♡assalamualaikum

currently updating First.

Sunday, May 3, 2009

bidadara : another part [7]

“mama.. kita nak pergi mana?” comel mulut Hasya bertanya. Yelah, pelik tengok mamanya berkemas baju sakan dengan beg besar!

“kita nak pergi holiday!” ceria Nisrin menjawab.

“sekarang bukan school holiday right, ma?”

“kita pergi esok, sampai selasa.”

“ma! School macam mana?”

“alah, ponteng 2 hari aje.”

“mama.. teacher kata tak baik..”

‘ewah.. aku pulak kena nasihat balik’ Nisrin mengumam dalam hati. “takpe.. papa bukan senang nak cuti, bila dia kata nak pergi, never say no. ok?”

“ow.. semua orang pergi ye ma?” Hasya dah mula menyibuk nak tolong melipat baju papanya kedalam beg. Adoi. Hancus!

“Hasya tak payahla tolong.. Hasya tengok je..”

“alah mama ni..”

“pergilah tengok tv.. masa ada orang nak tengok, Hasya nak berebut.. masa orang takde Hasya taknak tengok pulak..”

“mama ni suka nag la..”

Besar mata Nisrin memandang anaknya. Pandainya cakap! Macam bapak dia! “yelah. Pergi la sayang papa. Hasya kan anak papa. Mama ni suka nag. Papa je yang baik. Semua papa, semua papa..”

“amboi… dengan anak pun nak merajuk…” tiba-tiba ada suara menjengah.

Nisrin dan Hasya mengalih pandangan ke pintu bilik. Luth elok tengah bersandar pada pintu yang terbuka. Tie nya terungkai dan lengan kemeja dah ternaik sampai atas siku. Entah berapa lama dia bersandar kat situ pun tak tau.

“papa da balik!” Hasya berlari terus memeluk papanya. Luth mengelus perlahan rambut Hasya dan mencium anaknya itu.

“sikit-sikit papa.. sikit-sikit papa..” Nisrin merungut dengan suara rendah. Tangannya makin laju memasukkan baju kedalam beg.

Luth menjeling pada Nisrin yang elok bersila depan almari. Bibirnya tarik senyum. “Hasya pergi bilik baby Amsyar kejap. Tengok dia dah bangun ke belum.”

“ok.” Lekas-lekas Hasya keluar dari bilik.

Nisrin jeling sekilas. Kalau papa dia bagi arahan, cepat aje gerak. Kalau dengan mama, cukup liat! Nisrin kembali menumpukan perhatian pada baju-baju bila dia nampak Luth dah tersengih-sengih padanya. Tu.. tak lain.. nak buat ayat manis la tu. Nisrin! Bina kubu anda! Jangan mudah terpedaya!

“hai dear..” Luth turut bersila disebelah Nisrin. Aik? takde respon?

“bukakkan tie? Tolong?” Luth cuba buat muka comel, walau rupa 35 tahunnya itu langsung tak comel!

“sendiri ada tangan kan.”

Hoho! Pedih Luth! Pedih!

“herm.. ambikkan air?”

“anak dara awak kan ada..”

Luth mula menggerakkan tangan, menolong memasukkan baju. “apa ni dear.. dengan Hasya pun nak merajuk..”

Nisrin senyap. Sibuk pulak tangan dia nak menolong! Nak buat sangat? huh! Nisrin terus bangun meninggalkan Luth terpinga-pinga disitu.

“dear..”

Panggilan Luth dia buat bodoh. Terus keluar dari bilik.

Pulak dah! Luth tersenyap beberapa saat didepan luggage besar itu. kemana pulak Nisrin pergi? Humph. Dia bangun dari sila dan duduk dibirai katil. Belakang tengkuk diurut. Ni la padah nak cuti lama. Kerja-kerja kena kasi settle dulu. penat!

Tiba-tiba dia nampak segelas air sejuk didepan matanya. Erk? Bukan gelas terapung kan? Dia mendongak sedikit. Nisrin sedang menghulurkan gelas dengan muka masam. Hehehe. Panjang sengih Luth. Ni yang dia suka ni!

“ambiklah. Kata nak air tadi.”

“terima kasih..” terus Luth meneguk air itu. Alhamdulillah..

Jari Nisrin pula cekap merungkaikan tie dileher suaminya yang tengah sedap meneguk air. Sakit hati, sakit hati jugak.. tapi kesian la kat pokcik tuo ni.. kesian? Ok.. tipu. Care sebenarnya. Hehe.

Luth still tak berhenti sengih. Sampai Nisrin menarik helaian tali leher itu dari colar bajunya, matanya masih tak bergerak dari wajah Nisrin.

“apa pandang-pandang?”

“sayang saya eh?”

Nisrin mengambil gelas kosong dari tangan Luth. “perasan gila.”

Hahaha. “heleh.. saya tau..”

Nisrin mencebik. Menyampah betul. Masuk kotak, seal sendiri la pakcik..

“meh sini kejap.” Luth mencapai pergelangan tangan Nisrin.

Nisrin menghadap muka Luth. “apa?”

Luth berdiri. Terpaksa Nisrin mendongak sedikit. “sayang awak.”

Nisrin buat muka. Luaran buat muka, dalam hati? Berbunga mak oii..

“and…”

Nisrin kembali menumpukan perhatian mendengar.

“perangai awak ni terukla.” Serentak dia menarik rambut depan Nisrin sedikit.

“Uncle Long!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” pap! Sedap kena debik sekali!

Hahahaha. Galak Luth ketawa. Lawakla wife aku ni. tadi tu mesti da perasan habis aku nak sambung ayat bunga-bunga. Haha. Kena sekali.

“malaslah nak layan!” Nisrin terus berpaling. Ni mau aku merajuk betul ni..

“takpe.. anak dara saya kan ada nak layan saya..”

“Uncle Long!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” gamat bilik utama di tingkat atas itu. menjerit macam Ning Baizura!

Haha. “taklah.. main-main je.. mana boleh ada orang ganti awak.. Hasya pun tak boleh..”

Nisrin mencebik. Aku tak cairla. “ar, kenapa tiba-tiba kita nak pergi Kelantan?”

“ow. Pergi jumpa bakal isteri Iz.”

“apa dia???????????????????????????????????”

“kenapa?” pelik Luth melihat isterinya terkejut sakan.

“dia kecewakan my sis, then you asked me why?”

“alah.. takde apelah.. dia nak kahwin tu.. kita patut support..”

“awak ni.. … ish! Awak tak fahamla..”

“apa yang tak fahamnya?”

“kesian la Nisa..”

“alah..dah Iz tu nak kahwin.. kita nak buat macam mana?”

“tapi…”

“janganlah fikir lebih. Nisa akan okey jugak nanti.”

“confident je awak. Awak taktau perempuan kalau frust teruk, tau?”

“saya taula.. saya jamin.” Luth tersengih-sengih.

**********

“Nisa..please?” Iz masih dalam usaha memujuk.

“taknaklah.. nak buat apa!” ade ke nak ajak aku balik Kelantan, suruh berkenalan dengan future wife dia? logic tak? Logic tak? Logic tak anda sekalian???????? Langsung tak!!!!!!!!!!

“alah.. jomlah.. makcik Nina ok je nak ikut..”

“mak tu sebab nak shopping! Dia mana boleh dengar nama Rantau Panjang ke, Pasar Siti Khadijah ke, mulalah! Ade je dia nak beli!” Nisa memeluk tubuh.

“Nisa pun boleh join apa.. alang-alang kat sana, boleh shopping sekali.. nak apa? Tudung, kain, toto? Semua ada!”

‘sungguhla bengap manusia depan aku nih. Aku bukan taknak shopping, aku taknak jumpa bakal wife kau la!!!!!!!!!!!!!!!’ kata hati Nisa menjerit. Geram!!!!

“Nisa taknak. Lagipun Nisa tak apply cuti pun!”

“esok apply la.. esok kita bertolak petang, nak? Pagi tu Nisa mintak la cuti..”

“senangnya cakap..”

“ok..ok. biar Abang Iz applykan, nak?”

“eh! Tak payahlah!”

“please baby…”

Betul la lemah dengar perkataan yang satu tu. Huh! “tengokla. Nisa tak janji.”

“yes!!! Tengkiu..” lebar sengih Iz. Kalah kerang busuk.

“kenapa beriya sangat nak Nisa kenal dengan bakal isteri Abang Iz tu?”

“saje.. Nisa kan rapat dengan Abang Iz.. Luth pun pergi jugak dengan family dia.”

“ow.. akak suka la tu ambik kesempatan..”

“kesempatan apa?”

“dapat pergi holiday.. Abang Luth kan tak selalu cuti..”

“ow.. tapi kan, Abang Iz suka pergi holiday.”

“hmm.. untung la wife Abang Iz nanti..”

“tulah! Untung dia! Abang Iz dah la baik hati.. penyayang.. haha” Iz cuba membuat lawak. Tapi buat malu je, sebab tak berkesan. Nisa tetap muka tegang. “err.. sorry. Lawak je.”

“taklah. Betul la tu. Untung siapa dapat kahwin dengan Abang Iz ni.”

“lain macam je bunyi..”

“ada bunyi macam mengaum ke? mengembek ke?”

Gulp! Iz dah tak terjawab. Angin Nisa tak baik malam ni. “sorry la Nisa.. Abang Iz gurau je..”

“what so ever.”

“Nisa.. Abang Iz nak cakap sikit.”

Nisa pusingkan kepalanya kearah driver. “hmm, apa dia?”

“Abang Iz tak suka cara Nisa layan Abang Iz lately ni. janganla disebabkan Abang Iz nak kahwin, Nisa nak jauhkan diri. Kalau Nisa risau pasal perasaan bakal isteri Abang Iz, abaikan.. don’t worry.. dia ok.. tak kisah punya.”

‘oh Abang Iz! Jauh tersasar pendapat Abang Iz tu! Pekehal aku nak heran perasaan future wife dia? perasaan aku pun gundah-gelana, nak ambik kisah perasaan orang lain!’ Nisa membebel dalam hati.

“Nisa.. are you okey?”

“ya.”

“takmo off-off handphone lagi.. takmo ignore message lagi..”

“ok.” Malas Nisa menjawab. Apapejela Abang Iz oi..

“esok, Abang Iz ambik Nisa dengan makcik Nina kat rumah ok? Then terus pergi Kelantan. Get ready.. perjalanan berbelas jam tau..”

“ok.”

“tak excited ke?”

“excited kenapa pulak?”

“nak jumpa bakal isteri Abang Iz?”

“oh! excited gila!” selamba Nisa menjawab. Nada memang buat-buatla.

I made a promise never to settle
Why didn't I keep it?
'Cause I hated the heartbreak
Crying and cheating, the fooling around

Tiba-tiba lagu yang baru sedikit dimainkan itu menarik perhatian Nisa. Tangannya mencapai butang volume pada radio kereta Iz.

(But) I'm not missing you
I'm not going through the motions
Waiting and hoping you call me
I'm not missing you
You might have had me open
But I must be going because
I got life to do
I know I'm usually hanging on
I used to hate to see you gone
But this time its different
I don't even feel the distance
I'm not missing
I'm not missing you

“suka ke lagu ni?” Iz mencelah.

Ish!! Kacau je orang tengah khusyuk! “hmm.”

“siapa nyanyi?”

“Stacie Orrico.”

“lagu baru?”

“taklah. Lama dah.”

“tak pernah dengar pun?”

“Abang Iz tak selalu dengar radio lah tu..”

“kejap, ni singer lagu ‘stuck on you’ tu eh?”

“aah.”

Dan lagu itu kedengaran semula..

No I can't be with you
Cause I'm scared felt like I was falling when you left me
I can't keep going through life

Tap!

“aik? kenapa switch-off?”

“tak suka la lagu ni.”

Iz kerut dahi.. pulak dah..

29 comments:

misz nana said...

bila sampai part tu dah x suka ye Nisa?
heheheh..

Marlina Salleh said...

dah da pon!!!
cita ni lg234567 la cute!!
sume comel ja..
wpon gado..
hahaha

::cHeeSeCaKe:: said...

ahaha..cute gile care iz pujuk nisa..angin btul si nisa lately ni..kekeke..iz ni saje je nk uji perasaan si nisa tu..kekek..romantik tol luth ngn nisrin walaupon da 2 anak..kekeke

LiNa said...

hehehe...best2..sambung lg yer..

Mimi Nurisya said...

hehe...sweet je...is ni pn suka wat jenayah ye..."please baby...."haha...nisa pun mesti cair...uncle long n nisrin pun best...cepet2 sambung ye cucuratap...

MaY_LiN said...

aaaa....
nisa2..
hidup2 kena tipu ngan iz..
dapat lak abg ipa cenggitu..
wat pakatan axis lak..
huh..nasibla..

::cHeeSeCaKe:: said...

hehe..comel tol la nisrin n luth ni..still romantic..iz ni suke tol bermain ngn api la..klu suke, ckp suke..kang melepas kang..huhu

Anonymous said...

hehehe..
suke2..
eh mne lgu kau
istimewa??
da ilang eh?
hmm..
suke la lagu tuh..
ps2..
nisa ni ske denga lgu lam
kete abg iz..
hehe
sooo..swetttttt!!!!

~ina MeliNo~

aisyah said...

romantik sgt laa nisrin ngan luth niee...
xcam nisa n iz...hehe...
cian kt nisa...
iz nk kawen ngan nisa kn??
btol x?hahahahah....

FateN said...

ahaha..cute...sweet....
saya gilos, senyum sorg2. haha

Nemo^0^eriMo said...

best2...
eiks.....
cpt sambung....

yks said...

saya sukaaaaaaaa cerita ini~tu je..sekian...nway,keep it up!

Cik Miza said...

wah bestnya cite ni..
jgn la wat byk sgt episod..
suspen je sapa bakal wife iz tu..
sian nisa..

sYaFaRiNa said...

hahaha, nisa tgh sedey...
nasib ko la iz...

haikadove said...

hahaaa.. lawak laa nisa nieh..
iz.. cpatlaa, jgnlaa maen2 lg ngan nisa..
kcian nisa mkn hati tueh. hahaaa=p

tzaraz said...

Siyan la Nisa...
kuat nyakat betul Iz nie..

Unknown said...

beshnye dorg ni...!! sume gile2..sume swit...ble bce psl luth n nisrin..leh lak aku terkoya ku jd nisrin...ble bce psl iz n nisa lak..leh lak aku terprasan jd nisa..kuang3..tp aku x de lg iz dgn luth..x jmpe lg..muahahahahaha...papepom...mmg besh!! x sabo tggu nisa tau bhw die la calon future wife iz..hehehee

Ai said...

iah2..
diorag nih..

ida said...

ha3x... mati2x nisa nie kne gula.....ngeh3x.... kne tipu idop2x ngn bkal laki n abg ipar..... pndai btul luth ngn iz buat pakatan axis...... ngn nisrin skali kne tipu... parah2x...... nk entry baru lagi... gler glojoh aq nie.... xperw kn cucuratap

:)

keSENGALan teserlah.. said...

haha..aku suke tol la part2 yg ader luth ngn nisrin nieh...
comey plus sweet plus cute plus masam plus payau plus masin n mcm2 plus la..*bkn plus tol taw....
nisa ngn iz pon xley lawan..
haha..
papepon,,iz sje je nk tortured prasaan nisa..
isk2..
sian nisa..
hehee....
smbung2..

Daz Dianza said...

best2..
smbg la cpt skit ek
hahahah :)

ceritaku MEMORIKU said...

bhahahaha.
nisa jeles.
mueheheheh.
comey2.
dn future wife tu nisa kn?
he3.
sambung2
-na'dz

awanbiru said...

heheheheh

yay!! nisa jeles

ntah2 nisa tu future wife iz..

pape pn smbg2

cornetto_o.d.f said...

rase nk cekik je iz tu..
suke main2..
hehehehe
pndai cucuratap wat ktorg geram...kih3...

comei said...

"please baby.."
wuhahaha xyah kata nisa
eden yg baca ni pun cair hihihi

aiseyy mmg rasa nk ketuk je pala iz tu
bkn maen lagi die perkenakn nisa
wuhahahaha nk lagi pls hihihi

Anonymous said...

waa gila senyum2 sorg2 dpan pc :P

aqilah said...

lu mmg best la, wa caya sama lu! idea tip top

Sweetheart said...

ala.. si Iz ni saja nak buat suprise kat nisa... confirm nanti nisa mengamuk ... and for sure si nisrin pun buat hal dgn luth...wa... tak sabar nak tunggu n3 baru...

Anonymous said...

juz nk bg suggestion:
lagu HARAPAN- FAZLI ZAINAL bleh msuk dlm citer nieyh rasernyer....
klaw rase x ok, x pe la...


Aremiraa91....

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio