♡assalamualaikum

currently updating First.

Friday, May 8, 2009

bidadara : another part [9]

“Abang Iz, mananya bakal isteri Abang Iz tu?”

Purrfhhhhh!!! Tersedak Iz sebentar. Uhuk! Uhuk! Nisa ni.. tak nyempat-nyempat..

“apsal tersedak pulak ni… ha.. ni mesti ada orang yang tengah sebut nama Abang Iz.” Ceria aje Nisa mengenakan Abang Iznya tu.

“kenapa tak sabar-sabar ni?”

“dah Abang Iz yang tak sabar-sabar nak kenalkan..kan? kan?”

Iz memandang wajah Nisa sejenak. Biar betul budak perempuan sorang nih.. ceria semacam.. kena sampuk ke?

“Nisa ok ke tak ni?”

“ok je..” senyum lagi. Nisa sebenarnya dah naik muak! Muntah! Jelik! Mual! Asyik berfikir pasal bakal isteri dia je. hey.. c’mon la.. ni Nisa kan? Apa barang sedih-sedih… hidup mesti diteruskan! Sikit-sikit nak sentap.. ingat aku ni lembut macam akak ke? dey, silap stesen la weh! Nak kahwin sangat? ha! Kahwin! Kahwin! Nasib aku ni tak reti masak nasi minyak je, kalau tak memang aku offer diri jadi caterer majlis!

Iz kerut dahi. Ah sudah! Jangan la buat perangai baby…

“apanya Abang Iz ni? pandang macam nak telan orang je? jangan risaula! Kalau Abang Iz dah kahwin nanti pun, Abang Iz boleh pandang Nisa lagi.. Nisa tak kurung diri punyalah!”

Ni tak boleh jadi ni.. Iz pantas mencari Pija di dapur. “psst! Pija! Tunggu betar.” Lengan Pija ditarik rapat kearahnya. “mu ghoyak kok Nisa?”

“Ghoyak gapo?”

“pasa aku nok nikoh ni la..”

“excuse me! Takdok laa.. gapo mu tanyo?”

“mu tokseh ghoyak kok dio mu tahu dok?”

“En.I’zrael! mu tok pehe kecek klate dah ka? I did not tell her! And I won’t!”

Iz dah pening… aiyak~ “ok..ok.. aku cayo kok mu..” dia segera bergerak ke ruang tamu rumah pula. Kelihatan maknya dan Nisa serta makcik Nina elok berborak. Nisrin pula melayan karenah anaknya dengan Luth. Ha! Luth!

“Luth! Kejap.” Iz menyengih aje dengan Nisrin. Muka mau manis.. karang kantoi karang datang bala lagi satu pulak..

“pahal? Muka tapir je?” Luth bertanya setelah mereka berada di bahagian luar rumah.

“tapir ke.. tenuk ke.. kuda belang sekalipun aku tak kisah!”

“haha.. pahal ni? balik kampung pun hangin ke?”

“kau ada bagitau Nisa?”

“takde.”

“Nisrin?”

“arrr….”

Buk! “kau jangan main-main Luth!”

“adoi.. sakitlah bijak!” rasa kebas lengannya kene cop dengan buku lima si Iz. “takla! Aku tak bagitau pun..”

“haish.. pening aku.”

“kenapa? Nisa dah syak ke?”

Geleng.

“dahtu?”

“entah..”

“entah??????” naik key suara Luth. Sebab ‘entah’ aku kene cepuk?

“dia rilek je kau tau? Siap tak sabar nak jumpa future wife aku..” Iz dah terduduk diatas tebing simen didepan rumahnya.

“dia kan memang macam tu..”

“tapi selama ni ada la jugak dia gelabah bila aku nak kahwin.. apsal harini macam ni pulak.. dah nak dekat ni la nak buat pasal..”

“aku rasa baik kau bagitau jela..”

“pulak! Dulu kata hold dulu.”

“aku pun kesian kat Nisrin… dia dah fikir bukan-bukan..”

“kalau kau bagitau Nisrin je? Nisa tak payah tau ok tak?” Iz cuba bagi cadangan tak berapa bernas.

“haih! Tak selamat.. dia excited nanti, confirm terkeluar jugak..”

“so?”

“bagitau je la Nisa.. Nisrin nanti aku bagitau.. ke, kau nak buat pengumuman besar-besaran?”

“apa yang kena bagitau Nisa? Apa yang kena bagitau kat Nisrin? Iz? Uncle Long?”

Zapp!! Mereka terus berpaling pada pemilik suara itu di pintu. Nisrin! Alemak aii..

“Uncle Long???” muka Nisrin penuh tanda tanya.

Luth pandang Iz. Iz dah kecut.

“err.. takde apa.. angsa kat belakang rumah nak beranak..” spontan Iz menjawab.

“Iz!!!!!!!!!!!! Angsa bertelur, tak beranak!! Apa sebenarnya ni???” Nisrin menjerit geram!

Luth pandang Iz geram. Bodoh kau Iz! Anak aku umur 5 tahun pun tau! Rasa nak dihentak-hentak je dahi yang berjurai rambut tu ke tebing simen ni.

Gulp! Iz telan air liur. Betul jugak, sejak bila angsa beranak. Yang lagi best, sejak bila kat belakang rumah aku ada angsa?????

*********

Semua muka tegang. Luth, Nisrin, Iz, makcik Nina, makcik Haida dan Pija. Hasya Cuma blur taktau apa-apa. Amsyar lagi la tak faham situasi. Nisrin kalih pandang pada Iz. Semuanya mesti diselesaikan petang ni jugak! Gila hape nak tunggu hari nikah???!

Nisa yang tengah sedap mengunyah kuih akok sambil bermain dengan Amsyar diperhatikan. Bukan sepasang mata je yang tengah perhati, tapi 7 pasang mata!

Nisrin menguis lengan Iz. Cepatla! Apa tunggu lagi nih!

Iz melangkah mendekati Nisa sedikit. Bismillahirrahmanirrahim.. cuaknya, macam kena sunat! “err..Nisa?”

“ye?” Nisa kalih pandang kebelakang. Berkerut seribu dahinya. Semua orang beratur macam nak buat hari perarakan ni kenapa? “kenapa semua orang ni?”dia berdiri dan memeluk tubuh. Cuba berfikir.

“Nisa, Abang Iz nak cakap sikit.”

Nisa pelik melihat Iz. cuak semacam. Muka pucat. Ada buat salah ke ni? suspen betul! “ada apa?”

“Abang Iz sayang Nisa.” Nah!!!!!!!! Terhambur jugak apa yang nak dikata.

Nisa tegak. Muka tiada reaksi.

“Abang Iz nak minta maaf.” Makin lancar percakapan Iz, mula-mula memang la cuak habisan kan? Dia berdehem dan menyambung kata. “Abang Iz.. em, Abang Iz taktau macam mana nak explain, sebab Abang Iz tak susun ayat lagi, tak bersedia lagi nak bagitau semua ni.”

Hening.

Sunyi.

“Nisa tau kan, dari dulu, Abang Iz ambil berat sangat pasal Nisa. Pergerakan Nisa, makanan Nisa, kesihatan Nisa.. semua tu, Abang Iz buat sebab Abang Iz sayaaaaang sangat kat Nisa.” Perlahan suara Iz merungkai satu-satu perkara. Suara memujuk orang kata.

“dan sayang Abang Iz tu, bukan sayang abang dekat adiknya, tapi sayang sebab Abang Iz nak hidup dengan Nisa, nak lindung Nisa, nak sayang Nisa sampai Abang Iz mati.” Tajam mata Iz bertemu dengan mata Nisa. Nisa masih diam, tak bergerak walau satu millimeter.

“Abang Iz, minta maaf sangat sangat sangat sangat, sebab Abang Iz sembunyikan semua ni. Abang Iz.. nak kahwin dengan Nisa, bukan dengan orang lain.” Fuh! Iz menghela nafas. Matanya masih tertancap pada Nisa. Nisa yang pegun. Nisa yang beku sejak tadi.

Nisrin dan Luth dah risau dibelakang. Makcik Nina, makcik Haida dan Pija pun ternanti-nanti reaksi Nisa.

10 saat.. 15 saat… masih diam.

Tiba-tiba……

PANG!!!!!!!!!!!

Masa terhenti.
Angin tak bertiup.
Air tak mengalir.
Bunyi tak bergema.

Nisrin ternganga. Luth tersentak. Makcik Nina dan makcik Haida terdiam. Pija menekup mulut sambil memeluk Hasya disebelah.

Nisa????? Lempang Iz????????? Kenapa????????????

Nafas Nisa turun naik. Tangan kanannya sudah kembali disisi. Disentuh dengan tangan kiri. Sakit! Pijar!

“Nisa?” perlahan Iz menegur. Itu bukanlah tamparan paling perit dalam hidupnya, tapi yang pertama dari Nisa. Mau tak berbekas!

“what’s..”

“kenapa Abang Iz tak bagitau Nisa awal-awal?????” cepat Nisa memotong sebelum Iz menghabiskan ayat. Rasa merintih nada suaranya.

Iz terpempan. 2-3 saat cuba memproses ayat Nisa sebentar tadi. “err..”

“Abang Iz ni! buat Nisa risau aje!” muka Nisa sudah mula beriak. Hidung dah merah. Confirm, kejap lagi banjir la Kota Bharu ni.

“ha??” Nisrin dan Luth tak faham. Nisa suka ke tak suka ni??

Hasya berlari mendapatkan Nisa. “Acu sedih ye? Hasya peluk Acu eh..” dan Hasya terus melekap pada Nisa. “daddy! Pujuk la Acu ni!”

Hahaha. Seisi rumah terus tergelak. Dari suasana sayu, terus bertukar ceria.

“apala Hasya.. mama baru nak touching..” Luth mengusik Nisrin.

“manede Nisrin touching!”Nisrin mengelat. Padahal rasa nak meleleh hingus dah tadi. Luth terus memeluk bahu isterinya. Dia nangis, aku kena pujuk dia.. adik dia nangis pun, aku kena pujuk dia jugak? Perempuan memangla complicated!

“kita kahwin dekat mana?” dengan hidung merah-merah tu sempat lagi Nisa bertanya.

Iz tergelak. “haha.. dekat Shangri-La.”

“patutla dulu tanya kita nak kahwin kat mana..”

“lepastu ada la orang tu kan, dia kata nak kahwin dekat pejabat kadi..”

Nisa cebik. Tu nak sakat orang la tu! “kita pakai baju apa?”

“em.. jeans bundle kan?”

“Abang Iz!”

“haha.. takla.. baju taktau lagi. Dah survey dah, tak tempah lagi. Kapas seems nice..” Iz menyebut butik yang terkenal di ibu kota itu.

“ni siapa yang pandai-pandai plan ni?”

“tu.. mastermind dia.” Iz menunjuk Luth yang sedang memeluk bahu isterinya. Luth cuma tersengih-sengih.

“oh! that menyampah-abang-ipar!”

“Nisrin punya pasal la kena reveal habis harini.. kalau tak, ingat nak buat before nikah aje..”

“gila kejam punya plan!” Nisa masih tersedu-sedu.

“dah la baby.. jangan la nangis lagi.. Abang Iz risaula Nisa nangis lama-lama macam ni..”

“biarlah.. buat macam ni kat kita..ingatkan dah tak sayang kita..” nada merajuk-comel Nisa dah mula dah..

“halahai.. maunya tak sayang.. sebab sayang gila la yang buat macam ni.. dahla.. jangan la nangis lagi.. patutnya Abang Iz yang nangis kena lempang..”

“Abang Iz ni teruk la.. orang lempang sebab geram..”

“dahtu? Nangis sebab apa pulak?”

“sebab…sebab..”

“hurm?”

“takde apelah.”

“takpe.. my baby girl ni memang suka dilayan.. come, tell me. Why are you crying like takde hari esok nih?”

“Eh! Eh! Eh! Daddy dengan Acu ni dah lupa ke Hasya ada kat tengah ni?” Hasya bertanya sambil bercekak pinggang.

Alahai! Buat telenovela sampai lupa si kecik ni dekat tengah!

Hahaha. pecah gelak satu rumah!

29 comments:

Anonymous said...

hahaa...bes2..
nice..sweet.. etc..


:: 1st person bc after a few minutes this n3 dipostkan ::

ceritaku MEMORIKU said...

waduhh!!!!!!!!!!!!!
suke2.
bangat..
sweet je.tp yg xley blah iz kena lempang.
bhahaha.
'kanda' sambung.ngeeee
-na'dz

Cik Miza said...

arghhh best ni...ada lg smbungan tak??
wt la adengan kwin diorg n pas kwin skit...
hehehe..happy ending story

kc said...

besttttt.....

misz nana said...

at last..
terbongkar jua akhirnya..
haha..

Miss Kira said...

hehehe..
cian kna lempang..
hasya tu gangu je depa nak berromantik..
heheeh

Anonymous said...

ahahaha..lawak2..comel la hasya ni..interframe kt mne2 je..ekekeke

cheesecake-

Mimi Nurisya said...

comey....hasya ni memang la...'penyeri suasana'
rasakan la penampar sulung sblm kahwin...huhu...
huhu....cinta di udara tu...depan orang ramai lagi...

Anonymous said...

CUCURATAP = BEST!

alkene87 said...

hahaha..lawak siot..
terguling2 dpn laptop ni
kuih akok?
rindunyer ..dh lame x mkn..
ni yg wat den x sbr nk balik kl ni
nak cri kuih akok kat jln tar.

lepas abis cite bidadara leh la smbung "cerita mereka" ek cucuratap?

aqilah said...

kah...... tak psl2 kena pelempang. iz....iz....... nasib baik tak gugur gigi tu. best! best!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

••♥shidaradzali♥•• said...

hehehe..
shuweeett...
hasya pon shuweet..
cucuratap bravo!!!

comei said...

yeahh akhirnya di reveal
gile jahat plan diorg
cian gak kt iz dpt lempang free hahaha
conrat kak cucuratap
mmg besh thp petala kelapan hihi

Fatin Cullen. said...

best giler beb!!!
nisa ngan iz memang sepadan!

Farah Shamsudin said...

hu~
cian iz kene lempang..
hahaha..
tulah..
nakkasi surprise konon..
ha~

hasya cute....sgt!!!

aisyah said...

yeaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
best gle!!!!!

Anonymous said...

best la n3 kali ni.
amik ko iz, kan dah kena lempang dengan nisa :)

cik cucuratap, buat n3 yg best2 lagi2 ya!!
--missnina-

keSENGALan teserlah.. said...

ngeeeee..
ske2..
ske baangat..
kan da kene pang sebijik..ape rse iz??
kueh akok??
hahahaa...
that menyampah abg ipar i like...
smbung cpt2 sis atap..ekekek...

FateN said...

waaaaaaaa
giler beshh
nak lagi...nak lagi

azie.me said...

waaa....
bez2...wat lawak x hingat dunie...
x psl2 kne lempang ngan nisa...
hehehe...

haikadove said...

hahahaa.. dis one da besh larh!
lawak gylee nisa nie..
isk isk.. yeay! thanx cucuratap=D

Daz Dianza said...

hahah tersangatlah sweet
best btl..cpt la smbg..
fuhh~~ gempak la..
hahahah

cornetto_o.d.f said...

0hohohohoh..
lawak rh cucuratap...
best rh...i like u!!kih3,,,
gLabah pnyer psl smpe angse pown branak,,ape daaa...hahahaha

tzaraz said...

aauuuchhh...sakit tuh..

{~ar3-in~} said...

saye sukeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.....waaaa

cyah said...

hehe dah agk dah... hahaa sedap je iz kena haha

Unknown said...

hahahaha...ingt kne time...skali kne lempang dlu bru d time lamaran 2...lwak ah..haha...papepom..so swit la dorg..lg2 si hasya 2..dlm org tgh emo n nk romanik..die lak mncelah..potong line tol hasya 2..hehehe

Anonymous said...

ala napa nisa ltak pic laura gedik tu...huhu
tp pe2 pun bidadara bezzzz...

nurul said...

tahniah..crite yang sangat best!teruskan berkarya...

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio