♡assalamualaikum

currently updating First.

Saturday, April 25, 2009

Fath dan Mia (1)

“Mia!! Sini! Sini!”

Seorang perempuan menjengah-jengahkan kepala mencari suara tadi. Mana pulak dah..

“Mia!!!!”

Dia berpaling ke kiri sekilas. Ha! Tu pun!

“kau kenapa lambat sangat ni Mia.. semua orang tunggu tau..”

Mia cuma tersenyum bersalah. “maaf.”

Halahai.. lembutnya budak ni. Dari nak mengamuk sakan, terus tak jadi. Mana taknya, gerai orang lain dah penuh dengan hidangan, tapi gerai nombor 16 ni terhidang dulang dengan mangkuk polisterin kosong je atas meja. Sepatutnya kitorang jual macaroni goreng, kuewtiow goreng, dengan air soya. Tapi, dah tukang masaknya tak sampai, macam mana makanan nak siap kan? Kan? Soya pulak sampai lewat sikit. Pakcik tu kata tak boleh nak hantar awal. Pukul satu kot nanti baru boleh jual.

Mia masih tersengih-sengih melihat kawan-kawannya membuat bulatan sekelilingnya. Lan, Shah, Ju dan Wawa. Maaf la~

“em, Mia masak sekarang.” Dia lantas berdiri dan menyarung apron. Cepat-cepat dia kumpulkan semua bahan ditepi, sebelum mula menggoreng. Nasib semua dah siap, tinggal campak dalam kuali je. gerai sebelah menyebelah dijeling, dah rancak berjual beli. Rasa bersalah bertimpa-timpa.

Ju dan Wawa menolong sekadar boleh. Heh. Bukan tau masak sangat pun. Kalau tau, tak payah la tunggu perempuan ni kan? Appala.

“eh, korang buat apa ar? Baik tolong Mia masak!” Wawa menegur Shah dan Lan.

“tengah menjual la ni cik kak..” Lan jawab malas.

“jual apanya?” Ju bertanya lagi. Jual mangkuk polisterin?

“jual muka” Shah menyambung. Haha

Gerai ni salah satu program fakulti. Saja-saja carik duit sambil beramah mesra. Tapi kalau ikut objektif si Lan dengan Shah, jual muka sambil carik adik angkat kot. Awek tak boleh. Dah ada booking. Hehe.

“Hey!!! Fath!!” kuat Shah dan Lan melaung.

“Fath!!!” Wawa dengan Ju menjerit.

Mia mengangkat muka dari tumisan cili dalam kuali. Siapa? Dia kalih ke meja depan gerai. Diorang berlima tengah rancak gelak-ketawa. Yang dia, masih terpinga-pinga. Kenal ke? rasa macam tak..

“hai.” Lelaki itu mengangkat tangan pada Mia.

Mia makin pelik. Em, abaikan. Sudip kembali digerakkan.

“coursemate korang ke?” Fath bertanya perlahan pada diorang berempat.

“aah. Mia. Dia datang lambat tadi, tu lambat sikit progress.” Wawa menjawab lancar.

“apsal tak kau je yang masak?”

“hamboi.. tak sayang nyawa nampak?”

Haha. Dah memang fakta, Wawa memang taktau masak. Ju pulak boleh, tapi takat maggi. Eh, ingat senang masak maggi? Jangan pandang sebelah mata ye.

“heh. Takde ar. Saja nak usik kau. Korang jual apa sebenarnya?”

“oh! the special spicy fried macaroni with chicken fillet, chili sauce topping and of course, served together with fork and spoon wrapped with soft tissue.” Ju berkata dengan muka bangga.

“Ju, nanti aku recommend kau dekat mana-mana hotel la eh. Kot-kot kalau degree kau nanti tak laku.” Sarkastik Fath mencelah.

“oh, lagi satu. Our special-secret-chef’s recipe. Kuetiow goreng ala-Mia.”

Hahaha. Meriah betul meja gerai nombor 16 pagi-pagi nih.

“2 menu, Mia tu masak sorang ke?”

Empat kepala mengangguk.

“tu 2 kuali?”

“tu spare jelah.” Shah menjawab sambil menjeling Mia yang tak cukup tangan.

“got extra apron ladies?” Fath bertanya sambil menghulur tangan.

“err..takdak. kau nak buat apa?”

“Wawa, kau tak guna kan? Takat jadi uniform gerai korang nih, pe kata bagi aku sekejap?”

“nak buat apa?” Wawa dah kerut dahi.

“nak pakai la, takkan nak makan pulak!”

Fath terus menyarungkan apron ke leher. Tempat memasak dirapati. Dijenguk perlahan. Rilek je perempuan ni masak sorang. Sehelai tisu dari meja ditepi ditarik. Dihulur pada Mia.

“hmm?” Mia terhenti sekejap. Terkejut.

Fath senyum. Tisu dihulur lagi dekat.

“buat apa?” Mia blur.

“awak berpeluh. Nanti masin.”

“oh.” tisu disambut dan dilap ke dahi.

Fath kerut dahi. Aku buat lawak kan tadi? Kan? Apsal dia tak gelak? Luar alam sangat ke lawak aku?

“awak nak masak apa ni?”

“kuetiow.”

“ok. Bagi saya masak macaroni.”

Fath dah bersiap sedia. Kuali spare yang tadi terlangkup diangkat diatas stove.

“Mia nak masak.” Mia bertegas.

“masaklah.”

“Mia kena masak macaroni.”

“takpe, nak cepat kan? Saya tolong.”

“takpe. Mia buat.”

Fath berpusing pada orang disebelahnya. “salah ke?”

“apa?”

“saya nak tolong.”

“tak.”

“dahtu?”

“Mia nak masak.”

Arghhhhhhhh. Perempuan ini makin pelik. Fath berkata dalam hati.

“saya nak masak jugak.” Fath berdegil. Api dihidupkan dan minyak terus dituang.

Besar mata Mia melihat orang disebelahnya itu. siap ber-apron bagai… ahli gerai baru ke? lantaklah.

********************

“chef!!”

“ye?” serentak Fath dan Mia menjawab. Mereka saling pandang.

“err..” Ju dah garu kepala. payah cenggini.. “ade bahan yang kurang tak?”

“tak!” sekali lagi, serentak mereka menjawab.

“err.. nak minum apa-apa tak? Haus tak?” Ju bertanya lagi.

Fath : coke
Mia : tin
Fath : no ice
Mia : vending machine

Ju bercekak pinggang. Musykil la dorang nih.

Fath dan Mia saling pandang bila habis meng-order. Macam mana boleh sama??????????

“em. Takpelah. Aku.. pergi beli.” Ju terus berlalu. Pelik!

20 minit kemudian….

“hurrrmmm…..” mereka berempat menghidu bau macaroni dengan kuetiow yang dah siap masak. Bikin leleh la wa cakap…

“aku rasa dulu eh?” Wawa dah bersedia dengan garpu.

“haip!!! Aku dulu la!” Ju memotong.

“ey..ey… kasi ketua gerai dulu la!” Shah pulak menepis.

“ah..! senang-senang, kasi aku je rasa dulu!” Lan dah mencucuk garpu ke kuetiow.

“tidak!!!!!!!!!!” kuat Wawa dan Ju menjerit. Hampa sungguh tak dapat jadi perasmi!

Fath hanya memandang dengan sengih. Perlahan ikatan apron dileraikan, dan ditarik melepasi kepala. Dia pandang pula rakan chefnya tadi. Hehe. Rakan chef kau. Pandai-pandai sendiri letak pangkat.

“Mia?”

“hum?” Mia kalih pandang pada Fath.

“tak boleh bukak ke?” Fath menunjuk pada belakang apron Mia. Macam susah je dari tadi nak bukak.

“boleh.” Sepatah Mia menjawab. Tapi kalau dah merah-merah muka tu tahan kerut, boleh ke namanya…

Fath sengih. Degil budak ni. “meh la. saya tolong.”

Zapp!! Pantas Mia mengadap mukanya ke depan. “tak payah. Mia buat sendiri.”

Fath still sengih. Naik berkedut baju kurung kapas tu ditarik-tarik. Haih. Dia terus berjalan kebelakang Mia. Tali dibelakang pinggang perempuan itu dipegang.

Mia yang terkejut rasa nak keluar api. Cakap tak payah, tak payahla!

“kejapla. Saya tolong je. saya tak pegang awak la.” Fath selamba. Dia masih berusaha membuka tali apron itu. mak ai, ikat mati.

Mia yang tercegat berdiri dah taktau nak kata apa. Kalau bergerak ke depan, perutnya terjerut. Bergerak kebelakang? Tu saja menggatal namanya.

“Mia suruh Wawa la.”

“kejap. Dah nak terbukak dah ni.”

Hadoi. Makin malu rasanya.

“dah. Nak saya tanggalkan jugak ke?” Fath saja mengusik.

“terima kasih.” Mia terus menanggalkan apronnya sendiri dan bergerak ke meja depan.

Eh.. lari pulak dia.. Fath mengikut Mia kedepan.

Ju, Wawa, Shah dan Lan dah pandang pelik. Muka keruh tu, pahal?

Fath berdiri disebelah Mia. Mia terasa macam nak terbakar. Sibuklah dia ni..

“awak siapa?” Mia bertanya dengan kering berkerut. Suara tetap maintain lembut.

“sa..”

“dia ni, roommate kepada coursemate awek kawan Shah.” Tak sempat Fath nak explain, dah ada jurucakap yang sibuk potong ayat.

“haa???” Mia dengan muka blurnya memandang Ju.

“yelah, kira Fath ni, kawan aku punya awek, punya kawan, punya kawan.” Shah pula memintas.

“err.. macam mana tu??” Mia still blur.

Fath yang perhati dari tadi dah rasa nak hentak dahi ke tiang. Apa susah sangat diorang pusing fakta nih..

“macam ni..macam ni. Saya sepupu Lan lah.” Fath bukak mulut.

“haaa??” bertambah tak faham Mia. Kenapa lari sangat nih?

“awek kawan Shah tu, awek Lan lah. Awek dia satu U dengan saya. Kebetulan, saya satu bilik dengan coursemate awek Lan.”

“oh..” Mia mengangguk-angguk.

Shah, Lan, Ju dan Wawa dah sakit perut tergelak. Mia..Mia.. kesian!

“dahtu, buat apa kat sini?”

“sini?” Fath menunjukkan jari ke tanah. “berdirilah. Takkan tengah cangkung kot.”

Pfffh! Lagilah meriah diorang gelakkan Mia. Tapi yang anehnya, Mia tak gelak pun. Senyum pun tak.

Fath sengih-sengih. Lawak jenis apa lagi yang aku nak buat so otot pipi perempuan ni boleh bergerak?

“errr.. awak masak sedap.” Fath memuji sambil mengangkat kuetiow dengan garpunya.

“terima kasih.”

“belajar dengan mak ke?”

“tak.”

“habistu?”

“dengan abang.”

“oh, abang pandai masak? Abang anak sulung eh?”

“suami Mia, bukan abang kandung.”

Hellagud answer. Hehehe. Fath gelak-gelak. Kejap…kejap. SUAMI?????????????????????? Hampir-hampir dia jatuh bergolek ke bawah meja.

***********

Suasana hangat. Bukan panas, hanya hangat didalam. Dah jadi macam persidangan hape je. meja bulat itu diketuk-ketuk dengan jari. “serius ke ni? ke.. korang kencing aku?”

Lan dah mendongak kepala keatas. Ya Allah.. tak paham-paham! “serius la ni dol!!!! Ingat benda macam ni boleh buat lawak ke?”

“unexpected huh?” Shah bertanya sambil membawa gelas teh tarik ke bibir.

Aiyooooooooo. Fath dah terkelu. Betul-betul taknak percaya! Tapi kalau dah sejam dok bertanya serius ke? dah nak dekat 44 kali, dan jawapannya tetap sama, takkan nak tolak mentah-mentah kot! Haih.. “tau ke laki dia sape?”

“tak. Dia tak pernah minat nak bukak cerita pun.” Lan bertegas.

“kalau tak bukak cerita, mana pulak korang tau?”

“just masa mula-mula benda ni jadi je macam kecoh kejap. Lepas tu senyap.” Shah menambah.

Humph. Fath mengeluh buat kali ke berapa ntah dia pun taktau. She’s 22. Married. Kene gantung tak bertali. And ada anak. Tak masuk akal laaa!!!!!!!!!!!!!!!! Rasa nak menjerit je!

“aku… aku… haih!! Susah la nak percaya!!” Fath menyandar.

“masa mula-mula dulu pun, kitorang payah gak nak percaya. Tapi, nak tanya sendiri, memang haram tak berani la. Tengok Mia tu memang la lembut, blur, sopan, baik punya perempuan Melayu.. tapi susah nak dekat tu.”

“kau berani, kau tanya ar! Tapi macam tak baik gak la, kene gantung beb. Mau merana bertahun. Nasib dia cam tough.”

“macam mana boleh terkeluar cerita?” Fath bertanya lagi.

“anak dia la. dia memang tak sorok. Dah nama mak kan, sure sayang anak punya. Selalu je call anak dia, gambar tak payah cakap la. dalam phone, dalam folder, merata je dia lekat. Masa 1st year dulu, jakun la semua tanya. Dia rilek je jawab anak dia. tanya pasal husband, dia kata kene gantung. Itu jela pun yang dia jawab.”

“1st year?? Umur 19???” Fath makin pelik.

“20 kot. Dia STPM aku rasa.” Lan menjawab.

“apa jenis laki camtu?!” Fath gaya marah.

“agak binatang la perangai..” Lan menyambung.

“binatang pun sayang anak kot. Entah jin aprit mana si Mia tu kahwin pun aku tatau..” Shah menyampuk.

“tapi macam mana pulak dia kata dia belajar masak ngan si jin aprit tu?” sedap je si Fath pakai nama jin aprit kat orang..

“entah. Dia baik la kot sebelum tu. Cerita gantung menggantung ni kecoh pun masa sem 2.”

“banyak gila kau tanya. Minat ke?” Lan mengusik.

“she’s nice.”

“tu memang fakta la. aku rasa kalau dia single, even janda sekalipun, bersusun orang nak weh! Tapi dah status tak jelas macam ni, susah la. kesian gak kat dia.” Shah beriya bercerita.

“aku ingat nak tanya dia la.”

“baik-baik la Fath. Silap timing, mau menggila budak tu. Selama ni pun aku rasa dia ok sebab takde sape nak ingatkan.” Lan kasi amaran awal.

“tapi dia ok kan?” Fath memastikan lagi.

“kau minat sangat ambik tau hal orang ni kenapa?” Shah dah musykil.

“entah. Saje. Simpati la jugak.” Alasan la Fath!

“hehehe. Nanti aku repot Mak Ngah la Fath. Anak Mak Ngah ni minat nak join komuniti rumahtangga la sekarang. Haha”

“siot punya sepupu.”

**********










*panjang sgt la pulak cerpen ni, so ade part 2. maaf kalau tak best. nanti ada mase aku smbg. nga exam ni, idea pun merapu. naseb tak tekeluar silibus. still have 4 papers. pfffh! 4 killer papers.

27 comments:

Anonymous said...

best wat..
mane de merapu..
xsbr nk tggu smbungan..
papehal exam dlu ek..
gudluck 4 ur exam..
chaiyok2!! ^_^

-che na-

yuriana said...

wahhh, bakat saudari mmg terserlah ahh..
dlm busy nk exam, stil dapat produce this nice, sweet story..
congrat.

misz nana said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

betul8
besy sgt
cpt smbg yer

keSENGALan teserlah.. said...

huhu...
mia da ader hasben upenye..but kene gntung xbertali..huhu...
si fath nieh da minat kat mia...smbung2 weyh...
besh2..papepon,,aku still windu kat iz,nisa,nisrin n uncle long..xlupe gak kat hasya n d baby...muehehe...

MaY_LiN said...

hahaha...besh2...
studi2!!!!

nana_yoong said...

besh la cucur
citer awak mmg best2nter
hehhehe
sambung2
i tunggu

Anonymous said...

huhuuu.. rinduuu da nk bce!
tape tape. take ur time.
gudluck taw exam!=D

-haikadove

Anonymous said...

best...
nanti sambung tau....

yen yen said...

cam besh jek..
ok gud luck for your exam....

skyahaya said...

seyes...very nice..congrats n good luck ur exam..do ur best~

Marlina Salleh said...

bez la..
mana da mrapu!!
eh!!
study ek??
kt mana???

syah said...

walawey,,
masyuk baca..
smbg ag eyh..xsbr nk tau nih..
pape pn gd lux 4 ur xm..
all d best =)

fatihatul said...

wahhh.. mantap!!

miss said...

wah..
4 killer paper lagi..
mantop sempat post new n3..
tahniah..
Gud luk sambung cerita nie n exam..

FateN said...

haiyo, mane de x best. ni sgt best la.
senyum je bila baca....tp part2 yg last tu jatuh rahang la gak. hehe.

aisyah said...

best laa!!
smbg cpt2 tau...
n bdadara skali plss...

Anonymous said...

cpt2 sambung bl da free eah?
sambung bidadara another part tu jugakkkk
sgt x sabar! :D

-cHihIRo-

aqilah said...

nenek yg tua ni pun lum merapu lagi, inikan lak cucu, kan................. best ni. apapun akak follow............................

Miss Kira said...

xp..
i will wait..
heheh..
cpt skit post part 2 tau..

Anonymous said...

cucur atap
nice story..
story line u interesting
waiting 4 da next n3
ganbatte!!

angel@september said...

best..best...:)
sambg lg tao...

Fatin Cullen. said...

huhuhu...best!!!

Unknown said...

22?? married?? ada ank?? kne gntung x betrtali?? agk2nye ank mia umo bape eh?perghhh...gle ah..cite ni besh cm hape..aku dh mule rse x sabo nnk bce nxt n3..tp papepom..rnduku msh pd luth, nisrin, iz n nisa..ank bdk kcik2 org 2..hehehehe...

**gudluck utk exm ye cik cucuratap..sy msh stia mnunggu n3 bidadara ni..hehehehe

comei said...

yeahh de gak pengubat kerinduan pd kak cucuratap hehehe
olalala cpt2 ye smbg

uishk cmt berjaye dlm exam
caiyok3x

Muhammad Rafiq Hasrudin said...

ni dah macam novel dah.
boleh tulis novel dah ni.

Unknown said...

best gler story...

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio