♡assalamualaikum

currently updating First.

Thursday, April 30, 2009

Fath dan Mia (2)

[ hari kedua gerai ]

“assalamualaikum.” Ramah Fath beri salam.

“waalaikumsalam.” Nampak tekun Mia membelek handphone ditangan.

“emm.. ramai customer harini?”

“ok la. nanti lepas zohor baru ramai kot.”

“oww.. tengok apa tu?”

“Aryana.”

“sapa?”

“anak Mia.”

“oww.. nak tengok boleh?”

Mia senyum lalu mengangguk. Laju Fath menarik kerusi plastic kesebelah Mia. Huluran handphone dari tangan Mia diambil.

“cute. Umur berapa?” Fath masih tak mengangkat muka dari skrin telefon. Jarinya menekan ‘next’ dan ‘next’ dan ‘next’ lagi. Cam baby model pampers woo. Comel je.

“baru je nak masuk 2 tahun. Bulan depan.”

Fath kalih sebelah. Senang rupanya nak tengok otot pipi dia bergerak. Cakap pasal anak dia, bercahaya je muka tu. Hehe.

Gambar di skrin telefon terus dibelek. Satu folder muka Aryana je. ada 180 item. Hamek ko!! Banyak betul! Semua muka anak dia je.

“kenapa masa baby rambut dia tegak macam Trojan?” Fath bertanya.

“haha. Kelakar kan? Mia pun taktau. Tapi bila dah besar sikit rambut dia dah ok kan?”

Tersentak Fath mendengar Mia ketawa. Hey.. sape kate susah nak dekat dengan Mia? Diorang tu yang tak pernah nak cuba..

“nama penuh Aryana apa?”

“Aryana binti Asyraff. Pendek je.” Mia senyum lagi. Kalau pasal Aryana, semuanya dia suka!

“oh.. aah. Simple.” Jin aprit tu bernama rupa-rupanya.. Fath berkata dalam hati.

“Aryana panggil Mia apa?”

“panggil mama. Hihi.”

“oh.. nama manja Aryana apa?”

“dekat rumah, nenek dia semua panggil dia baby. Tapi Mia panggil Yana.”

“oh.. papa dia panggil apa?” Fath dah mula nak masuk lubang..

“panggil girl.” Mia masih senyum. Fath pelik. Tak terasa ke dia?

“oh.. girl.. kalau saya panggil girl jugak takpe tak?”

“sekarang dah takde yang orang panggil girl. Nanti dia tak biasa pulak.”

“kenapa takde?”

“suami Mia takde kat sini.”

“dia kat mana?”

“Mia pun taktau.”

“berapa lama dah dia pergi?”

“dah.. dekat 2 tahun kot.”

“sama umur Aryana?”

“sempat 2 bulan je Aryana duduk dengan papa dia.”

“maaf.”

Mia hanya balas dengan senyuman. “ha, yang gambar tu, baru lepas kena marah. Tu cebik je.” Mia menunjuk pada skrin handphone ditangan Fath.

“yeke? Sape marah?”

“nenek dia. sebab dia merengek nak ikut Mia pergi kelas.”

“Mia ulang-alik ke?”

“taklah. Mia tinggal kat kolej la. tu masa balik weekend.”

“kenapa suami Mia tinggal Mia?” Fath bertanya serius. Dah tah tertahan lagi, tersembur jugak soalan dalam kepalanya.

“taktau.” Tenang Mia menjawab.

“kenapa dia tak ceraikan je Mia?”

Mia menjungkitkan bahu, tanda taktau.

“kenapa tak mintak cerai?”

“entah.”

“Mia takut ye?”

“kot.”

“takut apa?”

Mia menjungkit bahu lagi sekali.

“Mia takut keluarga mentua ye?”

“tak. Diorang baik sangat.”

“habistu? Sayang sangat dekat suami Mia ke?”

Mia terdiam. Lama baru dia menyambung, “Aryana.”

Fath diam. Memberi ruang untuk Mia.

Mia menarik nafas panjang. Dah lama, lama sangat dia tak berfikir tentang benda ni. “Mia belajar lagi. Pendapatan tetap pun tak ada. Belanja Aryana pun pakai duit mak abah. Mia takut, Aryana hilang.”

“oh..”

“Mia kahwin awal. Entah. Waktu ada orang datang merisik, Mia tak terfikir pun one day, jadi macam ni. he’s a gud guy, masa mula-mula. Entahla. Nasib Mia kot.” Senang saja dia membukak cerita. Senang saja dia selesa. Senang saja dia percaya dengan orang yang baru kenal 2 hari. Mungkin Fath tak macam orang lain yang tunjuk sangat rasa ‘kasihan’ dekat dia.

“oh.. jin aprit tu, pergi tiba-tiba ke?”

“ha? Siapa?”

“er.. ar.. Ashraff.”

“aah. Semua orang pun tak dapat nak trace dia kemana.”

“kalau macam tu, bukan automatik cerai ke?”

“dia bank-in duit. Tapi Mia tak guna, biarlah. Untuk Aryana nanti.”

“tak dapat trace akaun dia dari mana?”

Mia geleng.

“luar Negara ke?”

“maybe.”

“taknak cari?”

“entah. Mia malas nak fikir. Itu yang dia nak, biarjelah.”

“tak sedih ke dia buat Mia macam ni? gantung-gantung sukati?” apa ingat Mia ni macam itik panggang ke? gantung kat cermin kedai! Fath dah mula menyirap.

“sedih. Hehe. Entah.”

Ek eh.. boleh pulak main entah-entah. Jawab gelak-gelak pulak tu. “Mia jawab main-main ye dengan saya?”

“em. Kalau fikir, sedihla. Tak fikir, tak sedih.”

Hoho. Mungkin ini limitnya untuk Fath bertanya. Karang meraung anak orang karang, dia jugak yang susah. “em..weekend ni tak balik sebab ada gerai lah ye?”

Mia angguk.

“sedih tak jumpa Yana, tu yang tengok handphone je?”

Angguk lagi.

“jom,saya hantar balik.”

Mia terkejut. “eh! Takpe..gerai ni penting jugak..”

“ala.. suruh la Lan dengan Sham. Ha, ni Ju dengan Wawa patut shift pagi kan? Mane nye?”

“diorang pergi ambik air soya. Pakcik tu tak boleh nak hantar. Kesian Lan dengan Sham, semalam diorang jaga gerai sampai tutup.”

“alah.. tarahalla. Rumah Mia jauh?”

“tak, dekat Bangsar.”

“dekat je. jom!”

“eh! Gerai ni?”

“mintak la orang gerai sebelah jaga kejap, nanti Lan dengan Sham datang.”

“tapi…”

“tak rindu Aryana ke? saya pun nak jumpa girl jugak.”

Mia cuma tersenyum. Heh. Takkan nak tolak kot? “jom!”

**************

“kau boleh tolong aku?” Fath bertanya serius.

“kau nak apa nih?” berkerut dahi abangnya. Lagak serius je budak nih..

“kau boleh trace akaun orang tak?”

“hah?”

“kalau orang transfer duit dari akaun dia ke akaun orang lain, boleh detect kan?”

“bila kau sign up jadi detektif?”

Pak!! Sedap tangannya menyapu belakang kepala abangnya yang amat sengal itu. “tolong ar..”

“aku kerja IT, bukan kerja bank!”

“aku tau kau pernah detect email orang sampai tau alamat rumah dia kat mana.”

“oh hooo.. tu lain..”

“sama la ni! tolong la aku!”

“tengokla macam mana.. kau ada account number dia ke?”

“hehe.. nanti aku usahakan. Janji dah ada orang nak tolong.”

“kenapa kau nak tau sangat?”

“err.. aku join komuniti rumahtangga.” Fath menjawab sambil tersengih-sengih.

“aku hentak jugak budak ni kat lantai karang..”

*******

“Fath!!!!!!”

Semua orang berpaling. Terkejut dengan jeritan lantang itu.

Fath terlopong. Seorang perempuan dengan airmata berjurai-jurai menjerit namanya. Ah! Sudah..

“Fath! Sampai hati awak buat macam ni! selama ni Mia baik dengan awak! Ini ke balasan yang Mia dapat?”

Kenapa? Kenapa? Kenapa? Semua orang disekeliling saling bertanya. Nak kata ada shooting telenovela, tak nampak pulak cameraman kat mana-mana celah.

“Mia.. sabar dulu.. awak kenapa?”

Mia menghempas sekeping sampul surat diatas meja gerai itu. “nah! Puasla hati awak sekarang kan?”

Fath merenung sampul surat itu. ‘mahkamah..’

“Ashraff..”

“ye! Ashraff dah balik! Ashraff dah balik nak ceraikan Mia! Mia tau awak yang rancang!”

“Mia.. sabar dulu..”

Mia mengesat airmatanya kasar. dahla! Cakap banyak pun tak guna! “Mia balik dulu. terima kasih buat Mia macam ni.”

Fath tersenyap. Terkaku melihat Mia berlalu sambil menggengam sampul surat itu erat-erat. Fath? Apa kau tercegat lagi ni? tak pernah tengok dalam drama ke? bila heroin lari hero nak kena buat apa? Dey! Kejar la!!! sepantas kilat Fath menolak kerusi kebelakang dan berkejar ke depan.

“apa yang awak nak sedih-sedih ni? bagusla tu! Dari dia buat awak macam takde harga,baik dia ceraikan je awak!” Fath terus menghambur rasa geramnya selepas menyekat larian Mia.

“awak ada fikir apa yang Mia rasa? Apa yang Aryana rasa? Aryana dah takde papa Fath, Mia dah takde suami..”

“suami atas dasar apa? Title aje!”

“atleast Mia boleh jawab Mia ada suami bila orang tanya!”

“Mia sayang dia kan sebenarnya? Buat nak sayang jin aprit macam tu.. hah? Buat bazir je. baik sayang dekat saya ni!”

“hah! Dia awak panggil jin aprit, awak tu? Manusia yang baik sangat sampai hancurkan rumahtangga orang!”

“Mia..Mia.. listen! Dia tak sayang awak pun! Dia taknak dekat awak pun! Dia cuma nak menyedapkan hati makbapak dia je!” tiba-tiba Fath teringat kejadian beberapa minggu sebelum itu. tak pasal-pasal dia bukak gelanggang wrestling dekat tengah-tengah bandar Manila. Boleh si jin aprit tu kata dia tak hingin pun dekat Mia dan Aryana? Memang kurang ajar la. Kahwin pandai, buat anak pandai, lepas tu lepas tangan! Ingat si Mia tu kebulur sangat ke dekat duit dia? huh!

“awak buat cerita kan? Apa lagi yang awak reka supaya dia ceraikan saya?”

“saya tak reka cerita satu hapak pun! Saya kata baik bagi Mia orang yang betul-betul sayang dan nak jaga dia. bukan biarkan dia terkapai-kapai macam layang-layang takde tali.” Fuh! Hebat jugak Bahasa Melayu aku ni!

“yang awak cakap dekat dia macam tu kenapa????” Ya Allah.. Mia makin tertekan. Apa sajalah si Fath ni dah cakap..

“sebab saya sayang dekat awak la! saya nak jaga awak! Jaga Aryana!” terlepas jugak dari mulut Fath. Susah sangat perempuan ni nak faham!

“awak baru graduate, umur baru 24 dah nak jaga anak orang?” sinis Mia berkata.

“awak umur 20 dah jadi mak orang boleh je?”

Mia mengetap bibir. Geram ada, nak gelak pun ada. Amboi.. sempat pulak nak mengata!

“hah! Pandai diam pulak! Dah takde apa nak backing suami awak tu?”

Mia cuma menjeling.

“apa buat mata macam tu? Lawa sangat!”

Ni apa pulak aku yang kena marah ni! Mia merungut dalam hati.

“training sikit jadi wife saya.. dosa tau buat macam tu?”

“Mia taknak pun jadi wife awak!”

“parents awak nak je, Aryana nak je.”

Huh?????????? Parents??? Aryana????????? Sejak bila?!!

“dah-dah. Next week naik court.lafaz cerai. Habis edah 3 bulan kita kahwin.”

“senangnya!”

“awak kan janda, bukan susah. Tak payah kumpul duit banyak-banyak.”

“boleh pulak macam tu.”

“apsal? Ni awak nak kahwin dengan saya ke taknak ni?”

“apa straight sangat soalan ni..”

“takpe. Kalau malu tak payah jawab..”

“Fath!!!!!!!”

Hehe. Dan Fath cuma boleh tersengih-sengih macam badut bila tengok bakal wifenya muka merah. Heleh! Segan! Nak cakap nak la..

“tapi.. awak macam Ashraff. Awak pandai masak. Awak suka Coke takde ais. Awak panggil Aryana girl..”

“tapi saya takkan tinggal awak.”

Yeah. Satu janji, mengikat mereka berdua.






*simple ending. sorry. =(

31 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

haaaaa..
kanda..
suke la aku..
gile simple ending ko..
wat aku diawangan sat..
kan besh kalo aku dpt laki cm fath nnty..
ekeke..
bravo2..
walau cmne pon,,
aku still windu kat iz,nisa,luth n nisrin la kanda..
huhu..

saadiah~~ said...

akhirnyer ader gak en3 dr cucuratap..
serius,aku ternnt2 en3 cucuratap,tak kesah rrr cerpen ke novel bidadara ker,sume2 nyer best2 n klaka..hoho..

Miss Kira said...

hehehe
sweetnya..
x da belok2 dah..
staright je ckp..
hahaha

in_wired88 said...

comel ending die..

Anonymous said...

mcm ni baru dpanggil lelaki. berani n bersungguh.gud2..

comei said...

hehehe ala jup aje dh ending
huahuahuhua
nak lagi
pss bile nk smbg nisa & iz? windu sme meka hihihi

Mimi Nurisya said...

sweet nye dorang nih...
ending ni simple tp tetap best...
chaiyuk2 cucuratap..
cucuratap tulis pape pn mesti best...sweet je

nana_yoong said...

bestnyer..
tapi kalau x smp cni je kan lagi best..
nak tgk lagi watak c fath yang comel neh

Anonymous said...

weii..
pagi2 da wat otot pipi aku bergerak..
dok menyengih je dr tadi nih..

••♥shidaradzali♥•• said...

shuke~~
ngeee~~

aisyah said...

hehe...
lawak laa ending dia...
comey jer fath.....
suke2!

misz nana said...

ammmmaaaa...
dah ending ke?
huhuhu..
tapi xpe la..
yang penting, cite ni pun best gak..

Anonymous said...

nice ....very2 nice. cucuratap, you have talent as a good writer. Keep it up, dear.

Marlina Salleh said...

hehe..
ska24567!!!!
haha..
bila nk sambung bidadara??!!
mst lg bez!!

haikadove said...

heee.. chomel laa fath niee..
mia pon samee.. segan2 pulak=p
cucuratap! u're da besh laaa! heeee=D

MaY_LiN said...

yihuuuu...
tamat suda..
sis..bergumbira yea..

cornetto_o.d.f said...

yes..str8 jer..
hahaha..
best r...=)

Anonymous said...

ya...
bes2..
teruskan perjuangan anda
yaa cucuratap!!!

Anonymous said...

"oh jin aprit tu pergi tiba-tiba ke?"

hahahaa org dah baca dengan muka serious gila
bila baca part fath terlepas cakap tu terus keseriousan hilang

hHAHA xD

awanbiru said...

so~ cute
sym sorg2 dpn lappy
rs cm flying2 je

pape pn
sambung2

aqilah said...

pandainye...........best,best!!!!!!!

Unknown said...

aik? dh abs?? alaaaaa..x puas ag bce cite ni..smbung la kg..hehehehe

Gurl said...

straight to the point ler, mmg best giler cite awk nie, jrg jumpa cerpen cam nie, mmg ada kelainan, kalo sambung cerpen nie kan lagi best, part parent n aryana pun tak cite lagi tetiba je drg setju, kalo nak sambung cite nie masukan ler sekali part drg 2 bule tak?

eLLa said...

bez nyer citer nie..
buat saye gelakk jer..

agent_sesat said...

isssshhh...

makan lagi..alamak coke~~

gelak...kelakar..mia..blur ..samer... :p

intan_aya said...

OMG...so swet..
Fath jus propose camtu aje...

lucky si Mia dpt org yg syg die sampai mcm tu skali...

Best2 sgt citer nie..

Anonymous said...

WAHHHH.........lau la de laki cam fath nk kt aku...syok gle
besh ar cte ni
huhuhu

AjridaAjan said...

sooo sweet ~~

milah said...

so best.sgt best..thumbs up.!!!!

Unknown said...

gler sweet je..

:: Le3ya :: said...

bru nk bce cite ni . hahaha
btw , s00000 sweet . huhuuu

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio