♡assalamualaikum

currently updating First.

Tuesday, May 12, 2009

kamu indah [2]

Seorang perempuan berdiri tegak ditengah-tengah jalan raya yang sibuk itu. Dia mendongak melihat bangunan sekeliling. Sesekali, matanya meliau sana-sini melihat keadaan hiruk-pikuk. Huh. Satu keluhan dilepaskan perlahan. Beg beroda kecik setia disisi. Beg tangan kulit oversize diseluk. Hurm. Betulla ni kot. Kat sini.

Dia melintas bila melihat orang lain turut melintas. Tak payah tunggu lampu merah. Dia pun taktau kenapa. Memang macam ni kot cara melintas dekat sini.


“dik? Mana dik? Johor Bharu dik?” seorang lelaki mengejarnya.


“eh.. tak..tak.. takpe.” Penuh cuak didada. Apa kejar-kejar orang ni?


“haaa… adik manis.. Butterworth? Sekarang bas boleh jalan dik!”


Kali ni dia tak menjawab, terus berdesup lari! Takut! Cuak! Haish! Dia menaiki tangga besi itu. eeeee yerk… busuknya bau! Sampai sahaja di atas, mak ai, penuh orang! Macam ulat! Melihat orang yang bersesak-sesak itu, dia pun gagah bersesak-sesak jugak. Nak hidup, macam ni la kan? Takkan nak jalan kepit-kepit pulak kat sini! Mau terjelepuk jatuh, kena sepak pulak kang.


Dia terus berjalan. Tengok kedai kecik yang bersusun kiri-kanan. Mampatnya! Macam mana nak berniaga? Jual benda yang sama pulak tu. Dia berjalan lagi. Tak sedar, dia dah berada ditengah-tengah. Platform 20. tu tak penting, yang penting kaunter tiket yang berderet tu. Dia perhati satu-satu nama syarikat yang terpapar. Transnasional.. Konsortium.. dia kerut dahi. Memang asing, sebab dia tak pernah dengar. Macam mana kau nak dengar cik Erinne oi, pernah naik bas ekspress ke? dia menggeleng. Never lor.. tu yang tercangak-cangak tu. Macam terlepas ke bulan je gayanya. Persekitaran yang tak pernah dilihat.


Dia bergerak ke satu kaunter kecil. Gunung Raya Ekspres. Uuuuh. Nama macam gempak. Sunglasses nya diangkat keatas kepala. Membaca nama destinasi yang terlekat dicermin kaunter. Taiping? Taknakla. Butterworth? Em. Common. Alor Setar? Dah pernah pergi Kedah. Tiba-tiba ada nama satu destinasi yang unik. Macam best jek? Huhu.


“err kak! Tiket Bagan Serai satu?” kau memang gila Erinne. Hatinya terdetik.


*************


Duduk sahaja didalam bas, wireless headphone dipakai. Mode shuffle ditekan. Biarlah, main jelah lagu apa-apa pun. Dia tak kisah. Tak pernah kisah.


Saluran aircond diatas kepalanya dipusing sedikit. Panas! Dia menyebak rambut ikalnya kebelakang. Mata melihat keluar cermin. Tiba-tiba otaknya ligat berfikir.


Apa yang aku tengah buat ni? betul ke apa yang aku buat? Tinggalkan Amoi dan Bee dengan satu note. Tinggalkan kolej satu sem. Tinggalkan KL tanpa bagitau family. Huh! Gila! Kerja gila!


Dia meraup muka. Kalau nak diikutkan, dia sendiri tak tau kenapa. Bila dia terjaga awal pagi buta tadi, dia tiba-tiba rasa nak pergi jauh. Jauh dari apa yang dia ada. Bahasa mudahnya, nak lari. Disappear. Menghilang. Mau berseorangan. Dengan tak ada arah tuju, beg terus dikemas. Apa yang nak dibawaknya pun dia taktau. Dia sempat membawa yang penting-penting je. underwear, aih.. penting sangat tu. Bahan penjagaan muka, oh! penting jugak! Jeans 3 helai, t-shirt dia ambil satu susunan berlipat, taktaula ada berapa helai. Mp3, wallet.. memang wajib. Akhir sekali handphone, dicapai jugak walau tak berhajat nak guna. Kalau dia on handphonenya tu sekarang, dia berani bet potong jari la.. beratus miscalls and messages. Confirm! Sebab tu sejak keluar rumah handphonenya dibiar mati. Rimas! Malas nak bersoal jawab! Nanti bila diorang tanya kenapa lari nak jawab apa? Saja terasa nak lari tiba-tiba? Mau Amoi dengan Bee heret aku pergi wad psikatrik.


Penatlah berfikir pasal ni. hmm. Biarlah. My life, my rules. Hidup aku, aku punya suka la. kemana pun aku pergi, aku tak kisah. Cuma, aku nak tau.. nak mencari.. apa yang membuatkan aku nak lari tiba-tiba. Kenapa naluri, kata otak dan kata hati aku suruh aku lari.


Aaaaaaaaaaaa~ pening! Baik aku tidur dulu. zzzzzzz…


********


Dia sampai di tempat bernama unik itu. hari pun dah petang. Beg comel berodanya diseret. Pusing-pusing dulu lah!


Pekannya kecik. Kecik la bagi aku yang membesar kat KL tu. Kedai batu ada.. kedai papan pun ada. Uh. Kenapa buat kedai papan? Kalau terbakar kan susah. Logik di kepala otaknya berkata.
Dia berjalan lagi. Mata orang sekeliling dibuat tak endah. Macam la aku ni alien. Takat jeans Misssixty dengan plain t-shirt pun nak usha. Belum aku sarung dress Cinderella lagi. Mau kena kerumun kot. Hahaha. Stop it la Erinne, boleh buat lawak lagi kat tempat yang kau tak pernah jejak ni.


Cukup-cukup la pusing bandar kecik ni. Aku nak tengok rumah orang pulak.


Hari yang redup, macam tau-tau aje ade manusia yang berjalan jauh. Erinne masuk ke satu lorong kecik, muatla kalau Kancil nak masuk. Rumah pertama dilorong tu rumah besar. Mesti ketua kampung. Huhu. Pandai-pandai je buat spekulasi. Begnya ditarik lagi melepasi beberapa buah rumah. Dah sampai dihujung lorong, matanya terpana.


Huwaaaaaaa. Sawah! Aku tengok sawah padi live wa cakap lu!!! Tengah hijau lagi!!!!! Erinne tersengih-sengih dengan perasaan teruja. Aku ni macam buat videoklip la pulak! Dengan angin sepoi-sepoi.. lagi best dari angin autumn kat Tokyo.


Dia menarik beg berodanya. Kerk! Tersangkut. Lor.. sini dah takde tar. Jalan dekat lorong depan je diorang buat jalan tar. Sini hanya tanah merah yang ditabur batu-batu kasar. eeh! Payah betul! Siapa la wakil rakyat sini? Buatla tar sampai dalam!


Di situ ada dua jalan. Satu jalan di depan sawah. Satu lagi disebelah jalan itu, tetapi tanahnya tinggi sedikit. Kalau kat KL, jalan tinggi dia panggil flyover, tapi kalau ni panggil apa ye? Hehe. Erinne tersenyum sorang-sorang.


Dia bergerak ke jalan tanah tinggi sedikit itu. waah!!! Ada air rupanya! Ni nak panggil apa ye? Sungai? Tasik? Tak mungkin kot.. dia macam sungai, tapi tak besar macam sungai. Apa kenamanya? Huhu. Entahla. Nanti la aku discover.


Dalam asyik-masyuk Erinne berjalan, tak sedar hari dah gelap. Dia tak nampak pun orang kampung lalu-lalang. Orang kampung pukul 7 dah tidur ke? awalnya… takkanlah.


Kerk! Beg tariknya tersangkut lagi. Betul-betul di tebing. Huh! Dia merengus kasar. dia cuba nak menarik beg itu. tapi makin jauh pulak tergelincir rodanya! Geram.. geram. Ditarik lagi. Aih! Macam tak makan seminggu je gaya. Alamak!! Dia menepuk dahi sendiri. Sekali je dia menjamah makanan harini. Pagi tadi, lepas keluar apartment. Tu pun sandwich aje. Patutla tarik beg kecik ni pun tak larat!


Sebelah kakinya menahan badan diatas jalan. Sebelah lagi ditekan ditebing. Come on Erinne! Tarik sampai boleh!


Beg rodanya tergelincir lagi jauh. Ewah! Pandai main kejar-kejar pulak dia. tanpa disedari, kaki yang menahan diatas jalan tergerak.. dan…… gedebush!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Pandangan Erinne kabur. Rasa sakit dikepalanya. Dia nampak satu cahaya kuning dari dalam air… dan… pap. Matanya tertutup terus. Dia tak ingat apa-apa lagi.


*************


Seorang lelaki memandu kereta Kancil dengan tenang. Meter di dashboard menunjukkan 40 km/j. slow gila. Dia menarik sengih. Harap kat kampung je la nak drive cenggini pun.. kalau kat bandar mau kena hon sampai tercabut telinga.


Jarinya meraup rambut separas bahu tu kebelakang. Syahdu betul tengok kampung ni. terasa nak nyanyi lagu..



Majulah.. kampungku..
Majulah oh! tanah airku..
Walau dekat, walau pun beribu batu..
Engkaulah tanah airku…



Haha. Lawak! Macam pertandingan nyanyi lagu patriotic dekat sekolah rendah! Entah betul entah tak lirik yang dia sumbangkan tadi, dia pun tak tau. Bantai je la labu..


Lampu kereta dinaikkan sedikit. Dah gelap, karang Kancil aku ni terjun tali air siapa nak tanggung?


Tali air? Kenapa ada budak perempuan dekat tebing tali air tu? Ehh.. nak bunuh diri agak-agak la. Terjun situ takkan mati punya. Ehhh..ehh… dia terjatuh betul!!!!!!
Dia berhentikan Kancilnya ditepi. Kasut ditanggal dan terus terjun. Gedebush!!! Terpercik air ke atas.


Dia menarik seorang perempuan ke atas jalan, disebelah lampu keretanya. Kepalanya macam bengkak sikit, mesti terkena tanah liat keras. Takpun tapak simen kecik yang orang kampung buat tu. Dia mencempung badan perempuan itu ke seat belakang. Nasib la ringan. Habis basah lencun Kancil aku. Tuan Kancil pun lencun sekali. Haih.





Sampai dihadapan sebuah rumah kampung……


“Nek Ngah!!! Assalamualaikum! Nek Ngah!!” dia berdiri didepan muka pintu rumah bawah sambil mencempung budak perempuan itu. Dapur rumah Nek Ngah nampak terang benderang. Dekat luar rumah banyak selipar pulak tu. Ahh! Tak kisahla! Tangan dah kebas mencempung orang ni!



Krek… pintu dibuka.


“Ya Allah Reza!!!!!!!” seorang perempuan tua menjerit kuat.


Perempuan-perempuan yang ramai didapur Nek Ngah pun turut terkejut sama.


“kenapa basah kuyup ni??”
“bini kamu ke yang kamu angkat tu?”
“ini ke pengantinnya Nek Ngah???”


Bertalu-talu soalan dari mulut orang kampung yang sedang menyiapkan hidangan.


Reza cuma tegak didepan pintu itu. terdiam. Tak tau nak kata apa.


“bawak bini kamu dalam bilik dulu Reza.” Lembut Nek Ngah memberi arahan.


Gulp! Reza menelan air liur. Terkejut lagi sebenarnya. “ada kenduri apa ni Nek Ngah?”


“doa selamat untuk kamu le. Orang lelaki sampai dari surau kejap lagi.”


“tapi kan..”


“Nek Ngah tau lambat. Alah! Lewat seminggu je! tau kamu balik sini, Nek Ngah buat la makan-makan sikit! Dah! Dah! Pergi bilik dulu.”


Reza tersenyap. Perlahan dia melangkah masuk ke bilik yang selalu dia guna. Perempuan itu diletak diatas katil. Reza terduduk. Doa selamat perkahwinan aku? dia tertunduk sayu.

21 comments:

shahqax said...

wow citer dia memang tip topla...

eiDnuT said...

huuuuu suspen2..lgi3

ccake said...

waa...
da nk start aura lwk dier...
ske2...

cornetto_o.d.f said...

waaaaaaa..
kat bagan serai,cucuratap??
hehehehe..
ape nta yg dcari erinne tu..
~cucuratap org bgn serai er???=)

Anonymous said...

yeay! citer baru.. bgus2.. keep it up cucur atap.. i like~ heheh

si kure-kure said...

sambung lagi cucuratap...
excited nk tahu..
bg la byk2 n3 tros..
bru puas...

comei said...

wuhahaha
tibe2 lari dah kne kawin
siyes kelakar la die ni
mmg ptt msk wad psikiatri hihi

miss nina said...

wah..makin best la cter ni :)
bagan serai tu kampung maklang nina tau!
dekat sek. men. teknik kerian ~
next n3 bagilah panjang-manjang skit ye cik cucuratap yg besh :)

DianaTakyuddin said...

best!!!!

wAnNor said...

haha.. umah aku tu..
x de uniknye pon nama bagan serai??
huhu..

Anonymous said...

besh la..
suspen2..
cpt2 continue...

mama nursaafia & zafwan said...

bestnye....suka2...cepat continue k...

Anonymous said...

hahaha lawak sempoi mempoi da kua da..

MaY_LiN said...

ah..sudah...
pe kes...
da kawinnn..?
urm....(~_~)

Anonymous said...

wargh!!
best2..
hu~
da kawen da..haha
bru jerk lri dri umah da kawen..haha
lawak ler!!
best!!
cucuratap..bgiler n3 banyak2 trus..
he~

Anonymous said...

br nampak sket byg2 jln cite ni...
tp ape yg erinne 2 nk cr smpi lari kolej ekh..
wah..suspen tol..membuatkn ati kcilku meronta2 ingin tau slnjutnye..heheh

~zOey~

Unknown said...

waaaaaa....beshnye!! suspens wei..nape erinne tgglkn kl? em..reza mst ada prob dlm p'khwinan die 2..yg lg syok bace..si erinne 2..tali air pon x knal..ades..bdk2 kl..hehehe

ceritaku MEMORIKU said...

semakin kabur
bhahaha.
ape jd nie.he3
-na'dz

nailofargurlz said...

saspen22

ima said...

eh, nk komen. bes. heee~

DHIQA nA.IM said...

haha..bagan serai ialah kg sy !!bgge lak..hahah..yg pnting kbnyakkn org sne ckp bhse banjar........

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio