kau beriya sangat ni apahal?”

Azam tarik sengih. “entah. Aku happy.”

“eh… macam pelik je ayat kau ni…”

“betul… sumpah aku happy!”

“aku bukannya bercinta dengan dia!”

“cuba la aku cakap.. dia nampak macam budak baik tau.. mama mesti suka..”

“ngong, gaya kau cakap macam suruh aku pergi kahwin!” Azhar dah tergelak-gelak.

“Zar, aku kasi full support nih! Kau jangan arr..”

“kau ni kemaruk sangat nak kakak ipar ke hape?”

“kalau ye pun, aku nak dia jadi bini kau. Aku taknak orang lain.”

“eh.. suka-suka kau je! macam la kau tau jodoh orang..”

“aku serius ni Zar..”

Azhar pandang ke anak mata Azam. Memang jujur. Tak menipu punya riak. “tengoklah.”

“haha. Yess!!”

“aku cakap ‘te-ngok-lah’. Aku tak janji.”

“hahahaha. Kira orait la tu.”

“tapi kan, kalau kau suka sangat, apsal tak kau je yang pergi ngurat dia? apsal aku pulak?”

“sebab… dulu kan kau pernah sangkut dengan dia kan?”

“tu zaman sekolah kot! Berkurun dah. Kalau kau suka sangat, kau la pergi tackle dia! bukan takat kakak ipar, jadi bini kau lagi!”

“taknak ah! Aku nak kau jugak! Kau kena pergi ngurat dia! aku tau kau suka dia!”

Azhar dah bergerak ke katilnya. “tengoklah.”

“tengoklah… tengoklah! Janji la!”

Azhar menekup mukanya dengan bantal. “tidurlah we!! Tak penting pun benda ni.”

Azam muka sayu. Aku cakap serius, main-main pulak mamat ni. Bantai tidur pulak dia. Azam pun mula bergerak ke katil. Uhuk!! Uhuk!!!

Azhar yang terdengar batuk itu mengalihkan bantal dari muka. Dia pandang pada Azam. “batuk kau tak baik-baik lagi ke?”

“tak pernah nak baik.”

“pelikla batuk kau ni.”

“kau semua pelik!”

“eh… emo pulak!”

Akhirnya mata mereka terpejam sampai ke esok pagi.

******

“haa… tu dia!” Azam menunjukkan sekumpulan perempuan tengah berjalan beberapa meter dari kereta mereka.

Azhar tarik sunglasses ke atas. Aaaaaaa.. betul la tu dia. “eh, apa nama dia?”

“Izzatie.”

“macam mana kau boleh tau?”

“aku tanya Farah la semalam!”

“kenapa pulak kau boleh tanya dekat Farah?”

“eh Zar! Banyak betul la kau tanya!” Azam muka bengang.

“alah.. tu pun nak mengamuk. Chill la.”

“aaaaa. Dah,dah. Aku boleh balik la sekarang.”

“ha?????” Azhar blur.

“kau pergi la ajak dia keluar.”

“kau nak balik naik apa?”

“ni KL la. public merata.”

“aku ingat kau nak join keluar sekali?”

Azam buat muka. “gila apa. Kacau daun je. dah ar. Aku blah dulu.” dia terus tarik handle kereta dan melangkah keluar. Panas matahari memancar.

“weh… Zam!” Azhar menjerit dari tingkap kereta.

“good luck bro!” dan dia terus berjalan meninggalkan Azhar.

Apala dia ni. Bagi idea sikit punya kencang. Satgi lari! Dia yang nak sangat-sangat, aku yang kena buat semua. Huh! Azhar megomel sorang-sorang dalam kereta.

Dia memandu masuk kekawasan parking rumah flat itu. Betul-betul di bawah blok rumah sewa Izzatie.

Izzatie dan kawan-kawan serumahnya leka berborak sambil berjalan. Tiba-tiba..

“hai Zatie.”

Satu suara yang membuatkan sekumpulan itu kalih pandang pada lelaki yang sedang bersandar elok depan keretanya.

Semua blur. Tak kenal.

“hai.” Kali ni Azhar cuba beri senyuman lebar.

Semua pandang Izzatie. Seolah-olah bertanya, ‘kau kenal ke?’

“erm. Saya kawan Izzatie. Boleh tak, pinjam dia sekejap?” Azhar berkata pada kawan-kawan Izzatie yang tengah blur.

“err.. aku naik dulu lah Zatie. Ada apa-apa, call tau.” Seorang kawannya berkata kemudian yang lain pun ikut dia naik ke atas.

Izzatie dan Azhar dua-dua tersenyap. Azhar cuma menunggu Zatie menegur dulu.

“err..hai.” akhirnya, keluar jugak suara Zatie!

Azhar senyum. “do you mind?” dia menghulurkan tangan pada Izzatie.

Izzatie dah tak paham. Apa nak pegang tangan ke? dahi dah berkerut-kerut.

Azhar tergelak perlahan. Dia menggeleng. Tangannya terus mengambil beg laptop ditangan kiri Izzatie. Tangannya yang lagi sebelah pula dihulur, seolah-olah menyuruh Izzatie memberi dua bijik buku tebal yang sedang Izzatie pegang dengan tangan kanan.

Izzatie yang tersedar terus tersenyum. “eh, takpe.”

Azhar membuka pintu belakang Swift birunya. Beg laptop Izzatie diletak disitu. Selesai. Dia menghulur tangan lagi, “takpe. Bagi sini. Berat tu.”

Izzatie tak sempat menolak bila tangan Azhar terus ambil buku yang berat itu dari tangannya.

Azhar menutup pintu belakang Swift. “sekarang, barang awak ada dekat saya, awak kena teman saya keluar.”

Huh?????????? Izzatie macam tak percaya.

“awak tak ada alasan nak tolak.” Azhar tarik sengih sedikit.

Ada jugak manusia macam ni! Izzatie merungut dalam hati. “bagi balik barang saya. Saya tak boleh keluar. Saya banyak kerja nak buat.”

“kita pergi makan. Sekejap je.”

“tak boleh. Pukul 2.30 nanti saya ada kelas.”

Azhar memandang jam tangannya sekilas. “tapi baru pukul 11.”

“tapi..”

“kita pergi makan. Pukul 2, saya hantar awak dekat kolej. Saya janji, awak takkan lambat.”

“tak boleh… nanti housemate saya risau.”

“telefonlah. Bagitau nak keluar kejap.”

“tapi saya ada kerja yang nak kena siapkan..”

Azhar menarik handle pintu tempat penumpang dihadapan. Dia menghalakan matanya menyuruh Izzatie masuk.

Ugh!!!!! Izzatie merengus perlahan. Akhirnya dia mengalah.

Dalam kereta, Azhar memandu sambil selamba. Izzatie pulak yang gelisah. Oh! dia mengeluarkan handphone dari beg sandang.

“hello, Liya? Aku keluar kejap. Dengan siapa? Err. Dengan orang tadi..” Izzatie senyap sebentar. Dengar si Liya membebel.

“kau ni, entah sapa-sapa, main ikut je! kau tau tak, kes culik.. kes rogol dah banyak tau!!”

Azam pandang Izzatie yang tengah gigit bibir mendengar orang di talian sana bercakap. Dia terus mengambil handphone dari tangan Izzatie.

“assalamualaikum, saya Azhar.”

Izzatie pandang dengan muka terkejut. Suka rampas barang orang!!!

Azhar masih memandu dengan menggunakan sebelah tangan. “saya bawak Izzatie keluar sekejap. Nanti, saya hantar dia pergi kolej terus. Tak payah tunggu dia la eh? Terima kasih.. assalamualaikum..” pap! Handphone itu dilipat senelum diserah kembali pada tuannya disebelah.

“awak tak boleh cakap macam tu la!”

Azhar sengih sedikit. Dia biarkan soalan itu berlalu.

*****

Mereka berjalan seiringan di Sunway Pyramid. Entah kemana kaki Azhar melangkah, ke situ juga dia melangkah.

“McD ok tak?” Azhar bertanya.

Izzatie angguk aje.

“nak makan apa?”

“dah breakfast dah pagi tadi. Tak lapar lagi.” Izzatie menjawab lagi.

“double cheese burger should be ok kan?”

Izzatie angguk lemah. Dasar tak faham Bahasa Melayu. Dia hanya menunggu di meja. Dia pilih meja yang dekat dengan cermin. Pemandangan Sunway Lagoon disebelah.

Azhar tiba dengan dulang makanan. Dia santai sahaja, t-shirt dan jeans.

“awak tak kerja ke?” Izzatie bertanya.

“tak.”

“cuti?”

“tak.”

“habistu?”

“saya study lagila.”

“tak ada kelas?”

“ada tapi tak diadakan.”

Escape kelas. Izzatie berkata dalam hati. “study kat mana?”

Azhar senyum. “awak minat jugak nak tau eh?”

Izzatie termalu sendiri. Dia terus senyap. Perasan. Takkan nak tanya pun tak boleh.

“makanla.” Azhar menjemput. Beku karang burger tu.

Izzatie senyap.

“awak ni, bukan jenis penyegan sangat kan? Saya nak kawan je. Janganla malu-malu sangat.”

Izzatie tergelak. Memangla dia bukan jenis penyegan, tapi dengan orang tak kenal, takkan nak bajet dah kenal 10 tahun pulak.

“so, ceritalah pasal awak..”Azhar bertanya sambil menyedut minuman.

“hmm.. apa yang nak tau?”

“semua.”

Haha. Izzatie tergelak. Dengan petahnya dia bercerita. Kampung dia.. dia buat apa lepas sekolah.. pasal kolej.. pasal housemates. Semua segan dia dah hilang. Azhar betul-betul buat dia selesa nak bercerita. Perbualan itu diselangi dengan gelak ketawa. Azhar takla jenis kecoh sangat, tapi kelakar dia boleh tahan. Lepastu, Azhar pulak ambil giliran bercerita. Jadi bising seketika meja ditepi tingkap itu.

Selepas Zohor, Azhar menghantar Izzatie ke kolejnya. Dia mengambil beg laptop dan buku Izzatie dari tempat duduk belakang. “nah. Larat tak?”

Izzatie buat muka. “saya bukan budak kecik.”

Haha.

“ok. thanks,spent time dengan saya. Seronok.”

Izzatie senyum. “sama-sama. Terima kasih belanja makan.”

“so.. ok lah. Jumpa lagi. Assalamualaikum.”

“waalaikumsalam.” Izzatie menghantar Swift itu dengan pandangan matanya.

“sekali boyfriend hantar pakai Swift… angkatkan beg lagi!”

Izzatie terkejut. Suara Liya kuat dibelakangnya. “eh! Bukan boyfriend la!”

“tak lama lagi la tu..” Liya senyum mengusik.

********

Sebulan berlalu.

Hubungan Izzatie dan Azhar makin baik. Azam pun makin happy.

“pergi mana?”Azam bertanya bila tengok Azhar grab junci kereta.

“Zatie.”

Azam sengih lebar. “kiranya kan, jadila angan-angan aku nak jadi adik ipar dia kan?

“doa-doa je la..”

“amiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiin.” Panjang amin si Azam.

“jom, ikut sekali? Kau tak pernah pun nak hangout dengan dia kan?”

“takpelah. Aku duduk rumah. Sakit dada la.”

“asma?”

“entah. Ye kot.”

Azhar menggeleng. Dari kecik, dia dan Azam ada asma, tapi taklah teruk. Takat gitu-gitu aje. “tu lah.. keluar taknak naik kereta. Asap bas tu tak elok la.”

“alah.. takpelah. Lagipun, kalau kau nak pakai kereta.. tiba-tiba nak bawak Zatie keluar.. takkan aku nak menyibuk.”

“alasan je. aku bukan pergi dating hari-hari.”

“dah la. bebel je. keluar la cepat. Kang merajuk awek tu kang.”

Azhar sengih. “makan ubat weh. Aku keluar dulu.”

“yelah..yelah..”

******

“Abang Zar!” suara Farah cemas di talian.

“ada apa Farah?” suara Izzatie yang menjawab. Dia marah betul kalau orang guna telefon sambil memandu. Azhar dah banyak kali kena warning dengan dia.

“kak Zatie ke ni? Abang mana?”

“Azhar bawak kereta. Ada apa ni Zatie?”

“kak.. suruh abang balik rumah kak…”

Izzatie dah cemas.

“slow-slow Farah, cakap dengan akak kenapa..”

“Abang Zam…” ayat Farah terhenti takat situ.

“kenapa Zatie?” Azhar bertanya. Nampak gelabah aje bila Izzatie menjawab panggilannya tu.

Izzatie hanya pandang Azhar tanpa bercakap apa-apa. “Farah, saba ye. Azhar balik sekarang jugak.” Dia terus letak telefon.

“kenapa? Kenapa dengan Farah?” Azhar dah risau.

“patah balik rumah awak cepat. Azam sakit.”

Azhar terkesima sebentar. “ow..ok.. erm, awak nak balik dulu?”

“tak sempat dah. Awak drive je balik rumah awak terus.” Izzatie pun turut cemas.

Azhar menekan pedal minyak. 140km/j. Harap-harap polis trafik semua cuti demam malam ni.

******

“Zam!!!!!!!!!!!!!” Azhar terjerit bila Azam masih tak sedarkan diri walaupun dah sampai di hospital.

“encik Sabar dulu encik.” Jururawat terus menolak katil putih itu ke dalam wad.

Tak lama kemudian, seorang doctor lelaki mendapatkan mereka sekeluarga di ruang menunggu.


“Puan Halimah?” doctor itu menegur perlahan.

“saya mintak maaf. Anak Puan dijangkiti bacterial pneumonia yang teruk. Dia dah meninggal sewaktu sampai tadi.”

Azhar kelam.

*******

“kau nak tau?”

“apa dia?” Azhar memandang muka Azam yang ceria semacam disebelah.

“aku terbayang kau kahwin la. hahahaha.”

“ngong. Takde benda lain ke nak terbayang? Hahahaha.” Azhar turut tergelak.

“kalau kau kahwin dengan Izzatie nanti pun, kau takkan tinggal mama dengan Farah kan?”

“haish.. takkanla aku kejam sangat..”


“aku seronok la.”


“apahal?”


“entah. Terbayang kau kahwin dengan Izzatie, aku rasa happy melangit. Hahaha.”

“kau ni, dah tak hidup lama agaknya..” selamba Azhar bertutur.


“hahaha. Ye kot.”

Azam meraup mukanya. Itu cerita 2 hari yang lepas. Harini, Azam dah takde. Orang yang lahir sama-sama dengannya dah tak ada. Orang yang pandai baca bahasa matanya dah takde. Orang yang berkongsi bilik dengan dia sejak lahir dah tak ada. Orang yang sentiasa mengalah guna kereta dengannya dah tak ada. Orang yang selalu mintak backup bila kena bebel dengan mama dah tak ada. Orang yang selalu berebut nak guna internet dengan dia dah tak ada. Orang yang suka bercerita setiap kali nak tidur dah tak ada. Seorang adik-beradiknya dah tak ada. Kembar, perkataan itu dah tak ada.

Dan..

Apa yang dia pelik pada Azam selama ni dah dapat jawapannya. Azam sayang Izzatie. Ya, itu dia pasti. Sejak zaman sekolah. Tapi dia yang dungu tak dapat nak tangkap apa yang Azam sorok.

Dia selak sketch book Azam malam tadi. Nak dikemas, seal elok-elok dalam kotak. Sketch book Azam kalau disusun tinggi macam menara. Sebab dari kecik dia suka melukis. Azhar selak buku sketch yang paling belakang didalam laci Azam. Kertas dia pun dah kuning. Dia tersenyum sendiri. Ingat tak masa sekolah dulu, budak-budak main kira jodoh guna huruf dalam nama? Nama si lelaki dan perempuan di tulis sebelah-menyebelah. Ada berapa huruf ‘A’, kemudian pangkah. Semua huruf dikira. Kemudian nombor yang dapat dicampur-campur . kalau dapat 1, love kot. Entah. Dia pun tak ingat. Tapi rasanya ada married, friends.. memang budak-budak. Dan dia lihat kertas dalam skecth book itu. Ada nama Azam dan Izzatie, dah berpalang-palang. Dah dikira.

Tanpa sedar, air matanya bertakung.

Sketch book itu ditutup.

Azam, aku janji aku jaga Izzatie Zam. Aku janji aku takkan pernah tinggal mama dengan Farah. Aku janji aku lawat kau dengan ayah selalu.

Zam, aku janji.

Wednesday, June 10, 2009

kamu indah [14]

Hari ni pergi waterpark. Tak kisah la orang nak kata tak matang ke.. baby tua ke.. perangai macam budak tak cukup umur ke.. Reza dengan Indah tetap nak pergi jugak!

Mula-mula Nek Ngah berkeras nak duduk dalam bilik je, sebab dia kata membazir je bayar duit tiket, dia bukan nak main air pun. Tapi bagi la alasan apa pun, tak lut punya. Reza dengan Indah seret jugak Nek Ngah masuk waterpark. Kata diorang, Nek Ngah tak dapat main, tengok diorang main pun kira orait hape.

Indah pakai tights hitam panjang dan t-shirt besar warna biru gelap. Sebenarnya, kalau ikut Indah, dia nak pakai sleeveless aje. Tapi Reza pulak kata..

“elok sangat la tu. Dah la tudung pun tak pakai, baju pun nak tanggal sekali ke?”

Adeh~ pedas mak oi! Agak-agak, si Reza ni pernah fikir tak apa perasaan orang bila dengar ayat pedas dia tu? ugh! Mungkin dia ingat aku ni dah immune dengan ayat dia kot?

Akhirnya Indah akur je bila Reza belikan t-shirt ‘Bukit Merah Laketown’ saiz XL dari kedai cenderahati. Orang dah beli kan, sarung je la~

Reza cuma menggeleng-geleng kepala tengok muka cemberut Indah ke bilik persalinan. Heleh, tu nak mengata aku dalam hati la tu! takkan dia nak baginya Indah pakai sleeveless, sebab apa? Dia tahu kalau dah berguling-guling dalam air nanti, sure terselak punya. Lepastu melekat-lekat pulak dekat badan. Ugh! Naya! Walaupun tadi Indah ada melawan..

“bukan ada orang nak tengok Indah!”

“Reza bukan orang ke?”

Dan ayat pendek tu buat kaki Indah terus bergerak ke bilik persalinan. Heh. Nak melawan dengan Reza, silap stesen la makcik~

Nek Ngah cuma tergelak dalam hati bila tengok gelagat Reza dan Indah. Reza… orang tak pernah ada adik, sekali ada orang lagi muda dari dia, macam tu lah dia jaga.

Selepas Indah keluar dari bilik persalinan, Reza tarik sengih lebar. Macam menang loteri je gaya.

“Indah, meh Nek Ngah siputkan rambut Indah.. kacau nanti rambut tu.”

“takpela Nek Ngah.. best apa main air lepas rambut.”

“eh, eh! Dah Nek Ngah nak buat tu, ikut jela.”

Nek Ngah tersengih bila Indah mula bersila dihadapannya. Bukan dia tak tau, mesti Reza tak suka tengok rambut Indah yang panjang separas dada ni basah-basah nanti.

“dah! Ha! Apa lagi dress code main air yang Reza nak tetapkan?” Indah bertanya dengan nada tak puas hati.

“lain kali, pakai seluar track.”

Indah ternganga. Tak ke sikit punya berat nak bawak track suit dalam air? Kalau macam ni, memang tak ada ‘lain kali’ la.

“dah la Reza. Kata nak seronok-seronok main air.” Nek Ngah mengingatkan.

“orait~!” Reza dah mula masuk dalam air.

Indah masih tercegat di gigi air. “Indah nak pergi main slide kat sana.” Dia menunjukkan kawasan gelongsor air yang penuh dengan orang tu. Nampak macam best je.

“nantilah kita pergi sana..”

“tapi Indah nak pergi sekarang.” Dia bertegas.

“ok.”

Indah berpaling kebelakang.

“Indah!” Reza memanggilnya.

Indah kalih pandang pada Reza yang dah lencun satu badan.

“be safe.” Perlahan Reza berpesan.

“Indah taula..” Indah berpusing kebelakang dan tersengih sendiri. Sibuk aje! Jaga diri sendiri sudeh~

****

“hahahaha. Seronok Nek Ngah! Gelongsor tu laju! Licin! Bila cuba sekali, mesti nak lagi!” macam duta sos cili je Indah bercakap.

“haih! Tak penat ke? dah tengahari dah.. tak panas?” Nek Ngah bertanya pada Indah yang bertenggek dikerusi sebelahnya.

“panas jugak Nek Ngah.. tapi seronok!”

Nek Ngah menggosok-gosok kepala Indah. “haa.. dah hitam dah kulit tu!”

“takpela Nek Ngah.. bukan selalu.”

Tiba-tiba Reza datang entah dari mana. Dengan rambutnya yang paras bahu itu, masih ada titis-titis air dihujung rambut.

Indah pandang sekilas. Rilek ar Indah, bukannya Reza ni hunk macam gaya Daniel Craig berjalan dekat pantai dalam cerita James Bond tu.. tapi.. err.. hunk la jugak.. sikit. Sikt je la. ah!! Enough la Indah. Reza je pun.

“woi!” Reza menegur bila tengok Indah senyap beberapa saat. Penat sangat ke?

“apa woi-woi!” Indah cuba cover keadaan.

“lapar tak? Nek Ngah lapar?” Reza bertanya pada Indah kemudian pada Nek Ngah.

“lapaaaaaaaarrrrrrr..” panjang jawapan Indah. Seronok sangat main air, sampai tak ingat nak makan.

“balik la jom.”

“balik???????????????????” Indah terjerit.

“dahtu?”

“baru sekejap!”

“Indah,kita masuk dari tempat ni bukak, sampai sekarang dah pukul 2 tau?” Reza mengingatkan.

“takkan nak balik dah! Tunggu la sekejap!”

Nek Ngah dah tergelak. Macam layan cicit, bukan layan cucu!

“balik la..kata lapar..” Reza menonggang mineral water.

“tak! Tak lapar dah!”

Pfffh!! Reza tergelak sambil tersedak-sedak. Hahaha. Dan-dan je tukar fakta!

“dah.. dah. Balik jom! zohor belum.”

“ala Reza…”

Nek Ngah sekadar memerhati. Agak-agak, siapa yang dapat tarik siapa?

“balik,balik.”

“Reza…” Indah buat muka kesian. “Reza… esok dah nak balik dah…”

“dah la tu.. dah lama sangat dah dalam air..”

“Reza….”

“lunch jom.”

“taknak..”

“NurIndah Ghazali…”

“Hud Rezairil Ahmad…”

Dua-dua taknak mengalah.

“15 minit.” Reza melepaskan nafas.

Indah tersenyum dan berlari ke air semula.

Nek Ngah sengih. Reza taklah keras mana pun~

Selepas 20 minit….

Reza melihat jam tangannya yang disimpan dalam beg Nek Ngah. Budak ni memang nak kena la..

Reza bergerak sambil membawa sehelai tuala ke kawasan air terbuka.

“Indah! Balik!” kuat Reza menjerit.

Indah terkesima. Semua orang memandang bila mata Reza tak lepas-lepas dari mukanya. Apa jerit-jerit panggil balik ni??? malu la!!!

“Indah!!” lagi sekali reza berteriak bila Indah tak bergerak-gerak.

Ugh!! Indah berjalan dengan rasa geram.

Reza sengih je. Best menyakat. Bila Indah dah mendekatinya, Reza letakkan tuala diatas bahu Indah. “balik jom.”

Indah menyentap tuala diatas bahunya dan baling pada muka Reza. Geram!!!

“hahahaha.” Reza ketawa meriah.

****

Reza membuka wallet untuk mengambil kad masuk bilik hotel. Tadi masa mandi, Nek Ngah yang jagakan semua.

Tiba-tiba dia terasa ada satu kertas yang terselit di walletnya tu.

Reza memasukkan kad pada ruang dinding sebelah pintu. Lampu automatic menyala.

Reza menarik kertas itu keluar.





*sila abaikan rupa tulisan cam cacing nih. haha

Bunga melati di singgahsana,
Bunga hutan layu dibentara,
Kalau ikut hati merana,
Hancur badan luluh jiwa.

Berdecit-decit anak puyuh,
Ular menunggu ditepi kali,
Yang patah itu kan tumbuh,
Yang hilang kan berganti.

Reza tarik sengih. Mesti Indah dah bercerita. Ada-ada je la Nek Ngah ni.

Kertas itu dilipat elok-elok dan disimpan kembali dalam dompet. Dia tergelak sendiri. Nek Ngah dan ayat-ayat dia… tak boleh tahan~

Sunday, June 7, 2009

kamu indah [13]

Indah memandang Reza yang tenang memandu Harrier disebelah. Muka biasa. Riak biasa.

Every day here you come walking
I hold my tongue, I don't do much talking
You say you're happy and you're doin' fine
Well go ahead, baby, I got plenty of time
Sad eyes never lie
Sad eyes never lie

Matanya. Yup, sad eyes never lie.

“kenapa?” Reza pandang sekilas dan bertanya.

“takde apa.”

“Reza hensem lebih ke harini? Kenapa pandang macam tu?”

“takde apela. Perasan je.” Indah tarik senyum.

Nek Ngah dibelakang turut tarik sengih. Ada aja Reza ni. “bila nak sampai ni Reza?”

“kejap lagi Nek Ngah.. nak sampai la ni..” Reza belok keretanya. Bukit Merah Laketown Resort. Dia memandu masuk kedalam untuk check in dalam bilik hotel yang dia dah tempah siap. Dia pilih bilik ni sebab dekat je nak berjalan ke tempat makan dan lake.

****

“Indah, kita keluar kejap?” perlahan suara Reza kedengaran dari telefon bilik itu.

“tapi Nek Ngah dah tidur..”

“kita dua je. Indah tukar baju. Reza tunggu depan bilik Indah.”

****

Mereka menyusuri jalan disebelah tasik. Penuh lampu-lampu kuning. Angin pun kuat.

Indah menyandarkan belakangnya pada hadang kayu. Reza pula termenung jauh memandang tasik.

“orang kata, kahwin tu sekali seumur hidup…” Reza tiba-tiba bersuara.

Indah angguk.

“orang kata, perkahwinan penuh restu ibu bapa tu.. kekal lama..”

Indah angguk lagi.

“orang kata, lelaki yang baik tu, untuk perempuan yang baik..”

Indah angguk kali ketiga.

“silap Reza ke, Indah?”

Indah berfikir beberapa saat. “jodoh tu, takdir Tuhan.”

“kenapa takdir Reza teruk sangat?”

“tak baik cakap macam tu Reza. Indah tak banyak ilmu agama, tapi Indah tahu, tu kan ujian?”

Reza tarik sengih sesaat. “bijak menjawab.”

“Indah kan brilliant~”

Haha. Reza tergelak kecil. “boleh tahan.”

Indah pandang anak mata Reza dalam-dalam. “Reza, tak ok ke?”

Reza cebik bibir. “entahla.”

“entah?”

“bila Reza sorang-sorang, semua benda teringat balik.”

Indah senyap. Dia dah nak mula bukak cerita tu.

“manusia mana la yang kahwin tak sampai 40 jam..”

Huh?????? Indah ternganga.

[flashback : almost a month ago]

Reza memandang ruang tamunya dari luar. Hanya nampak biasan lampu kuning malap disebalik langsir. Ayang dah tidur kot.

Reza melangkah perlahan, takut nanti bunyi bising. Dia memusing kunci pada tombol. Eh? Tak kunci?

Dia masuk kerumah dengan perasaan bercampur-baur.rasa tak sedap hati.

Ruang tamu kosong. Dia bergerak keatas, ke bilik utama.

Sejurus pintu dibuka…

[back to Bukit Merah Laketown]

“WHAT????????????????????????!!!”Indah menjerit sekuat hati.

Reza merenungnya tajam. Nasib orang semua jauh-jauh dari mereka.

Indah terkesima. “ok…ok.. cop..cop..” dia berhenti memikir sejenak. “your wife? Against the wall? Kissing another woman?”

Reza mengangguk lemah.

“kejap…kejap…” Indah masih blur. “erm.kejap!” dia meraup rambutnya kebelakang. “she’s a…errr… homo?”

Reza angguk lagi.

OW~ MY~ “two words. BODOH-GILA.” Satu-satu Indah bertutur.

“entahla.”

“Hey Reza! Look!” Indah memaksa Reza pandang kearahnya. “your ex-wife, is a lesbian!!!”

“tau..”lemah suara Reza mengiyakannya.

“apa yang entah???”

Reza bungkam. Dia tunduk. Taktau nak cakap apa.

Indah cuba bertenang. “ok..ok. then?”

“dia mintak cerai.”

Lagi sekali Indah ternganga. “dia yang mintak cerai??? Bukan Reza yang ceraikan??? Oh! God!”

Air liur Reza rasa berpasir. Kelu lidah. “dah sayang, susah nak cakap.”

“two words.”

“bodoh gila?”

“memang bodoh!”

“dia atau Reza?”

“of course perempuan tu.”

Reza menggeleng perlahan. “entahla. Rasa macam….. Reza yang bodoh pun ada.”

“kenapa pulak?”

“kahwin dengan lesbian. Heh.” Reza tergelak sinis. “bodoh kan?”

“Reza tak bodoh sebab Reza tak pernah tau. Dia yang bodoh sebab dah tau lagi mau kahwin.”

“Reza tak pernah tau tu la yang bodoh tu.”

“tak.. Indah tak rasa Reza bodoh.. jangan cakap macam tu..”

“setahun, Indah. Setahun. Berkawan.. bercinta.. bertunang.. berkahwin. Setahun. Then we end up with this. Siapa yang tak terasa bodoh. Siapa yang tak kecewa. Rasa macam sia-sia. Rasa bukan lelaki pun ada. Isteri tinggalkan untuk pergi carik perempuan lain. It hurts.. hurt damn much. Semua kata cinta tu dah tak berguna. Akad nikah yang suci tu macam tercela. Rasa bahagia tu hilang sekelip mata. Nampak macam terbang jauh.. jauh kelangit. Rasa macam perasaan tu tak berharga, yang boleh dikutip, ditinggal macam tu aje. Cinta.. useless.”

Indah terpempan. “Reza..you…you.. tears..”tersekat-sekat suaranya.

Reza meraup mukanya. “sorry..sorry.. too much emotion. Sorry.”

“t..ta..tak.. takpe..”

“f*cking hate tears.”

“hey.. takpe..takpe.. bukan salah..”

Reza tersenyum. “tak macho langsung kan?” dia tergelak.

“lagi tak macho kalau simpan sorang-sorang.”

Reza dan Indah dua-dua tergelak.

“how?”

“how what?” Reza bertanya tak faham.

“macam mana boleh handle prob sebesar alam ni sorang-sorang?”

“I’m Iron Man. Semua besi. Semua kebal.” Reza mengangkat lengannya,menunjukkan muscle yang timbul.

“aaa~ Iron Man ada simpan airmata..” Indah mengusik.

Reza tersenyum, segan.

“tak apa. Iron Man boleh terkeluar air mata, dekat dalam dia entah macam mana..”

“you don’t wanna know, seriously.”

“feeling better?”

“thanks Indah.”

“naaa~ tarahalla.”

“habis la.. tercalar imej..”

“imej apa?”

“kemachoan.”

“heh? Blah la!”

Mereka berjalan kembali kebilik.

Macam-macam kata berlegar didalam minda Indah saat itu. Reza, kenapa susah sangat nak luah? Keras hati lelakinya. Riaknya selamba sentiasa. Lepas keluar setitis dua airmata, boleh gelak ketawa. Indah tak dapat faham apa yang Reza rasa, sebab Indah tak alami semua tu. Perempuan manalah yang bodoh sangat yang tinggalkan lelaki sebaik ni? bravo untuk perempuan itu. Sebab boleh pegang hati lelaki ini, kemudian boleh lepaskan macam petik jari. Bukan senang nak pegang hati seorang Reza. Sedangkan Nek Ngah pun tak dapat nak agak apa yang dia pendam.

“hey, berangan?” Reza menyedarkannya.

“manede.”

“masuk, tidur. Malam ni takpayah pasang kelambu. Ada aircond best.”

Indah senyum. “assalamualaikum. Thanks, nice walk.”

“waalaikumsalam. So welcome.”

“nite.”

“nite. Sweet dreams.”

“Reza?”

“hurm?”

“take back your love. She doesn’t deserve it.”

I'd give it all up but I'm takin' back my love
I'm takin' back my love, I'm takin' back my love
I've given you too much but I'm takin' back my love
I'm takin' back my love, my love, my love, my
My love…

“sure.”










*em, aku tak reti buat n3 macam ni. if kurang here and there, maaf banyak2~*

Thursday, June 4, 2009

kamu indah [12]

Indah masih setia ditangga. Dah habis pelepah pisang dia kira. Dah habis tinggi pokok kelapa dia ukur. Dah cukup banyak daun kering dia hitung.

Mana Reza ni???????? kata nak balik harini!

Indah memuncungkan bibir. Ish! Tak suka betul la menunggu! Bosan, tau?

Dia bangun dari duduknya. Dia berjalan kedepan. Dia mencapai satu ranting pokok. Dia patah-patahkan, dan dibaling ke parit. Dia berjalan kehulu-kehilir. Sekejap-sekejap, matanya menghala kejalan masuk. Masih tak ada bayang-bayang kereta.

Hari redup. Matahari pun tau balik rumah bila petang. Si Reza ni sesat ke? baru 3 hari balik KL dah tak ingat jalan? Dah tak reti-reti nak balik cepat? Janji je lebih!

Dari perasaan tak sabar, dah bertukar jadi hangin. Last-last, Indah masuk ke dalam rumah. Dah tak kuasa nak menunggu. Dari tengahari dia duduk ditangga, macam replika tak bergerak-gerak. Dia masuk kebilik. Baik tidur, barulah masa berjalan cepat sikit.

Reza memandu berhati-hati dilorong masuk ke kampungnya. Oooppp…ooooppp…. Dia reverse kembali. Dipusing stering kekiri sedikit. Agak-agak muat, dia masuk kembali. Fuh. Lepas. Kalau bawak Kancil, takde payah cenggini deh.

Sampai dihadapan rumah Nek Ngah, hatinya runsing. Apsal sunyi semacam? Macam rumah tinggal je.

Kereta di-lock. “Nek Ngah!!”dia berteriak dari luar.

Senyap.

“Norsiah!!!” dia berteriak lagi.

Senyap juga.

“Eh Reza!!! Dah balik dah!” suara Nek Ngah dari belakang.

“assalamualaikum Nek Ngah.” Reza tunduk menyalam tangan Nek Ngah. “ni, Norsiah mana?”
Nek Ngah tarik sengih. Risau aje ‘bini’nya hilang. “ada dekat dalam la tu. Dari tengahari dia dok melangut dekat tangga. Penat menunggu la tu agaknya.”

“dia tunggu?”

Nek Ngah angguk.

“dekat tangga?” makin berkerut dahi Reza.

“iye! Dah kamu tu yang janji balik awal. Ni dah petang baru sampai.” Nek Ngah berlalu kedapur dengan daun kunyit secekak.

Reza makin blur. Indah, tunggu aku? dekat tangga? Biar benar! “ye ke ni Nek Ngah… ke, Nek Ngah yang buat cerita ni…” Reza mengekor Nek Ngah ke dapur.

“buat cerita buat apa. Nek Ngah bukan suka bohong Reza..”

Pergh! Menyirap sampai kehulu hati ayat Nek Ngah tu. Nek Ngah~ Reza mintak maaf la. bukan Reza saja-saja nak menipu..

“Erm,Nek Ngah nak masak makan malam dah ke? nak masak apa?”

“rendang ayam.”

“pergh!!!!! Meleleh tu Nek Ngah! Dulu kalau tak raya, tak dapat!”

“bini kamu yang teringin nak makan…”

“laa… ingat istimewa sebab Reza balik..”

“dah! Dah! Jangan kacau Nek Ngah dekat dapur ni! tak jadi kerja jadinya!”

“alah Nek Ngah ni… orang nak mesra-mesra sikit tak kasi..”

“ish! Geli Nek Ngah!tu, kenapa bawak kereta lain?” Nek Ngah menjenguk pada pintu dapur yang ternganga luas.

Reza tarik sengih. “Reza ingat, nak bawak Nek Ngah dengan Norsiah jalan-jalan. Nak tak?”

“Nek Ngah tak boleh jalan jauh la Reza..”

“tak jauh… kita pergi jalan-jalan dalam Perak ni dahla..”

“sukahati kamulah. Nek Ngah bukan tau tempat jalan-jalan ni..”

“takpe Nek Ngah. Nanti Reza bawak Nek Ngah. Eh, Reza naik atas dulu ye?”

“hurm. Yelah. Jangan dikacau Norsiah tu. kamu ni asal balik je nak mengacau orang. Kecik hati dia nanti.”

“yelah..yelah. kita ni siapa la kan.. Nek Ngah dah ada cucu lain.. kita nak kacau sikit tak bagi..”

“ish!kamu nih! Pergilah! Ada aje nak bercakap..”

Reza sengih-sengih. Seronok tengok muka geram Nek Ngahnya tu.

Dia berlalu ke atas. Langsir bilik diselak. Ow. Tengah tidur. Patutla senyap. Dia mendekati katil. Handphonenya dikeluarkan. Dia membelek-belek mencari sesuatu didalam handphone itu. hurm. Yang ni ok la kot. Volume dia letak maximum. Didekatkan pada telinga Indah dan…… press play.

“arrrrggghhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” sepantas kilat Indah terjaga.

Hahahaha. Reza dah terguling ketawa. Apala, kalut habis!

Indah memandang geram handphone yang masih memainkan lagu Fall Out Boy- Beat It. Adusss!! Sakit telinga aku! mau terkoyak gegendang telinga! Indah kalih pandang pula pada manusia yang tengah tergolek diatas lantai. Balik-balik je menyakitkan hati orang! Handphone itu diambil kasar dan dipause lagu tadi. Bingit!

“hai…” Reza menyapa dalam gelaknya yang masih tak habis.

Indah tarik muka. Rambutnya pantas diikat satu. Dilihat jam sekilas, 5.30. huh! 5.30 petang baru nak balik!

“hey.. apa masam-masam ni. Tu la. Tidur petang lagi. Tak elok tau.”

Indah buat bodoh je. Malas nak layan. Mesti Nek Ngah dah siap-siap bahan nak masak makan malam. Baik aku turun pergi tolong.

“eh..nak pergi mana ni?”

“dapur.”

“lah. Kita baru balik, dia buat bodoh je…” Reza berdiri dihadapan Indah.

“tepilah! Jangan sibuk!”

“taula tengah ‘angin monsun’ pun.. janganlah marah-marah macam ni..”

“apa angin monsun-angin monsun???? Tepila..”

“marah eh?”

“marah apa pulak.”

“Reza balik lambat sangat eh?”

“taklah. Tak kisah.”

“yeke tak kisah?” Reza mengecikkan mata.

“yelah. Ni bukan rumah Indah pun. Suka-suka hati la Reza nak balik bila.”

“yeke? Macam lain je versi cerita ni. Tadi, Nek Ngah kata ada orang tunggu dekat tangga dari tengahari?” bibir Reza dah tak boleh tahan nak tarik sengih.

Indah gelisah. Nek Ngah ni pun.. “mana ada. Indah ambik angin je. bosan duduk dalam rumah.”

“eh! Reza takde pulak sebut nama Indah tadi. Eh, Indah ye yang tunggu dekat tangga tadi? Dari tengahari? fuh…”

Indah dah bengang. Karang elok-elok muka macam manusia, aku bertukar jadi Incredible Hulk pulak karang. “tepila!! Tepi! Tepi!” Indah buat muka rimas.

“taknak!”

“Nek Ngah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” nyaring Indah menjerit.

Nek Ngah didapur cuma tersenyum. Tu dah kene usik la tu. Reza ni pantang tengok orang senang. Haih.

Tak ada sahutan dari Nek Ngah. Aiseh. Nek Ngah ni taknak jadi penyelamat la pulak tengah-tengah terdesak ni. “nak apa halang-halang jalan orang ni!”

Reza tergelak kecil. Lawak betul la Indah ni. Best kena sakat. “hari tu dah janji nak kena denda kan? Sebab speaking depan Nek Ngah.”

“takkan sekarang?” makin keruh muka Indah.

“sekarang la. tak sabar nak denda ni.”

“Reza kan baru balik. Pergi la berehat ke,mandi ke, tidur ke. hah! Asar dah ke?”

“dah la makcik! Taknak! Taknak! Semua taknak! sekarang nak mendenda je!” Reza sengih nakal.

“eeeeehh! Rimas betul la!!”

Reza cuma tergelak mendengar rengusan itu.

*****

Reza meletakkan ranting ke tanah. Tapak tangannya disapu-sapu. Selesai! Dia senyum puas. Dia mencangkung melihat tanah. “ha, tau tak ni apa?”

Indah geleng. Apa main lukis-lukis atas tanah, lepastu suruh orang teka. Takde kerja!

“ni teng-teng.” Reza pandang muka Indah. “Indah lahir dekat mana sampai teng-teng pun tak kenal?”

“atas bulan!”

“oww.. lahir atas bulan.. dahsyat..dahsyat..” tiba-tiba Reza terbayang, macam mana nak beranak atas bulan yang gravitinya lemah tu? pergh! Dahsyat mak Indah ni!

“cepatlah! Nak denda apa ni! eeh! Lambatlah..” dari tadi sebenarnya Indah mengomel itu-ini. Tak senang dengan perbuatan Reza yang ntahpape nih!

“ok. Indah kena main teng-teng ni sampai menang! Kalau slek dekat satu kotak, kena patah balik kotak pertama.”

Ha?????? “janganlah macam tu sekali!”

“eh.. nama pun denda! Nasiblah!”

Indah senyap. Eeeh! Geram betul! Nak je ditanam kepala Reza tu kedalam tanah.

“ha, ni tau main tak ni?”

“taula!”

“eh! Kata tadi teng-teng pun tak kenal?”

Ish! “dahla. Jangan la banyak bunyi pulak. Indah nak buat ni kira baik tau!”

“ha! Buat cepat. Sekarang dah 5.45. nanti lambat. Cepat!”

Makin berbara hati Indah. Pandai mengarah pula dia ni! dengan perasaan sebal, Indah baling buah ke petak pertama. Terjengket-jengket dia melompat sehingga kotak penghabisan, dan patah balik semula. Dia tunduk mengambil buah dipetak pertama, dan menghabiskan round 1. Dia jeling sekilas pada Reza ditepi.

Reza cuma membuat muka. ‘not bad’.

Indah teruskan lagi. Sampai buahnya ke petak ketiga, dia terpijak garisan.

“ha!!! Ha!!!!ha!!!” pantas Reza mengesan. “kalah!! Pergi petak mula-mula balik!”

Eeeeh!! Indah dah membebel didalam hati. Dah la baru balik, boleh pulak dera orang. Patut dia yang kena denda sebab buat orang penat menunggu dari tengahari. cis!!

“eh. Pause main kejap. Hauslah. Nak pegi minum air.” Reza berlalu kedapur.

“ehhh!! Indah nak jugak!!”

“tak boleh! Habis main baru boleh!”

Arrrrrghh!! Kejam gila!

Reza tersengih-sengih masuk kedapur.

Nek Ngah perasan wajah suka cucunya itu. “apa Reza buat dekat Norsiah tu? terjerit-jerit dia dari tadi.”

“takde apa Nek Ngah. Gurau-gurau je.” Reza sengih.

“hish. Kesian dia Reza…”

“alah. Sikit je tu Nek Ngah. Saja. Suka-suka.” Pantas Reza meneguk air sejuk. Ah! Lega! Dia berlalu keluar semula. Ada pertarungan yang belum dihabiskan. Hehehehe.

*****

“Reza, Nek Ngah nak cakap sikit.” Tiba-tiba Nek Ngah bersuara dimeja makan.

“apa dia Nek Ngah?”

“lepas makanlah. Kita cakap dekat ruang tamu.”

Reza kerut dahi. Macam serius je bunyi Nek Ngah ni.. dia pandang pada Indah, Indah muka selamba dek je.

Reza bangun meletak pinggan disebelah sinki. Indah yang sedang membasuh pinggan didekati.

“Indah, kenapa dengan Nek Ngah?”

“tak tau.”

“semacam je..”

“Entah.”

“ntah-ntah… Indah pakat dengan Nek Ngah eh?”

“manede!”

Reza senyap. Macam tak boleh percaya je si Indah ni.

“jom.” Indah mengajak Reza ke ruang tamu.

******

“Nek Ngah nak cakap sikit, tapi Nek Ngah taknak Reza terasa hati.”

“cakap jela Nek Ngah.”

Humph. “Nek Ngah tau, Reza dengan Indah bukan suami-isteri dari hari pertama lagi.”

Reza hanya diam.

“Nek Ngah tau Reza sedih. Tak apalah kalau Reza taknak cerita apa-apa. Cuma Nek Ngah nak bagitau, Nek Ngah tak pernah sekalipun marah Reza, atau salahkan Reza dalam apa-apa hal. Nek Ngah tau, ada sebab Reza sembunyikan perkara ni.”

“Reza minta maaf Nek Ngah.”

“tak apa.. Nek Ngah tak kisah.”

“Reza takde niat langsung-langsung nak tipu…”

“Nek Ngah faham. Apa yang Reza tu tentu baik untuk diri Reza.”

Reza jeling pada Indah disebelah. Rilek je. Ni mesti Nek Ngah dah cakap dengan dia.

“Cuma satu Nek Ngah mintak, jangan la tidur sebilik lagi. Walaupun Nek Ngah tau, Reza takkan buat apa-apa pada Indah.”

Indah dan Reza saling pandang.

“Indah pindah bilik lagi satu la..” Indah bersuara.

“takpe..takpe.. biar Reza yang pindah. Indah dah terbiasa dengan bilik tu.”

“tapi… tu kan bilik Reza?”

“takpe. Tidur je situ. Lagipun bilik lagi satu tu depan sangat. baik tidur bilik tengah.” Reza terus berlalu kebilik Indah, ambik barang-barangnya dan terus berlalu ke bilik depan. Dan Reza tak keluar-keluar lagi dari bilik itu.

Indah cuma memerhati dengan senyap tindakan Reza itu. Reza, sampai bila dia nak simpan semua dalam hati kebalnya?

Wednesday, June 3, 2009

kamu indah [11]

Reza touch resident pass pada penggera. Dia masuk ke bangunan apartmentnya. Peti surat dicek. Surat-surat yang pelbagai saiz dirembat. Sementara tunggu lif yang bergerak ini sampai ke tingkat 6, dia berfikir sendiri. Cukup berani ke dia nak melangkah ke dalam rumah nanti?

Reza memusing kunci pada pintu, lemah. Ruang tamu menjamu matanya. Tiba-tiba dia ternampak 2 orang perempuan.

Shit! Stop it!

Astaghfirullahalazim. Reza beristighfar sebentar. Diraup mukanya dan terus melangkah kebilik.

Tidur Reza. Tak ada apa-apa. Ruang tamu itu kosong, dia tau. Tapi bayang-bayang dalam mindanya tak boleh dihalau.

Tidurlah. Dan dia terus melelapkan mata.

****

“Malam bulan dipagar bintang
Makin indah jika dipandang
Bagai gadis beri senyuman
Pada bujang idaman”


Indah berpusing kebelakang. Dia senyum memandang Nek Ngah. Apala Nek Ngah ni, boleh pulak datang tiba-tiba menyanyi. Nasib dia tak terjelepuk ke tanah.

“apa yang Norsiah duduk sorang-sorang dekat tangga ni? malam-malam pulak tu.”

“ambik angin Nek Ngah.”

“habis tu? senyum-senyum tu kenapa pulak?”

“saja. Tengok bintang. Cantik.”

Nek Ngah tarik sengih. Ada-ada je cucu dia ni. “tapi, Nek Ngah rasa, bintang tu dekat atas langit. Bukan dekat tengah laman.”

Aiyak~ kantoi. Indah memejam mata sambil menggigit bibir. Apa nak goreng ni? “Nek Ngah nyanyi tadi lagu apa?”

Nek Ngah senyum. “lagu P.Ramlee dengan Saloma. Sedap lagunya.”

“pandai Nek Ngah nyanyi.”

“Norsiah pun pandai berlakon.”

Pfffhh! “berlakon apanya Nek Ngah?”

“Norsiah bukan isteri Reza kan?”

Zaaaappp!!! Rasa tercabut jantungnya. Nafas tersekat, nadi terhenti. Darah semua kering disedut keluar. Otaknya jammed.

Indah senyap. Okey, dia exaggerate lebih je. Hakikatnya, dia masih boleh bernafas. Air liur ditelan perlahan-lahan.

“Betul kan apa Nek Ngah cakap?”

Indah masih membisu. Mukanya ditunduk memandang kaki. “ma..mana.. Nek Ngah… tau?”

Nek Ngah senyum. “sekilas ikan di air, Nek Ngah dah tau jantan betina.”

Indah makin kelu. Tak terfikir apa nak cakap. “kenapa Nek Ngah tak cakap awal-awal?”

“Nek Ngah faham Reza.. air diminum rasa duri, nasi dimakan rasa sekam.” Sayu suara Nek Ngah. Dia tahu hati Reza yang kecewa. “dada manusia tak dapat diselam. Reza tu, hatinya susah nak diagak. Nek Ngah tak tahu dalam mana kecewanya, dalam mana sedihnya. Sebab tu Nek Ngah biarkan aje. Tapi Nek Ngah tau dia tengah bersedih.”

Indah bungkam. Dia membiarkan Nek Ngah bercerita.

“Reza…” Nek Ngah senyum tiba-tiba. “Dia tak pernah mengadu. Tak pernah komplen apa-apa. Nak mengutuk jauh sekali. Sekali pun tak pernah buat Nek Ngah susah hati. Lain dengan adik-beradiknya. Mungkin sebab dia sorang je lelaki.”

Indah khusyuk mendengar.

“apa yang dia rasa, tak pernah nak kongsi dengan sapa-sapa. Bila dia balik kesini, macam tu lah dia. mengacau orang tak henti-henti. Suka aja dia sentiasa. Dengan mak ayahnya pun, macam tu juga. Tak pernah buat masalah.” Mata Nek Ngah seakan berkaca. “Nek Ngah tak tau apa yang jadi, tapi Nek Ngah harap Reza elok-elok aja. Orang yang menyimpan dalam hati ni, sengasaranya lagi teruk.”

Indah tarik nafas panjang. Reza,kebal sangatkah hatinya? Sampai taknak bercerita dengan sesiapa? “kesian Reza…”

“kesian?”

Indah angguk. “mesti dia sedih sangat-sangat.”

“kamu yang baru kenal pun boleh baca hati dia.” Nek Ngah senyum.

Indah geleng. “saya tak pandai baca hati orang Nek Ngah. Cuma dia yang beritahu, dia dah bercerai.”

“bercerai? Astaghfirullahalazim..” terkejut Nek Ngah mendengar berita itu.

Indah menala kepalanya ke dada langit. “kesian Reza Nek Ngah.setiap malam, dia susah nak lelap mata. Termenung panjang sebelum tidur.”

“baharu dimulai, sudah mula tertarung.. Reza..Reza..” Nek Ngah mendengus perlahan.

“Reza tu baik kan, Nek Ngah?” Indah kalih pandang pada Nek Ngah disebelah.

“baik…”

“tapi kenapa dia bercerai?”

“Nek Ngah pun tak dapat nak agak kenapa. Reza tu bukanlah jenis yang.. asal terbang burunglah, Asal berenang ikanlah. Dia jenis memilih juga perempuan yang baik-baik.”

Indah sekadar mendengar je. masuk kali ni,entah peribahasa keberapa yang Nek Ngah guna. Dia haram nak faham. Tapi buat faham jela, takkan nak buat muka blur pulak bila orang tu cerita dengan serius-mius.

“kamu….. suka dia?”

Huh? “apa dia Nek Ngah?suka siapa?”

“kamu la… suka Reza?” Nek Ngah sengih-sengih.

“takdelah Nek Ngah! Haha.” Indah tergelak menutup nervous yang datang tiba-tiba. Apahal aku ketar semacam pulak dah..

“habis tu.. dok melangut dekat tangga ni kenapa?”

“errr..”

Nek Ngah tarik sengih. “adat muda menanggung rindu…”

“eh! Apa Nek Ngah ni.. manede la.. saya duduk ambik angin malam aje..”

“duduk la kat tangga ni lama-lama. Karang tak ada orang meminang baru tau.”

“yeke Nek Ngah?”

“orang dulu-dulu kata la…”

Indah senyum. Banyak betul orang dulu-dulu punya kata. Haih. Macam-macam!

“Norsiah.. bukan nama kamu kan?” Nek Ngah meneka lagi.

Erk! “aah. Bukan. Reza tu memandai je. Teruk betul.”

“haha. Biasalah dia. pekena orang suka-suka hati. Jadi, apa nama ni?”

“NurIndah, Nek Ngah.”

“Indah….” Nek Ngah tarik senyum lebar.

Kriiiiiing….kriiiiiiing…

“telefon bunyi tu.” Nek Ngah seakan menyuruh Indah menjawab.

“mesti Reza. Nek Ngah la angkat. Semalam Indah dah kena marah dengan Reza, sebab paksa dia cakap kenapa dia cerai.”

“alah. Pergilah jawab…”

“takmau la Nek Ngah. Tak berani.”

“batu yang keras air pelekuknya, hati yang keras lidah pelembutnya.” Lembut Nek Ngah bertutur.

Indah gigit bibir. Pantas dia berlari masuk sebelum deringan itu mati.

“assalamualaikum.” Suara Reza menjengah.

“waalaikumsalam.”

“hai.. apsal suara macam ni? sedih je. baru lepas tengok cerita sedih ke kat tv?” Reza mengagak.

“taklah. Berborak dengan Nek Ngah je.”

“ow. Dah kroni baik la korang ni eh? Nek Ngah sihat?”

“sihat.” Hai… aku ni taknak tanya ke…

“Cik Indah kita sihat?”

Eceh.. Reza cam tau-tau je. “okey-okey je.”

“okey je? kenapa? Takut tidur sorang-sorang eh? Haha.”

“hey! Tak mainlah takut-takut ni! ni orang berjiwa kental tau..”

“haha. Hurm. Lusa Reza balik.”

Lusa? Kenapa tak esok? “kerja tak habis lagi eh?”

“belum.. tadi sampai KL pun petang. Esok pergi office, tolong-tolong diorang kejap. Lepastu esoknya balik lah. Nak kirim apa-apa?”

“nak kirim apanya…”

“mana tau orang tu rindu KL..”

“nak kirim angin KL boleh?” Indah sekadar melawak.

“boleh..boleh… nanti yang sampai asap jela..”

Haha.

“taknak apa-apa la.”

“betul? Taknak rugi..”

“nak JCO la. takdapat JCO, Big Apple pun layan aje. Ah, lepastu… kalau dapat pepperoni thin crust Domino pun ok jugak. Ah! Rindu root beer float. Hmmm.. sedap gila. Lepastu.. sekarang musim sale. Kalaula ada kat KL, mesti tengah shopping dengan Bee, dengan Amoi. Pusing-pusing KLCC sampai lenguh. Paper bag sampai tak muat kereta. hurm, rindunya…”

Reza tarik sengih. “konon taknak apa-apa.. satgi order berjela-jela..”

Indah tergelak. “dah orang offer… kita order jela~”

“ha! Guna Bahasa Inggeris! Balik nanti kena denda!”

“eh! Apa pulak!”

“betul la! Nek Ngah ada kat situ kan?”

Indah kalih pandang pada pintu yang terbuka. Nek Ngah sengih-sengih padanya dari anak tangga. Aaaaddduuus!!

“kena denda apa?” sebu je rasa hati Indah. Tak pasal-pasal kena!

“errmm… balik nanti baru boleh tau. Haha.”

“tak aci betul.”

“eh, panggil Nek Ngah kejap.”

Indah kalih pandang pada Nek Ngah, “Nek Ngah, Reza nak cakap.”

Nek Ngah geleng. “tak payahla. Nek Ngah ngantuk. Esok suruh Reza telefon lagi ye.”

“Reza, Nek Ngah ngantok. Esok dia suruh telefon lagi.”

“orait~”

“ingat tau.”

“yes maam. Pergi masuk tidurlah.”

“ok.. nak pergi lah ni..”

“pasang ubat nyamuk, pasang kelambu. Tingkap kunci. Tutup lampu.”

“orait sir.” Dia ada pun membebel sebelum tidur, dia takde pun kene bebel sebelum tidur jugak.

“tak baik kutuk-kutuk dalam hati tu.”

Indah terperanjat. Tau aja dia!


****

Moh le kita belajar peribahasa melayu :

sekilas ikan di air, Nek Ngah dah tau jantan betina.
= dapat tahu maksudnya dengan sekali pandang

air diminum rasa duri, nasi dimakan rasa sekam
= Hal dan perasaan orang sedang berdukacita

dada manusia tak dapat diselam.
= Fikiran dan hati seseorang tidak boleh kita ketahui atau tentukan

baharu dimulai, sudah mula tertarung
= sesuatu pekerjaan yang baru saja dimulakaan tetapi telah menemui rintangan

asal terbang burunglah, Asal berenang ikanlah
= Lelaki yang tiada memilih kasih, asalkan perempuan jadilah

adat muda menanggung rindu
= Orang muda biasa menanggung cinta (ayat dia tak boleh blah. Aku copy aje ye.)

batu yang keras air pelekuknya, hati yang keras lidah pelembutnya
= Orang yang sangat keras hatinya boleh dipujuk dengan perkataan yang lemah lembut
 
Blog Template by Delicious Design Studio