♡assalamualaikum

currently updating First.

Sunday, March 29, 2009

bidadara : another part [5]

“Ma Tok!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Hasya dah terjerit-jerit dari pintu. Eksaited melihat Ma Toknya dah sampai. Nisa yang menjenguk dari boot kereta hanya menggeleng kepala.

“sayang cucu Ma Tok ni… sihat?” Puan Nina menggosok-gosok kepala cucu sulungnya itu.

“sihat Ma Tok.” Hasya menunduk mencium tangan.

“mama dengan papa mana?”

“tengah main perang-perang dekat belakang.”

“haaaaaaa???”



Di dapur 30 minit sebelum itu……

“orang kata jangan, janganlah…” Nisrin dah merengek-rengek. Tengking karang baru tau.. sebok je.

“alah.. Uncle Long boleh buat la.” Luth dengan muka serius memecahkan telur.

Nisrin dah hangin. Habislah nanti!

“ha! Tu dah berapa bijik pecahkan? Tak kira?”

Luth dongak pandang siling. Berapa yang aku dah pecahkan ek? “rasa dah 4 biji..”

“janganlah main rasa-rasa.. kira la ada berapa kuning telur dalam tu..”

“macam mana nak kira? Macam semua dah jadi kuning je..”

“SAYANG!!!!!!!!!!!!!!!” Nisrin tak boleh nak tahan jerit bila die mengintai tengok dalam bekas telur tadi. Nasiblah Amsyar terbangun ke tak dekat dalam bilik! Ya Allah! Dia pecahkan telur ke pukul telur?

“okeh.. okeh… okeh dear.. ni komfem ni. memang dah pecahkan 5 tadi.”

“eeeeeh.. lain kali letak la tepi siap-siap 7 bijik! Ni keluarkan satu-satu! Mana nak ingat! Dahla tak kira!”

“alah.. kalau terlebih sebijik ada effect ke?”

Nisrin dah rasa nak telan manusia kat sebelah ni. nasib baik la tangan ni tak sampai nak ketuk kepala pakcik nih. Eeeh~

“meh la orang buat..”

“ala dear.. Nisrin pergi buat gula hangus laa..”

“tau ke nak pukul telur ni nanti?”

“halah.. kacang!” Luth petik jari. “jangan pandang orang sebelah mata ye cik puan..”

“jangan riak ye pakcik..”

Nisrin kembali kepada periuknya tadi. Gula putih dimasukkan sesudu demi sesudu. Bahang periuk kukus semakin panas.

“Uncle Long.. capaikan getah nasik lemak tuh..”

“nak masukkan dalam gula hangus ke nanti?”

“orang nak ikat rambut la!!” ada ke masuk dalam gula.. mau jadik chewingum nanti.

Luth sengih-sengih. Dia meregangkan getah oren itu ditangan kanan. “come, meh Uncle Long ikatkan..” perlahan dia merapikan rambut Nisrin dari belakang. Digenggam perlahan dan diikat satu. Dia memegang bahu Nisrin, mengalihkan badan Nisrin menghadapnya. “hurm..” Luth kerut dahi.

“kenapa?”

“rambut depan ni kacau la..” dia menyelitkan sebahagian rambut Nisrin yang terjurai dihadapan kebelakang telinga. “tu lah.. sebok sangat nak potong layer..” Luth masih bercekak pinggang memandang Nisrin dihadapannya.

“eh.. ni style la.. lawa apa..”

“style eh?”

“yelah. Orang potong rambut straight tu fesyen lama.”

“bukan sekarang fesyen bob-cut ke?”

Terbeliak mata Nisrin. “mana tau nih? Girlfriend eh?”

“aah. Girlfriend nombor 13.” Selamba. Rambut Nisrin yang terjatuh diselitkan semula.

“HA.HA.HA.” sepatah-sepatah Nisrin tergelak. Lawak lah tu Uncle Long.

“heleh.. tak percaya pulak. Taktau ke hubby dear ni orang rebut-rebut?” sebelah tangannya diletakkan pada kaunter dibelakang sandar Nisrin.

“muntah la. uwek.”

“tengok! Rambut jatuh lagi..” rajin jarinya menyelitkan rambut Nisrin kebelakang telinga.

“yela..yela.. haritu orang nak potong pendek terus dia tak bagi pulak!”

“yela, aritu dear nak buat boycut! Nanti Amsyar panggil dear papa pulak karang..”

“hahaha. Yelah. Nanti orang pakai klip yang comel-comel tuh. Yang ada corak butterfly.. ladybird..”

“eeh. Janganlah. Cam budak tadika je..”

“dahtu! Rambut orang jatuh sikit, bising! Bukan rambut dia yang jatuh!”

“bukan bising lah.. komen sikit jek.”

“yelah. Nantilah tunggu panjang. Orang tak potong dah.”

“eh! Potong jelah.”

“pulak.. apa cakap macam bhai singh ni? kejap kata rambut depan ni kacau, orang nak kasi panjang tak kasi pulak..”

“takdelah. Nanti takde alasan la nak main selit-selit rambut lagi kan? Bila lagi nak buat aksi manja-manja sikit..”

“you know what?”

Luth angkat kening bertanya ‘apa’.

“gelilah.” Nisrin mengherotkan mulut.

“hohoho…. Hipokrit! Suka taknak ngaku!” Luth menyentuh hidung Nisrin dengan jarinya.

“takmola!!!!!!!!!!!! Tak sesuai la aksi manja-manja nih! Gaya macam 6 hari kahwin.. dah 6 tahun tau? E-NAM TA-HUN.”

“biarlah.. 60 tahun ke.. 600 tahun ke..”

“dah dah! Stop your aksi manja-manja with me! Karang pudding caramel ntah kemana, kita ntah kemana..”

“kita nak kemana?”

“Uncle Long!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Nisrin dah menyirap. Eeeh!

Hahaha. Luth cuma tergelak-gelak sambil kembali pada bekas pecahan telurnya. Alemak aii.. dah 7 bijik kan? Nak tanya Nisrin komfem dia ngamuk, alah.. konfiden jelah. 7 bijik dah ni. huhuhu.. haru~

Luth menyambungkan wire pemukul telur elektrik pada plug. Dipusingkan kelajuan pada nombor 2. Ok lah kot. Kalau bawak kereta pun masuk gear kena satu-satu. Haha. Pandai ye kau Luth.. 7 bijik telur itu dipukul. Dipusing-pusingkan pemukul itu. “dear!!! Macam mana nak tau dah kembang?”

“bila dia dah jadi buih.”

“lama ke?”

“Uncle Long, Uncle Long baru pegang mende tu 2 minit. Sabarlah..” tangan Nisrin pulak rancak mengacau gula diatas dapur.

Luth diam. Sabar.. sabar.. sabar.. 5 minit.. 10 minit.. “dear! Macam dah je kan?”

“tengok?”

Luth menunjukkan bekas itu. “hurm. Dah la tu. Campurkan dengan susu tadi.”

“susu apa?”

“susu pekat yang Nisrin bancuh dengan air tadi la.. ada atas tu..” susahnya bekerja dengan lelaki! Habis tenaga, habis air liur! Kena cakap satu-satu..

“then?”

Nisrin mengangkat periuk gula hangus, dan tuangkan kedalam loyang kosong. Apa dia? tutup api? Tak payah. Zaman moden, dapur pakai heat je. hehe.

“meh sini.” Nisrin mengambil bekas dari tangan Luth. Campuran telur, susu dan air itu di tuang selepas gula hangus mengeras dalam loyang. Kemudian, terus dimasukkan dalam periuk kukus. Selesai!

Luth cuma memandang senyap. Oh.. macam tu.. “dear, macam senang jek buat dia. betul ke ni?”

“betul la. orang dah berapa ratus kali buat. Uncle Long yang baru first time nak tolong..”

“pedaslah ayat…”

“eh! Mak dengan Nisa patut dah sampai kan?”

“ondaway la tu kot.” Luth selamba menarik getah di ikatan rambut Nisrin.

“kenapa?”

“semak betul rambut berjuntai-juntai tuh. Tak payah ikat terus lagi elok.”

“tadi kan panas..”

“I know la. sekarang tak.”

“agak possible tak kalau letak air-cond kat dapur?”

“orang tak pernah buat lagi. Kalau dear nak jadi perintis ok jugak. Tapi jangan kata Uncle Long pasang. Karang orang kata kontraktor ni gila.”

“heeeee. Teruk!”

“haha. Eh, jadi ke?”

“amende?”

“plan dinner nih?”

“oh.. buat je. Iz datang kan?”

Luth angguk-angguk.

“assalamualaikum… apa cerita! Siapa menang?” tiba-tiba mak dengan Nisa terjengul di pintu dapur.

Luth dan Nisrin sama-sama kalih. “menang apa?” serentak mereka bertanya.

“Hasya cakap mama dengan papa tengah perang tadi? Ingat ada buat kubu.. main serang-serang guna peluru ke..” Nisa loyar buruk.

“heh. Pakai peluru air liur je.” Nisrin terus menyalam maknya. Luth hanya mengikut.

“tapi agaknya saya menang kot mak.” Luth menyambung.

“pasal apa?” mak bertanya lagi.

“sebab saya perang pakai psikologi.. act sikit pun dia dah jadi tawanan.”

Hahahaha. Besar ketawa Puan Nina dan Nisa. Nisrin cuma menjeling, banyak idea! Sama macam anak dara dia!

Pap! Nisrin memukul dahi. “halah Uncle Long.. kenapa tak set masa tadi?? Nanti terlebih 25 minit..”

“alah.. kita assume je sekarang dah lepas 8 minit. So.. lagi 17 minit kita angkat.”

Nisrin cuma senyap merenung Luth. Apa nasib aku dapat hubby macam ni..

********************************

Hahaha. Meriah gelak dimeja makan itu. Ada Puan Nina, Nisa, Nisrin, Luth, En.Zulfikar ayah Luth, Haq dengan wife dia Mira, dan last sekali Iz. Oh tertinggal, 2 budak kecik itu.

“ehem! Ni.. Iz ada nak bagitau something ni.”

8 pasang mata memandang Iz. Menunggu dia menyambung ayat.

“Iz nak kahwin tak lama lagi.”

“whoa!!!!!!!!! Mek klate ko Iz?” Haq eksaited bertanya.

“aah. Lebih kuranglah. Mak yang carikkan.” Sengih-sengih malu Iz memberitahu.

“daddy nak kahwin?? Nanti Hasya dapat mommy!!!” Hasya besuara riang.

“baguslah tu. Patut dah ada anak dah kamu.” En.Zulfikar pula menyampuk.

“bilanya tu Iz? Nanti bagitau makcik. Makcik sponsor hiasan hantaran.” Puan Nina pulak menambah.

“haa.. betul! Betul! Nanti Nisrin pun boleh tolong buatkan.” Nisrin senyum-senyum pandang Iz.

“aku tolong tengok jelah Iz. Heh. But, congrats.” Luth yang duduk sambil memangku Amsyar pula bersuara.

“congrats.” Mira menyambung.

Sekarang semua mata memandang Nisa. Nisa je yang tak bagi respon lagi. Betul lah tu.. dia dah nak kahwin.. otaknya berfikir. Tak sedar orang semua memandangnya.

“Nisa?” Puan Nina menegur anak dara disebelahnya.

“hurm?” dia seakan baru tersedar.

“tak cakap tahniah dekat Iz ke? dia dah nak kahwin tu..”

“err. Semua dah habis makan kan? Nisa pergi ambik desert dulu. tunggu eh. Sedap tau, ‘pudding caramel perang’ nama dia.” Nisa sempat bergurau sebelum meninggalkan meja makan. Dia tergelak buat-buat, jadilah tu. Tengah hati tak senang ni, tak boleh nak ketawa.

Nisrin dan Luth saling berpandangan. Heh. Orang taktau, bukan ‘puding caramel perang’ tapi ‘puding caramel manja-manja’ nama dia. Apabila Nisa melintas kerusi Luth dan Nisrin, jelas muka keruhnya. Sekali lagi Nisrin dan Luth berpandangan. Macam faham apa didalam hati dan fikiran Nisa. Haih.. Nisa.. Nisa..

Luth terus memberi isyarat mata pada Nisrin supaya mengikut Nisa ke dapur. Macam risau pulak. Karang kot dia kelar tangan ke.. hape ke.. tak pasal-pasal rumah aku kena seal jadi tempat kejadian jenayah.

Nisrin terus menyuci sedikit tangannya dan terus kedapur. “Nisa?” dia bertanya perlahan bila melihat Nisa menunduk muka pada singki.

“Nisa?” Nisrin bertanya lagi. Tangannya memegang bahu Nisa dari belakang.

“dia dah nak kahwin kak.. Iz nak kahwin..” terketar-ketar suara Nisa.

“Nisa.. jangan macam ni..”

“akak..” Nisa berpaling dan menadah airmatanya pada bahu Nisrin.

“shhh…” Nisrin memujuk Nisa perlahan. Terasa basah kain tudung dibahunya.

“dia nak kahwin kak…”

“akak tau…”

“Nisa.. Nisa..”

“dah..dah.. jangan fikir dah.. akak faham..”

Nisa mengangkat muka perlahan. Merah matanya. Nisrin menyapu baki airmata di pipi Nisa.

“basuh muka peh. Nanti semua orang nampak nanti, nak jawab apa?”

“cakaplah akak buat.”

“amboi..”

“hahaha. Mana dia pudding tu?”

“dalam fridge. Nisa ambikkan, akak sediakan piring.”

Nisa terus berpusing ke peti ais. Nisrin memerhati Nisa dari belakang. Halahai.. kesian adik aku.

*******************

Nisrin sedang duduk diatas katil. Menyapu losyen ditangannya. Amsyar disebelah asyik bermain dengan botol losyen itu. Seronok agaknya tengok botol itu bergolek kekiri-kanan bila ditolak.

“macam mana Nisa tadi? Ok?” Luth baru ada kesempatan nak bertanya.

“leleh jugaklah budak tu tadi..”

Luth menyidai towel dipenyidai tepi. Tangannya pantas membuka lappy diatas meja. “hurm.. dah agak dah. Kesian dia.”

“kesian sape? Nisa ke, Iz?”

“Nisa lah. Kesian Iz tu buat hape.”

“hmm.. tulah pasal..”

“tulah orang perempuan.. dah suka, simpan-simpan… cuba cakap. Kan senang. Dah lama dah setel agaknya.”

“cakap senang la.. nak buat, payah tau? Perempuan ni kan pemalu sikit. Patutnya lelaki la yang kena sedar..”

“hmm.. dapat pulak lelaki yang cakap lapik-lapik macam Iz tuh, memang la susah perempuan nak faham..”

“tau takpe. Geram jugak dengan Iz tu. Cuba cakap straight, tak konar sana-sini. Barulah senang perempuan nak respon.”

Lappy dah terpasang. Background gambar candid Nisrin yang tengah tergelak jelas terpapar.

“eh! Gambar bila tuh?” Nisrin muka pelik sambil pandang lappy Luth.

“ish! Janganlah tengok.. privacy lah sikit.” Luth mengalihkan lappy-nya sedikit. Taknak Nisrin nampak.

“aaaaaaaaa~ takde.takde. tengok sini!”

“seboklah.. pergi layan baby Amsyar lah..”

Nisrin masam. Heleh, privacy.. menyampah. Dia mengangkat Amsyar keribanya. Mengadap muka Amsyar lagi best!

“alah.. cakap sikit, muncung. Nak jadi Posh Beckham ke?”

Nisrin malas nak layan. “Amsyar nak tau.. papa tu teruk tau. Privacy dia, dia tau.. privacy orang, dia redah je..” Nisrin seakan bercerita dengan Amsyar.

Luth tersengih. “yela..yela… tengoklah, tengok.” Dia mengangkat lappy tu ke katil.

Besar mata Nisrin melihat background itu. Gambar dia mendongak, tengah gelak..black and white. “time bila nih?”

“lama dah..”

“bila?”

“masa first time Hasya pegang baby Amsyar.”

“ha? Time tengah pantang tu ke?”

“yelah.”

“patutlah muka buruk!!!! Rambut serabai! Muka tembam! Eeeeh~ tuka-tuka… jangan letak gambar nih.”

“ish! Biarlah… cun la ni. nak cun macam mana lagi..”

“buruk gila la. takkan muka ni yang Uncle Long hadap tiap kali bukak lappy?”

“yelah. Dah setahun dah gambar nih Uncle Long hadap. Ok je.”

“oh.. dah lama.. tapi tak pernah ternampak pun?”

“sebab malam ni tak sempat nak tuka Nisrin dah nampak.”

“ceh! Ade ke macam tu..”

“haha. Dah dah, nak buat kerja nih. Jangan kacau. Amsyar pun takmo kacau papa okeh?” pipi Amsyar ditarik perlahan.

“jangan kacau konon.. macam la kita nak sangat kacau dia kan?” Amsyar tersengih-sengih. Macam faham je. “anyway Uncle Long, betul ke Iz tu nak kahwin?” Nisrin bertanya musykil.

Luth hanya membalas dengan sengih bermeter-meter.

41 comments:

keSENGALan teserlah.. said...

xbce agy cite ats..
kumen first..hehehee...
tp taw da..sure besh..
cian nisa..
hehehe...

shud said...

ala...cian nisa..

cik abg konon2 nak kawen..

hehe...

tp,sure da komplot tpu ngan luth 2..

hehe..tp,2 la kn..laki zamn skrg..

memg cm2 ekk??

ade ke nak suh pompuan yg pemalu respon..

haish..sakit jiwa...

hehe

Marlina Salleh said...

ala..
iz nk kawen???

ngn nisa kan??
kan2???
dia sja nk wt suprise 2!!
kan2??
hehehe

Mimi Nurisya said...

iz nk kawen ngan nisa kan??
mek kelate tu gimik je kan??
mana bleh iz kawen ngan orang len...
nisa cmne??
saja2 nk bg nisa jeles je tu kan??
please...tolong iyakan...

aNa-FanA- said...

huhu..klakar tol...
mst la iz dgn nisa..

Anonymous said...

adus..
nape la laki suke suh pompuan ngaku dlu..
malu r..
pompuan kn mmg sejak azali pemalu..
tp tau..mesti iz saje wt gitu..
nk tgk tol ke nisa ske dia..
takut kalo ngaku trus kene reject r tuh..
ni yg xsbr nk bace smbgn dia nih..
smbg lg cucuratap..
da la part nisrin n uncle long sntiasa besh,hepi n happening..
i like!! ^_^

-che na-

haikadove said...

alaaa.. cian laa nisa.
eyh eyh. tp mest laa iz ngan nisa kan?
takkan org laen plak. heheheee=p

the sedo gang said...

wh0a~
suke gler r...
nex..nex...
hihihi

Hafia Hana said...

mcm saje wat gimic je

tzaraz said...

adehh!! tension aku!..
saja nak test Nisa kot...!!
alaaa...Iz kawin ngan Nisa laa...

ceritaku MEMORIKU said...

kureng ah ko zaty.
belom pape dh comment.
bhahahaha.
haah sian at nisa.
cepat2.
smbung2.
xsabor.
-na'dz

keSENGALan teserlah.. said...

muehehee..
iz ngn luth berpakat nieh..
huhu...comey jer nisrin ngn luth..
cm orng blom kawen jer..hehehe..
smbung2..

Anonymous said...

ahaha..iz ni nk kne kn nisa lak..
skali nisa g cari laki lain bru tau..!
bestla byk cite nisrin n uncle long..!
romantic sokmo..
smbung lg..!nk nisa n iz..

misz nana said...

rasa cam luth pakat ngan iz je..
alaa.. iz xkan kawen ngan org len punya..
yakin je.. hehehe..

Anonymous said...

hihi..
makin best r cte nih..
saspen lak ble taw iz nk kawen..

erm..rsnye ade slh taip skit kot kat atas tu..
'nisa sdg duduk atas katil...'
patutnye nisrin kn??

~ayu firhan~

cucuratap said...

thx ayu firhan....
da btulkan da

aqilah said...

to me, semuanya best banget!!!!!!!!!!!!
nak lagi......................

comei said...

jeng jeng jeng
surprise2 ni hohoho
alala cian lak nisa
tp rse iz kawen ngn nisa kn2????
hehehe next plsssss

Ai said...

suspen2..
akak sambung agggggggggg...
x sabo nk tunggu..
haha..
cpat kak..

Unknown said...

alaaaaa.......sow swit luth dgn nisrin 2..bhgia foreber..ske dorg sgt2!! hehehe..em...si iz gimik je 2..she nk tgk nisa cmne..kn2? hehehe...alahai..aku asik snyum srg2 je dpn lappy ni..cite ni sgt2 swit la..aku rse aku dh termsk dlm cite ni..nk jd nisrin..muahahaha...

cucuratap..nxt pls....=)

Unknown said...

betoi ke iz nk kawin dah...
huhu kawin gak..

tp dgn spe?
dgn nisakan...
nk dgn nisa...
nisa,nisa,nisa...
hehehe

Anonymous said...

izrael yang comel! hahaha! ;pp

adek said...

choy la luth ni...
mst dok pakat ngan iz

akhirnya nisa ngaku la jugak

ZeRn said...

hush..
gle kntg ah cte nh..
nsb baik tersnggah kt blog nh...
kui33..

Anonymous said...

as usual...two thumbs up !! ;)

~CupCakePanda

Daz Dianza said...

haish mesti iz 2 mau wat
suprise atau saje je nak
tgk reaksi nisa camne.
hahahahha tapi serius
saya ske pasangan nisrin and
her uncle long.lawak n sweet.
hahahahha :)

Anonymous said...

err..nisa ngan iz..iz tu dulu suka kt nisrin kan..

Anonymous said...

cucuratap..nape wat iz tu sk kt nisrin dl..skrg suka kt nisa pulak..bole ke cam tu..

cucuratap said...

err.. rase mcm tak salah kan? lagipun iz ngan nisrin dulu tak bercinta pun.. ke, korang rasa tak boleh..? erm.

awanbiru said...

dear,

lps exam nnt jgn lpe smbg tau

cianla pulak kat nisa tu
iz tu mst wat gimik je

yen yen said...

makin besh lak bace cite neh
:p

Anonymous said...

sy cuma rs cam pelik je iz bole sk kt nisa pulak..kalu sy la kan, sy akan pikir yg iz tu sj nk kt nisa sbb nk dekat ngan nisrin...huahuahua, jahatnya sy..

cyah said...

walaweh best giler la citer dia ni... cucuratap cptla sambung. harap2 dia kawen ngan nisa kan???? klu x sian ooo ngan nisa tunggu lama tu...

DianaTakyuddin said...

nice jop..
akhirnyer ade gak mse nk bce ..
iz tu saje je nk surprise kn nisa ek???

Anonymous said...

aiyokkkk....
cepatla sambung!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

x smbung lg ke novel ni? =[

cornetto_o.d.f said...

hush..best!!!
nisa......cyannye kau...
iz+uncle long msti da de wt pkatan bersama ni..
bestla cucuratap...=)

Anonymous said...

wah..cucuratap nie
mmg very2 talented laa..
boleh keluarkan novel aa
klo cm nie..
hehehehe..
selalu sye klo bce novel..
jarang nk habiskan..
tp this is the best..
haha..
sbb x sabr2 nk menuggu
apa yg akn tejd kpd
nisa n iz..
hehehe
nisrin n uncle long lak..
selamat berada dlm mimpi ku..
huhu...
thanx ya!!


~ina MeLinO~

ceritaku MEMORIKU said...

sokong zaty.cum dorang lom kawen
-na'dz

Unknown said...

em..rsenye x slh pon cucuratap buat iz nk kt nisa skg ni..ksh iz dgn nisrin dlu je..lgpom dr dlu nisrin mmg nk luth je..n prasaan kn bleh brubah2..so..rsenye x slh pom..dont worry cucuratap..ur plot is okey la..sgt2 ok..hehehe

*komen kali ke 2 sbb bce kali ke 2 dh ni..hehehe*

mardya ramlee said...

mmg smpai ank dua pon nisrin pgey uncle long kt luth???
sangat comei lorrrr

iz suke jer kt nisrin,bkn cinta pon
so xsalah laaa

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio