♡assalamualaikum

currently updating First.

Monday, May 11, 2009

kamu indah [1]



“SHIT!!!!!!!!” bergegar apartment 3 bilik itu. Amoi menguak rambut kusut kebelakang. Die buntu beberapa saat. Yep.. Bee.. kejut Bee dulu..

Kalut, gelabah habis Amoi bergerak.habis bucu meja, kaki kerusi, frame gambar dan entah apa-apa lagi yang dia langgar. Air liur basi dan tahi mata dah tak dihiraukan. Yang penting Erinne!
Pantas dia bergerak kebilik hujung. Tombol pintu dipulas kasar. Kelihatan Bee elok sedang berbungkus dalam comforter macam popia.

“Bee.. bangun Bee!” kasar suara Amoi mengejutkan kawannya yang sorang tu.

Diam tak berkutik. Amoi dah berasap. Time ni jugakla nak uji kesabaran aku.

“Bee!! Bangun la weh!!!!!!!!!” frekuensi suara dah naik.

“senyap la Moi…” comforter ditarik menutup muka.

“Bee.. kau nak kena tampar ke nak kena simbah air panas?” bersungguh-sungguh Amoi mengugut.

Eehh!! Bee merengus. “apa dia? kau apsal?” mata masih lagi bertutup.

“Erinne! Dia dah blah!!”

“halah.. dia dah pergi kelas la tuu..” heesh Amoi ni.. tu pun nak kejut orang.. dia yang nak kena makan penampar karang.. badan dikalih kekanan menghadap dinding.

Aku la si minah blur nih.. Amoi dah tahan sabar. Majalah Female yang sempat disambar digulung-gulung.. pak!! Sedap menampar punggung makhluk yang elok terbongkang itu.

“Amoi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” refleks Bee terjerit.

“Bee! Bangun Bee!! Kau tengok ni! bukak mata kau tu luas-luas!!” Amoi meletakkan post-it note warna pink itu betul-betul disila rakannya, si minah blur.. sebab tu nickname dia ‘Bee’.

“alah.. dia prank je tu..” Bee merebahkan semula badannya. Macam ada magnet je tilam ni..

“Bee!! Janganla baring balik!!! Aku rasa betul ni Bee.. mana pernah dia buat macam ni..” tangan Amoi menepuk-nepuk belakang Bee yang degil ya amat tu.

“April fool kot…”

“Bee!! Sekarang ni Julai!! Bee!!” sekali lagi Female tu dihempuk. Kali ni dekat muka. Hamek!

“sakitla Moi!!!” terus Bee terduduk. Mau calar muka aku..

“Erinne dah takde!! Dia dah lari!!! Kau faham ke tak ni Bee!!! Eeh! Penat la aku macam ni!!”

“Moi.. kau biar benar Moi… Erinne pergi mana??!” Bee baru nak menggelabah. Rambut yang serabai itu diraup kebelakang.

Huh! Amoi merengus geram. Baru nak kalut! Baru nak tanya! Orang kejut bagai nak runtuh dinding!

“aku taktau.. dia lekat dekat fridge..” Amoi muka risau.

“perempuan ni gila laa..”

“macam mana ni Bee?”

Bee merenung muka si Amoi. Nama betul Azah,tapi sebab mata dia yang sepet tak hingat tu, memang dari sekolah rendah orang panggil dia Amoi. “check wardrobe, jom?”

Bergegas dua-dua perempuan yang masih dalam baju tidur itu merempuh kebilik paling depan didalam apartment sewa itu. Bee terus menyerang almari baju. “Moi.. bad sign.. underwear sume takde..” muka Bee dah keruh macam Sungai Klang.

“baju?”

“don’t know.. baju dia banyak sangat.. kalau missing 10 lai pun tak prasan..” Bee dah terduduk depan wardrobe gedabak itu. “Moi.. drawer dia!”

Amoi yang dari tadi terduduk je atas katil Erinne bergerak ketepi katil. Laci ditarik. “passport ada lagi weh.. tapi wallet, phone, mp3 dah lesap..”

“huh.” Bee mendengus. “she’s gone.. really..” muka ditekup.

Amoi tersandar dipenghadang katil. Kau pergi mana Erinne??

“Bee! Siap jom! Turun kolej!”

“nak buat apa?”

“buat apa yang patut! Cepat siap!” Amoi terus melangkah keluar dari bilik tak berpenghuni itu. Erinne, apa kau buat ni?

*********************************

Sampai sahaja mereka di Kolej, mata mereka terus meliar kekiri dan kanan. Mana la tau Erinne ada kat sini.

Tanpa mereka sedari, semua disitu berpaling. Semua memandang arah yang sama, Azah dan Irma. No..no..no.. Amoi and Bee, to be clear.

“Amoi..” Bee mencuit lengan Amoi. “diorang semua tengok kita.”

“ah sudah! Jangan kata semua dah tau!” Amoi cuma meraup fringe-nya ketepi muka.

“it’s Erinne.... what do you expect?” Bee membetulkan letak duduk tali handbagnya. Sekali budak femes hilang, macam ni la jadiknya..

Zulhadi, yang menyedari mereka dari awal terus berlari anak mendapatkan mereka. “weh, pe jadi nih?”

Lelaki yang menyandang bagpack disebelah bahu itu merenung mereka dengan serius.Gamat jugak satu kolej bila dapat tau Erinne tangguh pengajian satu sem. Satu sem! 5 bulan tu! dan tak siapa jugak dekat admin tu boleh bagi jawapan ‘kenapa’.

“aku dah letak sign ‘do not ask’ dekat dahi, tak nampak ke?” selamba Amoi menjawab.

“hey.. c’mon laa.. dah kecoh la. bebudak junior yang mula dapat tau. Bising depan admin awal pagi tadi! Erinne tangguh study satu sem!”

Bee ternganga. Mata sepet si Amoi pun dah naik bulat.

“Zack.. kitorang…kitorang..kitorang taktau Zack!”terketar-ketar Bee menjawab.

Zulhadi cuma tunjuk muka tak percaya campur terkejut. Erinne, Amoi dan Bee tak pernah berenggang. Walau seminit. Walau sesaat. Kecuali masuk toilet la. Dan bila berita Erinne dah jadi bombshell kat kolej, dah tentu-tentu semua berpaling pada mereka berdua untuk bertanya. Tapi sekarang ni apa kes? Kawan rapat sendiri kata taktau??

“kau jangan buat muka macam tu Zack..” Amoi dah bengang. Tu baru Zack, apa nak jawab dekat yang lain? Taujelah.. selain belajar, fungsi ke kolej adalah untuk bersosial, a.k.a mencari bahan gossip a.k.a bergaya pakai duit mak bapak a.k.a mencari jodoh. So.. bila dah dapat bahan baik macam ni, memang meriahlah semua bercerita..

“ok..ok.. tapi group assignment kita macam mana? Member sorang dah hilang!”

“tu yang kau pikir Zack? Pasal assignment? Kitorang ni macam nak putus nyawa risau dekat Erinne tu! Memang sikit lagi aku nak terjelepuk jatuh bila baca post-it note dia tu!” Amoi dah naik suara. Lantak ar seluruh café ni nak dengar ke tak. Zack ni pun macam buat lawak bodoh tak bodoh ungkit pasal assignment. Mana aku tak berasap!

“kau rasa dia pergi mana?”

“jangan buat aku menggelegak Zack! Kalau kitorang tau takdelah risau macam ni sekali!” Bee pula naik berang.

“apa dia tulis dalam post-it note tu?”

Bee menyeluk dalam bag dan menyerahkan kertas pink kecil itu ditapak tangan Zack.

“away-months. Tu jek? Gila ke hape budak nih..”

Amoi dan Bee hanya senyap. Geram jugak sebenarnya. Main blah macam tu aje. Tapi memang la boleh buat orang mati terkujat, sebab hayat dia tak pernah lagi buat macam ni.

“dah try call?” Zack tanya lagi.

“naik muntah dah aku dengar suara cik operator maxis tu..” Bee jeling sekilas.

“kenapa tiba-tiba? Tak pernah-pernah pun.. korang gaduh kat apartment eh?”

“manede! Aman bahagia je.. kitorang pun pelik..” Amoi merengus lagi.

“ade suspect dia pergi mana-mana tak?”

Amoi dan Bee menggeleng serentak. Balik rumah parents? Takkan gempak macam ni sekali kot..

“yang pasti dia tak fly overseas. Passport dia ada.”

“family vacation?” Zack mengagak lagi..

“Mummy dia angkat phone bila kitorang call pagi tadi. Lagipun, family dia mana pergi holiday kat sini.. koman-koman pun Indo..” tapi kehilangan Erinne takdelah diberitahu kat mummy dia. Mau kena soal siasat 7 hari 7 malam..

“no idea huh?”

Amoi dan Bee hanya senyap. Tak tercapai akalmu nak berfikir.

“bila sedar dia dah takde?”

“pagi tadi.. masa aku pergi dapur, tengok note ni kat peti ais. Malam tadi,elok je kitorang tengok dvd.. gelak-gelak.. borak-borak.. lepastu semua masuk tidur.”

“dia ada kampung?” Zack mengorek lagi. Biarpun dah lama berkawan, hal personal member memang dia tak pernah sentuh.

“never.” Bee menjawab.

“other friends? Kat ceruk negeri mana-mana ke?”

“no.” Amoi jawab lemah. Setau dia, kawan-kawan Erinne memang dekat area sini jek, dan semuanya dia kenal.

“dia ikut balak kot…”

“huh. Haram la dia nak ikut lelaki. Kau kan tau, dia tu..”

“her life, her rules.” Serentak Bee dan Zack menyambung ayat Amoi tadi. Memang dah jadi ayat trademark untuk Erinne, her life, her rules. Hal laki-balak-boyfriend kemende semua tu memang dia tak ambik kisah.

“so, how?” Zack tanya balik.

“no idea. Otak aku stuck.” Selamba Amoi membalas.

“yeah. Me too.” Bee pula menambah.

“takkan nak biar macam tu je?”

“kau fikir la Zack. Kitorang dah penat. Dari bangun tidur tadi macam kucing hilang anak. Macam orang gila mencari sini sana.”

Zack memandang Amoi sepi. Dikalih pula pada Bee yang stylo habis dengan beret nya tu.

“kita cari lagi. Takkan nak biar.. jadi apa-apa dekat dia nanti.. she’s our friend aite?”

“sure.” Bee dan Amoi mengangguk. Kalau jumpa si Erinne ni, memang nak kena pelangkung laa.. buat orang putus nyawa!

15 comments:

comei said...

wah jeng jeng jeng
baca2 ni stil xpat nk figure out cite psl pe
yg pasti sntiase de kejutan
dasat la kak cucuratap
yeahh syabas bete!

eiDnuT said...

hailaaaa2...kasik kecoh btul starter...ada stu nih jek ke??nk n3 lg..hehe suspen sgt
cm akuh pnah bwat nih..haha

keSENGALan teserlah.. said...

kabur2....
cpt smbung kanda..
jgn la kasi aku kabur lme2...sian kt aku nnty..
hahah...

Miss Kira said...

hmmmm..
still blurr lg..
cpt post new n3 so kebluran tu akan hilang
heheeh

misz nana said...

konpius2..

••♥shidaradzali♥•• said...

blur lg...
ni yg wat tenanti-nanti...

Farah Shamsudin said...

wargh!!
suspen siot!!
he~

MaY_LiN said...

pe ni acu..
bikin suspen ar..
hihihi

Unknown said...

mane si erinne 2 pigi?? suspens tol ah minah 2..msti die la heroin cite ni? kn2? skg aku tggu sape lak heronye..hehehe..smbung lg cucuratap...x dpt tngkp lg nape erinne 2 lari..huhuhu

aqilah said...

akak blur... lah sikit psl ni. apapun akak follow...............

miss nina said...

erinne will be the heroin rite?
hehehe
--missnina--

DianaTakyuddin said...

wah, kali ni lain dari lain...
x sbr nk tgu smbgn..hehe
tp kimura takuya tu ensem kn~hihi

arina said...

hi....
first time baca ur blog recommended by my frens.
very interesting & i think i'm gonna link it to mine
good job from u :D

ceritaku MEMORIKU said...

kanda!!
aku masih kabur lagi.
bhaha
-na'dz

Anonymous said...

wow...1st entry pon dh havoc...keep it up!!!

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio