♡assalamualaikum

currently updating First.

Friday, May 29, 2009

kamu indah [10]

Pagi itu, semasa Reza pergi ke surau untuk solat subuh, Indah memulakan operasinya. Bukan Operasi Burung Hantu tau, ni operasi baik punya.

Perlahan notebook Reza diangkat keatas katil. Bismillahirrahmanirrahim… pandai je aku baca bismillah nak pecah harta milik orang. Haih. Takpe. Niat aku baik. Ececeh.

Password? Mampus! Indah menggaru rambutnya yang tak gatal langsung. Lelaki selalu letak password apa ye? Indah bergerak kemeja solek. Wallet Reza diselongkar. Birthday dia kot? Hentam jela.

14 Februari. Tak boleh tahan tarikh dia~

Alah! Salah! takpe Indah! Usaha tangga kejayaan! Aaah! Sembahyang subuh tu 2 rakaat aje. Surau tu pulak agak kurang dari sekakngkang kera. Ish. Try nama jelah.

Hud Rezairel.

Access. Ceh! Mamat skema! Apala letak nama penuh!

Tiba-tiba dia rasa wallet Reza tu lebih menarik dari notebook yang terpasang. Hurm. Business card pertama ditarik keluar.

Dato’ Ahmad bin Azalan.

Ada logo Syarikat Penerbangan Malaysia. Terbeliak mata Indah. CFO?????? Gilak!!! Si Reza ni main korporat pulak dah. Wallet itu disiasat lagi. Tak ada langsung credit card. Uish! Pelik! Ada ke orang yang main korporat tak ada credit card? Haaa.. ntah-ntah dia ni driver aje kot? Takpun tukang kebun. Takpun, tukang cat rumah. Hahaha. Indah gelak sendiri dengan telahannya. Apapejelah yang kau mengarut Indah.

Tapi… tukang cat rumah mana pakai Blacberry. Ish. Tipu..tipu. wallet itu dibelek dari depan kebelakang. Mont Blanc. Lagi la tipu tukang cat rumah pakai Mont Blanc.

Tapi.. dia pakai kancil. Dia orang kampung. Dia makan pucuk ubi, bukan lobster harga RM400 sepinggan.

Tapi.. logic jugak! Mana tau Dato’ tu bagi dia. 4-5 tahun punya second hand Mont Blanc. Logik kan? Possible kan?

Haih! Banyak la kau punya ‘tapi’. Skrin notebook ditenung semula. Desktop background kosong. Arrr! Bosan gila mamat nih! Tak ceria langsung! Meh aku hias sikit.

Indah klik pada ‘paint’. Erm. Mari kita belajar Pendidikan Seni! Spray sini sikit.. spray sana sikit.. konon-konon abstrak la tu. Berseni habis. Di’save’ dan di set sebagai desktop background. Hihihi. Indah menekup mulut. Mampus aku kalau dia tau. Ala, tukar sekejap je. Dia taktau punya.

Eh! Lupa pulak tujuan sebenar. Dia nak korek pasal Reza, bukan nak cantikkan notebook dia. Jarinya digerakkan-gerakkan. Hurm.. fail apa nak bukak dulu..

“Indah!!!!!!”

Gedebuk!

“auch!!!” adoiiiiii… sakit bontot…. Sakit kaki..

Reza terhendap-hendap melihat Indah yang terjatuh dekat bawah katil belah sana.

Indah senyap sahaja dibawah. Menyorok disebalik katil. Aiyak~ kenapa balik awal sangat…

Reza duduk diatas katil. Notebooknya dilipat. “ha! Senyap je kat bawah tu kenapa?”

Indah telan air liur. Rasa bersalah 70%, rasa kecut 30%.. diam Indah. Karang kau banyak bunyi, lagi payah.

“suka-suka hati ceroboh hak milik orang. Hantar lokap baru tau.” Reza membebel sorang-sorang diatas katil. Indah yang memeluk lutut dibawah dijeling sekilas.

Ish! Kalau bukan anak orang, dah lama aku ikat kat pokok, kasi gigit kerengga.

“apa yang Indah korek tadi?”

“err.. takde apa.”

Notebook itu dibuka kembali. Pandai pulak dia isi password. Pffh! Apa jadi kat desktop aku nih??
“dekat kolej ambik art and designing ke? cantik melukis. Ni kalau kasi kat pelukis antarabangsa pun tak tertafsir maksud dia.”

Indah gigit bibir. Kot ye pun nak puji, tak payah la melangit macam tu.

Reza perasan sesuatu diatas katil itu. Business card berterabur. Ya Allah.. anak buah aku pun tak menyebah macam ni sekali. Dia tenung orang dibawah. “Indah.. lain kali jangan buat macam ni.” tangannya laju menyusun kembali card didalam wallet.

“Indah..Indah tak tahan. Indah nak tau sangat. Indah dah banyak kali tanya, tapi Reza taknak bagitau.”

“apa dia yang nak tau sangat?”

“Reza kerja apa! Kenapa Reza bercerai! Banyak yang Indah taktau. Hari-hari, kita hidup sama-sama. Tapi, banyak pasal Reza yang Indah taktau! Mana Indah tahan macam ni! makin lama Indah simpan, makin mengarut yang Indah fikir! Dahtu, orang tanya bukan nak jawab! Reza tak boleh buat Indah macam ni.”

“personal la Indah.”

“tak kisahla! Tapi sekarang, Indah kan dalam hidup Reza jugak! Cuba Reza bayang, hari-hari Indah pandang muka Reza. Tapi, Indah tak pernah kenal orang yang Indah tengok.”

Reza meraup rambutnya kebelakang.

“Indah tau, ni bukan urusan Indah. Tapi atleast, bagitau lah sikit. Buat Indah susah hati je.”

“apa yang nak susah hatinya?”

“Reza gelak, Reza pekena orang, Reza cakap lepas, tapi, dalam tu? siapa tau?” Indah tarik nafas panjang. “Indah nampak. Indah tau. Reza sorok perasaan tu. kan?”

“kalau ye pun, Indah takde hak nak tau.”

“itu yang Reza kata. Tapi Indah yang hari-hari mengadap muka Reza sebelum tidur. Indah tau Reza buat apa. Belek gambar dekat handphone, belek gambar dekat notebook. Tak boleh salahkan Indah. Reza yang buat Indah nak tau sangat-sangat.”

Suasana yang subuh yang dingin itu bertukar hangat.

“Reza mintak maaf. Tapi ini hidup Reza, Reza taknak Indah masuk campur.”

“tapi..”

“just… stay away.” Reza shutdown notebook itu dan letakkan ketepi. Segera dia mencapai kunci kereta dan keluar dari bilik.

Indah masih kaku diatas lantai. Huh. Salah aku ke?

*****

Pukul 11 pagi. Reza muncul dipintu dapur.

“Reza, pergi mana?” Nek Ngah bertanya.

“jalan-jalan. Ambik angin.”

Indah yang berdiri tak jauh dari situ kaku. Tak tau nak kata apa.

“dah makan?” lagi sekali Nek Ngah bertanya.

“dah. Reza naik dulu Nek Ngah.” Reza terus berlalu ke tingkat atas.

Indah cuma memandang sekilas. Huh. Dia terkilan dengan sikapnya sendiri. Mendesak!

“Norsiah, bawak air dekat Reza.” Nek Ngah memberi arahan. Dia seakan tau ada yang tak kena dengan cucu-cucunya itu.

Indah akur. Dia membawa satu mug teh. Bismillahirrahmanirrahim.. puh! Puh! Indah hembus pada mug itu. Harap-harap Reza sejuk hati lepas minum ni. hehe.

“Reza, air.”

Reza mencapai mug itu tanpa kata.

“Reza, sorry.” Perlahan Indah berkata.

“hmm.”

“Indah tak buat lagi.”

“hmm.”

Bizworld terpasang di tv. Reza menumpukan seluruh perhatian pada rancangan itu. sampai berkerut-kerut dahinya.

Indah cuma senyap disebelah. Nak diajak borak, dia tengah khusyuk benar. Nak hadap tv, dia tak faham langsung butir berita Bizworld itu.

“ada surat khabar tak?”

“ha?” Indah blur dengan soalan tiba-tiba itu.

“surat khabar. Ada?”

“harini punya takde. Semalam punya ada.”

“ambikkan kejap.”

Reza terus menyelak surat khabar itu dengan rakus. Indah jenguk sebentar. Indeks BSKL?

Reza tutup surat khabar itu dengan kasar. “Reza balik KL kejap.”

“ha??” lagi sekali Indah terpinga-pinga. Takkan merajuk dengan aku sampai lari balik KL?

“sekejap je. Kalau apa-apa nanti Reza call.”

Reza masuk kedalam bilik. Dia ambil barang yang penting-penting sahaja.

“tapi kenapa?”

“hal kerja. Sikit je.” Reza meluru ke dapur. Tangan Nek Ngah disalam. Tak bagi alasan banyak, cuma hal kerja yang diberitahu.

Indah ikut sampai ke pintu kereta. “Reza, baik-baik bawak kereta.”

“ok. Indah, jaga diri. Jaga Nek Ngah.”

“ok.”

“nanti Reza call. Oh ya! Ambik nombor ni. kalau ada apa-apa call je.”

“erm, kalau telefon dapat apa?”

“kalau penting, Reza balik time tu jugak.”

“kalau telefon saja-saja?”

“dapat dengar suara jela.” Reza sengih. Macam-macam pulak si Indah ni bila aku nak balik cepat.

“balik cepat eh Reza.”

“insyaAllah.” Reza dekatkan bibirnya ditelinga Indah. “I’m really sorry bout this morning. I’ll tell you later. I swear.”

Indah tarik senyum. “betul?”

“janji.” Reza senyum lagi. “Nek Ngah! Jalan dulu!” Reza jerit pada Nek Ngah yang berdiri dipintu dapur.

“bye.” Indah melambai.

“bubye.”

******

“Abang Shah!”

“woi! Reza! Balik dah ke?”

Mereka berdua bersalaman.

“tak. Balik kejap je ni. Tadi baru tengok kat tv. Apa jadi dekat BSKL?”

“laaa.. dah 3-4 hari jugak la turun naik tak menentu. Abang taknak kacau Reza tengah cuti.”

“yeke? Reza memang taktau apa la. Duduk kampung memang tak online internet langsung. Tv dengan surat khabar pun tak layan sangat.”

“yelah. Nama pun syok ber-holiday.”

“so? Siapa yang take over client Reza?

“budak-budak baru tu la.”

“trainee?”

“dah habis dah. Semua sekarang dah kerja tetap sini.”

“oh. so? Macam mana? Tak boleh nak senang-senang invest sekarang ni.. kalau diorang main bantai je suruh investor masuk, memang naya.”

“tau..tau. Beware jelah.” Shah, abang ipar Reza juga merangkap majikannya bersuara gusar.

“takpe ke, Reza takde ni?”

“takpe. Tapi tu la. Ada client yang memang taknak consultant lain. Nak Reza jugak.”

Reza mengurut dagu. Rasa tak best jugak bila jadi macam ni. Bila dia cuti, client tu diberi pada orang lain. Kalau orang tu ok takpe jugak, kalau tak? Hilang kredibiliti. Tengah saham tak betul pulak tu dia ambik cuti. Spoil betul.

“takpela Bang. Reza balik rumah dulu. Tak balik lagi ni. Nanti Reza datang sini balik.”

“oh. ok.” Shah memandang adik iparnya sayu. Entah ok entah tak budak ni.

Reza melangkah keluar dari pejabat Managing Director itu. Nasib, kerja macam ni memang kena peka sentiasa. Sekali tersilap,habis semua duit orang terkubur. Lepastu, dengan dia-dia sekali masuk kubur.

Financial consultant company itu ditinggalkan sebentar. Balik rumah dulu.





**oh ya, CFO=Chief Financial Officer. bukan sejenis gas atau adik bradek ufo eh. hehe

Thursday, May 28, 2009

kamu indah [9]

**entry ini lebih best dibaca sambil mendengar lagu ini, ternyata by estrella. =)







Malam itu, Reza dan Indah melepak di anjung. Bertemankan lingkaran ubat nyamuk Fumakilla dan buah mata kucing satu plastik. Nek Ngah dah memerap dalam bilik. Mengantuk sangat katanya. Anjung rumah Nek Ngah mengadap parit, dan ada rumah orang lain didepannya. Senyap. Sunyi. Ada beberapa batang pokok pisang berhampiran dengan batas, pokok kelapa pun ada jugak. Angin malam dekat kampung sejuk, walaupun bau angin kampung lain sikit. Reza bertenggek ditangga atas sikit daripada Indah. Dua-dua merenung apa sahaja yang dihidangkan dihadapan mata.

“Reza…” perlahan Indah menegur.

“hmm..”

“kau pernah tak rasa…. Tak cukup?” Indah menongkat dagunya dengan tangan.

“tak cukup macam mana?”

“macam… hidup tak lengkap…”

Humph. Reza melepaskan keluhan berat. “kau rasa macam tu ke?”

Indah angguk.

“apa dia yang tak cukup? Tak lengkap?”

Indah angkat bahu.

“Indah…”

Indah tarik senyum. “taktau kenapa rasa suka dengar ‘indah’ tu.”

“sebutlah selalu.” Reza pun turut senyum.

“apalah sebut nama sendiri.”

“boleh je. selain dari ‘aku’, ‘saya’, boleh je guna nama..”

Indah kalih pandangan kebelakang sebentar, menghadap Reza. “tak kelakar?”

“langsung tak.” Sebiji lagi buah mata kucing masuk ke mulut.

“Indah rasa..”

“pffffh!! Hahahaha.” Belum sempat ayat Indah habis, Reza dah gelak sakan.

“kata tak kelakar langsung!”

“ok.ok. tak..tak. sorry. Sambung-sambung.” Sengih Reza masih berbaki.

“Indah rasa.. ada yang tak cukup dalam hidup Indah. Macam puzzle. Hilang kepingan terakhir. Jadi tak lengkap.”

“apa dia?”

“Indah sendiri taktau.”

“keluarga Indah tak ok ke?”

“tak. Semua ok. Mummy..” Indah terhenti sekejap. “boleh guna Bahasa Inggeris tak?”

Reza sengih. “boleh. Dibenarkan untuk masa ini je.”

Indah senyum lagi. “mummy loving, soft.. baik. Daddy sporting.. my siblings pun ok. Indah ada 2 abang, and sorang adik perempuan.”

“ow. Ok. erm, apa lagi tak cukup? Study?”

“actually, I’m a very..”

“very, very brilliant plus talented student.” Reza potong ayat Indah. “Indah dah pernah cakap dulu..”

“haha. Masa tu nak riak lebih je. Taklah brilliant pun. Degree pun merangkak lagi.”

“kalau bukan family.. bukan study.. apa yang kurang?”

“taktau.” Humph. “Indah tanya Reza dulu tadi. So? Pernah tak rasa macam tu?”

Sesaat dua Reza tersenyap. “sekarang.”

“hurm?”

“rasa kosong.”

Mata Indah terus ke mata Reza. “kita.. sama?” dia menggerakkan jari telunjuk pada Reza dan kemudian dirinya.

“kot.” Reza kerutkan keningnya.

“rasa macam.. ada kamera tapi tak ada filem. Ada iron tapi tak ada elektrik. Ada jam, tapi tak ada bateri. Ada handphone tapi tak ada kredit.” Indah seakan mengeluh.

“tak semestinya…. Filem tak ada, memory card boleh guna. Elektrik tak ada, bateri boleh ganti. Bateri tak ada, solar kan boleh pakai. Kredit tak ada, lain kali langgan post paid.”

Hehe. Kedua-dua mereka tersengih.

“semua boleh kan?” Indah bertanya.

“asalkan kena cari.”

“yup.”

“missing piece.” Serentak mereka menyebut. Haha. Mereka tertawa perlahan.

“apa gerak-gerak dekat pokok pisang tu?” Indah mengecilkan mata cuba meneropong.

“Indah.. period kan?”

“Reza!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

Sekali lagi lantai teratak Nek Ngah macam nak roboh bila dua manusia berlari masuk kebilik.

******

“Reza, kenapa bercerai?” soalan itu dilontarkan lagi sekali.

Reza senyap. “tutup lampu eh?” Reza dah bersedia nak memetik suis.

“Reza, kenapa bercerai?”

Tap! Lampu bilik terus ditutup. “nothing.”

“kenapa Reza?”

“tak penting.”

“salah siapa?”

“tak ada salah siapa-siapa.”

“sebab Reza tak kaya?”

“tak..”

“sebab perempuan tu tak lawa?”

“tak..”

“Reza ada suka perempuan lain?”

“tak..”

“korang tak bercinta?”

“dahla Indah. Tengah malam dah. Nanti ‘benda’ tu datang baru tau.”

Cepat-cepat Indah menutup mukanya dengan selimut.

Reza tak jadi nak tidur. Dia bersandar didinding. Rambutnya dikuak kebelakang. Seakan terdengar dicuping telinganya…

“Ayang nak pakai kebaya lace. Warna… biru muda. Cantik tak Abang rasa? Lepastu.. kita pakai bunga hidup dekat pelamin dengan main table. Nak? Tapi kan, bunga warna biru tak banyak. Ha! Blue rose dengan white daisy mesti cantik kan? Lepastu kan haritu pelamin warna krim, mesti nampak cantik bila kita yang pakai warna biru duduk dekat situ kan? Erm.. lepastu, kain sarung kebaya tu, biar panjaaaaaang..labuh-labuh sikit. Veil pun. Eeee~ sukanya. Abang kena pakai tux warna putih. No bow, tak elok. Tie ok?”

Ayang. Lembut suaranya. Petah bercakap. Tak pernah tak ada idea nak bersuara. Mesra bila senyum.

Reza terpandang beg kerjanya. Ada sesuatu yang dah lama tak dikeluarkan dari situ. Dia senyum.

Notebook dibuka perlahan diatas riba. Anak panah kecil digerakkan ke folder ‘picture’. Diklik pula pada folder ‘nikah day’. Penuh satu folder itu dengan gambar. Diklik pada gambar pertama. Windows photo gallery terpapar. Reza tarik sengih. Wajah dia yang segak berbaju melayu. Jelas, riak cuak dimukanya. Ingat lagi masa tu, mana sampin tercabut, songkok tak jumpa, stoking tak pakai. Gabra akad nikah punya pasal.

Sampai dimasjid, bertambah kelu lidahnya. Ayang dilihat dari jauh. Cantik.

Ditutup folder itu. Dibuka pula folder ‘wedding rumah ayang’. Majlis persandingan dipihak perempuan. Cantik temanya. Biru-putih. Macam yang dirancang. Diklik satu gambar. Mereka nampak gembira diatas pelamin. Dua-dua tak berhenti senyum. Ayang, senyum tak lekang.

Reza tersenyum sendiri. Sinis. Apa guna semua itu. Semua dah tak ada makna.

Notebook ditutup dan dialih ketepi.

Sekeping kad terjatuh dari celah beg notebooknya. Dikutip. Dia tau itu kad apa. Lampu handphone disuluh pada tengah kad.

Ya Allah Ya Tuhan kamiKami mohon limpah kurnia Mu,berkatilah majlis ini semoga berjalan dengan sempurna sepertimana yang Engkau Kehendaki.Limpahkanlah barakah dan rahmat jua keampunan Mu kepada pasangan suami isteri ini. Jadikanlah rumah tangga mereka sakinah, mawaddah dan warahmah dalam ketaatan terhadapMu. Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan juga di akhirat. Sempurnakanlah iman serta agama mereka dengan berkat ikatan ini.Moga perkongsian hidup mereka berkekalan hingga ke akhir hayat"

Reza meraup mukanya. Be cool man. Tiba-tiba teringat ayat tadi. “tak ada filem, memory card boleh ganti..” perlahan dia menyebut semula ayat itu. Dia senyum sedikit. Yang lepas itu lepas. Yang tak lengkap itu boleh dicari.

Tanpa sedar, mata Indah masih belum layu dibawah selimut itu. Reza, ketika ini dia bukan Reza yang bemulut celupar, berkata lantang. Bukan Reza yang suka mengusik, pekena orang. Bukan, semua bukan.

Monday, May 25, 2009

syawal dan ramadhan

“kakak… “ sayu suara Akif dihujung talian.

“hey bro!”

“kakak…hu..hu…”

Sudah.. mula dah adik aku sorang ni.. “apasal nangis-nangis ni? homesick lagi ke? Akif dah besar la Kif..”

“kakak… Akif taknak sekolah sini lagi.. kakak bawaklah Akif balik..”

“tak bolehla! Ayah tak kasi punya!”

“kakak.. kakak tak kesian Akif ke.. kakak tolongla Akif..”

Haih! Buruk benar la lelaki menangis kat public phone! “Akif, tak sampai sebulan lagi duduk situ kan? Orang dapat masuk asrama penuh mana ada nangis-nangis, bangga la sikit!”

“senior jahat kak…”

“standard la tu…”

“kakak pujukla ayah…”

“ish! Dah-dah! Pergi naik dorm! Tidur! Jangan mengada-ngada.”

“kakak…”

Pap! Ramadhan terus menghentak gagang.

************

“weh! Kau!” lantang suara itu menjerit dari hujung koridor.

Akif kecut. Cermin mata bingkai tebalnya dibetulkan. Matanya tertancap pada susuk tubuh yang hanya bertuala itu. hah! Abang ni lagi!

“woi! Pekak ke! sini!” suara itu bergema lagi.

Akif berjalan laju, walau langkahnya kecik-kecik. Cuak weh!

“tolong basuhkan jersey ni, esok aku kena pulang dekat stor. Lepastu alang-alang basuhkan baju sekolah aku sekali. Dah alang-alang basuh, gosok sekali ye bila kering nanti?”

Banyak la dia punya alang-alang! Buat aku macam kuli batak pulak! Akif cuma berani melawan dalam hati.

“ahh ye. Kiwi kan kasut aku sekali sebelum masuk dorm nanti ye? Terima kasih~ baik adik abang ni!” dia mengusap-usap kepala Akif.

Syawal ketawa berdekah-dekah sebelum masuk ke dalam dorm. Abang-adik tengkorak lu!

“Wal! Si Darman tu sibuk carik kau prep tadi!” Lokman menjerit kuat bila nampak batang hidung Syawal melangkah masuk dalam dorm.

“dia nak apa?”

“taktau la aku.. kenan nak buat menantu kot!”

Haha. Siot Lokman! Tau la si Darman tu ada anak perempuan kat sekolah ni. leceh betul la. “dahtu?”

“aku cakap la taktau. Kau baik-baik dow. Awal lagi ni..”

“awal bukak sekolah la nak buat perangai. Nanti-nanti tak selamat dah.”

“blah la! nanti-nanti pun kau buat jugak!” Lokman dah taktau apa nak cakap dekat budak sorang ni. dasar perokok tegar!

“kau nak tumpang cakap nak tumpang. Cakap biar kasi clear..”

Lokman cuma tersengih. “mana port kau tadi?”

“aku pergi mapley biasa la. tapi boleh pulak si perut boroi tu lepak situ. Mangkuk ayun betul!”

“hahaha. Tu la! takde berkat kalau aku tak join!”

“berkat hotak kau.”

Haha. Makin galak Lokman ketawa. Syawal kalau seminggu tak dapat sedut asap, mula la tak tentu arah. Dia hisap jugak, tapi taklah gian macam mamat ni. tapi tadi memang tak boleh nak join, sebab semua kerja nak esok! Cikgu ni pun satu. Semua nak hari isnin.

“eh, si Akif tu bagus betul.” Syawal bersuara sambil berbaring.

“maaaaaaaaaacam siot!” Lokman beri komen. Taulah dia si Syawal ni dah try budak cermin mata tebal tu.

“budak form 1 dorm lain,memang buat muka nak makan penampar kau tau? Tapi budak tu elok je.”

“hoho! Dorm siapa?”

“dorm Amir. Kena kenduri budak tu semalam.”

“sedaaaaaaaap!!” Lokman bukan taktau Amir tu. Nama je budak kelas first, tapi perangai kalah anak jin! Habisla teruk budak tu..

“memang la sedap. Aku pun ambik kesempatan.”

“haha.kau buat apa? Jirus nila?”

“tak ah. Kitorang suruh dia berdiri depan loker dengan pakai towel je. pastu kene rejam dengan bola tenis. Lek-lek ah. Mula-mula adegan ringan dulu..”

“hahahahaha. Gila rugi aku takde!”

“tu la kau. Pergi buat maksiat lagi.”

“huish! Aku tak buat benda-benda mungkar ni..” dengan konfiden Lokman menggeleng.

“pergi mampus!”

Hahahahaha.

*********

“Wal, Cikgu Darman panggil kau pergi bilik dia.” Shirah singgah menyampaikan pesanan.

“alah si Darman.. pagi-pagi isnin dah buat mood aku rosak. We Shirah! Dia nak apa?”

“entah. Tapi aku tengok dia macam berasap nak keluar api je.”

Hish! Syawal melangkah malas ke tingkat bawah, bilik HEM. Kalau nak diikutkan, bilik HEM ni dah jadi tempat dia bercinta. Kekasihnya pulak si Cikgu Darman. Kalau tak jumpa sebulan, ha mulalah! Kekasihnya tu merindu-rindu menyeru namanya. Haih! Susah jadi orang hensem ni!

“Assalamualaikum Cikgu.”

“waalaikumasalam. Duduk Syawal.”

Itu la mukadimah cinta kekasih aku. kiki. Syawal mengekek ketawa dalam hati.

“kamu kemana prep malam tadi?”

See? Aku ada kekasih yang caring! Tak boleh hilang dari mata, dia mula la risau.

“kenapa cikgu cari saya?” sudah tak tertahan lagi hati ni! tak sabar nak tau tujuan kekasihku ajak berjumpa!

“budak form 1 datang mengadu pada saya.”

Oh hooooooo!! Itulah kalimah cinta yang aku nanti-nantikan! Luah saja kekasihku!

“hari pertama masuk sekolah lagi kamu dah buli dia. saya faham kamu sekarang senior. Tapi basuh baju, kiwi kasut, buat duty dorm sorang-sorang tu dah melampau!”

“saya tak buat apa pun cikgu..”

“saya bagi kamu amaran Syawal. Kalau ada lagi budak form 1 datang mengadu dengan saya, siap kamu.”

“terima kasih cikgu. Saya balik kelas dulu.”

Akif! Memang dasar jantan celup! Apa kes mengadu-ngadu nih? macam budak perempuan! Habisla kau balik ni.

********

“Man, aku tak boleh sabar Man..”

“lek lu Wal.. malam kita kasi pecah.. siang-siang ni takde feel la.”

“berani betul bawak ngadu kat HEM. Baru masuk da nak jadi pet cikgu.”

“agak ar. Kita dulu kemain kecut nak bukak mulut. Junior sekarang memang tak boleh nak sentuh.”

“entah! Lembik! Ugh! Macam perempuan! Sikit-sikit ngadu!”

“anak manja.. kita dulu kena lagi teruk pun buat cool je.”

“aku ingat lagi buat kena buat helicopter tengah-tengah dorm. Pengsan aku!”

“haha. Aku ingat! Gila lama kau tahan. Aku lagi best,sedap kena telangkup baldi.. pastu kena siku dengan dorang sekor-sekor.”

“haha. Haram punya senior.”

“kau nak bukak kenduri ke, kita hidang berdua je?” Lokman bertanya.

“the more the merrier.”

Hahaha. Mereka berdua gelak tak ingat dunia.

*****

Malam menjelma. Masing-masing kepenatan selepas sekolah seharian. Dari P&P ke prep petang, ke prep malam.

“Akif! Sini!” Lokman memanggil.

“ada apa bang?”

Syawal senyum sinis. Kerja kena buat cepat. Sebab pengawas semua pergi meeting tak balik-balik asrama lagi. Boleh buat besar-besaran sikit.

“kau pergi turun bawah. Berdiri dekat tengah.”

Akif turut sahaja. Dia berdiri di tengah-tengah laman asrama dua blok itu.

“ehem! Ehem! Abang-abang sekalian! Keluar koridor sekarang!” Lokman bagi announcement dari koridor dormnya.

Abang-abang senior pun masing-masing dah tumbuh tanduk. Konon jaga amanah warden dengan pengawas tak ada, jagakan asrama. Huh! Haram!

Akif dongak keatas. Penuh koridor disetiap tingkat. Semua bersidai nak tengok persembahan.

“ok…ok.. biar abang-abang buat, adik-adik tengok aje eh..” Syawal menarik perhatian semua.

Budak-budak form 1 dah membeku. Cuma budak-budak form 2 hingga form 4 aje yang bersorak. Well, dah biasa jadi macam ni.

“abang-abang dah sedia?” Syawal berteriak lagi.

“dah Abang Wal…woooooooooo!” semua pelajar form 5 menyahut.

“ok… tuang!!!!!!!!!!!!!!!!!”

Gedebush!!!!!!!!!!!!! Masing-masing menuggang tong sampah yang dah diisi air itu kebawah.

Hahahahahaha. Woooooooo!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Panjang sorakan mereka semua.

“woi! Jilat air tu we! Sedap woooooo!” satu suara menjerit.

“gila la! Abang Wal mandikan adik……” satu suara pula menyampuk.

Akif tersedu-sedu dibawah. Basah kuyup, busuk, jijik, berlendir. Semua lengkap.

“dah-dah! Masuk dorm! Persembahan dah habis!” Lokman mengarah.

Semua masuk kedalam dorm masing-masing sambil bertepuk tangan. Terhibur dengan persembahan malam ini.

“dah kau!naik! mandi dulu sebelum masuk dorm!” Lokman mengarah dengan suara kejam habis!

Haahahaha. Syawal tak habis lagi gelaknya. Adoi. Budak tu pun bodoh pergi tunggu je air sampah tumpah atas dia. hahahaha.

“Wal, superb ar. Hahahahaha.” Lokman pula ketawa geli hati.

“tu ar.eh, nanti kau suruh dia kutip sampah kat bawah tu. Bising pulak warden tersayang kau nanti.”

“tarahalla.”

“kau tengok la dia sekali. Karang bukak cerita pulak bila ‘geng baik’ kau balik meeting.”

“setel! Apsal kau taknak tengok dia kutip sampah tu?”

“malas aku hadap muka dia tu! Buat aku bercinta dengan Darman je!”

***********

“kakak…”

Ramadhan garu kepala. adik aku sorang nih! Bila telefon asik nangis aje! “apa dia Kif?”

“Akif nak balik kak…Akif taknak sekolah sini…”

“heeeeeee! Akif ni! kan ayah tak kasi!”

“tolong la kak.. Akif taknak..”

“apa yang teruk sangat sampai hari-hari mintak balik ni?”

“diorang buli kak…”

“biasalah kalau masuk asrama mestila kena ragging.”

“tapi teruk kak.. Akif demam ni..”

“diorang buat apa?”

“abang dorm Akif.. simbah air sampah….”

“what??????????????!!!!!!!!!!!!!!!!!” terbeliak mata Ramadhan.

“betul kak..”

Ramadhan tarik nafas. Ingat takat basuh baju je. walaupun dia tak pernah masuk asrama, tapi dia ada dengar cerita kawan-kawan dia yang pernah merasa. Tapi yang ni, simbah air sampah??? Hey! Ini sudah lebih!

“kak.. satu asrama tengok Akif kak..”

“ha??”

“diorang macam buat persembahan kat Akif kak….”

“ok.ok. nanti weekend akak datang dengan ayah. Akif jangan nagis-nagis lagi ye. Nanti akak bawak sushi banyak-banyak kat Akif.”

“Akif nak keluar kak.. bukan nak sushi..”

Alahai adik aku ni! orang nak bagi dia senang hati sikit nak belajar! “dah. Akif jangan fikir sangat. buat bodoh je. takpun report je kat cikgu.”

“sebab Akif report la Akif kena macam ni..”

“lah. Hmm. Macam ni. Akif belajar je. ayah nak Akif belajar kat sekolah pandai, so Akif belajar jelah. Diorang buli tak lama tu.”

“akak janji datang weekend ye?”

“ye. Akak janji. Nanti akak jumpa abang dorm Akif tu.”

*********

“kak! Kak! Tu la abang dorm Akif!” Akif tunjuk pada dua orang lelaki yang tengah gelak-ketawa sambil membawa bola ragbi.

“mana satu?”

“dua-dua. Tapi yang tinggi sikit tu la yang suka buli Akif.”

“ayah, kakak pergi sana kejap eh?” Ramadhan menyapu-nyapu tangannya ke tisu. Oh, buli adik aku ye?

“ehem! Ehem!” Ramadhan berdehem bila menyekat perjalanan mereka.

Lokman dan Syawal terhenti. Pelik. “awek kau ke?” selamba Syawal bertanya pada Lokman.

Lokman mencebik. “awek aku ada 5 je. ni bukan ni.”

“hey! Awak senior dorm Akif kan?” Ramadhan memeluk tubuh.

Lokman pandang Syawal, Syawal pandang Lokman. “makcik ni mak dia ke?” Lokman bertanya.

Woi! Menyirap darah aku! Ramadhan buat muka serius. “saya kakak dia!”

Pffffh! Lokman dan Syawal sama tergelak. Sekali kakak dia daaaa~

“haaa..kakak dia… cik adik nak apa?” Lokman mulut manis.

“awak!” Ramadhan tuding jari pada Syawal. “awak suka buli Akif kan?”

“aku takde masa la nak layan kau.” Syawal ketepi sikit nak berjalan.

Ramadhan tahan jalannya. “saya cuma nak kasi amaran. Jangan kacau Akif lagi!”

Syawal senyum sinis. Apakehal la budak perempuan nak warn aku. entah pape ntah. “sukahati kau. Tepi! Aku nak jalan!”

“saya serius ni. Jangan kacau Akif lagi! Kalau tak..”

“nak bunuh aku?” Syawal pantas menyambung.

“kalau perlu.”

Ek eh….. berani betul minah ni! Syawal dah rasa kelakar. “sudahla. Aku rasa gen kau dengan adik kau dah tertukar. Kakak konon nak bunuh orang, adik punyala suka mengadu macam perempuan. Adik kau tu, ada anu ke tak?”

Kurang hajar!!!!!!!!!!!!!!!! “hey! Cakap biar bertapis ye!” Ramadhan dah rasa terbakar. Bukan mukanya je dah naik merah, hatinya pun rasa dah berasap sama!

Syawal memegang hujung bahu perempuan bertudung yang menghalang jalannya. Ditolak kasar ketepi. “jangan buang masa aku.” dan dia terus berlalu masuk ke blok asrama lelaki.

Ramadhan mengetap bibir. Geramnya aku!!!

“ada nombor telefon tak?” Lokman bertanya ambil mengenyit mata.

“nombor telefon balai bomba nak????” huh! Ramadhan terus berlalu ke tempat keluarganya berehat sebentar tadi.

“huuu~ awek garang! I like!” Lokman memuji.

Syawal memandang kosong kawannya itu. “macam tu pun kau nak ke?”

“mana aku nak dapat awek nak bunuh Syawal… meh cakap sikit kat aku?”

“diamla kau!”

*******

“Akif! Sini!” Lokman memanggil Akif kekatilnya.

“ada apa bang?” muka cuak.

“hey.. rileksla.. aku tak buli kau harini. Aku nak interview je.”Lokman tersengih.

Syawal dikatil sebelah dah tarik sengih. Apa ajelah si Lokman ni..

“hmm. Apa nama kakak?”

Syawal tepuk dahi. Adoiiii!!!!!!! Itu ke?

“erm. Ramadhan.”

“Ramadhan? Serius? Eh Wal! Kau dah jumpa jodoh la! Syawal, Ramadhan. Cool!”

Syawal menghempuk kepala kawannya itu. jodoh menda!

“arr.. kakak form berapa?”

“form 5.”

“huuuuuuu~ Wal! Sama Wal!”

Syawal buat bodoh.

“sekolah mana?”

“kat Damansara.”

“eeeeeeeehhhh… macam nak dekat aje? Wal, sekali jiran kau la!”

“jiran aku cina la dol!”

Lokman makin galak bertanya. “kakak ada handphone tak?”

“err. Ada.”

“bagi nombor.”

“errr…”

“ala. Abang Lokman tak buat apa la.. Abang Lokman nak simpan je.. mana tau kecemasan.”

“kecemasan atuk kau! Dah Akif! Pergi balik katil!” Syawal tiba-tiba mencelah.

Akif menurut sahaja.

“eh! Apa ni? potong la!”

“kau nak awek ke-6 ke Man?”

“biarlah! Yang kau dengki ni apahal?”

“aku tak heran la..”

“dahtu? Yang kau menyibuk sesi interview aku ni kenapa?” Lokman tak puas hati.

“cukup-cukupla collection aweks kau tu.”

“hai… sejak bila ni Wal?”

“apa?”

“sejak bila menjaga kebajikan aku dan aweks aku nih..”

“carik awek lain la kalau ye pun..”

“aik? ni lagi pelik! Sejak bila kau menapis siapa awek aku?”

“sejak suara perempuan tu tak keluar-keluar dari kepala otak aku nih!” Syawal buat gaya bengang.

Lokman senyum. “walaupun awek aku 5 Wal, aku tak pernah lagi teringat-ingat suara diorang..”

“sebab diorang semua dok tergedik-gedik dengan kau!”

“aku dapat detect something wrong somewhere…”

Syawal kalih melihat muka Lokman. Bercahaya semacam.

“oh! Ramadhan! Syawal jatuh cinta padamu!” Lokman berteriak sambil gelak-gelak.

“mana aku nak letak Darman.. aku bercinta dengan dia je.”

“haha. Maaaaaaaaaaaaacam siot!”

Syawal turut gelak. Tapi hatinya terasa lain. Hurm.

*****

Syawal melangkah lemah. Dia diarahkan pergi ke bilik sakit, sebab sorang dari budak dormnya sakit teruk. Sakit apa, dia pun taktau. Ni yang malas jadi ketua dorm ni. Budak sakit pun aku nak kena jaga ke?

Sampai dekat dengan pintu bilik sakit, Syawal tengok ada kasut sekolah putih disitu. Sekolah ni semua pakai kasut hitam. Mana datang pulak kasut ni?

“Ya Allah!!” kuat dia menjerit bila tengok budak yang terbaring atas katil. Kemeja sekolahnya terbuka. Nampak lebam-lebam pada perut. Muka pucat. Lemah.

“Kif..” suara sayu. Syawal baru perasaan, ada budak perempuan berbaju sekolah ditepi katil itu.

“kenapa dengan Akif?”

Perempuan itu mengangkat muka. Berjurai airmata. “awak ke yang pukul dia? awak tak kesian ke dekat dia? dia badan kecik! Tak macam awak!”

Syawal tersenyap. Dari malam tadi dia tak nampak Akif sebenarnya. Tapi dia tak heran, sebab tak kisah la dia nak tidur kat dorm kawan dia ke hape. Tapi macam mana boleh jadi macam ni?

“aku tak jumpa Akif pun. Dari malam tadi dia tak masuk dorm.” Syawal menjawab tenang. Dia mendekati Akif. Perut yang merah-merah itu disentuh. Ada biru sikit. Ni kalau biar mau jadi purple terus. “sekolah call kau ke?”

“Akif telefon masa rehat. Dia kata dia muntah darah. Dia takut nak bagitau cikgu.”

Herm. Nasib baik cepat dia call kakak dia. Dia merenung kesan lebam itu. Ni bukan takat buku lima ni.. mau penendang pun singgah. “dah bawa klinik?”

Ramadhan geleng. “ayah tengah jumpa HEM. Ayah mengamuk.”

“dia kena teruk ni.. luka dalam lagi teruk.” Syawal berkata perlahan. Dia ada pengalaman, dia taulah.

“ayah macam lama je dekat office. Kesian Akif..” Ramadhan berkata lagi.

“erm. saya isikan borang dulu. Nanti boleh dapat rawatan free dekat klinik.” Syawal uruskan prosedur. Itujelah pun yang dia boleh buat untuk budak dormnya. Sure dapat cuti seminggu si Akif nih. Tapi dia mula berfikir, siapa yang buat macam ni sekali? Aku pun tak buat dahsyat macam ni!

“erm, nak tunggu ayah kau ke, kau nak pergi dengan van sekolah?” Syawal bertanya lagi.

“ayah macam lambat je.. kejap, telefon ayah kejap.” Ramadhan terus keluarkan phone dari kocek baju sekolahnya. Hey, dia pun bukan budak skema yang tinggal phone dekat rumah. “ayah, kakak bawak Akif pergi klinik dengan van sekolah dulu boleh tak? Erm. takpe. Tau,tau. Ok. ketua dorm dia ada sini. Ok. bye.”

Ramadhan pandang Syawal, “awak tolong saya? Kita pergi naik van lah.”

“ok. kejap. Aku pergi pejabat asrama.”

Syawal muncul dengan van sekolah didepan pagar asrama. Dia pimpin Akif dari bilik sakit ke dalam van. Terbongkok-bongkok budak tu.

Ramadhan asyik merenung adiknya. Kesian sangat dekat Akif. Menyesal pulak tak bawak dia keluar sekolah. “awak rasa dia bahaya tak?”

“erm. tak sangat. kena rehat la. makan ubat, lepastu ok.”

Ramadhan pandang muka Akif dipahanya. “siapa pukul Akif sebenarnya?” dia bertanya.

Akif diam.

“siapa buat kau?” Syawal bertanya tegas.

“Abang..abang..”

“Abang mana?” Syawal mendesak.

“tak kenal nama.”

“dekat mana dia pukul kau?”

“dekat..”Akif berhenti sekejap. Rasa sakit untuk bercakap. “stor aras 3.”

“aras 3?” Syawal berfikir. “Amir ke?”

“taktau.”

“abang tu badan besar-besar ke?”

“aah.” Dalam takut-takut Akif menjawab. Tapi kalau tak menjawab dia lagi takut!

Syawal terdiam.

“kawan awak ke Amir tu? ini dah boleh jadi kes polis tau!” Ramadhan bersuara.

Syawal serba salah. kalau jadi kes polis, habislah kawannya tu. kena buang sekolah satu, kes juvana lagi. Nak spm ni pulak si Amir nak buat kes besar. Nak pukul agak-agak la. Budak ni dah la badan cekeding, dia bantai kaki lagi. Mau melayang!

“jom turun.”Syawal membuka pintu van bila nampak klinik didepan.

**********

Ramadhan keluar berjalan-jalan dengan Akif. Tengahari sabtu, meriah orang di The Curve ni. Mereka berjalan dilorong menghubungkan The Curve dan Cineleisure.

“Akif nak makan apa?”

“Kenny la kak. Makan ayam jom?”

“hurm. Baked potato lagi Sedap kot. Jom!”

“Eh!” Akif tiba-tiba terkejut. “Abang Syawal?”

Ramadhan pantas kalih. “eh?”

“hai Akif.” Selamba Syawal menegur walaupun dia terkejut jugak. “hai.” Satu lagi hai untuk si kakak.

“balik bermalam ke?” ringan mulut Ramadhan.

“aah. Akif ok dah ke?”

“dah.” Akif jawab selamba.

“best sekolah biasa?” Syawal tanya lagi.

“ok lah.”

“arr, macam mana dengan kawan awak yang buli Akif tu?” Ramadhan mencelah.

“oh. kena buang. Kena hantar kaunseling jugak.”

“oh..”

“oh..”

“erm. kitorang nak pergi makan.” Ramadhan sekadar memberitahu.

“ow. Ok. Ak.. saya.. saya nak pergi tengok wayang.” Syawal..Syawal.. ‘aku’ ke, ‘saya’?

“ok. bye. Jom Akif.” Ramadhan dan Akif berlalu ke Kenny Rogers.

Syawal teruskan perjalanannya ke Cineleisure. Apakehal aku baik dengan junior ni? nak jadi abang baik ke hape? Dah tu lidah terkehel keluar ‘saya’ pulak dah tadi! Penyakit!

Habis tengok wayang, dia berlalu pula ke butik Adidas. Ala, takat cuci mata. Bukan lebur duit pun. Dia terhenti di pintu masuk kedai. Seorang perempuan tengah galak memilih kasut ditemani adik lelakinya. Dia tak jadi nak masuk. Dia berdiri diluar. Melihat perempuan itu dari dinding kaca. Kemana perempuan itu bergerak, dia mengikut dari luar.

“Abang Syawal!” dia dikejutkan dengan satu teguran dari belakang. Fuh!

“ada handphone?” Akif bertanya.

Dengan pelik Syawal menyeluk saku, mengeluarkan handphonenya.

Akif menyambut dan ditekan-tekan sesuatu di keypad. “nah.”

Syawal merenung skrin. Nombor siapa dia taip ni? “nombor siapa?”

“kakak.” Dan Akif terus berlalu.

Syawal tarik sengih. Kantoi. Dia terus save nombor itu. ‘RAMADHAN’

*****

Syawal tak lepas-lepas merenung handphonenya. Di skrin terpapar nama ‘RAMADHAN’. Nak call ke, taknak?

Dia gerakkan senarai contacs itu. Nama lain pula dicari. “Man!!!!”

“woi! Pekehal?”

“kau buat apa?”

“hehe. Tengah bersms. Kau kacau aku la Wal.”

“awek yang mana ni?”

“awek ke-6.”

“huuuuu~ siapa?”

“jodoh kau. Ramadhan. Hehehe. Aku dapat seh nombor dia.” happy je Lokman ketawa.

“oh. ok. takpelah. Bye.” Syawal terus letakkan handphone jauh daripadanya. Nasib baik aku tak dail lagi!

*******

Esoknya, dia dah nak balik asrama. Handphone direnung lagi. Haih. Miscall jela. Atleast tak kempunan. Dia tekan dail pada nama ‘RAMADHAN’. Dua saat kemudian dia matikan. Aku rasa macam orang gila!! Syawal, apa kau buat ni we? Dia letakkan handphone ditepi. Dia turun kebawah dan sarapan.

Naik semula kebilik, dia lihat. ‘2 miscalls.’ Dia tekan pada ‘view’. RAMADHAN beb!!!

Dia dail semula. Ala, takde apela. Saje je test. Saje je.takde apa-apa ok?

“Assalamualaikum.”

“waalaikumsalam. Kenapa miscall? Dah tak ada anu?” sedappppppppppp! Ramadhan kenakan!

“err. Saja. Dosa ke?”

“tak.”

“dahtu?”

“kenapa call ni?” Ramadhan tanya straight.

“saja.”

“tu je? awak buang masa saya.”

Eh…. Macam aku kenal ayat tu. Syawal mengagak.

“alah. Sms dengan Lokman boleh je, saya call pun kata buang masa. Playboy memang type awak agaknya.”

“Lokman?” Ramadhan berfikir. “dalam contacts saya takde nama Lokman. Dekat sekolah saya pun takde pelajar nama Lokman.”

Ow shit! Kurang ajar Lokman! “ow. Ok la. takde apa nak cakap pun. Bye.”

“awak kenapa? Takut dengan saya?”

“takut? Tak! Suka adalah!”

Hamek!!! Soalan straight diberi, jawapan straight juga yang aku jawab!

Ramadhan tersenyap.

“baik awak jawab. Kalau tak..” Syawal mengugut.

“apa? Nak bunuh saya?”

“kalau perlu.”

Hahahahaha. Dua-dua ketawa. Apa la, boleh copy balik ayat dulu-dulu.

“ok lah. Taknak jawab takpe. Saya nak kena balik sekolah ni.” Syawal berkata.

“saya tak suka pembuli. Perokok pun tak suka. Tak hormat cikgu pun tak suka jugak.”

“owwkeeeeyyyy..” semua kena balik kat muka aku.

“oh. ok. take care.”

“nanti saya call lagi la bila-bila.”

“hope so.”

“apa dia??????????” seakan tak jelas di pendengarannya.

“er. Takde apa.” Ramadhan termalu sendiri. Adeh!

“Lokman cakap, Ramadhan jodoh saya.”

Makin malu Ramadhan dihujung sana. “err. Arrrr… err….”

“ok lah. Bye.”

“bye.”

Syawal mendail lagi. “Man!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

Lokman cuma tergelak. Dah dapat detect suara happy si Syawal. “kecoh la lu!!!! Ilek ar!!!”

“damn you.”

“haha. Ok lah tu. sampai bila nak bercinta dengan Darman?”

“mangkuk kau Man!”

“so dapat tak?”

“dia kan jodoh aku.”

“heeeeeeeeeee~ blah la! menjiwang ngan aku pulak!”

Syawal tersenyum. Happy~







* i never know yang love at the first sight tu practical atau tak. but saya cuba bagi nampak logik. and, buli-buli junior tu tak elok ok. jangan ada yang buat amali dekat asrama pulak nanti. =)

kamu indah [8]

Malam ni, khamis malam jumaat. Bila sebut je khamis malam jumaat, tak pernahnya tergambar dalam kepala otak benda yang elok-elok. Kalau tak hantu, takpun jembalang, tak pun jin, tak pun apa-apa aje la yang makhluk bukan manusia macam tu. Lagi-lagi duduk kampung. Tambah background music suara cengkerik, haih. Berdiri bulu roma.

Cubalah tukar sikit fikiran tu. Almaklumlah, Negara pun dah maju. Apa salahnya bila sebut khamis malam jumaat tu, terus terfikir baca Yasin ke, hape ke. Dapat faedah jugak.

Erinne, Nek Ngah dengan Reza tengah melepak diruang tamu. Lepas habis Forum Perdana Ehwal Islam, dah tak ada cerita menarik lagi. Erinne dah tarik muka bosan. Dahla Forum tu tadi pun bukan rancangan kegemaran dia. Tapi apa nak buat, dah susah payah lari, baiklah terima perubahan.

“bosannya muka!” Reza menegur. Kantoi jugakla sikit yang dia dok menatap muka Erinne dari tadi.

“memang bosan pun. Nek Ngah, tak ada cerita menarik ke nak cerita. Selalunya ada je Nek Ngah nak cerita. Macam bukak panggung.” Erinne menarik perhatian Nek Ngah.

“hmmm.. Nek Ngah ada satu benda nak bagitau. Sebenarnya, Nek Ngah dah lama nak ingatkan, tapi asyik terlupa aje.”

Reza turut sama memasang telinga. Peket kuaci di pas kepada Erinne. Memang dari tadi diorang berkongsi peket kuaci itu. Reza la yang mengajar Erinne mengunyah depan tv.

“apa dia Nek Ngah?” Erinne membetulkan simpuhnya. Nek Ngah dan Reza duduk di atas sofa rotan, tapi Erinne lagi selesa bersimpuh dibawah. Bukan control ayu, tapi dia memang biasa tengok tv dekat-dekat. Kalau boleh nak masuk kepala dalam tv tu.

“kalau duduk kampung, aturannya lain sikit dengan bandar.” Nek Ngah bukak mukadimah.

“lain apa nya Nek Ngah?” Reza mencelah.

“sibuk la! Nek Ngah cakap pasal orang perempuan.”

Erinne berhenti mengopek kuaci. Suspen je intro Nek Ngah ni.

Nek Ngah menyambung. “Norsiah, kalau datang kotor, cuci biar bersih. Duduk kampung ni tak boleh buang sebarangan.”

Uhuk!uhuk!uhuk! tersedak kuat Erinne mendengarnya. Sampai tersembur kulit-kulit kuaci dari dalam mulut.

Reza mengurut belakang Erinne. Peket kuaci diambil. “kopek kuaci pun sampai tersedak. Tak payah makan dah.”

“alah, meh la sini balik!”

“ish! Tertelan baru tau!”

“nak makan jugak!”

Nek Ngah geleng kepala. “Reza, kopekkan la.”

“Nek Ngah, takde nikmat la makan kuaci macam tu!” Erinne memprotes.

Reza tiba-tiba bangun dari kerusi. Kemudian dia muncul dari dapur dengan sebiji mangkuk. Dikopek sebiji kuaci dan isinya diasingkan kedalam mangkuk. “makan yang ni aje ye cik kak…”

Nek Ngah tersengih. Reza..Reza. Tak pernah ada adik, sekali ada bini dilayannya macam adik.

Erinne senyap tak ada banyak soal. Dah ada orang nak kopek, layanjelah. “Nek Ngah, sambung balik cerita Nek Ngah tadi. Terbuat iklan pulak.”

“ha! Nek Ngah nak sambung la ni. nak cerita pasal darah kotor.”

Reza terus tersenyap. Dia bangun dari kerusi.

“Reza, nak pergi mana pulak?” Nek Ngah menegur.

“masuk bilikla. Takde kene mengena, malas la nak dengar.”

“haih! Kena dengar! esok-esok dah ada anak dara, kamu la yang kena ajar.”

Reza garu kepala. nak ada anak dara apanya Nek Ngah.. bini pun takdak!

“Norsiah nak tau, kalau benda tu kita tinggalkan tak berbasuh, ada la nanti yang menjilatnya.”

Bulat mata Erinne. Tangannya dah memeluk lutut. Seram gila!!

“lepastu, dengan guna darah tu la orang senang nak bomohkan kita. Kalau dia perah aje limau, ha! Siaplah! Sakit tak terkata bawah tu!”

Erinne dah makin kebelakang. Makin dekat dengan kaki Reza. Nek Ngah ni.. macam takde hari siang nak bercerita benda ni!

“Nek Ngah pernah dengar, kalau orang jampikan benda tu, kemudian alirkan ke sungai, memang tak berhenti mengalir darah kamu!”

Mamaaaaaaaaaaaa!!!!! Nak je Erinne menjerit!

“sebab tu la Nek Ngah nak ingatkan, kena jaga-jaga. kena basuh bersih-bersih. Bukan nak takutkan Norsiah.”

Erinne dah makin kecut. Dia berbisik perlahan pada Reza, “aku takut.”

“ala, cerita je tu. Takde ape la.”

“ingat ye Norsiah. Nek Ngah masuk tidur dulu lah. Assalamualaikum.”

Erinne mengangkat punggung dari lantai ke atas kerusi, disebelah Reza.

“apahal pulak ni?” Reza bertanya pelik.

“aku takutla.”

“tak ada apa.”

“kau sedap la kata tak ada apa. Kau bukan perempuan. Aku ni! aku ni yang kecut tau tak!”

“haha. Kelakarlah kau ni. dah. Aku nak tidur.” Reza bangun nak ke bilik.

Cepat-cepat Erinne mengikut. Dipegang belakang t-shirt Reza. Matanya memandang kiri kanan.

“hey, janganla tarik!” Reza mendengus.

“aku takut la Reza.”

“okey! Kau jalan depan. Aku ikut belakang.”

Erinne bergerak kedepan. Matanya masih meliar. “kau jangan Reza.. jangan tinggal aku..”

“tak…”

“jangan jalan jauh-jauh…”

“tak…”

“Reza…” bergetar suara Erinne.

“Indah, bilik tu kan, tak sampai sepuluh tapak pun dari ruang tamu ni.”

“eh.. ingat dalam jarak sepuluh tapak tu tak boleh jadi apa-apa ke?”

“haa.. yelah,yelah. Jalan cepat.”

Sampai dibilik, Reza terus bawak turun selimut dengan bantalnya. Dipandang Erinne yang kaku duduk diatas katil.

“kenapa tak pasang kelambu?”

“taknak. Aku takut.”

“gigit nyamuk nanti..”

“taknak..”

Sukahatila. Reza terus rebah kelantai.

“Reza…” suara merengek.

“apa dia..”

“aku tak boleh tidur. Aku takut.” Erinne duduk bersila diatas katil sambil memandang Reza dibawah.

“alah. Tutup je mata. Baca la doa tidur.”

“tak boleh… aku asyik teringat cerita Nek Ngah aje..”

“kau period ke?”

Lelaki ni! mulut tak boleh blah! “tak!”

“so? Nak takut apa nya..”

“Reza… aku takut gila ni.. janganla main-main..”

“dahtu? Nak aku buat apa?”

“teman la aku tidur..”

“gila ke!”

“aku tau kau baik.. kau jangan la tidur selagi aku belum tidur.. teman la aku.. jangan la tidur dulu..” Erinne dah merengek macam budak kecik.

Pulak dah… Reza buat muka. “ha. Yelah. Aku tak tidur. Kau tidurla.”

“kau jangan la baring kat bawah.. aku tak nampak kau.. kau duduk la sini..”

Adoooooooi. Apa aku pulak yang kena. Patut dia pergi tidur dengan Nek Ngah malam ni, sebab Nek Ngah yang buat dia takut tak tentu pasal. Reza bangun. Dia duduk dikerusi meja solek berhadapan dengan katil. “ok. dah. Tidur.”

Erinne tarik selimut sampai ke leher. Dia memandang Reza. “tingkap dah kunci?”

“dah..”

“pintu bilik dah kunci?”

“kita mana kunci pintu.. tutup je.”

“kunci la Reza..”

“tak elok Indah..”

“ala, malam ni aje.”

“aku jaga ni kan? Tak ada apa. Tidur je.”

“Reza…”

“hmm?”

“jangan pergi mana-mana ye?”

“tak…”

Akhirnya Reza terlena dimeja solek itu sampai ke subuh.

*******

Pagi itu, Erinne rasa lain macam. Asyik rasa nak ke tandas je. apa tak habis-habis ke air dalam pundi dia ni?

Erinne masuk tandas untuk kali ke 8, pagi ini sahaja.

Oh no!!!!!
Mana aku nak carik pad nih????

Nek Ngah ni betul la! baru malam tadi cerita, aku dah period. Ish! Dia ke dapur. Dikerling jam dinding, 9.30 pagi.

Dia asyik memegang kain batiknya. Janganlah banyak sangat keluar.. dia berkira-kira dalam otak. Nak ke kedai dekat? Kena seberang tali air. Sempat darah aku meleleh. Pergi bandar? Lagi tak logic! Nak naik apa? Pinjam kereta Reza? Bijak jugak! Tapi… aku nak drive macam mana????

Reza perhati Erinne. Lama tercegat di depan jam dinding didapur. “apahal ni?”

Huh! Terkejut aku! dia dah rasa tak selesa. “arrr.. ta..tak.. tak ada apa..”

“takkan pagi-pagi takut hantu kot..” Reza mengusik.

Mulut cabul! Erinne cuma senyap. Makin kuat tangannya menggenggam kain batik. Macam mana ni.. masa berjalan.. kalau lapik tisu? Ha! Bijak sangatla tu Erinne! Macam mana pulak kau nak basuh?

Reza nak tergelak tengok muka Erinne yang berkerut-kerut itu. “apasal kau ni?” dia bertanya sambil bercerkak pinggang. Dia dah nak mendekati Erinne.

“berhenti!! Jangan gerak! Jangan dekat!” Erinne tiba-tiba menjerit.

Reza makin pelik. Takkan sebab Nek Ngah cerita semalam effect dia sampai macam ni sekali kot..

Erinne rasa sesuatu menarik-menarik isi perutnya. Allah! Sakit perut pulak! Pain killer pun tak ada! Dijeling jam didinding, pukul 10!

“Reza, siap dah?” Nek Ngah tiba-tiba keluar dari biliknya.

“dah. Jomlah Nek Ngah.”

“Nek Ngah nak pergi mana?” Erinne bertanya.

“pergi pasar kejap. Tadi Nek Ngah cari Norsiah nak bagitau. Jom, pergi sekali.”

“takpe la Nek Ngah.. saya jaga rumah.”

“oh, takpelah. Jom Reza.” Nek Ngah terus keluar rumah.

Eh!!!!!!! Lupa pulak!!!!!! Nak pesan pad dekat Nek Ngah!!!!! Dilihat Nek Ngah dah masuk kedalam Kancil Reza.

Reza masih menatap muka Erinne. “Indah, kau kenapa?” lagi sekali dia bertanya. Dari tadi berdiri aje budak nih, tak duduk. Dah tu, dok pegang je kain dia tu.

Erinne muka tegang. Nak cakap ke, taknak? Ugh!!!!!! Cakap je la! “tolong belikan..pad? tolong?”

Reza terlongo.

“er. Beli apa-apa jelah. Asalkan cepat. Boleh tak? Hantarkan cepat sikit?” Erinne bercakap dengan muka malu campur muka kesian.

Last-last Reza tarik sengih. Diseluk kunci didalam poket dan terus keluar.

Ughhhhhhh!!!!!! sengih-sengih pulak dia! benci!!!!!!!!!!!

Friday, May 22, 2009

kamu indah [7]

Erinne dan Reza tengah berpeluh-peluh dimeja makan. Bukan apa, masak lemak pucuk ubi dengan gulai tempoyak ikan sembilang memang terangkat!!!!! Berpeluh pun berpeluhlah, janji sedap. Lagi pulak dapur ni guna atap zink aje, mana tak panas. Tambah lagi Erinne dan Reza yang jarang-jarang dapat makan makanan macam tu. Nek Ngah yang dok tersengih-sengih kat hujung meja pun diorang tak perasan.

“sampai menitik haaa peluh kat dahi Reza!” Nek Ngah mengusik.

Erinne mengangkat lengannya, mengelap peluh di pipi Reza. “haha. Peluh macam lari marathon je gaya.”

Reza tersenyap. Dipandang perempuan disebelahnya yang asyik tersenyum.

“kenapa?”

Reza tersedar. Hud Rezairil, anak dara orang tu. Control sikit. “takde apa. Gelakkan aku, kau pun berpeluh jugak. Peluh macam lari dalam guni je gaya.”

Erinne ketap bibir. Samakan aku dengan orang lari dalam guni pulak mamat ni. suka-suka dia je.

Reza dah rasa senak. Apasal aku tak boleh bernafas dengan betul ni? dia tercari-cari cawan didepan.

“nak air ke?” Erinne bertanya.

Reza cuma angguk. Tau aje.

Erinne bangun dan menuangkan air masak ke dalam cawan. Diletakkan didepan Reza. “nah. Air masak aje. Air sejuk tak elok.” Erinne bagi ceramah sikit sebab si Reza ni selalu teguk air sejuk dalam peti ais tu. Nek Ngah pun satu. Selalu sejukkan air berbotol-botol untuk Reza.

Reza masih diam. Terdiam dengan perbuatan Erinne sebenarnya.

Erinne kerut dahi. “kenapa ni? macam pelik je?” Erinne dan Reza memang seboleh-bolehnya mengelak guna ganti nama diri didepan Nek Ngah. Kau-aku dengan husband memang la tak elok. Sakit jantung Nek Ngah nanti.

Reza tersedar lagi sekali. “takde apa.” Dia mengangkat cawan dan meneguk air. Eeh? “air masak?”

“laaaa.. kan da cakap tadi. Air sejuk tak elok. Tula, orang cakap otak ke lain.” Erinne lantas mengangkat pinggannya dan pinggan Nek Ngah ke singki. “nanti pinggan dengan cawan tu letak je.” Erinne mengingatkan. Nanti Nek Ngah kata apa pulak fungsi dia ada kat sini kalau cuci pinggan Reza pun tak boleh.

Lagi sekali Reza terpana.

“dengar tak ni?” mengelamun je mamat ni!

“ah.. ok..ok..” rasa macam betul-betul ada isteri pulak. Hud Rezairil, beware. You’re in danger man.

*******

“ha! Kemana pulak Reza?” Nek Ngah menegur bila nampak Reza lalu diruang tamu.

Erinne pantas kalih. Hohoho! Be cool Erinne. Apalah sangat tengok Reza tak pakai baju dan berseluar paras lutut. Apalah sangat kan!!!! Hoho!

“nak pergi berkubang kat parit kampung sebelah. Hamid dengan Razak pun ada sekali. Lepastu nak pergi nak pergi bendang jugak kot. Tengok kalau-kalau ada ikan puyu, sepat.. boleh bawak balik sebaldi dua.”

“haih kamu ni. kalau dah jumpa Hamid dengan Razak, mula la jadi budak-budak. Yang berkubang kat situ budak umur 10 tahun je Reza!” Nek Ngah bercakap lagi.

“eh! Ada la orang besar Nek Ngah..” boleh pulak Nek Ngah bukak tol dekat aku nak keluar pintu nih. Ingat boleh keluar cepat tadi.

“kamu je la orang besar tu!”

Erinne tergelak-gelak dengar ayat Nek Ngah. Reza buat perangai budak-budak dia lagi!

“Norsiah taknak ikut? Pernah gagau ikan?”

Ha?? Erinne dah blur. “gagau?”

“tangkap ikan la!” Reza tolong jawabkan.

Nek Ngah sengih-sengih. “nak ikut?”

Reza dah kasi sign guna mata. ‘takpayah’.

“boleh ke Nek Ngah?” Erinne mintak kepastian.

Reza dah urut dahi. Ah.. sudah… “tak payah..tak payah.. panas kat luar tu.. nanti berlumpur-lumpur.. kotor nanti..”

“hai.. orang sayang bini..” Nek Ngah mengusik.

Reza dan Erinne saling berpandangan. Sah! Nek Ngah salah sangka!

********

Di Kuala Lumpur..

“Uncle.. Uncle bagitau la.. Erinne ada call Uncle kan?” Bee berusaha memujuk. Dekat setengah jam dah bontotnya melekat dekat sofa empuk ni. Seempuk manapun, ini bukan masa nak bermalas-malasan! Ni masanya nak carik budak buat perangai lesap tiba-tiba tu!

Bee kalih pandang pada Amoi disebelah. Biar Amoi pulak asah skill pujuk-memujuk dia.

“Uncle.. Aunty dah terlepas cakap dekat kitorang dah.. yang Erinne ada call Uncle.. Uncle kalau taknak bagitau Erinne dekat mana takpe, but bagitau kitorang nombor baru Erinne.. boleh ye Uncle?” Amoi dah buat muka kesian. Suara pun mendayu aje.

“Erinne taknak balik. Dia dah cakap dengan Uncle. Taujelah dia tu, bukan boleh disuruh. Kamu nak buat apa dengan nombor telefon tu?”

Zack pula membuka mulut, “bukan apa Uncle. Kitorang nak cari Erinne. Mana tau Erinne nak balik, sambung belajar dekat kolej? Rugi Uncle kalau dia tercicir satu sem. Lagipun kita taktau dia buat apa kat luar tu.”

“Uncle percaya dekat Erinne. Bila dia kata dia tak buat benda bodoh, Uncle percaya dengan dia. kamu takkan boleh buat dia balik punya.” Uncle Ghazali dah mengangkat punggung. Berlalu ke tangga.

Bee kalih pandang pada Amoi. Dia berbisik, “Moi, kejarlah Moi! Mintak nombor tu!”

“ish! Apa ni! kau lah!”

“ala.. kaulah! Dia respon baik kat kau tadi! Cepatlah Moi! Dia masuk bilik nanti!”

“eeh!” dengan muka muncung Amoi gagahkan kaki mengejar Uncle Ghazali di tangga. “err.. Uncle..Uncle..kami nak sangat tau khabar Erinne. Kami…kami.. risau sangat dengan dia. kalau dapat dengar suara pun jadi. Please Uncle..”

Uncle Ghazali memandang muka kesian itu. hmm. Kalau bagi pun apa salahnya. Kalau Erinne nak melenting pun, dia jauh. “come, to my room.”

Amoi sengih. Dia berpaling mengahadap Bee dan Zack diruang tamu. Dia menunjukkan tanda ‘ok’ dengan tangan kanan.

Bee dan Zack tarik nafas lega. Phew! Bapak dengan anak sama aje keras kepala!

********

Amoi dan Bee berebut-rebut nak mendail dulu.

“bagi aku la! kau nanti marah-marah Erinne, bukan pujuk dia!” Bee bertegas.

“hey! Siapa yang pujuk Uncle Ghazali nak dapatkan nombor ni ha? Ha? Ha? Cakap sikit?” Amoi pula taknak mengalah.

“ahhhhhhhh!! Dah! Dah! Senang-senang bagi aku je yang call.” Zack dah merampas kertas kecik di tangan Amoi.

Bee dan Amoi masam muka.tu lah! Rebut lagi! Dua-dua tak dapat!

Zack melekapkan telefon pada telinga. Tuut.. tuuut.. berkali-kali nada dering kedengaran. Tak diangkat-angkat. Takkan Erinne tidur awal kot?

Di Bagan Serai…

Reza terdengar handphonenya berdering. Sekali.. dua kali.. sengaja dibiarkan tak berangkat. Orang nak tidur la!!!!!! nak je dia menjerit macam tu. Tak paham-paham! Dah orang tak angkat tu, maknanya taknak angkat la!! tak payah la cuba banyak-banyak kali. Dia mengalih posisi. Meniarap pula. Harap-harap deringan tu berhenti.

Kriiiiing…kriiiiiiiing….

Erinne terjaga. Dipandang bawah katil. Dengan bilik gelap gelita tu dia nampak satu objek berkedip-kedip bercahaya. Huh! Bunyi dahla klasik habis! Bunyi macam telefon pejabat! Takde ringtone best-best sikit ke?

Erinne selak langsir kelambunya. “Reza… bangun.. telefon tu..” dengan suara serak mamai dia mengejutkan Reza.

“buat bodoh je..”

“Reza…. Bising la Reza…”

“alah.. nanti berhenti la tu…”

“Reza.. kalau taknak angkat reject la call tu.. lepastu off…”

Ish! Reza mencapai handphone di tepi bantal. Alamak! Nak tekan reject, tertekan answer pulak.. dia garu kepala. entah nombor sape-sape ntah. Aku tengah penat balik berkubang ni.. ada yang nak kena humban masuk parit kang..

“hello?” suara lelaki dihujung talian.

“hello? Huaargh..” sempat Reza menguap.

Zack tengok balik handphone ditapak tangan. Betul ke nombor aku dail nih? Dia lekapkan kembali telefon di telinga. “err.. Erinne ada?”

“ha?” apa mamat ni nak order oren pulak dah kat aku nih.. aku mana ada ladang oren..

“awak kenal Erinne tak? Ini nombor baru Erinne kan?”

Reza meraup rambutnya kebelakang. Dari baring, dia bangun bersandar. “wrong number.” Dia terus mematikan talian dan bangun nak meletakkan phone dimeja. Kacau je kalau letak sebelah bantal!

Kriiiiiing…kriiiiiiing…

Laaaaaa… ingat dah faham bahasa tadi. Reza angkat panggilan itu lagi sekali. “hello? Cari siapa ni?”

“saya cari Erinne. NurIndah Ghazali ada situ tak?” Amoi menguatkan suara.

Lor..suara perempuan pulak.. tadi lelaki.. eh! Cari Erinne? “err.. ni siapa?”

“tanya kita pulak! You tu siapa? Erinne mana Erinne?” Amoi bertegas.

Amboi. Garang betul. “kejap.”

Hah! Amoi rasa nak tercabut jantung! Betul la Erinne ada dengan lelaki! Macam mana ni! Erinne! Apa kau dah buat ni! insane!

Reza membuka lampu. Erinne terjaga kerana silau.

“nah. Ada orang telefon.” Reza menghulur telefon pada Erinne yang terpisat-pisat atas katil.

“hmm..hello….” lemah longlai suara Erinne.

Amoi menekup mulut. Oh! God! Mamat tadi suara mamai, Erinne suara mamai jugak. Dia dah terbayang kelakuan jahat dalam kepala. “Erinne! It’s me!!! Erinne! You gotta be kidding! Ow my God!” Amoi suara gelabah.

“hey.. satu-satu la..” Erinne membetulkan silanya. “apa yang kecoh sangat ni..”

Lagi sekali Amoi ternganga. Dia bercakap pada Bee, “Bee, kau tengok Bee. Erinne kata, apa yang nak kecoh sangat? ow my!”

“on loud speaker cepat!” Bee mengarah.

“hey.. apa korang ni! aku nak tidur la!” Erinne rasa bengang dengan hingar-bingar dalam talian belah sana.

“Erinne!! Ni Bee ni! kau tidur dengan siapa tu Erinne? Kau tidur dekat mana? Tell me! Kitorang pergi ambik sekarang jugak!”

“betul! Betul! Kalau takut nak bagitau, kau sms eh?” Amoi pula menambah.

Erinne makin pening. “apa korang merapu nih! I’m safe here, ok? I’m fine!”

“you slept with him?” Amoi mengagak.

“no!!!!!!!” dengan penuh perasaan Erinne menafikan kenyataan itu.

“Erinne, for Godsake, tell us. Kenapa kau lari?” Zack pula masuk campur.

Aaaaaaaa~ part ni aku malas ni. “aku ok dekat sini Zack, Amoi, Bee. I’ll be back when I want. Do not call me again.” Erinne bertegas. “ok? dah. Aku nak tidur.”

“Erinne, 12.30.. kau dah tidur?” Bee buat nada tak percaya.

“pukul 10 suku aku dah lena. Dah-dah. Assalamualaikum.” Erinne terus mematikan talian.

Amoi, Bee dan Zack terpinga-pinga. Erinne bagi salam. Mana pergi ‘goodnight babe’ or ‘k babe, love ya’. Dah pulak tu berganti dengan….. Assalamualaikum?

Erinne serah kembali handphone ke tangan Reza. Dia baring balik.

“siapa call?” Reza bertanya.

“kawan..”

“boyfriend?”

“taklah.. kawan.” Dan sekejap saja Erinne dah kembali lena.

Reza rebah semula ke lantai. Dok tenung siling. Haih mata ni! tadi beriya melekat macam kena gam uhu! Sekarang celik pulak dia. Tangannya pantas mengalih bantal menutup muka. Tidurlah Reza!

Tuesday, May 19, 2009

kamu indah [6]

“huh?” Erinne tercengang bila Reza menghulurkan handphone kepadanya.

“ambik.”

“nak buat apa? Aku ada handphone.”

“call parents. Call housemates.”

Erinne terus terkebelakang. Dia memeluk tubuh. “taknak.”

“kau dah 2 hari kat sini.. nanti diorang risau nanti.. mana tau diorang report polis ke hape ke.. ha, kan susah?”

Erinne monyok. “nanti diorang suruh aku balik.”

“kau bagitau je. Lepastu letak je terus. Atleast diorang tau kau dekat mana.”

Erinne duduk dikatil. Merenung lantai. “taknaklah paksa-paksa..”

“aku tunggu kat anjung. Tak keluar lagi 30 saat, aku sendiri korek contacts dalam handphone kau then aku bagitau kau kat sini.”

Erinne tunduk merenungnya jari-jarinya. Seumur hidup, tak pernah ada orang mengarah aku, paksa aku, suruh aku buat itu-ini. My life, my rules. Tak perlu ikut telunjuk orang lain. Tapi lelaki asing ni, baru 2 hari jumpa dah berani mengarah. Haish!

Erinne bergerak ke anjung. Badannya disandarkan pada bingkai pintu. Reza dah bertenggek di situ. Reza senyum dan menghulurkan phonenya.

“bilal guna Storm eh Reza?” Erinne senyum merenung Blackberry ditapak tangan.



“senang nak tau masuk waktu.” Reza balas sengih. “dail la cepat.”

Erinne berkira-kira siapa nak di telefon dulu. mummy ke daddy? Ke.. Bee dengan Amoi dulu?

“Reza, kau rasa aku patut telefon siapa dulu?”

“ayah.”

Pantas jarinya menyentuh touchscreen itu. “hello, daddy?”

“Erinne!!! Erinne kan ni?” suara garau dihujung talian menjawab.

“ha.. Erinne la ni.”

“Erinne, where on earth are you???????????”

“Erinne… er… dekat.. dekat somewhere..”

“dekat mana??”

“don’t worry k daddy… Erinne safe dekat sini. But, Erinne cuma nak bagitau Erinne stay lama dekat sini.”

“Erinne tak buat any stupid things kan?”

“tak.. tak.. Erinne ok aje. Jangan risau. I’ll be back when I want. One more thing, bagitau mummy jugak.”

“taknak call mummy? Bagitau sendiri?”

“taknak.”

“ok. Do whatever you want. Please take care of yourself girl.”

“sure. Bye.”

“bye.” Erinne mematikan talian.

Reza memandang tajam. “biasa bercakap macam tu ke dengan daddy?”

Erinne angguk. “kenapa?”

“nothing.” Reza mula berfikir. Keras kepala punya anak. Selamba je cakap ‘I’ll be back when I want’.

“dahla. Housemate tak payah telefon la. nanti-nanti la.” Erinne pulangkan semula telefon ke tuannya.

“so, Erinne?” Reza bertanya.

Hehe. “yup. Semua orang panggil Erinne.”

“bukan nama betul kan?”

“kenapa tanya macam tu?”

“aku tak rasa tu nama kau.”

“aku pun tak rasa Reza tu nama kau.”

“hey, Reza memang nama aku ok?”

“Erinne pun nama aku. nama pendek.”

“Reza pun nama aku. nama pendek.” Reza mengulang semula ayat Erinne.

“bak sini ic! Nak tengok!” Erinne menghulur tapak tangan.

“mana boleh! Bak sini ic kau dulu!”

Mata masing-masing dah pandang ke pintu. Dalam otak dah terpancar idea jahat. Tanduk dah tumbuh…Siaplah… get set…go!!!!!

Erinne dan Reza hampir-hampir nak merobohkan teratak cantik Nek Ngah dengan merempuh ke dalam bilik. Masing-masing selongkar barang. Reza tumpahkan isi beg tangan Erinne ke atas katil, Erinne pulak taburkan barang dalam beg Reza ke lantai. Masing-masing carik wallet.

“ahah!!!!” Reza bersuara girang. Dikeluarkan kad berwarna biru yang terselit dalam poket wallet Erinne.

Erinne lantas kalih ke arah Reza. Oh no! “Reza.. bagi la balik…” Erinne dah terlompat-lompat nak mencapai ic nya di tangan kiri Reza yang diangkat tinggi.

“kejap..kejap.. nak baca ni.. tak nampak..” Reza bawak lari dari tangan kiri ke tangan kanan pula.

“bagi la balik! Tak aci! Kau punya tak jumpa!”

Reza menyeluk poket belakang seluar paras lututnya. “ni ha.. kat sini.. haha”

‘Kurang asam Reza! Patutlah tak jumpa-jumpa! Aku pun bodoh, pergi carik dalam beg baju tu buat apa! Lelaki mana simpan wallet dalam beg!’ Erinne mengumam dalam hati.

Reza mendongak membaca ic Erinne yang diangkat tinggi. Nasiblah aku tinggi, dapat jugak ngelat. Hehe. Eh…nama dia….. “hahahahahahahahahahahaha..”

Reza gelak sampai rebah ke katil. Ececeh.. nickname Erinne tak boleh blah!

Erinne cuma memeluk tubuh memandang manusia yang sedap tengah gelak sakan atas katil. Haish! Terbakar betul hati aku tengok!

“Ya Allah… Astaghfirullahalazim…. Kamu ni gaduh kenapa sampai bilik jadi macam ni!!!” Nek Ngah mengurut dada melihat bilik yang bersepah itu. Tadi dia dengar rumahnya macam nak roboh, tak senang dia nak memetik pucuk ubi kat atas batas depan tu.

“Reza ni Nek Ngah! Dia curi kad pengenalan saya!” Erinne mengadu.

“Reza!!! Apa ni buat perangai budak-budak ni Reza!!!”

“hahahaha..” Reza menyambung gelaknya. Bukan nak jawab!

Nek Ngah geleng kepala. Tak faham dengan perangai cucunya itu.

“Nek Ngah tau tak apa nama penuh Reza?” Erinne bertanya pada Nek Ngah.

“Nek Ngah tau tapi tak reti nak menyebutnya..”

“hahahaha..” lagi sekali Reza terhambur gelak.

Erinne dah muncung. Aku baling jugak Reza ni keluar tingkap karang!! Sudah-sudah la gelak tu.. tau la nama aku Melayu habis, tapi nickname memang simpang ke barat!

“Nek Ngah taktau la kamu-kamu ni. selesai la sendiri. Bilik ni kemas. Nek Ngah turun ke dapur dulu.” Nek Ngah berlalu sambil menggeleng. Pening dengan perangai cucu-cucunya itu.

Mata Erinne dah berair. Tak pernah lagi orang bulinya sebegitu rupa. Tapi dia gagahkan diri. Janganla sampai meleleh. Matanya dibiarkan berkaca.

Reza duduk bila dah senak perut ketawa. Baru dia perasan, ada orang yang senyap merenungnya dari tadi. Air muka orang tu dah berubah, keruh aje.

“sorry…sorry… duduk sini meh.” Reza menepuk tilam disebelahnya.

Erinne tetap tegak.

“duduklah..”

Erinne tarik kerusi meja solek dan duduk berhadapan dengan Reza. Reza menurut sahaja. Dia memegang ic Erinne di tangan kanan dan ic-nya di tangan kiri.

“ok…jangan marah eh..” Reza meneruskan kata bila Erinne senyap membatu. “ni ic aku. nak aku bacakan nama aku ke, kau nak pegang ic ni sendiri?”

“tak payahla.”

“alahai~~~” Reza tarik senyum. “aku baca eh?”

“tak payah.” Erinne jauh hati.

“ic ni aku buat masa umur 21 tahun.” Reza memegang ic nya menghadap ke Erinne. “tengok, gambar pun cam budak hingusan.”

Erinne alih pandangannya. Sikit taknak pandang ic Reza.

“kecik hati ke ni….” Reza tarik kembali ic-nya ke riba. “em, aku suka nama kau. Sedap. Aku suka.”

“takpayahla puji..”

“eh betul. Suka. Suka sangat. lagi sedap dari Norsiah, berganda sedap dari Erinne.”

“tipula.”

“beeeeetuuuuullll…” panjang 6 harkat Reza menjawab.

“kalau sedap kenapa gelak macam orang gila tadi?”

“laaa…. Aku gelak sebab gambar je la.. tengok, kau pakai cekak polkadot, dengan muka sememeh…”

“aku tengah geram masa tu. Tunggu lama gila nak buat ic.”

“dah ok ke belum ni?”

“ok apa?”

“tadi merajuk.”

“tolong sikit! Aku tak pernah merajuk dengan sape-sape la!”

“halah,halah,halah…..”

“apa halah,halah? Benci betul!”

“haha. Ok.ok. nak ic aku ke taknak ni?”

“bak sini!” Erinne merampas ic dari tangan Reza. Satu saat.. dua saat… dia tarik sengih. “haha. Lagi lawak.”

“apa lawaknya?”

“rambut pendek tak hensem langsung!”

“sekarang ni hensemla eh?”

“ugh!!” Erinne menjulingkan matanya keatas. Perasan! dia amati tarikh lahir pula. Dia berkira-kira dalam otak. “eeh. Tua.”

“alah.. tua 5 tahun je pun..” Reza menjawab. Dah dicongak umur Erinne awal-awal tadi, 22.

Tiba-tiba Erinne menekup mulut. Tahan gelak.

“apasal?”

“nama kau peliklah Reza. Haha.”

“unik la. mana ada orang nama macam aku.”

Erinne senyum. betul jugak.
“so, hai. I’m NurIndah Ghazali.” Erinne menghulur salam.

Reza menyambut. “hai. I’m Hud Rezairil Ahmad. Nice to meet you.”

“nice to meet you too.”

Kedua mereka tergelak lucu.

Saturday, May 16, 2009

kamu indah [5]

Erinne mintak jasa baik Reza untuk bawak dia ke pekan. Banyak barang yang tak bawak. Yelah, nama pun lari tiba-tiba. Mana sempat nak cek barang complete ke tidak.

Sedang berjalan-jalan tu, Reza mengelamun. Bukan teringat dekat bekas isterinya, tapi berfikir pasal budak sebelahnya ni. Takkan betul-betul jatuh dari ufo kot! Ni Bagan Serai, bukan Roswell. “weh, dari semalam aku tanya. Kau nak pergi mana sebenarnya?”

“hurm?” Erinne mendongak melihat muka Reza.

“kau nak pergi mana sebenarnya?”

“beli bajulah.” Pelik Erinne dengar soalan tu. Bukan tadi dah bagitau ke nak pergi beli baju?

“bukan. Semalam.. sebelum kau jatuh tali air. Kau nak pergi mana sebenarnya?”

“hemmmmmmmm.” Lama Erinne berfikir jawapan yang sesuai nak kasi. “entah. Aku pun taktau.”

“ha?”

“taktau.”

“kau dari KL kan?”

“mana tau?”

“tengok pun tau. Kau lari dari rumah ke?”

“lebih kurang laa..”

Reza berhenti berjalan. Direnung perempuan berambut paras dada itu. “cakap betul-betul.”

“betul-betul la ni..”

Reza merenung tajam ke dalam mata Erinne. Erinne dah rasa aura lain macam. “ok..ok.. aku cerita. Tapi nanti jangan tak percaya pulak.”

Reza sambung berjalan. Dia tumpukan sepenuh perhatian pada Erinne.

“aku bangun pagi semalam, aku terasa nak lari. Tiba-tiba aje. Aku tinggalkan note dekat housemates aku, yang aku akan pergi lama. Aku turun pejabat kolej, aku mintak tangguh pengajian satu sem. Berasap jugak aku dalam office tu, lama gila dia nak kasi lepas. Lepastu aku pergi la Puduraya, even I have never been there. Aku main beli je tiket datang sini. Then.. tada! Here I am.” Erinne tersengih mengakhiri ceritanya.

Reza pandang pelik. Biar benar budak ni. “sorang pun taktau?”

Erinne geleng.

“tak inform your parents?”

Geleng lagi.

“humph.” Reza melepaskan keluhan berat.

“kenapa?”

“aku tengah fikir, macam mana nak bagitau Nek Ngah.”

“kalau kau bagitau benda sebenar… agak-agak Nek Ngah halau aku tak?”

“apsal kau tanya?”

“aku terasa macam suka pulak duduk situ.”

“tapi apa kau buat tu tak patut.. atleast kena inform parents kau.. nanti diorang tercari-cari.. kau tu dah la anak perempuan.”

“nanti kalau diorang suruh aku balik macam mana?”

“kau memang berhajat nak lari terus ke ni?” serius muka Reza.

Erinne geleng. “takdelah.. tapi aku taknak balik lagi.”

“kenapa kau lari sebenarnya?”

“aku taktau.”

Reza makin pelik. Dah berpuluh tahun aku hidup, tak pernah lagi terjumpa orang macam ni.

Erinne masuk kedalam satu kedai pakaian. Nak beli baju rumah je. dia rasa seronok pulak tengok tag harga murah-murah. Rasa nak borong semua. Haha.

Reza masih memerhatikan Erinne. Nak kata budak ni bermasalah.. nampak seronok, happy je.

“hey Parkinson! Rasa-rasa elok aku pakai tracksuit ke kain batik dekat rumah?”

“suka hatilah Norsiah..”

“tapi kalau aku pakai tracksuit, Nek Ngah sayang aku tak?”

Reza kerut dahi. “takde kena mengena la..” ntah pape la budak ni. Ingat pakai tracksuit Nek Ngah nak tendang masuk sawah ke?

“kalau aku pakai kain batik je sentiasa ok tak?”

Reza mengangguk je. Mentang-mentang dah pandai pakai, nak bantai pakai siang malam pulak dia ni. Tapi…… ok jugak.

Erinne memborong kain batik dengan t-shirt sampai berpuluh helai. Reza pun heran. Entah apa dia nak buat baju banyak-banyak macam tu.

“kau memang nak tinggal rumah Nek Ngah?” Reza bertanya lagi bila mereka keluar dari kedai itu.

“aah.”

Reza menggaru kepala. masalah ni. “takkan nak pretend jadi wife aku sampai bila-bila?”

“aku tak kata.. kau jujur jela dengan Nek Ngah. Lepastu aku mintak la tumpang sekejap. Tak dapat lama, sekejap jadi la.”

Reza makin bingung. Nak jujur tu la yang masalah tu. Karang Nek Ngah tanya kenapa bercerai, ha! Gagap aku nak jawab nanti! “kalau aku mintak tolong dekat kau?”

“tolong apa?”

Lama Reza merenung perempuan disebelahnya. “jangan bagitau Nek Ngah benda sebenar lagi. Berlakon jadi wife aku sikit hari lagi, boleh?”

“kenapa kau bercerai, Reza?”

Reza cuma diam. Mengelak untuk menjawab.

Erinne turut terdiam bila Reza takmau menjawab. Silap dia jugak pergi terjah benda peribadi. Ternampak kedai kasut disebelah, terus disinggah. Keadaan sepi. Tak ada lagi soal jawab seperti tadi.

Didalam kereta…..

“Reza, I’m sorry.” Erinne baru berani nak mintak maaf.

“takpe.”

Keadaan senyap lagi.

“hey, macam tak aci kan, kau tau nama aku, aku taktau pun nama kau.” Reza nak memeriahkan suasana.

“nama aku kan Norsiah.”

Hahahaha. Reza gelak panjang. Betul la lawak Nek Ngah aku.

Erinne pandang Reza disebelah yang tengah gelak meriah. Betul ke lelaki sebelah aku ni baru bercerai? Betul ke lelaki sebelah aku ni baru kahwin seminggu yang lepas? Banyak yang tak puas hati di benaknya. Dia nak tau sangat-sangat. Rasa ingin tau dia memang memuncak. Tapi nak buat Reza terdiam macam tadi, tak sanggup pulak. Takpelah. Lain hari aku tanya lagi.

******

“weh, aku nak menguatkuasakan satu peraturan ni.” Reza tiba-tiba bersuara didalam bilik.

Erinne dah kerut dahi. Macam polis pulak mamat ni. “apa dia?”

“diharamkan guna Bahasa Inggeris.”

Ha?? “sebab?”

“sebab aku taknak Nek Ngah kecik hati. Dia tak faham.”

“ececeh… Nek Ngah tak faham ke, kau yang tak faham?”

“pardon?” dan-dan je Reza tukar bahasa percakapan.

“haha. Ok.ok. kalau guna jugak?”

“kena denda.”

Ada pulak! “kau cakap tadi boleh?”

“ok! Kawasan nak speaking-skiping cuma dalam bilik ni sahaja.”

“kalau tak sengaja?”

“kena denda jugak!”

“kalau aku taktau perkataan tu dalam Bahasa Melayu?”

“guna bahasa isyarat.”

“mana reti!”

“nasiblah. Kau ni orang apa yang taktau perkataan dalam Bahasa Melayu?”

“arrr..contohnya macam…” mata Erinne meliar ke meja solek. “ha! Sunblock dalam BM apa?”

“translate jela. Apa susah.”

“takkan penghadang matahari kot?” Erinne bercekak pinggang. Kelakar gila la bunyi.

“krim pelindung matahari lah!” Reza menjawab. Sebenarnya dalam hati dah tergelak tak hingat! Penghadang matahari? Ingat penghadang jalanraya ke?

“oh. pakarnya. Kau pakar alih bahasa ke?”

“taklah. Aku anak Melayu sejati.. bukan macam orang tu~” Reza mengusik.

Haih mamat ni. Mulut dia tak boleh blah. “habis tu? Kau kerja apa Reza?”

“kerja apa?” Reza dah rebahkan badan diatas katil. Serius rindu tidur atas tilam!

“yelah. Kerjalah. Takkan dah tua-tua belajar lagi?” Erinne yang duduk di kerusi meja solek senyum mengusik.

“tolong sikit. Aku remaja apa.”

Pffffffh! Haha. Terhambur ketawa Erinne. “bapak remaja ada la kot. Cepatlah. Kau kerja apa.”

“aku tengah tak kerja.”

“penganggur? Patut la bercerai.” Erinne mulut lepas!!!!!!!!!

“aku tengah cuti panjang la. tanpa gaji.”

“berapa lama?”

“2 bulan.”

Gilaks!! “lamanya!” terbeliak mata Erinne.

“nak kasi rehat otak. Kalau kerja otak serabut pun tak guna.”

“frustrated?”

Reza bangun dan menyandar pada kepala katil. “agak la.”

Erinne berkira-kira. Nak tanya.. ke, taknak? Nak tanya ke…taknak. Nak tanya ke.. taknak? Nak tanya ke…

“nak tanya sebab aku bercerai ke?”

Huih! Reza bertanya macam la otak Erinne tu transparent dia boleh redah.

“errr.. tak..takdelah.. tak kisah.. nak cerita aku dengar. Taknak aku tak paksa..”

Reza tarik sengih. Baik je Erinne nak cover.

“malasla nak bukak cerita. Nanti bila-bila la aku bagitau.”

Erinne angguk. Dah tu jawapan tuan punya badan, takkan nak desak kot. “eh! Tak jawab lagi tadi. Kau kerja apa?”

“tekalah.”

“emmm… mesti bukan polis, askar, bomba.. sebab rambut kau panjang.”

Reza tergelak. Kalau tak sebab rambutnya panjang, takkanlah muka dia ni ada muka polis, askar. Bomba? Lagi tak masuk akal!

“cikgu pun mesti bukan.. pensyarah pun.. ah! Mesti kau tak kerja office kerajaan punya kan?”

Reza angguk.

“kerja swasta?”

Angguk lagi.

“tapi kau pakai Kancil. Engineer..doktor..lawyer..takkan pakai Kancil punya.” Erinne berkata sorang-sorang.

Reza tarik sengih. Teringat harta-bendanya yang ditinggalkan di KL. "aku kerja bilal aje."

“tipu!”

Haha. Reza sambung gelak. Soalan Erinne dibiar tergantung.

Thursday, May 14, 2009

kamu indah [4]

Erinne tunduk mencium tangan Nek Ngah. Selesai sudah solat subuh. Erinne rasa bangga. Rasa macam nak daftarkan nama sendiri dalam buku Guinnes Book of Record. Sembahyang subuh satu hal, siap berjemaah kat surau beb! Nasib mamat asing tu buat practical tadi, kalau tak.. aku ikut aje apa orang buat! Orang rukuk, aku pun rukuk, orang sujud, aku pun sujudla! Rasa nak berterima kasih pulak. Thank you mamat asing!

Nek Ngah mencium pipi Erinne kiri dan kanan. Entah apa sebabnya, rasa panas aje mata Erinne.

“kita balik jom? Kita buat sarapan sama-sama ye?” Nek Ngah mengajak.

Erinne senyum dan mengangguk.

Mereka berjalan bersama-sama pulang kerumah. Dari surau ke rumah Nek Ngah tak jauh pun. Tak sempat berpeluh dah sampai. Dengan pakai telekung, selipar besar (apakan daya selipar pun tak bawak!), dan orang yang tak dikenali kiri kanan, Erinne sikit pun tak rasa janggal. Pelik kan? Ni kalau Amoi dengan Bee tengok aku pakai macam ni, mau koma 2-3 hari. Spec pakaian yang langsung tak ada dalam Glam atau Female. Takpelah, nanti aku buat dalam majalah sendiri. Haha.

Erinne bukak telekung didalam bilik. Menyikat rambut didepan meja solek. Diikat kemas, siap sedia nak turun ke bawah buat sarapan.

“nanti.” Reza menahannya di muka pintu.

Erinne kerut dahi. “apa dia?”

Reza terus berlalu di beg pakaiannya. Dibuka perlahan zip beg itu. Baru sampai semalam kan, kemas beg pun tak sempat. Satu bungkusan dikeluarkan. “nah. Pakailah. Aku beli untuk Nek Ngah, tapi kau ambik la.”

Erinne membelek bungkusan kain itu. ‘Kain batik. Siap dijahit.’ Ohh.. kain batik.. “pakai jeans tak ok ke?”

“ok.. tapi pelik jugakla.” Reza memberi komen. Dia dah mengeluarkan towel, bersiap sedia nak pergi mandi.

Erinne mengeluarkan kain batik itu dari bungkusan. Dibuka lipatan. Dibelek-belek kain bercorak jawa itu. Dipusing-pusing dari depan kebelakang, belakang ke depan.

Reza sengih. Tu taktau la tu. “tak reti ke…” sengih masih tak lekang. Dia duduk dikatil memerhati perempuan itu berdiri didepan meja solek.

Erinne berpusing pada Reza. “please?” buat muka kesian.

Reza bangun. Banyak betul benda nak diajar. Best jugak kalau kenakan caj, dapat jugak duit. Huhu. Dia mengambil kain itu dari tangan Erinne. Disarung kebadannya. “masuk macam ni.”

“ow.” Erinne perhati. Serius benar muka.

“pastu lipat macam ni.” Reza lipat lebihan belah kanan ke belah kiri. Diselitkan kedalam. “selit kat sini.”

“owww..” panjang ‘ow’ Erinne.

“owwwwwww..” sengaja Reza mengejek dengan ‘ow’ yang lagi panjang.

Erinne menjeling. Ejek orang pulak! “dah. Bak sini balik.”

Reza menanggalkannya dan hulur pada Erinne. Dicapai semula towel yang diletak pada katil. “jangan londeh pulak nanti.”

Lagi sekali mata Erinne menjeling. “tau la!”

*********

Nek Ngah tersenyum melihat cucu menantu sedaranya turun dari tangga. Ayu. Sejuk mata memandang. “dah baik kepalanya?” Nek Ngah mula menegur.

“sakit jugak kalau tekan.” Erinne senyum. Baik betul aku ni. Entah nenek sedara sapa-sapa pun aku boleh baik.

“Nek Ngah ingat, nak buat roti pisang. Banyak pisang tu orang bagi. Sayang pulak kalau biar busuk.” Nek Ngah dah mula mengeluarkan tepung yang dah dibuat doh. Malam tadi pukul 10 dia dah sediakan bola-bola doh itu.

“ok jugak Nek.” Taram jela ok.. padahal aku taktau pun nak buat. Roti pisang yang aku pernah tengok pun dekat hypermarket yang bentuk panjang tu. Eh! Takkan Nek Ngah nak bake pulak pagi-pagi ni? “Nek Ngah, Nek Ngah nak buat roti pisang yang panjang tu ke?”

Haha. Tergelak Nek Ngah sekejap. “tak.. itu kek pisang. Ni nak buat macam roti canai tu, tapi ada pisang dalam dia. pernah makan?” lembut saja Nek Ngah bertanya. Dia tak pelik. Terasa hati jauh sekali. Dia tau, cucu menantunya tu orang bandar.

Hehehe. Erinne sengih. Malu dow. “ow.. maaf Nek. Tersilap.”

“tak apa. Taktau boleh belajar. Nak belajar buat?”

“boleh jugak.” Ni satu lagi simpton pelik. Sejak bila ada minat nak masak masakan Melayu ni Erinne.. selama ni bantai western aje. Tu pun ada bahan segera. Takat guna Prego tu memang dah tahap chef la!

“kalau nak tau, Reza suka makan roti ni.”

Reza? “yang dalam bilik air tu ye Nek Ngah?”

Haha. Nek Ngah gelak lagi. Suami sendiri dikata macam tu. “yelah. Kamu ada Reza lain ke?”

Hehehe. Tersasul pulak. Nasib Nek Ngah tak cepat pick-up. “hehe. Takdela Nek Ngah. Nak cari kat mana pulak Reza yang lain.”

“kamu ni tengok Nek Ngah tebar ni nanti bosan.”

“takdelah. Takde kerja apa nak tolong ke Nek Ngah?”

“pinggan kenduri semalam tu ada bersusun kat lantai tu ha. Kalau rajin nak susun, boleh jugak.”

Erinne senyum. jadilah tu. Dahla menumpang, bawak sedar diri sikit nak buat kerja.”nak susun kat mana Nek Ngah?”

“dekat almari bawah tu.”

Tiba-tiba..

“ha!!!!!!!!!!!”

“Ya Allah Reza!!!!!!!!” kena debik sebijik. “apa buat terperanjat ni!”

Erinne tergelak tengok adegan tu. Mamat asing ni memang suka pekena orang rupanya.

Reza pun tergelak panjang. Comel la Nek Ngah aku ni. haha. Dia mengambil sebiji pisang emas diatas meja. Cepat saja masuk ke mulutnya. “Nek Ngah masak apa?”

“roti pisang la. Buat-buat tanya pulak.” Erinne mencelah. Dah nampak Nek Ngah tengah tebar tu takkan taktau. Kata favourite.

“siapa tanya dia.. kita tanya Nek Ngah…” selamba Reza pekena Erinne depan Nek Ngah.

Haha. Suka Nek Ngah melihat cucu-cucunya itu. “apa usik isteri macam tu Reza.. tak baik.”

“Nek Ngah dah berkenalan ke dengan budak ni?”

Erinne menjeling. Budak dikatanya aku.

“eh! Lupa la Nek Ngah! Nama pun Nek Ngah tak tanya lagi! Apa nama dia dulu yang Reza bagitau Nek Ngah? Nek Ngah lupa la!” Nek Ngah dah berkerut-kerut.

Cepat Erinne melangkah ke arah Reza di meja makan. Dia berbisik perlahan, “taknak guna nama ex-wife kau.”

“mana boleh..” Reza menjawab. Berbisik juga.

“takmau la.. takmau-takmau..” Erinne berkeras. Taknak aku guna nama perempuan yang dah kena cerai tu!

“nama nausea Nek Ngah.” Selamba Reza berteriak.

Pak! Kuat Erinne menyepak kerusi Reza. Aku muntah sebab masuk angin la, bukan nausea!

“apa? Norsiah? Alahai.. sedap nama.”

Hahahaha. Reza gelak sampai nak terbalik kerusi! Tak sangka Nek Ngah aku sangat kreatif!

Erinne melopong. Punya la glamor nama aku, Norsiah Nek Ngah kata?

“Norsiah, siap dah kemas pinggannya?”

Hati Erinne masih berbuku. Siap kau Reza. “sikit lagi Nek Ngah.” Sedas dia menjeling pada Reza.

Reza sengih-sengih. Menutup gelaknya. Bukan salah aku. Nek Ngah yang panggil gitu. Hahaha. Sumpah aku tak terfikir nak letak Norsiah!

Nek Ngah letak doh yang ditebar diatas kuali leper. Pisang yang dah dihiris nipis-nipis disusun diatas roti itu. dilipat cantik dan diterbalikkan.

Erinne tengok macam orang jakun. Oww..cenggitu..

Banyak jugak Nek Ngah buat. Dalam sepuluh keping. Habis ke?

Reza yang duduk goyang kaki saja dari tadi dah terliur. Erinne letak saja roti pisang diatas meja, cepat dia sambar sekeping dan diletak ke pinggannya.

Fuuuuuh!! Panas!!! Terketar-ketar jari Reza. Tu la, lain kali bawak sabar! Ditiup jarinya yang terketar-ketar itu.

“eh, Parkinson eh?” sedap Erinne mengata. Haha. Suka dia dapat kenakan balik.

“panas la!”

“boleh makan ke tu? boleh nak cubit? Boleh nak suap? Nanti tangan terketar-ketar masuk hidung pulak nanti.” Haha. Yes!!

Reza tahan geram. Aku pulak yang kena balik. “kau ni dah lama hidup eh?”

“Reza!!! Apa kasar sangat bahasa tu? Main kau-aku pulak dia!” Nek Ngah menegur.

Makin lebar sengih Erinne. Padan muka. Haha. “Reza memang macam tu Nek Ngah.. suka cakap kasar-kasar.” tambah perencah sikit dekat Nek Ngah. Hihi.

Ni dah lebih ni.. sampai mengadu kat Nek Ngah aku. Gaya macam Nek Ngah dia. Reza merungut dalam hati.

“tak baik Reza. Tak elok.” Serius muka Nek Ngah. Risau cucu-cucunya nanti berantakan.

“main-main je Nek Ngah.”

“main-main pun tak elok Reza.”

Reza pandang Erinne sekilas. Tersengih-sengih pulak budak ni. suka la tu.

“yelah Nek Ngah. Nanti reza cakap lembut-lembuuuuuuut aje.” Reza memaniskan muka. Nampak sangat tak ikhlas!

“ingat Reza. Jangan cakap macam tu lagi. Nek Ngah tak suka. Norsiah, kalau Reza buat apa yang Norsiah tak suka, bagitau Nek Ngah. Biar Nek Ngah yang marah dia.”

Erinne sengih. Angguk. Habislah Reza lepas ni.. Nek Ngah dah sayang kat aku..

“ala Nek Ngah, siapa yang cucu siapa ni?” Reza tak puas hati.

“dua-dua pun cucu Nek Ngah.”

Suka Erinne. Dia lantas peluk Nek Ngah dari tepi. Melentokkan kepala dibahu orang tua itu. Dijelirkan lidah pada Reza yang muka hangat.

Halah, halah, halah… manja la tu konon. Entah alien jatuh dari ufo mana yang Nek Ngah sayang sangat tu! Reza mengambil kepingan roti pisang ke-2. Makan lagi sedap!

Wednesday, May 13, 2009

kamu indah [3]

Erinne menggosok-gosok mata. Hah! Terus dia terduduk. Dipandang sekeliling. Apa berlangsir-langsir pulak katil nih? Aku dekat katil siapa pulak ni?

Dia menyelak kain yang menyelubung katil berkembar itu.

“adoi!!!”suara lelaki mengerang.

Ooops!! Terpijak orang pulak! “err.. sorry..sorry…”

Reza bangun dari tidurnya. Senak perut aku kena pijak! Ditenung perempuan yang duduk atas katil itu. Dahla aku tidur bawah, kena pijak lagi! Dia duduk menyandar pada dinding papan.

Erinne terdiam. Nak cakap apa ni? err.. “hai.”

“hai.” Reza menjawab lemah. Ngantok la.

Senyap.

“kau terbangun tengah-tengah malam ni kenapa?” Reza memecah suasana.

“err..” Erinne mengurut tengkuknya. Bukan sakit ke hape, tapi gelisah.

“best tidur dengan baju basah?”

“kau siapa?”

Reza tarik sengih. Dah cakap banyak baru tanya nama. “orang la. takkan hantu.”

“oh. ok. Tak perasan kau orang tadi.” Nak main loyar buruk dengan aku.. kirim salam la.

“kau bangun nak tukar baju ke? beg kau kat tepi tu.” Reza dah mula nak melangkah keluar.

“aku.. aku rasa macam…” Erinne mengurut tekak.

Reza kerut kening. Apahal pulak ni..

“tandas mana?”

“bawah.”

“tunjuk kat aku kejap.”

Reza turun ke rumah bawah. Erinne mengikutnya dibelakang.

Erinne terasa nak muntah amat sangat. tak sempat masuk toilet, sinki dapur dia serang.

“eh, kau kenapa ni?” cuak Reza.

“aku terasa nak muntah..”

“kau dah muntah dah pun.. bukan terasa lagi..”

“aku tak makan..”

“laaa..nak makan?”

Erinne pandang muka lelaki yang tengah menghulurkan segelas air suam itu. siapa dia ni?

“kenapa? Ambiklah. Minum. Kau pergi mandi dulu la. lepastu baru makan. Jangan bising sangat mandi, nanti Nek Ngah terbangun.”

Makin pelik Erinne. Kenapa nak baik-baik sangat dengan aku yang dia tak kenal?

“tercegat apa lagi.. pukul 2.30 dah ni.. karang Nek Ngah bangun susah.”

“aku tak ada towel.”

“kau ambik sendiri dalam almari.” Reza terus membongkar peti ais. Lebih lauk kenduri dikeluarkan.

Erinne perhati aje. “kau nak buat apa?”

“panaskan lauk. Kau nak makan kan? Cepatlah pergi mandi..”

Erinne terus berlalu ke dalam bilik. Towel dan t-shirt diambil. Terus dia masuk ke bilik mandi.
Shower takde. Water heater lagi la jangan berangan nak ada. Yang ada kolah sederhana besar. Dicelup satu jari. Fuuhhhhhhhhhhhh! Sejuk giga!

Tok! Tok! Pintu bilik air diketuk dari luar.
“jangan lambat-lambat.”

Erinne terus mencapai gayung. Sambil mandi dia terfikir. Lelaki asing itu. hambar betul. Tapi dia tak jahat. Ok lah tu. Dia merancang ayat. Macam-macam dia nak tanya lepas ni.

Lepas mandi, dia bersiap dan turun ke dapur. Pakai seluar jeans. Huhu. Apakan daya, seluar tidur tak bawak! Kelihatan lelaki itu dah menunggu di meja makan.

“pakai jeans?”

“tak bawak pj”

Erinne terus menyenduk nasi ke dalam pinggan. Takkan nak tunggu mamat asing ni sendukkan kot? Anak raja la aku macam tu!

Erinne tak senang makan bila lelaki itu tak lepas-lepas merenungnya.

“kenapa?” Erinne bertanya.

“kau nak pergi mana sebenarnya?”

“takde mana-mana.”

“dari mana?”

Erinne menjungkitkan bahu. Malas.

“jatuh dari ufo?”

Besar mata Erinne mendengarnya. Muka aku berubah jadi hijau ke sekarang?
“tak. Jatuh dari langit.” Selamba.

Reza tarik sengih. Ok. Lawak. Tapi tak rasa nak gelak. “aku nak bagitau ni.”

Erinne rasa tak sedap ditekaknya. Pantas dia menolak kerusi dan muntah lagi di sinki.

Reza berdiri disebelahnya. “kau ni nausea ke?”

Erinne berpaling pada lelaki disebelahnya. “kau ni memang suka predict kan?”

“as you see.”

Erinne berkumur lagi. “kau nak kata apa tadi?”

“nak makan lagi tak?”

Erinne geleng. Sakit perut la. ni mesti masuk angin ni.

“kau masuk bilik. Aku kemas ni kejap. Nanti aku cakap.”

Erinne menurut saja. Apalah yang dia nak kata eh? ‘maaf, aku dah rogol kau’ huih! Gila! Takpun.. ‘bagi aku semua barangan berharga, kalau tak aku bunuh’. Aaaaaaaaaaa~ tolong la fikir positif sikit Erinne!

**********

“orang kampung ingat, kau wife aku.”

HA?????????????????? What the……

Besar mulut Erinne ternganga. Agak-agak penumbuk pun muat nak masuk.

“er.. kejap..kejap.. hold on..” Erinne mengangkat tangan. Dia kena process balik maklumat tadi. Orang kampung ingat, aku wife dia.. maknanya.. kalau Bahasa Melayu, orang kampung ingat, aku isteri dia.. atau translate dalam English, villagers thought that I’m his wife. OW~ MY~

Reza kelihatan rilek je, tapi dalam hati gelisah. Ntah perempuan mana-mana yang dia bawak balik, dahtu orang anggap isteri pulak. Dia yang duduk bersandar pada dinding papan memandang Erinne yang dah ternganga 2 minit setengah. “tak lenguh ke rahang kau?”

Erinne tersedar. “kejap..kejap.. em..macam ni! untuk pengetahuan kau, I’m a very-very brilliant plus talented student and I’m very good in memorizing.”

“ooooookeyyyyyyy…” Reza cuba nak menangkap maklumat. Unsur riak tu dia ketepikan sekejap.

“tapi, boleh tak kau rewind balik apa yang jadi after aku jatuh dalam sungai? Or whatever you call.”

“tali air.”

“ah! Yup! Tali air.”

Reza tarik sengih. Panjang mukadimah. Tanya terus kan senang. “macam ni, kau terjatuh. Kebetulan aku lalu. Aku selamatkanla kau. Kepala kau bengkak aku rasa, tu kau tak sedar.”

“then?”

“aku bawak kau balik sini. Ini rumah Nek Ngah aku. Nenek sedara la. masa aku sampai tadi, aku tengah angkat kau.”

“ok. Sambung-sambung.” Erinne dah boleh pick-up storyline.

“tanpa pengetahuan aku, Nek Ngah buatkan kenduri doa selamat untuk perkahwinan aku. lepastu..”

“cop!” dengan gaya tangan ‘cop’ sekali Erinne kasi.

“what?”

“you already married?”

“yep.”

Erinne mengurut dahi. Gosh!! Adakah aku bermalam kat atas katil mereka? He and his wife? OW~ MY~

“but.. that a week ago.”

Erinne ternganga lagi sekali. Lama-lama muka aku jadi macam bentuk question mark la macam ni! banyak sangat tak faham!

Reza sambung lagi. “sebab tu, masa aku bawak kau tadi, diorang ingat kau wife aku.”

“kau tak jemput nenek sedara kau pergi wedding kau ke?”

“dia tak boleh jalan jauh.”

“sebab tu dia tak cam muka wife kau?”

“ex.”

“ok.ok. ex. Whatever. Tapi, takkan gambar pun tak pernah tunjuk? Takkan tak pernah jumpa langsung?”

Reza senyap. Banyak soal betul la. Dari bersandar, dia terus baring. Bantal ditindih atas muka.

“hey! Jawab la dulu!!”

“kau kan a very-very brilliant plus talented student.. fikirlah sendiri.”

“hey! Janganla macam ni! aku tengah semangat nak tau ni!”

“nanti langsir kelambu tu turunkan. Lepastu tutup lampu.”

“hey!!”

“shh. Nak pukul 4 dah ni…”

“biarlah kalau dah pukul 7 sekalipun!”

“aku mengantuk ni.. pukul 5 aku dah nak kena gerak.”

“pergi mana?”

Senyap.

“hey, pergi mana?”

Senyap.

“ish! Tidur pulak dia! orang tanya ni buat taktau je!” panjang rungut Erinne. Dia bergerak ke suis lampu, dimatikan. Dia duduk diatas katil dan langsir kelambu yang terselak diturunkan.

“jangan pijak aku bangun nanti.”

“hey!! Buat-buat tidur!!”

Reza tergelak didalam bilik gelap gelita tu.

“hey.. bangunlah! Kau tak tidur aku tau!”

“aku ada sejam je nak tidur ni..” hai perempuan ni,berborak dalam gelap pun jadi!

“kau pergi mana?”

“surau. Subuh.”

“kenapa awal sangat?”

“tadi orang kampung mintak jadi bilal..”

“apa tu?”

Reza mengalih bantal yang menutup mukanya. Ah! Sudah! masalah ni! “kau boleh sembahyang tak sekarang?”

“boleh.” Erinne dah blur.

“kau tau sembahyang tak?” direct je Reza redah!

Erinne tersenyap. “tau, tapi.. tak ingat..” perlahan je suara Erinne.

Sepantas kilat Reza bangun. Suis lampu ditekan. “kau bangun.” Erinne didalam kelabu ditengok sambil bercekak pinggang.

Perlahan Erinne selak langsir kelambu dan turun dari katil. “ha, kenapa pulak?”

“sembahyang lesson.”

“kata ada sejam je nak tidur..”

“aku lagi rela tak tidur dari biarkan Nek Ngah sakit jantung!”

Erinne tersenyap. Telekung yang dihulurkan oleh Reza dicapai.

“nanti ikut pergi surau.”

Sikit lagi Erinne nak rebah ke lantai papan ni!
 
Blog Template by Delicious Design Studio